Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 12, 2015

Jadi...adakah 1MDB tidak bermasalah?

'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib
Astro Awani |Kemas kini:Jun 12, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 12, 2015 19:45 MYT)

'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib
NAJIB: Hanya kerana Tun Mahathir merupakan bekas ketua negara, sentimen pasaran dan awam telah dipengaruhi secara negatif.
KUALA LUMPUR: Isu penolakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tunduk di bawah tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisi catatan terbaharu dalam blog rasmi Perdana Menteri hari ini.

Menurut Najib, tujuan Dr Mahathir melancarkan serangan kepadanya adalah kerana bekas perdana menteri itu mahu beliau meletakkan jawatan.

“Beliau mahu saya berbuat demikian, sama seperti beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebelum ini.

“Dr Mahathir mahu saya meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan permintaan peribadi beliau,” kata Najib.

Jelas Najib, beliau enggan berbuat demikian atas sebab tugasnya sebagai Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi untuk menerajui kepimpinan negara dan lakukan perkara terbaik kepada seluruh rakyat, dan bukannya untuk seorang individu.

Najib berkata, Dr Mahathir telah mencetus krisis apabila beliau tanpa usul periksa mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain aset-aset kewangan berjumlah RM16 bilion yang dikatakan tidak bernilai.

“Kenyataan beliau itu adalah salah dan telah mengakibatkan suasana panik yang tidak perlu,” jelasnya.

Tambah Najib, keadaan tidak akan jadi sepertimana sekarang jika Tun berpaksi kepada fakta dan memperjelaskan bahawa RM42 bilion itu adalah hutang.

“Ini kerana sesebuah syarikat secara asas perlu memiliki aset yang lebih tinggi nilainya berbanding hutang.

"Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion itu didukung oleh aset bernilai RM51 bilion di akhir kewangan 2014. Tapi Dr Mahathir memilih untuk meminggirkan fakta itu,” kata Najib.

Najib berkata, adalah salah bagi Dr Mahathir untuk mendakwa secara membuta tuli bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion seperti yang dinyatakan kemudian, sebagai hilang.

“Selepas 1MDB menunjukkan ke mana nilai RM42 bilion itu digunakan, Tun kemudian berkata ‘beberapa bilion telah hilang’. Semua perubahan angka dan hujah itu menimbulkan tanda-tanya tentang dakwaannya.

“Bagaimanapun, hanya kerana beliau merupakan bekas ketua negara, sentimen pasaran dan awam telah dipengaruhi secara negatif,” kata Najib.

Tambah Najib, adalah menjadi tugasnya sebagai Perdana Menteri untuk memastikan semua urusan pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik, bukan sekadar memfokus kepada 1MDB.

“Atas sebab itulah, saya mengarahkan Audit Negara untuk jalankan siasatan ke atas 1MDB, dan seterusnya laporan itu perlu dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terdiri daripada semua parti politik untuk penilaian yang lebih telus,” katanya.

4 comments:

  1. MAT BAHALOL aka MAT MONGOL cuba memening kan Rakyat dengan pusing pusing cerita

    1 Mat Dah Bahalol hutang dulu 4 2 BILION pada masa duit Ringgit kuat RM3,20 tuk USD1

    Sekarang duit Ringgit sudah kechik RM3,80 tuk USD1 maka nya hutang 1MDB lebih 4 2 BILION mungkin ada 5 6 BILION

    Pasal 1MDB ini lah Rakyat kena GST

    Rating Agency FITCH sudah letak pada A- maka nya Bukan Lagi Tempat Baik Melabor

    Pasal 1MDB , ekonomi sudah runtuh

    Nasib baik ada TUN MAHATHIR

    Nak harap MELAYU , mau hikang 500 BILION pada Anak Bini SAJA

    Ini MAT MONGOL entot pun tak nak bayar , kesian Arwah Siti Aminah

    Boleh percaya ke Orang Macam ini ????

    Macam Hadi Al Tolol SAJA

    ReplyDelete
  2. Mat Lanun bugis, hang nak kencing sapa? tak kan nak kencing madey dgn asset 51B kot? Jawab lah apa dia asset sampai 51B......woi B tu billion la bukan bini! Kenapa kerajaan nak kena jamin pula kalau dah ada asset sebanyak tu! Bini hang pun hang tak boleh nak kencing, han nak kencing PM 22 tahun! Konfem la hang lanun bugis pasai bodoh piang! Kalau lanun bangsa lain cerdik sikit kot ada akal!

    ReplyDelete
  3. Takpalah kalau tak mahu letak jawatan walaupun peratusan rakyat tak sokong kamu Najib. Tunggu sahaja Malaikalmaut yang akan perintahkan supaya kamu letak jawatan.........apa dia? Najib kata dia boleh hidup 100 tahun lagi... dan wang rasuah dah disediakan untuk merasuah Malaikalmaut tu....

    ReplyDelete
  4. Ya memang betul ko dilantik secara demokrasi. Cubalah dibuat pilihanraya lagi......bukan setakat ko yg hilang jawatan malah kuasa kepimpinan melayu pun menipis. Semuanya gara2 ko dan ramai politikus Melayu yg corrupt.
    Kalau betol tak ada masaalah..kenapa susah sangat nak beri penjelasan sepenuhnya persoalan yg dibangkitkan? Bentangkan di Parlimen.
    Hutang 42B dgn asst 51B tak cukup beb. Pada saat pemiutang tuntut wang dan peminjam tak boleh bayar, takkan mudah mencairkan asset pada nilai sepatutnya. Oh ya....no problem. Kerajaan Malaysia akan tanggung!!! Tak cukup 6% boleh naikkan lagi GST setara dgn negara jiran. Alasan biasa.
    Sedih klu dikenangkan. Malaysia mempunyai cukup segala sumber asli tapi tak semaju Singapura....yg kecil dan tak punya apa2. Air pun bergantung bekalan dari Johor. YES Malaysia jauh kehadapan dari Singapura....jumlah hutang negara dan corruption index. BANGGA KITA????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa