Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 23, 2015

Ramesh Rao, kita orang dah muakla!

Orang ramai sudah muak dengan telatah Ramesh Rao!
09:30AM Ogos 23 2015
oleh V Shuman

PENDAPAT: Masih ingat Ramesh Rao, watak lucu yang muncul bagi menjayakan misi Putrajaya bagi memburuk-burukkan Sarawak Report dan pengarangnya Clare Rewcastle-Brown?
Dia dan orang kanannya Lester Melanyi membuat pendedahan mengejutkan ke atas Sarawak Report (SR) dan Clare Brown sebelum terus mendiamkan diri.
Kini, dia muncul semula dan mahu memerangi Malaysiakini pula.
Namun kelibat Melanyi tidak pula bersamanya kali ini.
Si muflis itu yang menerajui NGO tak ternama Pertubuhan Minda and Sosial Prihatin pada Rabu lalu telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mereka menyekat laman Malaysiakini daripada dilayari.
Ini kerana portal tersebut “sejak PRU13 telah menerbitkan berita palsu yang mengelirukan dan bersifat memfitnah”, katanya.
Walaupun pembetulan dibuat, Rao berkata pembaca akan membaca kenyataan awal yang mereka anggap tepat dan betul.
“Berita awal diterima dan dianggap benar oleh rakyat Malaysia pro pembangkang. Bagi mereka, selepas suntingan, mereka akan berkata: Oh mungkin portal diancam dan akibatnya membuat pembetulan kerana akur dengan tekanan.”
“Apabila Malaysiakini menerbitkan pembetulan, ia hanya dalam kolum kecil. Mereka tidak memohon maaf secara terbuka atau membuat kenyataan konsisten,” kata beliau.
Sebagai wartawan, saya kecewa kerana watak seperti ini berbicara soal etika kewartawanan.
Apa yang mengelirukan seperti didakwa beliau? Keliru kerana beliau sendiri tidak bijak agaknya?
Dan Ramesh, itulah caranya pembetulan dan permohonan maaf dibuat di media samada pro-pembangkang atau media arus perdana.
Ia disiarkan di dalam kolum kecil dengan merujuk mengapa permohonan maaf dibuat.
Pengarang dan pemilik organisasi media tidak memohon maaf secara terbuka dengan melutut, seperti yang anda saksikan dalam filem Tamil.
Dan samada beliau sedar atau sebaliknya, Malaysiakini jarang dikenakan tindakan undang-undang.
Namun akhbar Melayu milik Umno selalu kalah di mahkamah.
Malaysiakini pula sering menang atau menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Kekalahannya pula disebabkan berita yang dipetiknya daripada media lain atau dari komen pembaca.
Ya kita tak harapkan Ramesh Rao tahu semua ini kerana beliau kurang berkaliber.
Malang sekali BN/Umno perlu bergantung harap kepada individu sebegini.
Sebetulnya, BN/Umno berdepan kesulitan menjelaskan isu RM2.6 bilion yang menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, dan kini sedang berusaha meyakinkan kita semua.
Jadi digunakannya taktik menyerang balas yang merepek.
Watak seperti Ramesh, Melanyi dan juga Abdul Rahman Dahlan, muncul bagi tujuan ini.
Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

3 comments:

  1. Penulis ni bagus.tahniah teruskan usaha murni.tuan bloqpun kira ok jugak sikit.ha ha jgn marah

    ReplyDelete
  2. BUDAK BAHALOL MALAYSIA ADA MACAM MACAM BANGSA

    Bagus lah.....

    ReplyDelete
  3. Ini biawak punya spesies...pembodek jilat punggung

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa