Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 30, 2017

Akhirnya penculik yang dikehendaki Malaysia tumpas

Saturday, 29 April 2017 | MYT 10:53 AM
Wanted Abu Sayyaf leader Al Habsi killed
BY MUGUNTAN VANAR and PHILIP GOLINGAI
KOTA KINABALU: One of Malaysia's most-wanted terrorists, Abu Sayyaf leader Al Habsi Misaya, is believed to have been killed in a gun battle with Philippines security forces.

Al Habsi (pic), who is wanted for numerous high-profile kidnappings in Sabah's east coast, was apparently killed in the Indanan area of Jolo.

Philippines military sources said that the gun battle took place at around 9.35pm on Friday when Philippines security forces were tracking down Abu Sayyaf gunmen on the island.

Al Habsi was among the four top Abu Sayyaf commanders able to order major kidnappings on the Sabah and southern Philippines sea border.

Still on the run are Al Habsi's comrade Sarip Mura, together with the ageing Radulan Sahiron and Hatib Sawadjaan.

The reports of Al Habsi's death comes about two weeks after his close ally Maummar Askali @ Abu Rami was killed in central Philippines while planning a major kidnap of tourists in Bogol Island.

Other commanders like Idang Susukan and Apo Mike are believed to have been killed or seriously injured in gun battles in Jolo island earlier last month.

Intelligence sources had previously told The Star that Al Habsi, a syabu addict in his 30s, had managed to elude bombardment by the Philippines military and dragnets on Jolo island over the last few months.

He was believed to have gone into hiding in Zamboanga City in southern Philippines while fleeing the military offensive.

Al Habsi is believed to have financed previous cross-border kidnappings in Sabah by providing fuel money, boats and firearms

Cerita lapuk diulang tayang

25 April 2017

TAWARAN LAPUK UMNO BN BERULANG

Selepas pelancaran hala tuju baru agenda Bumiputera, Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) minggu lalu, Datuk Seri Najib melancarkan pula Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India pada 23 April 2017. Tidak mustahil selepas ini ada pelancaran pelan induk untuk orang-orang Cina dan pelbagai kaum pula. Semuanya majlis besar-besaran, berstatus mega dan menjanjikan yang indah lagi hebat walaupun agenda sekarang gagal membawa rakyat dan negara ke tahap yang jauh lebih baik.

Pelan atau rancangan yang bersifat perkauman sudah menjadi budaya tradisi Umno BN sejak berpuluh tahun lamanya. Ia sudah menjadi pengetahuan umum. Malah ia dijadikan alat yang ampuh untuk memenangi pilihan raya walaupun tidak benar-benar membela nasib rakyat. Alat yang serupa akan terus digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sebab itu walaupun Datuk Seri Najib menafikan Pelan Induk Masyarakat India tersebut bukan satu lakonan atau retorik politik dan ia terkandung dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sejak 2015, namun hakikatnya ia tidak boleh dielak daripada ditafsir sebagai umpan pilihan raya. Mengapakah parti pemerintah mengambil masa selama hampir dua tahun untuk mengumumkannya? Mengapa tunggu hingga dekat dengan tempoh tamat penggal pemerintahan iaitu 2018 (PRU 14) untuk umumkan?

Dalam pada Pelan Induk yang melibatkan peruntukan lebih RM1 bilion itu kelihatan menyeluruh dengan hampir 170 helai muka surat namun jika diteliti dengan lebih mendalam, sebahagiannya bersifat tidak komited dan hanya bayangan. Contohnya pada muka surat 50 dan 62 yang berkait dengan kumpulan India B40.

Persoalan yang selalu timbul dengan pelancaran pelbagai pelan atau insentif oleh Datuk Seri Najib dan parti pemerintah ialah sejauh mana pelaksanaannya. Datuk Seri Najib sendiri tidak yakin seperti mana akuan beliau pada Disember 2016. Kata beliau, polisi kerajaan gagal kerana proses pelaksanaan yang lemah. Apakah kali ini berbeza?

Juga bagaimanakah parti pemerintah di bawah pimpinan seorang pemimpin kleptokrat boleh memberi keyakinan kejayaan pelan tersebut? Yang dibimbangi ialah berapa banyak pula dana rakyat RM1 bilion tersebut yang mungkin tiris, bocor atau disonglap oleh sekumpulan opportunis Umno BN? Dengan pelbagai skandal ketirisan dan penyelewengan yang menyelubungi dana orang melayu seperti Felda, MARA, Tabung Haji dan 1MDB, apakah yang boleh menghalang ianya berlaku ke atas dana untuk orang India?

Pengerusi Hindraf Makkal Sakthi, P Waythamoorthy yang pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata pada Oktober 2016 bahawa ia bukan kali pertama Datuk Seri Najib membuat janji yang akhirnya tidak ditunaikan.

Katanya, “Najib mengkhianati ikrar ‘nambikei’ (amanah) sendiri kepada rakyat Malaysia yang berasal dari India, yang dibuat menjelang pilihan raya umum lepas pada Mei 2013, pada malam Memorandum Persefahaman (MoU) RM4.5 bilion antara Hindraf Makkal Sakthi dan BN”.

Waytha juga melahirkan kekecewaan akan kegagalan Najib dan Umno BN sejak berpuluh tahun untuk menangani beberapa isu penting, termasuk nasib 300,000 kaum India tanpa kerakyatan di Malaysia, rancangan sosio-ekonomi bagi 800,000 pekerja estet, pengambilan lebih ramai pelajar India di universiti awam, peningkatan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam, dan kursus latihan kemahiran.

“Dari dulu lagi, tidak ada mana-mana pemimpin yang pernah bela nasib masyarakat India…Cuma sekarang ini dibawah pimpinan (Datuk Seri) Najib Tun Razak nasib masyarakat India masih lagi tidak terbela malah lebih teruk,” tegasnya lagi.

Waytha mendakwa Datuk Seri Najib menggunakan parti komponen BN seperti MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk terus menipu bagi mendapat undi masyarakat India. Beliau pernah membangkitkan isu peruntukan untuk program menaikkan taraf hidup masyarakat India yang banyak namun gagal mencapai objektif program. Menurut Waytha, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwin Serigar Abdullah pernah mendedahkan angka daripada kementerian mengatakan Datuk Seri Najib yang juga menteri kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM2.88 bilion antara 2012 hingga 2014 serta RM260 juta pada 2015 untuk program menaikkan taraf hidup masyarakat India. Malah katanya, laporan polis telah dibuat. Apa jadi dengan wang itu?

Satu lagi kebimbangan yang lazim sejak akhir-akhir ini ialah ketirisan. Contohnya, peruntukan sebanyak RM37 juta telah dijanjikan untuk membangun belia-belia India melalui Yayasan Naam namun hanya RM19 juta sahaja yang telah disalurkan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Ini seperti yang dilaporkan oleh YB V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah di Parlimen pada 31 Mac 2016.

Sayugia juga diingat bahawa Pelan Induk tersebut merupakan rangka tindakan untuk 10 tahun akan datang, yang mana besar kemungkinan hasil yang diharapkan tidak tercapai dalam masa terdekat.

Cuma saya harap jangan disalah erti pula maksud saya di atas. Saya menyambut baik apa-apa pelan tindakan yang boleh membangun rakyat Malaysia tidak kira kumpulan etnik atau budaya. Ini kerana antara ciri terpenting sebagai pemerintah dan pemimpin ialah memastikan kesejahteraan rakyat menurut keperluan dan keadaan berasaskan kepada prinsip keadilan sosial dan ekonomi.

Dalam konteks Malaysia, setiap kumpulan etnik selayaknya mendapat keadilan dan pembelaan tidak kira musim, termasuk masyarakat India yang sering terpinggir dan bumiputera yang miskin. Persoalannya ialah apakah dasar perancangan itu datang daripada pemimpin yang amanah, jujur dan berwibawa?

Bagi saya, ini persoalan yang lebih besar. Krisis kepimpinan, keyakinan dan keazaman politik. Apakah yang menyebabkan rakyat pelbagai kaum boleh meletakkan kepercayaan lagi kepada Datuk Seri Najib dan Umno BN untuk mengeluarkan mereka dan negara daripada kemelut tekanan ekonomi dan kos sara hidup tinggi setelah berpuluh tahun memerintah? Jika ya, mengapa pelan demi pelan dilancarkan namun negara masih ketinggalan dengan negara jiran yang lain? Bukankah Indonesia telah mengambil alih kedudukan pengeluar nombor satu kelapa sawit dunia daripada Malaysia?

Selama ini parti pemerintah telah gagal membela nasib kaum India, apatah lagi dengan keadaan lemah parti MIC yang dikatakan sepatutnya membela kaum India. Sudah tiba masanya rakyat pelbagai kaum mengubah nasib mereka dari kegagalan Umno BN kepada harapan baru dan masa hadapan yang lebih baik di bawah Pakatan Harapan. Pakatan Harapan antara lain akan menumpu kepada menurunkan jumlah pekerja asing berkemahiran rendah, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, meningkatkan kadar gaji dan produktiviti dan membanteras rasuah. Ini bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada kaum India, tetapi semua rakyat Malaysia.

Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan
Parti KEADILAN Rakyat

Sebelum mengata orang, cuba toleh ke dalam rumah sendiri dulu weh!

Rumah sendiri haghu-bighu, nak mengata rumah orang berselerak?

Hadi: 'Tak tahu siapa makmum, siapa imam' dalam BERSATU
N Faizal Ghazali   29 Apr 2017, 1:07 tengahari

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Menurutnya, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.

"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa
imam.

"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar hari ini.

Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.

Sebelum ini keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan kenyataan Hadi.

Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk ‎Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.

Ujian atau peringatan dari Allah?

Bukankah kali pertama Allah turunkan musibah sebegini?
Renungi dan muhasabahlah 

19 cedera, khemah utama ekspo Muktamar Pas dipukul ribut
30 April 2017 | BERNAMA
Khemah ekspo di kawasan muktamar Pas musnah dipukul ribut malam tadi

Sembilan belas orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri dalam kejadian ribut yang meranapkan khemah utama di Kompleks Pas Kedah, tempat berlansungnya Muktamar Pas ke-63, malam tadi.

Berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku pada pukul 7.25 malam membabitkan khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki).

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.43 malam.

Katanya berdasarkan laporan awal yang diterima, 19 mangsa cedera dengan 13 daripadanya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini. Seorang daripada mangsa dirawat di zon merah, sembilan di zon kuning dan tiga lagi di zon hijau, manakala bagi enam yang lain hanya dirawat di lokasi kejadian.

"Pihak hospital belum dapat memberikan maklumat mengenai tahap kecederaan dan identiti mangsa yang terlibat.

"Kami dimaklumkan bahawa ketika kejadian dianggarkan terdapat 3,000 orang berada di lokasi tersebut dan mangsa yang cedera akibat runtuhan telah dibawa ke hospital oleh orang awam, sebelum pasukan bomba tiba," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut sumber Urusetia Muktamar Pas, akibat kejadian itu, Majlis Makan Malam Dana Kompleks Kedah yang dijadual berlangsung pada pukul 8.30 malam tadi terpaksa dibatalkan.

Kawasan khemah berkenaan pula ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa manakala media tidak dibenarkan berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang saksi Azlina Azmi, 41, berkata ketika kejadian beliau dan suaminya berada dalam khemah surau di kompleks itu untuk menunaikan solat Maghrib namun terkejut mendengar bunyi angin yang kuat sehingga menyebabkan beberapa khemah bergoyang.

"Selepas itu saya segera menyelamatkan diri dengan pergi ke dewan dan melihat ramai yang cedera termasuk patah kaki lalu diusung oleh petugas ke dewan utama.

"Masa itu keadaan panik dan saya mendengar ramai orang di situ melaungkan takbir berikutan bimbang keadaan menjadi lebih buruk," katanya.

Hambali Ahmad, 35, yang merupakan peniaga gerai berkata ketika kejadian dia sedang menjual minuman sebelum dikejutkan dengan angin kencang.

"Ribut datang secara tiba-tiba terus saya berlari masuk ke dalam dewan kompleks sebelum terdengar jeritan mangsa-mangsa yang cedera terkena serpihan khemah yang runtuh.

"Orang awam yang berada di kawasan kejadian terus membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam dewan dan memberi rawatan awal," katanya.

Hujan lebat dan angin kencang pada kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku dalam tempoh 

PAS nak perintah Malaysia, siapa yang sudi jadi regunya?

Tok Lebai Janggut kata mahu tak mahu PAS kena cari regu. Soalnya siapa?
Posted on Saturday, April 29 @ 20:22:40 MYT by JackSparrow
Oleh Razali Zakaria

PADA 29 Rejab lalu, saya ada menimbulkan persoalan mengenai apakah PAS sudah bersedia memerintah negara selepas 63 kali bermuktamar.

Tok Lebai Janggut, dalam komen terhadap tulisan saya itu mengatakan “sebelum bercita2 nak perintah negara tolong congak berapa kerusi Parlimen yg boleh menang? PAS stand alone tentu confirm tak boleh. Mahu tak mahu kena cari regu. soalnya sape???”

Usah mencongak berapa negeri yang mampu ditawan. Cukupkah sekadar lima yang dicanangkan bagi membolehkan PAS melakukan perubahan di seluruh negara, khususnya undang-undang syariah di negeri, sedang enakmen Islam negeri juga tertakluk kepada undang-undang yang digubal pada peringkat Dewan Rakyat.

Jika tidak dapat menguasai Dewan Rakyat, usah diharap untuk boleh meninggikan undang-undang syariah negeri. Walaupun negeri berkuasa menggubal atau menguatkuasakan peraturan, tetapi hukuman bunuh atau potong tangan, tidak boleh dilaksanakan kerana ada hubungkait dengan undang-undang Persekutuan.

Lalu, apa ertinya jika PAS tidak mencongak kerusi yang mesti dimenangi pada peringkat Parlimen? Tidakkah PAS mahu memerintah negara? Kesempatan yang harus diambil dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan sebelum Jun tahun depan, untuk membolehkan undang-undang Islam ditinggikan melebihi undang-undang sivil ciptaan manusia.

Penulis akui, kedudukan PAS sekarang ini agak selesa. Kejayaan membentangkan RUU355 di Dewan Rakyat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjadi senjata penting dalam mendapat sokongan majoriti umat Islam, yang kembali dahaga kepada sinar dan syiar Islam.

Namun, apa yang penulis perhati dan rasakan ialah PAS tidak mempunyai keyakinan untuk menang majoriti kerusi Dewan Rakyat, sekali gus mengambilalih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) yang semakin korup dan membebankan rakyat di bawah Datuk Seri Najib Razak. Sebab itu, PAS membat kenyataan untuk menawan peringkat negeri sahaja.

Apa lagi, kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sememangnya tidak memihak kepada PAS. Lagipun BN sedang memberi tumpuan khusus di kedua-dua negeri itu. Harapan PAS hanya kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung, tetapi cukupkah atau yakinkah boleh menguasai majoriti kerusi di Semenanjung, jika PAS ‘stand alone’ sebagaimana kata Tok Lebai Janggut?

Walaupun, mempunyai beberapa parti yang bergabung dalam blok ketiga – Gagasan Sejahtera – parti-parti gabungan itu tidak dikenali sangat. Penentangannya tidak berbisa sebagaimana parti dalam blok kedua yang ditolak oleh PAS.

Dalam ruang politik sekarang, penulis melihat kekuatannya masih dimiliki BN yang merangkumi pelbagai parti kaum – Melayu (UMNO), Cina (MCA), India (MIC), Gerakan (campuran kaum), SUPP dan parti lain di Sabah dan Sarawak.

Kekuatan kedua dimiliki oleh pakatan harapan yang turut merangkumi pelbagai kaum iaitu Melayu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAN, manakala PKR dan DAP mempunyai keahlian campuran Melayu, Cina, India dan kaum lain. PAN dalam pakatan ini dilihat mewakili Islam dan mungkin calon mereka akan menang dengan sokongan sekutu DAP dan PKR, sebagaimana caon PAS menang pada PRU13.

Akhir sekali ialah kekuatan gagasan sejahtera yang hanya dianggotai bangsa Melayu sahaja – PAS, Ikatan dan Berjasa – manakala kaum lain yang bukan Islam hanya wujud sebagai penyokong melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Apakah, hanya dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang bakal dilancarkan PAS menjelang PRU14 nanti, atau hasrat membina sebuah negara yang mempunyai ciri keharmonian dan keadilan sosial; ketelusan dan kecekapan urustadbir; kemantapan dan kemapanan ekonomi; keberkesanan sistem pendidikan; kecemerlangan insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai asas panduannya sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan – mampu memberi keyakinan kepada bukan Islam untuk mengundi calon PAS?

Begitu juga, hasrat PAS untuk terus berjuang dalam isu sosial dan kebajikan rakyat, terutama dalam menangani isu peluang kehidupan yang lebih terjamin kepada generasi muda yang tentunya nanti akan menggalas tanggungjawab pentadbiran negara ini kelak.

Atau penerusan penyediaan peluang pekerjaan, khidmat kesihatan, bantuan untuk pendidikan, yang mahu ditekankan terhadap generasi anak muda, juga rakyat awam yang terjejas. Hal ini adalah besar dan rumit, kerana usaha itu dilakukan kerajaan sekarang secara berterusan. Tetapi Abdul Hadi yakin PAS akan memperjuangkannya menerusi lajnah-lajnah yang dipertanggungjawabkan.

Dan, dari suduh ekonomi PAS mahu mengubah minda rakyat Malaysia, supaya mengikut acuan Islam kerana acuan selain Islam untuk rakyat majoriti Islam seperti Malaysia akan berakhir dengan kegagalan. Memang diakui ekonomi Islam mampu membawa kebaikan, tetapi bagaimana untuk memastikan bukan Islam memahami kebaikan sistem ekonomi Islam.

Mengimbas PRU13 lalu, kemenangan PAS turut dipengaruhi tahaluf siyasi mereka dengan parti pembangkang lain, termasuk PKR dan DAP. Begitu juga dengan kemenangan PKR dan DAP yang turut dipengaruhi penyokong PAS, kecuali satu dua kawasan di mana orang PAS terpaksa bertanding atas tiket PKR, menyebabkan calon BN menang.

Dan, jika ditelusuri ucapan Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah, hari ini, seakan-akan PAS akan berdiri sendiri dalam gagasan sejahtera untuk berdepan PRU14.

Keputusan telah dibuat, sebagaimana diumumkan Abdul Hadi hari ini, bahawa PAS menolak kerjasama dengan Bersatu pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

PAS juga enggan bekerjasama dengan DAP yang disifatkannya sebagai parti rasis, cauvinis dan penentang kuat Islam di Malaysia.

Manakala, nasib tahaluf siyasi dengan PKR, yang sekarang ini kukuh dalam pentadbiran Selangor, masih diawang-awangan. Tetapi, jika berdasarkan ucapan-ucapan dalam muktamar kali ini, tahaluf siyasi kedua-duanya berada di hujung tanduk.

Lebih parah dan pedih, apabila ada perwakilan mengibaratkan tindakan PKR terhadap PAS sejak kebelakangan ini seperti pengkhianatan Bani Quraidzah terhadap Nabi Muhammad SAW, pada Perang Ahzab.

Namun, segala-galanya diserahkan kepada Majlis Syura PAS untuk menentukan tahaluf siyasi itu. Semangat muda PAS mungkin patah kerana mereka adalah pendesak utama untuk PAS menceraikan PKR, bukan dengan talak satu tapi tiga.

Apapun, jika PAS ‘stand alone’ mereka akan berdepan saingan tiga penjuru, yang dilihat akan memberi kelebihan kepada BN untuk mengekalkan pemerintahan.

Akhir kalam, penulis petik kata-kata Tok Lebai Janggut:

“…mahu tak mahu kena cari regu. soalnya sape???”

Saturday, April 29, 2017

Dahlah kurang cerdik, maruah pun kurang juga?

Anggapan Pas lantik Exco mengelirukan, kata peguam 
 | MALAYSIA DATELINE
Khalil Abdul HadiKhalil Abdul HadiHujah Katua pemuda Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi bahawa exco kerajaan negeri Selangor dari parti itu tidak perlu meletak jawatan kerana dilantik Pas dianggap mengelirukan.
"Kenyataan beliau bahawa exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negerj Selangor 1959," kata naib ketua pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil yang juga seorang peguam.
Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik itu dipetik sebagai berkata bahawa exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas.
"Beliau patut mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang exco Pas dalam Kerajaan Selangor.
"Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negerj Selangor 1959," kata Faiz dalam satu kenyataan hari ini.
Lantikan Exco katanya dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor,Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
"Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco," katanya.
Justeru menurut beliau, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas.
"Atas dasar inilah, 4 orang exco Pas dikurangkan kepada 3 orang setelah Dato' Seri Azmin dilantik sebagai Menteri Besar dan tiada bantahan oleh Pas ketika itu," katanya.
Pas sebagai parti mempunyai maruah katanya, Pas harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di semua peringkat termasuk Exco.
"Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai," katanya.

Kes pukul lagi: Apa yang tak kena dengan sekolah-sekolah tahfiz sekarang ni?

Ustaz di Klang pukul belakang, dada pelajar tahfiz
 | ARIF ATAN
Kes pukul pelajar terus jadi isuKes pukul pelajar terus jadi isuBelum reda kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin di Kota Tinggi akibat dipukul pembantu warden hangat diperkatakan, satu lagi kes pukul berlaku di Klang, Selangor.
Kali ini didakwa dilakukan seorang ustaz yang bukan sahaja mendera bahkan mengancam untuk mengenakan hukuman lebih berat jika perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.
Muhammad Resan Abdullah, 11, memberitahu ustaz tersebut mengugut bahawa dirinya tidak akan mampu menghafal ayat al-Quran jika mengadu.
"Dia juga berkata otak saya tidak akan dapat menghafal al-Quran jika saya mengadu tentang apa yang berlaku," katanya.
Sementara itu, ibu kanak-kanak tersebut, Suraya Fatima Abdullah berkata, ustaz terbabit telah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.
Bagaimanapun apabila membaca nasib malang menimpa Thaqif, beliau telah menghubungi peguamnya untuk mengkaji semula kes tersebut.
"Dia sebaya dengan anak saya. Saya fikir apa yang berlaku kepada anak saya adalah kes terpencil tetapi nampaknya tidak.
"Kami telah bercakap dengan peguam kami untuk melihat apa yang boleh kami lakukan," ujar Surya.
Menurut laporan perubatan, Muhammad Resan dikatakan mempunyai pelbagai kesan lebam di bahagian belakang dan dada.
Pada masa sama, kanak-kanak berusia 11 tahun itu turut menghidap sembelit yang teruk kerana rendahnya pengambilan serat dan cecair.
"Anak saya dirawat di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) selama dua minggu," kata Suraya lagi.
Sehubungan itu, beliau mendesak kekerasan fizikal terhadap kanak-kanak sekolah tahfiz tidak harus dibiarkan.
"Penderaan seperti ini perlu dihentikan. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi Muslim yang baik, bukan untuk dipukul seperti ini," tambahnya lagi.

Wednesday, April 26, 2017

Kesian budak ni.........innalillahi wainna ilaihirrojiun

Al fatihah untuk rohnya
Adakah sekarang dah jadi kes bunuh?

Mohamad Thaqif Meninggal Dunia
Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 2:44 PM
Oleh: YEE XIANG YUN
editor@mstar.com.my 
JOHOR BAHRU: Pelajar lelaki  berusia 11 tahun yang kakinya dipotong berikutan penderaan fizikal dipercayai dilakukan seorang pembantu warden di sebuah sekolah agama di Kota Tinggi telah meninggal dunia.

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan bahawa anaknya Mohamad Thaqif Amin, meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.05 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail ketika mereka sedang membaca doa kepadanya.

Anaknya dimasukkan ke hospital berkenaan minggu lalu susulan kakinya bertukar hitam selepas dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya terpaksa dipotong Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

Ini komen anak aku di fbnya
Fakhron Diyana Fakruddin shared The Star Online's post.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Please listen to our kids, and if you have to send them to boarding school then keep them on close tabs. There are too many sick people these days because our society is ridden with social diseases.
And i still think primary schoolers shouldnt be dumped into boarding schools.

Dengan bawaan politik mereka sekarang, Terengganu akan melopong, Kelantan terlepas!

Pas disaran fokus Kelantan, Terengganu pada PRU14
ATIRAH HASLI - 26 APRIL 2017
Suhaizan Kayat

SHAH ALAM - Pas disarankan untuk fokus pada kemenangan PRU14 di Kelantan dan Terengganu sahaja.

Ini kerana menurut Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat, Pas hanya akan mendapat undi tercorot di seluruh negara berbanding di dua negeri tersebut.

Menurutnya lagi, pengunduran Pas untuk bertanding di seluruh negeri adalah cara terbaik untuk menjatuhkan BN dalam PRU akan datang.

"Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini. Pas akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu. 

"Dalam PRU14 lebih baik Pas fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah keduanya. Negeri lain serah pada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan BN dalam PRU14," katanya seperti yang dipetik di laman sosial Facebook miliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: BN kekal memerintah, Pas akan kalah PRU14]

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia, menunjukkan Amanah mengatasi Pas sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14.

Rafizi menerusi sidang media semalam berkata, perkara ini berlaku kerana undi bukan Melayu tidak memihak kepada Pas sekali gus memberi kelebihan kepada Amanah.

Terhutang budi, tergadai body ker apa ni?

China ceroboh Sarawak, mengapa diam, soal PKR

  | April 26, 2017
Pemuda PKR berkata sikap Malaysia seolah-olah tidak menghiraukan kedaulatan Malaysia dicerobohi.
PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri Malaysia selepas laporan beberapa kapal pertahanan China kerap menceroboh perairan Sarawak.

“Hal ini jelas merupakan satu cabaran ke atas kedaulatan negara kita dan Putrajaya sepatutnya mengambil pendirian lebih tegas untuk membantah kehadiran kapal-kapal negara China ini,” kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik 2 badan pemikir berpusat di Amerika Syarikat, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dan Pusat Kajian Lanjutan Pertahanan, yang mendapati Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan Sarawak.
Menurut laporan itu, 3 kapal milik pasukan itu berada dalam perairan yang dituntut Malaysia dalam tempoh 2 bulan antara Disember 2016 dan Februari tahun ini.
Kapal tersebut dikesan di sekitar Gugusan Beting Raja Jarun and Gugusan Beting Patinggi Ali yang merupakan sebahagian Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, kira-kira 160 km dari persisiran Sarawak.
Kedua-dua gugusan itu turut dituntut China dan seterunya Taiwan.
Nik Nazmi membandingkan sikap kerajaan kali ini dengan bantahan diplomatik terhadap China pada 2015, selepas kapal CCG memasuki zon tersebut.
“Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.
“Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?” soal beliau.
Hubungan ekonomi Malaysia-China sejak kebelakangan ini menjadi perdebatan, di sebalik kontrak berbilion ringgit melibatkan syarikat besar China memajukan infrastruktur seperti kereta api dan pelabuhan.
Pengkritik menyifatkan kebanjiran syarikat gergasi China di Malaysia bakal memberikan kesan buruk kepada syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing.
Nik Nazmi berkata pencerobohan China di perairan Malaysia menunjukkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Ia seakan-akan memberi peluang untuk negara asing seperti China menerobos negara ini termasuk di dalam hal politik dan ekonomi,” katanya sambil merujuk skandal 1MDB.
“Kebergantungan kepada China untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang mengalami kerugian berbilion akibat skandal besar juga telah melemahkan pendirian diplomatik negara.”
“Jika Putrajaya terus gagal mengambil pendirian lebih tegas di dalam hal ini maka jelaslah bahawa pentadbiran Najib Razak kini tidak lagi mampu menegakkan kedaulatan negara dan hanya akan terus mengundang campur tangan negara asing.”

Kaitan: Kapal asing lolos perairan Malaysia, ditahan tentera laut Indonesia

Bayaran 1MDB kepada Aabar: Dipersoalkan oleh Ahli PAC dan UMNO sendiri

Mana perginya bayaran 1MDB kepada Aabar - ahli PAC tanya MOF
Zikri Kamarulzaman    Hari ini, 9:53 pagi
Apa yang berlaku kepada pembayaran sebelum ini dari 1MDB kepada Aabar Abu Dhabi?

Soalan ini dibangkitkan oleh MP Kulim Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang juga salah seorang wakil BN dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Aziz berkata demikian berikutan pengumuman penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC), yang dimiliki oleh kerajaan Abu Dhabi.

"Saya menyokong penyelesaian itu... tetapi Kementerian Kewangan mesti menjelaskan kepada PAC mana perginya pembayaran yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar sebelum ini," kata Aziz (gambar) ketika dihubungi Malaysiakini.

IPIC memulakan prosiding timbang tara tahun lepas untuk menuntut AS$6.5 bilion daripada 1MDB. Penyelesaian itu diumumkan semalam.

Menurut pemfailan yang dibuat kepada Bursa Saham London, IPIC berkata ia akan menerima AS$1.2 bilion dalam dua bayaran yang sama pada 31 Julai dan 31 Disember

Pemfailan itu juga menyatakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk "membuat baik perbincangan iman berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh Kumpulan 1MDB kepada entiti tertentu ".

Walaupun ia tidak menyebut siapakah "entiti tertentu", namun ia mungkin merujuk kepada pembayaran AS$3.5 bilion yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar BVI), yang diperbadankan di Kepulauan British Virgin.

Menurut laporan PAC mengenai 1MDB yang diterbitkan tahun lepas, AS$3.5 bilion tersebut adalah daripada empat transaksi berasingan kepada Aabar BVI - atau Aabar Ltd seperti yang dinamakan dalam laporan itu.

Yang pertama adalah AS$1.367 bilion deposit sekuriti bagi AS$3.5 bilion bon 1MDB dengan bantuan IPIC, diikuti dengan pembayaran AS$993 juta
bagi penamatan opsyen bon.

Terdapat juga dua bayaran sebanyak AS$885 juta dan AS295 juta, yang menurut PAC, ia tidak dapatpastikan sama ada ianya deposit sekuriti atau sebahagian daripada bayaran opsyen penamatan.

IPIC telah berkata bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan Aabar BVI dan ia juga tidak menerima pembayaran itu

1MDB berkata ini mengejutkan, dengan mendakwa bahawa rekodnya menunjukkan Aabar BVI dimiliki oleh IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar).

Amanah atasi Pas: Batul ke analisa ni?

Amanah atasi Pas dengan kelebihan 3.6 peratus
26 April 2017 | ARIF ATAN
Analisis Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati daripada segi sokongan rakyat, Amanah sudah mengatasi Pas dengan berada pada 16.1 peratus berbanding 12.5 peratus bagi Pas.
Rafizi Ramli Rafizi RamliKelebihan 3.6 peratus itu kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdasarkan kaji selidik sepanjang Februari sehingga April tahun ini.
Mengumumkan dapatan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI), beliau berkata, Amanah berbeza dengan Pas kerana parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu hanya tertumpu di Kelantan dan Terengganu.
"Kalau Pas bertanding 8 kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi di Kelantan. Jadi, kalau menang sapu bersih 22 kerusi Parlimen pun itu hanya 10 peratus.
"Di tempat lain oleh sebab 80 peratus ke bawah Melayu dan Pas tidak dapat sokongan bukan Melayu berbanding Amanah," ujarnya.
Rafizi berkata, Amanah sama seperti Bersatu sebagai parti baharu yang belum pernah lagi diukur kekuatannya melainkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu.
"Kedua-dua PRK itu berlaku dalam keadan Pakatan Harapan kalah besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dan masalah-masalah lain," jelasnya.
Sementara itu, suasana Kedah, tambahnya, berbeza susulan kemunculan Bersatu dengan Tun Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai pemimpin parti berlogokan bunga raya itu.

Tuesday, April 25, 2017

Wang dari siapa untuk bayar ni?

Tuesday, 25 April 2017
BAYAR GUNA WANG SIAPA?
Sepertimana yang dimaklumkan kepada Bursa Saham London, 1MDB dan IPIC akhirnya telah  berjaya mencapai penyelesaian berhubung pertikaian antara mereka yang melibatkan jumlah wang berbilion dolar.

Yang dipersetujui ialah 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion atau RM5,300 juta sebagai bayaran awal  kepada IPIC dalam dua kali pembayaran iaitu pada Julai dan Disember 2017.

Selain itu, 1MDB dan Kementerian Kewangan turut bersetuju memikul tanggungjawab terhadap dua bon bernilai AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta beserta faedah yang akan matang pada tahun 2022.

Selain itu, jumlah faedah keseluruhan perlu ditanggung oleh 1MDB pula adalah berjumlah kira-kira RM4,500 juta.

Jumlah keseluruhan kasar ialah hampir RM25,000 juta.

Persetujuan penyelesaian itu ialah berikutan sebelum ini IPIC telah membawa 1MDB ke Tribunal Timbangtara Antarabangsa untuk menuntut bayaran keseluruhan AS$6.5 bilion atau hampir RM28,000 juta atas kegagalan memenuhi obligasi kontrak yang telah dipersetuju berkaitan terbitan bon antara kedua-dua syarikat.

Jika kita masih ingat, bayaran untuk terbitan bon AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS inilah yang telah dilencongkan kepada sebuah syarikat klon bernama Aabar Investment PJS Ltd atau dikenali juga sebagai Aabar BVI kerana ia didaftarkan di British Virgin Island.

Daripada wang yang dilencongkan itulah wujudnya pelbagai pendakwaan dan hukuman berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram di Singapura, juga kemungkinan pendakwaan di Switzerland serta saman sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas pelbagai harta dan kekayaan melibatkan Jho Low serta anak tiri Najib, Riza Aziz.

Dalam kertas siasatan Jabatan Kehakiman juga disebut bahawa daripada AS$3.5 bilion yang dilencongkan itu turut disalurkan ke dalam akaun peribadi Malaysian Official 1 dengan jumlah keseluruhan AS$731 juta atau lebih RM3,200 juta.

Dengan persetujuan membuat bayaran baru serta memikul tanggungjawab itu, bermakna bayaran  kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali.

Bayaran pertama sudah hilang kerana dilencongkan dan kini, bayaran kedua dipersetujui untuk dilaksanakan.

Duit daripada mana untuk membayar semua RM25,000 juta itu?

Kalau bukan duit pembayar cukai atau duit kita semua sebagai rakyat, adakah ia akan dikutip melalui 3.5 juta ahli-ahli UMNO di seluruh negara atau adanya bantuan daripada Negara China misalnya?

Kemudian, apa jadi kepada AS$3.5 bilion atau RM15,000 juta yang dilencongkan sebelum ini?

Lesap begitu saja?

Sebelum ini Menteri Kedua Kedua, Johari Abdul Ghani ada menyebut bahawa kerajaan akan lawan proses timbang tara di mahkamah London itu kerana yakin akan memenanginya berdasarkan dokumen-dokumen yang dimiliki.

Kenapa sekarang mengalah dan setuju membuat pembayaran?

Dua tiga hari lalu, Johari sekali lagi mengulangi bahawa Kementerian Kewangan tidak terlibat dalam penyelesaian dengan 1PIC kerana ia katanya, dilakukan oleh 1MDB dan pegawai dari Pejabat Perdana Menteri?

Kenapa Kementerian Kewangan tidak dilibatkan dalam sebarang rundingan sedangkan 1MDB itu sendiri terletak di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan?

Tidakkah dengan melibatkan Pejabat Perdana Menteri dalam rundingan penyelesaian itu,  ia boleh dianggap wujudnya konflik kepentingan dan bertujuan untuk melindungi bukan saja Perdana Menteri, tetapi juga Jho Low dan Riza Aziz?

Tidakkah juga dengan setuju membuat pembayaran itu bermakna suatu pengakuan daripada 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri bahawa memang wujud kehilangan wang yang digembar-gemburkan di seluruh dunia sebelum ini?

Sementara Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah dan sedang mengambil tindakan, sebaliknya di negara kita semua kes berkaitan 1MDB seolah-olah dilindungi dan diberikan keistimewaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berasingan malam tadi berkata, perkembangan penting ini menunjukkan kemajuan positif berterusan dicatatkan oleh 1MDB yang kini hampir menyelesaikan program rasionalisasinya.

Hebat kan? Barangkali inilah tafsiran baru "Malaysia Boleh" dalam era transformasi sekarang ini, malah terpaksa bayar dua kali pun masih lagi dikata sebagai kemajuan positif!!

Seorang kenalan berketurunan Arab dalam reaksinya sambil minum-minum malam tadi hanya mampu berkata, "Beb...ini betul-betul harami punya kerja." (ShahbudinHusin 25/04/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 09:34

Muktamar PAS: Nape pulak Azmin yang berdebar?

Tuesday, April 25, 2017
Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?
Siapa berselfie dengan siapa, Hadi ke Azmin

Mukatamar Pas ke-62 yang akan berlangsung empat hari lagi tidak mendebarkan banyak pihak dalam kalangan Pas terutama pemimpin tertingginya. Walaupun ada pencabar untuk jawatan naib presiden, tetapi ianya bukan suatu yang menarik untuk dinanti-nantikan dan tidak begitu mendebarkan. 

Sama ada berjaya atau tidak ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan menjadi salah seorang naib presiden, ia bukan perkara yang dinanti-tunggukan.

Begitu juga sama ada ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Selangor (kurang hafal namanya, maaf) salah seorang yang akan tersingkir, ia juga bukan sesuatu yang ingin diketahui. Cerita tersingkirnya sesiapa penyandang kerusi naib presiden kini dengan digantikan oleh Nasaruddin bukan menyeronokkan untuk didengar dan ia bukan cerita box-office di sini. 

Idris Ahmad
Bagi saya, kedudukan Pesuruhjaya Pas Selangor yang menjadi salah seorang naib presiden kini mungkin selamat. Kedudukannya di Selangor yang mana Pas ada menyimpan hajat dan telah membuka "cekandi" nafsunya untuk mengusai Selangor, pastilah naib presiden itu menjadi bakal calon MB daripada parti agama (Pas) itu. Sudah tentu bakal calon MB akan diselamatkan dalam apa juga game dan perlawanan. Kalau bakal calon tidak diselamatkan macam mana dia hendak dilantik menjadi MB.

Kenyataan dikeluarkan yang Pas Selangor akan bertanding 45 dari 56 kerusi DUN di Selangor jelas menggambarkan Pas tidak lagi mengharapkan pihak lain memimpin Selangor sebaliknya mereka mengidamnya sendiri. Sama ada hasrat itu sebagai mimpi di siang hari atau igauan di senja sore, tetapi itulah kenyataanya. Ada bantal dan tilam untuk Pas Selangor tidur dan ia boleh bermimpi.

Idris mungkin tergugat

Kalau pun tergugat ialah Idris Ahmad. Latar belakang pendidikannya bukan berasal dari Timur Tengah, Mesir atau Madinah menjadi faktor untuk beliau ditolak dan diganti dengan golongan Azhar atau Timur Tengah. Pemonopolian "belaka" jawatan Pas di kalangan lepasan Timur Tengah sedang menyala dan dijadikan aset dalam parti itu. Selain itu Idris juga dikatakan kurang disenangi memandangkan kenyataan dan ulasan-ulasan politiknya sama standard dan sekelas dengan kenyataan dan ulasan politik Mohd Amar Nik Abdullah menggunakan metafora Abu Nawas.

Bagaimana pun kedudukan Mohd Amar (Nik Amar) saya percaya beliau selamat kerana beliau akan diselamatkan. Sebagai orang yang bakal mengambil alih teraju MB Kelantan selepas Piruam akan datang Nik Amar akan dikekalkan. Mereka yang suka dengan cara politik "kecek huduh" Nik Amar akan memastikan beliau kekal di kerusi naib presiden di tempat pertama?

Dalam catatan ini saya tidak mahu menyorot mengenai apa yang berlaku dalam Pas, melebih daripada apa yang telah saya sebutkan di atas tadi kerana tidak ada apa-apa penantian mendebarkan dan dramatik lagi. Apa yang ditunggu akan berlaku perubahan kepimpinan bagi meletakkan Pas di atas landasan yang real sudah tidak akan berlaku lagi.

Pas kini sedang mengalami musim luruh dan bertukar musim. Musim ini akan kekal setidak-tidak sehingga Piraum akan datang. Kalau kepimpinan dan suasana Pas akan berubah pun selepas parti itu mengalami kekalahan teruk nanti.

Pas akan tetap kekal seperti sekarang selagi Hadi Awang masih jadi presiden dan Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi timbalan presiden. Tidak banyak beza antara kopiah Hadi dengan kopiah Tuan Ibrahim, sama-sama bulat kalaupun berbeza dari segi warna -- colour sahaja. Perbezaan warna tidak memberi apa-apa nilai dan kesan kepada orang kabur penglihatan atau pun kalau ia dilihat diwaktu malam, tanpa nur.

Kedudukan PKR Selangor

Sebaliknya apa yang hendak dianalisa di sini ialah mengenai muktamar itu ialah menegnai kedudukan PKR khususnya di Selangor dan juga nasib menteri besarnya Azmin Ali. Muktamar Pas kali ini saya percaya bukan sahaja sedang diperhati oleh pemerhati tetapi ia sedang ditunggu hasilnya oleh PKR khasnya oleh timbalan presidennya, Azmin. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor dan juga MB Selangor.

Situasi ini berlaku ekoran adanya suara-suara dalam Pas yang mahu memutuskan hubungan politik parti itu dengan PKR. Beberapa kawasan Pas dan begitu juga dengan Dewan Pemuda Pas telah pun membuat usul agar muktamar memutuskan hubungan dengan PKR. Usul inilah juga yang saya rasakan ditungu-tunggu oleh pemerhati muktamar Pas dan ia menjadi perhatian khas Azmin Ali.

Seandianya muktamar Pas menerima usul berkenaan ia memberi implikasi besar dari berbagai-bagai sudut khasnya kerjasama politik PKR - Pas. Terutamanya ia akan merubah senario politik di Selangor. Penerimaan usul itu nanti akan merubah status atau persefahaman politik kedua-dua parti itu yang terjalin hari ini. Penerimaan usul itu akan meretakkan hubungan di antaranya keduanya yang kini sudah pun ada retak-retak kecil.

Ia boleh menjejaskan kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor itu sendiri dan ia juga menyebabkan Azmin Ali mengarap pelan politik lain kalau usul itu diterima sebulat suara nanti. Inilah yang saya rasakan sesuatu yang menarik dalam muktamar yang akan berlangsung di Kedah itu.

Bagi Azmin tentu beliau tidak seronok dengan cadangan usul berkenaan, dan pasti dia tidak setuju Pas memutuskan hubungan dengan PKR. Kenapa, sebab baginya kewujudan Pas di Selangor sangat penting dalam membantu dan memberi semangat kepadanya. Umum tahu bahawa keberadaan Azmin di kerusi MB itu adalah hasil daripada projek Langkah Kajang yang gagal. Tanpa ada projek LK itu Azmin tidak akan berada di situ.

Azmin pula mendapat bantuan padu daripada Pas untuk membolehkan dia duduk di kerusi MB. Cerita ini tidak perlu saya selak dan buka lagi kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum,. Secara peribadi juga saya tahu bagaimana persepakatan Azmin dengan Pas (baca Hadi Awang) yang diuruskan oleh Mustapa Ali. Saya tahu bila dan bagaimana ia bermula.

Sebab itu Azmin dilihat selesa dan serasi dengan Hadi walaupun presiden Pas itu bukan sedikit menyakiti hati presidennya sendiri dan juga Penasihat Umum partinya, Anwar Ibrahim. Perkara ini mungkin boleh disahkan oleh Saifuddin Nasution Ismail.

Berbalik kepada situasi yang berlaku dalam Pas kini dan juga pengusulan oleh Pas itu, wajar untuk Azmin berasa berdebar menanti keputusan muktamar berkenaan. Muktamar itu memberi signifikan tersendiri kepadanya. Sekiranya muktamar mengambil keputusan tahalul syiasi dengan PKR terputus, secara automatik hubungan Azmin dengan Pas Selangor juga terpenggal. Mala petaka itu berat bagi Azmin.

Bukan itu sahaja ia juga turut menimbulkan mala petaka kepada Pas. Ketiga-tiga orang Exco dan timbalan Speaker Dun Selangor daripada Pas juga boleh didesak untuk berundur. Demikian juga dengan ratusan penjawat lantik politik. Jika kedudukan penjawat itu kekal maka orang akan lihat aneh dan ganjillah kerajaan pimpinan Azmin.

Secara logiknya Pas tidak akan mengambil keputusan demikian. Mungkin akan ada muslihat kalau pun usul itu diterima dengan mengecualikan kedudukan Pas di Selangor. Ia boleh diubah atau dipindah sedikit, hubungan Pas dengan PKR di Selangor akan putus dari sudut parti tetapi bukan dari sudut kerajaan. Mungkin ini akan berlaku. 

Boleh jadi juga ketetapan dicapai dalam muktamar itu nanti akan dilaksanakan selepas Piraum bukannya sebelum Piraum ke-14? Keistimewaan dan keenakan apabila ada kedudukan dan pangkat tidak siapa berani mengorbankannya dan ia juga perlu dipertimbangkan Pas akan untung dan ruginya. Saya juga yakin untuk meredakan keadaan itu kalau Pas menjemput Azmin hadir pada perasmian mukatamr Pas itu beliau akan hadir degan seselambanya.

Kenapa saya kata Azmin yang berdebar menanti keputusan muktamar Pas itu? Ada beberapa perkara kenapa Azmin berkeadaan demikian. Dia sangat sayang dengan kedudukannya sebagai MB. Jawatan MB bukan sembarangan dan senang untuk diperolehi. Untuk menjadi timbalan presiden PKR lebih mudah daripada menjadi MB Selangor, yang diperolehi melalui pelan Langkah Kajang. Jawatan disandang Azmin itu bolehlah dianggap sebagai bernasib baik sahaja, tersangkut kepadanya.

Apabila pelan Langkah Kajang gagal untuk menggantikan Dr Wan Azizah dengan Khalid Ibrahim, mengikut adat dan pendirian berpolitik, Azmin sepatutnya tidak menerima "tawaran" jawatan MB itu setelah Sultan dikatakan tidak mahu menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti mana dakwa Abdul Hadi Awang. Apa hendak jadi pun, dan betapa dia mahukan jawatan itu Azmin harus menolak demi menjaga maruah dan integriti partinya. Tetapi kenapa apabila namanya dicalonkan beliau "berlari" untuk mengangkat sumpah?

Justeru hari ini Azmin sangat menyayangi jawatan MB dan jawatan itu seakan titik awal dan akhirnya dalam politik. Mengapa tidak dengan jawatan itu beliau bukan saja boleh merancang pembangunan untuk rakyat tetapi ikut sama merancang masa depannya dalam PKR. Tiada puncak yang sedang direnung dan ditinjau sekarang ini melainkan presiden PKR. Beliau boleh dan sedang menggunakan jawatan itu untuk merukas ke atas. Perkara ini lumrah dalam politik.

Lantaran itu melihat cara dia berpolitik, mengguna dan mengeksplotasikan jawatan itu seakan dia lebih mementingkan jawatan itu daripada maruah dan semangat hubungan partinya dengan pembangkang terutamanya DAP di Selangor. Azmin boleh memperlekehkan parti AMANAH tetapi tidak DAP, kerana DAP adalah asas kepada kewujudan kerajaan yang dipanggunginya sekarang.

Apa yang Azmin balas budi kepada dua wakil Amanah dalam DUN Selangor yang bertindak berani tanpa peduli kecaman untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat, yakni Saari Sungip (Adun Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Adun Morid)? Mungkin saya tidak nampak apa yang Azmin laku atau hargai tindakan berani mereka berdua itu?

Seandai muktamar Pas mengambil keputusan sebulat suara memutuskan hubungan dengan PKR apa yang akan Azmin lakukan? Juga apakah akan berlaku kepada nasib kerajaan Selangor kini yang didokong oleh DAP, PAS dan Amanah bersama PKR?

Untuk ini saya tidak mahu membuat spekulasi di sini. Tunggu sehingga muktamar Pas itu lengsai.

Mengenai usul berkenaan ada dua kemungkinan akan berlaku; usul itu diterima tetapi tidak akan dibahaskan, ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat Pas. Jika ini berlaku bermakna debaran Azmin akan meredakan sedikit. Kemungkinan akan berlaku kesimpulan-kesimpulan di atas tadi. Bahawa dalam pilihan raya nanti Pas tetap bersama PKR. Kalau formula ini diambil belum tentu lagi kalau Selangor berjaya dikuasai PKR bersama Pas, MBnya adalah Azmin Ali.

Begitu juga kalau wujud kerjasama anih di Selangor di mana Pas masih bersama Pakatan Harapan, melawan BN satu lawan satu, MBnya belum tentu juga Azmin lagi. Sikap playsafe Amin mungkin menyebabkan dia tidak disenangi. Semua kemungkinan mendebarkan Azmin dan jika ia berlaku dan terjadi adalah kerana komplikasinya yang terlahir dari cara playsafe Azmin berpolitik. [wm.kl.1:09 t/hari 25/04/17]