Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 11, 2015

Ahli PAS mula keluar parti?

mk - 2:51PM - 10 Jun 2015

Khabar angin anggota PAS meletakkan jawatan, kerana meragui hala tuju parti Islam itu selepas kumpulan progresif kalah besar dalam pemilihan minggu lalu, mula tersebar meluas.

Selepas kes dikatakan di Kedah, PAS Sarawak juga dikatakan berdepan keadaan sama.

Setelah dihujankan soalan bertalu-talu,Yang Dipertua PAS Santubong, Andri Zulkarnaen Hamden menjadi pihak pertama tampil menafikan perkara itu.

“Saya telah menerima berbagai pertanyaan secara lisan dan mesej bertalu-talu tentang isu yang berlaku yang menimpa kepimpinan PAS negeri Sarawak baru-baru ini.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa semua spekulasi yang disebut itu hanyalah khabar-khabar angin yang sudah di rencah perisa,” katanya.

Khabar angin itu bermula beberapa hari lalu walaupun identiti pemimpin negeri yang dikatakan akan keluar PAS itu tidak dinyatakan.

Seorang bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini memberitahu Malaysiakini, individu itu telah menyerahkan borang keluar parti kepada pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataannya hari ini Andri Zulkarnaen meminta agar sebarang spekulasi berhubung perkara itu dihentikan segera kerana ia boleh menjejaskan persiapan menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan bila-bila masa.

“Saya memohon serta merayu kepada semua sahabat terutama sahabat dari semenanjung dan di mana jua berada agar membantu kami mencapai impian melahirkan anak sulung ADUN PAS di Sarawak,” katanya.

15 comments:

  1. Entah macam mana mereka berpolitik, kunun landasan islam tapi ada lebel Jebon, Tolol, Barua, Bila mengundi pakai cai....Tapi mulut dok kata Isle Isle Isle.
    Dewan Ulama pun satu main redah je usul, bila dah lulus tapi ahli Pas tak nak lepas Jawatan, rasa saying ke, rasa fulus ke...Apa pun tak kan nak U-TURN malu lah Jemaah Ulama
    Nampak lemah nya mereka berpolitik betul-betul mcm Lebai Malang. Apa pun nasi dah jadi bubur Saya meyeru semua yg berjawatan dengan hati terbuka letak lah jawatan demi MARUAH dan Pilih lah ULAMA BUKAN RINGGIT ok.
    Lucu...Mulut Isle Isle tapi akhlak berpolitik MasyaAllah.

    Tak apa kita tunggu, selagi tidak meletak jawatan isu ini tak akan reda bro. Rakyat akan terus follow dan Up Date tau.

    PILIH ULAMA BUKAN RINGGI
    kita KUAT dan membangun bersama kepimpinan Cai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la politik org kampong.
      Jadi pembangkang pun jadilah.
      Janji dpt gelaran presden

      Delete
  2. Byk spekulasi dari fakta. Semakin byk serangan kpd PAS semakin kuat jemaah PAS utk berjuang. Fyi semua blogger dah termakan dgn propaganda UMNO. Teruskan lah menghentam PAS...
    Kenapa PAS yg selalu di salahkan? Semua tindakan DAP betul belaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAs asyik sgt dgn DAP...
      Mca..Gerakan..Mic..umno sendri pon meluat n blasah PAs..tpi DAP saja yg jd bahan PAs.
      PAs dah jdi pecacai buat umno utk blasah DAP dgn isu hudud ke..
      Kesian tgk bila ulama simpan siku & lutut dlm jubah...otak & maruah dah kena jual kt BN....
      Silap besar la..kalo nak bantu & undi PAs...

      Delete
    2. Pas yg mbodohkan diri sendiri..
      blh bbgerak sendirian lah konon,
      ada siku n lutut lah..

      dah nk masuk sminggu, bgerak lah sendiri,
      keluar lah dr pakatan cepat2.
      pakai lah siku lutut tu...
      letak lah jwtan tu ..

      sbb apa tangguh ? penakut ?
      sombong ego makan diri ?

      Delete
  3. Kepimpinan PAs dg barisan ulama yg bongkak & sombong.
    Tinggi ilmu agama blom tntu akhlak bole mulia.
    Tak perlu salahkn sesiapa...ulama brdiri dpan cetmin..tgk peribadi sndri...
    Kalo x dpt nak sama peribadi dan mentaliti mcm arwah TGFN & TGNA..jgn lah brasa diri hebat sgt.
    Arwah TGFN & TGNA x perlu guna siku & lutut bila brdepan dgn DAP @ BN..ckop hnya akhlak yg mulia & ilmu yg ada. Bukan nya dgn tuduh org...pil kuda & barua....
    PRU14...rakyat akan kasi ajar PAs.

    ReplyDelete
  4. Pas tidak pernah berfikiran positif mengadapi serangan umngok.Bukan nak ajar puak terpilih kertas cai, anggaplah Dap perkudakan pas untuk dakwah islam.Pas pula perkudakan Dap untuk perjuangkan demokrasi.pikir macam tu pun tak bolehkah,fikirlah...rakyat yang memberi undi cuma berfikiran semudah ini.

    ReplyDelete
  5. Mari kita sokong Pakatan Rakyat beramai-ramai...PKR & DAP !

    ReplyDelete
  6. Orang Orang Melayu saja dalam PAS ini

    Semua nya akan RUGI Jangka Panjang dan membazir masa dan Nyawa Hidup mereka ber juang dalam PAS yang tiada makna dan hanya membuat bende bende BODOH

    Presiden PAS dan ULAMAK sudah cukup beri nilai ZERO pada PAS

    Kalau bukan BODOH tak akan masok PAS pon

    Orang Orang Midkin Papa Kedana semua nya pon

    Nasib baik ada BR1M dari Gomen bagi nyawa ikan pada Orang Orang Kampong

    ReplyDelete
  7. Kahkahkahkah...admin punya spin, tolong MK sebarkan berita yang tak pasti....

    ReplyDelete
  8. ULAMAK KEJA DIA BANGUN MLM...BKN TGK PORNO CAM KAU ORG BUKIT...DEPA SOLAT TAHAJJUD...MERINTIH PADA ALLAH TAALA....TIAP2 MLM...BKN TGK PORNO CAM KAU ORG BUKIT...MERINTIH BYKNYA PENGHINAAN DAN FITNAH DICAMPAK KE ATAS BTG TUBUH MEREKA...KENA SPIN SANA KENE SPIN SINI...

    SO TERUSKANLAH KERJA2 YG MEMAKAN DIRI SENDIRI...SIKIT JER LAGI...TERUSKANLAH USAHA2 MURNI ANDA...MENGHINA DAN MENCACI ORG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solat tahajud pun nk kena up status juga ka...x abes2 la Pas dgn sifat sombong & takabur...

      Delete
  9. Betul ke yang dalam PAS tu Ulamak atau Gaya saja Ulamak. Sebab cara hidup tak seperti Ulamak pon. Macam mana ini ???

    ReplyDelete
  10. Hmmm... Apa yg blogger ckp x semestinya betul spt apa yg rakyat mahu. Teruskan la kerja mu blogger meng spin cerita. Fyi Ulama bkn nya maksum, ada salah n silap, apatah lagi LGE n LKS. rayu n rintih pada yg Esa bkn nya pada manusia. Bwk2 blaja ngaji n pg talaqqi kt mana2 pondok, pasti tahu adab org2 berilmu.

    ReplyDelete
  11. Sebab mulut badan binasa... Keyboard warrior jaga adab kita sbg org Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa