Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, November 30, 2008

Musibah Yang Berlaku Semasa Mendaki

Sejak awal tahun 80an, kegiatan rekreasi telah diminati dan berkembang menjadi satu kegiatan yang popular di kalangan remaja dan pertengahan umur. Pihak Kementerian Belia Dan Sukan sendiri telah mengadakan kursus-kursus Kepimpinan dan melahirkan Pemimpin dan Penggerak yang mahir di dalam bidang ini mengikut modul yang disusun oleh Kementerian itu.

Itu Mountdweller sedang berehat ketika mendaki tapi jangan ikut stailnya mendaki tanpa memakai baju!
Tujuannya adalah untuk menarik minat dan menjadikan kegiatan altanatif kepada golongan belia dan beliawanis. Kaedah dan Peraturan diperkenalkan untuk menjamin keselamatan kepada penggemar kegiatan yang agak berisiko dan mencabar ini.

Saya suka menyenaraikan beberapa insiden yang berlaku sehingga melibatkan kehilangan nyawa kepada peserta yang mengikuti program yang dianjurkan beberapa NGO sebelum ini. Insiden ini adalah insiden yang saya tahu dan dipaparkan secara terpilih.

1. Sesat : Seperti di Gunung Tahan, Taman Negara dan Ledang, Melaka/N. Sembilan dan Gunung Tebu di Basut, Terengganu.

Peserta sesat dan hilang adalah perkara yang sering berlaku. Perkara ini berlaku adalah disebabkan 3 peraturan utama tidak dipatuhi di samping takdir.
Pertama ialah Taklimat Perjalanan dan Peraturan tidak diberikan sehingga perserta betul-betul faham oleh Pengiring atau pun Guide. Kedua, peserta ambil mudah tentang taklimat dan peraturan yang sampaikan oleh Pengiring atau Guide maka mereka tidak mematuhi peraturan. Ketiga ialah Pengiring atau Guide sendiri yang jahil tentang peraturan.

Contohnya
1. Ketika trekking peserta di belakang hendaklah berjalan di dalam jarak yang boleh nampak peserta di hadapanya. Dan begitulah seterusnya.
2. Semua peserta tidak dibenarkan memotong trekker (orang yang mahir dengan trek) yang sepatutnya berada di hadapan sekali.
3. Pengiring yang berada di belakang sekali (Sweeper) hendaklah pastikan dia tidak memotong mana-mana peserta atau tertinggal peserta di belakangnya.
4. Sekiranya hendak berehat, hendaklah berehat di dalam kumpulan dan sekiranya hendak buang air, mesti beritahu peserta lain sama ada yang di hadapannya atau yang di belakangnya. Peserta yang diberitahu tadi hendaklah menunggu sehingga sweeper yang berada di belakang sekali tiba.
5. Sekiranya terpecah juga dan hilang arah (sesat) hendaklah tunggu di tempat itu sehingga bantuan tiba. Jangan cuba mencari jalan sendiri.
5. Sekiranya membawa peserta yang ramai nisbah paling minima antara peserta dan pengiring ialah 10:1

2. Di panah Petir: Contohnya di Gunung Rajah, Pahang.

Juga melibatkan peratuaran berkhemah. Adalah dilarang sama sekali khemah di dirikan di puncak yang paling tinggi di kawasan itu. Tindakan ini akan menjadikan peserta dan khemah sebagai "point of contact" bagi kilat dan panahan petir. Peserta hendaklah berkhemah di tempat yang rendah sedikit dari point yang paling tinggi di sekitar kawasan itu. Misalnya 20 kaki dari paras tertinggi.

3. Keracunan Gas: Contohnya di Gunung Korbu, Ulu Kinta, Perak.

Melibatkan peraturan asas. Semua bahan bakar dan mancis tidak dibenarkan di bawa ke dalam khemah tertutup. Jenis Igloo, dome dan sebagainya yang kalis air dan angin. Tetapi kadang-kadang peraturan ini tidak diendahkan sehingga ada yang memasak dan membawa lampu gas ke dalam khemah. Sudahlah khemah nylon memang mudah terbakar tetapi juga gas yang keluar untuk hidupkan dapur dan lampu tidak seratus peratus akan terbakar. Lebihan gas ini bercampur pula dengan corbon dioxida akan menjadikan lebih berbisa untuk melemaskan. Peserta akan mati dengan aman semasa tidur!

Untuk panduan sila ke link di bawah :


http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/asas-perkhemahan.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/trekking-dan-ekspedisi.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/trekking-dan-ekspedisi-sambungan.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/trekking-dan-ekspedisi-sambungan_19.html
http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/perkhemahan-statik-berkumpulan.html

Friday, November 28, 2008

Nak Tebang Balak Dengan Parang Kontot

Pagi ini hujan lebat, hujan monsoon bulan December. Kami 7 orang menaiki van seorang sahabat menuju ke Gunung Rabung. Tiba di kaki Gunung Rabung, sungai pertama yang patut kami harungi, airnya dalam melimpah tebing dengan arus yang deras. Tidak mungkin kami boleh melepasi sungai tersebut.

Kami berpatah balik menuju ke Gunung Stong pula. Kami nekad akan mendaki juga walau gunung apa pun sebab kami sudah ambil cuti. Kalau tidak jadi mendaki, cuti kami akan habis dengan sia-sia. Setiba di kaki Gunung Stong di kawasan Air Terjun Stong kami dapati sungai dan air terjun dilimpahi air yang cukup menggerunkan. Kami berbincang dan buat keputusan akan mendaki juga walau pun hujan lebat dan berangin. Semua trek telah ditenggelami air. Saya terdiam dan berfikir sambil memetakan lakaran trek alternatif di dalam minda untuk sampai ke puncak gunung. Tidak ada jalan, selain meredah trek baru berdasarkan lakaran peta di dalam minda saya. Saya sudah jumpa jalan alternatif.

Waktu menunjukkan jam enam petang. Kami masih degil mahu panjat juga hingga ke Gua Lahat dan akan bermalam di situ. Kami lalu di atas jambatan gantung yang merentasi air terjun dan mula meredah hutan yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana pendaki sebelum ini. Setelah 2 jam meredah di dalam hujan lebat ditambah pula dengan keadaan yang gelap, akhirnya kami menemui trek yang biasa kami lalui sebelum ini yang menuju ke Jelawang Jangle dan seterusnya ke Sungai Rantai.

Dengan susah payah melalui trek yang mencanak dan licin ditambah pula dengan keadaan hujan lebat serta gelap, kami tiba di tebing Sungai Rantai pada jam 10.00 malam. Kami dapati Sungai Rantai juga mustahil untuk diseberangi. Setelah berfikir, saya ambil keputusan untuk menebang sebatang pokok agak sebesar badan manusia di tebing sungai dan ditumbangkan merentasi sungai untuk dijadikan titi.

Saya mengambil masa 40 minit untuk menumbangkan pokok itu dengan hanya menggunakan parang sepanjang 12 inci hingga melecek tangan. Kami merentas seorang demi seorang. Malangnya tiba giliran orang yang ke enam air tiba-tiba menerjah dari hulu dan menghanyut pokok yang dijadikan titi tadi. Ini menyebabkan dua orang tersangkut di seberang sana dan lima orang sudah lepas ke seberang sini. Kami terpaksa tunggu sehingga air surut. Biasanya air di bahagian hulu sungai terutama di kawasan bukit, dalam satu ke dua jam air akan surut. Selepas sejam lebih air sudah beransur surut dan akhirnya kawan yang dua orang itu berjaya menyeberang dan kami teruskan perjalanan menuju ke gua.

Setiba di satu kawasan hutan buluh sebelum sampai ke gua, kami dapati trek sudah tidak boleh dilalui kerana dihalangi oleh pokok-pokok buluh tumbang. Jam sudah menunjukan pukul 1.30 pagi. Saya minta kawan-kawan tunggu di satu kawasan lapang sementara saya merintis laluan yang menaiki bukit. Seorang kawan ikut saya dari belakang sementara saya menebas. Di separuh jalan saya dapati mustahil untuk ditebas kerana pokok buluh yang tumbang terlalu banyak. Saya berhenti dan minta kawan yang ikut saya tadi turun. Bila saya suruh dia turun, dia mula berlari turun lintang pukang macam ketakutan. Saya hairan kenapa dia macam tu. Saya pun ikut turun dengan selamba. Dia pandang saya macam ada sesuatu yang nak diberitahu atau nak bertanya. Dia akhirnya tanya saya ada apa di atas tadi. Saya kata tidak ada apa-apa hanya kerana saya tidak larat nak tebang begitu banyak buluh.

Saya berfikir pula mencari jalan macam mana nak sampai juga ke gua malam ini kerana kami letih dan kesejukan. Saya minta semua ikut saya dan saya buat laluan rentas yang lain. Selepas bersusah payah, jatuh bangun kami tiba di bawah sepohon balak yang agak sebesar 3 pemeluk yang sepatutnya berada betul di hadapan gua. Yang anihnya gua tidak kami temui, tidak ada gua. Kami berhenti di bawah pokok tersebut sambil saya menyuluh sekeliling untuk memastikan kedudukan kami betul. Memang sah di hadapan inilah guanya. Saya suluh lagi tapi memang gua tidak ada. Yang ada hanya semak samun.

Sedang yang lain berehat saya berfikir apakah kami silap atau mata kami disilapkan oleh sesuatu. Hujan masih lebat dengan angin yang agak keras menambahkan sejuk yang kami rasa. Saya bangun dan saya suluh lagi. Saya yakin di hadapan inilah guanya.

Saya cabut parang saya dan berkata "Aku tahu kamu sembunyikan gua dari kami dan aku juga tahu pokok besar ini adalah kediaman kamu. Malam ini, kalau kamu tidak zahirkan gua untuk kami bermalam, aku akan tebang pokok mahligai kau ni dengan parang aku ni" Sambil itu saya tusukkan parang ke pangkal pokok besar tadi. Saya membebel lagi "Kamu memang bodoh, muka aku ni dah berapa kali ke sini, kamu masih lagi tidak kenal-kenal. Kamu cuba nak main-main lagi dengan aku. Malam ni aku mesti tebang pokok ni" Mat kawan saya senyum, senyum bermakna! Yang lain memang di dalam ketakutan dan menggigil kesejukan. Jam sudah hampir 3.30 pagi.

Saya capai parang dan saya bangun berdiri dengan parang masih di tangan. Saya suluh sekali lagi . Ha ha... gua sudah nampak. Saya beritahu kawan-kawan itu guanya. Mereka terus bangun dan berjalan menghala ke gua. Sebelum melangkah saya berkata lagi "Lain kali kamu kena kenal muka aku ni. Kalau kamu buat lagi, aku mesti tebang pokok ni". Saya beredar dan masuk ke dalam gua dan sama-sama menyediakan makan malam/pagi? Sebab jam dah pukul 4.00 pagi.

Di dalam gua, Mat ketawa berbahak-bahak. Dia kata ada ke patut nak tebang pokok sebesar itu dengan parang kontot yang hanya sepanjang 12 inci!. Memang dah kena diperbodohkan benda tu. Barulah yang lainnya faham dan turut gelak. Kawan saya yang ikut naik bukit semasa saya rintis trek di kawasan buluh tadi bersuara. Katanya dia nampak saya sedang menakik kaki satu lembaga yang besar tetapi tetap tidak berkesan. Jadi saya pun suruh dia turun. Itu sebabnya dia berlari turun lintang pukang tadi. Tapi saya sendiri tidak nampak apa-apa, hanya hutan buluh. Kami ketawa lagi kerana rasanya lucu pula bila teringatkan kawan saya tadi berlari turun tergopoh gapah dengan muka panik.

Di gua dan sekitar sini mengikut ceritanya memang keras. Sebelum itu ada satu kumpulan pelajar dari Ma'ahad Muhammadi bermalam di dalam gua ini. Tiga hari mereka tidak dapat keluar sebab mulut gua ditutupi dengan timbunan mayat!. Puas mereka membaca dan berzikir tapi tidak memberikan kesan. Mereka hanya boleh keluar dan turun bila orang kampung yang tinggal berhampiran kaki gunung yang biasa dengan tempat itu naik dan mencari mereka bila didapati mereka sudah tiga hari tidak turun-turun. Orang kampung menemui mereka berceratuk di dalam gua dalam ketakutan. Wallahu Aklam.

Tuesday, November 25, 2008

Penangan Tebuan Tanah

Ouups.... kau kenakan aku yer? Hah... engkau, ekk.. aku kene belah. Berlarilah saya macam dikejar rimau.

Kami bertolak pada jam 8.30 pagi ini dari Kem akhir dalam perjalanan kami meredah rimba dari dari Hutan Lipur Bukit Bakar menuju ke Hutan Lipur Jeram Linang. Kami bertolak petang semalam pada jam 4.00 petang. Malam tadi ada Pak Belang datang melawat agaknya nak mencuri ayam bakar Cikgu Ali. Saya sudah menasihatinya jangan bakar ayam tu. Goreng tak apa. Tapi Cikgu Ali kata dia nak makan ayam bakar.

Selepas kami seberangi anak sungai kecil yang terakhir, kami terpaksa mendaki Bukit Tempurung pula. Inilah tempat yang paling getir di sepanjang laluan ini yang mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Jeram Linang. Trek ini saya teroka bersama geng-geng menadaki beberapa tahun lalu. Setiba di kaki bukit ini kami gelak besar kerana terdapat kesan buntut gajah yang tergelincir dari pertengahan bukit sehingga ke bawah menghampiri anak sungai yang kami harung tadi. Kami bayangkan macam mana gayanya seekor binatang sebesar gajah tergelunsur dengan bontotnya dahulu. Tentu kelakar kan?

Bukit ini agak tinggi. Kami mengambil masa sejam untuk lepas ke puncaknya. Setiba di puncak kami berhenti rehat sekejap sambil menyapu ubat ke tempat sengatan peringat. Sebelum ini dalam perjalanan dari kem tadi saya telah disengat oleh Peringat Sawa sebanyak 26 kali. (panggilan orang Kelantan kepada sejenis peringat rimba yang besar dan badannya berbelang). Agak sakit tetapi boleh menahannya dengan buat dek.. aja kerana saya mengalihkan tumpuan minda terhadap perjalanan dan trek.

Setelah hilang lelah, kami teruskan perjalanan menuruni bukit yang curam dan licin. Itu sebabnya gajah pun tergelincir. Untuk turun dengan selamat, terpaksalah berpegang pada akar dan anak-anak kayu. Saya orang terakhir turun. Dipertengahan jalan menurun itu, seorang peserta di hadapan saya memegang satu anak kayu dan melepaskannya dengan kuat. Pokok itu bergoyang kuat. Tiba-tiba seekor Tebuan Tanah terbang dan terus menyerang saya. Tak sempat mengelak tengkok saya jadi sasarannya. Sakitnya terasa sehingga ke kepala.

Saya berlari turun, tidak kiralah jatuh atau tidak, tergelincir atau rebah. Saya pesan kat Cikgu Ali dan Tuan Saharizam membawa peserta turun ke Jeram linang yang jaraknya lebih kurang tiga jam lagi. Oleh kerana terlalu sakit, saya terus berlari dan berlari sehingga hilang tumpuan akibat kesakitan. Nasib baik saya tidak tersadung seekor Ular Tedung yang sedang bersalin kulit di tepi trek. Saya berlari terus sehingga sampai ke Jeram Linang.

Setiba di Jeram Linang, saya campakkan hoversack dan terus terjun ke dalam air terjun yang sejuk. Rasa lega sedikit. Bila saya timbul, sakit menusuk balik. Jadi saya terus berendam. Selepas berendam saya berlari pula keluar ke gerai dan beli panadol. Saya telan 2 biji panadol. Selepas 15 minit rasa ok sedikit dan terus berihat sambil cuba tumpukan perhatian ke lain untuk mengurangkan sakit. Lebih kurang jam 6.00 petang, Cikgu Ali dan Tuan Saharizam tiba bersama peserta-peserta dan mereka berehat serta sediakan makan malam.

Pada malamnya saya dijadualkan memberikan ceramah tentang "Konservasi" kepada peserta Kem anjuran Persatuan Cinta Alam. Kerana hilang tumpuan, saya minta Tuan Saharizam gantikan saya. Malam itu saya terpaksa tidur meniarap. Esoknya saya dapati kesan sengatan semacam hangus/terbakar. Selepas beberapa hari, bekas sengatan tertanggal bersama ketulan daging busuk sebesar hujung jari. Kesannya berlubang sehingga sekarang.

Sunday, November 23, 2008

Terbuku Di hati

Tangan kanan yang memberi tangan kiri jangan tahu, prinsipnya begitulah sebenarnya. Tapi prinsip ini saya terpaksa langgar kerana terlalu lama menyimpan apa yang terbuku di hati. Jauh sekali diri ini untuk mengungkit atau menyatakan kepada sesiapa pun tentang kebaikan yang telah dicurahkan. Bukan juga hendak membangga diri. Harap saudara dan saudari yang membaca posting ini memaafkan saya dan tidak memandang serung terhadap saya.

Apa yang saya lakukan dulu memang ikhlas Lillahitaala. Namun kerana memendam perasaan yang terlalu lama membuatkan saya meluahkannya di sini.

Apa yang berlaku ini adalah semasa saya di alam persekolahan lagi, di tingkatan 6 rendah. Masa itu tidak ada Metrikulasi. Saya ada seorang junior pelajar lelaki di tingkatan 5 yang rapat dengan saya.

Setiap hari saya belanja dia makan baik di kantin atau warung di luar. Dia tidak tinggal di asrama tetapi menyewa sebuah bilik di luar kawasan sekolah. Kampungnya agak jauh untuk berulang alik setiap hari ke sekolah.

Pada satu hari saya ajak dia makan tetapi dia menolak. Saya tanya kenapa? Adakah dia sudah makan? Dia kata belum tetapi dia tidak mahu makan yang selalu saya yang belanja. Sekarang dia tidak ada duit nak balas saya belanja. Saya kata tak apa kali ini saya belanja, bila dia ada duit nanti bolehlah dia belanja saya pula. Dia jawab yang dia tidak akan ada duit. Jawapan dia menyebabkan saya hairan. Takkan ibubapa dia tidak berikan dia duit belanja langsung. Walau pun dalam hati saya kehairanan, tapi saya diamkan saja. Tidak mahu bertanya lebih lanjut.

Selepas makan, dia mengajak saya menemani dia ke Kota Bharu mencari ayahnya nak minta duit belanja. Dia kata ayahnya ada di satu tempat yang memang dia tahu (saya tidak mahu beritahu tempatnya di sini demi maruahnya sebab kalau orang lama di KB memang tahu tempat tu ). Saya ikut saja dia. Setelah sampai ke tempat ayahnya, saya menunggu di luar, hanya dia yang masuk sendirian jumpa ayahnya. Bila dia keluar, dia kata ayahnya hanya berikan dia RM2.00 kerana duit sudah tidak ada, habis kerana berjudi.

Ayahnya bekas tentera dan bekerja bawa teksi sapu. Tapi malangnya banyak masa digunakan untuk berjudi. Anak isteri tidak berapa dihiraukan sangat termasuklah kawan saya ini. Saya mententeramkan dia dengan mengatakan tak apa, saya akan belanja awak makan bila-bila pun selagi awak tidak berduit. Mula dari itu sayalah yang selalu bayar untuk dia makan.

Pada satu hari minggu dia ajak saya ke kampungnya. Sesampai di rumahnya saya lihat kehidupan keluarganya cukup daif dengan ada lagi adik-adik kecil yang bersekolah. Ayahnya sentiasa tiada di rumah. Saya tidak sampai hati untuk bermalam di situ. Saya ajak dia balik. Kalau saya bermalam, maknanya saya akan makan sebahagian dari makanan mereka. Entah mereka cukup atau pun tidak, kita tidak tahu.

Esoknya saya buka satu akaun di warung yang selalu kami makan untuk dia makan pada bila-bila masa. Cukup bulan saya bayarkan hutang akaun itu. Bilik sewa juga, kalau dia tidak ada duit saya bayarkan. Begitulah berterusan sehingga dia habiskan tingkatan 5. Bila lepas tingkatan lima semasa menunggu MCE masa itu, sekarang SPM, dia buat keputusan nak kawin dengan gurunya (selepas itu jadi pelakun, kalau saya cakap ramai orang akan kenal. Dia bukan berasal dari Kelantan) yang sememangnya saya juga rapat. Selepas itu mereka berhijrah ke Kuala Lumpur.

Semasa saya menunggu result HSC/STP, saya ke KL rumah kakak saya. Saya mencari mereka. Saya hanya menemui kawan saya, isterinya tiada. Kawan saya ini bekerja di kilang perabot. Rupanya mereka sudah bercerai dan kawan saya tadi kudung sedikit jari telunjuknya kerana kemalangan mesen pemotong papan semasa bekerja di kilang.

Saya ajak dia balik ke rumah kakak dan perkenalkan kepada abang ipar yang pada masa itu seorang anggota TUDM berpangkat Leftenan Kolonel. Kebetulan masa itu ada jawatan kosong di ATM untuk Pegawai Kedet. Saya minta abang ipar bawa balik borang permohonan untuk kawan saya tadi memohon. Abang bawa balik borang dan setelah dilengkapkan saya berikan pada abang ipar minta dia tolong kawan saya ini untuk jawatan itu. Setelah temu duga dia berjaya dan lapor diri untuk latihan. Bila hampir keputusan peperiksaan saya keluar, saya balik ke KB.

Apa yang saya kesalkan ialah saya menanti dia menghubungi saya atau sekurang-kurangnya hantar sekeping postcard memberikan khabar kepada saya. Tetapi hampa. Dari detik itu sehingga sekarang saya telah putus terus hubungan dengannya. Dia tahu di mana rumah orang tua saya sebelum saya berpindah ke rumah sendiri. Saya menunggu berita darinya hampir 30 tahun!.

Inilah satu insan yang saya anggap macam adik saya sendiri. Apa khabar dia sekarang saya tidak tahu, apa pangkat dia sekarang pun saya tidak tahu.

Itulah ceritanya.. maafkan saya.


Tuesday, November 18, 2008

Ikrar

Setiap hari, paling kurang lima kali kita berikrar kepada Allah Azzawalla berkenaan cara hidup kita di dunia.

Tetapi adakah kita tunaikan janji kita sebenarnya. Sama-samalah kita nilai diri kita, kita muhasabah diri kita.............




Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam

Monday, November 17, 2008

Freemason - Perlukan Ulasan Lanjut

Article di bawah saya copy and paste dari blog hijazi-islami yang bertarikh 5 Julai 2008 tanpa sebarang pindaan.

Saya pohon saudara-saudara dan saudari-saudari yang lebih tahu tentang Freemason memberikan komen dan mengulasnya dengan lebih lanjut tanpa menghentam sesiapa atau kepartian. Ulasan yang lebih terbuka dan bersifat ilmiah adalah di alu-alukan untuk memberi kefahaman yang lebih luas kepada saya dan para pembaca blog ini. Terima kasih.

Apa yang saya kesan ada sedikit kesilapan di sini ialah anak Tuan Guru Nik Abd. Aziz bukannya Nik Amar. Nik Amar adalah anak kepada bekas YB Nik Abdullah.


oleh Ibnuyaacob

Cerita yang akan diputarkan kali ini adalah cerita lama yang sengaja dibangkitkan bagi mengingati kembali betapa luasnya pengetahuan alim ulama’ di Malaysia tentang konspirasi Yahudi. Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat memang masyur dengan kealimannya lihat saja penampilan dan kehidupannya, penuh kesederhanaan dan ketakwaan. Tapi siapa sangka beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang konspirasi Yahudi khususnya Freemason di Malaysia.

Saya teringat seorang sahabat yang ditugaskan tidur sebilik bersama Tuan Guru di sebuah hotel di Kedah ketika Tuan Guru menghadiri suatu ceramah politik di sana. Sahabat tersebut memberitahu ketika ia bangun pada pukul 5.00 pagi untuk memasak air panas untuk Tuan Guru, apabila di buka lampu kelihatan Tuan Guru sedang melakukan sujud solat tahjud. Sahabat itu terasa malu kerana dia berupaya bangun awal lebih daripada Tuan Guru sedangkan tugasnya adalah untuk mengawal keselamatan Tuan Guru.

Membangkitkan Isu Freemason di Malaysia

Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan killer question daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.

Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu soalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam.”

Tuan Guru juga mendedahkan sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (lodges) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 . Dan keanggotaanya telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang, ahli-ahlinya terdiri dari individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.

Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason. Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi.

Ketidakupayaan PAS era 1980-an Menghalang Pendedahan

PAS tidak berupaya mendedahkan hal ehwal Freemason dalam pentadbiran kerajaan, ini mungkin disebabkan bilangan ahli parlimen yang sedikit dan tiadanya saluran media elektronik untuk mereka. Isu Freemason sepi begitu sahaja.

Hal ehwal keterlibatan Freemason dengan pentadbiran Malaysia hanya berjaya disalurkan melalui ceramah-ceramah di Kelantan dan Kedah. Itupun bukannya ramai yang mendengar, dan yang dengar pun mungkin tidak faham.

Mahathir Mudah Lupa

Dr. Mahathir selalu mengatakan Melayu Mudah Lupa, tetapi dia sendiri mudah terlupa. Apabila isu soalan Nik Aziz tentang Freemason sudah tidak kedengaran lagi di parlimen, maka Dr. Mahathir fikir isu Yahudi itu pembangkang sudah lupa.

Namun malapetaka menimpa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, apabila pihak pembangkang menyerang semula dengan pendedahan suatu maklumat berkenaan keterlibatan Dr. Mahathir dengan Yahudi Freemason.

(Gambar) Lord Saatchi, CEO Saatchi & Saatchi

Pada tahun 1986 pembangkang mendedahkan bahawa Dr. Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986.

Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, penasihat Ronald Reagen adalah rakan karib Dr. Mahahtir iaitu Dr. Henry Kesingger.

Dalam tahun yang sama juga, Mahathir telah terbang ke US mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissengger di New York. Pertemuan ini disahkan oleh Prisiden ISIS ketika itu iaitu Dato’ Dr. Nordin Sophie.

Kemudian setahun selepas itu pada 6 Mac 1987, Dr. Henry Kissingger telah terbang pula ke Malaysia dan mengadakan perbincangan tertutup di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan yang dikendalikan oleh ISIS ini dinamakan ‘Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur’.

Isu Freemason Kembali Sepi

Isu Freemason tidak lagi kedengaran kini dalam akhbar-akhbar barisan alternatif, namun saya percaya pasukan risikan pembangkan sedang mengumpul maklumat-maklumat yang penting. Ketika berjumpa Nik Amar Nik Aziz (anak Tuan Guru Nik Aziz) dua tahun lalu, saya berusaha mendapatkan maklumat berkaitan pertubuhan Freemason di Malaysia, namun gagal.

Mungkin Nik Amar fikir ia belum masa yang sesuai untuk mendedahkannya walaupun ianya pernah didedahkan pada 1978 dahulu. Seakan-akan mahu saya memahami situasinya itu, saya mengubah topik perbualan berkaitan sekolahnya itu.

Tapi saya yakin beliau akan memperkatakan juga tentang itu, kerana Nik Amar kini adalah wakil ucapan bapanya sekiranya bapanya itu tidak dapat menghadiri sebarang majlis ceramah.

Kesimpulannya

Freemason di Malaysia telah pun bertapak sejak zaman perlantikan Residen Inggeris di Tanah Melayu. Antara tokoh Freemason di Tanah Melayu ialah Sir Andrew Clark (Residen Perak), Sir Stamford Raffles, Sir Francis Light dan banyak lagi. Malah ibu pejabat Freemason bagi Asia Pasifik masih berdiri teguh sekarang di Singapura.

Wallahu’alam…

P/S : Dato’ Azman Hashim (CEO AmBank) dikenalpasti sebagai ahli pertubuhan Yahudi iaitu Trilateral Commission bersama Allahyarham Dato’ Nordin Sopie. Blogger Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan tentang bagaimana Dato’ Azman mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sektor ekonomi Malaysia. Pendedahan ini menyebabkan Raja Petra di bawah perhatian Polis. Blog beliau iaitu malaysia-today.net telah pun disekat. Tindakan ini membenarkan segala dawkaannya. Harap-harap blog ini juga tidak disekat.

Saturday, November 15, 2008

Ali Ghufran Dan Amrozi sebelum dikebumikan

copy dan paste dari blog najmi - Mohon izin sdr. Najmi.


SUBHANALLAH !!! ALLAHU AKHBAR!!

Saya terkejut melihat gambar yang dikirimkan kepada saya. Gambar Ali Ghufran @ Mukhlas dan Amrozi sebelum dikebumikan.

Berdasarkan gambar itu saya rasa ada cerita semasa hidup mereka yang disembunyikan dari pengetahuan kita. Namun selepas kematian mereka, wajah mereka bagaikan menceritakan segala-galanya kepada kita. Benarkah mereka pengganas. Wajah pengganaskah yg anda sedang lihat ini.

Thursday, November 13, 2008

Akibat Jahil

Saya nak imbas kembali apa yang berlaku akibat kejahilan saya dan rakan-rakan semasa saya di tingkatan enam atas di pertengahan tahun tujuh puluhan dulu.

Petang itu ketika saya sedang minum di warung berhadapan dengan asrama laki-laki, budak-budak penghuni asrama bertempiaran lari keluar. Saya sangka ada pergaduhan, saya berlari ke asrama dan tanya budak-budak tadi kenapa lari. Salah seorang budak menyatakan Abang Mat "masuk hantu" maknanya dirasuk.

Saya naik ke asrama dan saya dapati Mat juga dari tingkatan enam atas sedang pegang baju tetapi sudah berseluar. Mat memandang saya dengan tenungan yang tajam. Saya rapat dan goncang bahunya sambil memanggil namanya. Tidak semena-mena tanpa menyahut Mat cengkam kedua-dua bahu saya dan humban saya ke dinding. Tenaganya cukup kuat, saya rasakan semacam melayang dan terhempap ke dinding. Lutut saya sedikit melecet. Baru saya sedar yang Mat memang dirasuk. Saya bangun dan rapat kepadanya kembali sambil saya hembus mukanya. Kena hembusan saya tadi, Mat jatuh terlentang dan tidak sedar diri.

Saya cuba pulihkan Mat menggunakan apa yang diajar oleh Guru saya. Alhamdulillah, selepas seketika Mat pulih. Setelah Mat pulih, saya tanya kenapa dan apa rasanya. Mat bercerita yang dia didatangi seorang perempuan cantik berambut panjang dan memakai maxi hijau (masa tu maxi cukup popular bagi gadis dan perempuan muda) ajak dia keluar ke hujung kampung berjalan-jalan. Semasa dia hendak keluar dia dihalang oleh saya dan perempuan itu pegang melempar saya ke satu penjuru. Selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku. Saya telifon Pengetua dan menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi.

Pada malamnya Pengetua datang dengan seorang Dukun yang membawa hidangan di dalam sebuah dulang. Ada ayam panggang, pulut kuning, telur, sirih, daun rokok dan tembakau. Mereka naik ke asrama tetapi saya tidak ikut. Saya dan kawan-kawan tunggu di bawah sahaja. Kami tidak mahu campur urusan berdukun.

Pada jam 10.30 waktu itu, Dukun dan Pengetua turun dan meminta sesiapa yang berani dengan sukarela hantar dulang hidangan ke hujung kampung yang terdapat satu busut besar di bawah satu pokok besar (saya tidak kenal pokok apa) sekarang juga. Masa itu saya berempat dengan kawan saya Ripin, Dollah dan Zuki. Ripin kenyit mata kat saya memberi isyarat yang dia bersetuju pergi bersama. Saya nyatakan kepada Pengetua yang kami berempat bersetuju hantar dulang ketempat itu.

Dulang diserahkan ke tangan saya. Kami berjalan sehingga melepasi kampung dan berjalan di sawah tinggal. Bulan cukup terang. Kami berjalan tidak perlu gunakan lampu suluh. Sesampai di tengah-tengah sawah, Ripin mencuit saya dan minta saya letakkan dulang tadi di atas batas sawah. Saya letak dan kami bantai semua makanan yang ada kecuali sirih, tembakau dan daun rokok. Bila tinggal sisa tulang ayam dan kulit telur, kami bungkus dan hantar juga ke tempat yang disuruh. Sambil letak bungkusan sisa tadi saya berkata " Nah ambillah bahagian kamu, tulang dan kulit telur. Isi aku dah makan, kamu bukan makan pun!"

Kami berjalan pulang. Di pertengahan jalan tiba-tiba Zuki mengaduh dan jatuh. Dia kata kakinya kena gigit sesuatu. Kami usung Zuki balik dan tak lama kamudian dia dah ok. Bila kami masuk saja pintu pagar sekolah, kami dengar suara-suara bertempik dan bising di asrama perempuan. Seorang budak berlari mendapatkan saya memberitahu yang lapan orang budak perempuan pengsan kena histeria.

Saya berlari ke asrama perempuan dan sudah ada seorang Ustazah sedang membaca ayat kursi. Bila Ustazah itu nampak saya, terus mendapatkan saya minta saya tolong. Saya setuju tolong setakat yang saya mampu. Dengan izin Allah tujuh orang tadi saya berjaya pulihkan dan hanya tinggal seorang lagi di dalam peringkat separuh sedar. Di masa ini si Ripin masuk dan terus ke tempat saya dan bertanya macam mana keadaan budak itu. Apabila terdengar saja suara Ripin budak yang sakit itu celik dengan mata merah sambil menuding jari kepada Ripin sambil berkata " Mu Ripin makan ayam aku". Ripin tergaman dan berkata "Haa.. dia tahu!" sambil berlari keluar asrama. Tak lama kamudian budak tadi pun pulih. Bila saya tanya bagaimana dia jadi macam tu. Dia ceritakan sama seperti mana Mat kena juga. Makhluk yang sama ajak keluar.

Belum pun sempat minum, saya dipanggil pula sebab Ripin dan Dollah pula kena rasuk di dalam perpustakaan. Saya berlari pula ke perputakaan dan dapati Ripin dan Dollah sudah jatuh. Selepas saya berikhtiar seketika dengan izin Allah mereka pulih sepenuhnya.

Esok petangnya saya ke rumah Guru saya dan ceritakan pengalaman saya semalam. Beliau cukup marah kat saya sebab katanya saya makan benda haram. Ayam panggang yang saya makan malam tadi adalah haram sebab disembelih dengan bukan niat kita yang nak makan tetapi untuk jamuan setan!. Ya Allah berdosanya saya. Itulah akibatnya bertindak di dalam kejahilan dan tanpa bertanya. Maka ramai yang menderita dirasuk. Saya mohon maaf kepada Guru dan balik bertaubat!.

Tuesday, November 11, 2008

Orang Kita

Dari golongan manakah kita?

Ini ungkapan yang terbit dari bibir isteri kala di pagi hari.

Golongan pertama:

"Bang, nak makan apaaalah kita hari ni?"

Golongan kedua:

"Bang, abang nak makan apa hari ni?"

Golongan ketiga:

"Bang, kita nak makan kat mana hari ni?"

Golongan keempat:

"Bang, siapa awak nak makan hari ni?"




Apakah ungkapan ini memang dari masyarakat kita?

Monday, November 10, 2008

Senyum Pagi

Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada teman-teman yang berbangsa Thai/Siam. Cerita ini bukan berniat untuk menghina atau menyindir mana-mana bangsa. Cerita ini adalah untuk kita renung bersama dan fahami mesej yang saya hendak sampaikan. Ceritanya ini adalah satu cerita yang popular di Kelantan. Begini alkisahnya:

Sami dilarang membunuh mengikut ajaran Budha. Jadi kalau mereka teringin hendak makan kura-kura mereka akan lakukan dengan cara begini:

Mereka akan panaskan air sehingga menggelegak di dalam periuk besar atau kawah, di letaknya satu papan dengan kedudukan yang curam menghala ke mulut periuk atau kawah yang sedang menggelegak tadi. Di letakkan kura-kura di atas papan yang curam tadi dan suruhnya berjalan, sambil berkata "mu jale molek-molek, jatuh aku tak tahu, mu jatuh, mu jatuh sendiri"

Apa tak jatuh, dah papan itu diletakkan berkedudukan curam menghala ke arah mulut kawah dan bahang api dari bawah periuk tadi pula panas!. Jadi berjalanlah kura-kura tadi menghala ke mulut periuk besar atau kawah yang airnya sedang menggelegak . Bila kura-kura itu terjatuh ke dalam air panas tadi, bolehlah dia makan. Jadi bila kura-kura mati jatuh ke dalam air panas, bukan sebab dia yang bunuh tetapi kura-kura itu berjalan tidak cermat!

Nasib Anak Yang Malang

Cerita ini adalah untuk memenuhi hajat Cikgu Azza. Walau bagaimana pun boleh menjadi pengajaran untuk kita semua.

Semasa anak saya yang kedua(adik) di dalam darjah 3, sekolah rendah saya ke sekolahnya berhajat nak jumpa Guru Besar. Pada masa itu semua murid di luar bilik darjah kerana masa rehat. Saya ternampak seorang budak perempuan yang sebaya dengan adik di bawah pokok tanjung berdiri sambil perhatikan kawan-kawan lain membeli dan makan makanan di kantin. Isteri saya pergi jumpa budak itu dan berikan dia duit. Rupanya dia lapar tetapi tidak berduit. Tidak dibekalkan oleh ibu bapanya.

Bermula dari hari itu, setiap hari kami berikan duit lebih kepada adik untuk diberikan kepada budak perempuan itu. Begitulah setiap hari kami bekalkan dia duit melalui adik. Tujuan kami ialah di samping membantu budak itu, kami juga mengajar adik bersikap pemurah dan prihatin.

Pada satu pagi yang lain pula, selang beberapa bulan, saya hantar adik ke sekolahnya dan saya nampak lagi budak perempuan itu memakai kasut yang tapaknya sudah sesuku tertanggal. Bila dia berjalan, ternganga-ngangalah bahagian depan kasut menampakkan kakinya. Saya hampir menintiskan air mata.

Pada petangnya bila kami balik dari pejabat, kami mencari rumah budak itu dengan membawa kasut dan pakaian. Sesampainya kami di rumahnya kami di sambut oleh ibu budak itu dengan pandangan yang hairan sebab dia tidak kenal kami dan kami tidak pernah ke rumahnya. Kami dapati rumah dan kehidupannya sungguh daif dan tidak terurus. Adik beradik budak itu ramai dan kecil-kecil macam anak tangga.

Saya bertanya khabar dan di mana bapa budak ini sebab saya nak berkenalan. Emaknya kata ayahnya jarang balik sebab tinggal di rumah bini kedua. Dah lah jarang balik, duit pun jarang dihulurkan. Ayahnya bekerja sebagai Guru Sekolah Memandu. Bersama bini muda juga ada anak yang kecil. Saya terpegun, keadaan hidup macam ini pun dengan anak-anak tak terjaga, makan minum tidak cukup tapi ada hati berkahwin dua. Rupanya dalam dunia ni banyak manusia yang berotak macam tu.

Jadi sebelum kami pulang, kami tinggalkan sedikit duit belanja di samping kasut dan pakaian yang kami bawa. Semasa di perjalanan pulang saya cukup sedih bercampur marah mengenangkan kehidupan anak-anak yang terbiar. Saya kata kat isteri saya " Kalau dia abang saya, saya akan terajang biar makan tanah". Nak kahwin dua tidak ada masalah sekiranya mampu dan adil.

Satu lagi peristiwa semasa adik di MRSM. Ada seorang budak lelaki yang adik bahasakan "abang" juga budak kampung yang ibu bapanya peneroka yang miskin. Dia pakai selipar yang uzur dan adik terpijak seliparnya langsung putus. Jadi adik berikan sendalnya untuk budak lelaki tu pakai. Bila kami ke sekolah melawatnya pada satu hujung minggu, adik ceritakan kepada kami tentang budak itu. Oleh kerana kesihan dan tidak sampai hati, kami belikan dia kasut baru. Apa yang kami lakukan adalah atas kehendak Allah dan kami berikan pertolongan dengan ikhlas.

Itulah kehidupan...... penuh dengan cabaran dan dugaan!

Sunday, November 9, 2008

Award Dari Erisya

[sakura+award.jpg]

Penghargaan dari anakanda erisya...... terima kasih banyak.
Semuga hidupnya di dalam berkat.

Cuit Sikit

Sahabat yang paling baik
adalah sahabat yang berani menegur

Manusia yang paling berguna
adalah manusia yang berilmu
dan
memanafaatkan ilmunya.


Manusia yang takut mati
adalah manusia yang gilakan dunia

Manusia yang menunggu mati
adalah manusia yang gilakan Tuhanya

Thursday, November 6, 2008

Bismillah 6/7

Satu lagi amalan yang amat baik jika diamalkan berterusan
terutama selepas sembahyang subuh
dan selepas sembahyang maghrib.
Amalkanlah ikhlas kerana Allahu taala.

Maafkan saya, saya bukan nak mengajar atau menunjuk pandai.
Saya masih jahil dan bukan alim,
cuma saya nak kungsi bersama dengan saudara/i seagama.



Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat,
Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya,
dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui,
Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya,
dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

Dengan nama Allah,
Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya,
dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

Dengan nama Allah,
Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya,
dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah,
Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya,
dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya,
dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,
maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim''


Wednesday, November 5, 2008

Selamat Menempuh Pepereksaan


SELAMAT MENEMPUH PEPEREKSAAN AKHIR SEMESTER
SEMOGA ADIK BERUPAYA MENCIPTA KECEMERLANGAN.
PAPA DAN MAMA SAYANG KAMU BERDUA.

MAAFKAN PAPA KERANA AGAK TERLAMBAT

DOA DARI PAPA DAN MAMA BUAT ADIK.

Tuesday, November 4, 2008

Selawat Tafrijiyyah


Nak mengajar, saya bukan guru,
Nak bersyarah, saya kurang Ilmu,
Nak memimpin, saya masih jahil,
Apa yang ada kita kungsikan..........


Di atas saranan saudara seIslam saya Sdr. Mohd. sofi (kerajaan rakyat) saya telah edit posting ini dan masukkan makna selawat di atas dalam bahasa Melayu. Saya harapkan saudara dan saudari seagama saya mendapat manafaatnya... Insya Allah.

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.






Sunday, November 2, 2008

Pet Kesayangan Along Dan Adik





Saya postkan gambar-gambar ini untuk memenuhi permintaan erisya. Inilah Pet kesayangan Along dan Adik satu ketika dulu. Malangnya Reckle mati tercekik akibat kebodohan sendiri.

Kami bela dia dari sebesar lengan budak lagi dan dia hanya minum susu Dumex. Beri susu lain dia akan cirit. Bila dia besar, makanan dia roti dan susu. Tidak suka pisang. Buah kegemaran dia apple dan strawbarry juga tomato. Nasi memang tak makan. Kueh kegemaran dia ialah akok.

Reckle tahu on-off tv. Sliding door juga dia tahu buka begitu juga pintu kereta. Tidur mesti beralas, berselimut dan ada teddy bear. Kami pakaikan dia lampin pakai-buang, sekiranya dia berak mesti kena basuh kalau tidak bertempiklah dia sambil pegang kaki kita. Tak reti memanjat dan tidak suka pijak tanah. Dia cukup manja dengan kami dan cuka mencium dan memeluk orang.

Saturday, November 1, 2008

Hindar Pacat

Bila saya fikirkan, tidak patut hanya segelintir teman sahaja yang saya beritahu petua ini. Ramai lagi yang mungkin masih belum tahu seperti yang saya hormati Puan melayuangkat. Petua di bawah saya perolehi daripada seorang Bekas Seorang Pegawai Tentera Darat berpangkat Major beberapa tahun dahulu. Kepada sesiapa yang sudah tahu tu bagus. Kalau percaya dan yakin bolehlah praktikkan dan kalau tidak yakin pilihlah cara yang kedua.

Untuk mengelak pacat dari naik ke anggota kita dan menghisap darah kita, salah satu ikhtiarnya ialah seperti yang saya perturunkan di bawah :

Cari kayu/ranting hidup yang kecil agak sebesar jari manis atau kelingking yang bercabang 3 seperti bentuk Y dan potong jadikan betul-betul "Y" sepanjang lebih kurang sejengkal. Bacakan Alfatihah dan selawat 7x dengan doa mohon Allah berikan keberkatan kepada kayu tadi untuk menghindarkan pacat. Selepas itu selitkan ke pinggang dengan menyentuh kulit di dalam keadaan "Y" terbalik.

Yang ke dua dengan menggunakan Bygon. Yang ini nasihat daripada geng-geng panjat gunung yang terdahulu. Mudah dan boleh dipakai...

Beli bygon merah (selain merah, tidak berkesan sangat) penyembur serangga 1 tin. Pakai dahulu seluar panjang/trekbottom, stokin dan pakai kasut. Semburkan bygon pada kasut sahaja. Saya telah cuba, hanya bygon merah saja yang berkesan terhadap pacat. Mana-mana pacat yang menyentuh tempat di mana telah disembur dengan bygon akan terus lumpuh dan mati.

Tetapi sebelum itu pastikan tiada luka dan melecet pada kaki, betis dan buku lali. Kalau terdapat luka di tempat yang terdedah kepada semburan bygon, adalah bimbangi akan mendatangkan mudarat sebab bygon adalah racun!

Sekian.... wallau aklam.