Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 10, 2015

Rekod Perdana Menteri yang banyak ‘kali pertama’

Najib, perdana menteri yang banyak ‘kali pertama’
02:30PM Jun 09 2015
oleh Ahmad Mustapha Hassan

SEKILAS PANDANG: Perdana menteri jenis apalah yang kita ada hari ini!
Najib Razak telah membuat banyak “kali  pertama” sejak mengambil alih kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa turun kerana ‘tidur ketika bekerja’.
Beliau adalah perdana menteri pertama yang membuat dasar 1Malaysia.
Semuanya menjadi 1Malaysia. Entiti korporat Mydin patuh terhadap kerajaan dengan membuat kedai serbaneka yang selari dengan slongan 1Malaysia.
Itu sahajalah tentang dasar 1Malaysia.
Yang lain kembali ke dalam konteks kaum dan agama.
NGO baru yang bernama Perkasa dengan imej dan semangat Melayu yang ekstrem direstui oleh perdana menteri 1Malaysia.
Beliau juga perdana menteri pertama yang menabur banyak janji untuk memansuhkan undang-undang zalim, agar rakyat memiliki tahap kebebasan yang lebih baik.
Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah dimansuhkan, dan begitu juga sepatutnya dengan Akta Hasutan. Namun sebaliknya yang berlaku, akta itu diperkuatkan untuk terus menyekat demokrasi di negara ini.
Masih belum berpuas hati, satu lagi akta zalim bernama Akta Pencegahan keganasan (Pota) digubal. Akta itu dikatakan untuk melawan ekstremisme agama, namun dipercayai hanya untuk menyekat hak-hak demokratik rakyat.
Najib juga cenderung untuk menyokong usaha ke belakang PAS untuk memperkenalkan hudud sebagai asas perundangan di Kelantan yang ditadbir parti itu.
Beliau perdana menteri pertama yang merasionalkan pembelian jet mewah menelan kos jutaan ringgit, atau apa yang dipanggilnya sebagai ‘pejabat di udara’.
Rakyat Malaysia perlu sedar yang beliau juga perdana menteri pertama yang berjalan pada setiap masa dan amat jarang berada di dalam negara.
Beliaulah perdana menteri pertama yang ke luar negara di saat negara berhadapan bencana seperti banjir dan gempa bumi.
Beliau juga perdana menteri pertama yang tidak dapat mengawal anggota Kabinetnya, memandangkan kebanyakannya memiliki IQ rendah dan ada yang suka mengeluarkan kenyataan yang mengarut.
Malah ada menteri yang gembira dengan pelaksanaan GST kerana menurutnya, ia akan menurunkan harga barang.
Najib juga barangkali perdana menteri pertama yang mampu tidur nyenyak dengan berkongsi satu bantal dengan isterinya.
Dan beliau juga mampu menganjurkan majlis perkahwinan yang dikatakan ditaja oleh menantunya.
Beliau juga pernah mendapat idea bernas untuk mengambil alih Terengganu Investment Corporation, menukarnya menjadi 1MDB, dan memberikan tanah paling bernilai kepada syarikat itu untuk membangunkan Tun Razak Exchange (TX) dan sebuah bandar baru.
Syarikat itu menanggung hutang RM42 bilion, dan Najib selaku penasihatnya gagal menerangkan secara fakta bagaimana ia boleh berlaku.
Beliau adalah perdana menteri pertama yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan, setiap kali cuba menjelaskan sesuatu perkara.
Dan sekali lagi, beliau adalah perdana menteri pertama berdarah Bugis yang melarikan diri daripada berdebat dan menjawab soalan seorang bekas perdana menteri. Walhal tokoh itulah yang menyiapkannya untuk memegang jawatan itu.
Pasukan polis terpaksa digunakan untuk membatalkan forum yang bertujuan menjelaskan pelbagai isu melibatkan 1MDB.
Untuk tindakan yang dianggap pengecut ini, Najib juga telah dikritik oleh salah seorang kerabat Johor.
Najib adalah perdana menteri pertama yang memungkiri janji dan tidak menunaikan kata-kata sendiri, terutama ketika beliau mengatakan mahu memansuhkan Akta Hasutan.
Beliau memang suka menabur janji. Warga Sarawak patut melupakan sahaja impian mereka untuk mendapat lebih autonomi, kerana kata-kata yang keluar dari mulutnya dilihat langsung tidak mempunyai apa-apa makna.

3 comments:

  1. 1 Mat Dah Bahalol itu kan

    Semua Rakyat nak di bahalol nya pun

    Biar dia anak bini kaya 4 2 Bilion , Rakyat tanggung semua nya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa