Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 9, 2015

Tak malu tadak maruah!

Sebagai Melayu, aku pun turut malu dengan tindakan bodoh puak-puak ni..........

Letak saja jawatan dan bergabunglah dengan UMNO kalau-kalau boleh bentuk kerajaan Selangor yang baru kalau sayang sangat kat jawatan..........ini tidak, kerana jawatan marwah pun digadaikan!

Ibarat kata Khalid Samad ini: Jahat sungguh DAP

DAP dan PAS Selangor ‘cerai talak tiga’, kata exco kanan
mk - Published: 9 June 2015 11:59 AM
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim menegaskan jika PAS berhasrat terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Jun, 2015.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Datuk Teng Chang Khim menyifatkan hubungan PAS dan DAP kini seperti pasangan suami isteri yang sudah berpisah dengan talak tiga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP itu berkata jika PAS berhasrat untuk terus bersama dalam kerajaan negeri Selangor, mereka perlu mematuhi suara majoriti iaitu gabungan DAP dan PKR.
"Sudah cerai talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti.
“Sekiranya PAS masih berhasrat mengekalkan jawatan dalam kerajaan Selangor, mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat yang parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar.
"Sebaliknya mematuhi semua keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Teng berkata jika PAS tidak dapat menerima hakikat itu maka pemimpin parti Islam seharusnya meninggalkan barisan kepimpinan negeri.
Katanya, PAS akan membuat tindakan paling keji jika bergabung dengan Umno kerana parti Melayu itu sudah pun ditolak di Selangor.
“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun PAS yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan PAS dan Umno di Selangor.
"Gabungan PAS dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu meluluskan usul Dewan Ulama tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat  (PR).
Walaupun terdapat perwakilan yang mahu usul berkenaan dibahaskan di muktamar namun ia dibimbangi alan mencetuskan kontroversi dan salah faham dalam PR. – 9 Jun, 2015.

7 comments:

  1. Kesiaaaan.....dalam pas ni banyak jenis2 aku je lah betul, orang lain semua tak betul..tak pernah terjadi dalam sejarah pas kecoh macam hari ni, lebel melebel, fitnah, pemilihan siap ada chai (senarai)..majlis multaqa di Kawasan (kempen tertutup)..ini mencari keredhaan ALLAH swt ke? Cakap tak serupa bikin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biaq pi...padan muka...kita tengok setakat mana puak UG ni buleh pi...tp yg pasti memang muka tak malu...dah nak sgt bercerai...tp nak jawatan...takut shoru miss...

      Delete
  2. Kesiaaaan.....dalam pas ni banyak jenis2 aku je lah betul, orang lain semua tak betul..tak pernah terjadi dalam sejarah pas kecoh macam hari ni, lebel melebel, fitnah, pemilihan siap ada chai (senarai)..majlis multaqa di Kawasan (kempen tertutup)..ini mencari keredhaan ALLAH swt ke? Cakap tak serupa bikin!!!

    ReplyDelete
  3. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).

    jika masih ada lagi sekelompok pejuang untuk menegak hukum hukum Allah dibumi ini teruskan
    apa nak dikesahkan sangat dengan habuan dunia sampai nak gadai prinsip perjuangan
    jika sampai masa semua puak yang tak suka dengan prisip perjuangan ini mereka akan bergabung demi penentangan
    itukan biasa sebagai ujian
    biar akhir umur dalam kedaan tetap teguh kerana Allah daripada mati dalam kedaan bergabung dengan musuh yang nyata kebenciannya
    kalau setakat nak jadi adun ap mentori apa la sangat jika nak dibanding dengan habuan yang berkekalan dijanjikan oleh Allah
    memang negara ini telah diatur sebegini rupa oleh penjajah britis ejen yahudi dan diterima oleh anak didiknya . hukum Islam cuba diketepikan
    perjuangan hendaklah ikhlas kerana perintah Allah

    ReplyDelete
  4. Orang PAS sudah menjadi Parti MUNAFIK ter besar di negara

    Sedar atau tidak sedar , asal usul presiden nya Munafik dulu kini di ikuti dengansejuta ahli ahli turut jadi MUNAFIK

    Hanya kerana jawatan pangkat kedudukan , orang orang PAS yang konon nya Islam patuh ajaran Nabi SAW , tapi takut lepaskan jawatan tidak lagi percaya Rezeki Milik ALLAH SWT

    Terbukti PAS terdiri orang orang BAHALOL dan Tidak Ber Fikir , hanya meminta minta bagai Peminta Sedekah.

    ReplyDelete
  5. Abe

    Nak paham geng pemimpin PAS sekarang senang je. Dulu depa dakwa depa ulamak pewaris nabi dan macam2. Tu dulu mase xde kuasa, semua yg baik dan hebat depa la.

    Kini depa dah ada kuasa mutlak 100%. Semua pihak yang boleh menghalang mereka sudah berjaya mereka musnahkanxdengan pelbagai cara yang halal dan kotor. Sekarang tiba masa untuk mereka buktikan kehebatan mereka sebagai pewaris s3benar nabi-nabi.

    Bagaimana prestasi mereka? Hebat seperti mereka dakwa? Setakat ini amat mengecewakan. Bohong belaka. Satu perkara yg kita nampak tentang mereka ini yg mereka dakwa sebsgai pewaris sebenar nabi-nabi ialah KESEMUA MEREKA BUTA KAYU TENTANG PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN PAS!

    Sehab ini lah mereka terkantoi bila mereka ejas supaya muktamar meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan hubungan dgn DAP.Tengok berapa besar masaalah yg mereka cipta kerana buta kayu pasai perlembagaan! Yang buat usul tu kecik2 anak punya ulamak....kalau depa xbuta perlembagaan mereka takkan pi jerut leher mereka sendiri seperti sekarang.....strategi bofoh ni boleh mengoncangkan struktur PAS sendiri.

    Bayangkan, hanya satu jalan sahaja yg ada untuk menyelesaikn masaalah ini iaitu mengadakan muktamar khas untuk membatalknnya. Apa mereka nak ckp kepada perwakilan nanti? Nak kata DUPP buat silap sebab buta perlembagaan? Mana boleh pewaris mutlak nabi-nabi m3ngaku bodo dan buta perlekbagaan parti walaupun dah berkurun duduk dalam DUPP dan MSU?

    ReplyDelete
  6. bat8

    Hahaa.....itulah nasib Pak Kadot
    Baju koyak, ayam terlepas, tangan bau taik, kampung tergadai!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa