Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 8, 2015

Adakah Hadi akan berikan tongkat kepada Najib?

Najib sedia bincang dengan PAS, lapor akhbar
TMI - Published: 8 June 2015 9:24 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno sedia berbincang dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedia berbincang dengan PAS selepas golongan ulama berjaya mendominasi kepimpinan parti dalam pemilihan yang diadakan minggu lalu, menurut Berita Harian hari ini.
Najib dilaporkan berkata, PAS membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.
"Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.
"Umno bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam," katanya seperti dilaporkan akhbar kawalan Umno itu.
Najib juga menggesa semua pihak agar tidak membuat kesimpulan awal yang rundingan di antara Umno dan PAS ialah bagi mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Kita jangan membuat sebarang rumusan spesifik dalam hal ini. Apa yang penting ialah perpaduan umat Islam," beliau dipetik berkata.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat antara kumpulan yang bergegas keluar meninggalkan sebuah bangunan di Taman Kinabalu di Kundasang, Sabah selepas satu gegaran kecil berlaku.
Muhyiddin, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berada di situ bagi mengikuti taklimat operasi menyelamat mangsa gempa bumi yang melanda negeri itu Jumaat lalu.
Bagaimanapun, kehadiran Hadi dan turut kelihatan, Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, tidak diketahui umum atas urusan apa.
Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan pada Sabtu menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu bukan pendekatan parti Islam itu.
Katanya, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara 2 parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran. – 8 Jun, 2015.

2 comments:

  1. Lantak engkau la Haji...nak bincang ke nak bersatu ke...sorang ularmak sorang lagi penyangak...elok sangat dah tu..... pakat-pakat belit serban besar...Najib tengah tersepit sekarang ni, mana tau teringat nak bagi-bagikan hasil rompakan MDB kepada tok guru untuk dapat berkat keredoan, bolehlah di bentang serban buat bungkus habuan.....

    ReplyDelete
  2. Hadi sudah bagi sokongan pada NAJIB

    Kaya lah Hadi kali ini

    Ini semua orang orang Melayu kan , mana ada TOLONG FREE punyea

    4 2 BILION tu banyak wooiiiiii.....

    Kena dah nak Hari Raya ini

    Pandai Hadi main politik tikam belakang jilat memek !!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa