Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, December 31, 2014

Rupanya Ini Punca Cacamarba DI JPM

API DALAM SEKAM DI JABATAN PERDANA MENTERI
PANDANGAN  A KADIR JASIN TERHADAP UNIT KOMUNIKASI
1. Sdr Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

2. Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf.

3. Sebelum Mohd Najib naik jadi PM, saya dan beberapa orang wartawan kanan menemui beliau dan antara yang kita sebutkan kepada beliau ialah peri pentingnya menangani pengaliran maklumat.

4. Saudara dan saya pasti nostalgia mengenai pertemuan berjadual yang berlaku antara para pengarang dan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Di belakang tabir kita berbincang dan berbahas secara terbuka. Kita bersetuju dan tidak bersetuju.

5. PM sekarang mempunyai ramai pegawai dan penasihat media, termasuk dari luar negara. Mungkin kerana terlalu ramai dan mereka pula setia atau takut kepada banyak pihak, maka tidak ada kata sepakat menangani sesuatu masalah atau krisis.

6. Para pengarang dan wartawan pula tidak mempunyai kuasa mutlak lagi. Mereka memberitahu saya yang mereka terpaksa akur kepada banyak "wahyu".

7. Bayangkan kemungkinan bukan semua "wahyu" ini memihak kepada PM. Apa kata ada di kalangan mereka yang bermain kayu tiga dan menjadi api dalam sekam?

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Kambing Takut Air: Dahlah Tak Balik, Nak Mengarah Pulak!

2x5 juga yang kuat komen orang pun
Bezanya yang ini pakai duit sendiri
Yang sana tu...tau-taulah!

Dalam Keadaan Rakyat Begitu Sukar Pun Masih Ada Yang Perperangai Macam.......?

Patutlah Ismail Sabri kata gitu rupanya........muka sapa selain muka PM?

Keranah yang dihadapi sukarelawan banjir

KUALA KRAI: Sukarelawan dari luar Kelantan mendakwa bantuan banjir kepada mangsa-mangsa agak lewat tiba di lokasi pemindahan disebabkan kerenah birokrasi.

Mereka mendakwa pihak berkuasa membuat sekatan di kawasan tidak jauh dari sempadan Pahang-Kelantan menanyakan pelbagai soalan kepada kenderaan bantuan banjir.

“Mereka tanya permit bawa bantuan banjir. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mangsa sedang berdepan dengan kesukaran di tempat pemindahan banjir.

“Banyak kenderaan bantuan dari luar Kelantan terkandas kerana pihak berkuasa seperti cuba melengah-lengahkan perjalanan,” kata seorang sukarelawan dari Selangor.

Mereka juga mendakwa bantuan banjir yang diserah kepada pihak berkuasa di tempat-tempat yang sukar dilalui jalan darat difahamkan dilekat pembungkus berwajah pemimpin Umno.

Kata mereka tindakan melekatkan gambar pemimpin menyebabkan bantuan yang sepatutnya diagih lebih cepat mengambil masa untuk sampai kepada mangsa banjir.

Dakwaan sukarelawan terbabit berasas apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan berkata, apa yang penting sumbangan itu sampai kepada mangsa banjir bagi mengurangkan beban mereka.

“Tak apalah mereka hendak kecam. Yang penting barang-barang daripada kementerian sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka,” katanya seperti disiar sebuah laman berita. - sumber


Rupanya sosok haramjadah ni ada di mana-mana jua!


hari ni ada orang kuat PAS kelantan datang nak ambik barang dalam kuantiti yg banyak lepas tu arah sukarelawan suruh angkat barang sesuka hati ... semalam team pakai baju 1 malaysia juga ada datang dgn cara yg sama ...

Lepas tu arahkan sukarelawan itu dan ini ... seolah2 seperti kami semua ni kena patuh pada arahan mereka ... Waittt !! at least pikirlah sikit ... tanyalah sikit ... siapa yg incharge ... merendah diri ... bukan satu tempat je teruk bnyk tempat yg teruk ...
at first kami tak bagi mereka ambil barang2 tu ... ini amanah orang ramai untuk saya uruskan ...saya x nak barang2 ni x sampai pada sasaran dan hanya golongan tertentu yg dapat ... lepas bagi explanation baru masing2 nampak faham ...
Saya tak kira siapa ... PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke ... kalau tak betul saya tegur ... supaya perbaiki dan jadi lebih baik ... macam tu baru parti boleh jadi hebat ... negara akan jadi maju ...baru boleh kekal berkuasa ... tengok jepun dan korea ... bila orang tegur terus mintak maaf ... bukan macam orang kita ... bila orang tegur dia kata kita fitnah ...
Letak tepi soal politik ... kita tolong ramai yg kebulur disana ... ada nyawa yg perlu di selamatkan ...
Contohnya, bila orang sebut, marah atau tegur keburukan seorang dari lapan anak kita ... itu tidak bermakna kesemua satu keluarga itu teruk. Itu tak bermakna mak bapak tu jahat dan gagal. Mak bapak yg hebat bila seorang anak dia di tegur, atau di marahi atau buat silap maka mak bapak ini akan cuba perbaiki anak dia tu ... dengan cara ini keluarga ini akan jadi hebat ... mak bapak ini akan jadi parents yg sangat hebat !
Macam zaman saya kecik dulu, bila orang tegur anak jahat atau nakal maka mak bapak akan pukul anak tu ... bukan backup ... bila backup anak tu maka anak tu akan membesar jadi jahat dan tak terkawal.
Saya bukan penentang kerajaan ... saya bawak minyak diesel drive 4 jam dgn kaki palsu ke agensi kerajaan untuk hidupkan generator ... saya juga bukan ahli parti pembangkang sbb tu saya buat misi ni kat masjid walaupun pejabat parti pembangkang hanya beberapa depa je dari masjid ni ...
Kami rakyat malaysia yg sayangkan negara ini dan sangat sedih dengan tragedi banjir ini ...
Accept critics ... appologize ... then change ... we will be better and stronger !
Sabor  jerlah Raja....!

Dalam Keadaan Begini Pun Ada Yang Cuba Masuk Jarum Politik Ka?

Aku rasa cadangan ini bukan datangnya dari kepala hotak Hussamuddin Yaacub tetapi wayang berDalang!
Agak siapa Dalangnya?

PAS tolak k'jaan campuran PAS-Umno demi banjir
12:49PM - 31 Dec 2014 - mk

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak pandangan bahawa satu kerajaan campuran PAS dan Umno diperlukan di Kelantan untuk membangunkan semula negeri itu selepas banjir.

Beliau sebaliknya menggesa agar syarikat petroleum nasional Petronas menyumbang dana kepada satu tabung khas untuk tujuan berkenaan.

"Alasan seperti itu terlalu rapuh.

"Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor itu kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan kerajaan gabungan itu yang diajukan pemilik Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Husamuddin yang merupakan seorang anak Kelantan mengunjurkan pemulihan semula Kelantan akan memakan wang berbilion ringgit.

Beliau juga melihat krisis itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk diuruskan.

"Kita adakan moratorium, gencatan politik. Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga.

"Sekarang Umno Kelantan dan PAS Kelantan harus bergabung dalam satu kerajaan campuran untuk pulihkan kembali negeri.

"Tidak ada jalan lain lagi," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Banjir Kelantan: Tahun Ini 2014 Adalah Yang Terbesar

Tapi Nik Amar kata: Banjir 1967 lebih buruk

'Banjir tahun ini lebih besar dari 1967'
11:50AM - 30 Dec 2014 - mk

"Sepanjang saya tinggal di sini, dua kali banjir besar, tetapi kali ini lebih besar," kata seorang warga emas ketika ditanya pengalamannya berhadapan banjir kali ini.

Mohamad Salleh, 80, ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di Kampung Kota, Pasir Mas berkata, kali pertama rumahnya dinaiki air ketika banjir besar pada tahun 1967.

Bagaimanapun kata Mohamad, paras air yang sampai di kawasan rumahnya ketika itu hanya setinggi kira-kira dua kaki sahaja.
"Banjir (besar) sebelum ini (1967), tenggelam (setakat) tiga anak tangga sahaja, tapi banjir kali ini paras pinggang.

"Banjir dulu air setakat hampir lintas jalan. Itu waktu jalan depan ni rendah. Sekarang jalan sudah tinggi, tapi air paras betis. Ini banjir besar," katanya.

Mohamad, lebih dikenali dengan nama jolokan Pak Mat Dobi di kalangan penduduk setempat kerana pernah mengusahakan perniagaan dobi di Wakaf Che Yeh di zaman mudanya.

Beliau kini tinggal sendirian di rumah tersebut selepas isterinya meninggal dunia.

Rumah anak-anaknya bagaimanapun terletak tidak jauh dari situ.

Mengulas lanjut, Pak Mat Dobi berkata, beliau juga terkejut kerana paras air meningkat  begitu cepat.

"Memang cepat kali ini air naik. Kita pun tak jangka," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak berpindah kerana reka bentuk rumahnya agak tinggi dan air tidak mencecah lantai.

Banjir 1967 dikatakan banjir kedua terbesar pernah melanda negeri Kelantan.

Paling besar adalah banjir yang berlaku pada tahun 1926 yang dikenali sebagai “bah merah”.

Nama bah merah diambil sempena warna air banjir ketika itu yang bertukar seakan merah ekoran lumpur yang dibawa bersamanya.

Najib Utamakan Mangsa Banjir Dari Keluarga?

Sejak bila Isteri PM boleh guna Jet Rasmi tanpa kehadiran PM? soal Blogger UMNO

Hebat betul Najib.. pergi makan angin sambil bermain Golf dengan Obama di Hawaii gunakan jet lain.. balik pula menggunakan jet lain kedua-duanya milik Kerajaan yang kos operasinya ditanggung oleh rakyat..

Gambar di atas ialah jet yang digunakan untuk membawa pulang Najib setelah beliau terpaksa membatalkan cutinya setelah teruk menerima kecaman dari rakyat bukan macai.. ianya adalah milik TUDM. dari jenis Boeing 737-700
Manakala gambar di bawah pula ialah gambar jet yang digunakan oleh Najib sekeluarga untuk pergi makan angin ianya adalah pesawat Airbus A319 9M-NAA.

Persoalannya ialah kenapa Najib pulang dengan jet yang lain tetapi dalam masa yang sama jet yang membawa keluarganya tidak pulang?

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan AMK Pusat


Saya berasa dukacita dengan keadaan banjir yang makin mudarat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Sebagai wakil rakyat dari kawasan Semambu, Pahang yang turut dilanda banjir, saya bersama krew bantuan bertungkus-lumus melaksanakan yang terbaik untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Di samping itu saya juga tertarik dengan cara kepulangan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dari Hawaii ke Kelantan dua hari lepas. Beliau dilaporkan bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan Jet Kerajaan rasmi (Nama Kapal: 9M-NAA) sebelum kembali untuk meninjau keadaan banjir.

Beliau tidak pulang ke Malaysia dengan Jet yang sama, tetapi dengan Jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (Nama Kapal: M53-01). Pada masa yang sama, Jet Kerajaan Rasmi 9M-NAA pula menerbang ke arah bertentangan dan mendarat di Indianapolis, Amerika Syarikat sehingga sekarang.

Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Saya bagi pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) ingin mendapatkan kepastian berikut:

1. Mengapakah Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA tidak membawa pulang Najib secara langsung, tetapi perlu menggunakan jet TUDM yang pastinya memperuntukkan lebihan kos? 2. Mengapakah Jet Rasmi Kerajaan 9M-NAA berterbang ke arah timur dan mendarat di Indianapolis? 3. Siapakah yang menggunakan jet rasmi kerajaan tersebut?

Sementara semua pihak bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir yang sudahpun mencecah 225 ribu orang, saya rasa Perdana Menteri perlu memberikan penjelasan atas penggunaan jet rasmi kerajaan tersebut bagi meredakan keraguan rakyat.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat

Nak tunggu Najib jawab.. tunggulah sampai 'Babi boleh terbang'..

Bagaimanapun persoalan Ketua Penerangan AMK itu dijawab oleh Blogger UMNO dan beliau juga mempersoalkan sejak bila Isteri Perdana Menteri berhak menggunakan Jet Rasmi Kerajaan tanpa kehadiran Perdana Menteri?
Yup. The official jet took Rosmah and her gang to Indianapolis. Last reports say the official jet was still there in Indianapolis.

So the First Lady of Malaysia did not bother coming home to meet the flood victims. But she has an office in the PMO called 'Office of the First Lady'??

Najib returned home to KL first on a commercial flight. Tukar baju, tukar flight and flew back from KL to Kota Bharu. Everyone thought that Najib had flown directly from Hawaii to Kota Bharu. I thought the same. Rupanya we have been had.

Here is that Malaysiakini report : http://s.m5.malaysiakini.com/news/284757.html. I have truncated it.

PM puts flood victims before family

4:00PM Dec 28, 2014

-His family (Rosmah) was sad to see him leave Hawaii (Rosmah still in US)
-Najib decided to put his vacation aside my family was sad that I had to leave them (Rosmah still on holiday)
-Najib came under fire playing golf in Hawaii as flood worsened.
-Najib had cut short his holiday and returned to the country yesterday.

However he appears to have taken a different plane from the government jet that had ferried him to Hawaii.That carrier went the opposite direction to Los Angeles before ending up in Indianapolis, Indiana, where it has remained till now, according to data on flight tracking website Flightradar24.

Upon his arrival, Najib's first stop was in Kota Bharu, Kelantan

Read carefully folks :

However he appears to have taken a different plane from the government jet that had ferried him to Hawaii.That carrier went the opposite direction to Los Angeles before ending up in Indianapolis, Indiana, where it has remained till now, according to data on flight tracking website Flightradar24.

So this is what has been really going on. I believe the Malaysian taxpayer has provided the Prime Minister an official jet (more than one) so that the PM can attend to important matters of State, including returning home as quickly as he can to oversee relief efforts during natural disasters. (OK lah if the PM wants to use it for his holiday - I dont mind.)

But it looks like the PM left the official jet for his wife's personal use to continue her holiday in Indianapolis. Then the PM spent even more taxpayers money to take a commercial flight back home to Malaysia. Pasal apa bayar duit dua kali?

Since when does the PM's wife have the right to use the official jet for her private holiday - without the PM?

If she has an "Office of the First Lady of Malaysia" in the PMO with a full budget and staffing then why not the First Lady also cancel her holiday and return home to be with the flood victims?

If the PM is going to use commercial flights then why the need for official jets?

Berbagai persoalan lagi dibangkitkan oleh Blogger UMNO itu.. sepenuhnya silalah baca di ( SINI)

# segi protokol ni aku tak tahu sangat tapi agak menarik bila blogger pro UMNO sendiri yang kritik

Tuesday, December 30, 2014

Sepupu aku di lebuhraya Temerloh




Bayangan QZ8501 kelihatan, serpihan ditemui 10 km dari titik terputus hubungan

Bayangan QZ8501 kelihatan di dalam laut
December 30, 2014
Pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut.
Bayangan pesawat_300JAKARTA: Kru pesawat operasi mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia melihat bayangan objek berbentuk pesawat di dalam laut di kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.
Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Laksamana Madya TNI, Henry Bambang Soelistyo, berkata pasukan SAR kini ke lokasi itu untuk menyiasat.
“Jam 12.50 waktu tempatan, pesawat TNI menemui objek yang menggambarkan seperti bayangan pesawat di dalam laut,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini pasukan mencari sedang melakukan penyiasatan dan memindahkan objek yang dipercayai milik pesawat QZ8501. – Detik.com

Serpihan pesawat ditemui 10 km dari titik terputus hubungan
December 30, 2014
Titik penemuan serpihan bersesuaian dengan perkiraan Basarnas yang menjangkakan arah angin dan arus laut yang mengarah dari barat ke timur.
airasia lost_300PANGKALAN BUN: Serpihan-serpihan pesawat ditemui 10 kilometer titik AirAsia QZ8501 terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad lalu.
Serpihan yang sudah dijangka sebelum ini dari AirAsia itu ditemui pada kedudukan 08’50″43 Selatan dan 110’29″21.8 barat sekitar pukul 10.05 pagi waktu Indonesia Barat.
Titik penemuan serpihan bersesuaian dengan perkiraan Basarnas yang menjangkakan arah angin dan arus laut yang mengarah dari barat ke timur.
Serpihan-serpihan itu ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah iaitu 99.9 batu nautika dari Kota Pangkalan Bun.
Salah satu serpihan yang ditemui adalah pintu kecemasan pesawat serta enam mayat di sekitar lokasi penemuan.
Sehubungan itu proses pemindahan mayat terus dilakukan tetapi difahamkan pasukan Basarnas menghadapi kesukaran berikutan angin kencang dan ombak besar yang mencecah ketinggian 2 hingga 3 meter.
Pesawat QZ8501 berlepas pada pukul 5.35 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya dan dijadual tiba di Singapura pada pukul 8.30 waktu Indonesia Barat. Ia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal. - FMT

Perkara Macam Nilah Yang Buat Aku Nak Menyumpah Seranah Ni!

Pesakit bersabung nyawa, helikopter untuk VVIP 
7:19PM - 30 Dec 2014 - mk

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya.

[Baca catatan penuh di Facebook]


Pesakit Bersabung Nyawa, Helikopter Untuk VVIP, TPM Digesa Dedah VVIP Diutamakan Guna Helikopter, Ketepi Ibu Mengandung

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin mendedahkan VVIP yang membahayakan nyawa dua ibu yang sarat mengandung dan akan bersalin dalam satu kejadian di klinik kesihatan Badang, Kelantan Ahad lalu. 

Kit Siang merujuk laporan mengenai misi pemindahan medevac (medical evacuation) dua ibu dengan komplikasi serius ketika bersalin tertangguh Ahad lalu hampir dua jam di klinik disebabkan arahan seorang individu VVIP yang mahu melawat kawasan banjir.

“Adakah ini bertepatan dengan SOP pengurusan bencana, bahawa lawatan VVIP diberi keutamaan berbanding keadaan kritikal seseorang pesakit? soal Kit Siang. 

Difahamkan, Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang menceritakan kejadian tersebut di laman facebooknya yang kini menjadi profil paling popular di rangkaian sosial mengenai dugaan dihadapi petugas perubatan dan penjawat awam dalam situasi sukar ketika bencana. 

Menurut tulisan Dr Afiq, pesakit pertama, seorang ibu sarat mahu bersalin tiba di klinik kesihatan Badang pada hari Ahad jam 3.30 pagi. Kemudian, pada jam 6 pagi doktor memutuskan beliau memerlukan penjagaan tertiari serta perlu dipindahkan. 

Namun helikopter yang dipanggil hanya tiba pada jam 8 pagi, dua jam lewat kerana helikopter tersebut ‘ditahan’ kerana ada VVIP yang mahu melawat kawasan yang dilanda banjir. 

Manakala pesakit kedua yang tiba selepas jam 8 pagi dan turut sarat mengandung juga berdepan masalah yang sama, dan setelah kehilangan banyak darah, pesakit kerap tidak sedarkan diri. 

Dr Afiq, semalam dilaporkan menulis, dua nyawa mungkin sahaja hilang semalam akibat sikap acuh tak acuh pihak berkuasa.

“Amat mengecewakan dan menghampakan bagi kami yang cuba memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa,” tulis Dr Afiq di laman Facebbok. 

Tegas Kit Siang. Dr Afiq berhak untuk berang dengan penangguhan terbabit kerana pihak berkuasa telah mengutamakan lawatan rasmi berbanding pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

“Dr Afiq sewajarnya menjadi contoh ikutan semua rakyat Malaysia, termasuklah di kalangan anggota Kabinet, bagaimana sikap yang patut diambil oleh rakyat Malaysia ketika berhadapan bencana; iaitu mengutamakan nyawa orang lain berbanding diri sendiri,” ujar Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, perkembangan terbaru ini adalah sebab mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja kesiapsiagaan pengurusan bencana banjir mesti ditubuhkan dan harus menjadi agenda utama mesyuarat khas Kabinet.

“Kes-kes sebegini patut disiasat oleh RCI supaya ia tidak berulang lagi, di mana VVIP meletakkan nyawa rakyat biasa dalam bahaya hanya kerana mereka mahu melawat kawasan yang dilanda banjir,” tegasnya. - Roketkini - via idaman78

Berita Pening Banjir Kelantan

Boleh dikatakan di semua kawasan air sudah surut banyak tapi bilangan mangsa masih meningkat!
Di bandar Kota Bharu semua kawasan sudah kering

Mangsa banjir di Pahang, Perak, Kelantan meningkat, Terengganu turun
Bernama |Kemas kini:Disember 30, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 30, 2014 10:47 MYT)

Mangsa banjir di Pahang, Perak, Kelantan meningkat, Terengganu turun
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak, dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan pagi ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang, Perak, dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan pagi ini, manakala di Terengganu menunjukkan penurunan dan di Johor tidak berubah berbanding malam semalam.

Di PAHANG, jumlah mangsa yang dipindahkan mencatat peningkatan ketara iaitu 49,369 orang berbanding 35,501 orang malam tadi.

Mereka ditempatkan di 262 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas.       

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, semua lapan daerah terlibat menunjukkan pertambahan mangsa banjir dengan Temerloh masih menempatkan jumlah paling banyak 19,875 mangsa banjir ditempatkan di 62 pusat pemindahan.

"Tujuh lagi daerah ialah Pekan sebanyak 9,387 mangsa di 40 pusat pemindahan, Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat), Maran (4,351 di 32 pusat), Kuantan (3,880 di 17 pusat), Lipis (2,930 di 27 pusat), Bera (2,755 di 19 pusat), dan Rompin (166 di enam pusat)," katanya.

Di PERAK, keadaan banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian kian bertambah, dan ia menjadikan keseluruhan mangsa di seluruh negeri seramai 7,735 orang daripada 2,049 keluarga, berbanding 7,408 daripada 1,948 keluarga malam tadi.
   
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini di daerah Kerian, seramai 300 orang daripada 90 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan.

Daerah Perak Tengah masih terjejas teruk dengan seramai 4,512 mangsa daripada 1,201 keluarga kini berada di 19 pusat pemindahan.

Di daerah Hulu Perak, sebanyak 746 orang daripada 202 keluarga ditempatkan 16 pusat pemindahan.

Di daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi kawasan Sungai Siput, jumlah mangsa tidak banyak berubah setakat ini iaitu 2,177 orang daripada 556 keluarga berada di 22 pusat pemindahan.

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat sedikit kepada 142,582 pagi ini orang berbanding 142,564 orang malam tadi.

Kesemua mangsa di tempatkan di 317 pusat pemindahan melibatkan 35,894 keluarga.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan jalan di negeri tersebut telah dibuka dan air di kebanyakan kawasan telah mula surut pagi ini.

Di JOHOR,jumlah mangsa banjir di negeri ini tidak berubah iaitu 171 orang daripada 49 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan iaitu satu di Muar, masing-masing dua di Batu Pahat dan Kluang dan tiga di Segamat.

Sementara itu, satu jalan masih ditutup iaitu Jalan Kampung Asli Sedohok di daerah Kluang.

Keadaan banjir di TERENGGANU pula semakin surut, dan jumlah mangsa menurun kepada 30,652 pagi ini berbanding 31,805 malam tadi.

Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, lebih 1,100 mangsa telah meninggalkan pusat pemindahan sejak semalam hingga pagi ini.

Kini masih terdapat 21,532 mangsa di Kemaman di 36 pusat pemindahan, Dungun (8,770 di 27 pusat), Hulu Terengganu (74 di empat pusat) dan Kuala Terengganu (276 di enam pusat).

Banjir: Cerita Sebenar Mengenai SMK Manik Urai Yang Dihebohkan Runtuh Itu

'Saya terpaksa makan biskut hanyut'
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 30 Disember 2014

Nor Aini menceritakan saat-saat cemas yang ditempuhinya

KUALA KRAI- “Ya Allah jika ini ujian kami, kami terimanya dengan redha”

Demikian luahan guru penolong kanan Sekolah Menengah  Kebangsaan Manek Urai, Nor Aini Mat Nor yang bertanggungjawab menjaga 150 orang mangsa banjir yang melanda sekitar kawasan tersebut Rabu lalu.

Lokasi kawasan sekolah ini dikatakan paling terjejas kerana ia berhadapan dengan sungai dan menjadi viral di laman sosial yang mendakwa ia runtuh akibat hentaman air sungai berhampiran.

Menceritakan detik ngeri kejadian, Nor Aini yang sudah berkhidmat 20 tahun di Kementerian Pendidikan berkata, ramai penduduk kampung tidak membuat persiapan memandangkan banjir besar tidak pernah berlaku sejak 1927.

Katanya pada pagi Selasa, keadaan masih aman, namun bertukar menjadi ganas pada pagi Rabu apabila peningkatan air secara mendadak mengakibatkan orang kampung panik.

“Ia bermula di waktu Subuh, air di sungai sebelah sekolah meningkat dengan cepat, sehingga ke tingkat dua. Kami rasai gegaran yang sangat kuat kerana gelombang dan arus menghentam dinding sekolah, ia menyebabkan ramai yang mula ketakutan dan menangis,” katanya.

Malah, katanya dia dapat melihat beberapa rumah  dan kayu balak hanyut deras melalui di hadapan sekolahnya, namun bersyukur kerana ia membelok sebaik sahaja menghampiri kawasan sekolah.

“Ini adalah kuasa Allah, saya sudah redha sekiranya rumah yang hanyut itu menghempap sekolah kami, tetapi ia tidak berlaku, “katanya.

Jelasnya lagi, ekoran paras air yang sudah menghampiri tingkat tiga beberapa penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah menggunakan perahu menuju ke bukit berhampiran.

Katanya, walaupun ada yang mengajaknya untuk lari ke bukit, namun dia mengambil keputusan untuk bersama dengan mangsa kerana rasa bertanggungjawab dengan mereka.

“Ketika itu juga ada bayi dua hari dilahirkan, tidak sampai hati untuk tinggalkan mereka, jadi kami bersama-sama berdoa semoga bantuan tiba,” katanya.

Dalam pada itu katanya, situasi paling tragis adalah disaat mereka terpaksa berkongsikan dua keping biskut yang hanyut  di kedai runcit berhampiran.

“Kami semua kelaparan, bantuan tidak tiba, helikopter ada tetapi tidak dapat hulur bantuan kerana cuaca buruk, di kala itulah kami ternampak satu bungkusan biskut.

“Alhamdulillah, kami bahagikan seorang mendapat dua keping biskut  untuk menahan lapar sebelum bantuan tiba keesokan harinya,” katanya.

Nor Aini dalam masa yang sama berkata, dia terpaksa mendapatkan helikopter persendirian memandangkan suaminya menghadapi penyakit buat pinggang dan perlu membuat rawatan hemodalisis pada hari kejadian.

“Saya rasa bersyukur kerana tiada ada mangsa yang terkorban, benar ada viral di laman sosial sekolah ini sudah runtuh dan ramai terkorban, tetapi Tuhan mentakdirkan kami masih selamat,” katanya.

Banjir: Cerita Duka Penduduk Manik Urai Lama

Penduduk kampung terperangkap atas bukit ketika banjir menenggelami rumah
Published: 30 December 2014 - TMI
Penduduk kampung di Manek Urai, Kelantan mula pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Disember, 2014

Di pedalaman Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, di Kelantan beratus orang kampung terus terperangkap beberapa hari di atas bukit, setelah lari ke sana apabila air banjir melanda rumah mereka tanpa sebarang amaran.

Pemindahan itu dilakukan dengan cara yang menakutkan dan mengejut, tanpa bantuan pihak berkuasa, menurut Hayati (bukan nama sebenar) antara mangsa yang mendapatkan perlindungan di atas bukit itu selepas banjir memusnahkan rumahnya.

“Bila kami sangat memerlukan mereka, polis, anggota bomba, kecewakan kami," katanya, sambil air matanya bergenang.
Tiada sesiapa di kampung itu menjangka air banjir akan sampai ke rumah mereka. Jadi, apabila air tiba-tiba masuk pada jam 3 pagi Selasa lalu, mereka bertempiaran lari sambil membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa untuk menyelamatkan mereka.
Tetapi pasukan bantuan tidak dapat datang dan penduduk kampung terpaksa menyelamatkan diri sendiri.
“Air naik sangat laju. Apabila polis kata mereka tidak dapat datang, saya fikir, habislah kita, terpaksalah kita panjat bumbung.
“Tetapi, Alhamdulillah, seseorang di kampung itu mempunyai sampan, jadi saya cepat-cepat menyelit naik dalam sampannya dengan bayi saya yang baru berusia dua bulan untuk pergi ke rumah di atas bukit," katanya.
Malam itu, setiap rumah di bukit itu mempunyai kira-kira lima keluarga berlindung dengan selamat di dalamnya. Semuanya terpaksa tidur di atas lantai, dengan makanan yang terhad kepada apa yang mampu disediakan tuan rumah, katanya.
“Walaupun terlalu ramai kami di sini yang mencari perlindungan, tuan rumah menyambut kami dengan tangan terbuka. Mereka sangat meraikan kami, mereka kata nasib baik mereka baru saja pergi ke kedai sebelumnya, jadi ada cukup makanan untuk semua,” katanya.
Hanya dua hari kemudian lebih banyak bekalan tiba apabila helikopter dan bot menghantar bantuan dalam bentuk pakaian dan makanan kepada penduduk kampung di atas bukit itu.
Akhirnya, banjir mula surut semalam dan mereka perlahan-lahan meninggalkan bukit itu menuju rumah mereka bagi melihat tinggalan banjir.
“Tidak ada apa lagi yang tinggal,” kata Hayati menggelengkan kepalanya.
Beliau sedang membersihkan rumahnya ketika ditemui The Malaysian Insider. Walaupun rumahnya masih ada, tidak roboh, tetap tidak boleh didiami. Setiap inci rumahnya diseliputi kotoran dan lumpur basah sementara perabot habis musnah.
"Habis semuanya. Perabot, pakaian, makanan. Tidak ada apa yang tinggal," katanya, sambil adik-beradik lelakinya mengangkat almari yang dipenuhi lumpur tebal dan membuangnya ke atas jalan.
"Saya tidak tahu bagaimana anak saya hendak sekolah beberapa hari lagi, semua yang saya belikan untuk mereka sudah rosak," katanya dalam suara yang bergetar.
Bahagian bawah kampungnya hampir keseluruhan disapu air. Ada rumah, seperti milik Hayati, terselamat daripada dimusnahkan air banjir, tetapi ada yang hanyut dibawa arus air yang deras dan kuat.
Sebuah rumah kayu terangkat terus daripada asasnya kelihatan terhempas pada sebuah rumah batu di seberang jalan.
Serpihan papan berwarna kuning - dari ruang tamu rumah kayu itu - hampir menutupi rumah jiran itu yang masih mampu berdiri tegak.
Yang tinggal dari rumah kayu itu, hanya sebuah tilam berwarna merah jambu, yang basah lencun dikotori lumpur, tergantung di bumbung rumah batu itu, serta rangka besi katil dan buku sekolah yang mukasuratnya sudah kembang akibat ditenggelami air sebelumnya.
Suhaimi (bukan nama sebenar), 41, bersyukur rumah itu kosong ketika dihanyutkan air; rumah kayu itu milik ibu mertuanya, yang ketika itu berada di Kuala Lumpur.
“Saya tinggal di rumah itu selama 20 tahun, dan sekarang walaupun saya tinggal di Bachok, saya balik sini seminggu sekali. Tetapi semuanya musnah sekarang, berapa banyak duit sekalipun tidak mampu mengembalikannya," katanya.
Di sebelahnya, ibu mertuanya yang tidak mampu berkata apa-apa melihat keadaan rumahnya yang musnah teruk.
Ini kali pertama keluarga itu pulang ke Kampung Manek Urai Lama sejak banjir melanda. Sejak beberapa hari lepas, jalan masuk ke kampung tu tidak dapat dilalui, menjadikan ia pulau kecil yang terputus hubungan dari dunia luar. – 30 Disember, 2014.

Banjir: Kenapa Najib Tak Istihar Darurat?

Adakah Najib nak dera rakyat Kelantan dan menghukum Kerajaan PAS Kelantan?
Yang aku nak gelak tu ada juga pengomen tanpa  tahu di antara dharurat politik dan dharurat bencana cuba berikan komen!

Penduduk tertanya-tanya kenapa tak darurat
12:00PM - 30 Dec 2014 - mk

Antara topik yang menjadi perbincangan masyarakat Kelantan sejak banjir melanda di negeri itu lebih seminggu lalu adalah mengapa kerajaan tidak mengisytiharkan darurat?Pesara guru, Osman Awang Hamat berkata, dengan suasana meruncing yang berlaku, perisytiharan itu sepatutnya dibuat.

"Bagi saya patut isytihar darurat sebab keadaan dikatakan meruncing di kawasan hulu khususnya di Kuala Krai. Nyawa mereka terancam," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan mungkin tidak mahu berbuat demikian kerana tidak mahu menanggung implikasi kewangan yang banyak yang terpaksa dikeluarkan.

"Jadi untuk mengelak itu dia tidak isytihar " duga beliau.

Padangan sama turut dilontarkan seorang doktor perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Wan Mohd Nazri Wan Zainol (bawah).

Menurutnya, darurat sepatutnya diisytihar sejak awal ketika keadaan semakin buruk.

"Darurat ini untuk (membolehkan)
bantuan lebih menyeluruh. Orang semua jadi terdesak, makanan tidak ada, hubungan komunikasi terputus, pesakit datang tiada tempat. Memang mencemaskan.

"Saya tak tahu implikasi darurat, tapi saya rasa benda itu perlu diisytiharkan.

"Sekarang ini sendiri pun rasa (keadaan) darurat," katanya yang yang juga seorang mangsa banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin berkata, darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.

Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.


Banjir: Panglima Tua Mahathir Ambil Kesempatan Libas Najib

Dimanakah Hishamuddin ketika banjir ini?
 | December 29, 2014
Keberadaan Menteri Pertahanan harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri.
zam hishamudinPETALING JAYA: Pertanyaan jika Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu menunggu panggilan Perdana Menteri, baru membuat keputusan untuk pulang daripada bercuti , menarik perhatian Tan Sri Zainuddin Maidin untuk menulis entri terkini di dalam blognya zamkata.blogspot.com
Bekas Menteri Penerangan yang merujuk kepada persoalan cetusan daripada pemerhatian seorang “Anak Kelantan” yang menyatakan bahawa Menteri Pertahanan itu sepatutnya berada dalam negara bagi membantu kerja- kerja membantu mangsa banjir yang di bawah tanggungjawab beliau.
Lebih daripada itu, beliau juga memetik kata-kata Anak Kelantan, “Rakyat dalam kecemasan mengingatkan tentera sebagai harapan utama mereka. Semua ini harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calon Perdana Menteri .”
Zainuddin menyifatkan situasi tersebut memberi tanggapan lebih buruk di kalangan ramai terhadap kepimpinan Najib apabila Menteri Pertahanan yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas Pertahanan Awam itu tidak kelihatan di tengah-tengah kesibukan dan segala kesulitan berhadapan dengan keadaan banjir sekarang ini.
Beliau berkata, mangsa banjir sedang menghadapi berbagai kesulitan, kelaparan, keputusan makanan dan minuman, kehilangan harta benda dan ancaman maut.
“Di manakah beliau berada? Hishamuddin sepatutnya berada dalam negara sekalipun berhak untuk bercuti merehatkan badan di mana- mana,” tanyanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa mustahil Jabatan Kaji Cuaca tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri atau kabinetnya takan kemungkinan Malaysia menghadapi cuaca buruk, hujan lebat, taufan dan banjir besar dan kemungkinan dilanda bencana.
“Nasib baik Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yasssin berada dalam negara dan sedang cuba meyakinkan rakyat bahawa Najib terpaksa bercuti setelah berkerja keras untuk negara dan beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bencana yang sedang dihadapi negara,” kata Zainuddin mengenangkan situasi ketika Najib berada di luar negara baru-baru ini.
Dalam keadaan genting, tambah beliau, rakyat memerhatikan dari dekat dengan sikap yang kritikal sama ada Muhyiddin berwibawa dan berkaliber untuk memikul tugas yang sepatutnya di jalankan oleh Perdana Menteri.
“Penilaian ini sangat penting untuk masa depan rakyat dan negara dalam keadaan kepimpinan yang tidak stabil dan tidak menentu sekarang ini,” katanya mengakhiri bicara.

Korang Baca Betapa Cerdiknya Arab....!

Itulah sebabnya Israel ketawa
Amerika lega!
Adakah kita juga akan ikut langkah yang serupa terhadap Singapura dan Amerika?

Isu pulau cetus tanda tanya 
29 Disember 2014
Kepulauan Sanafir dan Tiran tersebut diduduki Israel sejak Perang Enam Hari tercetus pada 1967


RIYADH - ARAB SAUDI . Arab Saudi dan negara Barat didakwa terus berdiam diri terhadap isu kepulauan yang diduduki Israel hingga kini.

Media tempatan melaporkan lokasi sebenar kepulauan Tiran dan Sanafir itu juga terus menjadi tanda tanya kerana Saudi tidak pernah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan semula hak mereka.

Menurut satu laporan, kedua-dua kepulauan tersebut meliputi kawasan seluas 80 dan 33 kilometer persegi dan terletak di laluan masuk di Teluk Aqaba, timur wilayah Saudi.

Sehingga 1967, ia adalah milik Saudi, namun Raja Faisal menyerahkan kepulauan tersebut kepada Mesir dalam usaha untuk menghalang kemasukan kapal Israel ke pelabuhan Eilat ketika Perang Enam Hari tercetus.

Susulan daripada itu, bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat bertindak menandatangani perjanjian damai bersama Israel pada 1978, namun beliau enggan menyatakan status kepulauan Tiran dan Sanafir terbabit adalah sebahagian daripada kandungan rundingan tersebut.

Sementara itu, beberapa pemerhati berpendapat Saudi enggan membuat sebarang tuntutan kerana kawasannya terlalu kecil walaupun lokasinya adalah strategik berikutan ia adalah satu-satunya laluan kepada Israel untuk ke Laut Merah. - Press TV

Di Kala Rakyat Kelantan Derita Masih Ada Orang Gila Macam Ni!

Ini fitnah dan provokasi........harap PDRM dan SKMM ambil perhatian
Kalau pun dengki dengan TMJ kenapa dikaitkan dengan rakyat kelantan?

Monday, December 29, 2014

Banjir: Macai Cuba Menyolek Bossnya Yang Kelihatan Huduh!!!

Macai bukan sebarang macai, macai ini macai berpangkat
Tapi sayang......
Ulasan dan hiasannya langsung tak terangkat!

Bukan semuanya salah Najib
 | December 29, 2014
Tidak perlu tuding jari pada Najib saja, PAS yang mentadbir Kelantan.
COMMENT
najib banjir3Dalam kesibukan rakyat Malaysia berhadapan pelbagai dugaan dalam menghadapi banjir besar dan kehilangan pesawat AirAsia, dalam pada para pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, catatan seorang yang mengakui sebagai Pegawai TLDM menjadi viral di media sosial.
Daripada tulisannya, menggambar beliau sebelum ini bukanlah penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak. Sama ada benar atau tidak keterangan dirinya bukanlah persoalan, tetapi maksud yang ingin disampaikannya wajar diberi perhatian.
Seperkara yang jelas, beliau mengakui bahawa penilaiannya terhadap Najib telah berubah apabila diberitahu oleh seorang sahabatnya di Bahagian Perisikan akan tujuan sebenar Perdana Menteri bermain golf dengan Presiden Amerika Barrack Obama di Hawaii.
Bahagian Perisikan? Sewajarnya apa yang diketahui menjadi rahsia, atau lebih tepat lagi, ianya dirahsiakan. Tapi bila difikirkan, mungkin juga ia “terbocor” memandangkan situasi ketika itu (Jumaat lalu) agak kecoh, saling meletakkan kesalahan pada Najib, maka ada kewajaran menceritakan yang benar.
Blog kulihatlangitbiru.com memetik nukilan individu berkenaan, Pegawai TLDM bernama Ariffin Embong yang menyatakan bahawa antara tujuan utama Najib bertemu Obama iadalah membincangkan kestabilan rantau ASEAN daripada menjadi pusat pengganas antarabangsa yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia terutamanya ketika nilai matawang negara menjunam.
Ujarnya, Najib sedang menjalinkan hubungan rapat dengan AS untuk mengimbangi kuasa besar China yang semakin mendominasi perdagangan dunia selain berunding mengurangkan penggunaan wang negara untuk mencari ke mana hilangnya MH370 dengan menggunakan kepakaran dan teknologi Pentagon.
“Cukuplah Malaysia diperalatkan oleh Melbourne dengan kepakaran dan peralatan dasar laut mereka yang menjadi bebanan perbelanjaan negara,” katanya.
Penulis juga menghargai kemampuan Najib yang disifatkannya sebagai “kejutan dalam menyelesaikan isu MH17 secara bijaksana di Ukraine.”
Katanya lagi, adalah tidak indah jika asyik mengecam dan mencari silap Perdana Menteri kerana beliau tidak menunjukkan ‘wajah’ ketika banjir tempoh hari memandangkan barisan pentadbiran negara telah diamanahkan oleh Najib sebelum meninggalkan negara perlu menunjukkan kepimpinan yang berwibawa menangani banjir besar ini.
Beliau juga berpendapat, tidak perlu menuding jari kepada Najib sedangkan banjir besar bukannya berpunca daripada penyelewangan pentadbiran UMNO, tetapi PAS yang mentadbir Kelantan di mana berlakunya pembuangan sistem tadahan semulajadi dan penebangan hutan secara rakus untuk kepentingan negeri mahupun peribadi.
“Pendapat peribadi saya adalah tidak perlu PM dikecam kerana tiada dalam negara kerana bah besar di beberapa negeri. Negara kita belum darurat lagi,” tambahnya.
Hakikat nyata, menurut penulis, peralatan canggih Pentagon diperlukan untuk pertahanan negara, malah jika mahu menyelam di dasar laut bagi membuat kalibrasi data perubahan arus bawah laut dan ukuran retakan gua laut pun menggunakan system tercanggih dari AS.
“Saya merasakan tidak wajar orang berserban, pak lebai mengecam Najib kerana berlainan parti atas isu ini. DAP, biarlah mereka tetap tidak senang dengan PM beragama Islam, hanya bermuka-muka memperbodohkan Melayu Islam.
“Mungkin saya akan mati besok tiba-tiba menyokong tindakan Najib ke Hawaii yang dirancang sebelum banjir lagi,” tambahnya.
Penulis juga mengingatkan, jika sesuatu itu benar hendaklah tetap diakui kebenarannya kerana itu adalah janji seorang yang beragama Islam dengan Allah SWT sebagai Muslim.
“Viralkan catatan ini untuk kefahaman mereka di luar sana. Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas catatan ini. Mungkin catatan terakhir dari anak laut jika kami mati besok sebagai wira laut,” ujarnya.
Beliau yang memohon kemafaan jika nukilannya melukakan hati pembaca mengingatkan supaya “Hidup kita biarlah memberi manfaat pada orang lain, mati kita juga untuk manfaat umat Muhammad SAW. Semoga kita bertemu di syurga.”