Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Monday, November 20, 2017

Kalau benar padan mukalah......terima jerlah nasib, rakyat yang pilih!

Kenaikan kos sara hidup mungkin lebih drastik di hujung tahun - Pakar
Luqman Hariz, Astro Awani |  November 20, 2017 16:50 MYT
Kenaikan kos sara hidup mungkin lebih drastik di hujung tahun - Pakar
Afzanizam meramalkan kos sara hidup bagi mungkin lebih tinggi menjelang hujung tahun ini dan memasuki tahun 2018. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kenaikan kos sara hidup mungkin lebih tinggi menjelang hujung tahun ini dan memasuki tahun 2018.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam Abdul Rashid, perkara itu mungkin didorong oleh peningkatan inflasi, hasil peningkatan berterusan harga runcit petrol.

Sejak minggu kedua bulan Oktober sehingga minggu ketiga November, harga runcit minyak petrol RON95 telah meningkat sebanyak 22 sen, RON97 sebanyak 20 sen dan diesel sebanyak 15 sen.

"Melihat kepada konsensus, kemungkinan besar kita akan menghadapi kenaikan inflasi, ekoran kenaikan harga petrol pada bulan Oktober. Kami setuju bahawa inflasi akan lebih tinggi tahun ini, khasnya jika dibandingkan dengan purata jangka panjang inflasi sejak 1990 iaitu kira-kira 2.8 peratus," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

Inflasi Malaysia dicatat pada 4.3 peratus pada September dan 3.7 peratus pada Ogos. Ia mencecah paras puncak tahun ini sebanyak 5.1 peratus pada Mac.

Afzanizam berkata, musim monsun pada hujung tahun juga mungkin akan mengganggu hasil tanaman dan tangkapan hasil laut, sekali gus melonjak naik harga barangan.

Beliau khuatir, situasi itu mungkin bertambah buruk jika terdapat peniaga tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.

"Amalan tidak bertanggungjawab seperti manipulasi harga, menyembunyikan stok barangan secara haram dan pencatutan juga boleh mempengaruhi harga barangan dengan sangat drastik.

"Oleh kerana sesetengah barangan ini adalah barangan keperluan asas, pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membelinya. Ini mungkin mendorong sesetengah peniaga tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan,” katanya.

Afzanizam berkata, dalam persekitaran ekonomi sebegini, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu dikuatkuasakan dengan baik.

Friday, November 3, 2017

Salahkah apa yang Irwan katakan ini?

Kementerian: Irwan tidak pernah kata miskin kerana malas

  | November 2, 2017
Kementerian Kewangan berkata Irwan hanya menekankan sifat positif jika mahu berjaya dalam perniagaan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menafikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata kemiskinan di Malaysia disebabkan kemalasan.
Kementerian berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang bertanyakan sama ada pandangan Irwan itu merupakan pendirian sebenar kerajaan Barisan Nasional.
“Irwan menyempurnakan Majlis Perasmian 1Malaysia Entrepreneur (1MET) Graduation Day 2017 di Dewan Utama Kompleks Perbendaharaan pada 27 September 2017.
“Di dalam perasmian tersebut, Irwan tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemiskinan di Malaysia adalah disebabkan kemalasan.
“Sebaliknya, beliau telah menekankan kepada peserta 1MET agar mengamalkan sifat positif supaya boleh terus berdaya tahan dan maju dalam perniagaan.
“Para peserta juga disarankan supaya merebut peluang perniagaan yang begitu banyak di negara ini,” kata jawapan itu.
Pada September, dilaporkan Irwan berkata rakyat tempatan perlu lebih makmur dari pekerja asing di negara ini, yang dalam kalangan mereka menjalankan perniagaan di sini, dan jika rakyat tempatan yang miskin, ini kerana mereka tidak cukup berusaha.

* Kalau pun betul Irwan kata 'miskin kerana malas', aku rasa tak salah sebab pada hemat aku, tak semua yang miskin tu sudah cukup kental berusaha untuk manaikkan taraf hidup mereka kalau dibandingkan dengan pendatang seperti Bangla, Indon dan Myanmar

Saturday, September 30, 2017

Apa yang berlaku: Pengusiran paksa pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang

Pengusiran paksa pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang, apa yang berlaku?
SIVARAJAN  -  September 29, 2017 12:26 pm

Tanah siapa?

Tanah tersebut didaftarkan sebagai hakmilik tanah persekutuan tetapi diberi pajakan 60 tahun kepada sebuah entity swasta iaitu Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).

Adakah Abd Razak dan Yaakob ini penceroboh?

Tidak, Masjid Lapangan Terbang Subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) ini dibina dengan mengumpul dana dari pekerja airport pada tahun 1990an untuk kemudahan pekerja muslim menunaikan sembahyang mereka.

Setelah masjid ini dibina, Abd Razak dan Yaakob ini telah berkhidmat dengan masjid. Mereka disuruh mendirikan rumah diperkarangan masjid pada sekitar tahun 1996. Mereka berdua membina rumah dengan duit mereka sendiri. Nazir masjid pada ketika itu telah memberikan kebenaran dan Razak juga telah dilantik sebAgai bilal masjid.

Sampai sekarang bekalan elektrik dan air adalah dibekalkan oleh masjid ini, dan mereka berdua membayar sewa untuk kemudahan ini. Jadi macam mana boleh dipanggil penceroboh?

Pejabat Tanah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kata, rumah mereka tidak dalam perkarangan masjid? Sehingga sekarang pagar yang mengelilingi masjid masih wujud dan mengelilingi rumah-rumah mereka. Jelas sekali mereka duduk dalam perkarangan masjid. Jarak rumah dengan masjid tidak sampai 50 meter pun.

Kenapa timbul masalah sekarang?

Apabila Jais mengambil alih masjid tersebut setahun lebih, maka mereka berdua diberhentikan. Pengurusan masjid ditukar. Jais kini memutarbelitkan fakta dengan mengatakan kuarters mereka bukan dalam sempadan perkarangan masjid. Ini merupakan suatu pembohongan. Mereka syaki, Pejabat Tanah, Jais dan MAHB bersekongkol membuat peta tapak masjid yang baru dan menyingkirkan kuarters dengan sengaja dari peta. Perbuatan sedemikian berniat jahat agar Razak dan Yaakob boleh digelar sebagai penceroboh!

Kenapa mereka diusir sekarang?

Pihak MAHB ingin melaksanakan suatu projek persendirian iaitu Subang Aerospace Technology Park di kawasan ini, maka mereka mengusir Razak dengan Yaakob. Projek ini semestinya menguntungkan pihak MAHB dengan lumayan.

Kalau ianya projek MAHB, swasta bagaimana pula dia guna jentera Kerajaan dan Penguatkuasa Pejabat Tanah Petaling, Selangor?

Inilah persoalan yang diungkitkan oleh Razak dan Yaakob! Mengikut undang-undang, jika pihak swasta hendak mengusir setinggan atau penghuni premisnya, maka dia perlu melalui proses Mahkamah dan perbicaraan penuh. Dalam bicara itulah hakim dapat menilai justifikasi bahawa mereka ini bukan penceroboh tetapi telah menduduki tanah itu dengan kebenaran selama 20 tahun lebih. Maka, hanya dengan perintah mahkamah lah, sesebuah pihak swasta dapat mengosongkan tanah yang dipajaknya .

Dalam isu pegawai masjid ini apa berlaku?

MAHB nak gunakan jalan pintas, maka walaupun MAHB sebagai pihak swasta yang memajak tanah itu selama 60 tahun, dan mempunyai segala hak untuk mengurus dan membangunkan tanah tersebut dalam tempoh pajakan, tetapi ‘memperalatkan’ Pejabat Tanah Petaling untuk membuat kerja kotor mereka mengusir dan meroboh! Pejabat Tanah mengunakan kuasanya dibawah Kanun Tanah Negara, Seksyen 425 untuk mengusir dan meroboh rumah dan kedai Razak dan Yaakob.

Apa yang Seksyen 425 Kanun Tanah Negara sebut?

Sek 425: Pendudukan secara tidak sah, tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah;

a) Menduduki atu membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau perlombongan… melakukan kesalahan…

Maka, tidak betul ianya digunakan terhadap dua pegawai masjid yang telah menerima kebenaran oleh masjid dan direstui oleh MAHB (pada ketika itu Department of Civil Aviation, DCA) sejak 1996 untuk membina rumah dan berkhidmat dengan masjid.

Sudahkah mereka meminta bantuan Kerajaan Negeri Selangor?

Razak dan Yaakob telah menghantar surat bertarikh 22hb. November 2016, 7hb. Mac 2017 dan sekali lagi pada 8hb. September 2017 mengenai tindakan pengusiran oleh MAHB melalui penguatkuasa Pejabat Tanah Daerah Petaling terus kepada YAB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Malangnya pejabat MB lepas tangan dan menyuruh kami menghubungi Jais. Apabila hubungi Jais, mereka juga katakan kita ini duduk di luar kawasan masjid!

Sehingga kini tidak ada apa jua tawaran penempatan semula kepada kami oleh Kerajaan Negeri Selangor. Masa zaman Khir Toyo pun, setinggan ditawarkan rumah sebelum rumah mereka diroboh. Walhal kami yang asal menduduki kawasan masjid dan berkhidmat dengan masjid kini tidak terbela!

Apa permintaan Abd Razak dengan Yaakob?

1. Oleh kerana tanah yang mereka duduki ini dipajak kepada pihak swasta MAHB dan akan digunakan untuk projek kepentingan swasta, maka pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Petaling tidak harus melibatkan diri dalam perobohan ini.

2. Isu ini harus dibawa ke Mahkamah melalui perbicaraan penuh, mengikut undang-undang, iaitu pihak swasta hanya boleh memperolehi pemilikan kosong melalui perintah mahkamah selepas perbicaraan, bukannya jalan pintas Seksyen 425, Kanun Tanah Negara.

3. Rumah ganti kepada rumah yang akan dirobohkan ataupun pampasan yang setimpal untuk mendapatkan/menyewa sebuah rumah dan kedai alternatif di kawasan Subang atau Shah Alam yang berhampiran.

4. Ganti rugi kehilangan sumber pendapatan untuk Razak dan Yaakob sekeluarga, sehingga lokasi perniagaan dimulakan, selepas mengosongkan premis sekarang.

5. Tempoh pemindahan yang munasabah iaitu dua bulan.

* Sivarajan ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Thursday, September 7, 2017

Mana lebih hina: Miskin jiwa atau miskin harta?

SEPTEMBER 6, 2017 
Dihina Naik Motor Buruk Dengan Ibu, Jawapan Pemuda Ini Meruntun Kalbu
Bukan semua daripada kita bertuah dilahirkan dalam keluarga serba cukup.

Namun, situasi yang terjadi baru-baru ini ketika seorang pemuda dihina apabila membawa ibunya menaiki motor buruk untuk ke sebuah supermarket benar-benar menyentuh perasaan.

Bermula dengan ketidak puasan hati seorang gadis yang dikenali sebagai Sarah Coco apabila terlanggar troli yang dibawa oleh seorang pemuda yang datang bersama ibunya untuk membeli-belah di sebuah pasaraya.

Sarah Coco bertindak menulis rasa tidak puas hati itu di akaun WeChat miliknya menghina pemuda itu yang gagal memberikan kemewahan kepada ibunya.

Tulisnya: “Ini aku nak beritahu sikit, kalau tak ada kereta tu, buat cara tak ada kereta, tak payah nak eksyen sangat belanja di supermarket bawa troli, ambil barang macam datang bawa van. Padahal bawa motosikal saja.

“Kemudian bila nak balik, sumbat barang dalam beg galas penuh, di bakul sumbat penuh dan bonceng di belakang macam beruk. Buat malu orang yang datang supermarket saja bawa motosikal buruk. Belanja acah-acah berkereta.

“Aku rasa perempuan itu mak dia agaknya sebab perempuan itu nampak tua. Kesiannya mak dia dapat anak tak berguna dan tak mampu bawa dia pergi belanja naik kereta. Hahaha! Ops!”
Bagaimanapun, pemuda yang dikenali sebagai Mohd Nashiruddin Mokhtar terbaca tulisan Sarah Coco setelah ditularkan oleh netizen lantas membalas kenyataan itu di Facebook dengan ayat yang mencengkam jiwa.

“Kepada Sarah Coco atau sesiapa yang mengenali Sarah Coco itu, tolong sampaikan apa yang saya nak pesan. Berkenaan post dia di WeChat, saya tahu dia maksudkan saya sebab tadi di shop mall, kami ada berselisih faham terlanggar troli saja ceritanya.

“Saya masih cam lagi muka dia tetapi tidak sangka sampai dia buat pos begitu. Memang itu ibu saya, orang yang saya paling sayang dan awak dah silap.

“Ibu saya tak pernah pun rasa menyesal dan tak pernah pun anggap saya anak tak guna kerana tidak mampu berikan dia kemudahan.

“Memang saya orang miskin, tak mampu untuk beli kereta dan saya kerja seabgai pengawal keselamatan sahaja. Tetapi Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Masih mampu untuk meneruskan kehidupan. Masih mampu menunaikan hajat ibu untuk ke Mekah.

“Biar diri terasa susah asal dapat penuhi impiannya. Tak apa Sarah Coco, saya maafkan awak. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Kami sudah biasa dihina dan dikeji tetapi kami tetap kena kuat kerana ini diri kami dan ini hidup kami.”
Jiwa besar yang dimiliki Nashiruddin dipuji rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan kisah mereka.

Roda itu bulat, begitu juga nasib manusia. Janganlah kita menghina orang lain sampai lupa putaran roda itu.

Kami di Astro Gempak menyeru anda untuk sentiasa menghargai individu di sekeliling terutama ibu anda. Sebarkan kata-kata indah! - sayaphitam

- kakifollow.com

Sunday, August 27, 2017

Wanita ini harus dihargai.......

12 tahun semai cinta, gadis mualaf tidak ragu-ragu nikahi pesakit kanser
Raffi Bachik, Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 26, 2017 21:29 MYT
Andrea ikhlas menerima Alfian kerana kasih kepada lelaki itu sudah disemai sejak sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi.

AYER KEROH: Kata orang cinta memungkinkan segalanya. Sekuat mana pun dugaan, ia akan berjaya dilalui dengan adanya cinta.

Kekuatan cinta yang telah disemai selama 12 tahun itulah yang membuatkan Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, tidak ragu-ragu untuk mengikat janji sebagai isteri kepada penghidap kanser tahap empat, Alfian Rizal, 34.

Lebih mengharukan, Alfian yang disahkan menderita kanser usus besar dan hati sejak Mac lalu hanya mampu duduk di katil semasa pernikahan berlangsung dikediaman di Taman Melaka Perdana, lewat Asar tadi.

Bagi Andrea, dia ikhlas menerima Alfian biarpun mengetahui situasi suaminya yang kini terlantar kerana kasih kepada lelaki itu sudah disemai sejak sama-sama menuntut di institusi pengajian tinggi.

Alfian juga dikatakan menjadi penguat buat dirinya memeluk Islam kerana suaminya seringkali menceritakan mengenai keindahan Islam.

“Selama berkenalan, dia tak pernah mempersoalkan kenapa saya tak nak peluk Islam awal-awal. Dia memberi masa untuk saya kenal Islam dan dapat hidayah.

“Dia banyak mendidik saya sehingga perasaan cinta itu datang sendiri. Kemudian barulah saya masuk Islam,” kata Andrea.

Menceritakan detik Alfian dikesan menghidap kanser berkenaan, wanita berasal dari Sarawak itu memberitahu dia juga tidak menyangka keadaan itu boleh terjadi, kerana Alfian tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

Bagaimanapun, Alfian terpaksa dimasukkan ke hospital pada tahun 2015 selepas sering mengadu keletihan dan dikatakan kekurangan darah sehingga disahkan menghidapi kanser.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan bercadang ke sebuah hospital swasa di Ghuangzhou, China bagi mendapatkan rawatan kimoterapi yang memerlukan perbelanjaan melebihi RM50,000.

Bagi Alfian, ketentuan Ilahi diterima dengan redha dan mengharapkan dirinya segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Memang perempuan ni hatinya 'hitam': Dia tidak dilahirkan oleh ibunya kot?

'Pakai smart tapi bawa orang tua uzur ke situ, mencacatkan pemandangan' - Netizen kecam Darlings Suhana
11:06 AM
PUTRAJAYA - Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk menghargai ibu bapa yang banyak bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Namun tidak pada wanita ini yang memuat naik status mengecam tindakan seorang lelaki membawa ibunya yang uzur keluar makan bersama. 

Malah lebih teruk lagi, dia menganggap kehadiran wanita tua berkenaan mencacatkan pemandangan di tempat itu, menyebabkan ramai netizen yang berang dan menyelar tindakan biadab Darlings Suhana. 

"Sayang seribu kali sayang. Bercuti di Johor Bahru, menginap di hotel (nama rahsia) berhampiran dan berhadapan Dataran Johor Bahru. 

"Tengah lunch semalam dengan suami, boleh ternampak seorang lelaki ini bawa orang tua, mungkin mak dia. Rupanya mereka pun lunch sekali. Hmm, bukan apa la, macam mencacatkan pemandangan saja. Di situ adalah tempat makan orang nak romantik. Awak bawa orang tua awak ke situ pula. 

"Sayang, pakai kereta mewah jenama Lexus yang anggaran harga RM400,000-RM500.000, pakai baju smart tetapi bawa orang tua uzur ke sana? Apa seyh. Jangan jatuhkan standard orang yang berada boleh tak? 

"Macam tak ada kedai mamak atau warung tepi jalan saja. Kalau ye pun awak kaya, awak kena sedar bahawa tindakan awak itu menjatuhkan taraf profail awak sendiri. Pleaselah. Dunia, dunia. Apa nak jadilah," tulis Darlings Suhana.
Status Facebooknya itu kemudian viral di media sosial dan dikecam hebat oleh netizen yang juga menyifatkan Darlings Suhana sebagai seorang anak derhaka yang sanggup mengenepikan ibu bapanya sendiri demi menjaga 'standard' sebagai warga urban. 

"Tak sangka kau pakai tudung. Sekarang Allah bagi mewah rezeki, boleh pula kau kata macam itu? Memang kau tak pernah dan tak akan bawa mak kau makan di tempat begitu. Tak apa, kau ada anak-anak nanti, anak-anak kau boleh hantar kau ke rumah orang tua atau tak peduli kau langsung," kata Cassablanca Nwanyi. 

"Di antara ibu dan maruah, aku pilih ibu aku. Maruah takkan menjamin aku masuk syurga melainkan doa dan redha seorang ibu. Aku ada seorang saja ibu yang masih kekal bersama aku. 

"Aku baru kehilangan seorang bapa iaitu tempat ibu aku bergantung. Segala keperluan ibu aku tanggung sebab aku anak lelaki sulung. Aku nak berkahwin pun fikir 2 3 kali sebab risau terabaikan ibu. Inikan nak ada teman wanita?" kata Azren Alias. 

"Hanat punya perempuan. Mak dia, syurga dia, suka hati dilah. Tak jatuh sikit pun martabat dia kalau bawa mak dia pergi makan di tempat itu. Hanya orang yang hatinya gelap hitam macam kau saja yang fikir macam kau fikir. Mungkin kau tak pernah mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kau sendiri agaknya atau memang kau malu nak keluarga dengan ibu bapa kau sebab mereka sudah tua. Disebabkan itu juga kau tak nampak rahmat di sebalik semua itu. Kalau Allah nak tarik apa yang kau ada, sekejap saja," kata Saifull Shafie Epull. 

Bagaimanapun, semakan mendapati akaun Facebook Darlings Suhana telah dipadamkan ekoran dikecam teruk oleh netizen yang menggelarnya sebagai anak yang tidak menghargai ibu bapa. - sumber

Sunday, August 13, 2017

'Tuah' GrabBike

"Order Grab dapat papaku sendiri" - Gadis bertemu bapa selepas terpisah
Kohilah Sekaran, Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 11:27 MYT
Seorang gadis berkongsi kisah menyentuh hati apabila dapat bertemu kembali dengan bapanya setelah 10 tahun terpisah. -Instagram: Salma Zuhara

HIDUP ini penuh dengan kejutan. Kalau kita tahu apa yang dirancang oleh Tuhan, maka itu erti kita lebih berkuasa daripadanya.

Begitulah kisah seorang gadis ini, siapa sangka dia boleh bertemu kembali dengan bapanya setelah 10 tahun terpisah menerusi satu panggilan telefon.

Salma Zuhara, 17, terkejut apabila mendapati penunggang Grab motosikal yang dipesan merupakan bapa kandungnya sendiri.

Menerusi Instagram, Salma berkongsi kisah menyentuh hati itu sambil memuat naik gambar dia bersama bapanya.

“Order Grab dapat papaku sendiri, aku baru tahu ternyata papaku sekarang kerja Grab,” tulis Salma. 

Posting itu kemudian tular di media sosial, dengan meraih lebih 74 ribu ‘likes’.

Memetik laporan portal The Jakarta Post, Salma dikatakan tidak bertemu dengan ayahnya hampir 10 tahun, sejak ibu bapanya bercerai.

Menurut Salma, ia agak sukar untuk dia menggambarkan emosinya selepas bertemu dengan insan yang tersayang itu.

"Saya berasa sedih, gembira, kekok, saya tidak boleh menjelaskannya," katanya kepada portal Kompas.com.

Pelajar sekolah menengah itu yang kini tinggal bersama ibunya dan tiga adik-beradik di Kudus, Jawa Tengah berkata dia tidak tahu di mana ayahnya tinggal.

"Apa yang saya tahu ialah dia sering bergerak di sekitar, sebab itu saya terkejut apabila saya dapat bertemu dengannya semula.”

Tambahnya, dia telah mengambil nombor telefon bimbit ayahnya supaya mereka boleh berkomunikasi lagi pada masa akan datang.

Saturday, August 12, 2017

Menjadi begitu huduh akibat cuba merobah ciptaanNya

10 Wanita Terjelek di Dunia

Jelek dan buruknya seseorang memang tidak hanya dinilai dari penampilan fisik belaka. Akan tetapi, orang dengan penampilan fisik yang menarik tentunya akan jauh lebih disukai ketimbang orang dengan penampilan fisik yang buruk. Meskipun begitu, sama seperti halnya orang yang berpenampilan paling menarik di dunia, orang terjelek di dunia juga selalu menjadi sorotan dari orang – orang yang ada di sekitarnya.

Nah, berbicara mengenai penampilan fisik, berikut merupakan 10 wanita terjelek di dunia yang berhasil menjadi terkenal berkat pemapilan fisiknya yang sangat buruk:

Jocelyn Wildenstein
Terlalu terobsesi dengan kecantikan telah membutakan akal sehat Jocelyn dengan melakukan operasi plastik berulang – ulang kali. Sayangnya, alih – alih berhasil memiliki wajah yang cantik, wajah Jocelyn malah menjadi tidak karuan. Bahkan, sangking parahnya tampilan wajah Jocelyn, para awak media memberi Jocelyn julukan “Pengantin Wildenstein”. Padahal, total dana yang telah dikeluarkan oleh Jocelyn untuk operasi wajah kabarnya mencapai angka 4 juta US Dollar.

Kelis
Berobsesi menjadi cantik memang tidak salah dan wajar untuk dilakukan oleh setiap wanita. Akan tetapi, jika obsesi yang dilakukan tersebut berada di tempat yang salah, maka beginilah akibatnya. Terobsesi menjadi seorang wanita berpenampilan cantik telah membuat Kelis merubah tampilannya secara simultan. Mulai dari menganti gigi hingga mengenakan lipstick yang tebal telah dilakukan kelis untuk bisa menjadi wanita yang lebih cantik. Sayangnya, bukannya berhasil terlihat lebih cantik, Kelis malah terlihat seram dan terlampau nyentrik.

Hang Mioku
Trend operasi plastik sepertinya memang benar – benar telah mengubah pemikiran masyarakat Korea Selatan. Betapa tidak, hanya  karena ingin memiliki penampilan yang lebih cantik, masyarakat Korea Selatan rela mengeluarkan kocek yang tidak sedikit jumlahnya untuk melakukan operasi plastik. Padahal, operasi plastik yang dilakukan tidak mesti berhasil membuat orang yang melakukannya menjadi tampil lebih cantik. Bahkan, bila dilakukan secara otodidak seperti apa yang dilakukan oleh Hang Mioku ini, penampilan wajah malah menjadi benar – benar berantakan dan menjijikkan.

Donatella Versace
Sama seperti apa yang dilakukan oleh Jocelyn dan Mioku, Donatella Versace juga berhasil merusak penampilan wajahnya sendiri karena obsesinya yang terlalu besar akan kecantikan. Berbekal obsesi yang sangat menggebu – gebu untuk tampil cantik, wanita yang merupakan perancang busana ternama ini lantas berulang kali melakukan operasi plastik di bagian wajah dan juga payudaranya. Sayangnya, operasi plastik yang dilakukannya malah berakibat buruk untuk penampilannya sendiri.

Jackie Stallone
Jackie Stallone merupakan ibu dari aktor terkenal Silvester Stallone. Terlahir dengan paras yang cantik tidak serta merta membuat Jackie menjadi puas. Untuk bisa mendapatkan wajah yang lebih cantik lagi, Jackie memberanikan dirinya untuk melaksanakan serangkaian operasi plastik. Hasilnya, alih – alih tampil cantik, penampilan Jackie malah menjadi benar – benar mengerikan.

Michaela Romanini
Sama seperti beberapa wanita yang ada di atas, Michaela Romanini juga menjadi buruk rupa setelah melakukan beberapa kali aktivitas operasi. Berhasrat ingin memiliki bibir yang sexy, Michaela melaksanakan aktivitas operasi kolagen di bibirnya. Sayangnya, alih – alih tampak sexy, operasi kolagen yang dilakukannya malah membuat bibirnya tampak jontor.

Pete Burns
Kegagalan operasi bibir ternyata tidak hanya dialami oleh Michaela Romanini. Pete Burns yang merupakan mantan vokalis grup band ternama asal Inggris kabarnya juga telah mengalami kegagalan dalam aktivitas operasi bibir yang membuat penampilan wajahnya menjadi buruk.

Courtney Love
Courtney Love merupakan istri dari penyanyi rock terkenal Kurt Cobain. Penampilan wajah Courtney Love kabarnya juga berubah menjadi buruk rupa setelah ia mengonsumsi obat kecantikan secara berlebihan.

Kelly Osbourne
Berbeda dengan wanita – wanita jelek lainnya yang menjadi jelek karena ulahnya sendiri, Kelly Osbourne memang terlahir dengan penampilan fisik yang jelek. Penampilan fisik yang jelek ini juga diperparahnya dengan dandannya yang benar – benar antimainstream dan menyeramkan.

Amanda Lepore
Wanita terjelek di dunia yang terakhir adalah Amanda Lepore. Amanda Lepore merupakan seorang wanita transexual yang juga berhasil merusak penampilannya sendiri berkat obsesi buruknya terhadap dunia kecantikan. Memulai operasi plastik di usia 15 tahun, dan diikuti serangkaian aktivitas operasi plastik yang lainnya membuat bentuk wajah Amanda menjadi benar – benar kelihatan buruk.

Daftar 10 wanita terjelek di dunia ternyata lebih banyak ditempati oleh wanita – wanita yang terlalu terobsesi dengan kecantikan yang terlalu banyak melakukan operasi plastik pada bagian wajah.

Tuesday, July 4, 2017

Tabek: Rupanya ada jua lelaki sesabar ini........

Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan…… “ Rupa-rupanya selama ini isteri aku..

May 31, 2017, by Reds Jakes
“Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu….

“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya…. “Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa….

“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yg saya lalui…..
“Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini……

“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik juga…..“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya…..

“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung…..

“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis….“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat…..

“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik juga….. “Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan……

“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas….. “Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara tersebut….

“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi….. “Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri…..

“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah….. “Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya…..

“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun. “Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa…..

“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar….. “Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar…..

“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan…… “Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini…..

“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine…… “Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali….

“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis….. “Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia…..

“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya. “Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan….. “Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi….

“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan….. “Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian cerita Zain…..

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yg curang seperti ini?…….

Sunday, June 25, 2017

Pengotor dan tidak berdisiplin: Aku anak Kelantan, tapi hakikat ini tak boleh disangkal!

Sampah bertimbun tepi lebuhraya orang Kelantan dituduh pengotor

TIDAK BERTAMADUN, itulah perkataan yang sesuai melihat keadaan sampah sarap yang dibuang bersepah-sepah oleh pengguna sepanjang tepi jalan di Lebuhraya Lipis menghala ke Gua Musang, Kelantan.

Justeru, seorang pengguna laman sosial Facebook, Rahani Jusoh meminta pengguna yang menggunakan lebuhraya tersebut untuk pulang ke kampung agar tidak meneruskan tabiat itu..
"Janganlah buang sampah kat tepi highway baru tu. Berhenti berbuka, bawa balik sampah, tolonglah ya. Tak ada tong sampah bukan alasan, jenuh nak bersihkan wei..." tulisnya.

Rahani turut mengirimkan beberapa keping gambar menunjukkan keadaan sampah sarap yang berlonggok dan bersepah dikatakan di tepi lebuhraya itu. 

Berdasarkan foto tersebut, kebanyakkan sampah sarap yang dibuang di situ adalah terdiri daripada botol-botol air mineral dan juga bungkusan plastik makanan dipercayai dibuang oleh pengguna Lebuhraya yang berhenti seketika di situ untuk berbuka puasa.

Bila namanya berbuka puasa, tentu sekali pelaku yang membuang sampah ini adalah orang-orang Islam, mereka bukan sahaja mengotorkan kawasan dan memburukkan pemandangan, malah mereka secara tidak langsung memburukkan Islam.

Selain itu tabiat pengotor ini juga akan memburukkan penduduk tinggal di kawasan Pantai Timur yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Seorang pengguna mengulas dalam kiriman itu, mendakwa dirinya berasal dari Kelantan namun mengakui bahawa orang Kelantan memang pengotor. 
Seorang lagi pengguna pula mendakwa orang Kelantan memang terkenal dengan budaya pengotornya.

"Perubahan budaya bukannya mudah, ambil masa..." tulisnya.
 - sumber

Monday, June 12, 2017

Anehnya ilmu Tuhan......

Cerita pemandu teksi Pulau Pinang
11 Jun 2017 | ZULQARNAIN LUKMAN
Sewaktu dari lapangan terbang ke sini tadi sempat sembang dengan Abang Zamri. Dia sudah jadi pemandu teksi airport selama 23 tahun. Dia kata dah tak ramai orang Melayu ada di pulau sebab rumah harga ratusan ribu di luar kemampuan untuk dibeli. Beliau sendiri duduk area airport atas tanah tol semenjak zaman ayahnya lagi.

Tetapi agak mengejutkan dia boleh puji Guan Eng baik. Dia kata LGE jaga kebajikan rakyat tak kira bangsa. Ada peruntukan khas untuk warga emas, ibu emas dan anak emas. Saya hanya faham warga emas. Dia kata ibu emas ini isteri yang umur emas dan tak bekerja. Anak emas ini pula anak yang baharu lahir akan dapat RM200.

Drebar teksi pula dapat RM600 setahun. Imam pun dapat elaun (ini bukan imam pasar malam no). Orang gali kubur pun dapat elaun juga. Anak nak masuk universiti dapat RM1,000. Dia kata banyak betul orang Penang dapat faedah kebajikan walaupun DAP yang memerintah.

Katanya masjid yang nak roboh pun dia bagi duit suruh tegak balik. Saya tanya betul ke orang kata DAP ini ada agenda Kristian. Dia kata cuba hang tunjuk mana orang Melayu jadi Kristian sebab DAP. Terkedu sekejap. Saya pun hairan macam mana ada seorang pensyarah UUM boleh kata gitu. Mudah aja drebar teksi patahkan hujahnya.

Dia kata susah untuk BN tawan balik sebab LGE jaga rakyat. Dia kata dulu dia pernah pergi perjumpaan dengan Najib. PM janji nak bagi permit teksi persendirian. PM kata dia kesian kat pemandu teksi yang jadi hamba company. Tapi sampai la ni janji tu tak tahu ke mana.

Baru ni dia kata ada 30 ribu pelancong India datang ke Penang tajaan satu company direct selling. Habis hotel di Penang ditempah. Saya dok bayang 30 ribu orang ni kalau belanja RM1,000 seorang akan dapat faedah kepada peniaga di Penang RM30 juta. Lepas tu ada pulak pelancong Cina yang datang seramai itu juga. Kiranya makmur jugalah Penang ni. Macam mana kerajaan yang orang kata kafir harbi ni boleh lagi maju daripada kerajaan Islam. Aneh juga ilmu Tuhan ini.

Sebelum turun teksi saya tanya dia ada berapa teksi airport. Dia kata dalam 300 buah. Dia kata biasa dia dapat 3 trip sehari. Dia kena bayar sewa teksi RM50 sehari dan bayar komisen 10% daripada tambang kepada company. Tadi saya bayar tambang RM142.90. Maknanya orang Penang ni ada kecukupan untuk belanja harian. Cuma sempat saya kabor kat dia untuk tambah pendapatan dengan jual benda berkaitan kerjaya dia seperti jual prepaid card kepada pelancong yang naik teksi dia.

Semoga murah rezeki Abang Zamri.

Nice talking to you. May Allah bless you in this month of Ramadhan for telling me the true story of Penang.

Thursday, June 1, 2017

Saja alih fokas: Kisah Nur sajat, insan khunsa yang berjaya

Doktor terkejut Nur sajat ada 2 alat sulit - ini antara pendedahan dan gambar yang anda tak pernah lihat

Sejurus selepas dia dilahirkan, pihak hospital terperanjat kerana mendapati dia memiliki dua alat sulit. Bagaimana takdir Allah itu harus ditangani?
BIAR apa jua gelaran diberi seperti pondan diva, Ratu Mak Nyah dan sebagainya; Nur Sajat tetap utuh berdiri melebarkan sayap perniagaannya. Tidak mudah melatah, dia optimis hanya berpegang kepada pendirian positif; ia bisa mengubah segalanya. Sering kali diasak mengenai status dirinya dahulu, kini pemikirannya jauh berbeza. 

Perkenalkan diri Sajat kepada pembaca InTrend?

Saya berasal dari Sitiawan, Perak. Bapa saya dahulunya adalah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia tetapi sudah bersara awal. Emak saya pula pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sekolah, juga kini telah bersara. Saya adalah anak keempat daripada tujuh adik-beradik. Keluarga saya biasa sahaja, sederhana semuanya. Bapa saya bersara awal dan kemudiannya berniaga kain di pasar malam sekitar Manjung, Lumut dan Sitiawan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. 

Sejak bila dan bagaimana Sajat menyedari dilahirkan sebagai khunsa?

Tanggal 23 Februari 1985 di Hospital Lumut, tarikh keramat inilah yang telah membongkarkan segalanya. Pada peringkat awalnya, ia dianggap sebagai rahsia keluarga saya. Untungnya dahulu, pegawai tentera mempunyai kelebihan dalam mencuba kelengkapan atau peralatan perubatan yang dianggap canggih. Umpamanya mereka diberi peluang untuk mencuba terlebih dahulu berbanding orang awam.

Dan ketika awal kehamilan emak saya, hasil ujian imbasan kandungan bayi mendapati jantina saya adalah perempuan. Malah nama asal saya adalah Nur Sajadiah binti Kamarulzaman. Selepas dilahirkan, Menurut emak dan ayah; baik mereka juga pihak hospital terkejut melihat saya kerana mempunyai dua alat sulit. Mungkin pandangan serta nalurinya berpendapat saya lebih cenderung ke arah lelaki, maka saya dibesarkan sebagai anak lelaki.

Nama saya juga ditukar kepada nama lelaki serta cara saya dibentuk juga berubah. Yalah, ayah seorang yang tegas. Maka segala keputusan terletak di tangannya. Namun demikian, emak dan ayah mula melihat perubahan pada diri saya ketika saya berumur dalam lingkungan enam tahun (tadika). Menurut emak, ketika kecil saya lebih menggemari permainan kanak-kanak perempuan seperti bermain anak patung dan bukannya bermain alat permainan yang sinonim dengan kanak-kanak lelaki.

Memandangkan saya masih kecil, maka saya tidak tahu- menahu jauh sekali memikirkan apa yang akan saya tempuhi dalam jangka masa panjang. Dalam sijil kelahiran juga tertera nama saya lelaki dan selepas apa yang berlaku, ayah mahu menukar semula nama saya kepada nama perempuan. Dan pihak berwajib memerlukan dokumen-dokumen lain sebagai sumber rujukan.

Namun malangnya, ditakdirkan rumah kami di Taman Sri Lekir terlibat dalam satu kebakaran yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan harta-benda termasuk dokumen-dokumen penting, segala butiran dan kerja ayah sebelum ini hangus dijilat api. Peristiwa itu berlaku sekitar 1989 atau awal 1990. Rentetan itu kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk meneruskan hidup ketika itu.

Maklum sahajalah, ketika zaman itu kita tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan untuk melakukan back-up dalam urusan dokumentasi dan lain- lain. Malah ketika dahulu juga istilah perlindungan insurans masih tidak meluas seperti zaman sekarang. Justeru, segala kemusnahan dan kerosakan dokumen gagal diperoleh semula.
Bagaimana Sajat menyedari atau mula menyukai semua yang menjurus ke arah kewanitaan?

Pada saya ia berlaku secara semula jadi tanpa saya menyedarinya. Saya tidak ingat bagaimana atau apakah perkara yang mencetuskannya. Tetapi ketika berumur enam tahun, saya lebih suka bermain anak patung. Tiada langsung ciri-ciri ke arah lelaki. Malah adik- beradik saya (kakak sulung dan dua abang) maklum mengenai apa yang berlaku pada saya yakni mempunyai dua kemaluan. Mereka melihat sendiri perkara dan segala peristiwa yang berlaku. 

Reaksi masyarakat terutamanya jiran sekeliling berhubung isu ini?

Emak dan ayah kadangkala cuba menyembunyikan soal ini daripada pengetahuan jiran sekeliling. Namun mulut orang, mana mungkin kita bisa mendiamkan mereka. Jika mulut tempayan masih boleh ditutup, tetapi mulut manusia? Malah emak dan ayah juga menanggung malu kerana minda masyarakat ketika itu tidak memahami isu ini. Jiran-jiran keliling juga tidak henti- henti mencemuh.

Selalu bertanyakan mengenai saya, “Eh... anak kamu itu macam mana?” Kata mereka, saya ini anak yang cacat. Maklum sajalah, isu ini tidak pernah timbul dalam kalangan masyarakat jauh sekali didedahkan oleh mana-mana media ketika zaman itu. Justeru, masyarakat tidak terbuka dalam soal ini. Selepas saya dilahirkan, kebetulan ayah menerima arahan untuk ditukarkan ke Sarawak.

Ayah membuat rayuan untuk menangguhkan pertukaran tetapi dek kerana memikirkan kecaman yang perlu dihadapi, bimbang mengenai keadaan emak saya yang perlu menjaga empat orang anak yang masih kecil; maka ayah memilih untuk bersara awal dan kami berpindah dari kawasan pangkalan tentera laut. Itulah pengorbanan besar ayah. Biarpun berpangkat tetapi soal maruah dan kepentingan keluarga mendahului segalanya. 

Bagaimana penerimaan keluarga terhadap pendirian Sajat yang memilih untuk tampil dengan imej seperti kini?

Saya tidak mempunyai masalah daripada segi sokongan keluarga kerana mereka memahami keadaan dan tahu segala butir cerita mengenai kisah kelahiran saya. Cuma pada mulanya saya tidak menafikan ada masanya saya melalui tempoh sukar apabila berhadapan dengan ayah. Tetapi lama-kelamaan ayah boleh menerima semuanya.

Pada saya penerimaan kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan keluarga terdekat lebih penting. Kerana merekalah yang menjadi tulang belakang kepada apa yang saya lakukan hari ini. Apatah lagi apabila mendengarkan kata-kata emak, “Mak hari-hari doakan anak-anak Mak supaya Allah ampunkan dosa-dosa anak- anak Mak.”

Dan kepada saya itu sudah memadai untuk memberi kekuatan pada saya bagi mengharungi setiap apa yang menanti di hadapan saya kelak. Kalau orang lain tidak boleh menerima atau mengatakan saya cacat atau apa jua panggilan sekalipun saya tidak ambil pusing. Kerana pada hemat saya, jika ibu bapa boleh menerima diri kita seadanya, takkanlah pula diri sendiri tidak boleh menerima ketentuan takdir bukan? 

Jiwa memberontak apabila disogok dengan kerja-kerja yang lebih kasar dan bersifat maskulin?

Tidak terlalu ketara kerana pada mulanya saya banyak bertanya dengan emak dan ayah mengapa saya dilahirkan seperti ini. Saya mempertikaikan mengapa tidak diletakkan sahaja nama saya sebagai kanak-kanak perempuan dan seumpama dengannya. Tetapi lama-kelamaan selepas diterangkan satu persatu, barulah saya faham.

Tiada gunanya menyalahkan kedua-dua ibu bapa kerana mereka sendiri tidak tahu bagaimana perlu menanganinya. Ia berlaku di luar kawalan mereka. Keluarga terdekat dan ahli keluarga saya semuanya maklum mengenai isu ini.

Malah kata ayah kepada adik-beradik saya yang lain, “Kalau apa- apa, tengokkan Sajat.” Mungkin kerana mereka maklum mengenai isu ini maka perhatian itu kadangkala lebih tertumpu kepada saya. Mereka tidak pernah berhenti menyokong dan memberi kata semangat untuk saya bertahan hingga kini.  
Sukar menerima hakikat ini?

Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Semuanya sudah tertulis dalam qada’ dan qadar saya. Semua orang berbeza perjalanan hidupnya. Saya suka melihat contoh dan menjadikan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber kekuatan dalam soal ujian hidup.

Lihat saja padanya, biarpun dia memiliki segalanya namun Allah masih menguji kekuatan dirinya dalam soal zuriat. Ini sudah cukup membuktikan, bahawa biarpun kita dilahirkan sempurna serba- serbi (tiada kecacatan anggota) namun masih belum lengkap dan jauh daripada kesempurnaan hidup kita. 

Bagaimana menempuhi dugaan ini ketika zaman kecil, sekolah dan seterusnya apabila meningkat dewasa?

Ketika masih kecil, saya tidak tahu apa jua kesan dan permasalahan yang akan timbul. Sementelah masih kecil, maka hanya fikirkan keseronokan sahaja. Bermain dan bermain tanpa memikirkan masa depan atau apa yang akan terjadi. Tambahan pula saya tidak banyak bersosial atau bergaul dengan rakan- rakan seusia.

Memandangkan keluarga kami besar, tujuh orang kesemuanya maka pergaulan saya hanya dengan adik-beradik sahaja. Misalnya jika ada rakan sekolah yang mengejek, saya akan maklumkan kepada dua orang abang saya. Mereka yang selalu back up dari belakang. Ketika mahu melangkah ke sekolah menengah barulah saya rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Berkata pada diri, “Eh, macam pelik aje aku ni.” Emak dan ayah yang banyak memujuk dan menerangkan duduk sebenar perihal ini. Kata emak, sewaktu mengandungkan saya wajahnya jauh lebih berseri dan nampak lain berbanding ketika mengandungkan adik-beradik yang lain. Pada saya itulah kelebihan yang mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Apa sebab di sebaliknya, saya sendiri tidak pasti dan mempunyai jawapan kukuh mengenainya.
Sering menerima cemuhan, dijadikan bahan ejekan, dikutuk; apa yang Sajat boleh katakan?

Hanya sejak kebelakangan ini saya sering menjadi sasaran atau bahan ejekan, cemuhan dan kecaman. Pada saya, tiada gunanya jika mahu memikirkan soal ini dengan mendalam. Lihat saja selebriti, usahawan terkenal misalnya. Mereka juga tidak terlepas daripada menerima kritikan, orang mengata, mengutuk dan sebagainya.

Selain itu, pada hemat saya; biarpun kita tidak mempunyai niat untuk mengeji dan mengutuk orang tertentu, tetapi apabila ia telah diluahkan bimbang nanti ia tidak berlaku kepada si polan. Sebaliknya kelak akan berlaku kepada keturunan kita, anak cucu kita. Siapa tahu bukan? Justeru berwaspadalah jika anda mahu mengumpat atau mengata.

Jika tidak kena pada orang yang menjadi sasaran, kelak pasti akan terkena kepada saudara-mara anda. Berhati-hati dalam menyusun kata dan perihal ini juga untuk peringatan saya juga buat anda semua. 

Bagaimana Sajat kumpul kekuatan untuk berhadapan dengan pandangan serong masyarakat?

Orang akan sentiasa mencari dan memperkatakan tentang kesilapan kita. Justeru, ketahanan daripada aspek mental dan pemikiran perlu kuat untuk mendepani semua ini. Nobody is perfect! Setiap daripada kita pasti ada kekurangan dan kelemahan. Itu lumrah dan fitrah seorang manusia. Tetapi saya tidak menafikan ada masanya saya rasa lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan tertekan.

Rentetan itu, saya lebih suka melihat sesuatu daripada sudut yang positif juga bergaul dengan mereka yang positif kerana individu inilah yang memahami dan sering memberikan sokongan kepada saya supaya lebih positif ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Hingga apabila sampai satu peringkat, saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana jika berbuat demikian, boleh naik gila pula! Selagi anda tidak menyentuh soal keluarga, saya masih boleh terima.

Biarlah apa yang mahu diperkatakan orang kerana hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu memuaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting adalah sokongan keluarga. Emak dan ayah tidak pernah jemu dan henti-henti memberi semangat kepada saya sejak kecil lagi. Merekalah sumber kekuatan juga adik-beradik saya yang sentiasa memahami keadaan saya.
Pernah terdetik menyalahkan takdir hidup?

Dahulu pernah. Tetapi lama-kelamaan saya dapat menerimanya peringkat demi peringkat. Dan kerana itulah saya suka berdamping dan didampingi dengan orang yang positif. Saya berjumpa dengan alim ulama’, ustaz dan sebagainya. Mereka faham apa yang saya alami. Hingga pernah mereka berkata,

“Walaupun awak ini dua alam, tapi apa yang awak selesa, macam mana cara awak berhadapan dengan Allah; itu antara awak dengan Allah. Apa yang penting, awak ikhlas. Kalau awak nak solat dengan cara perempuan, awak selesa dengan berpakaian perempuan itu semua soal antara awak dengan Allah. Bukan awak dengan masyarakat.”

Saya berpegang kepada perihal ini sahaja, bahawa sesungguhnya tiada yang sempurna dalam kehidupan kita. Biarpun saya maklum saya tidak boleh berkahwin apatah lagi melahirkan zuriat sendiri, saya tetap menerimanya dengan reda.

Lihat sahaja di luar sana, ramai wanita yang cantik rupa paras fizikalnya, mewah kehidupannya tetapi Allah uji dengan masalah keruntuhan rumahtangga sehingga menyebabkan perceraian dan sebagainya. Perkara seperti inilah yang kita tidak jangka sebenarnya yang sudahpun tertulis dalam qada’ dan qadar. Mahu atau tidak kita perlu menerimanya dengan reda. 

Kecaman paling teruk yang pernah Sajat alami?

Apabila diasak dengan pertanyaan mengenai status saya, itu antara kecaman yang paling teruk pernah saya alami. Ada juga ketikanya saya tertekan dan kecewa serta dalam masa sama sedih. Tetapi saya bingkas bangun agar tidak terus hanyut dibuai perasaan. Daripada perspektif lain, saya berpendapat apabila saya sering kali dikecam, dijadikan bahan kritikan dan seumpama dengannya bermaksud segala tindak- tanduk dan perilaku saya diperhati. Ada sahaja yang ingin mengambil tahu.

Tidak kiralah sama ada dalam sudut positif atau negatif. Bagi saya golongan ini mudah sekali menghukum, mencerca dan menghina tanpa usul periksa. Dan saya lebih senang sekadar ‘block’ akaun palsu misalnya atau komen-komen negatif yang dilemparkan. Kadangkala saya akan mendiamkan diri tetapi ia tidak bermakna saya beralah cuma saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah apa yang mereka nak katakan. Selagi tidak menyentuh soal maruah keluarga, anak- anak atau mengganggu periuk nasi saya; ia tidak memberikan apa-apa kesan pada saya. 

Pernah berhadapan dengan konflik keluarga susulan isu ini?

Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalaminya. Mungkin ada segelintir daripada rakan-rakan lain yang pernah lari dari rumah, berhadapan dengan tekanan hidup atau dibuang keluarga; tetapi peristiwa sedemikian tidak berlaku kepada saya. Kerana pada pandangan saya, pokok pangkalnya adalah restu ibu bapa. Jika kita tidak memohon atau memperoleh restu mereka, hidup kita tidak akan ke mana.

Saya percaya dan berpegang kepada prinsip ini. Doa mereka yang membuatkan semuanya berjalan dengan mudah. Mungkin juga kerana ikatan kekeluargaan kami akrab, maka tidak timbul soal ini. Setiap permasalahan yang berbangkit, kami akan duduk berbincang dan kerana itu jualah hubungan dan pertalian sesama kami bertambah erat.

Ada juga sesetengah perkara yang jika mereka sifatkan tidak patut saya lakukan; mereka akan tegur. Adat orang tua, pasti mereka akan berleter itu dan ini. Dan cara saya melihatnya, mereka melakukannya kerana mengambil berat dan menyayangi kita. Jika tidak, pasti mereka akan biarkan kita terus hanyut tanpa menegur, memberi nasihat dan sebagainya. Anggap sahaja leteran itu tanda mereka sayang kepada kita.
Mengambil dua orang anak angkat, bagaimana Sajat boleh terdetik mahu menjaga dan membesarkan mereka?

Sebenarnyasayatidakpernahmempunyai perancangan mahu mengambil anak angkat. Secara kebetulan, tahun lalu ibu angkat saya menelefon sewaktu saya dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur. Katanya, “Kau nak ambil anak angkat tak?” Mulanya saya terpinga-pinga tetapi entah mengapa saya bersetuju untuk mengambilnya.

Kata ibu angkat saya lagi, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di Kuala Lumpur. Bayi tersebut adalah sepasang kembar – lelaki dan perempuan. Syukur kerana segala urusan dipermudahkan. Saya hanya membayar kos rawatan perubatan dan sedikit sumbangan peribadi kepada ibu bayi kembar tersebut. Selebihnya, prosedur rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga dipermudahkan.

Kebetulan, salah seorang pegawai yang menyelia kes pengambilan anak angkat adalah salah seorang klien saya. Maka segala urusan mengikut prosedur walaupun saya bujang dan tidak pernah memohon untuk mengambil anak angkat. Saya anggap ia sebagai satu keajaiban yang indah sepanjang hidup saya.

Kini saya terhibur dengan keletah mereka, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syamin berusia setahun setengah. Sudah pandai bercakap dan bermacam-macam lagi kerenah mereka yang membuatkan hari- hari saya lebih bermakna. Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur. 

Pandangan Sajat jika ada golongan transgender menjadikan khunsa sebagai ‘alasan selamat’ untuk memuaskan hati mereka memilih jalan ini?

Saya tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung soalan ini. Tidak mengeyakan atau menidakkan. Pada saya ia terlalu subjektif. Ya, saya memahami mereka kerana saya berkawan selain mempunyai klien yang terdiri daripada semua golongan misalnya tomboy, pengkid, pondan, biseksual, homoseksual dan sebagainya.

Ada yang keliru dan mempunyai kecelaruan identiti lantas memilih jalan ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri. Selebihnya itu terpulang kepada pendirian masing- masing. Tepuk dada, tanya selera. 

Sajat kini dikenali dan segala gerak-geri sering diperhati. Senang dengan perubahan ini?

Saya tidak menyangka sama sekali akan melalui detik perjalanan hidup seperti ini. Tidak kiralah apa orang nak mengata, sama ada saya dikenali kerana gelaran pondan diva, ratu mak nyah dan sebagainya itu semua tidak mendatangkan masalah kepada saya. Jika dahulunya, saya cuma fikirkan perjalanan hidup saya biasa-biasa sahaja. Dan simboliknya, hari ini begini pula perjalanan hidup saya.

Apatah lagi kini menceburi bidang perniagaan, pelbagai perkara harus saya teliti dan sentiasa berhati-hati. Bukan apa, bimbang juga jika sekiranya ada musuh dalam selimut atau sesiapa yang tidak saya kenali ingin menghentam atau menjatuhkan perniagaan saya menerusi media sosial, siapa tahu bukan? Saya tidak menafikan media sosial banyak membantu meluaskan perniagaan saya dalam tempoh yang singkat. Rentetan itu, ada juga yang tertanya-tanya mengenai siapa saya sebenarnya, apakah yang saya lakukan sehingga berada pada tahap ini dan sebagainya.

Seboleh mungkin ‘mereka’ akan cuba mengorek apa jua yang berlaku dalam rutin harian saya. Biarpun ada yang mengutuk, mengata dan sebagainya tetapi masih ada sekelompok lain yang masih sibuk dan ingin tahu mengenai diri saya. “Eh, siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia buat sampai laris produk bengkung tu? Eh, buah dada dia ni bukan ori lah!” dan pelbagai lagi andaian orang terhadap saya.

Tetapi saya masih boleh bertahan hingga hari ini. Saya anggap ia sebagai angin sepintas lalu. Rahsia yang tersurat dan tersirat semuanya sudah tertulis. Rezeki yang saya peroleh hari ini bagaimana, dikenali orang dan sebagainya semuanya pementasan di dunia sahaja. Sesungguhnya di akhirat kelak segala titik penentu dalam setiap tindak-tanduk kita. Itu sahaja yang menjadi pegangan saya. 

Kongsikan cerita bagaimana bermulanya sejarah produk kecantikan dan label Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd?

Mulanya saya membuka perniagaan berasaskan hiburan iaitu kumpulan penari. Saya pernah bekerja di Macau selama tiga tahun sebagai penari dan pulang ke sini, saya menubuhkan sebuah syarikat produksi bersama rakan kongsi. Namun dek kerana mempunyai masalah, perniagaan tersebut ditutup. Biarpun terpaksa menanggung kerugian wang ringgit, saya cuba pula bidang lain.

Saya bermula dengan dropship sebuah produk kecantikan kulit. Bermodalkan RM500.00 kemudian saya beralih kepada agen pula hingga berdikit-dikit saya kumpul untuk tampil dengan produk sendiri. Syukur berkat usaha dan kerja keras, saya berjaya meraih pendapatan bersih bulan pertama sebanyak RM12,000.00 sebulan.

Dan menerusi Instagram saya belajar bagaimana untuk meluaskan rangkaian perniagaan hingga hari ini. Dari situ saya buka spa kecantikan pertama di Galaxy Ampang. Syukur perjalanan perniagaan kini semakin berkembang berdasarkan sokongan dan kepercayaan klien juga kekuatan daripada staf juga keluarga. 
Mengapa memilih bidang kecantikan sebagai cabang perniagaan?

Pada saya semua orang mahu kelihatan cantik. Luaran adalah pandangan pertama apabila melihat kita. Dan kerana itu, kita harus menjaga kecantikan diri. Pengalaman peribadi saya, kali pertama orang akan melihat saya mereka akan pandang sekali imbas.

Kemudian mereka akan lihat pula gerak-geri. Pada saya tidak kisah jika mereka memandang itu dari sudut yang positif atau negatif. Kerana pandangan pertama itu membuktikan ada sesuatu yang istimewa pada diri kita yang membuatkan orang menoleh kali kedua lantas mahu terus melihat kita.

Daripada perspektif pekerjaan umpamanya, jika anda mempunyai penampilan menarik, berpakaian cantik dan kemas, memiliki kulit yang bersih sekali gus anda akan menarik perhatian orang juga membuatkan orang lain selesa dengan anda. Dan kerana itulah saya melihat aspek kecantikan sebagai kunci utama dalam memberi tarikan kepada sesiapa. It’s all about how you present yourself. 
Rajin bersedekah dan melakukan kerja-kerja amal. Apa mesej yang Sajat ingin sampaikan?

Ia lebih kepada berkongsi rezeki sebenarnya. Saya turut memberi wakaf, sumbangan derma serta bersedekah kepada surau-surau, rumah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan. Sejak mula menceburi perniagaan (2014) saya sudah mula melakukan kerja-kerja amal.

Melihat golongan yang kurang berkemampuan, baik daripada mereka yang kurang upaya benar-benar menginsafkan saya. Benar, saya tidak sempurna tetapi saya memahami apa yang mereka lalui. Justeru, saya bantu sekadar yang mampu. Saya merasakan ada tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai manusia maka dengan itu saya bantu mereka.

Dari situ juga saya banyak belajar tentang erti penerimaan dalam kehidupan kerana sebagai manusia kita sendiri tidak pasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Apa itu erti keikhlasan dan sebagainya banyak mengajar saya agar lebih matang dalam tindakan. 

Oleh: Huda Hussain
Kredit : InTrend