Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 22, 2015

Pencak yang membawa padah.......

Mati tertikam ketika pertunjukan silat

 | December 20, 2015

Mangsa tertikam sepupu sendiri menggunakan keris ketika membuat pertunjukan majlis kahwin.
silat_maut_600
PETALING JAYA: Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di Labuan, pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak, lapor Berita Harian.
Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun .
“Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris. Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.
“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya.
“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

2 comments:

  1. mati tertikam depan ramai.tak di sengajakan kerana kesilapan..
    ketua ketua parti yg menikam ahli akar umbi dari belakang dalam diam memang sial dan patut di ludah mukanya.ini lagi celaka..buat keputusan atas fikiran sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan pesilat mempunyai pendamping yg tak disedari..perbuatan yg tidak disengajakan adalah hasil kerja pendamping tapi ramai yg tak perasan.
    Yg naya,seorang lagi akan dituduh membunuh dgn tidak sengaja..
    Gelap masa depan budak tu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa