Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Friday, December 29, 2017

Teen abducted by man posing as cop found safe

Bernama - December 29, 2017
Nur Syaminn

KUANTAN: A 16-year-old teenager, who was allegedly abducted by a man impersonating a policeman yesterday, was found safe in Raub today.

Raub district police chief Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu said Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi was found at 11.05am at a bus station after she contacted her family members and informed them that she was in town.

“The victim claimed to have boarded the bus from Kuala Lumpur to Raub and was immediately picked up at the bus station and taken to Raub Hospital and Kuala Lipis for an examination,” he said when contacted here.

Wan Mohd Zahari said police were still trying to locate the suspect who pretended to be a police sergeant who was recently posted to the Sungai Ruan police station, when he abducted the victim.

The dark-skinned, thin suspect, who introduced himself as Faiz, was believed to have tricked the victim’s mother by saying he needed the girl’s help to take his newly-purchased motorcycle from a shop in Sungai Ruan to his house, which was in the vicinity. The last she saw was her daughter leaving in the suspect’s car.

“We hope the public will not speculate or make assumptions regarding the case as investigations are ongoing,” he said.

He said the case was being investigated under Section 363 and Section 170 of the Penal Code for abduction and impersonating a public servant.

Thursday, December 21, 2017

Perak cops to probe widow’s report over husband’s death

 | December 21, 2017
Perak CID chief Gan Tian Kee says the Tapah police has opened a police enquiry paper (PEP) on the matter.
IPOH: Perak police will conduct an investigation into a police report lodged by a woman claiming that her husband was shot dead by police personnel in May.
Perak CID chief Gan Tian Kee said Tapah district police headquarters (IPD) had opened a police enquiry paper (PEP) on the matter and a full report would be submitted to the deputy public prosecutor for further action.
“The police view seriously the complainant’s claim and a detailed investigation will be conducted before action is taken. We will also get evidence from her,” he said in a statement here, today.
Gan said the widow, R. Vaijentimala, lodged a police report at Ipoh IPD yesterday.
“The woman claimed that her husband, M. Marimuthu left the house in a Toyota Hilux for the market in Pengkalan here, about 7am, on May 24 and did not return home.”

He said the next day, the woman was shocked after finding out that her husband had been shot dead by police in Air Kuning, Tapah.
Yesterday, the 41-year old demanded an investigation be carried out on those involved in killing her husband.
On May 24, Perak police chief Hasnan Hassan had revealed that police shot dead a 40-year-old, who they believed to be the mastermind of Geng Pam and 04.
The gangs were active in Muallim, Tapah and Manjung.
He said a shootout had taken place and the suspect took two bullets in the chest and died at the scene.

Friday, December 15, 2017

Keluarga mahu hantar ahli patologi, penyiasat persendirian

Kematian model Belanda: Keluarga mahu hantar ahli patologi, penyiasat persendirian

  | December 14, 2017
Keluargfa Ivana Smit mahu mengumpul sejumlah RM24,000 untuk membiayai seorang ahli patologi dan penyiasat persendirian ke Malaysia.
GEORGE TOWN: Keluarga model Belanda yang maut selepas dikatakan terjatuh di sebuah kondominium di Kuala Lumpur minggu lalu memulakan kempen kutipan dana bagi menghantar ahli patologi dan penyiasat persendirian ke Malaysia untuk mencari “kebenaran”.
Ivana Esther Robert Smit, 18, ditemui mati di sebuah kondominium di pusat bandar Kuala Lumpur 7 Disember lepas.
Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan dibuka semula berikutan tekanan daripada keluarga mangsa dan Kedutaan Belanda.
Keluarga Ivana memulakan kempen kutipan dana untuk memperoleh €5,000 (RM24,113) untuk membiayai seorang ahli patologi Belanda dan seorang penyiasat Amerika Syarikat (AS) datang ke Malaysia untuk menentukan sama ada kematian gadis itu berlaku secara tidak sengaja atau mempunyai unsur jenayah.
Setakat 3.00 petang tadi, sejumlah €1,240 (RM5,979) telah dikutip.
“Sumbangan diperlukan untuk pembiayaan ahli patologi dan penyiasat yang akan ke Malaysia untuk menentukan punca kematian, sama ada ia kemalangan atau jenayah.
“Tolong bantu keluarga Smit untuk mengetahui fakta sebenar kematian anak perempuan, kakak dan anak saudara mereka, Ivana Smit,” tulis keluarga itu di halaman kutipan dana Belanda, Doneeractie.
Ivana meninggal dunia pada pagi 7 Disember selepas dia dikatakan terjatuh melalui tingkap dari unit kondominium di tingkat 20. Mayatnya ditemui di balkoni tingkat 6 CapSquare Residences di Jalan Dang Wangi.
Seorang lelaki AS dan isterinya warga Kazakhstan dikatakan bersama mangsa di kondominium itu selepas mereka keluar bersama pada malam sebelumnya.
Komunikasi terakhir Ivana adalah dengan teman lelakinya pada jam 7.30 pagi pada 7 Disember.
Keluarga mangsa curiga mengenai keadaan yang menimpanya, mendakwa Ivana mempunyai tanda dan lebam di lehernya yang kelihatan seperti “cap jari”, lapor portal berita Belanda, Algemeen Dagblad (AD).
Bapa mangsa, Marcel Smit, memberitahu AD, tidak mungkin Ivana jatuh secara tidak sengaja dari balkoni kondominium itu kerana birainya mencapai ketinggian 1.21 meter sedangkan Ivana setinggi 1.81 meter.
Pada mulanya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata beliau tidak mengesyaki sebarang jenayah.
Laporan itu juga mengatakan Ivana mati disebabkan pengaruh alkohol dan dadah.
Selasa lepas, Shaharuddin berkata kes itu disiasat semula kerana keluarganya mencurigai kematian Ivana, lapor theSun Daily.
“Kes itu masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa sekarang. Bagaimanapun, jika kita menemui bukti terdapatnya unsur jenayah dalam kematiannya, kita akan mengklasifikasikan semula kes itu.
“Setakat ini kita masih belum menemuinya dan kami juga menunggu laporan penuh hasil bedah siasat,” katanya lapor akhbar itu.
Ivana, seorang warga Belanda, membesar dan belajar di Pulau Pinang kerana dia berada di bawah jagaan neneknya sejak berumur 3 tahun.

Thursday, November 30, 2017

Warga asing menyamar Polis ditahan

Polis konon...
Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my
PELBAGAI peralatan dirampas daripada suspek. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

LELAKI warga asing berusia 30 tahun yang menyamar sebagai polis ditahan di kawasan perindustrian di Batu 3, Sandakan, semalam.

Dalam kejadian 3.50 pagi itu, lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketika ditahan, lelaki itu memakai pakaian seragam tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian, anggota polis terserempak dengan kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis kemudian mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan, lalu melakukan pemeriksaan.

"Sebaik diperiksa, suspek didapati memakai baju dan seluar berwarna biru gelap, tali pinggang dan kasut hitam seperti anggota keselamatan.

“Pemeriksaan di dalam beg pada pinggang suspek menemukan kad yang diubah suai dan tertera logo PDRM.

“Selain itu, pelbagai peralatan lain seperti jaket pantul cahaya tertera logo PDRM pula ditemui dalam kereta digunakan suspek," katanya, hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bandar Sandakan untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit dikatakan menyamar sebagai polis bagi melakukan peras ugut.

“Suspek mensasarkan warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau mempunyai dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh.” katanya.

Mohd Azhar berkata, semakan terhadap identiti suspek mendapati lelaki itu memiliki rekod lampau berkaitan kesalahan penggunaan dadah.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

"Lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 4:32 PM

Tuesday, November 28, 2017

Gila: Pemandu teksi khayal

Tiga pemandu teksi khayal, miliki ganja ditahan
Diterbitkan pada November 27, 2017 23:06 MYT
Nazli (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada tiga pemandu teksi yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Lapangan Terbang di kawasan Long Term Car Park di KLIA pagi ini, 27 Nov 2017. --fotoBERNAMA

SEPANG: Tiga pemandu teksi ditahan kerana memiliki dan positif dadah dalam operasi bersepadu lapangan terbang di kawasan Long Term Car Park di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata dua lelaki ditahan memiliki bahan terlarang iaitu ketulan ganja mampat manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja dan syabu dalam operasi membabitkan 35 pegawai dan anggota.

Operasi bersepadu melibatkan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula kira-kira 9.30 pagi hingga 2 petang.

"Dua lelaki dalam lingkungan umur 27 dan 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) atau Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi yang berumur 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau berkata berkata dua pemandu teksi yang berada dalam keadaan khayal kerana baru sahaja selesai menghisap dadah ganja dan syabu ditahan di pintu masuk ketika hendak memasuki kawasan tempat letak kereta itu manakala seorang lagi mengaku menghisap dadah ditahan ketika ingin meninggalkan kawasan itu bagi mengambil penumpang kira-kira 10.30 pagi.

Hasil siasatan JPJ mendapati dua pemandu teksi terbabit menyorok ketulan mampat ganja di dalam kotak rokok dan diletakkan di bahagian bawah tempat duduk pemandu dan karpet kereta serta merampas peralatan dapur ganja moden yang terdiri daripada satu botol minuman ringan dan sebatang paip ganja.

"Peralatan dapur moden untuk menghisap dadah yang ditemui bersama suspek dipercayai boleh didapati secara dalam talian dan dilengkapi dengan satu set peralatan menghisap ganja yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata ini merupakan operasi kali pertama dilakukan di kawasan yang merupakan tempat teksi-teksi akan berkumpul kerana JPJ memandang serius kes penemuan pengambilan dadah dalam kalangan pemandu teksi.

"Operasi bersepadu ini akan diteruskan di tempat-tempat lain bagi memastikan pemandu teksi tidak memandu dalam keadaan khayal yang boleh membahayakan penumpang," katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, JPJ juga telah menyita sebuah lori dan menahan seorang warganegara Indonesia berumur 20-an kerana memandu lori berkenaan tanpa lesen memandu yang sah selain memiliki pasport tamat tempoh. Pemandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga telah memeriksa 150 teksi pelbagai jenis, dan daripada jumlah itu, 20 kenderaan diambil tindakan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) tamat tempoh dan cermin gelap," katanya.  - sumber

Monday, November 27, 2017

Cerita Polis dan keganasan di Lokap lagi?

Remaja: Polis pukul saya dengan paip getah
mk   -   Hari ini, 6:15 pm
Seorang remaja mendakwa polis menyalah-gunakan kuasa mereka semasa menahannya di sebuah lokap di Kapar, Kuala Selangor awal bulan ini.

K Jaayendiran, 18, membuat laporan polis berhubung tuduhannya itu di ibu pejabat polis daerah Kuala Selangor, pagi ini.

Sambil diiringi oleh peguam G Sivamalar, keluarganya dan exco Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli, remaja yang ditahan berhubung kes rompakan itu, menggesa Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman menubuhkan sebuah pasukan petugas bebas.

Dalam laporan polisnya, Jaayendiran berkata ayahnya A Kumaresan dan dirinya ditahan pada 7 November dan direman selama lapan hari.

Remaja itu mendakwa bahawa dua anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam memukulnya dengan paip getah selama lebih dari satu jam kerana enggan mengaku dirinya terbabit dalam satu kes samun.
Apabila mengadu dirinya tidak tahan sakit dan kehausan, Jaayendiran mendakwa seorang anggota pegawai menendangnya sementara seorang lagi menuangkan air yang diambil dari mangkuk tandas di lokap itu ke hidungnya.

Remaja itu mendakwa bahawa anggota polis berkenaan memijak dadanya sambil tertawa dan salah seorang daripada mereka berkata, "Nak minum, minum. U nak airkan? "

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Asri Abdul Wahab berkata tiada bukti bahawa Jaayendiran didera dalam tahanan.

"Bagaimanapun, kami akan menyiasat perkara itu dengan teliti untuk menentukan sama ada kejadian tersebut berlaku," katanya kepada Malaysiakini dalam satu mesej teks.

Dalam laporannya, Jaayendiran, yang mendakwa berada di rumah dengan kakaknya ketika rompakan itu berlaku, berkata dia kemudian mengaku melakukan kes samun itu apabila polis dikatakan mengancam akan memukul bapanya.

Friday, November 24, 2017

Setiausaha politik siapa pula yang merompak ni?

Setiausaha politik, 3 polis ditahan kerana merompak
TMI · Diterbitkan pada 24 Nov 2017 11:46AM

SEORANG lelaki berusia 34 tahun dipercayai setiausaha politik ditahan bersama tiga lagi anggota polis ditahan kerana didakwa merompak seorang ejen insurans awal bulan ini, lapor mStar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata suspek itu pada awalnya direman lima hari bermula 19 November, kemudian disambung sehingga Isnin depan.

Polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 30 tahun dilaporkan bertugas sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Dia direman sehingga Ahad ini. Dia sebelum ini direman sehingga Rabu, lapor mStar.

Turut ditahan reman sehingga Rabu ialah dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Semua suspek didakwa merompak ejen insurans berusia 51 tahun pada 12 November.

Difahamkan tiga lelaki itu masuk ke pejabat ejen, mendakwa sebagai anggota polis dan menerima aduan daripada mangsa seterusnya menjalankan siasatan.

Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan ejen itu menunjukkan MyKad serta wang tunai yang disimpan di pejabat untuk diperiksa dan kemudian diarahkan untuk mengikutinya ke balai polis, lapor mStar.

Apabila ejen pulang ke pejabat untuk mengambil begnya, tiga lelaki itu melarikan diri bersama-sama dengan tunai yang RM4,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rompakan berkumpulan. – 24 November, 2017.

Tuesday, November 14, 2017

Diburu polis: Tumbuk orang kerana kasut edisi terhad punya pasal

Insiden potong barisan: Suspek diburu polis
Astro Awani |  November 14, 2017 12:28 MYT
Insiden potong barisan: Suspek diburu polis
Dalam kejadian Sabtu lalu, pembantu pemasaran berusia 22 tahun ditumbuk suspek selepas berlaku insiden memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad berharga RM1,150. -YouTube
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang mencederakan seorang lelaki dalam pergaduhan di butik di sebuah pusat beli belah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata pihaknya sudah meneliti rakaman video yang tular di media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/351 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pembantu pemasaran berusia 22 tahun ditumbuk suspek selepas berlaku insiden memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad berharga RM1,150.

Monday, November 13, 2017

Macam ada yang tak kena jer?

‘Semua CCTV tak berfungsi ketika Koh diculik’

  | November 13, 2017
Tiga CCTV milik MBPJ dan polis trafik serta CCTV di Lebuhraya Damansara-Puchong didapati tidak berfungsi pada 13 Februari lalu.
KUALA LUMPUR: Semua kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian tidak berfungsi ketika Pastor Raymond Koh diculik pada 13 Februari lalu, kata pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
ASP Supari Muhammad berkata, 2 CCTV itu milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala 1 lagi milik polis trafik.
“Saya tulis surat kepada MBPJ untuk bertanyakan rakaman, tetapi mereka menyatakan tidak ada rakaman kerana kamera tidak berfungsi, manakala kamera trafik menangkap pelanggaran trafik juga rosak,” kata saksi ke-7 itu kepada panel siasatan kehilangan Pastor Koh dan 3 yang lain, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), hari ini.
Supari berkata, MBPJ sebelum ini memaklumkan polis banyak CCTV mereka tidak berfungsi.
“Mereka memberi alasan penyelenggaraan terlalu mahal…kami mahu kamera litar tertutup untuk membanteras jenayah, tetapi setiap masa ianya rosak atau dalam proses penambahbaikan.” 
Katanya, CCTV di Lebuhraya Damansara-Puchong juga tidak berfungsi apabila polis mahu mendapatkan rakaman penculikan.
“Kita telah menulis surat kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kemudiannya dimaklumkan ianya tidak berfungsi.”
Sehubungan itu, Supari berkata, siasatan terjejas kerana beliau tidak boleh menunjukkan bukti rakaman CCTV kepada panel siasatan Suhakam.
Beliau turut memaklumkan panel siasatan CCTV yang dikendalikan MBPJ dihubungkan terus ke bilik gerakan IPD Petaling Jaya.
“Ia (CCTV) bukan untuk merekod, tetapi hanya tengok pergerakan (trafik).”
Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari lalu, ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya.
Rakaman video insiden itu menunjukkan ia satu rancangan rapi melibatkan lebih 10 individu dan 7 kenderaan pada waktu siang.

Sunday, November 12, 2017

Mengurung dan melakukan ugutan jenayah: Pelakon ditahan

Sabtu, 11 November 2017 | 2:35pm
Pelakon, isteri ditahan polis
Oleh Siti Azila Alias
sitiazila@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon bersama isterinya ditahan polis malam tadi untuk membantu siasatan kes mengunci pintu pagar masuk utama Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling di Persiaran Atmosfera, Shah Alam, baru-baru ini.

Yang turut ditahan bersama mereka ialah seorang lagi rakan pelakon berkenaan ketika dia hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, pada jam 11 malam tadi.

Penahanan pelakon itu yang juga pengasas sebuah gerakan bebas berteraskan kemasyarakatan, susulan laporan polis dibuat Pejabat Daerah Petaling berhubung tindakan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata ketiga-tiga individu itu ditahan di IPD Sungai Buloh untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama.

"Mereka disiasat kerana mengurung dan melakukan ugutan jenayah.

"Mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 3 petang tadi," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Fadzil berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Khamis lalu, pelakon terbabit memuat naik rakaman video berdurasi dua minit di akaun Facebook menunjukkan dia di depan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling.

Rakaman menunjukkan dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana pejabat daerah didakwa gagal menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

Friday, November 10, 2017

Sarawak Report: Polis siasat Ambiga

Polis siasat Ambiga berhubung laporan Sarawak Report
Muzliza Mustafa · Diterbitkan pada 10 Nov 2017 7:00AM
Tindakan polis Malaysia menyiasat Ambiga Sreenevasan berhubung kes saman PAS terhadap Sarawak Report menimbulkan tanda tanya kerana ia difailkan di mahkamah United Kingdom. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2017

POLIS menyiasat peguam terkemuka dan aktivis sosial Ambiga Sreenevasan di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam bersabit saman fitnah yang difailkan oleh PAS terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Langkah polis Malaysia terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu menimbulkan tanda tanya kerana kes mahkamah itu difailkan di United Kingdom (UK).

Ambiga disiasat atas dakwaan menyalurkan maklumat kepada Rewcastle-Brown kononnya pemimpin kanan PAS menerima sejumlah wang yang besar daripada Perdana Menteri Najib Razak.

Rewcastle-Brown menamakan Ambiga sebagai sumber maklumatnya untuk laporan yang dikatakan oleh PAS sebagai fitnah itu.

The Malaysian Insight difahamkan polis telah memulakan siasatan selepas satu laporan polis dibuat oleh Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno, Zulkarnain Mahdar di balai polis Sri Petaling pada 1 November lepas.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Ambiga.

Ambiga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 kerana mendatangkan khianat awam.

Seksyen berkenaan memperuntukkan kesalahan kerana membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman.

Sekiranya sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Menurut penyata pembelaan dan penyata tuntutan balas Rewcastle-Brown yang dilihat oleh The Malaysian Insight, beliau bercakap dengan Ambiga pada Julai 2016 tentang Najib, syarikat pelaburan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan PAS.

"Ambiga memberitahu defendan bahawa sumbernya, yang katanya boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar ialah sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober.

Rewcastle-Brown berkata beliau menerbitkan sebahagian daripada perbualan dengan Ambiga itu sebagai komentar politik dengan penuh percaya ia melibatkan soal kepentingan awam.

Awal minggu ini, polis merakamkan kenyataan daripada wartawan yang melaporkan penyata tuntutan balas Rewcastle-Brown.

Pembelaan Rewcastle-Brown itu adalah terhadap saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terhadapnya pada April lalu.

Dalam samannya itu, Hadi mendakwa difitnah dalam laporan Sarawak Report bertajuk "As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections", yang terbit pada 6 Ogos 2016.

Tulisan itu membayangkan wang tersebut diberikan supaya PAS menyokong Barisan Nasional.

Dalam tuntutan balasnya, Rewcastle-Brown berkata Hadi menyalurkan atau membantu dua blog, termasuk Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamarudin, untuk menerbitkan artikel yang mengganggunya.

"Gangguan itu menyebabkan defendan (Rewcastle-Brown) mengalami tekanan berat, cemas dan bimbang, yang beliau tuntut dibayar ganti rugi."

Rewcastle-Brown juga memohon satu perintah injuksi menghalang Hadi daripada terus mengganggunya.

Ambiga enggan mengulas dakwaan beliau adalah sumber maklumat Rewcastle-Brown, dengan alasan kes itu sedang berjalan di mahkamah di UK. – 10 November, 2017.

Wednesday, October 25, 2017

Kerana arahan tangan ghaib Yusuf Azmi ditangkap?

Tangan ghaib yang arahkan saya ditangkap — Yusuf Azmi

PENGARAH Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) saudara Yusuf Azmi mendakwa penangkapan dan tuduhan di mahkamah terhadap dirinya hari ini diarahkan oleh "tangan ghaib".
"Tangan-tangan ghaib inilah yang memang mengarahkan. Saya sepatutnya datang ke mahkamah setelah ada budi bicara, ...saya sepatutnya dihadapkan di mahkamah pada hari Jumaat ini,"

"...saya menerima panggilan pada hari Isnin, pada pukul 4 petang, sebelum Asar, tapi tiba-tiba seorang pegawai polis telah menghubungi saya balik, pada waktu maghrib mengatakan, saya harus datang ke balai esok kalau tidak saya akan ditangkap di ofis saya dan sebagainya," dedahnya.

Namun Yusuf menyeru kepada NGO-NGO di luar sana yang berjuang berhabis-habisan (membela rakyat) agar jangan putus semangat dengan kewujudan tangan-tangan ghaib itu.

"Jangan disebabkan perkara ini berlaku kita putus semangat. Hari ini mungkin satu atau dua, tiga tangan ghaib ini, nak cuba menumpaskan kita,"

"Tapi hari ini berapa ramai kita tengok, sokongan daripada rakan media, sokongan daripada pengguna di Malaysia, rakan-rakan semboyan kita, daripada Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis, dan Johor."

Katanya lagi, disebabkan oleh satu atau dua tangan ghaib, orang melihat pentadbiran dan kepimpinan semua rosak.

"Disebabkan oleh tangan ghaib ni, semua pemimpin negara dikecam," tegasnya.


- sumber

Sunday, October 22, 2017

Lagi kisah binatang di kalangan manusia

Remaja jadi santapan seks bapa tiri dua kali seminggu sejak 2014
Ruzaini Zulkepli, Astro Awani |  Oktober 21, 2017 18:07 MYT
Remaja jadi santapan seks bapa tiri dua kali seminggu sejak 2014
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, perbuatan tidak bermoral suspek terbongkar susulan mangsa dan ibunya bertindak membuat laporan pada jam 11.35 pagi Khamis lalu. - Foto Astro AWANI / Ruzaini Zulkepli
KINABATANGAN: Ibarat syaitan bertopengkan manusia, seorang lelaki tergamak merogol anak perempuan tirinya yang berusia 14 tahun dua kali seminggu sejak tahun 2014 lagi, sebelum ditahan polis dalam kejadian di sebuah kampung berhampiran Tongod, Kinabatangan pada Khamis lalu.

Suspek, 47 tahun, ditahan kira-kira jam 1.30 petang Khamis oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan yang membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran perkampungan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, perbuatan tidak bermoral suspek terbongkar susulan mangsa dan ibunya bertindak membuat laporan pada jam 11.35 pagi hari yang sama.

"Bertindak atas maklumat pengadu, kita kemudiannya membuat serbuan dan menahan suspek di kampung terbabit.

"Suspek lelaki berusia 47 tahun yang juga bapa tiri mangsa itu disyaki melakukan perbuatan (rogol) berkenaan sejak mangsa berusia 10 tahun lagi," katanya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa mendakwa bapa tiri melakukan perbuatan itu, dua kali seminggu antara 1 Januari 2014 sehingga 1 September tahun ini ditempat yang sama iaitu di tepi sungai berhampiran rumah suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Thursday, October 12, 2017

Kelantan: Fakta yang menggerunkan

Pembunuh upahan antara lebih 800 penjenayah diburu polis Kelantan
TMI · Diterbitkan pada 11 Oct 2017 8:24PM 
Lebih 800 penjenayah sedang diburu polis Kelantan, antaranya pembunuh upahan dan 13 yang terlibat dalam jenayah berat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2017.

PEMBUNUH upahan dipercayai antara orang yang tersenarai dalam lebih 800 penjenayah atau orang yang dikehendaki oleh Polis Kontinjen Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman berkata daripada jumlah yang tersenarai itu, terdapat 13 individu yang dikategorikan terbabit dalam kes berat seperti bunuh, culik dan mendatangkan kecederaan.

Kesemua penjenayah ini sukar dikesan kerana sentiasa bertukar alamat, mengubah penampilan diri tetapi yang membimbangkan ialah mereka berada di kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Fakri berkata polis sudah menjalankan operasi termasuk sekatan jalan raya bagi menahan mereka namun masih gagal.

Beliau berkata kes jenayah berlaku disebabkan adanya golongan berkenaan iaitu yang suka melakukan jenayah dan sebahagian daripada mereka ini biasanya sudah mempunyai rekod.

"Ada antara suspek yang dikehendaki ini bukan sahaja oleh polis Kelantan tetapi oleh polis negeri lain kerana turut melakukan jenayah di sana.

Ada kes seorang lelaki yang dikehendaki ini dipercayai bertindak sebagai pembunuh upahan. Dia sekarang kemungkinan sedang bersembunyi dan akan menjalankan tugasnya sebaik keadaan reda," katanya.

Fakri berkata gambar kesemua penjenayah akan ditempatkan di kawasan tumpuan awam seperti masjid dan balai polis.

"Kebanyakan penjenayah ini dipercayai amat agresif dan orang ramai dilarang sama sekali untuk cuba membuat tangkapan kerana boleh mendatangkan bahaya, cuma mereka diminta menyalurkan maklumat kepada polis untuk tindakan lanjut " katanya.

Katanya sebelum ini terdapat seramai 1,086 penjenayah yang tersenarai tetapi 264 daripadanya berjaya ditahan dan digugurkan daripada senarai orang dikehendaki . – Bernama, 11 Oktober, 2017.

Wednesday, October 11, 2017

Ape kenela budak ni, sendiri cari penyakit?

WEDNESDAY, OCTOBER 11, 2017
Perghhh !!! ‘I Memang Suka Polis Tapi...’ Tak Mengaku Pula Bukan Gambar Dia ?
Gadis yang menggunakan akaun Instagram Bebyluerena ini menafikan dirinya sebagai individu dalam gambar viral tersebut.

PETALING JAYA: Seorang gadis yang didakwa sebagai individu dalam gambar viral yang tangannya dipegang anggota polis di Segamat baru-baru ini tampil mempertahankan dirinya.

Gadis tersebut yang menggunakan akaun Instagram @bebyluerena menafikan gadis dalam gambar itu adalah dirinya.

Malah gadis berkenaan turut memuat naik gambar kontroversi itu di laman Instagramnya pada Isnin.
"I memang suka police. Tapi bang tangan tu lepaslah, saya nak balik. Actually guys. This is not me.

"Sebab ramai sangat kawan-kawan I DM (direct message), WS (WhatsApp) I, Wechat I sent this picture. And ask me “ is it me “ and sorry again she's not me. That’s all," tulisnya.

Menurut Bebyluerena, dia membuat penafian itu setelah dihubungi ramai rakan-rakannya yang ingin mengesahkan sama ada gadis dalam gambar tersebut adalah dirinya.
Gambar adegan mesra seorang anggota polis dengan wanita yang dipercayai pelacur menjadi tular di media sosial.

Malah, dalam satu posting berasingan, gadis itu menjelaskan bahawa semasa hari kejadian, dia berada di Kuala Lumpur.

"Pada hari itu, aku pula dekat KL baru lepas teman mama kursus dekat Bangi," tulisnya.
Posting gadis itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Ada dalam kalangan netizen mempertikaikan tindakan gadis itu memuat naik gambar tular itu di Instagramnya.
@Spoisajew berkata:"Kenapa up gambar dengan caption macam tu? Gambar tu pun tak de orang up selain kau. Kan? Sendiri cari penyakit dah kantoi habis sana sini berbelit. Hahaha kelakar.

@cikfimie berkata:"Salah awak juga sis... yang awak gi post gambar tuh kenapa? macam cari publisiti murah je. Tak pasal-pasal polis kena tindakan."

Selepas tersebarnya gambar adegan mesra itu, anggota unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat tersebut ditukarkan serta merta.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan perkara tersebut.

Menerusi gambar yang ditularkan itu, anggota polis berkenaan kelihatan memegang tangan seorang wanita yang hanya berpakaian seluar pendek dan bersinglet yang dipercayai pelacur di daerah itu pada Ahad. - sumber

Tuesday, October 3, 2017

Harapan mimpi: Siasat sang penyiasat?

Bersih mahu gangguan berterusan polis terhadap aktivisnya disiasat
Melati A. Jalil  -  Diterbitkan pada 3 Oct 2017 12:39PM
Maria Chin Abdullah berkata sejak 1 Oktober 2016 hingga 15 Ogos 2017, kira-kira 122 tangkapan atau siasatan berkaitan aktiviti Bersih 2.0. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2017.

BERSIH 2.0 menggesa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjalankan satu siasatan ke atas gangguan berterusan pihak polis terhadap aktivis Bersih 2.0 semasa sebelum dan selepas perhimpunan Bersih 5.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata sejak 1 Oktober 2016 hingga 15 Ogos 2017, kira-kira 122 tangkapan atau siasatan berkaitan aktiviti Bersih 2.0.

Aduan hari ini merupakan yang ketiga difailkan selepas dua laporan dengan pejabat Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Tadbir Urus, Integriti dan Hak Asasi Manusia serta Suhakam.

"Sehingga kini, tiada maklum balas terutamanya dari pejabat Paul Low, juga polis yang tidak memberi kami sebarang perkembangan mengenai kes-kes tersebut. Sekarang mereka (EAIC) akan membawa kes kami kepada polis dan dapatkan maklum balas dari polis, kita akan tunggu.

"Tetapi kita akan pasti akan menyusul dengan ketiga-tiga institusi itu," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan laporan itu di ibu pejabat EAIC di Putrajaya.

Daripada 122 kes, 63 tangkapan atau siasatan adalah terhadap Konvoi Bersih 5 (dari 1 Oktober hingga 18 Oktober, 2016); 36 siasatan atau tangkapan atas perhimpunan Bersih 5 (19 November, 2016); 14 siasatan  berkaitan penahanan Maria di bawah Seksye 124C Kanun Keseksaan dan 9 siasatan ke atas vigil Bebas Maria.

Maria berkata kesemua 122 kes bertumpu kepada dakwaan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 147 Kanun Keseksaan (rusuhan), Seksyen 504 dan 505 Kanun Keseksaan, juga Seksyen 124C Kanun Keseksaan (cubaan menjejaskan demokrasi Parlimen).

"Selepas perhimpunan itu, ramai aktivis dipanggil ke Bukit Aman untuk disiasat, tetapi sehingga kini tiada maklum balas dan kami mahu jawapan dari polis.

"Apabila kami anjurkan konvoi atau perhimpunan, agenda kami mudah saja. Kami mahukan pilihan raya yang bersih dan adil, jadi apa masalahnya dengan agenda itu sehingga kami terus diancam hingga kami tak boleh jalankan aktiviti kami?

"Ia agenda yang jujur, tiada agenda tersembunyi," katanya.

Antara tuntutan lain ialah Bersih 2.0 mahu EAIC menyiasat adakah polis gagal bertindak terhadap ancaman bunuh yang diterima Maria, Mandeep Singh, Ambiga Sreenevasan serta tiga anak lelaki Maria; penyalahgunaan kuasa oleh polis semasa perhimpunan Bersih 5 bagi menghalang ia diteruskan; serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 dan tahanan Maria di bawahAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), termasuk tindakan polis semasa penahanannya.

Pada Jun, Bersih meminta Suhakam menjalankan siasata ke atas gangguan berterusn polis terhadap aktivis Bersih 2.0. – 3 Oktober, 2017.

Monday, October 2, 2017

Apa jadi TLDM ni: Lagi dua anggota dicederakan buat laporan Polis

Dua anggota TLDM lapor polis dakwa dicederakan
Bernama      Hari ini, 6:00 petang
Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dua anggota tersebut yang masing-masing berumur 30 tahun cedera di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung.

"Laporan polis dibuat hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada insiden ini berlaku ketika di dalam bilik tahanan, ketika dikurung atau di luar.

"Kita juga akan menyiasat sekiranya ada lagi anggota TLDM terlibat dengan insiden seperti ini," katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri di Ipoh hari ini.

Susulan kejadian itu, dua anggota TLDM yang masing-masing berumur 29 dan 37 tahun kini sedang ditahan dan akan direman di Mahkamah Seri Manjung hari ini.

Mengenai kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan yang sama sebelum ini, Hasnan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan forensik terhadap kamera litar tertutup yang telah dirampas.

"Jabatan Siasatan Jenayah Perak kini dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi menyiasat insiden ini," katanya.

Pada Jumaat lepas dua anggota TLDM iaitu LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan tersebut dipercayai akibat didera, berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Susulan itu tiga anggota TLDM direman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Sunday, September 17, 2017

7 ditahan: Kalau benar......celakalah, dan gilanya mereka ni!

SATURDAY, SEPTEMBER 16, 2017
Kebakaran pusat tahfiz, 7 ditahan
KUALA LUMPUR: Tujuh remaja, termasuk lima suspek utama dipercayai ditahan polis bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin.

Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

"Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

"Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan," katanya ketika ditemui BH, sebentar tadi.

Sumber itu berkata, suspek kemudian dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz, dengan membawa naik tong gas, tilam ke tingkat tiga.

"Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol," katanya. 

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.
BH difahamkan, pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menafikan berhubung tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, semua persoalan itu akan dijawab pada sidang media yang akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pagi esok. ~ sumber

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 7:34 pm