Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, July 31, 2015

FAQ #harapanbaru

FAQ #harapanbaru:005

Q: Banyak disebarkan kenyataan Pengerusi GHB, Mat Sabu sebelum ini yang berpesan supaya jangan tubuh parti Islam baru dan dibandingkan pula dengan kenyataan terbaru beliau yang mahu menubuh parti Islam baru. Apakah beliau tidak konsisten?

A: Kenyataan Mat Sabu itu dibuat dalam suasana dan keperluan yang berbeza. Sememangnya, mengekalkan hanya ada satu parti Islam adalah pilihan terbaik. Tetapi, ini hanya boleh berlaku sekiranya parti itu berupaya meraikan dan menguruskan perbezaan dan kepelbagaian dalam satu parti dengan baik sehingga semua pendokongnya mampu bersatu.

Tetapi, hakikatnya PAS telah terbelah dua. Bukan isu lompat parti. Bukan isu satu pihak tubuh parti serpihan. Bila satu entiti telah terbelah dua, maka pasti akan jadi dua entiti.

Ini yg gagal difahami oleh ramai ahli-ahli Pas. Mereka masih melihat isu ini dari perspektif yang kurang tepat. Mereka masih melihat wakil rakyat HB sebagai melompat parti. Mereka masih melihat ini sbg fenomena golongan yg gugur. Fenomena gagal beristiqamah. Mereka masih melihat pimpinan HB ini golongan kecewa yang mahu menubuhkan parti serpihan.

Padahal, terlalu jelas perpecahan PAS kepada dua kelompok ini berlaku secara menyeluruh, di seluruh negara, dan di semua peringkat. Ia bukan fenomena segelintir ahli keluar parti kerana tak puas hati.

PAS sebenarnya telah terbelah dua. Dari satu entiti kepada dua entiti yang berbeza. Suka atau tidak, inilah hakikatnya.

Dua pandangan Mat Sabu tersebut dibuat dalam dua situasi yg sgt berbeza.

Untuk berlaku adil, Presiden Pas, TG Abd Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan yang bertentangan dalam dua situasi yang berbeza. Sebelum PRU-13, beliau mahu supaya isu-isu ekonomi diselesaikan dulu sebelum perlaksanaan Hudud. Pendiriannya terkini kelihatan agak berbeza.

Ikhwan Mesir dulu pernah berjanji untuk tidak meletakkan calon bertanding pilihanraya Presiden Mesir. Keputusan ini dibantah kuat oleh salah seorang Ahli Majlis Syura Ikhwan, Abd Munim Abul Futooh, sehingga beliau keluar Ikhwan dan mengumumkan akan bertanding Presiden. Tetapi, kemudian Ikhwan membuat keputusan untuk meletakkan calon bertanding jawatan Presiden.

Ini perkara biasa dalam politik.

Ketika Ar-Rasul SAW masih hidup, Abu Bakar RA pernah mengajarkan Islam dan berpesan kepada Rafik Ibn Amr At Thoi. Abu Bakar berpesan, "Janganlah kamu mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin walaupun ke atas dua orang pengikut".

Setelah Ar-Rasul SAW wafat, Abu Bakar RA menerima tangggungjawab sebagai Khalifah, pemimpin ke atas seluruh umat Islam.

Apabila Rafik Ibn Amr mengetahui perkara ini, beliau terus mendatangi Abu Bakar RA dan menuntut penjelasan kenapa beliau bertindak menyalahi pesanannya.

Abu Bakar RA menjelaskan tentang keperluan baru yg wujud selepas wafatnya Ar-Rasul SAW, sehingga beliau sanggup menerima amanah kepimpinan.

Apakah Abu Bakar RA tidak konsisten? Jawabnya tentu tidak.

Dinamika Islam itu tidak harus dihadapkan dengan persoalan-persoalan dangkal seperti itu.

Kenalilah Hadi: Siap ugut lagi!

Kenapa PAS perlu marah?

KENAPA PAS PERLU NAK MARAH HARAPAN BARU?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru-peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

2) Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan bahawa peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

3) Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil-dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli-ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

4) Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu? Sebenarnya tak perlu sindir, tak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuh parti baru.

5) Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.

6) Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam PAS supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.

7) Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan". Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.

8 ) Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati. Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu sahaja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.

9) Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan Presiden".

10) Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang telah terus istiqamah selepas dilabel begitu?

11) Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang dari peta politik PAS. Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri.

(saya pernah terlintas, apakah pemilihan lalu adalah manifestasi balas dendam kumpulan ulama ke atas penyingkiran Ustaz Nasha oleh kumpulan progresif)

12) Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil bagai. Tetapi saya tak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan yang tak berasas.

13) Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu. Tapi orang-orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun, bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.

14) Saya antara orang-orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa yang mereka perlu buat. Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean sweep.

15) Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka. Tak perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki lagi.

16) Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan Presiden? Mereka tidak akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tak setia kepada PAS, buka jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan pula.

Sekian.
Kedah Lanie

Bakpo PAS jadi gini

Ada orang hantar...
Untuk renungan bersama .....
Salam, sy bukan lah sesiapa pun. Tapi sy ada suatu pandangan yg nk diberikan.

 Jangan emosi. Baca sampai habis dan fahamkan. Salah silap mohon teguran membina.

Bukan nak memuji atau sesuka hati buat kritikan..
Ini lah REALITI !!!!!!

PAS ketandusan pelapis yg berwibawa. Lagi2 lepas wujud kumpulan GHB.

PAS sepatutnya cemburu dgn rakan2 kompenannya dlm Pakatan Rakyat. Mungkin sesuai "bekas rakan komponen Pakatan Rakyat", DAP & PKR mempunyai ramai anak muda drpd kalangan ilmuan & teknokrat yg menyertai parti tersebut. Diorg tak tertarik menyertai PAS. Setakat artis menyertai PAS? Tak hairan. Mintak maaf cakap, setakat mana kelulusan akademik Abby Abadi? Maybe artis2 ni popular tapi apa idea mrk yg boleh kita aplikasikan utk menyelesaikan masalah negara? Setakat hari ni, ramai profesional berduyun-duyun menyertai DAP.
 Mengapa DAP?

Siapa yg menyertai DAP? Penganalisis politik Ong Kian Ming. Lulusan LSE. Dlm dunia, MIT & LSE telah terbukti menghasilkan manusia2 yg super pintar. Menariknya lagi, DAP terus menyediakan jawatan khas utk beliau berperanan. Blogger Jeff Ooi dulu pun mcm tu jugak. Masuk DAP terus dapat jawatan. Zairil Khir Johari masuk DAP juga terus diberi jawatan menjadi Setiausaha Politik kpd Lim Guan Eng. Saing yg masuk DAP sekali dgn Kian Ming, Bee Ying pun turut diberi ruang utk berperanan sbg jurukempen media sosial DAP. Mereka2 yg cerdik menyertai DAP tidak disia-siakan keupayaan serta kebolehan mereka dlm bidang masing2.
Bila PAS direzekikan menerima kemasukan org hebat seperti Allahyarham Datuk Fauzi Shaari (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) ke dlm partinya, ianya menjadi malang apabila beliau hanya berperanan menjadi ahli biasa shj. PAS mensia-siakan skil & pengalaman berharga beliau. Sepatutnya beliau diberi peranan besar dlm parti PAS. Jadi think tank atau pemikir polisi bg PAS misalnya. Atau diserap ke dlm PPP iaitu Pusat Penyelidikan PAS. Tapi mcm biasa beliau hanya diusung utk memberi ceramah politik shj. Ini artis masuk PAS dibawa ke hulu ke hilir jadi penceramah. Sepatutnya diorg boleh dilantik sbg agen propaganda PAS yg berkesan dlm youtube misalnya. Atau buat filem dakwah yg patuh syariah. Eksploitasikan artis2 tersebut pada tmpt yg betul.

Pernah teringat dulu bila Eddy Gordo sebut pemimpin politik harus dilantik drpd kalangan peniaga/usahawan. Aku terus setuju. Sbb diorg ada pengalaman memimpin. Ini lantik org makan gaji utk memimpin. Macam susah organisasi politik tersebut nk pergi jauh. Tony Pua adalah usahawan ICT yg berjaya sblm menyertai DAP. Bila join DAP, beliau menjadi aset kpd parti politik tersebut. Lantas menjadi inspirasi kpd anak-anak muda di luar sana utk menyertai DAP. Tgk Tony Pua melawan kjaan dgn fact & figure. Bukan dgn maki hamun atas pentas ceramah mcm "sesetengah" pemimpin PAS.

Walaupun ramai yg mengkritik Anwar, tetapi ada jugak pekara yg patut kita puji Anwar. Antaranya Anwar cepat bawak naik anak2 muda pintar yg mempunyai latar belakang akademik yg bagus utk menjadi pemimpin PKR. Terutama sekali geng2 yg dikenali sbg budak ofis Anwar. Nik Nazmi, Sim Tze Tzin, Yusmadi dan ramai lagi. Bila Rafizi berhenti kerja dan terlibat sepenuhnya dgn politik, Anwar sanggup create satu jawatan khas iaitu Pengarah Strategi PKR utk diisi beliau lalu memudahkan beliau berperanan dlm PKR. Anwar bg satu pengiktirafan kpd golongan cerdik pandai utk memimpin. Bab ni kita tabik Anwar. Kalau Rafizi masuk PAS mungkin malam ni dia akan pegang torchlight jaga parking & lalulintas masuk ke kawasan ceramah bersama muka perasan hensem krn berbangga memakai baju uniform Unit Amal. Huhuu.

Cuba tgk Dewan Pemuda PAS skrng, beku dan jumud. Lebih dikenali publik sbg tukang haram konsert & Valentine's Day. Dewan Pemuda & Dewan Ulamak dah jadi kembar siam. Tak dirasai kehadiran mrk dlm arus perdana politik tanah air. Takde idea atau blueprint nak selesaikan masalah rakyat. Masalah dalaman iaitu gaji guru Tadika PASTI yg amat rendah iaitu dibawah paras kemiskinan tegar pun DPPP masih tak mampu nak setel bai. Idea nak selesai
kan isu2 yg lain tak kedengaran. Habis mcm mna?

Ramai budak Universiti tak ingin nak join Dewan Pemuda PAS sebab diorg tahu last2 diorg akan jadi budak gantung bendera serta tidak mahu dipimpin oleh ustaz2 yg perasan pandai dlm dewan tersebut. Sbhgn ustaz2 ni pulak merasakan diorg ni paderi yg berkuasa memberi arahan sesuka hati yg wajib dilaksanakan oleh ahli bawahan. Mcm arahan bos kilang kpd kuli. Takde semangat setiakawan langsung. Tapi mulut berzikir pasal ukhwah.

Sudah menjadi rahsia umum iaitu tunggu pemimpin atasan dlm PAS meninggal barulah parti tersebut dapat pemimpin baru. Faktor ini jugaklah yg membuat ramai ilmuan tawar hati lalu menjauhkan diri drpd PAS. Ustaz2 muda yg cerdik dan pandai sudah tidak berahi & minat nak join politik krn PAS sudah hilang tarikan. Mereka lebih berminat menjadi third force. PAS dilihat lebih mementingkan aspek senioriti berbanding merit utk menjadi pemimpin dlm parti. Tak rugi memberi peluang kpd anak-anak muda utk memimpin.

Jadi jgn menyesal bila fenomena 'Brain Drain' sedang parah berlaku dlm parti PAS pada waktu ini. Manusia cerdik & berkualiti semakin hari semakin menjauhkan dirinya meninggalkan PAS. Atau situasi ini mmg sengaja dibiarkan demi mengekalkan ustaz2 ini utk terus berkuasa memimpin PAS tanpa diganggu-gugat oleh mereka yg pandai lagi berkualiti? Itu pasal kita tengok Najib lagi takut dgn Anwar drpd Tuan Guru Hj Hadi.

Sekian sudut pandang dr seorang otai parti masa kini. Sy yakin, ramai berpendapat yg sama mcm sy.
Maaf jika ada yg terasa. Peace No War

Thursday, July 30, 2015

Antara dua kenyataan: Mujahid Yusof Rawa dan Haji Hadi

Antara Dua Kenyataan :
Dr Mujahid berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya.

Manakala tghh pula berkelulusan B.A (Syariah) Universiti Madinah. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah).

Dua-dua sama hebat dari segi latar belakang pengajian.Namun perbezaan nampak ketara dalam lontaran pandangan mereka berkaitan dengan landskap politik negara.

Perhatikan di antara dua kenyataan berikut, satu kenyataan dari Dr Mujahid, mewakili GHB dan satu lagi dari tg Hj Hadi sebagai mewakili PAS, yang mana lebih menunjukan kematangan berpolitik?
KENYATAAN MEDIA - Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa

 Pembentukan semula Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri menimbulkan pelbagai kebimbangan yang boleh menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan negara.

 Perkara ini boleh membawa kepada suasana tidak stabil dan menjejaskan perjalanan negara.

 Memecat TPM atas alasan kritikan terbuka terhadap 1MDB boleh mengundang ketidakpercayaan pada siasatan adil dan telus melibatkan PM sendiri. Begitu juga pemberhentian Peguam Negara yang sedang mengendalikan kes 1MDB boleh menjejaskan kepercayaan apabila Eksekutif campur tangan urusan kes yang sedang disiasat.

 Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai anggota Eksekutif turut menjejaskan siasatan 1MDB secara bebas dan seolah-oleh untuk menutup kes ini secara bebas.

 Perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi kepada TPM yang turut memegang Menteri KDN di mana pihak PDRM bawah seliaannya turut menimbulkan kebimbangam PM akan menggunakan isu keselamatan untuk menyelamatkan skandal 1MDB PM.

 Dengan itu saya mencadangkan agar;

 1. Satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk ahli Legaslatif menuntut semua kecelaruan yang berlaku.

2. Satu inisiatif rekonsiliasi bagi meletakkan asas menginstitusikan pembaharuan, mengenal pasti permaslahan dan mencadangkan langkah pembetulan.

 3. Reformasi Parlimen agar benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan Kehakiman melalui pembentukan Kerajaan Rekonsiliasi melibatkan semua parti politik.

 4. Untuk tiga langkah di atas dijayakan maka syarat utama ialah PM perlu letak jawatan segera supaya dikembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah. Setelah selesai langkah inisiatif maka negara ini akan kembali ke landasan kepercayaan rakyat dan barulah satu pilihan raya umum yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Kembalikan Kepercayaan Rakyat!

 Yang Benar
 Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
 Ahli Parlimen Malaysia
 28 Julai 2015


KENYATAAN MEDIA Tuan Guru Hadi Awang


KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

 Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 "Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nik Abduh, ni apa certa ni? Semalam Tumpat

[SIARAN MEDIA] MAKLUMAN PERLETAKAN JAWATAN PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LEMBAH PANTAI (DPPLP) SESI 2015/ 2017

Adalah dimaklumkan bahawa kami, kepimpinan tertinggi di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengambil keputusan untuk meletakkan seluruh jawatan parti yang disandang berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak kami akan terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini.

Serentak dengan perletakan jawatan ini, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Ust Mohd Fadhlullah bin Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian.

Sekian.

Bertarikh 29 Julai 2015


(1) Mohd Hafiz bin Habil (Ketua Pemuda)
(2) Muhamad Fadzil bin Ahamad (Naib Ketua Pemuda)
(3) Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (Ketua Penerangan)
(4) Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (AJK Pemuda)
(5) Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (AJK Pemuda)

Wednesday, July 29, 2015

Tangkapan dan rampasan dadah di Pasir Puteh

Assalamualaikum Tuan.
Maklum tangkapan dan rampasan kes 39B, 39A(1).
1. Cherang Ruku: 1033-1036/15.
2. Pengadu: ASP Yusof b Zainuddin
Ringkasan Kes
Pd 28/6/15 jam l/kurang1430 hrs, pengadu bersama Insp Amarina dan 6 angg BSJND Pasir Puteh telah serbu rumah Lot 4729, Kg Dalam Rhu, Jln Masjid Lama, Cherang Ruku, P. Puteh. Tahan 1LM diruang tamu dan 2PM dalam bilik. Periksa 1 beg sandang jenama Reebok warna kelabu yg dijumpai dlm bilik dalamnya ada:-
1 uncang kuning berisi 1 pisau kerambit bersarung bertulis Nain.
1 beg kecil warna biru bertulis Saberi Tukang Emas dalamnya ada 4 peket biru tiap satu berisi:-
- 198 biji pil merah, 2 biji pil hijau.
-  198 biji pil merah, 2 biji pil hijau.
- 198 biji pil merah, 2 biji pil hijau.
- 199 biji pil hijau, 1 biji pil hijau.
Jumlah, 793 pil merah, 7 pil hijau.
- 5 straw tiap satu 10 biji pil merah. Jumlah 50 biji pil.
- 24 foil merah/silver tiap satu 10 biji pil, jumlah 240 biji pil.
- 3 peket plastik cerah tiap satu berisi ketulan Kristal disyaki dadah.
Turut dirampas, dijumpai ataa almari diruang tamu, 1 pucuk pistol tiruan dan 1 kelopak tanpa peluru.
Ujian saringan awal, semua penama negatif dadah.
OKT

B1: Muhammad Nain b Saman, KP: 960626-29-5039
Almt: Kg Dalam Rhu, Semerak, P. Puteh.

B2 - Noraini bt Saman, KP: 921118-03-5230
Almt: Lot 210, Kg Dalam Rhu, P. Puteh.

B3 - Nur Shafiqah BT Muhammad. KP: 010930-03-0484
Almt: Kg Cherang Ruku, P. Puteh.

T/kasih

Isu pecat AG: Pandangan Husam Musa

AG digugur untuk elak PM ditahan? Pengguguran tak sah?

Menggantikan AG bukanlah satu kesalahan.
Namun, menggugurkan AG yang terlibat dengan siasatan skandal yang melibatkan PM yang mencadangkan pengguguran itu ketika kemuncak siasatan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apa lagi tuan punya diri, seperti dilaporkan Malay Mail Online, tidak tahu menahu dengan pengguguran itu.

Jika tuan punya diri masih sihat tetapi alasan beliau digugurkan adalah sakit, lebih menimbulkan tanda tanya.

Apalagi ada berpandangan pemecatan AG memerlukan penubuhan sebuah tribunal terlebih dahulu.

Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?

Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal.

SELAMATKAN NEGARA!!!

Husam Musa
28 Julai 2015

LAMPIRAN

* Petikan satu pandangan undang undang mengenai pengguguran AG.

A check by showed that the Federal Constitution stipulates that the person holding the position of AG can only be removed via a tribunal appointed by the Yang di-Pertuan Agong.

Article 145 (6) states: The person holding the office of Attorney General immediately prior to the coming into operation of this Article shall continue to hold the office on terms and conditions not less favourable than those applicable to him immediately before such coming into operation and shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court.

In relation to the removal of a Federal Court judge, Article 125 (3) states: If the Prime Minister, or the Chief Justice after consulting the Prime Minister, represents to the Yang di-Pertuan Agong that a judge of the Federal Court ought to be removed on the ground of any breach of any provision of the code of ethics prescribed under Clause (3b) or on the ground of inability, from infirmity of body or mind or any other cause, properly to discharge the functions of his office, the Yang di-Pertuan Agong shall appoint a tribunal in accordance with Clause (4) and refer the representation to it; and may on the recommendation of the tribunal remove the judge from the office.

Statements Muhyiddin sejurus selepas dipecat

KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Yang ni apa cerita, Nik Abduh?

SURAT RAYUAN TERBUKA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANGGA BATU KEPADA KEKANDA KAMI YB USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

-----------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم

YBhg Kekanda,

Rayuan bagi menyelesaikan kemelut Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka sesi 2015-2017

Hampir dua bulan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) Kali ke 56 melabuhkan tirainya, selama itu jugalah Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka(DPPNM) telah digantung menerusi makluman melalui telefon oleh PSU 2 ketika itu, Saudara Khairul Faizi.

2.Sehingga hari ini, kami masih belum menerima surat rasmi penggantungan Mesyuarat Agung DPPNM sebagaimana yang dimaklumkan dalam perbualan telefon oleh Saudara Khairul Faizi bahawa surat tersebut akan menyusul selepas muktamar.

3.Keputusan penggantungan ini dibacakan oleh YBhg. Ustaz Kamal Ashaari, Pengerusi Tetap Pemuda PAS semasa berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lantaran dari itu Jawatan Ketua Pemuda PAS Melaka, Saudara Sharuddin Reduan digantung dan tidak boleh mengundi serta menjadi Perwakilan.
Keputusan pengantungan tersebut juga melibatkan semua barisan Exco DPPNM yang dilantik ketika itu.

4. Akur dengan pengumuman tersebut, maka kami menerima keputusan yang diumumkan sambil menanti pengadilan kes DPPNM. setelah SEBULAN menunggu jawapan kepastian, kami masih tidak menerima sebarang surat pemakluman rasmi berkenaan penggantungan DPPNM. Oleh yang demikian, kami mengusulkan surat Memohon Maklumbalas Berkenaan Status Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka sesi 2015-2017 sebagaimana lampiran.

5. Sebagaimana lampiran, surat tersebut sudah diterima oleh Pejabat Setiausaha Agung PAS serta Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat pada tanggal 3 Julai 2015. sehinggalah pada tanggal 23 Julai 2015, setelah kami muat naik surat tersebut di Facebook, barulah mendapat respon daripada Saudara Khairul Faizi memaklumkan isu tersebut akan diambil tindakan susulan dalam Mesyuarat Jabatan Setiausaha PAS Pusat yang dijadualkan 24 Julai 2015.

6. Sehingga hari ini, 28 Julai 2015, kami masih menunggu.

7. Bosan dengan sikap tidak serius ini, maka kami memohon jasa baik Kekanda, menggesa Jabatan Setiausaha PAS Pusat supaya bersungguh-sungguh menyelesaikan kemelut ini. Jangan biarkan kelemahan pengurusan mereka menganggu kelancaran perjalanan DPPNM khususnya serta DPPM umumnya.

9. . Akhir kata kami menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka kami kepada YBhg. Kekanda ini membebankan,dan kami memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata yang terlanjur atau menyinggung perasaan.

10. Sekian. Terima Kasih.

Viralkan hingga sampai kpd pihak berkenaan.

Siasatan 1MDB: PC GHB Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA

JANGAN JEJASKAN SIASATAN KE ATAS KES 1MDB

1. Rombakan anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan dilihat sangat berkait rapat dengan lapuran salahlaku melibatkan dana 1MDB oleh pemimpin tertinggi negara. Walaupun rombakan tersebut merupakan prerogatif Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan kes siasatan 1MDB menimbulkan persepsi buruk terhadap ketelusan dan tadbirurus  pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kenyataan bekas TPM, Datuk Seri Muhyidin Yasin, hari ini secara tidak langsung mengaitkan pemecatannya dengan isu 1MDB.

2. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail, juga telah ditamatkan perkhidmatan ketika beliau sedang terlibat di dalam pasukan yang menyiasat lapuran salahlaku melibatkan dana 1MDB. Pemberhentiannya dibuat pada hari yang sama rombakan kabinet dibuat. Penggantinya pula dikenalpasti sebagai seorang yang partisan dan pernah memegang jawatan dalam parti politik pemerintah. Ini amat menggusarkan rakyat.

3. Rakyat mesti menuntut agar siasatan ke atas salahlaku dan penyelewangan melibatkan dana 1MDB tidak terjejas dan dikompromi akibat rombakan dan pemberhentian ini.

4. Setelah penggantungan akhbar yang mendedahkan salahlaku dan penyelewengan ini dibuat, penyingkiran anggota-anggota kabinet yang dilihat menuntut ketelusan dalam siasatan, dan pemberhentian seorang anggota pasukan penyiasat kes 1MDB ini berlaku maka tahap kepercayaan rakyat terhadap wibawa siasatan ini sudah terjejas teruk.

5. Maka itu kami menuntut agar perkara-perkara berikut dilaksanakan:

i) Perdana Menteri bercuti sehingga siasatan 1MDB selesai dan satu Suruhanjaya Diraja yang bebas dibentuk bagi menyiasat kes 1MDB.

Atau;

ii) Satu usul undi tidak percaya diusulkan di Parlimen Malaysia ke atas Perdana Menteri bagi membolehkan Kerajaan Peralihan dibentuk sehingga Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.

Sekian.
Amanah. Progresif. Peduli

Ir Izham Hashim
Penyelaras
Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor.

28 Julai 2015
12 Syawal 1436H.

Tuesday, July 28, 2015

PC Geng Ustaz: Dah dibaliknya kot pulak weh!

kenyataan media 27 Julai 2015

PERTAHAN NAJIB, UMNO HANCUR: PANDANGAN PRESIDEN PAS TEPAT

Geng Ustaz terkejut mendengar rombakan kabinet terbaru yang berlaku, di mana ia kelihatan untuk memperkukuhkan kedudukan politik Najib Razak setelah mulai hilang sokongan daripada kabinet sendiri.

Ternyata Umno kini tidak dapat bertahan lagi, dan terpaksa menghadapi kehancuran terutama apabila Muhyidin Yasin dijangka membuat gerakan bersama Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. GU tidak menolak kemungkinan gerakan 'reformasi' yang pernah dibuat oleh Tengku Razaliegh pada 1988 dan Anwar Ibrahim pada 1998 akan berulang. Muhyidin mungkin boleh membentuk GHB versi Umno selepas ini.

Ternyata kesan buruk yg dialami oleh Umno ini adalah akibat tindakan Pas mempertahankan supaya Najib terus menjadi PM, ketika sebahagian pemimpin PR mendesak Najib digantikan oleh Muhyidin. Pandangan Presiden Pas yg ditentang oleh golongan GHB ternyata lebih tepat dalam mempercepatkan keruntuhan Umno.

GU menjangkakan politik Melayu akan berubah dgn petkembangan ini. Orang2 melayu yang kecewa dengan umno sekarang akan beralih kepada Pas setelah Dap tidak lagi menjadi sekutunya. Sebelum ini, orang Melayu bimbang peranan Dap dalam meruntuhkan pengaruh politik Melayu.

Serpihan Umno jika diwujudkan oleh Muhyidin sudah pasti akan memilih Pas sebagai regunya untul memperkukuhkan politil Melayu Islam dan menghadapi Umno dan PR 2.0 yg diketuai Dap nanti.

Dalam keadaan politik seperti ini, Pas dilihat paling berpotensi dalam menggambil alih kepemimpinsn negara dan mengukuhkan kedudukan politik Melayu Islam. GU mengucapkan tahniah di atas kebijaksaan strategi politik Presiden Pas.

Norazli Musa
Presiden Geng Ustaz

Undi tak percaya terhadap Najib: Mampukah raih sokongan MP BN?

UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN (“TRANSITION GOVERNMENT”)

Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:

1.    Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.

2.    Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.

Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.

Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:

1.    Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

2.    Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

3.    Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

4.    Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.

Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kami juga memberi amaran kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.

Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

28 Julai 2015

Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen

Bai'ah PAS Kelantan dikhianati Hadi - 2

Suluh Kebenaran : Siri 2

Baiah Pas Kelantan di Khianati Hj Hadi

Menyelami peri pentingnya baiah dan aku janji dalam islam, seharusnya mereka yang mempunyai sikap dan watak flip- flop seperti Presiden Pas hari ini tidak layak untuk menjadi wali atau saksi dalam isu sepenting ini. Ini kerana sikap dan watak yang dijelmakan oleh beliau sebaik sahaja Almarhum TGNA meninggalkan kita semua amat bertentangan dengan roh pejuangan Pas itu sendiri.

Umpamanya dalam isu pemilihan calon jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai PRU umum yang lalu, Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk mencalonkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri. Tetapi persetujuan ini, dikhianati Hj Hadi apabila di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat beliau telah mencadangkan dan berkehendakan Yb Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno menjadi Perdana Menteri.  Untuk apakah ini semua. Jika keputusan yang diputuskan dalam majlis Presiden Pakatan Rakyat pun hendak dikhianati oleh beliau, wajarkah beliau masih boleh diperakui sebagai orang yang layak untuk diberi baiah. Bukankah perbuatan tidak menepati janji itu merupakan salah satu ciri-ciri munafik seperti yang Baginda Rasulullah SAW sabdakan. Apakah Hj Hadi tidak pernah menjumpai hadis sebegini di dalam lewat kehidupan beliau. Naifnya Hj Hadi.

Adalah menjadi perbualan ramai pemerhati politik di tanah air ini, setelah isu baiah mula meniti di bibir rakyat marhean terbanyak. Masih perlukah setiap ahli dan mereka yang berbaiah untuk setia di dalam perjuangan Pas menjadikan Hj Hadi sebagai Wali yang aulia. Berdasarkan sirah kehidupan Hj Hadi yang sering menggadai dan mengkhianati janji dengan Pakatan Rakyat atau di baca secara mendalam sebagai rakyat terbanyak, beliau bukanlah seorang yang layak untuk diberi baiah.

Lihat saja lah kes pertembungan calon du tiga dun di Terengganu, Kota Damansara,  Sungai Aceh Pulau Pinang dan Parlimen Labuan yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara Pas, Umno dan Parti Keadilan Rakyat. Telah sahih dan jelas bahawa ke semua Dun dan Parlimen itu akan ditandingi oleh PKR. Namun pada hari penamaan calon, watak salentia beliau semakin jelas dengan meletak calon pilihan sendiri dan memberikan watikah khas sekaligus membatalkan watikah dari SUA Pas sebagaimana lazimnya. Perbuatan-perbuatan sebeginilah menjadikan dirinya yang begelar ulama tetapi hakikatnya pada pakaian diri seperti jubah dan serban atau yang lebih menarik lagi barangkali celana dalam yang dipakainya jugak kelihatan berdebu dan penuh kotaran di mata rakyat.  Pengkhianatan kepada janji ini menyebabkan Pas gagal membentuk Kerajaan di Terengganu dalam PRU yang lalu.  Bayangkan jika nafsu jahat ini tidak dilakukan oleh Hj Hadi sudah tentu, Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diterajui Pas akan terbentuk di Terengganu.  Malang sungguh kerana pengkhianatan ini telah membuatkan jutaan harapan rakyat Terengganu dan lain-lain tempat terpaksa berputih mata di atas tindakan yang penuh alim dan islamik Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia ini. Pastinya jutaan jiwa berasa hampa dengan tindakan tersebut malah apa yang lebih penting lagi beginikah akhlak mereka yang sepatutnya diberi walak dan baiah.

Dalam konteks isu Kedah, sememangnya telah menjadi sejarah yang cukup tragis dan menyedihkan. Tanyalah pengundi Pas yang mempunyai akal yang matang. Berbicaralah dengan pengundi Pakatan Rakyat yang lain. Sudah tentu rasa kesal ini begitu mendalam dan jika dihempak ke atas kepala Presiden Pas pastinya dosa kerana kealpaan ini tidak sanggup untuk dipikul oleh beliau. Dewan Ulama Pas Kedah sebelum ini telah berulangkali menuntut supaya Almarhum Menteri Besar Kedah di tukar atau diganti. Sikap bodoh sombong dan tidak peka pada percaturan politik menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tumbang seperti Terengganu.  Justeru,  perlukah kita terus meletakan wala pada pemimpin yang gagal membawa harapan parti khususnya mendengar nasihat Dewan Ulama Pas Kedah sebagai wali. Rasanya amat tidak layak sama sekali dan apatah lagi untuk diberi baiah kepada pemimpin sebegini.

Sesungguhnya,  baiah yang dialunkan oleh Hj Hadi tidak lebih dari bahan penyedap rasa. Terlebih digunakan akan menyebabkan tubuh badan mudah dihinggapi penyakit. Oleh itu, jauhilah perasa sebegini kerana pada akhirnya ia akan menjadi racun yang merosakan diri dan organisasi yang dipimpinya..

Wallahuaklam.

Salam Ukhwah,

Dr Mohd Osman Mohamad
Serdang, Selangor

Bersambung....

Krisis litegriti PM: Statements Husam Musa

MP perlu bersatu berhadapan keruntuhan integriti PM.

Teguran terbuka TPM adalah suara hilang kepercayaan kepada PM.

Juga bermakna PM gagal meyakinkan anggota kabinetnya tidak ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB.

Ucapan TPM  mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan PM.

Malangnya, satu-satunya pertahanan PM terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!

Arahan terbuka PM supaya semua pihak termasuk timbalannya sendiri mesti membisu sepanjang isu 1MDB membuktikan DS Najib tidak lagi mengambilkira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Demi 1MDB, DS Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.

Bermakna, jika beliau kekal sebagai PM, lebih banyak malapetaka terhadap rukun bernegara akan berlaku.

Andainya TS Muhyidin dipecat dari kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.

Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.

Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama.
SELAMATKAN NEGARA !!!

Husam Musa
28 Julai 2015

"Jangan kutuk orang yang dahagakan maklumat kerana siapa yang faham isu ini?" - TPM

Muhyiddin hanya mahu nyatakan kebenaran
OLEH NORLAILI ABD RAHMAN DI KUALA LUMPUR - 27 JUL 2015

"Isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) ini jika tidak diselesaikan akan menjadi beban kepada parti tetapi untuk menyelesaikannya juga adalah satu beban kepada kita," kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui parti pemerintah itu sedang mengalami masalah persepsi yang teruk berikutan skandal yang melibatkan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.
Tambahnya, dengan pilihanraya umum ke-14 yang sudah tidak sampai 30 bulan lagi, keyakinan rakyat terhadap UMNO perlu dipulihkan segera tambahan pula harapan tidak boleh lagi disandarkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain kerana sedang berhadapan dengan masalah dalaman sendiri.
Menurut Muhyiddin, berdasarkan kajian serta maklum balas rakyat yang didapatinya, Barisan Nasional sukar untuk memenangi pilihanraya akan datang sekiranya isu-isu yang membelenggu parti berkenaan tidak ditangani dengan betul dan segera.
"Jika kita tanya orang di jalan luar sana, apakah mereka menyokong kita, anda rasa apa jawapan mereka? Jika ditanya apakah kita boleh menang jika pilihanraya diadakan esok? Kita akan kalah.
"Tetapi tak mengapalah sebab kita masih ada kira-kira dua tahun lebih lagi sebelum pilihanraya cuma kalau kita tidak bertindak segera, kita memang akan kalah. Masa terlalu cepat berlalu," tegasnya lagi.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan penutupan Mesyuarat Bahagian UMNO Cheras malam membuka "rahsia" yang beliau selama ini sering membangkitkan isu tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri kabinet yang lain semasa mesyuarat mingguan mereka.
Malah Muhyiddin pernah menasihatkan Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pelaburan 1MDB bagi mengelakkan imej perdana menteri itu serta parti terpalit dengan skandal yang disifatkan terbesar dalam sejarah negara.
Bagaimanapun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Najib dan sehingga ke hari ini Najib masih memegang jawatan tersebut yang membawa erti beliau turut terlibat secara langsung dengan 1MDB.
Katanya, kekurangan maklumat mengenai operasi dan masalah yang dihadapi oleh firma tersebut membuatkan orang ramai termasuk beliau tercari-cari informasi dari semua tempat.
Ini disebabkan tiada pihak yang benar-benar memahami isu yang melanda firma berkenaan.
"Jangan kutuk orang yang dahagakan maklumat kerana siapa yang faham isu ini? Saya sendiri terpaksa mendapatkan dari pelbagai sumber termasuk membaca laporan The Edge tetapi ada menteri yang menegur saya, laporan The Edge salah. Jadi saya tanya, apa cerita sebenar? Tiada yang boleh menjawab.
"Begitu juga apabila pihak itu kata dokumen tertentu telah diubah atau dipalsukan tetapi tiada siapa tampil menunjukkan dokumen asli.
"Saya kesian apabila Menteri Kewangan atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan buat kenyataan, esok dah kena kilas. Lepas itu, sudah tidak tahu hendak jawap apa lagi kerana tiada seorang pun yang benar-benar memahami isu dan masalah 1MDB," katanya sambil memambah sebagai anak seorang guru agama, beliau sentiasa berpegang kepada pesanan ayahnya yang mahu beliau menyatakan perkara yang haq biarpun terpaksa menggadaikan kedudukannya.
Jelas Muhyiddin, tindakan beliau menyuarakan pendapat mengenai isu berkenaan bukanlah bermakna beliau mahu menjatuhkan Perdana Menteri sebaliknya mahu memberi amaran keras kepada semua pihak supaya menangani isu berkenaan dengan segera seterusnya mengukuhkan kedudukan parti bagi menghadapi pilihanraya ke-14.
Trend pada pilihanraya ke-13 yang lalu menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional semakin merosot dan banyak kajian bebas yang dijalankan memberi gambaran parti pemerintah itu menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kuasanya.
Tambah Muhyiddin beliau tidak mahu berlaku pertembungan di antaranya dengan Najib kerana keadaan parti sangat lemah ketika ini.
"Saya menyokong perdana menteri tetapi saya cuma menyuarakan apa yang rakyat suarakan. Kebimbangan mereka, kekeliruan dan kerisauan mereka kini sudah menjadi kebimbangan, kekeliruan dan kerisauan saya.
"Saya kelihatan tidak selalu bercakap mengenai isu ini di tempat awam kerana tidak mahu kenyataan saya diputar belit tetapi hampir setiap minggu saya membangkitkannya di mesyuarat jemaah menteri. Isu ini serius. Terlalu serius. Ini soal hutang RM42 bilion, isu persepsi rakyat kepada kita.
"UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat. Kita perlu cepat-cepat kembalikan keyakinan tersebut," katanya lagi.
Beliau memberi gambaran hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu boleh membiayai belanjawan negeri Johor selama 42 tahun.- MalaysiaGazette

Budaya ampu: Kenalkah mereka siapa yang patut dihormati?

Muhyiddin arah ahli UMNO berhenti serang Tun M

 | July 27, 2015
Hormati Tun M sebagai bekas Perdana Menteri yang dianggap seperti seorang bapa.
muhyiddin_mahathir_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti membuat serangan balas terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada ahli UMNO yang menggunakan media arus perdana untuk menyerang Dr Mahathir dengan menyifatkan apa yang dilakukan hanyalah sia-sia kerana ia hanya menyebabkan populariti bekas Perdana Menteri itu semakin melonjak naik.
Malah, apa yang dilakukan itu sekaligus mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.
“Berhentilah hentam Tun M , lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh.
“Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas Perdana Menteri ada banyak idea. Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Berjaya Times Square malam tadi.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.
“Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun Abdul Razak Hussein.Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau,” jelasnya.
Semantara itu,Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut senada dengan Muhyiddin dengan menyifatkan tindakan serangan balas terhadap Dr Mahathir akan memburukkan lagi keadaan.
Katanya sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir berhak membuat teguran kepada kepimpinan yang ada demi kebaikkan bersama berdasarkan pengalaman yang dimiliki beliau.

Komen yang pedas.........tak paham-paham lagi?

Oblivious of country’s ills, PAS has become irrelevant

July 27, 2015
PAS is completely hypocritical and unreal when articulating policies and ideals and remain oblivious of the people being robbed, the ringgit sinking and the cost of living escalating.
COMMENT
hadi pas
It does not matter whether PAS president Abdul Hadi Awang has filed an application to strike out a suit to stop him from tabling a private member’s bill on hudud in the Dewan Rakyat on grounds that such a move is unconstitutional.
It also does not matter if 13 of 15 Selangor PAS assemblypersons in the state have remained loyal to the party and the Pakatan Rakyat state government as reported. I have been thinking, as a political party, PAS, in its present form, actually serves no purpose for the country.
The party has always taken the moral high ground. But does anyone know the stand taken by PAS on any of the following issues? Does anyone know of the actual work done by them? Think hard, if you have a solid one, please share it with the rest.
What has PAS done to uncover the numerous scandals and malfeasance in the country? Zip. What has PAS done on the great flood that inundated Kelantan last year? Zip again. What pertinent issues has PAS raised on the Goods and Services Tax (GST), fuel prices, and monopolies? Nothing. What insight has PAS provided on national debt, obscene wastage, opulent living, jet setting lifestyles, and lack of accountability on every front, from Mara’s property purchases overseas to altercations perpetrated by incendiary NGOs. Zero. Have we heard of one view from them on how to engage with and cope with modernity, the environment and globalisation other than hawking their own dogmas totally oblivious to reality? And now, have we heard of one view from PAS on how to deal with our sinking ringgit, depressing commodity prices and workers being laid off?
So how do we count on them to govern this country? Seriously, do they know anything at all?
Let me see what they do know. Yes, they are good in cracking jokes and giving rhetorical speeches. They are good in elbowing and kneeing people they dislike. They may even claw at you if they get annoyed.
They like to remind PAS MPs and assemblypersons intending to leave the party that they must return their parliamentary and state seats to the party. They said this was because it was in violation of oaths taken earlier by the candidates. I wish it were that simple, but who really is in violation? Are PAS’s progressive candidates failing to honour their word or is it the party failing to uphold its principles, undertakings and commitments?
And this is even better: PAS now says its MPs and assemblypersons leaving the party must also divorce their respective wives, otherwise that too would be a breach of the oath.
Can we see the stranglehold of archaic doctrinaire and triviality in all these dictates? I wonder what else they have in mind. Maybe they are now spending sleepless nights thinking on how to support and reinforce the ban to sell “couple seats” to unmarried couples intending to visit cinemas. Maybe some are thinking hard on how to provide harsher punishment on an unemployed who stole a tin of milk from the supermarket or an impressionable young couple caught holding hands in the park. Besides these trivialities, they have zero ideas on how to tackle depravity in high society or the billions been siphoned off right under their nose.
They cannot see the country being robbed blind, the ringgit sinking, the cost of living escalating, and the many workers thrown out of work. All they can see are minor social misdemeanours that should be shown maximum abhorrence and be subjected to the harshest punishments. Typical of nincompoops, they can only see the symptoms but never the root causes.
They remain doggedly attached to dogmas no matter how irrelevant and detached from reality these dogmas are and have proven to be in the past. They are completely hypocritical and unreal when articulating policies and ideals for Malaysia. They are doing the most stupid things at the most critical juncture of our history.
TK Chua is an FMT reader

Panas: PAS Bukit Katil menongkah arus..........apa agaknya respon geng Walaun?

KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan PAS Kawasan Bukit Katil sebagai 'Role Model' kepada PAS Kawasan lain di seluruh negara dalam menjalinkan hubungan dengan GHB dalam gerakerja membebaskan rakyat dari belenggu kerajaan Umno/BN.

Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Penyelaras GHB Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek dan hampir kesemua AJK GHB Bukit Katil.

Kami di Bukit Katil mengharapkan tiada unsur-unsur di luar yang mengganggu kami di Bukit Katil untuk bekerjasama. PAS Kawasan Bukit Katil dan GHB Bukit Katil mempunyai musuh yang sama dan sangat sedikit perbezaan antara kami.

Insya Allah kami akan tunjukkan 'izzah Islam kami. Takkanlah PAS Bukit Katil tidak boleh ber'tahallus siyasi' dengan GHB Bukit Katil yang sama aqidah perjuangan.

Kami akan tunjukkan contoh bahawa berbaik dan bekerjasama lebih baik dari bergaduh dan berperang dingin.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

# Bravo PAS Bkt Katil 

Monday, July 27, 2015

Berapa kerat orang UMNO peduli?

Men who abuse and manipulate huge public fund are traitors?

27 July 2015

There have been no Cabinet meetings for the past many weeks as the Cabinet members are too busy positioning their positions while waiting for Najib to finally own up his massive abuse and misappropriation of public funds especially through 1MDB. All in the Cabinet are liable and accountable but Najib is shouldering the burdens they jointly commit. None of his Cabinet lineup takes responsibility and accountability. They lump it all on to Najib. Najib is the sole recipient to the critics and humiliation from the people.

Najib fails to deny the allegations that USD700 million were transferred into his personal account before the last General Elections. This issue is the biggest of all issues surrounding the 1MDN fiasco to date. The outcome of this latest issue many individuals who were alleged to be responsible to transfer the money into Najib’s personal account are now becoming fugitives. Some were rumored to take on hiding in Indonesia and some are said to be in London. They are all wanted by MACC and the police but they are now nowhere to be traced.

BNM is seeking to arrest two individuals in their investigation on the movements of money from 1MDB through various companies where the fugitives are on the board and the management of those companies. Bank Negara has to act on the misappropriation and the dubious transfer of those funds as Singapore Monetary Authority has been alerting BNM on the dubious movements of funds surrounding the 1MDB. If BNM fails to act then Monetary of Singapore will do it.

Why do they choose to be fugitives? If they are truthful with no dubious intents on the money’s transfer there is no reason for them to evade investigations and choose to be fugitives. Being a fugitive will only affirms the allegations that 1MDB was committing serious and unpardonable crimes in the eyes of law and all those responsible has to face the consequence of their act including the advisor of the sovereign funds Najib Tun Razak. It’s an act of insubordinations to the country and the people. We know what the punishment on a traitor would be. The legal experts will give you the actual answer. If I am not mistaken, death sentence is the punishment to traitor of a nation. Do correct me if I am wrong here.

For that reason this blog have been emphasizing since years ago that leaders are not easy to find. We just can’t take in any Tom Dick and Harry who leads the party to be the leaders of this sovereign nation.

This blog have been unfailingly reminding everyone that a leader must be a planner in attribute. He must be an institutionalized man of integrity and he must have the soul only for the people and country. Above all he must be acceptable by all races that populate the country and that need a real and crudely a magnanimous leader. He or she must be well bred by his family and appreciates what accountability means and as a law-maker he must not trespass or violates any part of the law they legislate. These attributes would are only be possessed by a perfect gentleman.

Muhyiddin told the UMNO members in Cheras two days ago that he had spoken to Najib years ago that he (Najib) should resign as the chief of advisors to 1MDB as 1MDB was a big and gigantic scandalous outfit. In actuality he should have resigned in protest from the Cabinet if he was that concerned over the seriousness of the 1MDB’s activities. Muhyiddin was trying to distance himself from the responsibilities over 1MDB event though he was the member of Cabinet that decides everything that the Government did for 1MDB.

Zahid Hamidi is more concerned about his position and has been telling the grass roots that he will be the next deputy Prime Minister. He fails to recognize that he is an automatic disqualifier to any position in the failed Cabinet as he was part and parcel of 1MDB by virtue him being a Cabinet member.

He should instead go around the country raising his hands and surrender his position for being a member of a failed Cabinet and retire gracefully. Zahid should assemble all the cabinet members to resign together with him to take the accountability on all the plundering of public funds committed by the cabinet.

Remember this failed cabinet contributes to the current failed Government and anyone of the current member of the cabinet should even contemplate to substitutes Najib as the leader. Najib has to go but the replacement should not come from any of his Cabinet members he appointed. That is the basic rule to restart the nation afresh. Anything less than that, we are going to be in perpetual problem.

Sifat seorang 'barua'

Bila dah nak bodek Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden parti dia sendiri pun dia sanggah walau Boss no. duanya itu bercakap perkara yang benar bagi pihak rakyat

Dia ni berkhidmat untuk rakyat atau dia besarkan bossnya dari mandat rakyat?

Salleh Said Keruak gesa Muhyiddin letak jawatan
Astro Awani | Diterbitkan pada: Julai 27, 2015 20:31 MYT   
Salleh Said Keruak gesa Muhyiddin letak jawatan
SALLEH: Kenyataan Muhyiddin bahawa beliau mendapatkan maklumat daripada media membayangkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas dua penerbitan Kumpulan Media The Edge adalah salah. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah satu undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu katanya, adalah wajar untuk Timbalan Perdana Menteri itu melakukan apa yang pernah dibuat oleh Tun Musa Hitam semasa berkhidmat di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu letak jawatan daripada kabinet.

"Adalah jelas bahawa kenyataan Muhyiddin semalam merupakan undi tidak percaya yang disamarkan terhadap Perdana Menteri atas dakwa membiarkan seluruh negara dalam keadan tertanya-tanya.

"Sehubungan itu, apa yang mulia dan bermaruah yang perlu dilakukan oleh Muhyiddin, sama seperti yang dilakukan oleh Tun Musa Hitam, ialah letak jawatan untuk menunjukkan bahawa beliau tidak lagi ada keyakinan kepada Perdana Menteri berdasarkan atas prinsip beliau tidak lagi boleh kekal dalam kerajaan," katanya dalam satu tulisan di blognya pada Isnin.

Menurut Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, adalah mustahil bagi Muhyiddin untuk mengatakan bahawa beliau dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO serta anggota kabinet tidak tahu tentang apa yang berlaku dalam hal 1MDB.

Katanya, kenyataan Muhyiddin bahawa beliau mendapatkan maklumat daripada media membayangkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas dua penerbitan Kumpulan Media The Edge adalah salah.

KDN pada Jumaat lepas menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Dailyberkuatkuasa minggu ini atas alasan "memprejudiskan ketenteraman awam" termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap 1MDB, kerajaan dan kepimpinan negara.

"Saya tahu hakikatnya apa yang dibayangkan oleh Muhyiddin itu tidak benar," tulis Salleh.

Muhyiddin dalam ucapannya semasa menggulung mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad mengatakan beliau, sebagai Timbalan Perdana Menteri pun, sukar memahami isu 1MDB dan sedikit sebanyak tahu mengenainya daripada laporan akhbar terbitan The Edge.

Pejabat Perdana Menteri dalam reaksi kepada ucapan itu meminta Muhyiddin untuk tidak mengeruhkan persepsi dan menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap hal-hal yang berkait dengan 1MDB.

Bai'ah Pas Kelantan diKhianati Hj Hadi?

Suluh Kebenaran  : Siri 1 - via WhatsApp

Baiah Pas Kelantan di Khianati Hj Hadi

Menjelajah sorotan dan lakaran peristiwa lalu dengan penuh hikmah dan cermat pastinya akan ditemui jawapan kenapa dan mengapa baiah Pas Kelantan ke atas semua calon Dun dan Parlimen boleh terbatal dengan sendiri meskipun terdapat ramai ahli agaman di negara ini menakrifkan bahawa baiah seperti itu tidak sah dan amat memualkan kerana memperdagangkan wanita dan institusi kekeluargaan demi cita-cita politik.

Kepentingan Baiah memang terdapat dalam ajaran islam namun baiah seperti yang dilakukan oleh Pas kelantan adalah tidak wajar mengikut pandangan agaman. Kendatipun sekiranya baiah itu sah andai dipetik dari kotak fahaman ustaz UG Pas, tetapi ia sebenarnya telah terbatal dengan sendirinya hasil daripada tindakan bodoh dan dungu Presiden Pas.

Semasa baiah itu dirangka oleh Pas Kelantan, kedudukan Pas masih lagi bersama Pakatan Rakyat. Sememang nya diketahui umum bahawa semangat walak di dalam Pas lebih bernilai dan berharga dari sikap peduli dan cakna rakyat.

Atas dasar itu,  bermula isu 16 September yang menunjukan dengan jelas bahawa Mursyidul Am Pas pada masa tersebut  Almarhum TGNA telah menyokong DS Anwar Ibrahim. Berlaku perbalahan antara Almarhum Murabbi dengan Hj Hadi yang menentang sokongan Almarhum Mursyiduk Am kepada DS Anwar Ibrahim.  Mengapakah Presiden enggan menumpahkan wala kepada Almarhum Mursyidul Am.  Kenapakah seorang Presiden Pas yang digelar ramai sebagai Tuan Guru dan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia sanggup mempermainkan istilah walak  dan enggan menumpahkan taat setia kepada Almarhum Mursuidul Am TGNA pada masa tersebut. Justeru,  andainya walak dan baiah yang dipegang oleh ustaz-usyaz UG dan diwar-warkan selama ini begitu penting telah dilanggar oleh Presiden Pas, maka pengkhianatan ini sememangnya telah membatalkan baiah calon Dun dan Parlimen Pas Kelantan memandangkan Presiden terlebih dahulu telah melakukan pengkhianatan di dalam organisasi sendiri. Mana mungkin seorang pengkhianat boleh terus menjadi wali yang diredhai Allah oleh mereka yang telah berbaiah denganya.

Dasar Pas jelas ialah menegakkan ad deen sebagai  cara hidup dan hukum-hakam berteraskan islam didaulatkan di negara ini. Oleh yang demikian,  penentangan Pas terhadap Umno adalah merupakan sirah perjuangan yang panjang dalam sejarah gerakan Pas di negara ini. Apa yang dikesalkan ialah seorang Presiden Pas telah mula menjadi gunting di dalam lipatan dan api di dalam sekam.

Sejarah membuktikan bahawa sebaik sahaja selesainya PRU 2008, Presiden Pas telah mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh ahli Pas dan pengundi Pakatan Rakyat dengan cuba mengadakan Unity Gorvernment dengan Umno. Hal dan kebenaran ini tersebar dengan meluas bilamana Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu dan mantan Naib Presiden Pas menolak dan menentang dengan keras pengkhianatan yang cuba dilakukan oleh Tuan Guru Hj Hadi. Usaha ini adalah rentetan daripada usaha pertama sebagai first pilot projek yang diusahakan oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali di Selangor untuk berkerjasama dengan Umno yang telah menemui kegagalan.

Mendengar ceramah-ceramah penjelasan daripada Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali selepas itu, menyebabkan rasa jiwa seakan-akan dihiris dengan sembilu yang tajam. Wajarkah baiah terus diperdagangkan dengan seorang Presiden Parti yang jelas telah cuba mengkhianati Pas sendiri. Ekoran daripada itu, Almarhum TGNA memberi amaran keras kepada pimpinan Pas yang cuba belot dan khianati amanah Pengundi Pas dan Pakatan Rakyat ini dengan meluahkan kata-kata " Kiranya Pas ingin berpecah dua malam ini, kita akan pecah". Begitulah tegasnya hala tuju perjuangan " Ulama" yang sebenar-benar ulama.

Antara kebenaran dan fitnah begitu besar bezanya.  Kebenaranya ialah Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengakui bahawa terdapat beberapa siri rundingan sama ada di Kota London dan Makaysia bagi merialisasikan Kerajaan Perpaduan tersebut. Namun mungkin ia telah digagalkan oleh kebijaksanan jebon dan barua yang berhujah dengan fakta dan bukannya gemar menggunakan siku dan lutut di dalam Jawatankuasa Pas Pusat saat itu. Keadaan kritikal pada masa itu, menyebabkan Almarhun TGNA terasa begitu marah dan mencabar dan meminta Ustaz Nasharudin Mat Isa meletak jawatan sebagai MP Bachok dan keluar dari Pas. Hakikatnya wajarkah baiah terus diakui dan dipegang janjinya dengan seorang Presiden yang jelas membelakangkan perjuangan parti.

Salam Ukhwah,

Dr Mohd Osman Mohamad
Serdang, Selangor

Bersambung....!!!!

IMDB: Hanya Muhyiddin pemimpin UMNO yang rasional?

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu. 

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian...kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.
  
Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat. - TPM

Jangan biar isu 1MDB jadi beban Umno : TPM
27 Julai 2015

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB. 

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

"Mesti ada penyelesaian muktamad...kalau tak selesai jadi beban...nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya.

Berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini malam tadi,‎ Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya.

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan...saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.  

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian...kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara.

Menjawab mengenai pertemuan beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai 'perbincangan sulit mengenai isu negara', Muhyiddin berkata ia hanya merupakan pertemuan biasa.

"Tiada yang sulit...saya berkomunikasi dengan Tun, (kemudian) saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein).

"Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib.

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," katanya. - SH