Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label samseng. Show all posts
Showing posts with label samseng. Show all posts

Tuesday, November 14, 2017

Parah: 'Datuk' Ketua samseng ditahan bersama 17 anggota geng

Datuk antara 18 anggota geng 04 ditahan di P. Pinang
Diterbitkan pada November 13, 2017 20:06 MYT
Seorang Datuk antara 18 individu ditahan Polis Kontinjen Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bergelar Datuk adalah antara 18 lelaki disyaki anggota geng kongsi gelap 04 yang ditahan dalam operasi polis di sekitar Pulau Pinang pada 30 dan 31 Okt lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah berkata mereka yang ditahan dalam Op Cantas Jenayah Terancang itu termasuk beberapa ketua geng kongsi gelap berusia 23 hingga 54 tahun.

"Seorang daripada mereka mendakwa bergelar Datuk dan dia merupakan ketua kawasan geng 04 di negeri ini...beberapa yang ditahan itu juga merupakan pemimpin kumpulan kongsi gelap yang aktif di negeri ini.

"Berdasarkan siasatan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan kekerasan antaranya mendatangkan cedera parah, rompakan, pemerasan, bunuh dan pengedaran dadah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman selama 28 hari menurut Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Sosma 2012 untuk siasatan.

Zainol berkata polis kini memburu 10 lagi anggota geng 04 itu dan kesemua mereka yang telah dikenal pasti itu berusia 17 hingga 35 tahun dan berasal dari Pulau Pinang.

Mereka ialah T.Kalai Chelvan, 28; A.Guganish,36; K.Sangaran, 35; Mohd Firdaus Mohd Abdul Rahim, 33; M.Partiben, 29; S.Surentheren, 30; G.Guninteran, 23; M.Nithiyanantham Naidu, 24; K.Dineskumar,21; dan seorang remaja berusia 17 tahun, katanya.

"Mereka diminta menyerah diri kepada polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 10 lelaki itu diminta menyalurkan maklumat kepada kami untuk membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Zainol berkata polis sedang mengesan tiga lelaki Indonesia anggota geng rantau yang terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di sekitar Pulau Pinang sejak awal tahun ini.

Beliau berkata mereka ialah Jamal, 54; Hasanuddin, 33; serta Herman, 52; dan masing-masing berasal dari Kepulauan Jawa Timur.

"Geng rantau itu terdiri daripada empat lelaki warga Indonesia. Seorang daripadanya berjaya ditahan ketika sedang menyamun sebuah rumah di Sungai Ara, dekat sini pada 4 Nov lepas.

"Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, jiran mangsa menyedari kejadian itu dan terus menghubungi polis. Kami berjaya menahan lelaki berasal dari Batam itu tetapi tiga lagi rakannya meloloskan diri," katanya.

Zainol berkata polis merampas pelbagai barang kemas dan wang tunai bersama lelaki itu dipercayai hasil samun dari sebuah rumah sehari sebelum ditahan. Siasatan mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah samun di Johor dan pernah dipenjara sebelum ini.

Berdasarkan siasatan empat lelaki itu terlibat sekurang-kurangnya 13 kes samun rumah di daerah Barat Daya dan Timur Laut membabitkan kerugian mangsa lebih RM500,000.

Mereka masuk ke negara ini secara sah melalui Johor sebelum ke Pulau Pinang menaiki bas ekspres dan tinggal di kawasan hutan atau bukit serta menyamun rumah mewah yang telah dikenal pasti berhampiran tempat mereka bersembunyi dan mereka akan pulang ke negara asal selepas memperoleh hasil lumayan, katanya.

Beliau berkata polis percaya tiga lelaki Indonesia itu masih berada di negara ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi polis. - sumber

Thursday, October 19, 2017

3 ahli ‘Geng Highway’ ditahan di Pulau Pinang

TMI · Diterbitkan pada 19 Oct 2017 7:55PM ·

POLIS menahan tiga lelaki “Geng Highway” dan memburu seorang lagi ahli geng itu kerana terlibat dalam kejadian samun di kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) Plaza Tol, Sungai Dua di Butterworth, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 28 tahun itu ditahan sepasukan polis menerusi Op Cantas pada 9 Oktober lepas di kawasan Sungai Lokan, Butterworth.

"Berdasarkan siasatan geng itu terlibat sekurang-kurangnya tujuh kes samun di kawasan R&R berkenaan dan modus operandi mereka ialah dengan menaiki motosikal dan menghampiri kereta yang berhenti berehat atau tidur di kawasan tersebut sebelum bertindak memecahkan cermin kenderaan mangsa.

"Mereka memecahkan cermin menggunakan palam pencucuh yang telah diubah suai sebelum mengambil beg tangan, beg serta barangan berharga milik mangsa dan kemudian melarikan diri," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya susulan penahanan tiga lelaki itu polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil samun kumpulan itu bernilai RM50,000 antaranya tujuh komputer riba, dokumen peribadi dan pakaian serta peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Noorzainy berkata siasatan mendapati tiga lelaki itu mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah dan usaha mengesan seorang lagi ahli geng itu berusia 20 tahun giat dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah pejabat yang dilakukan oleh “Geng Siling”selepas menahan dua penagih dadah berusia 31 dan 34 tahun dalam serbuan di Butterworth pada 4 Oktober lepas.

"Dua lelaki itu memecah masuk pejabat di sekitar daerah ini dan mencuri barang berharga serta wang tunai. Barang-barang tersebut dijual dan duit yang diperoleh digunakan untuk membeli dadah," katanya. – Bernama, 19 Oktober, 2017.

Wednesday, October 4, 2017

Video inside: Teruknya perangai wanita sekarang!

Video tular wanita terajang wanita: 'Kalau nak panggil polis, panggillah!'
Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 03, 2017 21:19 MYT
Kekecohan yang tercetus di pekarangan stesen KTM Ipoh itu mengejutkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi tersebut. - Sumber: Media Sosial

IPOH: Suasana di sekitar stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh gempar apabila seorang wanita bertindak ganas dalam satu pergaduhan yang tercetus pada petang Isnin.

Kekecohan itu turut dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian yang terkejut dengan pertelingkahan tersebut yang dipercayai hanya berpunca daripada pintu kereta yang tidak sengaja dikemikkan.

Rakaman video yang berdurasi 41 saat itu viral di laman sosial Facebook sejak semalam yang menunjukkan aksi seorang wanita menjerit dan menyepak seorang wanita lain.

“Kalau nak panggil polis, panggillah, saya tak kenal dia.” Itu adalah antara ayat yang terkeluar dari mulut wanita itu selepas dia menyepak wanita yang dilihat terduduk di lantai di pekarangan KTM Ipoh.

Menurut saksi kejadian, kekecohan tersebut berlaku berikutan pintu kereta salah seorang wanita itu kemik akibat terhentak yang kemudiannya mencetuskan pergaduhan antara dua wanita itu.

Rakaman menunjukkan wanita yang dipercayai pemilik kenderaan dengan pintu kemik itu bertindak menyerang dan menggunakan kekerasan fizikal sebelum menjerit-jerit bahawa dia tidak takut jika mangsa membuat laporan polis.

Rata-rata pengguna laman sosial Facebook memberi komen negatif terhadap tindakan wanita tersebut yang disifatkan mereka sebagai telah hilang rasa hormat sesama wanita.

Antara komen yang dilontarkan ialah; “sifat hormat dah hilang, kaki pun boleh.”

Astro AWANI akan membuat laporan susulan mengenai insiden ini dengan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa.

Thursday, September 7, 2017

Betullah tu.......kalau tak cerdik, kenalah 'disekolahkan'!

Pemimpin cawangan Umno 'sekolahkan' Jamal
mk   -   6 Sep 2017, 9:34 malam
Seorang pemimpin akar umbi Umno menyelar tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berterusan menyalahkan kerajaan Selangor dalam isu pusat judi.

Menurut Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, beliau meminta Jamal menggunakan akal dan menjadi lebih bijak sekiranya mahu menyerang kerajaan Selangor.
Ini kerana, kata Syed Rosli, tindakan Jamal yang menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan lambakan pusat judi di Selangor tidak adil dan tidak tepat.

Jelasnya, untuk melakukan serbuan terhadap sesebuah premis judi ia perlu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya PBT.

"Jikalau hendak menyerang kerajaan negeri Selangor gunalah akal dan lebih bijak.

"Premis judi tanpa lesen yang beroperasi ini sebenarnya tidak pernah diberikan lesen oleh mana-mana pihak pun. Kebanyakan premis judi ini beroperasi secara haram.

"Pihak PBT tidak mempunyai kuasa seorang diri dalam pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga atau pun kafe siber, pihak polis juga ada di dalam jawatankuasa kelulusan lesen.

"Ini kerana pihak PDRM juga mahu memantau premis hiburan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Syed Rosli memberitahu, kuasa untuk memantau atau menyerbu premis berkenaan bukan ada pada PBT sebaliknya hanya PDRM sahaja yang boleh lakukan serbuan, siasatan dan tindakan di bawah Akta Polis.

Semalam, Jamal yang terkenal dengan pelbagai gimiknya memecahkan meja dalam sidang media antijudi di Ampang.

Selepas membuat sidang media, ketua Umno Sungai Besar itu kemudian bangun, mengambil tukul besar dan menghentak meja di hadapannya beberapa kali sehingga pecah dan patah.

Sebelum memecahkan meja, Jamal sempat memberitahu media bahawa tindakannya memecahkan meja berkenaan sebagai simbolik ke atas kedai-kedai judi yang ada di Selangor.

Tuesday, July 4, 2017

Tendang barang dan ancam tampar Pelanggan: Pegawai Kastam ni memang cari nahas!

Wanita marah barang dibawa kena tendang dengan Pegawai Kastam

SEBUAH video menjadi tular (viral) di laman media sosial Facebook menyaksikan seorang lelaki lengkap beruniform dipercayai pegawai kastam menendang barang yang dibawa oleh seorang wanita, sebelum pegawai itu kemudian mengancam untuk menampar wanita tersebut.
Punca pertengkaran tidak dapat dipastikan, berdasarkan rakaman di awal video yang viral itu, wanita terbabit dilihat tidak berpuas hati apabila pegawai kastam berkenaan mengarahkannya untuk diam, dan jangan kurang ajar.

Pada durasi video ke 38 saat, terdengar suara dipercayai rakan kepada wanita itu meminta borang daripada pegawai terbabit, pegawai itu kemudian mengarahkannya untuk mengira jumlah barangan yang dibawa dipercayai bagi urusan taksiran cukai.

Wanita itu bagaimanapun enggan mengira jumlah barang yang dibawanya.

"Kenapa pula? You yang nak 'tax' (cukai) kan, you yang kena kira!" balas wanita terbabit sekaligus membuatkan pegawai kastam itu menjadi hilang sabar.

Akibatnya pegawai kastam tersebut bertindak menendang barang yang dibawa oleh wanita itu, seterusnya menjadikan pertengkaran semakin hangat.

Pada minit ke 1:36 pegawai kastam tersebut dalam nada geram mengancam untuk menampar wanita itu.

"Aku tampar juga kang," kata pegawai itu. Tindakan itu menjadikan pertengkaran semakin menjadi-jadi.

"Oh kalau kau berani kau penamparkan aku, kau bolehlah, kau tengoklah," cabar wanita itu pula.

Berikut video yang dimaksudkan sila klik 'button play' untuk menonton.

Video ini dipercayai mula-mula dimuatnaik oleh Vinoth Vinothavan melalui akaun Facebook miliknya. Dia mempersoalkan layanan pegawai kastam tersebut yang bertindak menendang barangan yang dibeli oleh wanita itu.
"Kalau langgar undang-undang saman je, atau pun suruh naik mahkamah, ini bukan cara layanan. Bukan perempuan tu tak nak bayar. Nak bayar," tulisnya. - sumber

Tuesday, June 13, 2017

Mewajarkan tindakan ganas: Nampak sangat kurang cerdik dan samsengnya juga!

Tuesday, June 13, 2017
MP Dikencing Macai Rupanya.. Bukan DAP Tapi MCA Yang Mahu Bazar Keluang Ditutup..
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim memetik seorang pemimpin Umno tempatan sebagai berkata kemarahan terhadap DAP adalah disebabkan tindakan parti itu yang membantah bazar tersebut pada 2007.

“Peristiwa itu masih di fikiran mereka. Sebab itu kejadian tempoh hari berlaku di Kluang dan bukan di tempat lain. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kalau kita provokasi seseorang mesti akan ada tindak balas,” kata ahli Parlimen Muar itu.

Bagaimanapun, Liew berkata pemeriksaannya mendapati tidak berlaku sebarang protes seperti yang didakwa.

“Kami tidak pernah cuba mengusir sesiapa. Ia bukan bidang kuasa kami.
“DAP tidak pernah meminta sesiapa untuk berpindah. Saya sudah periksa dan ia tidak berlaku,” katanya.

Baca ni..

Speech by DAP Johor Chairman and MP for Kluang Liew Chin Tong at Forum Kedai Kopi in Bukit Pasir, Muar, on 13th June 2017 
Three advices for Johor UMNO leaders: Stop insulting the intelligence of Malaysians, stop lying, and stop condoning violent actions 
Let me offer three pieces of advice to Senior Exco of Johor Government and State Assemblyman for Mahkota (Kluang), Jais Sardy, and Deputy Minister in Prime Minister’s Department and MP for Muar, Razali Ibrahim: Stop insulting the intelligence of Malaysians, stop lying, and stop condoning violent actions.

A group of thugs attacked Pakatan Harapan Kluang entourage recently. I was part of that entourage. We were attacked. Now Johor UMNO leaders are putting blame on me and the DAP. It is so ridiculous. 
Jais and Razali claimed that we deserved the violence at Kluang town’s bazaar Ramadan because the traders there had long memory of DAP’s alleged intention to shut down the bazaar in 2007. 
Razali also claimed that I was forewarned not to visit the bazaar, and I courted trouble myself to insist on visiting. 
These are lies. Such an attitude also reflects UMNO’s tendency towards violent behaviour. 
The facts and the truth 
The 10th June incident in Kluang has generated huge attention nationally. For instance, as of 11a.m. on 13th June, video of the incident on DAP Malaysia Facebook page generated 897,000 views and 1.3 million views on a page called “Wartawan Jalanan”. It is safe to estimate that at least 5 million Malaysians were made aware of the incident through social media and conventional media. 
Most who commented on social media express outage at such violence behaviours and felt ashamed of such hostility which shall not be part of Malaysia’s culture. Over the past three days since the incident, many Muslims in Kluang and other towns in Johor which I visit came forward to express their solidarity with me, and their disgust at the culprits. 
At the heart of the issue are the violence and the attempt to block elected opposition leaders from accessing public space.

Malaysians can judge for themselves from what they saw. But, sadly, Jais and Razali chose to defend the indefensible. They should not insult the intelligence of Malaysians. 
How can DAP asked the bazaar to be shut down in 2007 when it has yet to win any seats until 2008? 
The claim that DAP had intention to shut down the bazaar in 2007 was a vicious lie. 
I moved to Kluang to contest in 2013, and therefore not had knowledge of what had happened erstwhile. It took me sometime to go through media archive as well as consult locals who might know what Jais and Razali were referring to. 
Even with a Member of Parliament and a State Assemblyman (for Mengkibol) since 2013, the Johor State Government or Kluang Municipal Council had never consulted DAP on any of their actions, let alone taking order from DAP to shut down a bazaar. 
To expose the lies of Jais and Razali, the truth is, in 2007, DAP did not even have a single representation in elected position in Johor. DAP only won the parliamentary seat of Bakri and four state seats in 2008. 
It was actually MCA… 
What actually happened was that the then MCA State Assemblyman for Mengkibol, Gan Peng Sieu, had led a protest against the town bazaar, and made representations to the then District Officer. 
I am stunned that Jais and Razali can confuse MCA with DAP. Just in case they have forgotten, let me remind them that MCA is a component party of Barisan Nasional, and it is UMNO’s close partner. Whereas DAP is a member of Pakatan Harapan. I hope they don’t make the same mistake again. 
The bazaar is a public space and everyone should be allowed to visit without hindrance. The Pakatan Harapan Kluang entourage had no problem distributing dates and meeting people at the food section of the town’s bazaar. It was only when we approached the dry section that we were faced with UMNO thugs. 
There was no warning to me prior to the incident, and even if there was such threat of violence, it should be denounced by all peace loving Malaysians. 
Khairy Jamaluddin denounces the violent acts, Jais condones them 
I was blocked by the same person in July 2014 at the same bazaar when he asked me for “letter of permission” (“mana surat”) to enter the bazaar. I am told that he is a keen supporter of Jais. Had Jais taken a principled stand in 2014, the 2017 incident would have been avoided. In 2014, Jais refused to condemn the incident. 
In both instances in 2014 and 2017, UMNO Youth Chief Khairy Jamaluddin denounced the acts. In 2014, Khairy sent the then Johor UMNO Deputy Youth Chief Khairul Anwar to conduct a joint visit with me to distribute dates and bubur lambuk to show that Ramadan is a month of peace and bazaar Ramadan is a site of national unity. I commend Khairy’s consistent stance on this. 
Apart from being barred by UMNO thugs in Kluang, I was also refused entrance twice, in November 2013 and November 2015, to the Deepavali in Kluang, as well as being roughed up at Pasar Borneo in Pasir Gudang by UMNO thugs in July 2015. 
The DAP and myself strongly believe in engaging with all communities and we will not cowed by a violent acts of a small group of thugs. 
We will continue spread our message of goodwill and national unity as it is our creed and what defines us as a progressive political force. 
Liew Chin Tong
 -  sumber

Monday, June 12, 2017

Bapak mithali Kluang

Anak samseng Bazar Ramadan nak letupkan muka orang yang sebar video bapa


KISAH 'Samseng telinga capang' dan 'Samseng Botak' yang mengamuk menghalau orang nak sedekah kurma di Bazar Ramadan Kluang Johor semalam menjadi viral di media sosial.

BACALelaki mengaku imam halau orang sedekah kurma di Bazar Ramadan
Kisah itu turut dikirimkan ke dalam sebuah group Facebook yang mengumpulkan pengguna-pengguna Facebook dari Kluang Johor, oleh salah seorang sahabat.

Gara-gara berkongsi kisah lucu dua samseng itu, si pengirim difahamkan telah dihubungi oleh seorang individu yang mengaku sebagai anak kepada 'Samseng Botak' yang mengamuk di Bazar Ramadan semalam.
"Kau tak payah la menyalak, itu bapa aku, tahulah aku nak nasihat," tulis Muhammad Faiz Fitri yang mengaku dirinya sebagai anak kepada orang tua kepala botak yang mengamuk semalam. Tulisan itu dikirim melalui PM (Private Message) di facebook.

Sahabat kita ini menjawab kiriman itu dengan sopan,

"La yeke bapak kau. Alhamdulillah dapat anak yang sedar diri macam kau, baguslah macam tu, pandai-pandailah nasihatkan beliau nanti" tulisnya.

Namun entah kenapa tiba-tiba anak samseng botak itu 'naik angin' mengugut mahu letupkan muka sahabat kita ini.

"Kau kalau kau rasa kau bagus sangat, kita talk (cakap) depan-depan, senang aku nak letup muka kau dan kau tak payah sibuk hal orang, jaga mak bapak kau dulu lagi baik," tulisnya yang nampaknya jenis yang panas baran macam bapanya juga.
"Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..."

- sumber

Wednesday, May 31, 2017

Di musim pertanyaan dijawab dengan penampar

Pertanyaan di musim penampar
Al-Abror Mohd Yusuf  -  Hari ini, 3:12 petang
ULASAN l Sekarang ini memang musim serba tidak menentu. Di Perlis sana khabarnya musim harumanis sudah tidak macam selalu. Musim hujan dan panasnya dikhabarkan semacam saling merajuk.

Kata seorang anak muda di Kampung Balik Bukit di Chuping, biasanya pada bulan dua cuaca dah panas. Tapi tahun ini ada kawasan masih hujan menyebabkan bunga susah melekat pada dahan. Kata dialah.

Akibatnya pengeluaran di kawasan tertentu berkurangan. Merosot produktiviti bermakna merosot jugalah pendapatan.

Durian pun setakat ini keluarnya nampaknya macam malu-malu. Selain di Chow Kit dan beberapa lokasi lain, susah juga membeli durian pada harga yang berpatutan.

Itulah, sekarang musim serba tak menentu. Kadang-kadang baik dan ramah, tapi silap gaya atau langkah kita mungkin 'makan' penampar juga. Ya sekarang nampak macam musim tempeleng, jerkah atau 'makan kon'.

Satu lagi insiden tidak menentu ialah suasana politik negara. Ketepikan logika jika anda memilih untuk mendekati atau memahami sifir siasah yang berlaku di sekitar kita.

Kadang-kadang bacaan orang awam jarang silap tetapi takrif "benar" itu kemudian dipaksakan maknanya kepada kita oleh ahli politik. Aneh? Memanglah. Ketika amalan politik dan pemilihan wakil rakyat sepatutnya dimaknakan dengan kuasa daripada rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat, siasah negara ini berwajah lain.

Menjelang PRU14

Rakyat hanya menjadi "benar" beberapa hari menjelang hari mengundi. Baki lebih kurang 300 hari yang lain ialah waktu untuk orang biasa atau bawahan mesti mengikut kehendak ahli politik yang mereka pilih pada hari mengundi.

Ia adalah waktu ahli politik dan menteri tahu segala-galanya dan rakyat wajib dikurung di dalam tempurung.
Misalkan tamatnya tahaluf siyasi antara PAS dan PKR. Di mata kebanyakan orang, politik matang ialah politik yang menjaga nama baik dan maruah.

Biarlah kehilangan pangkat, jawatan atau kerusi empuk di dewan undangan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLS). Apa yang lebih penting ialah harga diri.

Sejak kecil, di sekolah, di universiti dan seumpamanya kita diajar bahawa harga diri itu sesuatu yang amat penting.

Namun di sini, seseorang ahli politik yang dipilih melalui kertas undi atau lantikan langsung boleh berbuat sesuka hati atas nama "rakyat" yang serba jahil selama kira-kira 300 hari itu.

Jika ada yang bertanya atau mempertikaikan mereka, jalan keluar biasanya banyak. Gunalah nama sesiapa pun yang dirasakan sesuai. Seeloknya pihak yang tidak boleh ditanya secara langsung.

Seseorang berstatus yang tinggi, seperti tuan guru atau ulama misalnya. Kata dan fikir ulama biasanya kita fahami mempunyai pertalian langsung dengan langit. Orang lain mana ada yang begitu.

Terbatalnya kerjasama politik

Maka selepas kerjasama politik yang disakralkan dengan menggunakan istilah Arab itu berakhir, ahli politik tertentu boleh saja terus berkelakuan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku pun.

Rakyat? Biarlah, sebab segala-gala yang ada di dunia ini hanya diketahui oleh ahli politik.

Misalkan juga sebahagian anggota PKR yang gerun benar kepada PAS. Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula dianggap tidak lebih daripada pengacau.

Maka disusukanlah pemimpin dan penyokong PAS yang berada di luar rumah atau kaki tangga itu, manakala yang lain diabaikan walaupun merekalah yang kadang-kadang menanak nasi di dapur.

Tiba-tiba orang yang disusukan itulah yang akan menyusahkan pada pilihan raya umum (PRU) nanti. Sekurang-kurangnya itulah yang sudah dinyatakan oleh PAS.
Pada PRU ke-14 nanti PAS mengumumkan akan bertanding di sembilan daripada 13 kerusi di Wilayah Persekutuan. Kerusi manakah yang akan dibiarkan oleh PAS? Barangkali Kepong dan Seputeh. Selebihnya akan menyaksikan calon parti itu diturunkan.

Siapakah anggota Parlimen PKR yang akan berdepan dengan PAS itu? Antaranya ialah tiga naib presiden parti berkenaan, iaitu Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan Tian Chua.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka dilaporkan begitu lunak kepada PAS sebelum ini. Masalahnya di kerusi itu AMANAH tidak pernah bercakap pun mahu meletakkan calon.

Operasi SAR PKR

Keadaan itu - kata sumber dalaman - memaksa 'politburo' PKR merangka operasi 'mencari dan menyelamat' untuk pemimpin atasan parti berkenaan.

Kewujudan 'warlord' tertentu dalam parti pula menyaksikan wujud persaingan antara kelompok "orang si fulan" dengan "bukan orang si fulan" yang berpanjangan.

Ketika berpindah kerusi boleh dianggap sebagai pengecut atau mencemar nama - seperti dinyatakan di atas - siasah kita hanya dapat difahami dengan mudah apabila kita mengetepikan logika.
Justeru, pada PRU ke-14 nanti, mungkin kita dapat melihat calon-calon baru dan mengejutkan di kerusi Lembah Pantai, Batu, Bandar Tun Razak dan Setiawangsa. Nurul Izzah pula tidak mustahil balik kampung ke Permatang Pauh.

Itu belum lagi mengambil kira kerusi selamat PKR di Selangor dan negeri-negeri lain. Pandan misalnya, tentu agak menggiurkan jika melihat kepada jumlah majoriti dimenangi Rafizi Ramli pada PRU ke-13 lalu.

Ia menjadi lebih mengghairahkan jika diambil kira nasib naib presiden PKR itu yang semakin hampir ke jeriji besi atas sabitan kes mahkamahnya.

Percaturan PAS

Mengikut kenyataan PAS, itu adalah kerusi yang tidak terkecuali daripada idaman mereka.

Percaturan belum lagi mengambil kira kemasukan calon BN. Kecualilah BN terbuka hati untuk membiarkan PAS saja mencabar parti lain di situ berkat doa dan ceramah pimpinan PAS.

Barangkali sebelum ini PKR kekal lunak walaupun selepas PAS mengecam mereka dengan pelbagai kata dan gelaran dengan harapan laluan mereka di kerusi yang dimenangi akan menjadi lebih mudah melalui permuafakatan bersama.

Andaian itu - walaupun mungkin boleh menjadi benar - tetaplah membosankan kerana ternyata apa yang lebih difikirkan oleh wakil rakyat itu ialah meneruskan kewujudan mereka sebagai wakil rakyat saja.

Seolah-olah hanya dia itu sajalah yang boleh menjadi suara rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Dalam keadaan begitu kita sebenarnya boleh bertanya - dengan memetik sajak Pertemuan Mahasiswa oleh WS Renda:

Ya ! Ada yang jaya, ada yang terhina
Ada yang bersenjata, ada yang terluka
Ada yang duduk, ada yang diduduki
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras
Dan kita di sini bertanya:
“Maksud baik saudara untuk siapa?
Saudara berdiri di pihak yang mana?

Tapi itulah, rasa ingin tahu kadang-kadang boleh membunuh. Dan pada musim serba tidak menentu ini, pertanyaan mungkin akan dijawab dengan tamparan.

Jika ditakdirkan jawapan yang diberi itu dalam bentuk kata-kata celupar pemimpin politik yang semakin lazim sekarang pun, bolehlah dianggap bernasib baik.

Kita rakyat tetaplah dikehendaki menjadi tukang angguk kepada ahli politik. Kecuali kita mengajar diri sendiri tentang makna bangkit, dan memberitahu mereka erti suara keramat.

* AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini.

Tuesday, May 30, 2017

Isu tampar: Ini jawapan Otai Wala'un membela diri......

Yang Tampar NGO Yang Kena Tuduh PAS Yang BODOH Macai PAKATAN Yang tepuk tangan UMNO
Isu Mejar Zaidi ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George telah dijadikan senjata untuk memburuk dan menyerang PAS.

Mejar Zaidi Ahmad adalah pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan.
Akhbar Roketkini terus membuat tuduhan dengan tajuk kumpulan pro PAS-UMNO bagi membuat persepsi buruk kepada PAS dengan mengungkit Mohamed Hafiz Nordin adalah bekas pimpinan PAS cawangan sedangkan dia lama tidak bergiat dengan PAS. Malaysiakini seperti biasa juga membuat persepsi yang sama. PAS di lanyak atas isu ini.  
Dua orang ini adalah mereka yang menjadi talibarut DAP untuk menyerang PAS dalam Roketkini dan facebook. Mereka ingat dengan bayaran yang mahal boleh menebus dosa-dosa mereka di akhirat nanti.

Yang Bodoh

Macai dan penyokong PAKATAN HARAPAN menjadi bodoh dalam isu ini terus menyerang PAS dalam media sosial. Mereka sebenarnya secara tidak langsung menjadi tongkat UMNO dan Barisan Nasional. Mereka kata ingin jatuhkan BN tapi bodoh MENJADI TONGKAT BN.

Ini antara macai bodoh PAKATAN HARAPAN yang membantu memberi tongkat kepada UMNO yang sempat lebai kenal.

1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني‎
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter   (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja 
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik

Entah-entah ada dikalangan nama di atas adalah spy UMNO yang memang nak kucar kacirkan pembangkang bagi menyelamatkan UMNO.

PAS sudah berpuluh tahun berlawan dengan UMNO dan UMNOlah satu-satunya lawan PAS yang sukar untuk ditumbangkan antara faktornya kerana ada orang bodoh menjadi tongkat kepada UMNO. 
Dulu orang kampung bodoh kerana mengganggap lawan UMNO lawan kerajaan maka api, air, jalanraya akan hilang kalau UMNO tumbang. Kalau UMNO mati, matilah Melayu. Jangan hairan PAS tak boleh masuk kampung dan felda.
Semasa era reformasi zaman Anwar Ibrahim dizalim, UMNO terselamat kerana Mahathir buat persempanan semula kawasan pilihanraya untuk dapat bantuan masyarakat Cina. Kawasan Melayu dipecah dan negeri-negeri Melayu seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah tiada pertambahan kerusi. Orang Cina jadi tongkat UMNO. BN terselamat dengan strategi Mahathir ini.
Zaman era Pakatan Rakyat rakyat, Cina ada kesedaran politik. Cina bangkit dalam siri-siri himpunan bersih 2 dan 3. Tapi UMNO terselamat lagi apabila NGO Melayu, pegawai kerajaan dan golongan muda menyokong UMNO atas beberapa faktor. Mereka ini menjadi tongkat UMNO. Tapi sokongan mereka tidaklah kuat kerana itu 5 negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat (PR). 
PRU-14, parti-parti kecil kini menyertai Gagasan Sejahtera (GS) blok ketiga tajaan PAS. NGO-NGO yang sebelum ini menyokong UMNO, terutama NGO Melayu dan Islam akan turut serta dalam GS. Malah individu yang 'boring' dengan UMNO termasuk pensyarah-pensyaraj universiti, kakitangan kerajaan akan menyertai GS.  
UMNO hilang tongkatnya. PAS yang melalui pendekatan mesra (BPMS) mendekati ahli-ahli UMNO untuk tujuan mendapat sokongan serta mengurangkan tentangan bagi menangani hati pengundi UMNO mendapat reaksi yang positif daripada ahli-ahli umno yang tidak tahan dengan keadaan negara yang yang kucar kacir di bawah Najib.

PAS Tidak akan menyertai PAKATAN HARAPAN dan berharap PAKATAN HARAPAN tidak mengacau kerusi-kerusi PAS yang pernah ditandingi pada PRU-13 sebelum ini.

Jika PAKATAN HARAPAN menyerang UMNO dan PAS menyerang UMNO dengan bantuan parti-parti kecil, bersama 130 lebih NGO-NGO dan orang-orang perseorangan sudah pasti UMNO boleh tumbang pada PRU-14 nanti.

Malangnya macai, penyokong PAKATAN HARAPAN bodoh untuk berfikir perkara ini dan menjadikan PAS sasaran serangan mereka bukan UMNO. Malah ada pimpinan PH juga turut sama menyerang PAS. INI DIKATAKAN TINDAKAN BODOH MENJADI TONGKAT UMNO. Kerana kebodohan mereka ini pembangkang sampai hari ini masih celaru dalam menuju ke Putrajaya sehingga ada yang menjadi resah dan bosan dengan PAKATAN HARAPAN.

Akhirnya UMNO bertepuk tangan kerana kebodohan sesetengah penyokong PAKATAN HARAPAN. UMNO sebelum ini hampir tengelam,. tapi malangnya ada macai PAKATAN HARAPAN membantu menjadi juru selamat kepada UMNO untuk terus berkuasa.

Jika Ahli PAS dan PAS Bertindak Balas

Macai dan penyokong PAKATAN HARAPAN yang menyerang PAS, mereka fikir mereka sahaja boleh menyerang PAS. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa PAS dan ahli-ahli mampu menyerang balas dengan lebih dasyat lagi yang akan membuatkan PAKATAN HARAPAN akan terkubur.

Semasa PAS berlawan dengan UMNO sesetengah dikalangan mereka adalah UMNO. Lahir daripada sulbi UMNO. Mereka itu dulunya membesar dengan DEDAK UMNO. Tapi bila datang kesedaran PAS pula dikatakan dan berkawan dengan UMNO. Itu manusia yang tidak kenal asal-usul.
Walaupun PAS parti yang miskin (hanya ada RM90 juta mengikut kiraan macai bodoh) tidak dinafikan PAS mempunyai kekuatan dalam banyak aspek strategi, maklumat dan IT. Jika kekuatan ini digunakan untuk menyerang balas PAKATAN HARAPAN.

Jika ahli-ahli PAS membongkar penyelewengan PAKATAN HARAPAN dan pimpinan mereka, agaknya, anda fikir mampu mereka bertahan??
Cuba anda lihat bagaimana Dr. Kamarul Azman membongkar penyelewengan DAP. Dia seorang habis satu lori pimpinan AMANAH (PAN) menjawab (pasal makan dedak DAP dia kena tunjuk taat) itu pun semuanya kena bodoh oleh Dr. Kamarul Azman. Anda boleh lihat berapa orang pimpinan DAP mengulas isu ini?

Bayangkan ada ramai lagi ahli PAS yang 'hidden" yang mampu membuatkan PAKATAN HARAPAN kencing dalam seluar apabila penyelewengan mereka didedahkan.

Oleh itu fokus kepada UMNO senjata anda!!  

JADI JANGAN BODOH BERI TONGKAT KEPADA UMNO!!!
Sama-sama kita jatuhkan BN dan Najib!
Jangan kamu jadi badut yang ditepuk sorak oleh UMNO

Lebai Hassan Omar 
http://hajihassanomar.blogspot.com

Thursday, February 9, 2017

Apa nak jadi daa.......yang bergelar Datuk dan Datuk Seri pun anggota samseng

RABU, 8 FEBRUARI 2017 @ 5:08 PM

Sosma: Datuk Seri antara 114 orang ditahan 
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh (kiri) menunjukkan antara senjata yang berjaya dirampas ketika sidang media tangkapan kumpulan kongsi gelap geng "360 Devan", di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Turut kelihatan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (dua, kiri). - Foto Mohamad Shahril Badri Saali 

KUALA LUMPUR: Seorang Datuk Seri dan lima Datuk antara 114 individu anggota beberapa kumpulan kongsi gelap yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langlah Khas) 2012 (Sosma) dalam Ops Cantas sejak 2015. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, polis turut merampas 22 pistol, selaras senapang, 916 peluru, wang tunai RM167,193, dua kenderaan dan barang kemas, serta dadah bernilai RM1.75 juta dalam operasi itu. 

Kesemua yang ditahan disyaki menganggotai Geng 360 Deven (Lembah Klang), Geng 24 Pulau Pinang, Geng William (Pahang), Geng Latino Dago (Colombia), Geng 04 Sungai Siput, Gang 21 Japan dan Gang 04 Paper Kumar (Pulau Pinang), katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Terbaru, pada 3 Februari lepas, 38 anggota Geng 360 Deven berusia antara 19 hingga 62 tahun termasuk empat orang bergelar Datuk ditahan kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes bunuh dan culik sekitar Lembah Klang. 

Menurutnya hasil operasi di sekitar Lembah Klang itu polis merampas lapan pucuk pistol, selaras senapang, 768 peluru, heroin seberat 10.85 kilogram, syabu seberat 20.81 kilogram, enam biji pil Eramin 5 dan lapan gram ketamin selain merampas dua buah kenderaan dan barang kemas serta wang tunai berjumlah RM37,193. 

Mohmad berkata, daripada 38 suspek itu, seramai 22 orang telah ditahan di bawah peruntukan Sosma mulai 7 Februari dan baki 16 lagi suspek masih disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan dan juga akan diambil tindakan mengikut Sosma setelah selesai reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. 

Pada 27 Januari lepas, seramai 22 anggota Geng 24 Pulau Pinang termasuk seorang bergelar Datuk Seri telah ditahan di bawah Sosma bersama tiga senjata api, 60 peluru dan wang tunai RM130,000 manakala sembilan suspek lagi masih bebas. 

Polis turut menahan 10 anggota Gang 21 Japan termasuk seorang Datuk yang terbabit dalam beberapa kes pembunuhan menggunakan senjata api dan culik di kawasan Wilayah Iskandar Johor untuk tempoh tahun 2013 hingga 2015 melibatkan tiga kes bunuh, dua kes cubaan bunuh dan satu kes culik. 

Pertuduhan mengikut Sosma turut diambil terhadap lima anggota Geng William (Pahang) manakala seorang lagi anggota geng sama dituduh di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) susulan kes culik seorang bergelar Datuk di Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang pada 26 Disember 2015. 

Menurut Mohmad, sejak Ops Cantas 2015 polis turut menahan 10 anggota Geng Latino Dago (Colombia) termasuk tujuh warga Colombia yang aktif dalam kes samun dan pecah rumah mewah selain menahan beberapa anggota Geng 04 Sungai Siput, dan Gang 04 Paper Kumar (Pulau Pinang). 

Beliau berkata, Ops Cantas membabitkan tiga pasukan khas PDRM iaitu Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC). - sumber
 
 

Tuesday, November 29, 2016

Seronok juga baca tentang silat dan kuntau ni.......

SILAT JAMAL, KUNTAU TAJUDDIN DAN PENCAK HADI
November 2016 sesuai benar dikenang-kenang sebagai bulan silat.

Secara khusus ia bermula pada 5 November apabila kumpulan Baju Merah berkumpul dan berarak – sejauh kira-kira 30 meter – ke bangunan berhampiran pejabat Malaysiakini.

Tidaklah kumpulan Baju Merah itu bersilat sambil berarak ke pejabat portal ini. Mereka berpencak silat di tepi jalan berhampiran pondok pengawal.

Nasib tidak baik juga mereka – yang dikatakan Jamal seramai 10,000 orang – tidak terfikir bersilat sambil berarak ke pejabat Malaysiakini.

Jika tidak, tentu ia menjadi detik yang sangat menarik dan unik untuk dirakam apabila Baju Merak mempelopori seni protes menyerupai perarakan pengantin.

Untuk tujuan gambar dan publisiti memang menariklah jika anak buah Datuk Seri Jamal Md Yunos itu bergerak serentak dan seirama – sambil menutup muka – ketika melakukan tunjuk perasaan.

Barangkali itu namanya tunjuk perasaan berbudaya Melayu asli.

Kemudian Baju Merah mempamerkan kehebatan mereka lagi beberapa hari menjelang BERSIH5.

Jika berhampiran pejabat Malaysiakini mereka memecahkan batu konkrit dengan kepala dan mematahkan batang kayu dengan memukul badan sendiri, ketangkasan dan kehebatan itu naik setingkat lagi.

Silat dalam kompleks beli-belah

Kali ini mereka menggunakan kayu berbara dan pedang. Malah Jamal sendiri menunjukkan kehebatan dan kekebalan sesuai dengan tubuh sasanya.

Ketua Umno Sungai Besar itu membuktikan belakang tubuhnya adalah sekeras besi apabila kayu yang dihempukkan ke situ akhirnya patah.

Nasib baik juga kaki orang berbaju hitam dan bertopeng itu tidak patah selepas menendang belakang Jamal.

Kemudian Sabtu berikutnya – 12 November – geng Baju Merah bersilat lagi. Kali ini berhampiran Dataran Maybank di Jalan Bangsar.

Namun daripada peristiwa yang berlaku membabitkan Jamal dan Baju Merahnya, ‘silat’ paling klasik berlaku sehari kemudian.
Bertempat di Ampang Jamal berpencak dan penyokongnya berpencak di dalam kompleks beli-belah Ampang Point. Rakaman video menunjukkan Jamal seperti mendakwa dia ditumbuk anggota polis tetapi kemudian menafikannya.

Darah Jamal ‘tumpah’ dan dia mendakwa menjadi mangsa pengikut Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Sehari sebelum BERSIH5, polis pula memulakan langkah ‘silat’ mereka dengan menahan Jamal dan orang kanannya. Maka tinggallah anak buah Jamal – Datuk Armand Azha Abu Hanifah – untuk membuktikan silatnya juga tidak kalah hebatnya untuk mengepalai anak-anak muda berarak ke Padang Merbok.

Cuma selepas itu silat Armand Azha ‘tawar’ apabila dia juga ditahan polis dan direman selepas perhimpunan BERSIH5 berakhir pada 19 November.

Selang sehari kemudian Anggota Parlimen Pasir Salak pula berpencak di dalam Dewan Rakyat. Sebagai wakil rakyat bagi kawasan yang pernah menyaksikan J W W Birch ditikam, tentulah semangat pahlawan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mudah benar dapat disaksikan.

Di Dewan Rakyat Tajuddin seolah-olah menikam hati dan perasaan ramai wanita – terutama Teresa Kok.

Herdikan ‘pejuang’ Pasir Salak

Namun jangan sangka Tajuddin menjadi musuh majoriti wanita. Menurut timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu, masih ramai wanita menyayangi beliau, termasuk “yang tua dan muda” di Pasir Salak iaitu kawasan yang diwakilinya.

Kok mungkin memiliki kemahiran kuntau tersendiri namun ia tidak menghalang Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) untuk bangkit sebagai ‘pembela’.

Maka bersilat pulalah Khalid dengan Tajuddin. Silat dengan lidah itu kemudian berjangkit ke pencak menggunakan surat peguam.

Cuma yang kurang sedap ialah, tempias pertarungan seni bela diri itu terkena pula pada wartawan.

Pada 24 November persembahan seni silat itu bebar-benar berlaku di pekarangan parlimen. Di lokasi yang sepatutnya selamat dan dikawal rapi ‘pejuang’ Pasir Salak tiba dan mengherdik Khalid.

Salah seorang daripada mereka yang hadir ialah anak Tajuddin sendiri. Di mana Tajuddin semasa kekecohan itu berlaku? Tidak dapat dipastikan, tetapi adakah ia aneh?

Pada November 1874 Birch dilantik sebagai residen British pertama di Perak dan tugasnya adalah mengutip cukai serta mentadbir negeri itu.

Yang terancam dan tergugat ialah golongan bangsawan seperti Datuk Maharajalela, Ngah Ibrahim, Datuk Sagor. Maka tugas menghabiskan Birch diserahkan kepada Siputum dan Pandak Indut.

Pengikut yang taat itulah bertanggungjawab merejam lembing ke tubuh Birch.

Namun cerita silat pada November 2016 tidak berakhir di situ saja. Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, satu lagi silat dipersembahkan.

Lebih menarik silat pada 24 November itu dihidangkan dengan jurus Islamik. Maklumlah, langkah itu dibuka dalam gelanggang yang dibacakan manteranya oleh PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia mendapat kebenaran kerajaan membentangkan usul pindaan kepada Akta 355 berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah.

Namun usul pindaan itu sendiri mengalami pindaan selepas mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk wakil BN beragama Islam yang bertemu – atas jemputan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kali kedua usul itu dilafazkan untuk pembentangan di Dewan Rakyat Abdul Hadi kemudian memohon huraian mengenainya dibuat pada sesi sidang akan datang.

“Walaupun rang undang-undang ini khas untuk (umat) Islam sahaja, masih ada pertikaian dan perbahasan di luar.

“Oleh itu saya pohon untuk buat huraian pada sesi akan datang,” katanya.

Demi kemaslahatan ummah

Ia pun sejenis ‘silat’ juga. Ia pencak yang menduga. Sesuai benarlah dengan imej PAS seperti dipamerkan mereka pada muktamar lalu – bertengkolok, bersampin dan berkeris bagai.

Panjang keris memotong pulut kuning di Kota Bharu itu bagaikan simbol kepada panjangnya strategi dan akal PAS membawa idea untuk memperkasa mahkamah syariah mengikut tafsiran mereka.

Dan benar juga kata-kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seperti dilaporkan media rasmi parti itu, Harakahdaily, pada 24 November.

Kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan, PAS “bersedia pada bila-bila masa” untuk membentang pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi bacaan kali kedua “sekiranya diberi laluan”.

Kata kunci kepada kenyataan itu ialah “pada bila-bila masa”. Justeru tindakan Abdul Hadi menunda pembentangan dan huraiannya pada masa lain masih tetap terletak di bawah skop “pada bila-bila masa”.

Langkah itu dilihat pihak yang tidak senang dengan gerak PAS sebagai pencak menghadapi pilihan raya umum. Kata Datuk Husam Musa, berpendapat langkah ‘silat’ Abdul Hadi itu petanda parlimen akan dibubarkan pada suku pertama 2017.

Namun Zahid segera mengingatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat andaian terhadap usul Abdul Hadi itu.

Menurut timbalan perdana menteri sebarang langkah ke arah penerimaan usul Abdul Hadi memerlukan beberapa langkah lain dan sama sekali tidak dapat dilaksanakan pada persidangan lalu.

Ahmad Zahid berkata jika usul itu diterima sekalipun, langkah seterusnya ialah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan perbincangan dengan semua parti, bukan saja komponen BN.

Bagaimanapun untuk keselamatan dan kemaslahatan ummah lebih baik kita jangan terlalu memperkatakan usul berkenaan. Bimbang juga kita kalau-kalau menjadi Ahok.


Al-Abror Mohd Yusuf adalah anggota sidang redaksi Malaysiakini.