Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, November 7, 2017

'Salah yang betul'

'Bukan Salah tetapi betul'
Ian Johan Ariff, Astro Awani |  November 06, 2017 14:49 MYT
'Bukan Salah tetapi betul'
Salah yang dilihat sentiasa tersenyum dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya berjaya menutup mulut pengkritik tanpa perlu berbicara. - Foto REUTERS
BERITA penghijrahan penyerang Mohamed Salah dari kelab Roma ke Liverpool dengan nilai £39 juta (RM216 juta) pada Jun tahun ini dianggap satu pembaziran dan juga jenaka buat sesetengah pihak.

Antara alasan yang diberikan; Salah gagal menyerlah di Chelsea dengan hanya menjaringkan dua gol daripada 13 perlawanan semasa bersama kelab London itu dan liga Inggeris lebih mencabar berbanding liga Itali.

Bagaimanapun Salah yang dilihat sentiasa tersenyum dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya berjaya menutup mulut pengkritik tanpa perlu berbicara.
Setakat ini, Salah telah menjaringkan tujuh gol daripada 36 percubaan dalam Liga Perdana Inggeris (PL) dan empat gol dari 21 percubaan, selain empat gol dalam aksi liga juara-juara Eropah (UCL).

Pada musim 2013/2014, Suarez menjaringkan 31 gol untuk Liverpool dan sejak perpindahannya ke Barcelona, tiada seorang pemain Liverpool berjaya menjaringkan lebih daripada 14 gol yang dibuat Philippe Coutinho pada musim lepas.

Menurut laporan BBC, Salah sudahpun menjaringkan 12 gol sejak menyertai Liverpool dan jumlah tersebut lebih baik daripada Fernando Torres dan Suarez dalam 17 perlawanan pertama untuk the Reds.

Pada 2007, Torres menjaringkan 11 gol dalam tempoh yang sama sementara Suarez menjaringkan tujuh gol.

Salah juga muncul wira Mesir apabila menjaringkan lima gol dalam kempen kelayakan Piala Dunia termasuk dua gol ke atas Congo yang memastikan Mesir layak ke Rusia 2018 dengan kemenangan 2-1.

Kali terakhir Mesir layak ke Piala Dunia adalah pada 1990.

Monday, November 6, 2017

Apa hal pulak ni: "all the haters are punde*"

'Semua pembenci JDT adalah punde*!'
mk      Hari ini, 5:21 petang
Meraikan kemenangan selepas kejayaan pasukan menjulang piala yang dianggap berprestij merupakan perkara biasa bagi mana-mana pemain bola sepak.

Namun, gelagat kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambut kemenangan pasukan itu ketika menjuarai Piala Malaysia semalam dianggap keterlaluan bagi sesetengah peminat sukan bola sepak tempatan.

Mungkin kerana terlalu teruja, gembira dan bercampur geram, pemain pertahanan JDT itu mengeluarkan perkataan kesat dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemain profesional.

Dalam satu rakaman yang kini viral di media sosial, Safiq melontarkan kata-kata "all the haters are punde*" yang ditujukan kepada 'pembenci-pembenci' JDT ketika beliau bersama pemain-pemain lain berpesta di tepi padang.

Aksi itu bagaimanapun mengundang cemuhan daripada sebahagian peminat bola sepak tanah air.

"Jangan sombong la. Kenal asal usul kau. Dulu kau dari mana, kau bukan anak jati J (Johor) tu. Tunggu masa kau kena macam Safee Sali, Mat Yo dan Amri Yahyah. Masa tu jangan tanya kalau team lain dah tak nak ambil kau ok," kata Akram Zaki menerusi komen pada pautan video yang disiarkan laman Facebook Wiki Rakyat.

Kay Ramly pula berkata "Liga Malaysia je pun. Tak ada negara lain yang fokus untuk piala kita la. Kita je syok sendiri. Christiano Ronaldo pun tak perangai macam ni".

JDT menewaskan juara bertahan, Kedah dengan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam semalam sekali gus mengakhiri kemarau panjang selama 26 tahun.

Sementara itu, Safiq menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers menyifatkan kemenangan JDT merupakan kejayaan pertama kali buatnya dirinya secara individu.

Tanpa menyentuh mengenai rakaman yang viral itu, Safiq mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga JDT termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan berkata pasukan itu telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama.

"Yang paling penting adalah walau apa sekali pun orang katakan, kita tetap bersatu sebagai sebuah keluarga," katanya.

Menurut Safiq beliau tidak mahu kejayaan itu berhenti setakat ini sahaja dan berharap musim akan datang pemain JDT akan berjaya mencipta lebih banyak sejarah untuk pasukan itu.

"Saya telah menjulang semua piala di Malaysia namun saya sentiasa dahagakan kejayaan.

"Saya perlukan lagi kejayaan demi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian secara individu. Saya tidak boleh berhenti setakat ini dan saya perlu tingkatkan lagi prestasi perlawanan saya pada masa akan datang," katanya.

Saturday, November 4, 2017

Inilah celakonyo: Apabila politik campuri urusan sukan!

Jemputan ditarik: Radhi Mat Din tidak berkecil hati
Sinar Harian |  November 04, 2017 17:29 MYT
Jemputan ditarik: Radhi Mat Din tidak berkecil hati
Muhamad Radhi (kiri) dan Ketua Jurulatih Bolasepak Kedah, Azraai Khor Abdullah pada satu majlis di Kuala Lumpur Ogos lalu. --fotoBERNAMA / Fail
SELEPAS hampir lima tahun meninggalkan dunia bola sepak, nama legenda Kedah Radhi Mat Din kembali menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan final Piala Malaysia 2017 di Shah Alam pada malam ini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mencadangkan untuk menjemputnya ke majlis pembukaan tirai Perlawanan Akhir Piala Malaysia namun pilihan itu didakwa tidak dipersetujui oleh exco Kedah.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Facebook rasmi persatuan tersebut, kelmarin.

Radhi ketika dihubungi Sinar Harian mengakui FMLLP pada Rabu lalu telah menghubunginya dan bersetuju untuk hadir selepas berfikir panjang.
Bagaimanapun jemputan kepada bekas Penolong Jurulatih Kedah itu ditarik balik pada Khamis juga melalui panggilan telefon oleh pihak berkenaan kerana pencalonannya tidak dipersetujui.
Menurutnya, walaupun agak terkesan beliau masih tidak berkecil hati kerana pada awalnya sudah ragu-ragu untuk ke Shah Alam menyaksikan perlawanan bekas pasukannya bertemu JDT malah menyifatkan ia adalah perkara yang lumrah kerana pernah dilaluinya sebelum ini.

"Saya sebenarnya tidak terlalu memikirkan perkara tersebut kerana selepas saya meninggalkan pasukan Kedah (pada tahun 2013), saya hampir langsung tidak terlibat dengan sebarang aktiviti bolasepak walaupun pernah diajak dan dipujuk beberapa kali oleh banyak pihak sebelum ini untuk kembali aktif.

"Bagaimanapun, di sudut hati ini saya akui Kedah merupakan keluarga kedua saya kerana pernah berada di dalam pasukan sebagai pemain dan jurulatih selama 25 tahun," katanya yang muncul kapten Kedah paling lama dalam sejarah setakat ini bermula 1991 hingga 2000.

Mengulas berkenaan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, Radhi yang terkenal dengan gelaran Kapten Marvel suatu ketika dahulu di kalangan peminat berharap Kedah mampu mengekalkan gelaran juara Piala Malaysia yang dimenangi pada musim lalu.

Menurutnya, beliau percaya ia merupakan antara hadiah istimewa yang mampu dipersembahkan buat Sultan Kedah baharu, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

"Jika Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah masih ada percayalah baginda antara yang gembira dengan pencapaian ini kerana sebelum ini baginda tidak pernah ketinggalan memberikan sokongan yang padu buat Hijau Kuning," katanya.

Antara pencapaian membanggakan pernah dicapai oleh beliau sebagai pemain adalah membantu pasukan itu menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada 1990 diikuti pada 1993.

Beliau juga merupakan tonggak penting semasa Kedah muncul juara berganda pada 2007 dan 2008 sebagai penolong jurulatih Kedah.

Friday, October 27, 2017

Huisy......banyaknya gaji pemain bola dalam EPL!

Gaji mingguan pemain EPL lebih tinggi daripada gaji 20 tahun pekerja stadium
Agensi |  Oktober 27, 2017 11:47 MYT
Gaji mingguan pemain EPL lebih tinggi daripada gaji 20 tahun pekerja stadium
Penyerang Manchester United, Paul Pogba (kiri) menjana 290,000 pound (RM1,615,282) seminggu. - Action Images via Reuters / Jason Cairnduff
KELAB-KELAB Liga Perdana Inggeris kini membayar pemain masing-masing dengan gaji yang tinggi, malah pendapatan mingguan mereka jauh lebih tinggi daripada pendapatan para pekerja stadium untuk tempoh 20 tahun, lapor portal berita Mirror UK.

Kesemua 20 kelab dalam senarai teratas di England secara keseluruhan membawa pulangan sejumlah 3.6 bilion pound (RM20.05 bilion) pada musim lalu. 

Kumpulan protes Citizens UK memberi contoh 'ketidaksamaan yang mengejutkan' dengan menyentuh soal pendapatan yang diperoleh penyerang Manchester United, Paul Pogba menjana £290,000 (RM1,615,282) seminggu.
Citizens UK berharap supaya Kelab Liga Perdana dapat membayar gaji 'sebenar' iaitu £8.45 (RM47.07) sejam atau £9.75 (RM54.31) di London.

Hanya kelab Chelsea dan Everton mendapat akredatasi daripada ‘Living Wage Foundation’ yang melaksanakan skim tersebut.

Namun begitu, pengendali stadium West Ham juga telah berjanji untuk menyertai gerakan ini dan kelab Tottenham Hotspurs turut menyatakan hasratnya untuk berbuat demikian di stadium baharu kelak.

Kelab lain membayar upah tetapi tidak menegaskan bahawa kontraktor harus berbuat sedemikian juga.

“Kami mempunyai banyak variasi kontrak,” kata Manchester United.

Wednesday, September 27, 2017

Eh, saya pun tak sedar yang penguatkuasaan ni melibatkan gelanggang futsal juga!

Muslim man who wore shorts to play futsal faces fine by Kelantan religious authorities
Tuesday, 26 Sep 2017 - 7:29 PM MYT
by sira habibu
KOTA BARU: A Muslim man who wore shorts to play futsal now finds himself facing a fine by Kelantan's religious authorities.

Wan Khairul Hayyee Wali, 30, said he had no idea that he could not even wear shorts to play futsal.

He said he has been wearing shorts to play futsal for many years, ever since he was in school.

"Therefore it came as a shock to me when a religious department enforcement officer gave me a notice saying I have flouted the Syariah Criminal Enactment for exposing my knees," he said.

"Seriously, they can't expect me to wear a sarong to play futsal," added Wan Khairul, a general worker at a wholesale store.

Khairul was slapped with the notice at 10.45pm on Monday.

He was ordered to attend a counselling session next month, failing which he would be called to appear before the Syariah court where he risks being fined RM1,000 if found guilty.

Khairul had tried explaining to the officer that he was on his way to play futsal and that he had got down from his car for a short while to buy a burger for his wife.

"If I did not stop to buy a burger, I would never have known that it is an offence to wear shorts even when we are on the way to play sports," he said.

Khairul said he would attend the counselling session.

"If it is an offence, they have to make it clear to the public. How are we supposed to know that it is an offence because even football players wear shorts," he said.

A Kelantan Islamic Religious Affairs Department officer said the dress code was strictly applicable to Muslims only.

"We do not take action against non-Muslims. We do not even take action if a female non-Muslim wears shorts in public," said the officer.

The officer also said Wan Khairul would not have to pay any fines if he attended the counseling session.

"We just want Muslims to dress decently when in public spaces, in keeping with our religious teachings," said the officer.

Saturday, September 2, 2017

Nurul Huda: Selepas lama menghilang, muncul di upacara pembukaan Sukan SEA 2017

Nurul Huda sedia tabur bakti selepas 27 tahun menyepi
Astro Arena |  Diterbitkan pada September 01, 2017 23:30 MYT
NURUL HUDA: Ia sesuatu yang istimewa dan penghormatan

LEGENDA tidak pernah hilang, hanya menyepi buat sementara waktu, tetapi 27 tahun adalah waktu yang terlalu panjang untuk seorang ikon menghilangkan diri daripada kancah sukan tanah air.

Selepas sekian lama, legenda renang negara, Nurul Huda Abdullah, berkongsi apa yang terbuku di hatinya menerusi bicara eksklusif bersama Nadi Arena.

Dalam Sukan SEA edisi 1989 di Kuala Lumpur, Nurul Huda mencetuskan sensasi apabila mengaut lapan pingat emas dan satu perak untuk menjulang namanya sebagai antara atlet terhebat sepanjang zaman dalam saingan di kolam renang.

Dengan himpunan 22 emas Sukan SEA bermula edisi ke-13 di Bangkok, Thailand, Nurul pada usia 18 tahun mengucapkan selamat tinggal kepada arena sukan Malaysia.

Fenomena pengundurannya begitu terasa sehinggalah hari ini.

"Menjadi perenang kompetitif menuntut pengorbanan besar. Saya berlatih selama tujuh jam sehari, termasuk sesi persekolahan.

"Saya bersekolah menengah pada ketika itu dan perlu bangun pagi untuk menjalani latihan sebelum ke sekolah. Sebaik kelas saya berakhir, saya terus ke kolam renang untuk berlatih.

"Jadi, saya terlepas banyak perkara yang remaja ketika itu lazimnya lakukan.

"Sebaik bersara, saya mahu menjalani kehidupan dengan menamatkan pengajian di Australia. Kemudian saya mula bekerja lalu berkahwin dan mendapat dua orang anak.

"Ini semua adalah perkara besar dalam kehidupan saya dan ia tidak dapat dilakukan ketika saya bergelar atlet.

"Saya bersyukur mendapat peluang dalam kehidupan," katanya.

Rindu Malaysia kepada Nurul Huda sukar dijelaskan dalam bentuk perkataan, hanya emosi mampu menggambarkan betapa penampilannya sepanjang Sukan SEA Ke-29 kekal sebagai sesuatu yang istimewa.

Antara cerita menakjubkan dalam temasya KL2017 adalah kelibat seorang atlet veteran, ratu boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, yang kini hanya kurang tiga emas untuk mengatasi pencapaian Nurul Huda.

"Saya amat terkejut dihubungi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dan diminta untuk membawa bendera dalam upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

"Saya bersetuju kerana bagi saya, ia sesuatu yang istimewa dan penghormatan.

"Pada awalnya, saya bersikap biasa sahaja sehinggalah saya berada dalam kalangan atlet ikonik semasa latihan upacara pembukaan. Kemudian barulah saya sedar peranan yang akan saya mainkan.

"Ketika bergelar atlet, saya tidak pernah berpeluang untuk menghadiri upacara pembukaan kerana acara saya akan bermula keesokan harinya.

"Saya sangat bangga dapat tampil dalam upacara pembukaan, ia pengalaman yang harus ditempuhi bagi seseorang atlet.

"Saya harap Shalin meneruskan usahanya dan mengatasi pencapaian saya," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, aneh apabila memikirkan impak pencapaian Nurul belum memadai untuk menyuntik skuad renang negara untuk meneruskan legasinya.

Pedih untuk Malaysia mengakui bahawa Singapura menerusi Joseph Schooling sudah menggenggam emas Sukan Olimpik.

Dalam masa sama, sukan terjun sudah meletakkan renang dalam bayangan sebagai pendukung harapan Malaysia di pentas akuatik dunia.

Terbukti, peranan Nurul Huda dalam temasya KL2017 menyentuh hatinya untuk kembali menabur bakti bersama Malaysia.

Walau sekecil mana pun ilmu yang akan diturunkan, sudah pasti bintang generasi hari ini seperti Welson Sim dan Phee Jinq En akan menikmati hasilnya.

"Saya sedia mempertimbangkannya dan berharap pada suatu hari nanti berkesempatan untuk melihat perenang Malaysia dapat bertanding dalam temasya besar seperti Sukan Asia dan Olimpik secara konsisten."

Malaysia akan sentiasa mengenang Nurul Huda sebagai seorang legenda.

Bagaimanapun, dalam bicaranya, dia hanya mahu dikenang sebagai seorang atlet yang mahu Malaysia dipandang tinggi di mata dunia.

Sunday, August 20, 2017

Aduii........perkara pelik yang memalukan pula berlaku!

Khairy mohon maaf bendera Indonesia dicetak terbalik
TMI  -  Diterbitkan pada 20 Aug 2017 1:33AM 
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi menulis di akaun Twitternya, menyatakan kekesalan berhubung kejadian bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku cenderamata perasmian Sukan SEA ke-29 semalam. – Gambar Twitter, 19 Ogos, 2017.

PEMBUKAAN Sukan SEA ke-29 baru sahaja disambut dengan gilang-gemilang namun tercemar akibat kesilapan pada bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata bersempena majlis perasmian yang di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi menulis di akaun Twitternya, menyatakan kekesalan berhubung kejadian itu.

"Pembukaan #Sukan SEA 2017 yang bagus, tapi tercedarai dengan keteledoran fatal yang amat menyakitkan.

"Bendera kita, Merah Putih. Astaghfirullah...," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kemudian membalas, ""Bapak Imam, mohon terima permohanan maaf ikhlas saya atas kesilapan itu.

"Sesunguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf," katanya.

Jawatankuasa Pengelola Penganjur Sukan SEA 2017 (Masoc) berkata ia sudah memohon maaf kepada Indonesia kerana kesilapan yang tidak disengajakan dalam mencetak bendera negara itu.

Masoc juga memaklumkan Khairy akan bertemu Imam hari ini untuk sekali lagi memohon maaf.

"Kesilapan ini amat dikesali dan kami percaya hubungan erat antara dua negara ini akan lebih diperkukuhkan di bawah semangat Sukan SEA," katanya. – 20 Ogos, 2017.

Tuesday, August 8, 2017

Bola sepak: Bale pula jadi rebutan......

Mourinho Belum Mengalah
Diterbitkan: Selasa, 8 Ogos 2017 7:28 AM
JOSE Mourinho menegaskan beliau akan terus berusaha mendapatkan khidmat Gareth Bale jika pemain sayap Real Madrid itu disisihkan daripada kesebelasan utama dalam pertemuan Piala Super Eropah antara Manchester United dan pasukan Sepanyol itu.

Bale diangkat sebagai pemain termahal dunia apabila menyertai Madrid dari Tottenham Hotspur dengan perpindahan bernilai 85.5 juta pound sterling.

Kedudukannya di Santiago Bernabeu agak samar susulan dihimpit kecederaan pada kempen musim lalu yang menyaksikan dia tidak disenaraikan dalam skuad utama menentang Juventus pada aksi final Liga Juara-Juara.

Jelas Mourinho, beliau akan menganggap ketiadaan bintang Wales itu sebagai satu petanda bahawa Bale ada harapan untuk dibawa masuk ke Old Trafford.

"Jika dia tiada dalam perancangan kelab, saya akan cuba menunggunya dan bersaing dengan jurulatih lain yang mahukannya bersama kelab mereka. "Jika dia bermain esok, saya tidak akan fikir mengenainya kerana dia dalam perancangan jurulatih dan juga kelab. Dia juga ada motivasi untuk kekal bersama Real Madrid," kata Mourinho.

United telah menandatangani kontrak bersama penyerang Romelu Lukaku, pemain tengah Nemanja Matic dan pemain pertahanan Victor Lindelof pada musim panas ini dengan perbelanjaan sekitar 146 juta pound sterling.

Malah, tiga pemain itu masih belum mencukupi kerana Mourinho mahu membawa masuk seorang lagi pemain baharu untuk membantu United menghadapi saingan musim akan datang.

Piala Super Eropah merupakan satu-satunya trofi yang belum dimenangi Mourinho sebagai jurulatih selepas pasukan yang dikendalikannya iaitu Porto (2003) dan Chelsea (2013) tewas kepada lawan masing-masing.

United turut gagal memenangi trofi itu sejak 1991 dan Mourinho menyifatkan pasukannya sebagai underdog jika dibandingkan dengan Real Madrid.

"Kami akan cuba tetapi perbezaan antara juara Liga Juara-Juara dan pemenang Liga Europa amat ketara. Terdapat perbezaan yang besar dari segi kualiti tetapi tiada apa yang mustahil," katanya.

Pada masa sama, Mourinho turut menyatakan kebimbangan mengenai cuaca panas di ibu negara Macedonia sehingga memaksa penganjur kejohanan, UEFA untuk menyembur air di tengah padang semasa pertemuan itu nanti. - sumber

Tuesday, June 6, 2017

Pendedahan Modric: Pelan utama Zidane menewaskan Juventus

MODRIC DEDAHKAN PELAN TAKTIKAL UTAMA ZIDANE UNTUK MENEWASKAN JUVENTUS.
Monday, 5 Jun 2017
Luka Modric berkongsi pelan taktikal utama Real Madrid yang membantu mereka menewaskan Juventus dalam perlawanan akhir UCL 2016/17.

Dalam perlawanan tersebut, Modric turut beroperasi sebagai pemain sayap dalam sistem Zidane. Modric menyumbang 1 bantuan gol dalam perlawanan ini.

Modric memberitahu, Zinedine Zidane sudah mengesan kelemahan pertahanan Juventus dalam analisis beliau sebelum perlawanan akhir ini. Luka Modric berkata kepada HTV:

“Zinedine Zidane berjaya mengesan kelemahan pertahanan Juventus. Dan kami berlatih banyak untuk memanipulasi kelemahan itu.”

“Pertahanan Juventus sangat hebat untuk berhadapan dengan hantaran tinggi. Tetapi mereka sangat lemah dalam menangani hantaran 1-2 dan hantaran silang rendah.”

“Sepanjang minggu kami berlatih untuk melakukan hantaran 1-2 serta hantaran silang yang rendah. Dan 3 gol kami adalah dibina menerusi cara tersebut.”
“Kami sangat berterima kasih kepada jurulatih (Zidane) yang berjaya mengesan kelemahan itu dan memberikan maklumat terperinci tentang hal tersebut.”

“Itulah yang telah menjadi kunci utama dalam taktikal kami di perlawanan akhir.”

Real Madrid akan cuba mengelak untuk melakukan hantaran tinggi ketika berada di kawasan sayap. Ini kerana ia seperti sia-sia.

Dalam analisis taktikal kami tempoh hari, kami juga mendedahkan formasi 4-2-2-2 yang banyak beroperasi di half-space untuk 2 pemain sayap mereka beroperasi.

Rupanya ia untuk memudahkan lagi hantaran lintang rendah ke dalam kawasan gol.

Menarik Baca: Analisis Taktikal: Pertukaran Ke Pivot Kembar Punca Kemenangan Real Madrid

Gol pertama Ronaldo adalah hasil pertukaran hantaran dengan Carvajal. Carvajal menghantar bola rendah untuk disempurnakan Ronaldo.

Gol ke-3 Cristiano Ronaldo hasil daripada hantaran silang paras lutut oleh Modric yang hampir kehilangan imbangan badan.

Gol ke-4 Real Madrid juga menerusi hantaran lintang yang rendah daripada Marcelo kepada Asensio.

Kaitan: JUVENTUS TERIMA €109 JUTA DARIPADA CHAMPIONS LEAGUE, €28 JUTA LEBIH DARIPADA REAL MADRID

Sunday, June 4, 2017

Video gol-gol inside - European Champions League: Real Madrid juara lagi, Ronaldo menjadi bintang lagi

Ronaldo leads Real Madrid to second straight Champions League title
By Associated Press June 3, 2017 | 4:46pm
Getty Images

Real Madrid is the European champion again, and Cristiano Ronaldo was the star again.

The 12-time champions from the Spanish capital became the first team in the Champions League era to win back-to-back titles with their 4-1 victory over Juventus at the Millennium Stadium.

Madrid started the competition, then known as the European Cup, with five straight titles from 1956-60. But since the 1992-93 season, when it was rebranded the Champions League, no team had been able to successfully defend its title.

Until now.

Ronaldo scored two of the goals, making him the leading scorer in the competition for the fifth straight season with 12 — one more than Lionel Messi. He also became the first man to score in three finals, adding to his goals in the 2008 and 2014 finals.

It was also the second Champions League title won under coach Zinedine Zidane, the former France great who took over at his old club last season and led it to the Spanish league title last month.

Wednesday, May 31, 2017

Bukan hanya poltik yang celaru, bola sepak pun tunggang terbalik!

Batalkan Pemindahan Ghaddar Jika Kafa Belum Cukup Syarat
mStar - Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 5:12 PM
KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) meminta Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) membatalkan pemindahan bekas pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) memandangkan persatuan itu masih ''gagal'' memenuhi syarat-yarat ditetapkan badan tersebut.

Annuar berkata langkah itu harus diambil memandangkan FMLLP terus mengenakan pelbagai syarat yang dilihatnya sebagai cubaan untuk menggagalkan usaha KAFA membawa masuk seorang lagi pemain import baharu Kelantan, Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang kurang cergas ketika ini.

"Semalam mereka beri alasan hasil perpindahan (Ghaddar) tak dibelanja untuk selesai ''masalah'' tanpa mereka siasat terlebih dahulu. Hari ini lain pula ceritanya...kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula.

"Sekiranya (ada) sekatan yang belum KAFA lepas, sila batalkan perpindahan Ghaddar kerana undang-undang mesti jelas dan konsisten," katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran Syedi berikutan badan itu hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan bagi menyertai pasukan itu.

Malah pemain itu tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan tersebut berkaitan pembayaran tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

Annuar berkata FMLLP sebelum ini turut memberi alasan tindakan menyekat penyertaan Syedi ke dalam pasukan Kelantan turut membabitkan isu tunggakan gaji dan pendaftaran pemain hanya boleh dibenarkan jika ia tidak melibatkan kos tambahan.

Beliau turut mempersoalkan jika FMLLP boleh menggunakan ''budi bicara'' terhadap persatuan tertentu, mengapa badan itu tidak boleh menggunakan pendekatan sama terhadap Kelantan.

Katanya FMLLP mesti didisiplinkan jika masih gagal memberi sebarang penjelasan yang kukuh berhubung kemelut yang berlaku membabitkan KAFA dan badan itu. - Bernama

* FMLLP ni siapa yang tubuh? Nampak lebih berkuasa dari FAM

Sunday, May 28, 2017

Selepas menang Liga Europa, Pogba mengerjakan Umrah

Bintang MU Paul Pogba sambut Ramadan dengan mengerjakan umrah
Azyyati Ahmad, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mei 28, 2017 16:20 MYT
Hanya berselang beberapa hari menang Liga Europa, Paul Pogba mengerjakan umrah dan kini berada Mekah, Arab Saudi. -Sumber Twitter

SELASA lalu Paul Pogba, 24, berjaya membawa Manchester United menjuarai Liga Europa, seterusnya menempa tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Bahkan beliau juga mencipta satu gol yang menguburkan impian Ajax bergelar juara ketika perlawanan di Stockholm, sekali gus menyaksikan United menjulang trofi ketiga mereka musim ini.

Sebaik selesai, ternyata Progba tidak mahu berterusan dalam sambutan kemenangan itu.

Hanya berselang beberapa hari, bekas pemain Juventus itu dilapor sedang mengerjakan umrah dan kini berada di Mekah, Arab Saudi.

Lapor Daily Mail, sejumlah foto daripada peminat memperlihatkan pemain termahal di dunia itu sedang melakukan ibadat tawaf, mengubah potongan rambutnya dan mengenakan ihram.

Daripada posting terakhir Pogba di Instagram, pemuda dari Perancis itu sempat berkongsi kemeriahan berpuasa di Mekah sempena Ramadan.

Wednesday, May 10, 2017

Video: Pertarungan gila!

Mengagumkan: Lutut Paling Kuat Pernah Ditemui!

Doktor Kagum, Lutut Ibrahimovic Paling Kuat Pernah Ditemui
mStar - Diterbitkan: Selasa, 9 Mei 2017 7:45 AM
DOKTOR yang merawat Zlatan Ibrahimovic sangat kagum dengan kekuatan lutut penyerang Manchester United itu.

Disebabkan lutut Ibrahimovic yang disifatkan 'paling kuat pernah ditemui', pasukan perubatan telah meminta untuk melakukan penyelidikan ke atasnya lututnya apabila dia bersara kelak.

Ibrahimovic menjalani pembedahan ligamen bulan lalu selepas mengalami kecederaan 'ketara' ketika United menang ke atas Anderlecht dalam saingan suku akhir Liga Europa.

Perlawanan itu hampir pasti menjadi perlawanan terakhir buat pemain berusia 35 tahun itu untuk United selepas dia difahamkan telah menolak tawaran Jose Mourinho untuk melanjutkan kontrak apabila pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Gambar Ibrahimovic bertongkat dan memakai pendakap lutut telah dirakamkan di Amerika Syarikat tetapi ejennya Mino Raiola telah memberikan maklumat yang agak pantas.

"Lututnya sangat kuat sehinggakan doktor berkata mereka tidak pernah menemui lutut sekuat itu," kata Raiola kepada Expressen.

"Dia mempunyai lutut yang hampir mustahil untuk dimiliki oleh seorang pemain bola sepak yang sudah 20 tahun bermain bola sepak. Ia agak bersih, tidak ada bahaya di dalamnya," katanya.

"Zlatan begitu kuat, sehinggakan doktor mahu dia kembali untuk tujuan penyelidikan selepas kariernya tamat.

"Mereka bekerja di institusi penyelidikan lutut dan ligamen terbaik di dunia.

"Mereka banyak menyelidik mengenai perkara ini dan itulah sebabnya mereka lebih baik berbanding yang lain. Dan doktor-doktor di sana mahu Zlatan kembali untuk melakukan kajian ke atasnya," katanya.

Mourinho telah berjanji untuk membawa Ibrahimovic ke Stockholm dalam tempoh dua minggu jika United mara ke perlawanan akhir Liga Europa.

Saturday, May 6, 2017

Baru terjumpa video ni: Koleksi gol-gol luar biasa Ronaldo

Cristiano Ronaldo ● Top 10 Unimaginable Goals - Is He Human? |HD|

Tuesday, May 2, 2017

Kalu tok ghok, bui ko oghe lainlah pikul pulok!

'Kalau tak mampu, baik MB serah pada Tok Pa'
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD - 1 MEI 2017
'Kalau tak mampu, baik MB serah pada Tok Pa' Jazlan (dua,kiri) menyaksikan Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim menyampaikan plak penghargaan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa (dua,kanan) selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Tok Pa, hari ini.

KOTA BHARU – Golongan belia digesa melakukan anjakan perubahan dengan menukar kepimpinan kerajaan negeri sedia ada bagi memastikan nasib mereka terbela, kata Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ini kerana Kelantan dilihat masih ketinggalan dalam aspek pembangunan ekonomi dan fizikal serta merupakan negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi di negara ini dari segi penghijrahan golongan belia ke negeri lain.

“Apabila kita bercakap soal orang muda, kita mesti melihat kepada masa depan mereka kerana negeri ini tidak berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan itu.

“Hampir 20 tahun belia di Kelantan berhijrah ke luar dan perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Tok Pa, di sini, hari ini.

Menurutnya, kegagalan serta kelemahan tadbir urus kerajaan Kelantan dalam menyediakan peluang pekerjaan turut menjadi penyebab utama rakyat negeri itu memilih berhijrah semata-semata mahu mengubah nasib mereka.

“Bagaimana hendak berniaga kalau pertumbuhan ekonomi negeri pun lembab. Bagaimana anak-anak muda yang kreatif tinggal di sini boleh membantu memajukan negeri ini sedangkan kita tidak pernah memberi peluang kepada mereka,” katanya.

Justeru, kata beliau, sudah tiba masanya golongan muda memberi peluang kepada BN untuk kembali memerintah negeri ini, selepas PRU14 akan datang.  

“Mereka mesti sedar dan jangan menjadi seperti pada zaman kami yang mana terus memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri dan lihatlah natijahnya, pada hari ini.

“Saya simpati bila masuk kampung jumpa warga emas, tanya anak ada 10 orang, yang tinggal bersama hanya seorang sahaja. Sembilan lagi ada di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan merata-rata sebab tak ada kerja di sini,” katanya.

Beliau secara menyindir turut mencadangkan kerajaan Kelantan yang diterajui Pas menyerahkan kuasa kepada BN kerana terbukti selama 27 tahun memerintah negeri ini, gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib rakyat.

“Kalau tak mampu, eloklah Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) serahkan kepada Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi BN negeri). Bagi saya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh dalam soal ini.

“Sedarlah, kalau kapasiti terlalu kecil seperti kenderaan bawah 1,000 cc janganlah fikir boleh bawa 30 penumpang. Berehatlah (beri peluang kepada BN) dulu seketika,” sinisnya.

Friday, March 31, 2017

Hebat!

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menghadiri majlis perasmian pertukaran nama Lapangan Terbang Madeira, Portugal kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo pada 29 Mac 2017. Ronaldo yang berasal dari kepulauan itu diangkat sebagai wira atas pencapaian cemerlangnya dalam arena sukan antarabangsa. - REUTERS/Rafael Marchante
Pertukaran nama lapangan terbang di Funchal diputuskan kerajaan wilayah Madeira selepas Portugal menjuarai kempen Euro 2016 di Perancis. Ketika ini, Ronaldo sudahpun memiliki muzium, patung dan hotel yang dinamakan sempena namanya di kepulauan itu. - REUTERS/Rafael Marchante
Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa merasmikan nama baharu lapangan terbang Funchal di kepulauan Madeira, Portugal pada 29 Mac 2017. - REUTERS/Rafael Marchante
Arca Ronaldo diletakkan di Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo pada majlis perasmian nama baharu lapangan terbang itu di kepulauan Madeira, Portugal pada 29 Mac 2017. - REUTERS/Rafael Marchante
Ronaldo yang dilahirkan pada 5 Februari 1985 di Hospital Dr. Nelio Mendonca di Funchal, kepulauan Madeira, menjadi kebanggaan seluruh penduduk di situ. - REUTERS/Rafael Marchante
Cristiano Ronaldo tersenyum kepada kamera pada majlis perasmian nama baharu lapangan terbang Madeira, yang turut disertai rakan-rakan pemain skuad kebangsaan Portugal. - REUTERS/Rafael Marchante

Thursday, February 16, 2017

Pertandingan Presiden FAM: Bayangan Annuar tewas?

Di atas kertas Annuar sudah tewas
N Faizal Ghazali  -  15 Feb 2017, 4:08 petang
Sekian lama FAM ditadbir oleh pihak dari istana Pahang, kini hala tuju bola sepak Malaysia dilihat boleh beralih ke selatan selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diperkenan ayahandanya untuk mengubah “maruah” sukan nombor satu itu.

Ini percubaan kali kedua Tunku Ismail dan beliau perlu berdepan cabaran oleh tokoh bola sepak yang tidak asing lagi, iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Mahu atau tidak, kita tidak boleh menafikan penglibatan Annuar dalam bola sepak negara dan sinonim dengan perkembangan pasukan bola sepak Kelantan mutakhir ini.

Selain politik yang menjadi darah dagingnya, Annuar orang lama yang pernah berjawatan timbalan presiden FAM dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Anggota parlimen Ketereh itu berjaya melonjakkan prestasi The Red Warriors. Kemuncak kejayaan apabila mereka merangkul kejuaraan treble pada 2012.

Dan Tunku Ismail adalah individu baru yang tampil dengan misi dan wawasan membangunkan bola sepak Johor secara drastik dan terbukti berjaya dalam jangka masa singkat.

Atas semangat dan rekod bersama JDT, beliau dilihat calon kegemaran yang boleh mengangkat martabat bola sepak Malaysia ke aras lebih tinggi.

Strategi

Menjelang Kongres FAM ke-53, 25 Mac depan, beberapa situasi akan menjadi congakan 39 perwakilan daripada 20 ahli gabungan yang akan menentukan milik siapa kerusi panas badan induk bola sepak itu.

Di atas kertas Annuar sudah tewas selepas melihat sokongan sebahagian ahli gabungan FAM yang menyatakan sokongan secara terang-terangan terhadap Tunku Ismail.

Seramai 14 wakil ahli gabungan dilaporkan sudah berikrar untuk memilih pemilik JDT itu sebagai presiden baru FAM. Tunku Ismail sudah selesa menguasai undi tanpa memerlukan strategi kritikal.

Ia membawa maksud sudah TMJ sudah memiliki 28 daripada 39 undi keseluruhan perwakilan dan jika itu benar-benar terjadi beliau akan menguasai mudah dua per tiga jumlah undi.

Justeru, jika sifir itu diguna pakai - apakah pula strategi Annuar dalam mempengaruhi undi kepadanya selepas hanya satu ahli gabungan yang dikatakan mencalonkan namanya untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun, sebagai seorang ahli politik yang sudah agak veteran, di samping pengetahuannya dalam bola sepak juga bukanlah calang-calang, Annuar pasti ada 'kerja rumah' dan keyakinan tersendiri.

Peminat bola sepak tempatan sedia maklum kebanyakan persatuan-persatuan negeri ditadbir oleh mereka yang dekat dengan kepimpinan kerajaan negeri. Secara mudahnya kebanyakan mereka ada hubung kait dengan parti.

Tidak mustahil Annuar sedaya-upaya akan menggunakan pendekatan melalui kuasa politik dan kempen tertentu untuk mempengaruhi perwakilan sekali gus meraih undi pada pemilihan exco tertinggi FAM nanti.

Kekuatan

Setiap calon sama ada Tunku Ismail atau Annuar mempunyai kekuatan tersendiri jika diambil kira penglibatan kedua-dua mereka dalam sepak terajang bola sepak.

Tunku Ismail adalah calon muda yang dilihat mempunyai potensi besar untuk bekerja keras dan pastinya sebagai orang muda masih banyak perkara boleh diteroka lebih-lebih lagi dengan minat mendalam.

Malah, beliau sebelum ini banyak melontarkan pandangan soal misi dan wawasan yang perlu ada untuk kemajuan bola sepak di samping sikap tegas dan berterus-terang menjadikannya sebagai calon pilihan ramai.

Kejayaan bersama skaud Harimau Selatan juga menjadi sandaran utama kepada TMJ untuk dipilih sebagai presiden FAM, manakala Annuar juga boleh berbangga dengan rekodnya bersama TRW.

Annuar calon veteran, kekuatannya adalah pengalaman panjang dalam bola sepak walaupun mungkin terhad di dalam dan luar negara.

Sebagai orang politik dan berpengalaman memegang jawatan menteri belia dan sukan, ia juga satu kelebihan kepada Annuar kepada membawa pengaruh terhadap kemajuan bola sepak negara.

Kelemahan

Aspek ini begitu jelas berbeza antara kedua-dua calon ini jika ukurannya adalah bola sepak itu sendiri.

Keterlibatan Annuar dalam politik misalnya, mewajudkan tanda tanya - tentang sejauh mana beliau boleh memberi tumpuan terhadap bola sepak atau hanya duduk di kerusi tertinggi dan membiarkan orang-orang di bawah melakukan kerja?

Beliau juga sedikit sebanyak terpalit dengan isu-isu semasa yang menjejaskan imej dan kredibiliti sebagai tokoh pimpinan, seperti dakwaan isu penyelewengan dana Majlis Amanah Rakyat (MARA), walaupun masih disiasat.

Rakyat yang menjadi tunjang sokongan kepada bola sepak negara pastinya mahukan individu yang bersih daripada sebarang skandal.

Sementara itu, Tunku Ismail pula adalah kerabat istana. Seperti dilaungkan sesetengah pihak khususnya di kalangan penyokong betapa mereka menolak jika FAM terus ditadbir kerabat diraja.