Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 29, 2015

Kartun ker apa ni?

Dalam PAS, MSU boleh over-rule keputusan Muktamar ke?

'Usul putus dengan DAP dimuktamad lepas raya'
mk - 7:00PM - 29 Jun 2015

Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
    
Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.
    
"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
    
"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur  hari ini.
    
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.
    
"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.
    
Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan MARA supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh MARA Inc.

16 comments:

  1. Macamana nak tadbir negara macam ni? Takyah buat keputusan lagi baik, takda org nak ngundi nko pong! Kami hijrah ke wadah baru dah yg inklusif dan berakhlak.

    ReplyDelete
  2. Pemikiran ZAMAN BATU tak akan habis walau dunia kiamat

    Usah di kisah kan mereka menanti pupus bagai dinosor

    ReplyDelete
  3. Patut MSU yg tapis apa usul ke muktamar... pelik2 sebab PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

    Duvid ka maruah ka

    ReplyDelete
  4. Dah terbiasa buat mesyuarat lepas raya, lepas raya haji, lepas sidang parlimen dll. Apa kisah, gaji MP dan ADUN masuk je tiap bulan siap ada kenaikan lagi. Tapi bab ekonomi dgn politik tunggang langgang sebab guna Formula Hadi, tunggu dan lihat aka buat deeek je.

    Jadi penyokong atau ahli pakailah akal, kalau semua mulut cirit belakang tapi masa sidang menikus, makan gaji buta ja. Akhlak dah terbarai pun korang sokong lagi, jwblah dgn Allah nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau cam tu PAS tak perlu ada muktamar cukup hanya dengan usul yang diputuskan oleh DUP sebab jika dibawa usul pun kalau dah presiden kata tak perlu bahas kemudian keputusan hanya boleh dibuat dan diluluskan oleh MSU yang dianggotai sendiri oleh presiden

    ReplyDelete
  6. Janji amanah dan tdk songlap duit dan nyawa orang.

    ReplyDelete
  7. Dalam Islam suara demokrasi tidak mutlak. Ia tertakluk pada hukum hakam.

    ReplyDelete
  8. yang penting hudud tidak dibelakangkan. Biarlah katun2 tidak setuju xpe, sebab mereka pun bukannye arif pun.

    ReplyDelete
  9. yang penting hudud tidak dibelakangkan. Biarlah katun2 tidak setuju xpe, sebab mereka pun bukannye arif pun.

    ReplyDelete
  10. yang penting hudud tidak dibelakangkan. Biarlah katun2 tidak setuju xpe, sebab mereka pun bukannye arif pun.

    ReplyDelete
  11. Macam persatuan agama islam peringkat sekolah je majlis syura ni.....macam macam yg tak kena....ape ke hei nya !!!!!!

    ReplyDelete
  12. Kepala otak standard ubikayu cap ayam nak jadi ketua dewan olarmak PAScai tak sedar diri mampodz ni.

    ReplyDelete
  13. Abe

    Ada 2 perkara penting yg kita boleh paham dari kenyataan ketua DUPP ini.

    Pertama, comfirm dia ni buta perlembagaan parti sendiri. Dia tak tahu wujud satu pasal kbusus dalam perlembagaan PAS yang mengatakan bahawa keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi dalam PAS, mengatasi keputusan MSU dan JKKP.

    Perlembagaan PAS juga mengatakan bahawa kuasa eksekutif membuat dasar dan menjalankan dasar parti terletak ditangan JKKP. MSU xde kuasa eksekutif ini. MSU hanya mempunyai kuasa menyemak samada mana2 dasar yg dicadangkan oleh JKKP atau mana2 dewan mengikut syariat atau tidak. Sebelum menjadi dasar ianya perlu dirujuk kepada MSU untuk semak samada mematuhi syariat atau tidak. Maknanya MSU itu hanya berfungsi bila ada cadangan sahaja. Xde cadangan maknanya fungsi MSU tidak berjalan.sebab itu MSU xde kuasa eksekutif.

    Kkita tahu hanya orang yg buta huruf sahaja yang tak tahu membaca yang tidak akan ketemu dgn fasal2 yang saya sebutkan diatas. Kalau boleh membaca, gerenti betjumpa.
    Nak kata Ketua DUPP ni buta huruf, ianya satu penghinaan keats beliau. Kita tahu brliau memileki ijazah Phd. HABIH APA KITA NAK KELADKAN ORG SRPERTI INI, YANG BERPENDIDIKAN TINGGI TETAPI BUTA PETLEMBAGAAN PARTI SENDIRI? Terokkan org seperti ini bila diangkat menjadi pemimpin? Macamana dia hendak mem8mpin parti kalau dia buta perlembagaan parti? Ini satu hal besar.....maka jadilah sibuta memimpin si bisu pekak.

    Kedua, apa ke halnya dia mencampuri urusan MSU? Statement ini sepatutnya dikeluarkn oleh SU MSU? Dimana SU MSU? Sebok dok meronda dengan motor besar berkuasa tinggi ke?

    ReplyDelete
  14. JKKP ada ke takde? Sampai DUPP kena buat kerja JKKP dalam soal penyelewengan MARA ni? Semua dah xtau apa bidang tugas masing2 ke?

    Hancur lebur PAS ditangan ularsemak2 cai yg memimpin PAS sekarang....

    ReplyDelete
  15. Buat apalah ada muktamar. Terima usul dari perhubungan negeri, serah pd majlis syura, beres, habis cerita. Berbahas2 buang masa jer. Inilah politik. Nak nampak comel, katalah ini gerakan islam. Jangan dilawan, kalau lawan hina ulama, lawan islam. Murah betul ugama !!!

    ReplyDelete
  16. Pasikulutooot bukan tak paham perlembagaan parti cuma mereka lemah dalam perlaksanaan keputusan tertinggi parti.presideng bleh gi jepung masa nk bentang perjuangan utama pasikulutoot iaitu undang2 hudud takan yang dibawa tuang presideng tak boleh kona baring kluk klek kluk klek keputusan tertinggi parti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa