Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 31, 2015

GHB: Keyakinan akar umbi

Akar umbi GHB yakin parti baru dapat menggantikan PAS 
05:40PM Ogos 30 2015
oleh Alyaa Alhadjri

BERSIH 4: Peranan PAS dalam menggerakkan hadirin Melayu dalam perhimpunan 34 jam telah menjadi subjek perbincangan di kalangan pemerhati.

Malah sehingga ada yang menyindir bahawa jumlah kehadiran keseluruhan adalah “kemenangan buat DAP” - berdasarkan apa yang dilihat hadirin majoriti dari kaum Cina, daripada lebih 100,000 penunjuk perasaan.

Ketiadaan PAS telah diselamatkan oleh kumpulan serpihannya, Gerakan Haapan Baru (GHB).

Krew Unit Amal dengan berbaju merah hati telah digantikan oleh 500 orang skuad beruniform Arif GHB berwarna hitam dan jingga.

Seorang ahli GHB dari Pontian, Johor, Noorsaiful Amri Suloh berkata beliau telah bermalam di jalanan dan ianya “berbaloi”.

"Kita muda-muda tidur atas jalan. Kita hantar mesej yang jelas," kata beliau.

Noorsaiful memberitahu Theantdaily bahawa GHB sedang bersiap-sedia untuk melancarkan parti rasmi mereka pada 31 Ogos.

“Kami telah bersedia. Pada saat parti ini dilancarkan, ramai daripada kami di PAS Johor akan keluar parti dan menyertai parti baru ini,” kata Noorsaiful.

“Terdapat ramai daripada kami (GHB) di Bersih 4 tetapi kami masih lagi belum diiktiraf,” kata beliau berkaitan kehadiran penunjuk perasaan berbangsa Melayu yang mengecewakan.

Terlebih dahulu awal minggu ini, ahli jawatankuasa induk GHB Mujahid Yusof Rawa berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menolak permohonan mereka untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam SeMalaysia.

Noorsaiful, bagaimanapun, berkata beliau yakin bahawa parti baru GHB akan berjaya meraih sokongan akar umbi PAS di Johor, kerana idea untuk menubuhkannya dicetuskan ketika "Himpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan di negeri itu.

Perhimpunan itu telah dianjurkan berikutan pemimpin progresif PAS dicantas pada pemilihan parti itu, menentang kelompok ulama di bawah presiden Abdul Hadi Awang.

Keputusan oleh PAS untuk tidak menggerakkan ahlinya jelas sekali kerana politik, selepas berpecah dengan DAP dan kematian Pakatan Rakyat.

Di lapangan, bagaimanapun, penunjuk perasaan sendiri lebih peduli tentang menghantar satu mesej, tetapi dengan ‘jutaan’ cara berbeza.

Malahan hujan yang telah mula turun pada sekitar jam 3.30 petang tidak mematahkan semangat mereka.

Jika apa-apa pun mereka bertenaga semula selepas hampir dua hari berpanas terik.

Bagaimanapun, ia kelihatan akan kembali hangat sekali lagi dengan penampilan kedua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

3 comments:

  1. BERSIH 4 telah ber jaya besar !!!!!!!

    Segala yang di hina di zaman Anwar Ibrahim telah di jilat bersih oleh PENGHINA di zaman Najib ini

    ALLAH SWT adalah PERANCANG TERBAIK

    Anwar Ibrahim adalah Rakyat dan ini di geruni oleh lahanat lahanat Melayu UMNO masa kini.

    HIDUP ANWAR!!!!!!!!!!!!!!

    PAS?????
    PAS hanya lah parti politik orang orang Melayu GAGAL hidup segan mati tak mahu.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Dua kelompok melayu sahaja yang m3nyindir iaitu melayu UMNO dan melayu PAS. Cina2 dan melayu yang hadir ke Bersih 4.0 datang menuntut hak mereka juga.

    ReplyDelete
  3. Jgn kamu ditipu oleh kwhidupan dunia. Usahalah utk kuatkan iman dn amal soleh pasti Allah swt jayakan kamu dunia akhirat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa