Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Wednesday, November 29, 2017

Harga sebuah kejujuran.....

BUDAK MISKIN INI DIBERI DUA IKAN & CINCIN BERLIAN DARI ORANG ASING, PELIKNYA DIA MENOLAKKNYA, RUPA-RUPANYA PUNCANYA BUAT NETIZEN RESPEK HABIS
November 28, 2017 admin 
Gambar Hiasan

Namaku Caca, aku berusia 9 tahun ini, aku memiliki seorang adik laki-laki yang baru berusia 4 tahun. Ibuku mengidap penyakit serius sehingga ayahku harus merawatnya dirumah.

Selain mengurus ibu, ayahku bersusah payah bekerja untuk menyara kami berdua ditambah lagi kos rumah sakit yang tinggi.

Setiap pagi, aku harus bangun dan menyiapkan makan pagi, lalu membangunkan adik laki-lakiku. Setelah itu kami makan pagi dan mengendong adikku untuk berangkat ke sekolah kerana tidak mungkin lah meninggalkan si adik sendirian dirumah.

Guru disekolah tahu akan keadaan keluargaku dan mengizinkan aku membawa adikku ke kelas. Kadang-kala, mereka suka menyumbang peralatan sekolah untukku.
Walau adikku masih kecil, ia mengerti bahwa ia tidak boleh menganggu saat pelajaran dimulai. Ia akan menunggu dengan diam sampai aku selesai sekolah.

Kehidupan kami memang tidak mudah, kami pun mengembangkan kebiasaan hemat. Aku sudah mengerti cara menjahit pakaian. Aku akan menggunting bajuku dan menjahitnya agar adikku dapat memakainya. Aku terbiasa memegang semuanya dirumah.

Mungkin kerana itu juga, ayahku tidak khawatir dengan keadaan di rumah. Ayahku sangat fokus untuk merawat ibuku.

Namun biayanya rumah sakit semakin hari semakin banyak. Aku sering bersikap optimis untuk menghibur kedua orangtuaku, berharap mereka tetap percaya diri.

Budak Miskin Ini Diberi Dua Ikan & Cincin Berlian Dari Orang Asing, Peliknya Dia Menolakknya, Rupa-rupanya Puncanya Buat Netizen Respek Habis

Suatu hari, ayahku ulang tahun. Aku memutuskan untuk memasak makanan enak untuknya. Aku kasihan melihatnya harus setiap hari bolak balik dari tempat kerjanya ke rumah sakit.

Aku pun membawa adikku ke pasar dan menggunakan duit yang sedikit untuk membeli bahan masakku nanti.

Banyak sekali orang yang berjualan dipasar. Disini, kamu boleh menemukan semua jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan tentu saja daging. Tapi ketika tanya harganya, aku hanya boleh menundukkan kepala. Duit ku yang sedikit ini tidak boleh membeli apa-apa.
Pandanganku teralih ke sebuah gerai yang banyak daun terkelupas dan jatuh dilantai. Aku pun berjalan ke gerai tersebut dan mulai memungut daun-daun tersebut. Adikku juga membantu mengumpulnya dengan tangan mungilnya.

Tapi, sang penjual melihat kami dan datang marah-marah, “Hei pengemis kecil, sayur ini emang boleh buat kalian ambil? Ini buat arnabku bukan buat kalian. Kalau ambil lagi akan ku potong tangan kalian.”

Adikku langsung menangis karena takut, aku juga takut dan segera membawa adikku pergi.

“Nak, sini.” kata pemilik gerai sebelah. Aku menoleh dan melihat seorang pakcik tua menjual ikan. “Orang tua kalian dimana? kenapa anak kecil datang ke pasar sendirian?” tanyanya lagi.

“Ibuku sakit, sedangkan ayahku sedang merawat ibuku. Hari ini ulangtahun ayahku, aku ingin memasaknya sesuatu, tapi aku tidak dapat beli apa-apa” kataku masih menangis.

Pakcik itu menghembuskan nafas dan berkata, “Kalian anak yang baik. Ini, pakcik bagi dua ekor ikan, bawa pulang ke rumah untuk dimakan yah.”

Pakcik yang baik itu memilih dua ikan dan memasukkannya ke dalam plastik. Awalnya aku ingin menolak, namun adikku merengek ingin makan ikan.

Aku pun menerimanya. Aku membungkuk dan mengucapkan terima kasih lalu bersiap-siap pulang ke rumah.
Ketika aku sampai ke rumah, ayah juga sudah ada di rumah. Ia sangat senang melihat aku membawa pulang dua ikan.

Ayah pun mulai membersihkan ikan tersebut, tiba-tiba, sebuah beda jatuh ke lantai. Ayah pun memungutnya. Ekspresi wajahnya berubah senang ketika ia menemukan sebuah cincin berlian.

“Ya ampun, kalian beli ikan ini dimana? Lihat cincin berlian ini, boleh dijual berjuta-juta. Ibumu boleh selamat!” soraknya gembira.

Aku segera menggeleng-gelengkan kepala, aku pun menceritakan pengalamanku di pasar tadi, “Ayah, cincin berlian ini pasti punya pakcik tadi. Kita harus mengembalikannya kepadanya.”

Ayah menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum, “Kamu benar nak, bukan barang milik kita tidak boleh kita ambil. Yaudah, kamu pulangkan, ayah masak ikan ya.”

Aku pun berlari ke gerai paman tersebut dan mengembalikannya. “Patutlah dari tadi dicari tak jumpa. Rupanya dimakan ikan ya! Kamu anak yang baik, terima kasih ya!” kata pakcik.

Aku pun menceritakan kepada pakcik tentang percakapanku dengan ayah ketika menemukan berlian tadi.

Pakcik pun mendengarkannya dengan serius, pada akhirnya ia berkata, “Aku ingin mengunjungi rumahmu. Boleh tak?” Aku pun mengangguk dan membawanya pulang ke rumah.

Ketika sampai di rumahku dan melihat keadaan di dalamnya, ia tampak terharu dan berkata, “Cincin ini adalah cincin pernikahanku.

Lupakan harganya, cincin ini sangat berarti untukku. Tapi, kalian sama sekali tidak berniat apa-apa ketika melihat cincin ini. Aku sangat salut. Untuk menunjukkan rasa terima kasihku, aku beri kalian 50 juta ya.”
Ketika ayahku mulai menolak, pakcik itu lanjut berkata, “Aku ingin memperluas gerai dipasar. Tunggu Caca sudah agak besar sedikit, ia boleh datang bantu-bantu di pasar.

Anggap aja 50 juta ini uang penghasilan Caca nanti. Bagaimana? Lagi pun kalian benar-benar perlukan duit ini untuk menyelamatkan ibu Caca.”

Kami pun menunduk dan mengucapkan terima kasih kepada paman. Sangat terharunya, ayah juga berlinang air mata.

Tiba-tiba, adikku berteriak, “Aduh, lapar. Mau makan!”

Satu kalimat ini bikin kami semua tertawa.

“Orang yang paling bahagia adalah orang yang melupakan keburukan orang lain terhadap dirinya, dan melupakan kebaikan dirinya terhadap orang lain…” 

Jangan lupa untuk SHARE artikel untuk mengingatkan teman dan keluargamu untuk selalu berbuat baik!  - sumber

Friday, November 3, 2017

Monday, October 30, 2017

Negara di dunia yang jarang kita dengar

5 Negara Asing Yang Jarang Didengari
Oleh Neux pada 29 Oct 2017
Baru-baru ini, kebanyakan akhbar di Malaysia dilimpahi dengan berita tuntutan kemerdekaan oleh kerajaan Catalonia daripada Sepanyol. Kerajaan Sepanyol membuat keputusan agresif dengan tidak mengiktiraf pengisytiharaan kemerdekaan tersebut yang diumumkan oleh kerajaan Catalonia.

Konflik kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol bukanlah sesuatu yang baru. Di Kanada juga, kerajaan Quebec sudah lama menuntut kemerdekaan daripada Kanada. Kisah Catalonia dan Quebec ini adalah contoh beberapa kerajaan yang menuntut kemerdekaan untuk menubuhkan negara, kerajaan dan undang-undang sendiri.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa negara yang jarang didengari. Sesetengah daripada negara dalam senarai ini walau bagaimanapun hanya diiktiraf oleh beberapa buah negara lain walaupun sudah mempunyai undang-undang dan pemerintahan tersendiri.

1. Transnistria
Transnistria adalah sebuah negara kecil yang terletak di kawasan selatan negara Moldova. Ianya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Chisinau pada tahun 1990. Kini, Transnistria sudah mempunyai matawang tersendiri, pasport, kerajaan demokratik dan sistem pertahanan tersendiri. Cara hidup dan rekabentuk bangunan disini kebanyakannya masih dikekalkan sejak pemerintahan Soviet Union.

Tidak banyak negara yang mengisytiharkan kewujudan negara ini. Rusia merupkan antara beberapa negara yang mengisytiharkan kewujudan negara Transnistria dimana mereka turut menempatkan kira-kira 1000 orang askar disini bagi mempertahankannya sekiranya Moldova ingin menyerangnya. Sekiranya ingin datang ke sini, bolehlah mengambil penerbangan ke Moldova dan menaiki pengangkutan darat untuk ke sini.

baca lagi : Transdniestria Negara Tidak Diiktiraf dunia

2. Abkhazia
Abkhazia asalnya merupakan sebahagian daripada negara Georgia. Setelah kejatuhan Soviet Union, ia mula menuntut kemerdekaan tetapi dihalang keras oleh Georgia. Krisis ini menyebabkan konflik, pertumpahan darah dan penghapusan etnik di Abkhazia.

Abkhazia berjaya mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1999. Kini, ia mempunyai sistem pemerintahan, sistem ketenteraan, pasport dan juga bank nasional. Buat masa ini, hanya 4 buah negara anggota United Nation (UN) mengiktiraf kewujudan negara ini. Walau bagaimanapun, negara ini masih banyak bergantung kepada Rusia dalam segala segi. Rakyatnya juga boleh memohon pasport Rusia dan boleh memasuki Rusia secara bebas.

3. Somaliland
Sejak tahun 1991, negara Somalia telah bergolak dan terjadinya perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa. Sebuah kawasan di bahagian utara barat Somalia telah bertindak keluar daripada Somalia dan menubuhkan sebuah negara baru yang dikenali sebagai Somaliland.

Somaliland juga berupaya menubuhkan sistem ketenteraan, kerajaan, matawang dan juga mempunyai bendera mereka sendiri. Kerajaan pula memerintah menggunakan sistem separa-demoktratik. Walaupun negara Somalia masih lagi bergolak, rakyat di Somaliland dapat hidup bebas tanpa peperangan. Malangnya sehingga kini tiada negara luar yang mengiktiraf kedaulatan Somaliland.

4. Puntland
Selain Somaliland, Putland juga merupakan sebuah sebuah kawasan yang ingin keluar daripada Somalia. Ianya merupakan sebuah kawasan kecil di Somalia yang menghadap ke arah laut. Pada tahun 2015, kawasan ini dianggarkan mempunyai populasi 4.28 juta orang penduduk. Ia telah mengisytiharkan pemerintahan autonomi sejak tahun 1998.

Sementara itu, aktiviti utama Puntland adalah lanun, iaitu merompak kapal-kapal yang lalu di kawasan laut berhampiran. Berlainan dengan daripada Somaliland yang inginkan kemerdekaan secara terus, Puntland pula hanya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Somalia selagi mana Somalia masih bergolak dengan perang saudara. Sekiranya Somalia kembali stabil, Puntland ingin kembali menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Somalia.

5. Seborga
Di Itali, terdapat dua buah negara kecil yang diiktiraf masyarakat antarabangsa - San Marino dan Vatican City. Walau bagaimanapun, mengikut pakar sejarah, Seborga juga merupakan sebuah kawasan yang layak di gelar sebagai sebuah negara mengikut undang-undang.

Ianya adalah sebuah negara kecil di kawasan pergunungan dan hanya mempunyai keluasan 4.91 kilometer persegi. Kawasan ini wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Rom lagi. Selepas kejatuhan empayar ini pada tahun 1806, kira-kira 300 buah kawasan di Itali telah digabungkan menjadi beberapa buah daerah atau negari, termasuklah Seborga. Ketika perjanjian penyatuan daerah-daerah di Itali dibuat pada abad ke 19, akibat kerana kesilapan kawasan Seborga ini tidak dimasukkan dalam perjanjian tersebut. Oleh itu, mengikut undang-undang Seborga adalah sebuah negara yang tersendiri.

Wednesday, October 11, 2017

Ape kenela budak ni, sendiri cari penyakit?

WEDNESDAY, OCTOBER 11, 2017
Perghhh !!! ‘I Memang Suka Polis Tapi...’ Tak Mengaku Pula Bukan Gambar Dia ?
Gadis yang menggunakan akaun Instagram Bebyluerena ini menafikan dirinya sebagai individu dalam gambar viral tersebut.

PETALING JAYA: Seorang gadis yang didakwa sebagai individu dalam gambar viral yang tangannya dipegang anggota polis di Segamat baru-baru ini tampil mempertahankan dirinya.

Gadis tersebut yang menggunakan akaun Instagram @bebyluerena menafikan gadis dalam gambar itu adalah dirinya.

Malah gadis berkenaan turut memuat naik gambar kontroversi itu di laman Instagramnya pada Isnin.
"I memang suka police. Tapi bang tangan tu lepaslah, saya nak balik. Actually guys. This is not me.

"Sebab ramai sangat kawan-kawan I DM (direct message), WS (WhatsApp) I, Wechat I sent this picture. And ask me “ is it me “ and sorry again she's not me. That’s all," tulisnya.

Menurut Bebyluerena, dia membuat penafian itu setelah dihubungi ramai rakan-rakannya yang ingin mengesahkan sama ada gadis dalam gambar tersebut adalah dirinya.
Gambar adegan mesra seorang anggota polis dengan wanita yang dipercayai pelacur menjadi tular di media sosial.

Malah, dalam satu posting berasingan, gadis itu menjelaskan bahawa semasa hari kejadian, dia berada di Kuala Lumpur.

"Pada hari itu, aku pula dekat KL baru lepas teman mama kursus dekat Bangi," tulisnya.
Posting gadis itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

Ada dalam kalangan netizen mempertikaikan tindakan gadis itu memuat naik gambar tular itu di Instagramnya.
@Spoisajew berkata:"Kenapa up gambar dengan caption macam tu? Gambar tu pun tak de orang up selain kau. Kan? Sendiri cari penyakit dah kantoi habis sana sini berbelit. Hahaha kelakar.

@cikfimie berkata:"Salah awak juga sis... yang awak gi post gambar tuh kenapa? macam cari publisiti murah je. Tak pasal-pasal polis kena tindakan."

Selepas tersebarnya gambar adegan mesra itu, anggota unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat tersebut ditukarkan serta merta.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan perkara tersebut.

Menerusi gambar yang ditularkan itu, anggota polis berkenaan kelihatan memegang tangan seorang wanita yang hanya berpakaian seluar pendek dan bersinglet yang dipercayai pelacur di daerah itu pada Ahad. - sumber

Tuesday, October 10, 2017

Bukankah berita ini baik dan menarik?

CNN: Asam laksa P. Pinang antara hidangan terbaik dunia
Bernama    9 Okt 2017, 9:46 malam
Asam laksa Pulau Pinang dari Malaysia disenaraikan antara 50 hidangan terbaik dunia dalam laporan tinjauan oleh Channel News Network (CNN).

Turut tersenarai hidangan Pho Pho (mi sup) dan Goi cuon (popiah segar) dari Vietnam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Hidangan lain termasuk ayam muamba dari Gabon, tom yum goong (Thailand), burger (Jerman), itik Peking (China), sushi (Jepun), cokelat (Mexico), pizza Neapolitan (Itali) dan kari Massaman (Thailand).

Menurut laporan itu, Pho merupakan simbol masakan Vietnam yang boleh didapati di mana sahaja warga Vietnam berada di seluruh dunia.

Sunday, September 24, 2017

Santai: Sekali sekala bebel Tok Usin

TOK CUBA PEKENAKAN NATANG MAMAT, TAPI.....

Tok bercadang nak mengenakan budak si Natang mamat tu.  Gini kisahnya;

Tok:  Natang, hang simpan duit kat bank mana?

Natang:  Bank Islam.  Nape tok?

Tok:  Kenapa pilih Bank Islam?

Natang:  Sebab, pengurusannya menepati kehendak Islam dan syarie.  Awatnya tok?

Tok:  Teehehehe....sebab...nama dia Bank Islam, kan?

Natang:  Ehhh...tidak...tidak...bukan sebab nama dia Bank Islam...tapi sebab pengurusannya menepati kehendak Islam.

Tok:.  (Terdiam sekejap).  Alaaa....sebab nama dia Bank Islam la tu....sebab tu hang pilih kan?

Natang:  (Seperti dah dapat agak tok nak pekena dia) Ohhh....tok nak kata elok saya pilih parti tok la ye?  Sebab parti tok ada nama Islam?  Itu yg tok maksudkan ye?

Tok:  Err...err...ye..ye...parti tok ada nama Islam.  Bank tu pun ada nama Islam.  Nape hang pilih Bank Islam tapi tak pilih parti tok?

Natang:  Jauh bezanya tok.  Bank tu bukan saja namanya Islam tapi dia mengurus betul2 bijak, telus, bersih dan mengikut ciri2 Islam.  Kalau nama dia tak letak Islam pun, saya tetap pilih bank tersebut kerana perlaksanaannya ikut kehendak Islam.

Tok:  Apa bezanya dgn parti tok?

Natang:  Parti tok label je letak Islam.  Tapi parti dipimpin oleh orang bodo cakap belit2, kaki ponteng Parlimen, kerja suka tangguh2, RUU pun tangguh tiga kali....suka bermusuh dgn orang...maki sana sini...kapir sana sini...berkawan pulak dgn perompak....Bayangkan kalau guru tok jaga Bank, lingkup bank walau pun atas nama Bank Islam...bank tak boleh diuruskan oleh kaki ponteng...kaki belit...kaki musuh dengan pelanggan...mana boleh orang urus bank berkawan dengan perompak kleptokrasi?  Bla..bla....bla......

Tok:  Udah...udah....orang dah azan asar tu...tok nak solat.

Tuesday, September 12, 2017

Baru-baru ni aku buat ni.......kalau korang nak cuba boleh.....

Ni aku nak bagitau.....bukan nak iklan. Kalau-kalau sesiapa rasa nak cubalah. Rasulallah buat ni dulu-dulu
Lepas buat Bekam ni, badan rasa ringan......

Kalau korang nak cuba boleh hubungi:
Hafiz no. tel. 014-508 3079
Rumah dia ni dekat rumah aku......boleh kata berjiran jugalah

Harga pakej: RM60.00/13 cups
Bagi sekitar Bandar Kota Bharu.
Dan kawasan luar dan berdekatan Kota Bharu, tambahan RM10.00 duit minyak
Perkhidmatan hanya di kawasan berdekatan Kota Bharu i.e Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh
 
 
 
 
 
 

Sunday, September 10, 2017

Video gaduh, malu sakan: Harapkan badan macam badak, sekali lepuk terus kejang!

Video menarik: Kerana berebut parkir, dua jaguh ahli pertahanan diri berlawan sakan.
Lelaki baju kuning harus menanggung malu kerana lawannya yang kecil ternyata lebih mahir bergaduh (Foto: Shanghaiist)

CHONGQING – Jika anda memiliki masalah dengan orang lain di jalan, ada baiknya selesaikan dengan baik-baik. Jangan sekali-kali mengajak untuk berkelahi jika tidak ingin malu yang didapat seperti seorang lelaki di Chongqing, China.

Bertubuh lebih besar, lelaki yang memakai baju berwarna kuning nampak mengajak lelaki berbaju   merah untuk bertumbuk. Lelaki itu sempat mencengkeram kerah lawannya dan melempar yang lawannya ke tanah. Tak sangka, lelaki berbaju merah itu mampu bangkit dengan cepat.

Lelaki berbaju merah itu lantas melayangkan tendangan ke wajah lawannya.  Percubaan pertama gagal dan lelaki itu terjatuh. Namun, ia bangkit dan berhasil meraih kaki si lelaki berbaju  kuning hingga lawannya terjatuh. Lelaki berbaju merah itu kemudian menendang bahagian rahang lawannya.

Diwartakan Shanghaiist, Sabtu (9/9/2017), tendangan tersebut menjadi titik tolak dari pertarungan. Lelaki berbaju kuning itu tergolek tak berdaya di tanah meski nyawanya tidak terancam sama sekali. Yang pasti, tentangan untuk berkelahi berakhir malu kerana ia menjadi buah mulut orang.

Perkelahian tersebut dipercayai terjadi akibat selisih paham terkait parkir kereta. Lelaki berbaju kuning itu diketahui sebagai seorang murid dari ahli beladiri khas Thailand, Muay Thai. Sementara itu, lelaki berbaju merah adalah seorang instruktur beladiri campuran atau MMA dan pernah menjadi juara di kelas amatur.

Meski keadaan nampak buruk bagi si penikmat Muay Thai, untungnya tendangan si instruktur MMA tidak terlalu fatal. Terjangan ke rahang tersebut hanya menyebabkan kejang otot sementara. Lelaki berbaju kuning itu sudah dalam keadaan baik-baik saja usai dipermalukan di depan umum.  - sumber

Sumber: Mai Magdy/Youtube 10/9/17

Tuesday, August 8, 2017

Nak bagi kereta free, orang pun cantik ooo.......!

Dua Kereta Ni Saya Nak Bagi ‘Free’ Je - Tauke Balak Cun
Diterbitkan: Isnin, 7 Ogos 2017 2:26 PM
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
izra@thestar.com.my
PETALING JAYA: Selepas kisah kejayaannya tular di media sosial, seorang jutawan muda dan jelita telah membuat satu pengumuman mengujakan dengan menawarkan dua buah kereta mewah untuk diberikan secara percuma.

Tauke balak dan pengasas produk kecantikan, Nur Syamimi Shamsudin (gambar), 25, awal pagi Isnin telah memuat naik posting di Facebooknya dengan menawarkan hadiah sebuah kereta Range Rover dan Audi TT kepada stokis dan pemborong produknya.

“Siapakah yang akan dapat hadiah si merah belakang Mimi tu dan Audi TT secara percuma.

“Tunggu hujung tahun ni tau Mimi nak bagi free je untuk stokis-stokis dan pemborong-pemborong. Usaha Lebih sikit yaa nanti saya bagi terus kereta untuk ‘u ols’ dengan geran-geran kereta Mimi bagi tau,” tulisnya di Facebook.

Postingnya ini telah mendapat sambutan postif daripada netizen yang rata-rata memuji sikap beliau yang tidak kedekut walaupun sudah berjaya dan bergelar jutawan.

Bagaimanapun, Nur Syamimi tetap tidak terlepas daripada usikan netizen nakal, khususnya lelaki, walaupun beliau sudah berumahtangga.

Apa yang ditawarkan Nur Syamimi ini dilihat sebagai satu strategi untuk memajukan lagi perniagaannya dalam bidang kecantikan kerana ia dapat menarik lebih ramai individu untuk menjadi stokis atau pemborong produknya.

Terdahulu, Nur Syamimi yang bergelar jutawan pada usia 19 tahun telah memuat naik satu posting menjelaskan tentang susah payah yang perlu dihadapinya sebelum mengecapi kekayaan yang dapat dilihat hari ini.

Beliau menulis posting tersebut apabila ramai netizen yang mempertikaikan kejayaannya pada usia muda, malah ada yang meninggalkan komen bahasa kesat dan sindiran selepas kisah mengenai dirinya tular di media sosial.

Nur Syamimi berkata keluarganya sebelum ini hidup dalam serba kekurangan dan apa yang dikecapi hari ini bermula dengan perniagaan sambilan secara online ketika beliau masih belajar dalam jurusan perniagaan.

“Dalam jangka masa satu tahun lebih saya berjaya mengembangkan perniagaan kosmetik dan berjaya membina empayar perniagaan kosmetik saya sendiri, saya memiliki ratusan down line juga cawangan sehingga ke Jakarta, Indonesia, sehingga kini saya mempunyai rakan kongsi di Indonesia dan memiliki Ibu pejabat di Indonesia serta rangkaian stokis.

“Kehidupan saya berubah, dari memiliki sebuah kereta murah Satria yang dibeli hasil dari terkumpulnya duit perniagaan akhirnya saya mampu membeli sebuah kereta mewah Porshe secara tunai, membina sebuah bangunan pejabat sendiri, membeli sebuah rumah secara tunai dengan harga setengah juta, mengambil pekerja-pekerja yang dibayar gaji bulanan, membeli lagi kereta kereta mewah sebagai aset seperti Range Rover Evox, Skyline GTR, Mini Cooper Country Man, Audi TT, Vellfire dan berbagai lagi, semua ini dibeli secara tunai kerana usia saya masih muda untuk membuat pinjaman,” katanya.

“Dari modal dan pengalaman perniagaan inilah saya kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaan sehingga kini saya menceburi bidang perniagaan kayu balak, kini saya memiliki kilang memotong kayu balak sendiri dan kini juga saya mengeksport papan-papan yang di proses di kilang saya ke Thailand dan rantau Asia,” tulisnya.

Anak jati Kelantan ini berkata perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk bermegah-megah dengan kekayaannya sebaliknya untuk memberi inpirasi kepada msyarakat dan menjawab tohmahan yang dianggap tidak adil buat dirinya.

Thursday, June 15, 2017

Santai malam: Sebenarnya saya baru tiba petang tadi dari KL

Flight kosong hanya dengan 25 orang penumpang tetapi cuacanya pula masya Allah
Sekali dilambung dan disentap, dioleng pula kiri dan kanan. Kalau bukan di bulan puasa rasanya ramai yang keluar isi perut.

Selamat tiba di Sultan Ismail airport jam 5:15 petang tadi. Otw balik singgah di Kedai Yati Ayam Percik. Hajat nak beli nasi kerabu daging bakar, tapi malangnya daging bakar dah habis dan terpaksalah beli Ikan Percik sebagai ganti.

Harganya boleh tahan. Ikan percik RM8.00 sekor, nasi kerabu RM2.00 jer. Kueh dua jenis ( ondeh2 dan sira labu) RM6.00. Itu harga di bulan puasa atau kerana GST tak taulah. 

Saya di Kota Bharu hanya berseorangan sudah setahun. Isteri di KL, di rumah anak yang sulong menjaga dua orang cucu tetapi anak kedua gambar dibawah ni sudah berhenti kerja kerana menjaga anak dua orang juga

Itulah sebabnya saya sering berulang alik KL-KB paling kurang sekali setiap bulan. Kalau tidak, dua kali sebulan. Budak di kaunter check-in Firefly tu dah kenal benar muka ni

Itulah nak bagitau, kalau saya jarang update blog tu bermakna saya tidak berada di rumah di KB. Kalau tak langsung update tu bermakna saya berada di ceruk yang tak ada capaian internet atau capaian terlampau perlahan mengalahkan kura-kura
 Banyak kerusi kosong
 Tengokkan kat luar tu, taklah teruk sangat. Tapi angin kuat kot.
 Cucu, anak dan menantu masa hantar saya di Subang Skypark
siAdik tanak lepaskan tangan Datuk
 
Ni gambar 4 orang cucu (dua dari anak sukong dan dua dari anak bongsu) masa makan di Me'nate 

Friday, June 9, 2017

Akhirnya, malam tadi Natang Mamat jadi Imam.

NATANG MAMAT JADI IMAM TARAWIKH

Malam tadi waktu nak mula Tarawikh, kecuh jap kat Semejid kampong tok.  Kecuh sebab Imam tak hadir mlm tadi.

Maka, jemaah mintak tok jadi Imam bimbing Tarawikh.  Tok bukan tak boleh jadi Imam, usahkan Imam, jadi Ayatollah macam guru tok pun boleh kalau tok mahu.  Tapi tok pertikaikan ke mana Imam?  Kerap sangat tak hadir?  Makan gaji bute ke?  Itu soalan tok pada Jemaah.

Semua pakat diam, termasuk bilal Deris yg laju je menuju ke tandas takut dia kena jadi Imam.  Tiba2 Natang Mamat bersuara, " Tok...Imam tu bukan ponteng mcm guru tok selalu ponteng Parlimen tu....Imam pergi klinik 1 Msia.  Dia selalu pergi klinik sebab uzur.  Buasir.".  Jawab Natang Mamat.  Jemaah lain pakat angguk2 kepala setuju dgn jawapan Natang Mamat.

Tok tinggikan suara lantang macam suara Lebai Sudin Cecopong Adun Kelate tu. " Hahhh...dah tau uzur...kerap sakit....kerap ulang alik klinik, masih nak jadi Imam?  Korang tau tak dlm Islam ni Imam yg selalu uzur elok diganti yg sihat".  Lantang tok bersuara.  Semua terkedu.

Natang Mamat pun sama naik tinggikan suara dia tapi nyaring macam suara Ostat Tar Snake.  " Alahhh...baru ulang alik ke klinik je pun....guru tok tu ulang alik IJN pulak...kadang2 sampai ke luar negara...siap bungkus kepala otak nak Scan...elok je jadi Presiden....itu pun puak2 tok nak angkat jadi PM..Guane pulak hukumnya dalam Islam pemimpin camtu?  Tak perlu letak jawatan ke?".  Natang Mamat berbunyi nyaring.  Ahli Jemaah saling pandang memandang sesama mereka.  Ada yg tunduk sambil menutup mulut, gamaknya menahan ketawa.

Muka tok biru kejap. " Gini....Ana bukan apa...Ana tak boleh jadi Imam...solat Tarawikh ni lama sangat...Ana pun ada buasir...itu je".  Kata tok sambil tunjukkan punggung tok depan para jemaah.

" Isshh....dan dan dia pun buasir...".  Kata Natang Mamat.

Akhirnya, malam tadi Natang Mamat jadi Imam.

*TOK USIN UG CEROI*

Thursday, June 1, 2017

Point-pointnya menarik......

Thursday, June 1, 2017
Nama Tak Kafir Tapi Bodoh Macam Tapir By Dean Kadeer
Someone sent this to me. I dont know who this writer is (Dean Kadeer) or if it is a real person but the points are interesting.

Ana dah malas nak cerita pasal benda lapuk ni, tapi sebab otak Melayu masih kat celah jub_r,  so ana ulang lagi sekali.

Lagipun ana prihatin dgn isu nama anak yang kedengaran macam nama "kafir", ramai Melayu yang sentap bila tengok nama anak orang Melayu macam mat saleh, lalu dikeluarkan fatwa nama sebegitu "tak sesuai",  tak Islamik kononnya.  Puii..!!

Pelik betul otak orang Melayu ni.  Bodoh sebesar Alam.  Katanya Jesus tu Nabi Isa, dalam Bible namanya Jesus, dalam Quran namanya Isa.  Perkataan Jesus pun berasal dari Hebrew,  ada yang sebut Yeshua.  Kalau Melayu pakai nama Jesus,  takkan jadi kapir pulak.  Kebanyakan nabi dalam Quran ada nama "kafir" mereka dalam Bible. Moses jadi Musa, Harun jadi Aaron, Ibrahim jadi Abraham, Jacob jadi Yaakob, Ishak jadi Isaac.  Kalau Melayu letak nama anak Isaac Newton,  tak Islamik ke?  (campuran nama Nabi dan tokoh fizik - tak bagus lagi?)

Nama sahabat nabi iaitu Umar Al Khattab sewaktu dia kafir ialah Umar. Selepas convert masuk Islam,  dia tak tukar nama jadi Najib atau Tengku Adnan.  Dia tetap guna nama Umar. Nama Abu Bakar As Siddiq sewaktu kafir ialah Abdul Ka'bah, selepas masuk Islam namanya ditukar menjadi Abdullah.  Gelaran Abu Bakar diberi oleh nabi kerana maksud Abu Bakar ialah "bersegera"  (masuk Islam).

Dua contoh nama tersebut ana tunjuk sebab mereka sahabat yang rapat dengan Nabi Muhammad. Umar tak tukar pun nama untuk nampak Islamik walaupun sudah Islam, walhal Umar kaki bunuh orang sewaktu kafir.  Dia tetap pakai nama Arab kafir.  Tak salah pulak. Nabi tak bising pun.  Sikit pun tak jadi isu.

Nama Abu Bakar pulak  sewaktu kafir dah "Islamik"sungguh iaitu Abdul Ka'bah tapi kenapa tukar jadi Abdullah?  Patutnya teruskan guna nama Abdul Ka'bah,  tempat suci orang Islam.

Morale of the story,  nabi tak ambik pot pun nama Umar yang tak bertukar tu. Sepatutnya nabi suruh Umar guna nama "Muhammad Ibrahim" atau nama lain yang lebih Islamik (kononnya).  Nama Abdul Ka'bah ditukar jadi Abdullah mungkin sesuai atas sifat dan jatidiri Abu Bakar sewaktu itu,  bukan sebab nama Abdul Ka'bah tak Islamik.  Nama Kaabah takkan tak Islamik kot?

Ini bukan persoalan besar, tapi contoh kebodohan Melayu dalam memahami teks2 agama. Mereka suka memperbesarkan benda2 yang kecik jadi senjata memecah belahkan keharmonian sesama manusia.  Mereka cuma mahu tunjuk kepada dunia "Kami Islam,  kami guna nama Islam".  What the f_ _k?!

Mamang ada riwayat, nabi menggesa meletakkan nama yang "baik" kepada anak2, tapi bukan nama Arab. Janganlah jadi bodoh sangat.  Tak wujud isu "Nama Islam", sebab dalam Quran disebut "manusia dijadikan berbagai bangsa untuk berkenal-kenalan",  meaning nama manusia wujud atas dasar tempat, bahasa, budaya, keturunan dan bangsa.  Kalau Red Indian Islam,  takkan nak bubuh nama anak  Sitting Bull Khalid atau Ismail Crazy Horse.  Confirm kena gelak dengan cowboy kafir.  LOL

Akuilah, beratus juta pemakai nama "Muhammad" diseluruh dunia yang sudah masuk jel keluar jel,  yg makan rasuah,  yg sapu duit rakyat,  yg pecah amanah dll.  

Dan kenapa pemakai nama "kafir" lebih maju ke hadapan berbanding pemakai nama "Islamik"?  

Mana berkat nama "Islamik" tu? 

So Melayu,  fikir guna otak,  bukan guna dot dot dot...

;)
Posted by Syed Akbar Ali at 12:44:00 PM 

Wednesday, May 3, 2017

Boleh dijadikan panduan: Elak para ibu bertukar Menjadi 'Dragon'

'Patutlah Para Ibu Di Jepun Jarang² Bertukar Menjadi Dragon'
5:06 PM  Santai
Rumah orang Jepun lapang. Barangan yang ada minimum sahaja. Sepanjang saya berada di Jepun, saya tidak pernah nampak kedai perabot yang berderet-deret seperti di Malaysia. Malah saya tak nampak langsung kedai perabot! 

Rumah orang Jepun kecil-kecil sahaja. Walaupun kecil, ruamhnya jadi luas dan lapang sebab tak banyak barang. Sebab itulah para ibu di Jepun ini jarang-jarang bertukar menjadi dragon.

Mereka ada banyak masa bermain dengan anak, cakap baik-baik dengan anak dan melayan karenah anak. Ibu begini lebih stabil mental dan fizikalnya. 

Ibu di sana tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam lamanya mengemas rumah, lipat kain baju yang berlori-lori sebab semua yang ada diminimumkan. 

Jadi kepada para ibu di rumah itu, cuba tengok sekeliling rumah. Sebenarnya sebahagian stress yang kita ada di rumah adalah sebab rumah kita terlalu banyak barang. 

Nak kemas saja sudah ambil masa berjam-jam. Masa banyak dibuang untuk mengemas dan itu belum termasuk lagi masa untuk melipat kain baju. - Normaliza Mahadi | PIXEL MEDIA

Tuesday, April 25, 2017

Labellah lagi: Bila terkena hidung sendiri........

Mahu jadi monyet atau biawak?
ABDUL NSER TUN RAHMAN - 25 APRIL 2017
Mahu jadi monyet atau biawak? Gambar hiasan

BARU-BARU ini, sebuah surat khabar Cina telah melukis sebuah kartun di mana Haji Hadi digambarkan sebagai 'monyet'. Netizen-netizen meluahkan pelbagai perasaan. Ada yang kaitkan ini dengan rasisme, atau usaha untuk menjatuhkan Islam dengan bersifat biadab pada seorang ulama.

Saya tidak setuju dengan kartun ini dan pihak surat khabar sudah pun meminta maaf. Tetapi saya tertarik dengan komen bahawa Haji Hadi sendiri sebelum ini pun pernah melabel musuh-musuhnya dengan pelbagai jenama seperti barua, anak taik, jebon dan biawak.

Maka, tiba-tiba terhasil diskusi antara saya dan sahabat Cina saya tentang biawak dan monyet. Mana satu jenama yang lebih mulia? Sahabat saya ini berhujah bahawa adalah lebih manis menggelar orang sebagai monyet daripada biawak.

 “Saya lebih suka menjadi monyet,” senyum kawan saya. “Kalau jadi monyet, saya boleh nakal-nakal.” Sahabat Cina saya ini memang nakal kerana ramai teman wanita.

Saya jawab balik, “Saya tak suka jadi monyet lompat-lompat. Saya mahu jadi biawak kerana saya suka berenang. Lautan Atlantik pun saya sanggup harungi. Berkarisma sungguh!”

“Tak bestlah jadi biawak!” Sahabat Cina saya tak sabar menyampuk. “Monyet melihat alam dari perspektif yang tinggi dengan melompat dari pokok ke pokok. Berkarisma macam Tarzan. Biawak hanya merayap dengan empat kaki sahaja. Tak boleh lompat-lompat tinggi!”

“Kamu salah,” saya pun balas balik. “Saya sebagai biawak, boleh hidup dalam dua alam iaitu boleh hidup di darat dan hidup di air. Monyet hanya boleh hidup di darat semata-mata. Melihat dunia dari satu perspektif sahaja. Mindset sempit dan prejudis.”

Sahabat saya tersenyum luas, “Bagi budaya Cina, monyet lebih mulia daripada biawak. Monyet boleh jadi dewa. Maka, kita ada dewa Hanuman iaitu dewa monyet. Dewa ini banyak hebat, mampu membunuh ramai musuh dalam satu masa. Mana ada dewa biawak dalam budaya Cina sebab ia tidak sehebat monyet yang mampu berdiri dan berkungfu seperti manusia. Biawak hanya tau merayap sahaja!”

“Apalah kita merapu ni,” saya berkata. “Apa-apa pun, lebih bermakna jadi manusia daripada jadi monyet dan biawak.”

Melalui isu biawak-monyet, saya cuba ajak sahabat saya bercakap tentang hakikat manusia. Kita sebagai manusia, kita ada akal dan keupayaan membina tamadun. Monyet dan biawak tak mampu bina tamadun. Mereka hidup untuk survival semata-mata. Manusia hidup bukan sekadar untuk survival tetapi untuk membina tamadun. ALLAH SWT telah mengangkat darjat manusia sebagai khalifah di muka bumi. Menjadi khalifah maknanya mempunyai kemampuan untuk membina tamadun.

Kita mudah sahaja untuk cerca musuh politik kita dengan gelaran biawak atau monyet tetapi sejauh manakah kita sendiri faham makna menjadi manusia? Apakah makna kita sebagai manusia?

Bila saya ditanya untuk jawab soalan apa itu Islam dalam satu minit, saya terus kata, “Islam itu bukan agama Tuhan walaupun ia adalah wahyu daripada Tuhan kerana Tuhan tidak memerlukan agama. Islam itu adalah agama manusia dalam erti kata manusia memerlukan agama untuk memahami hakikat dirinya sebagai manusia. Kalau mahu kenal siapa diri kamu dan apa itu kemanusiaan, fahamilah Islam.”

Siapakah seorang Muslim? Seorang Muslim ialah manusia yang sedar dirinya adalah manusia dan faham apa makna menjadi seorang manusia dan mengajak orang lain menjadi manusia sejati, tidak mencerca manusia lain sebagai biawak atau monyet.

Ada manusia tidak sedar dirinya sebagai manusia, lalu tidak berperikemanusiaan pada dirinya dan manusia lain. Hidupnya hanya untuk survival of the fittest semata-mata seperti monyet dan biawak.

Ada manusia yang sedar dirinya sebagai manusia tetapi tidak faham makna kemanusiaan. Lalu memperjuangkan hak-hak kemanusiaan seperti LGBT yang hanya merosakkan zuriat manusia. Ada yang sedar dirinya manusia dan faham makna kemanusiaan tetapi dia tidak berusaha untuk mengajak manusia lain untuk menjadi manusia sejati. Akhirnya dunia semakin dimonopoli oleh manusia bersifat binatang.

Sebelum menggelar orang lain sebagai biawak atau monyet, cuba tanya siapa diri kita sendiri.

- Abdul Nser Tun Rahman, Tokoh Pendakwah Perak

Thursday, April 20, 2017

Pada mereka inilah wanita tercantik

Julia Roberts named People's 'most beautiful' for record 5th time
Reuters |  April 20, 2017 08:58 MYT
NEW YORK: Julia Roberts was named People magazine's world's most beautiful woman for a record 5th time on Wednesday, but the actress said she thought her best years were yet to come.

Roberts, 49, was first given the annual honor in 1991, a year after she skyrocketed to fame in the romantic comedy "Pretty Woman." She was also named most beautiful woman in 2000, 2005 and 2010.

"I'm very flattered," Roberts told People magazine, adding "I think I'm currently peaking."

The actress, who won an Oscar in 2001 for playing against type in "Erin Brockovich," has been married for 14 years to cinematographer Danny Moder, with whom she has three children.

Former "Friends" star Jennifer Aniston was last year's most beautiful woman for People magazine.

Wednesday, April 19, 2017

Senyum petang dengar Mat Saleh dendangkan lagu Melayu - video inside

 Monday, 17 April 2017 
Video: Tentera Amerika Nyanyi Lagu “Assalamualaikum Ustazah”

KUCHING: Sebuah video menarik tiba-tiba tular di media sosial hari ini, memaparkan sekumpulan tentera Amerika menyanyikan lagu melayu ‘Assalamualaikum Ustazah’ di suatu lokasi di Sarawak.

Ramai yang tertarik dengan video itu, bukan sahaja kerana lagu yang menarik tetapi yang jelas sekumpulan tentera laut Amerika tersebut berjaya membuat persembahan yang baik dan menghiburkan.

“Siapa sangka orang Amerika juga minat dan mampu menyanyikan lagu melayu dengan baik,” kata seorang netizen

Menurut sumber, mereka merupakan tentera laut Amerika sedang mengadakan latihan untuk satu persembahan yang akan berlangsung di pustaka negeri di Kuching pada 19 April ini.

Kumpulan yang diberi nama The US Pacific Fleet’s band Pipeline akan membuat persembahan pada satu program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Amerika.

‘Assalamualaikum Ustazah’ merupakan lagu nyanyian kumpulan Khalifah yang baru dikeluarkan pada 2016. - Sarawakiana

Related Pots:

Khalifah Hubungi Mat Salleh Dendang Lagu 'Assalamualaikum Ustazah'