Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 13, 2015

PAS gagal bertindakbalas terhadap bencana, DAP ambil peluang

PAS ‘bantu’ DAP mengorak langkah ke Kelantan
11:30AM Jun 13 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Pengkritik boleh mengatakan apa sahaja tentang DAP, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa parti tersebut kini aktif menggandakan usaha pembangunan di kawasan-kawasan yang dahulu tidak diendahkan pihak yang berwajib. 
Kali ini, di celah-celah ketegangan hubungan dengan kerajaan negeri Kelantan, DAP sedang mengorak langkah ke Pantai Timur dengan melancarkan inisiatif tabung Gabungan Impian Kelantan bagi membantu usaha membina semula rumah-rumah yang dimusnahkan akibat banjir tahun lepas.

Organ berita DAP The Rocket pada 11 Jun memetik naib pengerusi parti Teresa Kok sebagai berkata sejumlah RM3.2 juta diperlukan bagi memindahkan penduduk di Guchil di Kuala Krai, Kelantan.
Tapak baharu yang dikenalpasti terletak di kawasan agak tinggi berhampiran Kampung Sungai Mas, kira-kira 9km dari perkampungan asal.
“Kami berharap orang ramai akan membantu projek ini dan menjayakannya bagi membantu penduduk kampung di sana,” ujar beliau. 
Fasa pertama projek dilapor memerlukan dana RM2 juta bagi membina 40 buah rumah, dengan kos RM50,000 setiap satu.
Sementara itu, RM1.2 juta lagi diperlukan bagi membina fasiliti termasuk dewan komuniti, taman permainan serta projek ternakan ikan akuaponik.
Selain rumah-rumah di Kuala Krai, dilaporkan bahawa Gabungan Impian Kelantan - satu pertubuhan DAP, beberapa pemimpin PKR dan PAS, serta pertubuhan NGO lain - telah membina sebanyak 45 rumah di Kampung Pasir Tumboh dan Gua Musang.
Kok telah membuat pengumuman itu ketika sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah ahli parlimen PAS Kuala Krai Hatta Ramli.
Dalam laporan berasingan, Malaysiakini melaporkan Hatta yakin bahawa usaha pemulihan yang dilakukan DAP di Kelantan tidak akan terjejas meskipun hubungan di antara kedua-dua parti hampir putus, seperti yang diumumkan pada muktamar PAS ke-61 minggu lepas.
“Saya fikir tidak ada masalah. Sekiranya Australia dan Britain mahu membantu, tidak ada salahnya.” 
“DAP merupakan parti rasmi kerana mereka datang di atas kapasiti Impian Kelantan,” ujar beliau.
Ribuan rumah musnah dalam kejadian yang digambarkan sebagai banjir terburuk di Kelantan tetapi usaha pemulihan yang dilakukan kerajaan pusat Barisan Nasional dan kerajaan negeri PAS bergerak agak perlahan.
Kuala Krai merupakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir pada hujung tahun lalu, dengan keadaan digambarkan bagai “tsunami kecil” dan “dilanggar Garuda”. 
Hatta dilaporkan membangkitkan perkara tersebut di Parlimen pada 20 Mei dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim berkata, progres perlahan disebabkan penangguhan di dalam usaha kerajaan negeri meluluskan tanah bagi projek.
Pada 9 Jun, Shahidan dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat hanya 33 rumah, daripada 1,255 yang dirancang, telah dibina bagi 1,900 mangsa banjir setakat ini.
DAP mungkin bakal mendapat laba politik daripada usahanya di Kelantan tetapi para pengkritik, terutama daripada kumpulan konservatif PAS, perlu ingat bahawa peluang terhasil kerana kegagalan mereka sendiri bertindakbalas terhadap bencana.
Di masa lalu, DAP telah berjaya membuahkan hasil dengan membina jalan ke kawasan pedalaman di Malaysia Timur berkat kempen Impian Sabah dan Impian Sarawaknya. 
Tetapi dalam pada itu, tindakan DAP menggesa PAS menarik diri daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan mendesak PKR memilih antara parti itu atau PAS memberi gambaran berbeza.
Nampaknya parti demokratik sosialis itu seakan menggunakan peluang bagi merealisasikan hasratnya menjauhkan diri dari PAS.

1 comment:

  1. PAS ini Parti Politik Orang Orang Bahalol

    PAS pun tak ada duit jugak

    Nak harap yuran ahli berapa yang ada , business pon tak ada

    Orang Orang PAS pon hidup harapkan BR1M dari Gomen

    PAS tiada nilai ekonomi dan sekarang jadi BARUA untuk UMNO tapi yang ada duit mungkin Pemimpin2 Besar saja ; yang lain papa kedana miskin dan meminta minta

    DAP ini parti politik irang orang BER FIKIR

    Itu beza nya orang orang BER FIKIR dengan irang orang PAS yang BER HARAP

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa