Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 22, 2015

Benarkah Hadi akan didorong ke longkang kerana Najib?

Benarkah Ahli PAS akan tolak Hadi?
Pada aku kerana wala' Ahli PAS akan tetap patuh umpama Tuah terjun telaga taik kerana menyelamatkan kuda raja
Mereka telah didoktrinkan 'tolak Ulamak samalah menolak Nabi' - Ulamak pewaris Nabi.
Namun begitu adakah yang bergelar 'Ulamak' ini benar-benar punyai ciri-ciri Ulamak sebenar?

Abdul Hadi bakal ditolak seperti Najib
ATIRAH HASLI
22 DISEMBER 2015
SHAH ALAM – Ahli-ahli akar umbi Pas didakwa akan menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana sesetengah ahli Umno menolak kepimpinan Presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar berkata, ia akan berlaku akibat daripada tindakan kedua pemimpin yang mengambil keputusan untuk melakukan kerjasama antara parti.

“ALLAH sudah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis.

“Masanya akan tiba ahli Pas akan tolak Abdul Hadi seperti juga ahli Umno akan tolak Najib,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ini turut melahirkan simpati terhadap beberapa pemimpin Pas.

“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Abdul Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab.

“Besar kemungkinan mereka ini menganggap ahli-ahli mereka (Umno dan Pas) tak faham isi kandungan al-Quran dan hadis seolah-olah mereka seperti 'lembu cucuk hidung' akur apa sahaja pemimpin mereka kata,” katanya lagi.

9 comments:

  1. Aku setuju sangat pasal doktrin sesat walaun pas,tolak ulama seperti menolak nabi..
    Masalahnya ni ularmak,bkn ulamak..

    ReplyDelete
  2. Ulamak bkn maksum. Akan sampai masa dihumban ke longkang. Dulu dato asri. Sampai digelar pas itu asri. Asri itu pas. Parti asri sekeluarga. Ahli tk wala' jika pakat dgn bn. Wala' pun ada batas jugak. Wait n see.

    ReplyDelete
  3. duk cerita pasai mamat dua orang ni
    pm6 dah dapat kuasa baru
    boleh istihar darurat
    ambek habuan

    ReplyDelete
  4. Orang Orang PAS rata rata jenis TIDAK BER FIKIR hanya Islam ikut ikutan saja

    Jika ikut Ajaran NABI SAW sudah pasti tidak menjadi BANGSA GAGAL hidup papa kedana merempat saja

    Ini fakta yang takut di renung Orang Orang Melayu.

    Maka tumbuh lah ULAMAK SERBAN JUBAH KOPIAH yang juga rata rata Otak Bahalol

    ReplyDelete
  5. Itu kata Tamrin bukan dari akar umbi, ditambah pula ulam-ulam oleh admin dan digaul oleh penyokong DAP-Imayam, cuba nak buat justification terhadap ulamak, siapa ulamak DAP-Imayam?

    Elok uruskan diri sendiri serta keluarga, perbetulkan apa yang salah, jangan buka aurat depan umum, jangan kata ulamak walau ustaz sekalipun kita tiada hak nak mengata. Berpesan-pesan pada perkara kebaikan, jangan jadi manusia yang rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp ulamak ada hak ke nk menkafirkn org lain n tuduh pengkhianat...da la tuduh org lain yg x sebulu kafirlpas tu geng sendiri pun dituduh pengkhianat...apa punya ulamak la...da ludah skafir lpas tu jilat balek...mu ingat rakyat buta ker...kalau x nk rugi tolak najib n bn....tu la sebaik2 pesan..bkn pikul biawak hidup...skr mu bodoh or aku...mu fkr dulu...gst..tppa..apco...memali..lembu...mh 370/17..1mdb....sokong umno rugi ker untung...jilat umno untung ker...yg presideng dok baik dgn najib sampai nk keluar citer ug itu untung ker...akhirnya gambungan pembangkng jd lemah n kucar kacir...skrg mu nk pesan ikut lagu mano lg...mu fkr x..

      Delete
  6. Tunggu la...ahli pas johor n kelantan akn keluar beramai2...Org bodoh je yg dok dln pas

    ReplyDelete
  7. Berkata benar depan penguasa zalim. Kena tegur mungkar dgn kuasa, lisan atau hati. Tegur dgn hati iman paling lemah. Anon 11.24 perasan warak suruh jaga diri n keluarga je. Hoi ini ajaran sesat dah. Why tk kata cukai Gst adalah jihad? Tidak rugi kecuali yg beriman dan beramal salih. Berpesan dgn kebenaran dan kesabaran. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  8. Akar ubi je dok caya hj hadi...AKAR UMBI DA LAMA X CAYA KT HJ HADI...TGK JELA PR U NANTI...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa