Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, February 28, 2015

Soalan bodoh dari manusia bacul

Bodoh - Nuar dalam jel, adakah dia minta Nuar sendiri yang hantar permohonan?
Bukankah surat permohonan itu Nuar mesti tandatangan?
Sekiranya permohonan itu tak perlukan tandatangan Nuar, maka sepatutnya tidak berbangkit kenapa Nuar tidak lakukan sendiri

Bacul - Marah UMNO tak tanding di DUN Chempaka tapi dia sendiri tak sanggup bertanding!
Dia kata dia tak ada duit nak bertanding......jadi kalau bertanding ko nak pakai duit banyak untuk beli undi?

Kalau kau sendiri pengundi Pasir Mas dah 'perkasamkan', takyahlah cakap banyak nampak sangat bodoh melantun-lantun!

Kenapa keluarga, bukan Anwar sendiri yang mohon pengampunan? - Ibrahim Ali

Kenapa keluarga, bukan Anwar sendiri yang mohon pengampunan? - Ibrahim Ali
IBRAHIM : Tindakan keluarga Anwar memohon pengampunan bagi pihaknya itu hanya sekadar strategi untuk membeli masa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan tindakan keluarga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantar permohonan pengampunan Diraja kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi pihaknya.

Beliau menyifatkan tindakan keluarga Anwar itu hanya sekadar strategi untuk membeli masa.

“Anwar sendiri selaku orang bersalah tidak mohon pengampunan. Bagaimana Lembaga Pengampunan untuk pertimbangkan kalau yang tertuduh sendiri tidak memohon. Mahkamah Persekutuan sudah buat keputusan Anwar bersalah.

"Maka semua hak Anwar termasuk sebagai Ahli Parlimen terlucut secara automatik. Malah yang merayu bukan orang bersalah. Bagaimana orang yang tidak dihukum merayu. Bukankah aneh? Ini taktik karenah politik beli masa.

Sementara itu, Ibrahim turut mengulas mengenai satu laporan portal berita yang memetik Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah memohon agar ayahnya dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan, termasuk menghadiri majlis minum petang diraja bersama YDPA.

Menurut Ibrahim, dalam Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) untuk banduan, apabila dibawa keluar dari penjara tangan banduan perlu digari.

“Nurul Izzah mahu bapanya minum teh dengan YDPA. Macam mana Anwar nak minum teh kalau tangannya bergari. Anwar nak pegang cawan untuk minum macam mana?" soal Ibrahim.

“Maka apakah Anwar yang tangan bergari layak duduk bersama dengan YDPA? YDPA adalah Raja Payung Negara. Mana boleh semeja dengan banduan. Saya berkata hal sebenar dan bukan mahu menghina sesiapa.Tidak ada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang," jelas Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau meminta agar keluarga Anwar melakukan tindakan yang betul dan menghormati mahkamah.

"Buatlah cara yang betul. Anwar merayu sendiri sebagai orang yang dihukum bersalah oleh Mahkamah. Itu hakikat dan realitinya. Bersabar, insaf dan Allah Maha Pengampun.

"Saya juga turut berdoa akan kesejahteraan kawan setahanan saya ini dulu selama dua tahun. Saya nak beritahu pada Nurul ada masanya bapanya boleh minum teh dengan YDPA kemudian hari jika ada rezeki. Cuma lakukan perkara yang betul," tambah Ibrahim.

Pada 24 Feb, keluarga Anwar telah menghantar permohonan pengampunan Diraja atas kesabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya, Nurul Nuha Anwar, telah menghantar permohonan itu ke Istana Negara manakala Nurul Izzah telah menghantar satu surat rasmi untuk memaklumkan permohonan pengampunan Diraja itu, ke Parlimen.

Pada 10 Feb lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar selepas mendapati  Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Eloklah PAS kembali menjadi parti serban dan terhumban!

PAS diramal berpecah menjelang Jun 2015
 | February 28, 2015
Budaya ‘team’ tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas 1998 dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah.
pasmarsukiKOTA BHARU: PAS dijangka berpecah menjelang Muktamar 2015 pada Jun berikutan kemunculan kumpulan yang tidak sehaluan dengan kepimpinan ulama dalam parti itu.
Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ia merupakan penyelesaian terbaik kepada kemelut dalaman yang melanda parti itu sekarang.
Beliau berkata, kemelut dalaman PAS berputik sejak 1998 apabila wujud kumpulan tertentu yang berhasrat menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, pada 1998 PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.
“Sebelum itu (1998) budaya ‘team’ tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa.
Tanpa menyebut nama kumpulan atau individu terlibat, kata Mohd Zuhdi, kumpulan berkenaan akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baru.
“Saya yakin selepas Muktamar Agung PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu akan ada dua kumpulan dengan satu daripadanya akan berpecah dari PAS dan tubuh parti baru, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni,” jelas beliau.
Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau memberitahu, PAS sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
“Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia,” ujarnya.

Pemimpin pembangkang Rusia ditembak mati

UPDATED: Feb 28, 2015 01:51pm
Kakitangan perubatan memasukkan mayat Nemtsov dalam beg mayat di Jambatan Moskvoretsky, tengah Moscow, pada awal pagi tadi. - Foto AFP

MOSCOW, 28 Februari:

Pemimpin pembangkang Rusia, Boris Nemtsov ditembak mati berhampiran Kremlin, sehari sebelum bantahan terhadap kerajaan dijadualkan berlangsung.

Kementerian Dalam Negeri Rusia memaklumkan, Nemtsov terkena empat tembakan di belakangnya, ketika beliau merentasi Jambatan Moskvoretsky, di tengah Moscow, sejurus selepas tengah malam tadi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Yelena Alexeyeva berkata, ketika kejadian, Nemtsov berjalan bersama seorang kenalan wanitanya, sebelum seseorang daripada sebuah kenderaan melepaskan tembakan ke arahnya.

Wanita itu tidak cedera dan telah disoal siasat polis.

Presiden Rusia, Vladimir Putin segera menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya dan melabelkan pembunuhan itu sebagai satu provokasi.

Putin telah mengarahkan ketua-ketua tertinggi penguatkuasaan supaya memantau sendiri siasatan ke atas pembunuhan Nemtsov.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pula menggesa Rusia menjalankan siasatan dengan “segera, telus dan adil” untuk membawa pembunuh Nemtsov ke muka pengadilan.

Obama turut menyifatkan Nemtsov sebagai “pejuang hak rakyat yang tidak pernah kenal erti penat lelah.”

Dalam satu temubual dengan akhbar Sobesednik pada awal bulan ini, Nemtsov berkata, ibunya yang berusia 86 tahun khuatir Putin akan membunuhnya, disebabkan aktiviti pembangkangnya.

Ditanya jika beliau bimbang dengan keselamatan dirinya terancam, jawabnya: “Jika saya takut, saya tidak akan memimpin parti pembangkang.”

Bercakap kepada radio Ekho Moskvy beberapa jam sebelum kematiannya, beliau mengkritik Putin kerana mengheret Rusia ke kancah krisis, dengan “dasar perang agresif, gila dan maut terhadap Ukraine.”

“Negara ini memerlukan pembaharuan politik. Apabila kuasa ditumpukan di tangan seorang pemimpin, orang itu akan memimpin selamanya dan ini akan menyebabkan malapetaka mutlak,” katanya.

Peguam Nemtsov, Vadim Prokhorov mendedahkan, ahli politik itu telah membuat laporan polis berhubung beberapa ancaman yang diterimanya melalui rangkaian media sosial, namun pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan untuk melindungi Nemtsov.
Nemtsov pernah dilantik sebagai gabenor wilayah, sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an. – Foto AFP

Aktivis pembangkang, Ilya Yashin yang kali terakhir bercakap dengan Nemtsov dua hari sebelum kematiannya berkata, beliau pasti pembunuhan Nemtsov bermotifkan politik.

Penganjur bantahan pada Ahad memutuskan untuk mengadakan demonstrasi di Moscow untuk memperingati Nemtsov.

Nemtsov pernah dilantik sebagai gabenor wilayah, sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an.

Beliau juga pernah dianggap pengganti Presiden pertama Rusia yang dipilih rakyat, Boris Yeltsin.
Selepas Putin dilantik sebagai Presiden pada 2000, Nemtsov adalah seorang daripada pemimpin yang kuat mengkritik pentadbirannya.

Nemtsov pernah mengecam ketidakcekapan kerajaan Rusia, gejala rasuah semakin menjadi-jadi dan dasar Ukraine yang dilaksanakan Kremlin yang dikatakan telah menyebabkan hubungan Moscow dan negara barat menjadi tegang, sehingga ke tahap paling teruk sejak Perang Dingin.

Sebelum ini, Nemtsov, 55 tahun, giat menyediakan laporan yang mengandungi bukti-bukti kukuh yang dipercayai boleh mengaitkan pembabitan Rusia secara langsung dalam pemberontakan puak pemisah di timur Ukraine, sejak April tahun lalu.

Ukraine dan negara barat menuduh Rusia menyokong pemberontak dengan membekalkan senjata canggih.

Moscow bagaimanapun telah menafikan dakwaan itu.

‘Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

mk - 10:17AM - 28 Feb 2015

ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’ dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

Ilmu bukan pada sijil, ijazah

Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan ‘politiking’ sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status ‘warasatul anbiyaa’. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama’ hilang fokus.

Bahagian 1Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'


AHMAD AWANG seorang tokoh ulama PAS yang disegani. Selain berpengalaman sebagai ahli akademik dan birokrat agama dalam kerajaan, beliau pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM) selama 17 tahun.

"Kuasa ketiga" mengotorkan imej PAS

Kerakusan termakan hasutan kuasa ketiga?
Atau memang agennya sudah terpasang di dalam PAS?

'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS'
MK - 12:43PM - 28 Feb 2015

Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".

Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".

Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.

Kenapa Khairuddin ni kepoh sangat?

Adakah jawatan presiden itu hak mutlak Hadi seorang?
Kalau dah gitu mansuhkan saja bab pemilihan di dalam perlembagaan PAS
Pastu boleh pegang sampai mati!
Yang tak setuju dengan pindaan perlembagaan tu boleh belah

Dewan Ulama PAS pertahan Hadi sebagai Presiden
 | February 28, 2015
PAS diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia.
ulama hadiKUALA LUMPUR: Dewan Ulama Pas tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.
Dewan itu bertegas hanya mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid sahaja layak menjadi Presiden Pas.
Malah tanpa berselindung, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, perbuatan kumpulan tertentu mahu mengguling Abdul Hadi adalah sama seperti cubaan berkempen dari sesuatu yang afdal kepada tidak afdal.
Fuqaha bermaksud mereka yang menguasai ilmu fekah, faqih pula membawa erti golongan pakar berhubung nas-nas al-Quran, hadis serta budaya setempat manakala mujtahid ialah ulama yang berijtihad sehingga berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa.
“Ada segelintir pimpinan membuat kenyataan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama. Apakah tujuan kenyataan ini? Tentu bermaksud membuka gelanggang untuk menukar Presiden yang ada dalam kalangan ulama dan faqih kepada bukan ulama,” katanya.
Beliau berkata, “Sekiranya dilihat lebih jauh, ada pemimpin yang ingin memulakan gelanggang jawatan Presiden perlu ditandingi atau ingin berkempen bahawa terdapat individu yang lebih baik lagi untuk menjadi Presiden Pas berbanding Tuan Guru (Abdul Hadi).”
“Merujuk kepada Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS, Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa keutamaan untuk menjadi Presiden PAS mestilah dalam kalangan mereka yang fuqaha, faqih serta mujtahid,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Kepemimpinan Abdul Hadi kini berada dalam keadaan goyah berikutan gerakan tersusun kumpulan Anwarinas yang ingin menjatuhkannya sehingga ada dalam kalangan pemimpin PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Mohamad untuk bertanding jawatan Presiden.
Abdul Hadi bagaimanapun masih mendapat sokongan padu kumpulan ulama dan perkara itu dinyatakan pada Multaqa Ulama SeMalaysia II baru-baru ini sehingga wujud desakan mahu Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dipecat.
Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, Abdul Hadi yang telah memimpin PAS sejak sekian lama mempunyai kemampuan untuk berijtihad dan sifat faqihnya juga diiktiraf masyarakat dunia apabila dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
“PAS diketuai oleh Presiden yang mempunyai kemampuan berijtihad dan faqih yang telah diiktiraf dunia. Keadaan ini meletakkan PAS berada pada landasan yang betul dari sudut kelayakan keutamaan sebagai pemimpin tertingi dalam gerakan Islam,” katanya.

Hudud: Akan berjayakah PAS?

Hudud takkan berjaya di Parlimen tanpa majoriti, kata penganalisis
OLEH EILEEN NG
Published: 28 February 2015 7:00 AM
Rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015. 

Rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya, kata penganalisis, kerana parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.
Mereka berkata, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
"Saya tak rasa mereka akan berjaya kali ini, peluang mereka kecil, malah di kalangan ahli Parlimen Islam juga, mereka tidak sebulat suara tentang langkah PAS ini," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.
Tambahan pula, secara konvensionalnya, urusan kerajaan lebih diberi keutamaan bagi diselesaikan terlebih dahulu, walaupun menurut ahli strategi DAP dan ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, jarang sekali urusan kerajaan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum setiap persidangan berakhir.
Beliau juga mengatakan, jarangkali rang undang-undang persendirian diluluskan, merujuk kepada kejadian April tahun lepas apabila beliau dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), Dr Michael Jeyakumar dari Sungai Siput, membentangkan rang undang-undang tersebut bagi Akta Keterangkuman Sosial yang menangani marginalisasi.
Pada masa itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata rang undang-undang persendirian yang dimohon ahli Parlimen pembangkang itu bercanggah dengan Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan, dan beliau menggunakan alasan itu bagi menolak rang undang-undang tersebut daripada dibentangkan dan dibahaskan.
"Akhirnya, rang undang-undang PAS itu tidak akan dapat dibentangkan, jika kita lihat berdasarkan apa yang pernah berlaku dahulu," kata Ong. 
Kelantan yang ditadbir PAS berhasrat membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen bulan depan bagi membolehkan ia meminda Enakmen Jenayah Syariah II 1993 negeri itu, yang akan membenarkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu dilihat keberatan mendedahkan kandungan pindaan itu walaupun kepada sekutunya dalam PR - DAP dan PKR.
DAP, terutamanya, tegas menolak mana-mana langkah melaksanakan hukum jenayah Islam itu.
Wan Saiful berkata PAS membuat kesilapan dengan tidak memaklumkan mereka yang terlibat serta rakan PR tentang rang undang-undang tersebut.
"Ini satu isu besar dan mereka patut memaklumkan orang ramai terlebih dahulu, tetapi sehingga kini, masih tiada maklumat atau perundingan umum berhubung rang undang-undang tersebut dibuat.
"Kecekapan PAS dalam mengendalikan isu ini amat ketara," kata Wan Saiful yang merupakan ketua eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Tujuan sebenar
Bagaimanapun, penganalisis Dr Oh Ei Sun percaya yang tindakan PAS bukannya tentang agama, tetapi satu ujian litmus bagi gabungan Umno-PAS.
Bukan satu rahsia yang beberapa elemen dari parti pembangkang Islam itu tidak menolak bekerjasama dengan parti Melayu itu, dan sokongan terbuka Umno bagi idea itu juga menampakkan niat mereka.
"Sedari awal lagi, tujuan langkah sia-sia ini bukannya tentang kesucian agama, tetapi mengenai satu gabungan berat sebelah, penyatuan asas sokongan, dan ujian bagi gabungan Umno-PAS akan datang.
"PAS ingin mewujudkan senario 'brinkmanship' di mana ia boleh menayangkan akreditasi keagamaan mereka, pada masa sama mencabar Umno untuk sepadan dengannya, dengan keyakinan yang PAS akan berjaya.
"Langkah yang betul daripada segi agama ini juga membantu kedua-dua parti menyatukan asas sokongan mereka," kata Oh.
Namun felo kanan Universiti Teknologi Nanyang S Rajaratnam School of International Studies itu percaya parti majoriti bukan Melayu dalam PR dan Barisan Nasional dijangka akan mengundi menentang rang undang-undang tersebut.
Selama ini, DAP, MCA dan Gerakan lantang menyuarakan penentangan mereka sementara wakil Melayu DAP dan PKR juga dijangka akan ikut sama, memandangkan kebanyakan kerusi mereka di kawasan bandar dan separa bandar, katanya.
Disember lalu, beberapa ahli Parlimen PKR yang ditemu ramah The Malaysian Insider tidak komited tentang sama ada mereka akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud itu atau tidak, dengan ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, "Orang Islam tidak boleh menolak hukum Allah."
Namun, pendirian ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari jelas mengenai penentangan parti sekular itu terhadap hudud, mengatakan yang mereka konsisten tentang isu ini sejak awal lagi. – 28 Februari, 2015.

Siapa dia Jihadi John

Identiti Jihadi John Dikenal Pasti
Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 12:44 PM
Jihadi John dengan aksinya sebelum bertindak menyembelih para tebusan negara asing di Syria. Dia bertutur dalam loghat British yang tebal sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai negara asalnya dan siapakah dia.

> Akhbar The Daily Mail mendedahkan siapakah Jihadi John yang bertanggungjawab menyembelih para tebusan yang ditahan di Syria

> Nama sebenar Jihadi John ialah Mohammad Emwazi

> Dia dilahirkan di Kuwait tetapi berhijrah ke London bersama keluarga pada usia 6 tahun pada 1993

> Bapanya adalah seorang pemandu teksi di London

> Bersekolah di West London dan disukai ramai sebagai seorang yang tertib dan sopan

> Guru-guru menyifatkan dia sebagai seorang murid yang pintar

> Lulus dalam bidang sains komputer dari University of Westminster pada 2009

> Juga mempunyai kelulusan dalam pengajian bahasa Inggeris

LONDON: Penyembelih tebusan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis) yang lebih dikenali sebagai Jihadi John kini telah dikenalpasti adalah seorang warga Britain berketurunan Arab Kuwait bernama Mohammad Emwazi.

Keluarganya berasal dari Kuwait dan mereka berhijrah ke United Kingdom ketika Mohammad berusia enam tahun.

Bapanya kemudian bekerja sebagai pemandu teksi dan mereka bermastautin di Queens Park, London.

Ketika di sekolah, rakan-rakan menyifatkannya sebagai seorang budak yang pendiam tetapi popular dan lebih menunjukkan minat terhadap bolasepak.
Mohammad Emwazi (dalam bulatan) bergambar bersama rakan sekelas ketika berada di sekolah rendah St Mary Magdalene Church of England, Barat London.

Manakala para guru pula mengingatinya sebagai seorang yang sentiasa bekerja keras dan tekun.
Menurut data yang diperolehi Daily Mail, Mohammad telah ke Syria pada 2012 tetapi sebelum itu, agensi perisikan UK, MI5 dan pihak polis telah bertemu dan berhubung dengannya sebanyak 12 kali berhubung aktivitinya di luar negara.
Dia menjadi popular selepas muncul dalam video yang menunjukkan mereka menyembelih warga Britain David Haines dan Alan Henning, wartawan Amerika, James Foley dan Steven Sotloff serta wartawan Jepun, Kenji Goto.
Jihadi John bersama Kenji Goto sebelum menyembelih wartawan dari Jepun itu.

Dalam video itu Mohammad bertutur dalam loghat British yang tebal sekaligus mencetuskan tanda tanya siapakah dia dan dari mana dia berasal. Media massa Britain selepas itu menggelarnya dengan panggilan Jihadi John.
Menurut Daily Mail, selepas memperolehi ijazah sarjana muda dari University of Westminster, Mohammad telah ke Tanzania bersama dua lagi kawan.
Bagaimanapun mereka ditahan di lapangan terbang Dar-es-Salaam dan tidak dibenarkan memasuki Tanzania.
Mereka kemudiannya telah dihantar pulang menerusi Schipol, Amsterdam, Belanda dan setibanya di sana mereka telah ditahan sekali lagi dan disoalsiasat oleh agen-agen MI5 yang mengesyaki mereka ke sana untuk ke Somalia dan menyertai gerakan ekstremis disana.
Mereka dibenarkan pulang ke UK tetapi sebaik sahaja tiba di Dover, mereka sekali lagi ditahan dan disoal siasat oleh pasukan anti-pengganas UK.
Menjelang September 2009, Mohammad telah kembali ke Kuwait untuk tinggal bersama keluarga bapanya.
Selepas lapan bulan bekerja di Kuwait, pada Mei 2010, dia kembali ke UK selama lapan hari untuk menziarahi keluarganya.
Tetapi sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, dia sekali lagi ditahan dan disoal siasat namun dilepaskan.
Selepas kembali semula ke Kuwait selama beberapa bulan, Mohammad sekali lagi membuat keputusan untuk pulang ke UK dan sekali lagi dia ditahan di Heathrow dan disoal siasat selama enam jam.
Apabila dia hendak kembali ke Kuwait, dia dimaklumkan oleh pegawai Imigresen yang visanya telah dibatalkan. Mohammad terus kekal di UK.
Kemudian pada 2012, Mohammad memperolehi sijil mengajar bahasa Inggeris dan memohon untuk mengajar bahasa Inggeris di Arab Saudi tetapi permohonannya telah ditolak.
Pada 2013, Mohammad secara tiba-tiba menukar namanya kepada Mohammed al-Ayan.
Selepas menukar namanya, dia cuba untuk sekali lagi ke Kuwait tetapi gagal selepas dia ditahan dan disoal siasat di lapangan terbang.
Tiga hari selepas itu, Mohammad menghilangkan diri sekaligus memaksa keluarganya membuat laporan polis di atas kehilangannya.
Tetapi empat bulan kemudian polis telah berkunjung ke rumahnya dan memaklumkan kepada ahli keluarganya yang mereka memperolehi maklumat yang Mohammad telah memasuki Syria. - sumber

Di Kelantan lagi: Tembak dan dadah

Suami isteri ditembak angkara hutang dadah
POLIS memeriksa motosikal yang dibakar suspek
Tanah Merah: Angkara hutang dadah, suami isteri nyaris terkena tembakan selepas diserang empat lelaki dalam kejadian di Kampung Alor Bemban, Bukit Kecik, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian 9.20 pagi itu, suspek melepaskan sedas tembakan namun tersasar selepas si suami berusia 38 tahun melarikan diri.
Isteri mangsa berusia 25 tahun yang tidak melarikan diri bagaimanapun tidak dicederakan.
SATU daripada dua motosikal yang dibakar suspek
Katanya, suspek kemudian bertindak membakar dua motosikal di hadapan rumah mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.
“Suspek pada mulanya bertanyakan kepada mangsa berkenaan seorang lelaki bernama Juli kerana hutang dadah, namun mangsa enggan memberi kerjasama dan berlaku pertengkaran.
“Suspek kemudian melepaskan satu tembakan namun tersasar disebabkan mangsa melarikan diri
” Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu Mazlan berkata, mangsa, isteri dan rakannya yang turut berada di situ ditahan selepas pemeriksaan terhadap mereka menemui beberapa pil jenis methampetamine.

Najib hadapi pemberontakan?

Is Najib facing a rebellion?
 | February 27, 2015
Kadir Jasin speaks of two recent developments that indicate not everyone in Putrajaya supports 1MDB.
kadir najib2PETALING JAYA: Veteran journalist and persistent 1MDB critic A Kadir Jasin appears to be suggesting that some kind of rebellion, maybe not amounting to a revolt, is possibly brewing in the halls of power against Prime Minister Najib Abdul Razak.
In a blog entry today, he refers to two recent developments related to 1MDB – the reported Cabinet rejection of the company’s request for a cash injection to the tune of RM3 billion and the Public Accounts Committee’s call for an immediate audit of the company.
He offers conditional congratulations to the Cabinet. “A big thanks and kudos to the Cabinet if indeed it has rejected a request by 1Malaysia Development Berhad for a RM3-billion financing from the government,” he says.
Recent online media reports say the Cabinet rejected the proposal at its weekly meeting on Wednesday by not approving the minutes of the previous week’s meeting on the subject.
Kadir says he is trying to get confirmation of the reports from his contacts in the government.
“I am yet to receive any response to two SMS messages I sent to a minister and press secretary to a senior minister seeking confirmation of the Cabinet decision,” he writes.
“If the online media reports are true, the Cabinet action could be seen as signalling that the Prime Minister … no longer holds sway, at least not on the issue of 1MDB.
“This is a huge setback for him. I would not, at this point, speculate that there is an emerging revolt against his leadership.
He points out that 1MDB is Najib’s creation and it is owned by the Finance Ministry, which he heads.
He says the reported Cabinet decision “could add further burden on the already beleaguered Prime Minister”.
Kadir also takes note of a press statement issued yesterday by the Chairman of the Parliament’s Public Accounts Committee, Nur Jazlan Mohamed, an Umno MP.
Nur Jazlan urged the Auditor-General’s Department to carry out an immediate audit of 1MDB. He said the audit should determine the source of the RM2 billion 1MDB used to settle loans with local banks, its proposed plan to borrow RM3 billion from the Treasury, its dealings with PetroSaudi International (PSI) and whether the money it parked in the Cayman Islands has been brought home.

Mamat ni buat-buat tak kenal UMNO la pulak!

Saya tak terkejut dilucut jawatan dalam UMNO - Khairuddin
Wan Syamsul AmlyAstro Awani |Kemas kini: Februari 27, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 27, 2015 23:10 MYT)

Saya tak terkejut dilucut jawatan dalam UMNO - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Saya tidak terkejut dilucut jawatan dalam UMNO. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
"Saya tidak terkejut langsung dengan berita dilucutkan jawatan daripada UMNO disebabkan oleh kes jaminan korporat."
Itu reaksi Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika dimaklumkan bahawa beliau telah dilucutkan jawatan di dalam parti melalui media pada Jumaat.
Katanya, berita yang disiarkan sebuah stesen televisyen itu merupakan sesuatu yang menghairankannya kerana beliau sedang dalam fasa penyelesaian oleh peguam kerana syarikat berkenaan telah mula melangsaikan hutang.
"Namun saya amat hairan dengan sikap Ibu Pejabat UMNO yang tidak pernah memanggil saya untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes tersebut yang hakikatnya sedang diselesaikan.
"Mengapa UMNO tidak pernah dan tidak mahu memanggil saya untuk memberi pencerahan akan kedudukan dan status saya masa kini?" katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan Ketua Pemuda Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim yang meminta Khairuddin dipecat sekiranya benar ahli perniagaan itu diisytihar muflis.
Hilmie turut dilaporkan menyerahkan memorandum dan beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi menyiasat dakwaan itu.
Tegas Khairuddin, UMNO seharusnya menulis surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum sebaran tindakan diambil.
"UMNO seterusnya perlu memanggil saya untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenai kedudukan masa kini saya.
"Malangnya, UMNO tidak mengikuti garis panduan mengikut lunas lunas perlembagaan parti," jelasnya.
Ujarnya, tindakan itu menunjukkan UMNO bersikap tidak profesional namun berikrar untuk terus berjuang walau tanpa sebarang jawatan di dalam parti.
"Saya tidak kecil hati langsung kerana ini adalah sebahagian daripada harga yang saya terpaksa bayar demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
"Saya berikrar untuk terus berjuang tanpa jawatan untuk menegakkan kebenaran serta melawan rasuah secara habis-habisan.
"Saya seorang yang amat kental di dalam perjuangan dan atas nama perjuangan untuk kepentingan rakyat saya tidak akan berganjak dari landasan ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai tekanan politik," katanya.
Katanya lagi, dia akan menjelaskan kedudukannya secara terperinci di dalam UMNO selepas kembali semula daripada menunaikan umrah.
Khairuddin sebelum ini menggemparkan negara dengan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah pelbagai teguran terhadap syarikat milik kerajaan itu 'tidak dipedulikan'.
Syarikat yang ditubuhkan kerajaan pada 2009 itu dilaporkan bertujuan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara serta menerbitkan bon.

Siapakah peguam G100?

Siapakah peguam G100? Dan berapakah jumlah sebenar mereka?
09:30PM Feb 27
oleh Mike Tan

ANALISIS: Selepas melancarkan kritikan awam pertama mereka terhadap presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dengan mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada 21 Februari, kumpulan peguam G100 kini sebaliknya sedang bergelut untuk mengawal kerosakan.
Tidak menghairankan bahawa kumpulan itu masih belum mengakui telah menggunakan nama-nama rakan-rakan peguam mereka tanpa persetujuan, dan memilih untuk menyifatkannya sebagai "salah faham antara penandatangan kenyataan akhbar kumpulan itu".
Lagipun, mereka adalah peguam – golongan profesional yang menjadikan keupayaan berbahas sebagai periuk nasi mereka, dan terkenal dengan keupayaan mereka untuk berbalas hujah undang-undang supaya keadaan memihak kepada mereka.
Pendek kata, mereka ini bermain untuk menang.
Tinjauan ke halaman kumpulan itu mendedahkan lebih lanjut mengenai mereka (terjemahan:
Kumpulan bukan partisan itu menyatakan yang kenyataan Chris Leong yang boleh mengelirukan orang ramai, dan mencetuskan skandal terhadap badan kehakiman.
Dakwaan kumpulan itu sebagai bukan-partisan adalah meragukan, sekurang-kurangnya tiga perempat daripada peguam-peguam yang telah disenaraikan, diketahui merupakan ahli Umno atau mengendalikan hal ehwal undang-undang yang berkaitan Umno.
Turut tiada dalam senarai itu adalah peguam-peguam lantang dan pejuang undang-undang terkenal – peguam yang masyhur selepas mengendalikan kes-kes berprofil tinggi – seperti N Surendran, Latheefah Koya, R Sivarasa, Siti Kasim dan Hendon Mohamed, seorang lagi bekas presiden Majlis Peguam.
Kesemua mereka terkenal melalui pandangan progresif mereka dan, dalam kes tiga peguam pertama, merupakan ahli PKR. Turut tiada dari senarai itu adalah anak-anak mendiang Karpal Singh – Jagdeep, Gobind, dan Ramkarpal – tiga lagi peguam terkemuka dan yang lebih penting, ahli-ahli politik DAP.
Jadi adakah benar bahawa kumpulan ini tidak bersifat partisan?
Kemudian ada pula persoalan mengenai kaedah mereka.
Mengapa kumpulan itu menggunakan taktik kotor – penggunaan nama-nama rakan-rakan mereka tanpa kebenaran – dalam protes mereka terhadap Leong?
Kumpulan itu mengaku telah disertai Zainur Zakaria, bekas presiden Majlis Peguam, maka sudah tentu orang yang berpengalaman sepertinya tahu untuk tidak menyokong apa-apa pendekatan yang tidak beretika secara sengaja.
Atau adakah mereka berkata benar – bahawa kumpulan itu begitu tidak berpengalaman sehinggakan mereka tidak boleh, atau lebih teruk lagi, tidak terfikir untuk mengesahkan 'penandatangannya'. sebelum melancarkan serangan mereka?
Ini mungkin apa yang berlaku, kerana tinjauan terhadap 100 peguam yang disenaraikan telah mendedahkan bahawa hampir separuh daripada mereka adalah tidak dikenali, terutamanya di kalangan ahli Majlis Peguam.
Apa pun alasannya, penggunaan nama-nama mereka tanpa kebenaran itu sendiri mengelirukan, dan mungkin bertukar menjadi sebuah lagi skandal.
Memang ironis.
Ini bukan kali pertama kumpulan G100 telah bertindak secara kurang berterus terang dalam kenyataan mereka. Sebuah coretan Facebook sebelum ini yang mengumumkan mereka "menjauhkan diri" daripada seruan SukaGuam supaya adanya alternatif Majlis Peguam, telah diikuti oleh ayat yang menyatakan bahawa cadangan itu perlu dipertimbangkan.
Ia memang kenyataan yang hanya boleh dikeluarkan oleh peguam. Malangnya, ia juga adalah satu kenyataan yang hanya profesional undang-undang lain dapat fahami dengan mudah.
Dan itulah masalahnya dengan kumpulan ini. Peguam-peguam G100 adalah itu sahaja – sekumpulan peguam (walaupun tidak sampai 100 orang). Dan seperti kebanyakan peguam, mereka sudah biasa beroperasi dalam bidang mereka, sebuah dunia berstruktur yang penuh dengan undang-undang, duluan dan penghakiman. Itulah dunia yang mereka ungguli, dan memang itu yang patut berlaku.
Bagaimanapun, mereka terlalu bercita-cita tinggi dalam kemunculan pertama mereka sebagai sebuah ‘NGO’ atau kumpulan pendesak. Percubaan pertama mereka dalam berurusan dengan media telah menemui nasib yang malang. Berita-berita mengenai kumpulan itu telah pun mengambil nada-nada negatif.
Malay Mail Online menerbitkan laporan bertajuk "Lawyers targeting Bar Council chief down to 99 after one says name falsely used" (Jumlah peguam yang menyasarkan presiden Majlis Peguam turun ke 99, selepas satu nama palsu digunakan), lima hari selepas menyiarkan kenyataan akhbar asal kumpulan itu dengan 100 nama pada 21 Februari.
Semut Harian sebelum ini telah bercakap dengan NorJehan Abu Bakar – seorang peguam yang namanya telah disalahgunakan dan telah mengemukakan isu ini – dan juga menerbitkan sebuah artikel mengenai nasib beliau, bersama-sama dengan seorang lagi peguam yang terlibat, Yusman Mohd Badar.
Respon kumpulan itu terhadap dakwaan NorJehan dilakukan separuh hati, dan kumpulan itu masih belum mengakui telah menggunakan nama Yusman tanpa kebenaran sekalipun.
Di samping itu, kumpulan itu mendakwa bahawa 5 atau 6 ahli yang telah disenaraikan, kemudiannya memaklumkan kumpulan itu mengenai "keinginan mereka untuk menarik balik nama mereka, atau nama mereka telah dimasukkan secara tidak sengaja". Setakat ini, kumpulan itu telah mengelak dari mendedahkan nama-nama ini, walaupun mereka telah mengakui ada menggunakan nama NorJehan, walaupun secara salah.
Tidak kira betapa kuatnya tentangan terhadap tindakan presidennya, tiada anggota akan meragui keupayaan majlis itu untuk menentukan jumlah sebenar ahli-ahlinya. Namun kita tidak boleh menyatakan perkara yang sama bagi G100.
Ini adalah permulaan sebuah mimpi ngeri perhubungan awam. Tidak kira sama ada ia adalah disebabkan ketiadaan kecekapan atau niat jahat ala Machiavelli, nasib kumpulan itu pasti merudum selepas ini.
Berapa banyak lagikah nama-nama dalam senarai itu telah digunakan tanpa persetujuan? Mengapakah ianya tidak disemak terlebih dahulu? Berapa ramai lagi yang akan menarik diri?
Pada hari-hari mendatang, ini adalah beberapa persoalan yang kumpulan ini mungkin akan hadapi dari media tempatan, yang laparkan isu-isu panas.
G100 telah mencari perhatian orang ramai dan media, dan kini mereka telah memilikinya.
Persoalan sebenarnya ialah: Adakah mereka akan menyesalinya?