Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 10, 2017

Penindasan Rohingya: Lambatnya respon PBB!

Guterres dikejutkan laporan penindasan Rohingya
9 FEBRUARI 2017
Adama Dieng.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dikejutkan dengan laporan mengenai penderaan seksual penduduk Islam Rohingya di Myanmar oleh pasukan keselamatan negara itu.

Badan dunia itu baru-baru ini mengeluarkan satu laporan yang mendakwa polis pengawal sempadan merogol Rohingya semasa operasi di barat negeri Rakhine, tahun lalu.

Penasihat Khas PBB mengenai Pencegahan Pembunuhan Beramai-ramai, Adama Dieng berkata, skala keganasan terhadap etnik minoriti itu adalah teruk dan tidak dapat diterima.

"Kekejaman ini perlu dihentikan sekarang, Kerajaan Myanmar bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan mereka.

"Jika seseorang itu dianiaya berdasarkan identiti mereka dan dibunuh, diseksa, dirogol serta dipindahkan secara paksa, ia adalah jenayah terhadap kemanusiaan," katanya. - Press TV - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa