Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 25, 2015

Memalukan: MARA dan serbuan polis Australia

Polis Australia buat serbuan kes skandal MARA
mk - 11:00AM - 25 Jun 2015

Polis Persekutuan Australia dilaporkan mengadakan serbuan di Melbourne berhubung pembelian hartanah yang didakwa dikaitkan dengan ahli politik Malaysia.

Akhbar harian Australia The Age hari ini melaporkan pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah di Vermont Selatan, Melbourne pagi ini dan merampas komputer dan fail bagi membantu siasatan mereka.

Laporan itu menyebut, serbuan itu adalah sebahagian siasatan mengenai rasuah dan pengubahan wang antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal itu dan dipercayai beberapa lagi harta akan menjadi sasaran.

Serbuan itu adalah sebahagian Operasi Carambola bagi menyiasat skim yang didakwa "melibatkan rakyat Malaysia menggunakan hartanah bernilai berjuta dolar Australia untuk melabur wang dan mengembalikan 'sogokan' kepada Asia," kata laporan itu.

Skim itu didakwa melibatkan MARA, dan mengundang desakan supaya Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dipecat.

1 comment:

  1. Melayu Melayu NAK KAYA BER GAYA ikut cara Cina tapi hidup hanya BER HARAP tanpa BER USAHA dan BER FIKIR

    Nasib baik ada SEPILOK yang boleh di rujuk bila ter desak

    Apa nak jadi dengan MELAYU MELAYU EDISI KETAM zaman sekarang......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa