Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, June 14, 2015

Agak-agak nak U-turn ke?

Mana satu nak pakai?
Tuang Presideng yang minta jangan bahas, diang dok ketek
Ketua DUP pula yang bersuara
Harapkan Ketua Pemuda...hancuss!

Jangan letak jawatan dulu, kata ketua Dewan Ulama PAS 
Published: 14 June 2015 1:35 PM
Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Majlis Syura Ulama akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik antara PAS dan DAP yang dijangka diadakan dalam tempoh sebulan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Jun, 2015.

Datuk Dr Mahfodz Mohamed meminta ahli-ahli PAS di Selangor dan Pulau Pinang agar tidak meletakkan jawatan terlebih dahulu sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan walaupun muktamar lalu menerima usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketua Dewan Ulama itu berkata, Majlis Syura Ulama akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik antara PAS dan DAP yang dijangka diadakan dalam tempoh sebulan.

"Kita mahu perbaiki hubungan kerjasama ini. Sebab itu kita juga minta negeri-negeri lain terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor supaya jangan letak jawatan dulu sehingga keputusan dibuat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Johor berkata, pada ketika ini kepimpinan parti di Johor masih meneruskan kerjasama bersama DAP  dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti biasa sehingga keputusan mengenai perkara itu diputuskan.

“Mengenai hubungan dengan DAP kita tunggu keputusan Majlis Syura Ulama," katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Melayu itu.

Menurut Mahfodz, beliau turut berharap untuk mengadakan pertemuan bersama kepimpinan DAP Johor bagi memulihkan hubungan dan kerjasama politik di antara kedua-dua parti.

“Situasi di Johor tidak sama dengan negeri lain seperti di Selangor dan Pulau Pinang kerana di sana kerajaan (PR) sudah dibentuk tetapi di Johor hanya parti sahaja. Harap mereka sudi terima pelawaan kita,” katanya kepada akhbar itu.

Mahfodz berkata, PAS dan DAP saling memerlukan bagi mengukuhkan kedudukan dan kemenangan kedua-dua parti itu di kerusi masing-masing adalah disebabkan kerjasama berkumpulan dalam PR.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengatakan kerajaan negeri Pulau Pinang menyifatkan keputusan muktamar PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan partinya adalah muktamad dan wakil kerajaan negeri daripada parti Islam itu perlu mengundurkan diri.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, PAS harus jelas dan tidak perlu berdolak-dalik mendakwa usul berkenaan masih di peringkat perbincangan kerana muktamar sudah pun meluluskan usul itu tanpa perbahasan.

“Adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul ini 'diterima' tanpa bahas dan 'bukan dirujuk' oleh muktamar PAS.

“Perlu diingat yang kerajaan negeri Pulau Pinang masih stabil dan tidak terjejas tanpa penyertaan atau penglibatan wakil PAS,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – 14 Jun, 2015.

19 comments:

  1. INI NAMPAK GAYA ULAMAK PAS TAK CUKUP DUIT MAKAN MINUM DAH

    TAK PERCAYA REZEKI MILIK ALLAH SWT DAH

    KALAU TAK MASOK POLITIK TAK BOLEH CARI MAKAN HALAL KE ????

    DUIT BR1M GOMEN BAGI TAK CUKUP LAH TU

    BILA ULAMAK MULA MENONGKAT LANGIT BER TOHAN KAN DUNIAWI - MERCEDES BENZ , RUMAH BESAR , SERBAN BESAR , BINI MUDA NO2 NO3 NO4 - MAKA NYA ULAMAK SUDAH JADI P******K MEN JAJA JAJA AGAMA TUK CARI KEDUDUKAN JAWATAN PANGKAT DAN NAMA

    SUDAH MACAM LAHANAT SAJA

    ELOK LAH ULAMAK BUKA TADIKA AGAMA AJAR ANAK ANAK PAS CARA MENJALA IKAN DARI BER HARAP IKAN JATUH DARI LANGIT

    KUALITI OTK GRED 3 PUN BOLEH JADI ULAMAK PAS ?????

    ME MALU KAN BANGSA SAJA

    ORANG ROHINGYA PUN BER JIHAD TUK HIDUP LEBIH BAIK.....

    CUBA PAS BELAJAR DARI ROHINGYA

    DARI JADI TOLOL BAWA SERBAN 1KILO KE HULU KE HILIR BER HARAP BANTUAN RAKYAT

    ReplyDelete
  2. keputusan muktamar pun presideng nak veto. dia yg suruh lulus tanpa bahas, skrg dia suruh msu pula buat keputusan. dah buat onar, dia nak letak kesalahan pd org lain. dasar pemimpin keji wal munafiq.

    sebenarnya pas cari jln nak batalkan keputusan muktamar. kemungkinan adakan muktamar baru dan luluskan usul batalkan keputusan muktamar dulu tanpa bahas. BUAT APA BUAT MUKTAMAR KALAU TAK BOLEH BAHAS USUL?

    sementara itu suruh ahli (sebut menantu) jgn letak jawatang, nanti nak sambut raya duit tak cukup.

    ReplyDelete
  3. Pi Mamfodz dgn PAS, dah salah menyalah dia ni pun hamlau... tak ada istilah saling memerlukan antara ParSikuLutut dgn Dap, masa muktamar bukan lagi kau ye dasar otak menghafal tu pasal tak blh berfikir...

    ReplyDelete
  4. KAMI TUNTUT Pas letak jawatan dan mentaati Muktamar dan Dewan Ulama.

    Nak U-TURN yee, pigi rah mana maruah, mana telur, mana siku, mana lutut ...Buat malu agama dan bangsa aja terhegeh hegeh nak elaun Pegang Jawatan
    Tak kan CINTA RINGGIT LEBIH DARI CINTA ULAMA
    ulang sekali lagi " Terhegeh hegeh nak elaun dan ringgit "

    ReplyDelete
  5. Abe

    Ini kerja bodoh. Menunjukkan ketua DUPP dan pimpinan baru PAS termasuk Presiden buta kayu pasal perlembagaan. MSU tidak boleh mengubah keputusan Muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ini jelas dinyatakan oleh perlembagaan PAS.Lagi tidak logik apabila 9 orang ahli DUPP adalah juga ahli MSU. 9 orang ahli DUPP yang juga ahli MSU bersamaan dengan korum 9 orang untuk MSU bermesyuarat. Masuk akal ke 9 orang ini boleh xtahu yang usul itu perlu dibawa kepada mesyuarat MSU dan dipersetujui tidak bercanggah dgn syariat sebelum di bawa ke Muktamar? Tu saya kata mereka semua buta kayu pasal perlembagaan....itu kira bersangka baik la. Sebab xmunasabah mereka xtau. Tapi kerana mereka hendak berhelah dengan menjadikan usul itu sebagai kempen akhir untuk mempegaruhi perwakilan agar mengundi mengikut cai yang mereka (DUPP ) sediakan.

    Satu lagi yang amat terang dan bersuluh, mereka patut tahu bahawa usul yang mereka hendak bawa itu bercanggah dengan keputusan Muktamar terdahulu yang meluluskan dasar tahaluf siyasi. Dimana percanggahan itu?

    Dasar sedia ada adalah untuk mengadakan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP dibawah PR dengan satu kerangka framework yang dipersetujui. Ini dasar rasmi sedia ada yang diputuskan ol3h muktamar dan masih berkuatkuasa semasa muktamar ke 61 hingga hari ini.

    Usul yang dibawa oleh DUPP untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang dibuat oleh dasar tahaluf siyasi sedia ada.

    Maknanya usul itu bercanggahan dengan dasar sedia ada. Bila muktamar meluluskan bermakna sekarang ada 2 dasar yang bercanggahan antara satu sama lain!!!!....cerdik ke pihak yang merumus, membawa usul ke muktamar dan muktamar yang meluluskan usul yang bercanggah ini? Macamana percanggahan penting dan paling pokok dalam perlembagaan boleh terjadi? Yang paling best sekali, semua yang ada diatas pentas muktamar hari itu dari Presiden, AJKKP Baru, MSU dll xde seorang pun perasan percanggahan ini berlaku semasa dibentang usul itu. Maknanya semua yang ada diatas pentas itu buta kayu.

    Di posting lain saya akan sentuh bahawa dengan muktamar meluluskan usul DUPP ini, PR sebagai sebuah gabungan politik 3 parti SUDAH PUN HANCUR kerana dengan keputusan ini PAS SUDAH MENARIK DIRI DARI PR....

    Last sekali, bila PR sudah tidak wujud lagi, sudah jelas kerajaan Pulau Pinang sekarang bukan lagi kerajaan PR TETAPI KERAJAAN DAP + PKR kerana kedua-dua parti ini masih menguasai majoriti di DUN Pulau Pinang.

    Begitu juga di Selangor. Secara teknikal kerajaan PR sudah tiada. Bezanya status kerajaan ini masih kabur kerana kita tak nampak gabungan mana yang menguasai DUN Selangor.

    Jadi soal orang PAS perlu meletak jawatan politik di Pulau Pinang sudah jelas. Malah surat penamatan kontrak bagi ahli2 PAS di Pulau Pinang sudah pun mulai keluar....jadi tak ke nampak lucu bahawa PAS memerlukan 1 bulan lagi untuk membuat keputusan yang dah jelas?.....hebat sungguh kepimpinan ularsemak cai yang menguasai PAS sekarang!

    ReplyDelete
  6. Abe

    Uturn memang kena u turn kerana PAS perlu menyelesaikan percanggahan 2 keputusan muktamar yang saya s3butkan diatas. U turn ini tidak dapat menyelamatkan PR yang sudah terbubar angkara puak ulamak UG hendak main silap mata untuk merampas kesemua jawatan parti yang dipertandingkan.

    Semuanya sudah menjadi bubur. Dah xboleh selamat apa-apa lagi. Yang perlu dibuat ialah pasal status kerajaan Selangor sahaja. Satu lagi ialah untuk membuat perisytiharan rasmi bahaw PR sudah runtuh.....PR DAH TAK WUJUD LAGI....

    ReplyDelete
  7. Penjelasan yang jelas lagi nyata dari bat8 ada fahamkah wahai para pemimpin ulama PAS yang buta kayu,aku ni ahli PAS juga tapi tak buta kayu dan hati sebab orang yang membawa usul tu mengaku ulama dan yang mengarahkan supaya usul tidak dibahas keytua ulamak yang kepala batu mak semua perwakilan pun telah jadi biul siul kerana mengikut ulamak benggong dengan fakta usul dan tahaluf yang mereka sendiri cipta.

    ReplyDelete
  8. Saya harap ustaz dr mahfodzx janagn buat U turn tapi teruskan jalan guna round about janagn keluar2.pusing seberapa yang rasa bolih sampai ustaz pening dan pengikut ulamk pun poning.teruskan terjun dengan jubah2.biarkan .biarkan

    ReplyDelete
  9. pendapat dr mahfoz ni lebih kurang hasan malek dan ahmad mazlan je,yang lebihnya sebab ustaz pakai jubah dengan serban je

    ReplyDelete
  10. pendapat dr mahfoz ni lebih kurang hasan malek dan ahmad mazlan je,yang lebihnya sebab ustaz pakai jubah dengan serban je

    ReplyDelete
  11. pendapat dr mahfoz ni lebih kurang hasan malek dan ahmad mazlan je,yang lebihnya sebab ustaz pakai jubah dengan serban je

    ReplyDelete
  12. Is this Islamic way of life. I thought those ulama behave according to islamic way of life. Look more like a munafiq.

    ReplyDelete
  13. sudah ter bukti PAS parti politik orang orang otak gred 3

    agak agak presiden ikang al tolol dapat gred berapa tuk spm /mce nya dulu ????

    kalau gred 3 tak payah bagi tau rakyat lah

    buat dato seri anwar ibrahim tidak cerdik melibat diri dengan ketua otak gred 3 betul betul gred 3

    kan ???

    ReplyDelete
  14. Is this muslim way of life. Those Ulama behave like a munafiq.

    ReplyDelete
  15. Cukup la komen sekali aja.

    ReplyDelete
  16. Bodoh tak boleh diajar...kesian jugak tengok mahfodz nie... Yg bangang tuan presideng..

    ReplyDelete
  17. Ahmad maslan PASCAI buat malu kaum jer si mamfodz ni.Kat k.selangor hari tu bukan main cakap besar...Ketua Dewan Olarmak PASCAI ni memang tolol jadi barua hj hadi marakbar.

    ReplyDelete
  18. Abe...
    Apa yg terjadi dgn pepuak nih..
    malu laaaa maluuuuuuu...
    kalo x pkai firmanan sabdaan pon malu gilerrr.
    neh berbuih mulut meratib.
    berat2.

    ReplyDelete
  19. Pasikulutut kena paham.tuang presideng cuma ada parti untuk tunjuk kuasa veto tanpa bahas.beza dengan pkr dan dap yang ada negeri untuk ditadbir.negeri inilah yang akan menjana pendapatan kepada pemimpin pakatan rakyat.pakatan rakyat sudah tiada, diharap siku, lutut dan cakar harimau dapat membantu selain dari tin milo.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa