Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 21, 2017

Pulang ke ganggang: 2 'dalang' yang tarik Mat Taib

Rabu, 20 September 2017
2 'dalang' yang tarik Mat Taib pulang ke Umno

Ramai tertanya-tanya sebab yang membuatkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, seorang bekas menteri besar Selangor yang pernah bersama pembangkang menyertai semula Umno.

Ada pihak yang mendakwa kononnya rancangan asal adalah Muhammad membawa bersama lapan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR bersama ramai lagi wakil rakyat lain untuk merampas Selangor seperti yang berlaku di Perak.

Adakah beliau benar-benar kecewa dan merasakan selama berada bersama pembangkang hanya sia-sia belaka? Atau mungkinkah beliau ditawarkan jawatan menteri besar Selangor jika BN dapat menawan semula negeri tersebut pada pilihan raya umum kali ini?

Hanya Muhammad sendiri yang tahu kenapa beliau memilih untuk bersama Umno semula.

Malah, gara-gara kemasukan semula Muhammad ke dalam parti itu, semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno terpaksa berpusu-pusu ke ibu pejabat Umno pada petang Ahad lalu. Ini termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terpaksa menyingkatkan lawatan kerjanya ke Perlis.

Ingatkan apa yang penting sangat, rupanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu mengumumkan Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Mat Taib menyertai semula Umno selepas lima tahun bersama PKR dan PAS.

Dalang yang memujuk 

Tetapi yang pasti ada pencatur atau 'dalang' yang memainkan peranan “memujuk” semula rajuk Muhammad.

Satu sumber memaklumkan bahawa usaha ini dimainkan oleh Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar sendiri dan anggota MT Umno Datuk Seri Abdul Azeez Rahim – seorang menteri kabinet, seorang lagi merupakan pengerusi Tabung Haji.

Menurut sumber juga, rundingan itu dilakukan semasa mereka bersama-sama menunaikan haji pada antara penghujung Julai dan Ogos lalu. Kebetulan dikatakan telah menyebelahi Noh dan Azeez.

Sejauh mana kebetulan itu, tiada sesiapa yang tahu. Dalam masa yang singkat, nampaknya Noh dan Azeez berjaya ‘meyakinkan’ Muhammad atau nama gelarannya Mat Tyson supaya kembali ke Umno.

Menurut sumber lagi, antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan di tanah suci itu adalah berkisar rasa kesal Muhammad ketika berada dalam PKR.

Minta restu PM 

Sementara itu, sumber yang terdekat dengan Umno Selangor juga berkata, Noh dan Azeez kemudian mengemukakan kejayaan itu kepada Najib dan mendapat lampu hijau.

Penulis cuba untuk mendapatkan reaksi Muhammad sendiri mengenai dakwaan berkenaan tetapi ketika ini, Muhammad berada di luar negara.

Melalui pesanan WhatsApp beliau memberitahu: “Mudah-mudahan (kemasukan dalam Umno) ada kesan. "Biarlah mereka (pembangkang yang perlekehkannya) syok sendiri. He who laughs first, laugh last,” katanya ringkas.

Muhammad berkata demikian ketika ditanya reaksinya apabila pembangkang dilihat ‘mengejek’ tindakan bekas pemimpin itu yang kembali ke parti lama.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya tugas yang akan digalas bekas ADUN Batang Kali itu setelah kembali ke Umno semula.

Tiada rancangan khas 

Diajukan soalan, sumber berkata, setakat ini tiada perancangan khas tetapi mereka berharap dengan pengalamannya mentadbir Selangor selama 11 tahun akan membantu BN menawan semula negeri berkenaan.

Sumber tersebut turut menafikan wujudnya cubaan menggulingkan kerajaan Selangor dengan membawa lapan ADUN PKR untuk menyertai Umno. "Dakwaan itu (lapan ADUN PKR masuk Umno) tak logik. Kerana pilihan raya umum ke-14 dah semakin hampir,” kata sumber itu, merujuk kepada laporan sebuah portal sebelum ini.

Penulis juga cuba menghubungi Noh dan Azeez dan masih menunggu respon daripada mereka berdua berkaitan dakwaan itu.

Berhubung Mat Taib, setelah lama menyepi, masih tidak pasti sama ada beliau mampu melakukan comeback.

Walaupun berjaya membangunkan Selangor selama 11 tahun pentadbirannya, Mohamad lebih dikenang dengan kegagalan mengisytiharkan wang tunai bernilai jutaan dolar yang dibawa ke Australia. Mahkamah kemudian mendapati beliau tidak bersalah.

Namun nasi telah menjadi bubur selepas itu. Muhammad pun meletak jawatan dan menjelang pilihan raya umum ke-13, beliau menyertai PAS dan berkempen untuk pembangkang.

Kali ini anak jati Selangor itu mungkin akan berkempen atas pentas BN pula, menyerang sekutu-sekutu lamanya.

Besarkah pengaruh seorang Mat Taib dan mampukah bubur kembali menjadi nasi? Masa akan menjawab soalan-soalan ini.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 9:37:00 PTG 

Wednesday, September 20, 2017

Ubah wang haram: Mahkamah Kanada bicara syarikat berkaitan Taib Mahmud

Mahkamah Kanada bicara kes ubah wang haram syarikat berkaitan Taib Mahmud
TMI - Dikemaskini 27 minit yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2017 2:50PM · 
NGO Switzerland mendakwa keluarga Gabenor Sarawak Taib Mahmud menyalurkan jutaan ringgit kepada Sakto Corporation. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 September, 2017.

MAHKAMAH Tinggi Ontario di Kanada memutuskan kes pengubahan wang haram terhadap syarikat kumpulan hartanah yang dikaitkan dengan Gabenor Sarawak Taib Mahmud akan dibicarakan secara terbuka, kata Bruno Manser Fund (BMF) hari ini.

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Switzerland itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Royal Bank of Canada, Bank Toronto-Dominion, Manulife Financial Corporation dan Deloitte & Touche untuk mendapatkan rekod kewangan daripada Sakto Corporation yang berpusat di Ottawa, yang ditubuhkan pada 1983 oleh Jamilah Taib Murray, dengan hadiah daripada bapanya sebagai permulaan modal.

Kumpulan ini mahukan perintah mahkamah yang akan memaksa pihak bank dan juruaudit mendedahkan maklumat dan rekod pemilikan benefisial untuk menunjukkan aliran dana dari Malaysia kepada syarikat Kanada milik keluarga Taib itu.

Di bawah undang-undang Kanada, syarikat swasta tidak perlu mendedahkan pemegang saham mereka secara terbuka.

BMF berkata tidak pernah ada perintah sedemikian – perintah Norwich Pharmacal – diberikan kepada plaintif yang ingin memulakan pendakwaan jenayah.

Dalam video YouTube yang dimuat naik semalam, pengarah BMF, Lukas Straumann menjelaskan tindakan undang-undang organisasi di Kanada itu terhadap keluarga Taib, yang digambarkannya sebagai "sangat berkuasa, sangat kaya dan sangat korup".

Taib adalah gabenor Sarawak dan pernah menjadi ketua menteri selama lebih 30 tahun.

"Jamilah, berusia 23 tahun, memulakan perniagaan jutaan dolar dengan wang daripada ayahnya yang dikatakan didapati secara sah. Kami berkata ia diperoleh melalui rasuah, wang yang dicuri," kata Lukas dalam video berdurasi kurang dua minit.

"Kami telah menyaman tiga bank di Kanada, kami mahu rekod bank Sakto, syarikat Jamilah, diberikan kepada kami kerana kami sedang mempertimbangkan untuk melakukan pendakwaan swasta.

"Tiada pendakwa raya memburu syarikat itu kerana dakwaan pengubahan wang haram, jadi sebagai organisasi swasta, kita perlu melakukannya," katanya. – 20 September, 2017.

* Heran tu dari mana dia dapat RMjuta, juta, juta tu?

RCI Forex: Orang tua yang dah pelupa pun jadi saksi?

Anak bekas ketua audit beritahu RCI bapanya mudah lupa
BERNAMA  - September 19, 2017 7:18 
Anak kepada bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urusniaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa bapanya tidak dapat memberi keterangan disebabkan keadaan kesihatannya.

Rizal, yang juga anak kedua Ishak dan saksi terakhir memberitahu tribunal lima anggota itu bahawa bapa yang berusia 85 tahun tidak dapat memberi keterangan kerana mudah lupa ingatan.

Beliau berkata bapanya mula mengalami gangguan kognitif (cognitive impairment) sekitar 2007 dan keadaan itu menyebabkan beliau tidak dapat mengingati banyak peristiwa pada masa-masa lalu.

Ishak menjadi ketua audit negara antara 1986 dan 1994.

Rizal berkata bapanya ingat peristiwa yang berlaku tetapi beliau tidak ingat butir-butirnya.

Rizal memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja itu bahawa adalah untuk demi kepentingan, panel mempertimbangkan alternatif lain.

Saksi itu berkata bapanya menganggap dirinya berusia 70 tahun tetapi beliau sekarang berusia 85 tahun.

Tetapi apabila menceritakan mengenai butiran kerja, sebagai sebahagian daripada gterapi, saya bercerita mengenai kerjanya supaaya beliau dapat mengaitkannya dan memberikan tenaga,” kata beliau.

Ketika ditanya oleh pegawai pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim sama ada beliau dapat mengemukakan laporan perubatan kepada suruhanjaya untuk mengesahkan keadaan bapanya, Rizal menjawab beliau dapat berbuat demikian.

Dalam prosiding hari ini, panel RCI diketuai oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan juga menangani beberapa isu yang dibangkitkan oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Haniff meminta Mohd Sidek menarik balik atau membatalkan kenyataan kesimpulannya yang dibuat mengenai kerugian urus niaga mata wang asing berjumlah sekurang-kurangnya RM31.5 bilion antara 1991 dan 1994 pada hari pertama prosiding pada 21 Ogos tahun ini.

Selepas menimbang dengan teliti perkara itu selama kira-kira 20 minit, Mohd Sidek berkata RCI akan membuat kesimpulan muktamad selepas menyimpulkan laporannya.

“Isu kesimpulan tidak timbul. RCI akan memuatkan kesimpulan dalam laporannya,” kata beliau.

Haniff Khatri juga menggesa RCI membuat laporan polis terhadap Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berhubung kenyataan dalam laporan Malaysiakini pada 8 Sept yang memetik Ketua Pengarah Jasa Mohd Puad Zarkashi yang antara lain menuduh bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Dr Mahathir berhubung skandal mata wang asing.

Mohd Sidek bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk mengemukakan laporan polis.

“Mungkin ada banyak perkara ditulis di luar terutama dalam era siber ini. saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini, isu yang dibangkitkan oleh peguam saya tidak tahu, anggota panel yang lain juga tidak tahu. ia tidak relevan kepada kami,” kata beliau.

Mengenai permintaan Haniff Khatri untuk memanggil semula timbalan gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid ke kandang saksi untuk disoal selanjutnya, Mohd Sidek berkata suruhanjaya tidak berhasrat untuk memanggil semula saksi berkenaan.

Terdahulu, pegawai pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim memberitahu Suruhanjaya bahawa tiga orang lagi saksi terdiri daripada pegawai penyiasat, pegawai polis ASP R. Rajagopal dan pegawai Kementerian Kewangan Mohd Shahril Othman dan ketua urus niaga Chua Tiong Chin tidak memberi keterangan.

Suhaimi berkata panel tidak dapat mengesan keberadaan Chua yang bekerja di Singapura dan mereka sedia maklum bahawa beliau sekarang berkhidmat di Hong Kong sambil menambah bahawa mereka telah meminta bantuan Interpol untuk mengesannya tetapi belum ada maklumat. - sumber

Meghoyan ker berangan?

Banjir isyarat Pas akan menang besar di P Pinang, dakwa ketua pemuda
BORHAN AHMAD  -  September 20, 2017 11:12
Afnan mendakwa banjir adalah isyarat Pas akan menang besar di Pulau Pinang.

Pas yakin banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini adalah isyarat penolakan terhadap DAP di negeri itu dan Pas akan menang besar dalam pilihan raya umum nanti.

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib berkata, ia akan mengulangi sejarah di Kelantan yang menang besar dalam pilihan raya 1990 lalu.

“Banjir yang berlaku di Pulau Pinang sehari dua ini adalah isyarat, sama seperti Kelantan dahulu.

“Kelantan kena banjir besar, tahun 1990 Pas menang besar dan memerintah Kelantan,” kata Afnan dalam himpunan hijau anjuran Pemuda Pas Pulau Pinang Ahad lalu.

Katanya, banjir besar berlaku di Pulau Pinang kali ini juga berlaku di sebelah pulau iaitu di kawasan penduduk bukan Muslim iaitu Cina.

“Mereka sendiri mula marah kepada kerajaan DAP yang memerintah,” kata Afnan.

Katanya, tidak mustahil, boleh jadi dengan banjir itu orang akan mula nampak kebenaran.

“Orang akan lihat kebenaran itu ada kepada Islam yang diperjuangkan Pas Insya Allah masyakat di Pulau Pinang akan memilih Pas sebagai parti yang akan mempertahankan dasar Islam dan hak mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Pengerusi majlis dalam ceramah itu mengumumkan Pas bersedia bertanding di kesemua 40 kerusi negeri dan parlimen di negeri dalam pilihan raya ke 14 ini.

Dalam pilihan raya lalu, Pas hanya menang satu kerusi negeri iaitu Permatang Pasir manakala di kerusi Sungai Acheh calon Pas hilang wang pertaruhan apabila berlaku pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan PKR.

Calonnya Husni Mat Piah hanya mendapat 690 undi berbanding calon PKR 6083 dan calon BN yang menang mendapat 6891 undi.

BANJIR KILAT  

Banjir kilat di beberapa kawasan di bandar raya George Town pada Jumaat lepas adalah disebabkan oleh Taufan Doksuri yang menyebabkan berlaku taburan hujan luar biasa, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata ia bukan berpunca daripada limpahan air Empangan Air Itam.

Beliau berkata taufan itu mengakibatkan kapasaiti taburan hujan pada hari tersebut sebanyak 270 milimeter (mm) iaitu bacaan luar biasa yang direkodkan di Pulau Pinang, selain turut meningkatkan paras empangan itu sebanyak 25 peratus.

“Kebiasaannya Pulau Pinang menerima taburan hujan antara 3 mm dan 52 mm. Tetapi pada 15 Sept lepas, taburan hujan yang diterima ialah sebanyak 270 mm, maknanya luar daripada jangkaan biasa.

“Hujan luar biasa ini bukan disebabkan oleh hujan antara monsun. Ia adalah tempias daripada Taufan Doksuri yang turut melanda Vietnam selaju 165 kilometer sejam.

“Taburan hujan sebanyak 270 mm ini adalah lebih kurang hujan yang turun dalam tempoh sebulan, tapi ia turun dalam satu malam sahaja. Akibat taufan ini Pulau Pinang mendapat hujan sebanyak 270 mm dan telah mengisi Empangan Air Itam sehingga penuh,” kata Jaseni kepada pemberita ketika melawat Empangan Air Itam 17 September lalu.

* Lebih logik banjir besar Kelantan 2014 petunjuk PAS akan menggelupur di Kelantan pada PRU14 nanti!

Dah gitu gayanya, nak buat macam mana?

TALAM DUA MUKA
19 Sep 2017 | Uncategorized

1. Selama puluhan tahun Barat bersyarah dan mengkritik negara-negara membangun berkenaan korupsi di negara mereka.

2. Banyaklah laporan dibuat berkenaan betapa buruknya amalan rasuah oleh Kerajaan-Kerajaan dan pemimpin negara membangun. Kegagalan pembangunan negara-negara ini, kata Barat, disebabkan rasuah dalam seluruh jentera pentadbiran. Sudah tentu pemimpin tertinggi negara membangun semuanya perasuah.

3. Rupa-rupanya hidung tinggi mereka terhadap negara membangun menyembunyi sikap sebenar mereka terhadap rasuah. Penolakan rasuah oleh mereka terhad kepada nilai rasuah. Jika nilai cukup tinggi, prinsip penolakan rasuah terbang keluar tingkap.

4. Inilah yang sedang kita lihat sekarang.

5. Rasuah Najib diketahui di seluruh dunia. Demikian juga kecurian yang dilakukan olehnya. Walaupun di Malaysia akhbar dan TV tidak lapor apa-apa berkenaan jenayah yang dilakukan oleh Najib tetapi media sosial melapor dengan panjang lebar berkenaan Najib, Kerajaannya dan segala insiden rasuah dan salahguna kuasa olehnya.

6. Tetapi media Barat lebih lantang melapor berkenaan salah laku dan jenayah oleh Najib. Tidak ada yang disembunyi.

7. Dengan ini dunia tahu segala-galanya akan amalan rasuah oleh Najib.

8. Rakyat Malaysia percaya Kerajaan Barat yang begitu menentang perasuah-perasuah di dunia akan pulau Najib sekurang-kurangnya.

9. Amatlah mengecewa dan mengejutkan apabila dilihat jaguh-jaguh anti rasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.

10. Sebabnya ialah kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial dan senjata mereka. Yang mengabur mata mereka ialah duit berbillion yang dikipas depan mata mereka.

11. Bahawa ini adalah sejenis rasuah tidak dipedulikan. Segala rasuah dan jenayah Najib diketepikan kerana wang tunai atau cash lebih utama dari kemuliaan maruah dan prinsip. Maka dilakukan apa sahaja yang disyaratkan oleh Najib asalkan duit didapati. Demikian jikalau Najib tidak suka press, maka press diketepikan. Di mana perginya kebebasan akhbar? Ke dalam tong sampah. Ke mana pergi kebebasan bersuara? Photo-opportunity untuk Najib tipu rakyat Malaysia dipersetujui kerana bayaran USD 20 billion duit orang miskin di Malaysia.

12. Jika orang Malaysia berharap Barat dengan hidung tingginya akan bertindak ke atas jenayah yang sebenarnya dilakukan di negara mereka, di bawah undang-undang mereka, harapan ini harapan kosong. Kata Mat Salleh “if the price is right, corruption is okay. It’s not okay only if it is done by someone else”.

13. Kita tak tahu apakah yang ditawar oleh Najib untuk dibeli dari Britain. Boleh jadi pesawat – pesawat pejuang Typhoon – mungkin satu atau dua squadron. Itu boleh jadi harga untuk photo opportunity di depan No. 10 Downing Street, London.

14. Jika Malaysia boleh, Britain juga boleh, iaitu boleh pejam mata. Bukankah Malaysia negara membangun bekas tanah jajahan Britain. Bukankah kepercayaan Britain ialah apabila Malaysia merdeka ia akan merosot dan hancur. Lihat, ramalan Britain tepat. Pemimpin-pemimpin Malaysia jelas perasuah dan pencuri. Jika tidak pada mulanya, itu satu keganjilan. Sekarang ia pemimpin Malaysia, setelah merdeka sudah tunjuk warna mereka sebenarnya (true colours).

15. Kata Trump dan May. Kami hanya melakukan perniagaan. Kalau Malaysia menjadi bankrap kerana membeli barangan yang tidak diperlukan, itu masalah Malaysia. Kami perlu utamakan kekayaan kami.

Siti Kasim beri 48 jam kepada PAS untuk minta maaf

  | September 19, 2017
Siti mahu PAS memaparkan permohonan maaf pada muka depan laman sesawang Harakah Daily selama 7 hari kerana 'pembohongan yang disebarkan kepada orang ramai mengenai catatan korban'.
PETALING JAYA: PAS diberi tempoh 48 jam untuk minta maaf kepada aktivis Siti Kasim atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
“Apabila mereka buat tuduhan terbuka terhadap seorang individu dan seorang wanita seperti saya berkenaan perkara agama ia boleh membahayakan keselamatan saya kerana hari ini ada ramai pelampau yang sedia bertindak ganas terhadap orang yang mereka tidak setuju,” kata Siti Kasim kepada FMT.
“Orang yang buat tuduhan tidak berasas harus dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka itu.”
Dalam keratan surat peguam yang dimuatnaik di Facebook, PAS dituntut supaya memohon maaf kepada Siti Kasim dengan memaparkan permohonan maaf pada muka depan laman sesawang Harakah Daily selama 7 hari, dan pada kepala halaman artikel yang dipertikaikan itu, yang perlu dikeluarkan dari penerbitan mereka selepas 24 jam, termasuk versi arkib halaman terbabit.
PAS juga diminta berjanji untuk tidak menyiarkan sebarang kata-kata memfitnah terhadap Siti Kasim, dan membayar ganti rugi kerana mencederakan nama baik aktivis itu.
“Perhatikan ruang ini. Saman saya terhadap PAS dan alat sebaran mereka kerana pembohongan yang disebarkan kepada orang ramai mengenai catatan korban,” kata Siti Kasim di Facebook hari ini.
Surat peguam bertarikh 18 September itu dihantar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor Harakah Daily. Muatnaik di Facebook itu bagaimanapun tidak mendedahkan tajuk artikel yang menjadi pertikaian itu.
Namun sebelum ini Siti Kasim pernah membidas Wanita PAS kerana tidak memeriksa fakta sebenar berhubung catatannya mengenai upacara korban Aidiladha sebelum menyerangnya.
Ketua Wanita PAS Kedah Siti Ashah Ghazali sebelum itu menggesa Siti Kasim “jangan mengeluarkan kenyataan mengheret kesesatan kepada orang lain” kalau pun tidak mempercayai Al-Quran.
Siti Ashah dilaporkan berkata Siti Kasim membawa kerosakan aqidah, celupar, biadap dan menghina nabi dengan memberi gambaran nabi seorang pembohong.
Tidak lama kemudian Dewan Pemuda PAS dan beberapa wakil PAS kawasan dilaporkan membuat 7 laporan polis terhadap Siti Kasim, mendakwa aktivis itu memuat naik kenyataan yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.
Siti Kasim menganggap ahli PAS yang menyerangnya sebagai “dungu” dan gagal memahami maksud sebenar catatan itu.
Siti Kasim dalam catatan Facebook 1 September lalu menyentuh mengenai ribuan haiwan yang disembelih atas nama Tuhan sempena Aidiladha dan berkata korban bukan salah satu rukum Islam.
Beliau berkata Quran tidak menyatakan Tuhan memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.
Siti Kasim dalam catatan itu juga berkata Al-Quran tidak pernah menuntut orang Islam mengorbankan nyawa makhluk lain kerana pengorbanan sebenar ialah menundukkan ego dan menyerah kepada Tuhan.
“Implikasi yang mendasari sikap Islam terhadap acara korban bukanlah penebusan atau mencari keredhaan melalui kematian makhluk lain, tetapi untuk berterima kasih kepada Tuhan di atas rezeki itu dan pengorbanan peribadi melalui perkongsian harta benda dan makanan berharga dengan sesama manusia,” katanya.
Beliau berkata isu mengorbankan haiwan mempunyai konteks dan kewajaran dalam realiti masyarakat yang memerlukan daging untuk terus hidup dalam iklim dan budaya makan tertentu.
“Tetapi bagi kita yang hidup dalam dunia moden, kita harus mempersoalkan dengan serius amalan yang bukan sahaja telah hilang maknanya (dalam keadaan kita sekarang), tetapi juga menyumbang kepada pertumpahan darah yang tidak diperlukan dan kemusnahan alam sekitar.”
Beliau berkata bagi mereka yang perlukan daging untuk terus hidup, biarlah penyembelihan haiwan dilakukan dengan rendah diri dan menghormati nyawa yang terpaksa diambil, “dengan menunjukkan belas kasihan dan perikemanusiaan dalam keadaan yang dikesali itu”.
“Bagaimanapun, bagi kita yang tidak perlu lagi membunuh untuk terus hidup, marilah kita tidak lagi berbuat demikian semata-mata untuk memuaskan keinginan yang rakus yang terhasil daripada nafsu,” katanya.

Belum apa-apa dah lupa rabu, khamis dan jumaat?

Tuesday, 19 September 2017
"BELUM DAPAT KUASA, DAH LUPA RABU, KHAMIS, JUMAAT"
Walaupun tulisan Tun Mahathir Mohamad bertajuk "Kafirkah Saya?" ditujukan kepada Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan sehingga ini beliau belum tampil memberikan reaksinya, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad nampaknya lebih pantas membalasnya.

Selain mengatakan Tun Mahathirlah punca perpecahan, bukan saja kepada orang Melayu, tetapi juga UMNO, Idris berkata, "sekarang apabila tidak ada kuasa,  baru sedar Rabu, Khamis, Jumaat."

"Biar Tun Mahathir tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun," ujar Idris yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak.

Sesungguhnya kita tidak menafikan ada kelemahan-kelemahan tertentu sepanjang Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi tentulah sukar untuk menafikan bahawa  9 tahun Najib berkuasa jauh lebih buruk berbanding 22 tahun pemerintahannya.

Hari ini, dengan Tun Mahathir berjuang bersama Pakatan Harapan dan terus diberikan kesihatan dan pemikiran yang baik, ia mungkin suatu rahmat daripada Tuhan untuk beliau tampil menyelamatkan negara, sebagaimana kemampuannya menyerlahkan banyak kecemerlangan untuk Malaysia sebelum ini.

Rakyat yang sedar akan kerosakan tersebut serta beban sengsara yang ditanggung dalam meneruskan kehidupan, tentulah dengan sendirinya sukar menolak perjuangan Tun Mahathir sekarang.

Lebih-lebih lagi bila membayangkan kemungkinan era makin gelap dan jauh lebih menakutkan sekiranya Najib terus dikekalkan kuasanya selepas PRU 14 akan datang.

Sementara Idris mendakwa Tun Mahathir, setelah tiada kuasa, baru sedar Rabu, Khamis, Jumaat, sebaliknya apa jadi kepada Pas ketika ini?

Apa alasan  Pas semakin mendekati dan berbaik-baik dengan kleptokrat yang jauh lebih merosakkan negara?

Mengapa Pas lebih memilih haluan untuk memberi kelebihan kepada Najib terus mengekalkan kuasanya, malah dalam banyak keadaan tidak lagi menyerang UMNO dan BN, tetapi lebih ghairah menembak kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan?

Tidakkah tingkah laku Pas sekarang ini umpama belum pun dapat kuasa, tetapi sudah mula lupa kepada Rabu, Khamis, Jumaat?

Kalau Pas masih ingat Rabu, Khamis, Jumaat, apakah mempersoalkan kesilapan masa lalu Tun Mahathir lebih afdal jika dibandingkan dengan sikap berdiam diri dan redha terhadap banyak kerosakan yang ada di depan mata?

Berbanding Tun Mahathir yang masih ingat Rabu, Khamis, Jumaat, adakah ia lebih buruk daripada Pas yang semakin lupa kepada Rabu, Khamis, Jumaat?

Dengan itu, siapa yang lebih dulu harus bertaubat, banyak beristigfar dan melebihkan masa berada di atas tikar sembahyang? (ShahbudinHusin 19/09/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 16:44 

Tuesday, September 19, 2017

Kudeta yang gagal: Siapa mafianya?

Tuesday, September 19, 2017
Gagalnya "Projek Haburahman" terima kasih Mat Taib
ANALISA
Sidang media yang tidak gembirakan Najib.

Orang masih bingung mengenai sidang ahkbar Najib Razak yang hanya mengumumkan kemasukan semula bekas ahli Umno Muhammad Mohd Taib (Mat Taib) ke dalam parti itu tanpa ada episod sampingan yang lebih dramatik. Orang musykil dan pelik kenapa kalau hanya itu tujuan Najib, tanpa ada perkara lain lebih menggemparkan.

Kemasukan semula Mat Taib ke dalam parti asalnya yang telah menjadikan dia sebagai MB tidak begitu anih apabila bila kita memahami fiil dan perangai orang politik. Pengembalian itu laksana perantau tua yang kesesatan jalan dan menemui jalannya semula setelah ditunjuki oleh sang penjaga rimba, Pok Kel.

Saya sendiri sudah membuat ulasan dan perkiraan kenapa kalau Mat Taib menjilat semula ludahnya, apa yang dikatakan kepada Umno sejak dia meninggal parti itu selama lima tahun lalu. Dari tilikan saya tindakan itu kerana beliau kecewa apabila tidak mendapat layanan sewajar dalam parti diseratinya, Pas dan akhir sekali PKR.

Dalam Pas dia mendapat tempat dilantik jadi penolong ketua penerangan, sementara di dalam PKR dia tidak pun diberikan apa-apa peranan hatta menjadi budak suruhan sedangkan dia diundang khasnya untuk menyertai parti tersebut. Permainan politik Azmin Ali membuatkan dia kecewa.

Penyertaanya dalam Pas bukan mengejar kedudukan dan pangkat. Mat Taib tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. Mengikut katanya dalam Piraum ke-13 Pas menawarkan kerusi untuknya, tetapi dia tidak mahu. Dia hanya mahu bersama Pas untuk merampas Puterajaya.

Tetapi apabila beliau menyertai PKR, beliau tidak diberi apa-apa peranan, walhal dia diminta menyertai PKR. Kerana kelalaian itu maka beliau meninggalkan PKR. Kalau itu alasannya logik, tetapi kalau hanya kerana itu dipentaskan demikian rupa agak pelik pula.

Tetapi kenapa dia menyertai semula Umno. Menjilat segala air ludah dan kahaknya. Ini yang memelikkan sedikit. Menurutnya kerana dia hendak perjuangkan Melayu kerana PKR tidak memperjuangkan Melayu. Ada logiknya sebab PKR sebuah parti liberal, multi racial tidak seperti Umno. Tetapi kalau benar dia obses kepada perjuangan Melayu kenapa dia tidak kekal bersama Pas yang dilihat lebih Melayu daripada Umno waktu ini.

Beliau keluar Pas alasannya kerana tidak senang dengan perkembangan dalam Pas. Perpecahan dalam Pas adalah faktor penariknya. Beliau tidak senang dengan cara Pas mahu mengekalkan sikap konservetif memperjuangkan agama secara sempit kemudian langsung menyingkirkan 18 orang profesionalnya. 

Mencafi justifikasi.

Saya mencari dan terus mencari justifikasi sidang akhbar Najib itu. Bukan sahaja saya, orang lain juga bersetuju kalau setakat hendak umum kemasukan Mat Taib ke dalam Umno, tidak perlu ia digarap begitu rupa. Gimiknya besar sekali, sampai TPM Ahmad Zahid Hamidi memendekkan lawatan ke Perlis. Semua ahli MT dipanggil. Itu bermakna ada perkara besar yang hendak diumumkan.

Apakah benar yang sidang akhbar itu penting dan bakal membawa kesan "wau" yang hebat?

Berbagai spekulasi timbul disebalik sidang akhbar itu. Dalam banyak-banyak itu yang menarik kononnya sidang akhbar itu sebagai perletakan batu asas yang realistik bagi Najib dan UBN menyusun pelan hendak merampas kerajaan Selangor di luar pilihan raya. Ada yang membayangkan episod yang pernah berlaku di Perak dahulu hendak diulangi di Selangor. Kononnya ada lapan (8) Adun yang akan meninggalkan parti untuk bersama (menyokong) Umno. Adun itu dituding sebagai daripada PKR?

Hal ini riuh dalam media sosial selepas sidang akhbar itu. Sebelum ini tidak ada apa-apa cerita pun mengenai spekulasi itu, walaupun gambaran kemungkinan itu sudah ada. Ia senyap tupas. Ia seperti diolah dan dipancu demikian rupa baiknya. Saya sendiri kurang percaya kalau ada lapan (8) Adun PKR akan beluk. Tetapi sekiranya ada lapan (8) Adun menyokong Umno kerajaan pimpinan Azmin Ali mungkin boleh tumbang atau menjadikan Azmin menjadi "gila ganja" selepas ini.

Menurut formula atau teori untuk menumbangkan kerajaan Selangor itu, lapan (8) Adun PKR akan keluar parti untuk bergabung atau menyokong Umno. Kalau hanya lapan (8) Adun itu sahaja, dicampur dengan Adun Umno seramai 12 orang ia tidak mencukupi. Jumlah baharu 20, di mana ia memerlukan sebanyak sembilan (9) lagi untuk mendapat majoriti mudah, 29 kerusi. Kalau pun dua (2) Adun bebas menyertai gabungan itu, ia masih lagi kurang lima (5) untuk mendapat 2/3 yakitu sebanyak 36 kerusi. Jadi formula itu memerlukan sebanyak sembilan (9) kerusi lagi.

Dari manakah yang selebih itu, sembilan (9) kerusi itu. Tidak mungkin ia datang daripada DAP dan Amanah. Mereka sudah mengunci diri. Lebih-lebih lagi dua Adun Amanah "katak mampus raja hambat" pun mereka akan istiqamah. Mereka sudah pun menunjukkan kekentalan prinsip mereka sebelum ini menyelamatkan kerajaan Selangor dari terus dipanggungi Khalid Ibrahim. Jadi yang ada hanya daripada Pas. Parti agama itu ada 13 orang Adun apabila dua Adunnya telah berhijrah ke Amanah.

Sebab itu ada formula diwara-warakan kerajaan Selangor akan jatuh atau hendak dijatuhkan dengan kombinasi Adun Umno, PAS dan lapan dari PKR itu. Ertinya di sini, sasaran dalam pelan merampas Selangor itu adalah daripada Pas juga. Malahan memandangkan Pas merupakan parti terbesar memiliki 13 Adun Pas berbanding dengan PKR dan Umno parti itu boleh diletakkan sebagai ketua dalam rampasan itu. Dalam kata lain Pas diberi laluan untuk mengetahui kerajaan rampasan itu dengan melantik Adunnya atau orang yang disenanginya menjadi MB. Bukankan sebelum ini Pas mengidamkan orang luar dari partinya untuk diangkat menjadi MB?
Shazni Munir

Jika ini berlaku Umno tentu sahaja bersetuju. Umno mengikut dari belakang pun tidak mengapa, janji Azmin tumbang dan kerajaan Pakatan Harapan hancur. Itu matlamatnya. Apakah permainan yang yang sedang berada di sebalik tabir ini. Bahawa Pas ada terlibat dalam "kudeta" yang tertangguh ini seperti mana kata Naib Ketua Pemuda Amanah sdr Shazni Munir Mohd Ithnin?

Dari hipotesis yang saya temui, ada cula-cula menunjukkan hal ini diatur demikian rapi. Seperti kata Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Mohd Roslan Mohd Shahir dia tidak tahu menahui game ini, adanya rancangan untuk rampas kuasa di Selangor melibatkan Adun Pas. Katanya kalau ada tentu dia akan mengetahuinya. Mungkin benar.

Dan kalau pun dia tahu, masakan dia ingin memberi tahu kerana game berkenaan gagal. Sesiapa pun tidak akan bertanggungjawab atas sesuatu perkara yang gagal yang memberi natijah buruk kepada reputasinya.

Lagipun kalau game ini wujud ia diperingkat paling atas di kalangan individu yang mempunyai mukjizat politik. Orang bawahan tidak mengetahui, kerja orang-orang tua tidak dapat diduga oleh bebudak.

Dari rentean dan senario itu tidak boleh ditolak, rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor itu kemungkinan melibatkan Adun Pas. Hubungan atau persefahaman ditujukkan pemimpin tertinggi Pas dengan pemimpin Umno meletakkan perkara ini tidak mustahil. Atau dalam konotasi lain, Adun Pas mahu diheret sama kerana tanpa Adun Pas ia matlamat tidak akan tercapai. Mungkin kebanyakan pemimpin tidak mengetahuinya, ertinya ia tidak diambil konsensus seperti kata Roslan, tetapi ia melibatkan beberapa pemimpin tertentu sahaja.

Boleh jadi ada individu yang cuba mengatur perkara ini. Apakah individu yang bertanggungjawab merancang rampasan kuasa di Perak dahulu terlibat? Ada kemungkinan apabila dilihat modus operandinya hampir sama sahaja. Namun kenapa starteginya kali ini gagal, mungkin kerana ia sudah dicerapi dan sedemikian oleh PKR, DAP, Amanah dan juga Pas sendiri. Ia dapat dihidu awal-awal. Tidak mustahil juga pelan ini dipecah sendiri oleh orang dalam Umno? Kita jangan mudah bersangka baik dengan orang politik.

Azmin jadi kucing kejatuhan anak. 

Episod drmatik di sebalik pengumuman Mat Taib itu adalah suatu kebenaran ia kemungkinan ini benar apabila Azmin Ali katanya kurang 73 jam sebelum sidang akhbar Najib telah menghubungi Adun-Adun di Selangor khasnya daripada Pas. Beliau katanya menghubungi tiap orang daripada mereka. Azmin jadi seperti kucing kejatuhan anak.

Tidak dapat disahkan apakah butir bicara Azmin dengan setiap Adun itu, tetapi ia jelas untuk mengetahui kedudukan Adun-Adun berkenaan. Setidak-tidak Azmin mahu tahu apakah Adun-Adun itu boleh dihubungi atau pun tidak? Kerana kalau Adun-Adun gagal dihubungi maka ia jelas sudah dikurungi oleh "mafia politik" seperti mana berlaku kepada dua Adun PKR di Perak dahulu. Mereka dikurung dan dikawal disebuah appartement di Kuala Lumpur sebelum diistyharkan keluar daripada PKR.

Untuk apa Azmin bersusah payah menghubungi Adun-Adun PKR dan Pas di Selangor kalau tidak ada sesuatu yang mencemaskan dirinya?

Tiada siapa tahu betapa cemas dan gelisahnya Azmin menghadapi situasi itu. Hanya di antara dia dengan Adun-Adun berkenaan sahaja yang tahu ceritanya. Boleh jadi juga Adun-Adun berkenaan tidak pun mengetahui perancangan untuk "kudeta" itu, mereka akan diarah kemudian dengan menggunakan perintah wala, tetapi pemimpin utama parti Adun-Adun mungkin tahu. Kerana kalau tidak mendapat restu daripada pemimpin tertingginya, tidak mungkin Mr Mafia itu sedia mengaturkan rancangan sehingga sampai ke pengetahuan presiden Umno. Jika kedudukan belum sampai ke tahap 100% tidak mungkin Najib dibabitkan.

Atas dasar itu saya yakin perancangan itu sudah sampai ke peringkat pucuk pimpinan parti Adun-Adun yang hendak diheret itu.

Kenapa gagal?

Kenapa tidak jadi dan gagal. Ini persoalannya. Apakah kerana tindakan segera dan pantas Azmin itu atau pun ada bantahan di peringkat akhir? Apabila kita melihat kepada persiapan mengadakan sidang akhbar itu menjelaskan ia seperti sudah pun siap seratus peratus. Dan kenapa ia dibatalkan, dan hanya tinggal Muhammad Taib sahaja, ertinya ia dibatal pada peringkat akhir.

Dalam hal ini saya mempunyai firsat kegagalan sidang akhbar itu ialah mungkin kerana ada bantahan diperingkat akhir, khasnya dari pihak dalam Pas. Ini sahaja yang mungkin berlaku. Kerana jika tidak ada bantahan, sidang akhbar itu akan berlangsung dengan jaya seperti dirancangkan. Apakah berlaku konflit dalam parti (Pas) mengenai hal ini? Sesiapa pun tidak dapat menafikan. Manakala penafian daripada sesetengah Adun Pas mengenai apa yang dituduh itu tidak menjawab persoalan sebenarnya. Tindakan Azmin bertindak segera menghubungi wakil-wakil rakyat Pas itu tetap akan menjadi tanda tanya besar, kenapa dan mengapa.

Kebetulan kini viral pula kononnya berlaku keributan di Rusila mengenai kunjungan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Abdul Hadi Awang yang suasananya tidak menyenangkan.  Apakah kunjungan Tuan Ibrahim ke Rusila itu ada kena mengena dengan sidang akhbar yang gagal itu? Walahhu'alam.

Dari satu segi mengenai peristiwa 17 September itu, pengumuman pengembalian Mat Taib ke dalam Umno itu bagi saya suatu rahmat untuk semua. Setidak-tidaknya dengan pengumuman beliau itu memberi maklumat kepada kita mengenai ada hidden agenda di sebaliknya. Sekiranya Mat Taib tidak bertindak demikian mungkin agenda berkenaan masih hidup.

Terima kasih kepada Mat Taib kerana mengagalkan projek apa yang saya namakan sebagai "Projek Habirurahman". [wm.kl.5:57 pm 19/09/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 6:34:00 PM 

Ahmad Jailani Abdul Ghani - Pembunuh pelajar Tahfiz sepatutnya dihukum mati tapi........

PEMBUNUH PELAJAR MAAHAD TAHFIZ SEPATUTNYA DIHUKUM MATI
admin 9/19/2017 01:04:00 PM

Hukuman bagi kesalahan membunuh dengan sengaja mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah gantung sampai mati mandatori. Sesiapa yang didapati bersalah membunuh dengan sengaja, tiada hukuman lain yang boleh dikenakan ke atasnya melainkan hukuman gantung sampai mati. Namun begitu, ia berbeza dalam kes suspek yang terlibat dalam kes kematian pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah. Ini kerana kesemua mereka kecuali seorang, masih berusia di bawah 18 tahun.

Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, seseorang yang berusia di bawah 18 tahun, tidak boleh dikenakan hukuman mati. Hukuman yang tersedia untuk kanak-kanak bawah umur walaupun mereka melakukan kesalahan bunuh yang sangat kejam sekali pun, mereka hanya akan ditahan selama mana diperkenankan oleh YDPA sebagaimana peruntukan Seksyen 97 (2) Akta Kanak-Kanak 2001. Seksyen tersebut menyatakan "sebagai ganti hukuman mati, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh, (a) YDPA jika kesalahan itu dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan, (b) Raja atau Yang Di Pertua Negeri jika kesalahan itu dilakukan di negeri itu.

Kes pembunuhan kejam yang pernah berlaku dalam negara ini yang dilakukan oleh kanak-kanak ialah pembunuhan seorang budak perempuan berusia 11 tahun pada tahun 2002. Pembunuhnya ialah seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan 9 bulan. Puncanya, dia diejek "gemuk" oleh mangsa lalu berlaku perbalahan antara dua kanak-kanak ini yang kemudiannya ditikam kira-kira 20 kali dengan kejam. Keluarga mangsa tidak mendapat sebarang ganti rugi berdasarkan undang-undang negara ini, manakala pembunuh itu ditahan selama mana diperkenankan oleh YDPA.

Keadaan ini akan menjadi berbeza jika sekiranya undang-undang negara ini selari dengan undang-undang jenayah Islam. Ini kerana, jika usia 15 tahun digunakan sebagai umur baligh, sekurang-kurangnya 5 orang dari 7 orang itu bakal berhadapan dengan hukuman qisas jika cukup bukti untuk didakwa di mahkamah.

عَرَضَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ فِي الْقِتَالِ، وَأَنَا ابْنُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَلَمْ يُجِزْنِي، وَعَرَضَنِي يَوْمَ الْخَنْدَقِ، وَأَنَا ابْنُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَنَةً، فَأَجَازَنِي، قَالَ نَافِعٌ: فَقَدِمْتُ عَلَى عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَهُوَ يَوْمَئِذٍ خَلِيفَةٌ، فَحَدَّثْتُهُ هَذَا الْحَدِيثَ، فَقَالَ: «إِنَّ هَذَا لَحَدٌّ بَيْنَ الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ

”Aku dihadapkan kepada Rasulullah SAW ketika perang Uhud, yang ketika itu usiaku empat belas tahun. Namun Baginda tidak mengizinkan aku. Kemudian aku dihadapkan sekali lagi kepada Baginda dalam perang Khandaq, ketika itu umurku telah mencapai lima belas tahun. Baginda pun mengizinkanku”. Nafi' (perawi hadis ini) berkata : "Aku menghadap Umar bin Abdul Aziz, pada waktu itu beliau memegang jawatan khalifah, lalu aku menceritakan hadis ini, lalu beliau (Umar bin Abdul Aziz) berkata : "Sesungguhnya ini adalah batas antara orang yang masih kecil dan sudah dewasa". (Sahih Bukhari, no.2664 dan Sahih Muslim, no.1868)

Imam Nawawi menyatakan bahawa hadis ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa umur baligh adalah 15 tahun. Ini adalah qaul muktamad mazhab Syafie, juga selari dengan pendapat beberapa ulama lain seperti Imam Al-Auzaie, Imam Ahmad dan lain-lain. Baligh pada usia 15 tahun juga adalah selari dengan keputusan Jawatankuasa Kekal Bagi Kajian Ilmiyyah dan Fatwa, Arab Saudi. Namun begitu, terdapat juga pendapat lain yang menetapkan umur baligh adalah 18 tahun. Jika, usia 18 tahun diambil kira maka ia selari dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Hanya seorang sahaja daripada 7 suspek tersebut yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Jika sekiranya (andaian saya) kesemua 7 suspek ini dituduh dengan kesalahan membunuh dengan sengaja berdasarkan undang-undang jenayah Islam, dan usia 18 tahun adalah usia baligh, maka hanya seorang yang bakal berhadapan dengan hukuman qisas, manakala baki 6 orang tertakluk kepada diyat (wang ganti rugi). Secara umumnya, ganti rugi satu nyawa adalah sekitar RM700,000.00. Dalam kes ini sebanyak 23 nyawa yang terlibat (21 pelajar dan 2 guru). Ini bermakna diyat yang mungkin terlibat boleh mencecah RM16 juta.

Jika usia 15 tahun digunakan sebagai umur baligh, 5 orang akan berhadapan dengan qisas. Jika tumbuhnya bulu kemaluan dijadikan ukuran baligh, kemungkinan hanya seorang sahaja yang boleh terlepas daripada qisas.

Walau bagaimanapun kes seperti ini, fakta lengkapnya hanya diketahui oleh pihak berkuasa terlibat termasuk PDRM dan pihak pendakwa. Pelbagai pertuduhan boleh dikenakan berdasarkan undang-undang sedia ada. Antaranya, Seksyen 302, Kanun Keseksaan, membunuh dengan sengaja, Seksyen 304, membunuh tanpa niat, Seksyen 435, Kanun Keseksaan, khianat dengan menggunakan api dan sebagainya.

Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik kesabaran dan sebaik-baik pahala kepada semua mangsa dan keluarga mereka. - sumber asal

Bohong berjemaah

Bohong berjemaah, bohong MLM
Mohd Fudzail Mohd Nor  -   Hari ini, 12:44 tengahari
Parodi atau sindiran Jimmy Fallon dalam The Tonight Show di TV Amerika mengenai pertemuan enam minit perdana menteri dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melucukan sekali. Boleh dilihat klipnya di Youtube atau ramai sudah melihatnya melalui Whatsapp dan Facebook.
Parodi yang melucukan itu merumuskan lawatan paling berprofil yang diuar-uarkan oleh seluruh mesin propaganda kerajaan bawah Najib Razak sebagai bahan kempen politik menjelang PRU14.

Sebuah komedi yang mahal harganya untuk dibayar oleh kita semua, rakyat Malaysia yang tidak berdosa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat, negara paling kaya (juga paling berhutang) di dunia.

Suara Najib Razak yang kedengaran bergetar tak berkeyakinan, seolah-olah dalam siri The Apprentice itu memang sungguh memalukan dalam apa jua kategori. Sama ada kategori diplomatik, politik, bisnes, drama swasta mahupun komedi taraf Maharaja Lawak.

Mungkin para penasihat seorang yang mengaku pahlawan Boogies itu tidak mengetahui yang Rumah Putih akan menyiarkan rakaman 'strong propositionas' itu untuk dunia tahu apa yang dikelentongkan sebelum, sewaktu dan selepas lawatan kerja yang tidak rasmi itu.

Sudahlah kita menanggung segala kos lobi, perjalanan, penginapan dan wayang, kita juga menawarkan bantuan ekonomi hampir RM80 bilion sebagai rakan yang sama mengaku, “musuh Amerika adalah musuh Malaysia!”

Media perdana kepunyaan Umno terus sahaja mencanangkan kejayaan lawatan bersejarah seorang perdana menteri yang dituduh bersubahat dan dalang kes kleptokrat terbesar di Amerika itu sebagai amat berjaya.

Buat kami yang berada di luar negara, membaca segala berita termasuk tajuk besar di Newsweek, Trump's meeting with Malaysian Crook Najib Reeks of The Swamp menjadikan kami lebih terasa malu sebagai warganegara yang setia, patriotik dan komited terutama menjelang Hari Malaysia yang disambut dengan penuh patriotisme.

Seperti biasa, untuk menutup segala pembohongan dan kemaluan akibat dari ketidakpandaian para penasihat dan perdana menteri sendiri, bermula episod yang lebih memalukan, menjengkelkan, memualkan sebaik ketibaan pulang di KLIA.

Melihat foto-foto hampir seribu penyokong totok dengan segala sepanduk memuji, menyokong, membodek dan memuji seorang politikus, yang sama tersiar di media asing, terasa sungguh malangnya di tahun ke-6o kemerdekaan, ramai yang tetap dengan mentaliti dunia ketiga.

Selama berada di bumi UAE, tidak sekali, ya, tidak sekali kami melihat sewaktu pemergian dan kepulangan lawatan presiden, perdana menteri ke luar negara, diadakan majlis sambutan besar-besaran seperti di Malaysia.

Tidak pasti di negara-negara lain, mungkin Korea Utara dan Zimbabwe.

Sandiwara sambutan yang membazirkan waktu, wang, tenaga dan tidak mendapat manfaat apa-apa selain rasa syok sendiri dalam pembohongan berterusan.

Ucapan sambutan juga penuh dengan pembohongan. Bercampur riak, angkuh dan kebodohan terlampau. Wajah yang tidak langsung menggambarkan ketelusan.

Beginilah selepas enam dekad kemerdekaan, rakyat terus mahu diperbodohkan seakan masih di kurun ke-20 dahulu. Masih hanya ada RTM, Utusan dan NST untuk laporan sehala.

Bohong atas bohong untuk menutup pembohongan yang sudah setinggi Gunung Kinabalu, kalau sesiapa tidak nampak pembohongan gergasi itu, memang jiwa mereka sudah mati dan penuh dengan pembohongan.

Riuh rendah jugalah para blogger upahan, cybertroopers Umno menyalak segala yang dikatakan kejayaan besar lawatan bos besar mereka ke negara yang pernah dikatakan musuh umat Islam dan umat Melayu akan senasib dengan rakyat Iraq, diserang dan dimusnahkan oleh tentera Amerika.

Itu ucapan seorang ketua menteri Umno yang sama menyatakan konspirasi tertinggi melalui saman DOJ untuk menjatuhkan perdana menteri yang dilantik secara demokrasi.

Oleh kerana pembohongan bermula dari kepala, maka seluruh ahli parti dan penjawat awam yang 'saya yang menurut perintah' terpaksa sama-sama berbohong secara berjemaah untuk memberikan integriti kepada pembohongan.

Para cybertroopers berbayar pula sibuk berbohong secara MLM, mengikut hierarki. Makin tinggi kedudukan mereka dalam kumpulan propaganda, makin besar bohong kerana upah mereka juga besar berbanding macai-macai bawahnya.

Kata pepatah Cina, busuk ikan bermula dari kepala. Begitulah keadaan kita rakyat Malaysia pada hari ini. Sama ada kita mahu berbohong secara berjemaah atau berbohong secara MLM, ratus bilion yang tanggung hutang dan kini menyumbang bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara paling maju dan juga pembunuh umat Islam paling prolifik semenjak azali!

MOHD FUDZAIL MOHD NOR bermastautin di UAE sejak 2000. Pernah bekerja di TV3 dan kini usahawan serta pengarah beberapa syarikat antarabangsa. Beliau juga penulis prolifik dengan sembilan judul buku dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Rupanya sudah ada orang Malaysia di Myanmar untuk lawan tentera mereka

Militan Malaysia lawan tentera Myanmar bukan anggota IS, kata polis
Diterbitkan pada 19 Sep 2017 7:52AM
Krisis kemanusian terburuk yang sedang berlaku itu sudah memaksa lebih 400,000 orang Rohingya melarikan diri dari Myanmar. – Gambar EPA, 19 September, 2017.

SEKUMPULAN rakyat Malaysia yang berada di Myanmar direkrut oleh kumpulan militan tempatan untuk terlibat menentang tentera negara itu yang mencetuskan serangan balas pihak berkuasa sehingga menyebabkan lebih daripada 400,000 orang Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine, lapor Straits Times.

Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas (E8) Ayob Khan Mydin Pitchay pada Ahad lalu berkata yang Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) menggunakan isu Rohingya sebagai alasan untuk merekrut militan baru di Asia Tenggara seperti dilaporkan Bernama.

Bagaimanapun, Ayob memberitahu the Straits Times yang rakyat Malaysia yang sekarang berada di Myanmar bukan sebahagian daripada IS.

“Mereka bukan IS…kami masih tiada maklumat risikan yang membuktikan IS dan Arsa bergabung tenaga,” katanya merujukan kepada Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (Arsa).

“Tetapi isu Rakhine dieksploitasi IS (untuk merekrut lebih ramai ahli) di Asia Tenggara.”

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata maklumat risikan polis menunjukan lebih ramai rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk memerangi tentera Myanmar.

“Kami sedang menentukan berapa ramai mereka (di Myanmar) dan berapa ramai lagi merancang meninggalkan Malaysia (untuk pergi ke Myanmar,” kata Fuzi seperti dipetik The Straits Times semalam.

Tidak diketahui sama ada rakyat Malaysia sudah terlibat dalam serangan pemberontak di Myanmar.

Pihak berkuasa memberi amaran yang isu Rakhine adalah isu terbaru yang digunakan IS sebagai seruan “jihad” di Asia Tenggara selepas isu selatan Filipina. – 19 September, 2017. - sumber

Monday, September 18, 2017

Siapa kencing siapa ni: Siapakah pula lapan Adun akan lompat tersebut?

Monday, 18 September 2017
BENARKAH ADA LAPAN ADUN PKR SELANGOR MAHU SERTAI UMNO ATAU NAJIB "KENA KENCING" MENGENAINYA?
Siapa kencing siapa?

Adakah majoriti rakyat terasa telah "dikencing" bila  Najib Razak tidak semena-mena didapati sanggup mengadakan sidang media yang besar, tetapi pengumumannya hanyalah mengenai perkara kecil iaitu kembalinya bekas Menteri Besar Selangor yang sudah lama "expired", Muhammad Mohd Taib menyertai semula UMNO?

Atau adakah Najib sendiri sebenarnya turut "kena kencing"  dengan Mat Taib?

Beberapa jam selepas sidang media khas Najib yang akhirnya menjadi bahan ketawa dunia dan membuatkan wajahnya dikatakan lebih banyak mencuka berbanding ceria, berlegar perkhabaran bahawa mengikut perancangan awal terdapat lapan Adun PKR Selangor akan turut menyertai  UMNO bersama-sama dengan Mat Taib.

Lantaran  penyertaan lapan Adun PKR itu dianggap suatu berita besar dan boleh meruntuhkan kerajaan negeri Selangor kiranya diikuti dengan berpaling tadahnya 13 Adun Pas menyokong UMNO, seterusnya merupakan rangsangan untuk mengadakan PRU 14, itulah yang dikatakan menjadi asas mengapa Najib bersedia mengadakan sidang media khas, sambil mengarahkan semua Ahli MT hadir serta Zahid Hamidi diminta memendekkan lawatannya ke Perlis.

Seorang bekas Ahli Parlimen yang pernah rapat dan suatu ketika dahulu selalu berhubung dengan Mat Taib mengesahkan beliau ada dimaklumkan daripada sumber yang boleh dipercayai mengenai kemasukan lapan pemimpin PKR ke dalam UMNO bersama bekas Menteri Besar Selangor itu.

Menurut beliau, selain Mat Taib, penyeberangan kiblat politik lapan Adun PKR berkenaan turut direncanakan bersama seorang Ahli MT UMNO yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Namun, kata bekas Ahli Parlimen itu, beliau tidak mengetahui secara detail siapakah lapan Adun yang didakwa mahu menyertai UMNO itu.

Soalnya, mengapa lapan Adun PKR  tersebut tidak muncul?

Benarkah mereka pernah terlibat dalam perbincangan untuk menyertai UMNO?

Siapakah pula lapan Adun tersebut?

Adakah mereka tidak muncul kerana urusan jual beli dan penetapan harga yang sesuai gagal mencapai kata sepakat di saat-saat akhir atau ianya disebabkan oleh faktor-faktor lain yang hanya mereka saja mengetahuinya?

Jika diketahui tiada penyertaan lapan Adun PKR itu atau rundingan menjadi gagal, mengapa ia tidak dimaklumkan  kepada Najib lebih awal supaya beliau dapat  membatalkan atau tidak menghadiri sidang media berkenaan?

Kenapa Najib dimalukan sebegitu rupa?

Mungkinkah sebetulnya isu lapan Adun PKR itu hanya penyedap cerita yang sebenarnya sengaja direka supaya Mat Taib dapat membuatkan kemasukannya semula ke dalam UMNO disambut sendiri oleh Najib dan seluruh Ahli MT?

Kalau begitu, tidakkah bermakna Mat Taib telah "mengencing"  Najib secara sedar dan sengaja?

Beraninya Mat Taib berbuat sesuatu yang tidak manis terhadap Pahlawan Bugis yang gagah lagi berani di mana kapal pun mahu dilayarkannya ketika sauh turut dilepaskan sama!!

Tidak mustahilkah pula berita tentang lapan Adun PKR itu adalah perkara benar, tetapi telah dapat dihidu lebih awal oleh Azmin Ali, lalu kemudian memintas dan menggagalkannya?

Tidak berhasratkah pihak-pihak terbabit - Najib, Mat Taib, seorang Ahli MT, lapan Adun PKR terbabit dan Azmin sendiri - mahu tampil mendedahkan cerita sebenarnya dalam sehari dua ini?

Jika semua terus berdiam diri dan enggan berkongsi, yang paling malu tentulah Najib sendiri kerana beliau didapati telah riuh sekampung untuk menjemput orangramai datang makan kenduri, tetapi yang dihidangkannya hanyalah kopi o saja.

Bagaimana dengan Mat Taib? Kenapa terus mendiamkan diri selepas diraikan menyertai semula UMNO?

Menurut bekas Parlimen yang pernah rapat dengan Mat Taib tadi, lewat malam semalam, selepas saja berakhirnya sidang media kemasukannya ke dalam UMNO, bekas Menteri Besar Selangor itu  telah pun berlepas ke London bersama keluarganya.

Sekali lagi timbul persoalan, kenapa beliau terlalu cepat pergi ke luar negara?

Melarikan diri daripada apa?

Adakah jika cerita lapan Adun PKR mahu  menyertai UMNO itu benar-benar menjadi kenyataan sebagaimana yang dirancang, Mat Taib tetap pergi ke luar negara juga?  (ShahbudinHusin 18/09/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 20:00