Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 30, 2015

Tabek: Adik PM pula yang lebih merasai denyut nadi rakyat!

PM buat tak reti dengan tekanan demi tekanan mencekik rakyat dengan pelbagai kenaikan harga

Adik PM kata rakyat kini tertekan
mk - 6:40PM - 29 Jun 2015

Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang benar berhubung isu yang dihadapi negara.

Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.

Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.

“Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.

“Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian,” katanya di laman tersebut.

Beliau turut menjawab soalan pengunjungnya, sama ada rakyat Malaysia perlu keluar di susur lebuhraya di hadapan, seperti digambarkan dalam foto yang dikongsi Nazir.

“Di hadapan sana jalan menuju masyarakat Orwellian!,” jawabnya.

Jawapannya itu merujuk kepada latar dalam novel popular '1984' karya George Orwell berhubung kawalan kerajaan totalitarian ke atas masyarakatnya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sekiranya Nazri merujuk kepada pentadbiran abangnya, Datuk Seri Najib Razak.

Namun Nazir sememangnya kritikal ke atas 1MDB, projek yang dicetuskan perdana menteri itu.

6 comments:

  1. semenjak abgnya ikut cpk akak iparnya yg mengatakan dia dapat harta byk warisan bapak mereka, nazir dan adik2 lain dh meluat sgt kt mereka berdua.

    nnti takut duit yg banyak melabur 1MDB pun dikatakan hasil warisan bapak mereka.

    ReplyDelete
  2. Bukan Adek Najib saja yang pening dan risau pasal 1MDB ini. Tun M, ahli MKT UMNO, DAP, seluruh rakyat 1Malaysia mahukan penjelasan. Yang tak risau Haji Hadi , Haron Din dan MIC saja yang tak amik pot. Hadi siap sebut.........berilah peluang kepada najib menyelesaikan masalah yang ada....sebab tu la golongan ulamak ini dikatakan pewaris nabi dan berhati mulia....

    ReplyDelete
  3. kalau dia dilihat menyokong abang dia, ramai pelanggan akan cabut dari cimb.

    ReplyDelete
  4. UMNO lemah Pas lemah jd perlu parti baru kerana
    Parti baru akan kuat kerana
    1.Dipimpin pemimpin berpengalaman
    2.Didokong sokong oleh PKR dan DAP
    3. PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.

    Duvid ka maruah ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai mercun dan ustat sampul wa pussykum wafulussikum.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa