Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, June 8, 2015

Noh Omar tersenyum puas?

PAS bakal hilang 14 DUN di Selangor – Dr Hatta
UPDATED: Jun 6, 2015 03:17pm
KUALA SELANGOR, 6 Jun:
PAS mungkin membayar dengan harga yang tinggi ekoran keputusan Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata analisis yang dibuat oleh pihaknya mendapati di Selangor hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS dipengaruhi undi daripada bukan Islam.
“Saya harap kita ambil strategi dan pendekatan khususnya di kawasan-kawasan yang kita rasa undi-undi akan dipengaruhi oleh bukan Islam.
“Di Selangor, PAS ada 15 kerusi di mana 14 kerusi daripadanya jumlah pengundi bukan Islam melebihi majoriti yang kita dapat dalam pilihan raya yang lepas.
“Kalau hilang teras defisit daripada bukan Islam ini, atas kertas kita kalah 14 kerusi ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar di sini.
Menurut Dr Hatta, satu kerusi DUN yang dapat dikekalkan DUN Bangi di mana majoriti yang diperolehi melebihi jumlah undi bukan Islam.
“Satu kerusi yang mungkin hebat sikit, DUN Bangi yang kita boleh kekalkan tanpa undi bukan Islam.
Usul tergempar yang dibawa Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Rabu lalu telah diluluskan di peringkat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama tanpa bahas.
Usul yang memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP itu diambil ekoran tindakan parti tersebut tidak menghormati prinsip, polisi dan dasar PAS.
Bagaimanapun, PAS masih kekal di dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu kerjasama politik bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.
“Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 19 Syaaban 1436 bersamaan 6 Jun 2015 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dengan sesungguhnya menuntut dan menggesa PAS Pusat mempertegaskan kepada rakan PR agar meghormati pendirian, polisi dan dasar parti masing-masing.
“PAS Pusat tidak menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan kemenangan.
“PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat,” memetik Usul-usul Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang diedarkan awal pagi ini.
Usul tersebut juga turut dibawa oleh PAS kawasan Tumpat yang menuntut perkara yang sama selain DUPP.
Keputusan itu dibuat ekoran ketegangan yang dihadapi di antara PAS dan DAP sejak akhir-akhir ini.
Ini termasuk tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kekal bersama PAS.
Tindakan DAP itu dikatakan merupakan satu sikap menghina Presiden dan PAS itu sendiri. - TRP

21 comments:

  1. Komen aku la..Dap tk undi pas..umno lgi mereka tk undi..jdi undi dap kpd parti melayu ini tk ade..mknenya undi kaum melayu utk 2 parti ni je..aku rse lah pas tkde masaalah utk menang undi melayu di selangor..Dap kne igt kalau tk undi pas umno akan naik..Dap suka kt umno ke..Pkr pulak mcm mane..orang bawah pkr trutama melayu pasti akan undi pas..kesimpulannya..kalau Dap singkir pas..pr selangor akan lingkup..Jangan jadi bodoh la Dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah Anon 12:21 bukan dok di Selangor.

      Untuk pengetahuan Anon 12: 21, dalam PRU14 ni, PAS bukan sahaja menang kesemua kerusi DUN dan Pa4limen di Selangor tetapi akan kesemua kerusi parlimen di seluruh Malaysia.

      Semua negeri-negeri dan parlimen Malaysia akan ada hanya Adun- Adun dan MP-MP PAS sahaja macam kepimpinan PAS Pusat 2015-2017 sekarang. Najib, Muhyidin semja kalah kepada PAS. LGE, ĹKS, DSWAWI dll dari PR pun kalah ditangan PAS dslam PRU 14.

      hahahahaha

      Delete
    2. Dalam Muktamar PAS saja para perwakilan mengundi bawa list yg geng ulamak bekalkan. Kat dalam PRU tak boleh.... kat Selangor ulamak tak ramai mengundi sebab ulamak balik mengundi kat kg. Yang mengundi kat Selangor adalah orang2 yang boleh baca blog, boleh baca surat khabar.
      Kalau org macam Dr Rani pun kalah. Mempertahankan Kerajaan PR pun dituduh barua, PAS boleh mimpi la kalau nak bersendirian bertanding di Selangor...
      Apa nak heran, geng ulamak PAS baru kena kejut dengan LGE pun dah gabra. Cakap berbelit-belit macam mabuk todi.... dunia.. dunia

      Delete
  2. Elok PAS kluar atau dkluarkan.. Pas dah dua kli mengkhianati pr... Khianat dr segi mungkir janji dan dulu meletakkan calon d tempat pkr... Ni dah cukup pimpinan sekrg xboleh diharap.. Tunggu bila depabada pimpinan baru.. Elok pkr dan dap menguatkan satu sama lain.. Sy ahli pas tetapi saya dah xboleh tolerate dgn sikap pemimpin pas srkrg yg tidak menghormati rakan.. Mereka juga bkn kawan yg setia... Mcm amno juga... Biar le mereka dgn amno.. Kita tgk berapa kerusi amno boleh kasi kat depa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak melayu.......hari2 uturn. Kalau nak keluar PR keluarkan nas, bila nak menyondol balik pun keluarkan nas.......org dah xcaya nas Pas bila professional tiada, kerana ulamak lupa mereka ulamak akhir zaman......macam iblis!

      Delete
  3. PAS JOIN UMNO - PKR BUNGKUS. PAS TAK JOIN MANA2-PKR BUNGKUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat² Pas join ameno, aku xsabar nak nengok PKR bungkussss...

      cepat² Pas keluar pakatan,aku tak sabo nk tgk PKR bungkus.....

      sbb aku jugak nak tengok Pas jd kertas bungkus belacan....

      Delete
  4. Pas semua Pas....main bontot pon Pas....rasuah parti pon Pas....ambik duit haram drp dapigs pon Pas...pis pus pas

    ReplyDelete
  5. Aku setuju sangat keluarkan saja daripada PR.......

    ReplyDelete
  6. Kalau aku yg melayu mmg dah la tk undi umno.. pasni tk undi pas pulak.. ko nk ckp ape? Jngn sampai Allah turun bala depan mata pun buat deeek je.. tahu pulak bila gempa lari lintang pukang, kenapa tk ckp mcm msa banjir kt Kelantan, gempa ni berlaku sebab terlebih bergegar dr biasa.. Hati kalau dah mati, warning dr Allah pun dah tk rasa. Bnyk sgt makan pil kuda ea..

    ReplyDelete
  7. Melayu ada bermacam macam melayu: al bugisi /al mamak kelingkop / al zahid hamidi alJAWARI /al FILIPINASri.....KesimpulannyaIslam tu bukan melayu dan melayu tu x semestinya Islam , stigma melayu Islam dah beransur lingkup dari era Tunku dan kemuncaknya diera Mahathirise. Dah ada melayu Kristian, melayu Hindu , melayu atheist, melayu liberal.PENGKHIANAT NOMBOR 1 MELAYU SEKARANG DISANDANG OLEH PAS SELEPAS MUKTAMAR KE61 DAN TEMPAT KEDUANYA PADA UMNO. DIALAM ROH LAGI KITA SEMUA ISLAM (DARI ROH PERTAMA HINGGA YANG TERAKHIR ALLAH NAK LAHIRKAN, KITA NI SEMUA AKUI TAK ADA SIAP BAHKAN ENGKAULAH TUHAN ).YG BUKAN ISLAM DIDUNIA KITA KENA KESIAN DIA KERANA JIWA DIA DITUTUPI TIRAI KEGELAPAN, ITU SEBABLAH DIA DIA RASA DIA BUKAN ISLAM.DI YAUMAL MAHSYAR NANTI -MEREKA INI MENUNTUT PADA SETIAP ORG KITA YG ISLAM KENAPA TAK DAKWAH MEREKA PADA ISLAM SEPERTI MANA KITA KENA TIRU CARA NABI. DULU DULU BOLEHLAH KITA BERGAYUT PADA STIGMA MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM TU MELAYU....SEKARANG AKU ADALAH ISLAM DULU BARULAH: MELAYU / CINA / INDIA /OMPUTIH.....DAP X JADI BODOH MACAM OTAK HANG KATA UNDI MELAYU KAN PERGI PADA PAS KERANA X NAK UNDI DAP DAN SEMACAM DAP TERPAKSA UNDI PAS. " jeng jeng jeng....dulu dulu aku bukanlah yg sekarang , dulu dulu aku melayu-Islam , dulu dulu akulah ditendang,... sekarang ini aku Islam-melayu... kini barulah aku disayang... Lebih baik aku undi DAP dari undi hamPAS atau kalah pada BNumno dan bukan kalah pada BNpas. TGNA meletakkna dirinya Islam-melayu.,sebab itulah hingga era TGNA yg bukan Islam merindui TGNA.

    ReplyDelete
  8. silap haribulan Kelantan pun bungkus lepas tu baru mereka ada otak.

    ReplyDelete
  9. Orang orang Melayu yang tidak membaca jauh lagi berfikir akan undi PAS. Orang Cina tidak memerlukan PAS.

    Orang orang Melayu umno alan undi UMNO.

    Bangsa2 bukan Melayu sanggup undi PKR beserta Melayu yang professional dan yang ber fikir.

    Dengan PAS sekarang ini, kemungkinan besar hanya orang orang Melayu PAS saja akan undi PAS, dan tak banyak pon.

    PAS nampak nya akan Pupus sebelum PRU14

    ReplyDelete
  10. Baguih la melayu sesama melayu begaduh cina yang kaya apa tidaknya melayu sebok nak rebut kosa cina sebok dok penaik herega (Harga barang keperluan) yang kerajaan (UMNO) dok sebok perabih duit sampai rakyat papa kedana sampai menteri dah telalu kaya dan mewah sanggup beli nombot plet kereta bepuluh-puluh ribu ringgit yang rakyat disuruh bayaq cukai GILA SAMPAI TUA (GST) bial la agaknya oghang melayu nak sedaq yang depa tu dah ketingalan sampai anak nak masuk sokolah pun kena minta derma kat masjid adakah PAS dok pi tengok semua tu atau saja seronok tengok bangsa sendiri miskin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi MELAYU sibuk dengan MELAYU nye selagi itu lah MELAYU layu....
      Nabi tak mengaku golongan nya kepada mereka yang berjuang untuk bangsa......
      Lupakan soal MELAYU, usah dibanggakan tentang bangsa MELAYU...IANYA ADALAH SATU BANGSA YANG MISKIN DI NEGERI NYE SENDIRI. (7.9 juta dah jadi PENGEMIS BRIM...MALU NAK MENGAKU MELAYU..)
      Namun, kerana kurang bijak, kita jadi penakut kepada bangsa lain dan terus berharap kepada UMNO yang tak boleh diharap..... semoga bangsa Melayu cepat berubah dan terbuka minda nya supaya sama maju seperti bangsa lain....atau pun punyalah hendaknya nama satu bangsa yang sangat memalukan ini.... (Dr.G:

      Delete
  11. Pandangan aku pulak biarlah profesional itu juga ulamak, jika tidak mereka pun sanggup tolak hudud.

    ReplyDelete
  12. Biar Pas bawa diri sendiri, kami ahli Pas dibawah ni da meluat selepas muktamar, kami sedih ahli2 yg menghidupkan Pas ditolak begitu saja, kami minta kalau pemimpin Pas ada maruah, sila letak jawatan kamu dalam kerajaan.kerana muktamar telah dengan jelas kamu sudah tidak mahu lagi bersama Dap, ini bermaksud kamu telah keluar dari barisan PR, biar kami sebagai ahli biasa membuat pilihan kami kemana arah tuju kami dalam sokongan dalam arus politik negara, kami banyak pilihan tapi bukan Pas lagi, sayonara Pas

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah ..UMNO masih perintah dulu kini selamanya!!

    ReplyDelete
  14. Banyak macai otak kacau kat sini ................ hanya kematian pembicara yg benar buat macai2 ni !

    ReplyDelete
  15. Pas mempunyai ulamak2 mercun yg banyak blh gempaq pkr dan dap dgn mudah

    ReplyDelete
  16. Undi cina pd pas je dia kaji..bgai mana undi pas pd cina n pkr? X nak kaji ko..bodoh punya analisis

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa