Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 22, 2015

Kes naya dan tragis........

5 pekerja dirempuh bas ketika alih rakan maut dalam nahas

Hasrat lima pekerja pembersihan jalan untuk membantu mengalihkan rakan mereka yang maut dilanggar kereta ke tepi jalan, tidak kesampaian apabila mereka turut dilanggar oleh sebuah bas mengakibatkan seorang daripada mereka meninggal dunia.
Dalam kejadian di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban pagi tadi, empat daripada pekerja itu cedera parah.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S Markandan berkata dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira 6.15 pagi itu, pekerja pembersih jalan, R Veeraiyan, 45, maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu dari arah bandar raya menghala ke tol Sungai Besi itu.
"Lima rakan sekerja mangsa kemudiannya mendapatkan mangsa untuk membawanya ke tepi jalan, namun sebuah bas merempuh mereka," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Seorang lagi pekerja yang terbunuh itu ialah R Chinnaiyan, 45 tahun.
Empat mangsa lagi yang cedera parah itu kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala dua yang maut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Bernama

3 comments:

  1. Semua sudah jadi Gila bila DUIT tak cukup tuk tanggung hidup ber keluarga

    Hidup STRESS punca segala masalah

    STRESS tak cukup kebas BILYON BILYON pon ada juga

    Tak percaya tanya bebudak SONGKOK TINGGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa kita ada Tuang Penasihat,,,,,

      Delete
  2. Kali ini nampaknya menteri lembab berfikir macam mana nak buat duit poket tambahan. Apa kata jika menteri membuat keputusan untuk membina bonggol di setiap 5km(contohnya) dan lantiklah syarikat kroni untuk tujuan tersebut. Mark up lah harga tender, lepas tu dapat jugalah 10% dari nilai kontrak. Itu pun nak aku ajau ke? Tender pasang lampu di lebuhraya mungkin telah ada syarikat lain yang pegang, tapi itu pun masih boleh dikawtim lagi. Bukannya tak biasa cipta lubuk duit nih!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa