Anak muda DAP harap Hadi banyak beristighfar
11 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Anak muda DAP berharap agar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah ekoran kata-kata kesat yang dilemparkan kepada parti itu.
Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka merakam rasa sedih dan kecewa dengan ayat-ayat yang dituturkan Abdul Hadi yang disifatkan sebagai seorang ulamak.
Dalam ceramah di Rusila, Terengganu malam tadi, Abdul Hadi seperti dilaporkan Malaysiakini berkata, Singapura adalah 'bapa DAP' dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat).
"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Berikut merupakan kenyataan penuh anak muda DAP yang ditandatangani oleh Edry Faizal (Ahli Jawatankuasa DAP Selangor), Shukri Mokhtar(AJK Pemuda DAP Subang), Dyana Sofya Mohd Daud (Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan), Muhammad Shakir Ameer Mohideen (Bendahari Pemuda DAP Selangor), Mohammad Firdaus Babh (Setiausaha Pemuda DAP Selangor dan AJK Pemuda DAP Kebangsaan), Young Syefura (Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan), Nor Miswary Ramli (Setiausaha DAP USJ, Subang Jaya), Masyhur Abdullah (AJK Pemuda DAP Bukit Bintang), Sheikh Omar Ali (Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor), Jamaliah Jamaluddin (Naib Pengerusi DAP Ara Damansara), Farhan Haziq Mohamed (Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP Subang dan AJK DAP Bandar Utama) Ahmad Anwar Asyraf (Penolong Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Johor) Ahmad Irfan Hani (Pemuda DAP Subang), Nurul Shifa Abdul Manan (Naib Pengerusi DAP Perlis) dan Azfar Faruqi Mohamad Idris (Pengerusi DAP Taman Seroja):
Kami merujuk laporan Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/378756) tentang ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia (Pas) di Rusila malam tadi.
Haji Hadi dilaporkan berkata:

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia."
Kami merakamkan perasaan sedih dan kecewa dengan ayat-ayat ini yang dituturkan dua bibir seorang ulama, apatah lagi seorang Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Suka kami ingatkan bahawa Allah SWT. Berfirman:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl, ayat 125)
Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Haji Hadi dengan kata-kata yang begitu kesat, dan tidak padan dengan sunnah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari.
Kami ingin tekankan bahawa DAP dan PAP tidak ada kena mengena secara parti-ke-parti. Hanya beberapa pengasas DAP pernah menganggotai PAP ketika parti tersebut masih wujud di Malaysia. DAP dan PAP bukan parti adik beradik, atau yang sepertinya.
Pun begitu ia tidak menghalang kami daripada berjuang melawan kezaliman UMNO.
DAP sudah lebih 50 tahun berjuang demi sebuah negara yang aman makmur dengan kebebasan, keadilan, dan solidariti untuk seluruh rakyatnya, tanpa mengira latar kaum, agama, budaya dan daerah. Kami bangga menjadi mata rantai penerus perjuangan DAP, biarlah apa pun kata Haji Hadi.
Kami lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik kata tuturnya, meski giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan. Haji Hadi wajar bertaubat dan malu, membiarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat.
Kami bersimpati dengan kader-kader PAS yang ternyata telah meninggalkan tarbiah dan manhaj yang digariskan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Semoga Haji Hadi banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah. Tinggalkanlah Islam yang penuh marah-marah, dan hidupkan Islam yang ramah tamah; sesuai budaya politik matang dan sejahtera yang dipakai ketika berhadapan dengan Umno.
11 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Abdul Hadi Awang

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa