Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 8, 2008

Jelajah Gunung Lagi

Esok jam 09:00 saya akan menjelajah Gunung Tebu lagi, tetapi kali ini dengan wartawan berita misteri dan kawan-kawan yang mahir dengan alam ghaib. Saya juga terasa ghairah untuk meneroka dan mengetahui alam yang asing bagi saya tetapi biasa bagi yang sudah menempuhnya.

Hendak percaya? Aku belum pasti. Walau apa pun saya akan tunggu esok dan esok malam. Apakah upacara dan kaedahnya akan diketahui. Sebenarnya saya pernah alami satu peristiwa anih, luar biasa dan sukar untuk dipercayai sekiranya tidak alami sendiri.

Insya Allah akan saya ceritakan nanti di masa yang lain.

4 comments:

  1. Dasyat betul. Akhirnya barulah saya tahu kenapa Tuan memilih nama Mountdweller.

    Hati-hati Tuan. Selamat mendaki dan turun.

    ReplyDelete
  2. Salam MOUNTDWELLER,

    Aduhai, satu kesempatan yang baik dan bermakna dapat menjengah ke alam lain. Pastinya saudara seorang yang cekal dan kuat semangat.

    Mungkin banyak akar kayu berkhasiat yang dapat dibawa pulang.

    Salam takzim.

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara,

    Alam Ghaib memang wujud, ceritakanlah nanti.

    Kami menunggu.

    ReplyDelete
  4. sang harimau, kerajaan rakyat dan puan melayu angkat,

    Insya Allah kita akan dapat kungsi bersama cerita tu nanti. saya baru balik, badan masih sakit-sakit lagi, maklumlah kita pun bukannya muda lagi tetapi kerana semangat masih nak ikut mendaki.

    sebenarnya mereka yang mendaki pada hari itu minta saya tolong jadi trekking guide dia orang. jadi oleh kerana jiwa nak menolong dan ingin juga alami upacara dia orang, saya sanggup pergi.

    terima kasih untuk semua teman-teman blogger

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa