Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 13, 2015

Parti Islam demokrat baharu perlu ditubuhkan

Muktamar PAS mengecewakan, perlu parti Islam demokrat baharu, kata forum 
Published: 12 June 2015 9:02 AM
Ahli akademik Dr Maszlee Malik bercakap pada forum 'Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS' di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.
Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.
"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.
"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.
Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.
Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.
"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.
"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.
"Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.
Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju Malaysia perlu ada parti Islam demokrat baharu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.
"Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.
"Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.
Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak".
"Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.
"Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.
"Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.
Ahli Panel forum Fathi Aris mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada gabungan itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2015.

Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).
"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang.
"Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR. Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu. – 12 Jun, 2015.

4 comments:

  1. Kahkahkahkah.....Parti Islam baharu? Apa yang Islamnya? Kalau nak bersahabat dengan DAP jangan cerita pasal Islam nanti jadi macam PAS. Lebih baik masuk PKR atau DAP je dari buang masa tubuh parti Islam baharu.

    Nak perjuangkan Islam ke? Kahkahkahkah.....entah apa la pulak dasar parti Islam baharu? Tubuh parti Islam baharu tapi Islamnya diletakkan dibawah carpet, tiada bezanya dengan UMNO dan PKR.....kahkahkahkah....kelakar betul lah.

    ReplyDelete
  2. PAS sudah jadi Parti Angkot Sampah

    Yang di jaga hanya lah Presiden dan MAT MONGOL

    Dua dua BUDAK BAHALOL hanya akan jaga Anak Bini saja , apa ada kesah kan Rakyat

    Jangan jadi BODOH LAH

    Buka Parti Politik Baru biar Melayu Melayu Ber Ulamak WARAS ber kecimpung kembang AJARAN NABI SAW

    Jangan jadi BODOH LAH

    Melayu ada Juta Juta yang BODOH

    ReplyDelete
  3. Sudah tiba parti baru ygsederhana.. Pas xkan kemana.. Depa tu akan bedsengkongkol dgn isis nanti..

    ReplyDelete
  4. Melayu yang tunduk kepada kafir lahanat je yang BODOH termasuklah kamu 12:07. Melayu diperbodohkan masih lagi tidak sedar. Walaupun tuan kamu cina kafir tak payah lah nak gadai generasi cukup setakat kamu je kebodohan tu jangan sampai ke anak cucu kamu. Sedarlah sikit kamu sekarang didalam situasi kebodohan yang amat serius. Kahkahkahkah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa