Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Keselamatan Negara. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan Negara. Show all posts

Sunday, November 19, 2017

Whoaw.....Tok Him mengamuk dah!

Ibrahim: Langkah mayat saya dulu nak hak sama rata

  | November 19, 2017
Perkasa menggesa pejuang cauvinisme kaum tidak gunakan demokrasi untuk menghasut dan menyemarakkan kebencian antara pribumi dan bukan pribumi.
VIDEO INSIDE
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika berucap di Persidangan Agung Tahunan ke-8 Perkasa 2017 di Stadium Titiwangsa
KUALA LUMPUR: Perkasa menentang hak sama rata yang didakwa menjadi sindrom sehingga menular kepada parti politik dalam negara ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali bimbang sekiranya kerajaan memberikan hak kesamarataan itu, ia akan menjejaskan pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak rela agama Islam disamaratakan tarafnya dengan lain-lain agama di Malaysia. Kita tidak redha dasar sosioekonomi pribumi disamaratakan tarafnya dengan bukan pribumi.
“Kita menentang bahasa Melayu disamaratakan tarafnya dengan lain-lain bahasa ibunda di negara ini dan menentang sekolah aliran kebangsaan disamaratakan tarafnya dengan sekolah jenis kebangsaan.
“Sebelum mereka laksanakan, langkah mayat saya dulu sebelum terima kesamarataan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan ke-8 Perkasa di Stadium Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Beliau merujuk Perkara 152 mengenai bahasa Melayu dan Perkara 153 berkaitan hak keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.
Katanya, Perkasa menggesa pejuang cauvinisme kaum tidak menyalahgunakan demokrasi untuk menghasut dan menyemarakkan kebencian antara pribumi dan bukan pribumi.
“Jangan hancurkan Malaysia dan musnahkan pribumi kerana politik cauvinisme tidak mempunyai tempat di negara ini.”

Sunday, October 29, 2017

Jenayah: Inilah salah satu masalah bagi negara penerima

Ahad, 29 Oktober 2017 | 7:46am
PELARIAN Rohingya melintasi sempadan Bangladesh-Myanmar, di pelabuhan di Teknaf, Bangladesh.- Foto Reuters

Pelarian Rohingya tetak warga Bangladesh

DHAKA: Seorang pelarian Rohingya menetak lelaki Bangladesh sehingga mati, di sini.

Polis berkata, serangan dilakukan lelaki Rohingya itu ada kaitan dengan perbalahan keluarga.

Ia adalah siri jenayah terbaharu di kawasan yang menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa tempatan.

"Kami meningkatkan kawalan keselamatan selepas kejadian itu," kata Timbalan Ketua Daerah Cox's Bazar, Afruzul Haq Tutul.

Pendakwa Raya negeri, Mamtaz Ahmad, berkata jenayah di kawasan itu meningkat sejak kebelakangan ini.

Etnik Rohingya kini mengatasi penduduk Bangladesh di dua bandar utama, Teknaf dan Ukhia di Cox's Bazar, sekali gus menyaksikan ketegangan meningkat.

Penduduk tempatan merungut pelarian mengambil alih pekerjaan daripada rakyat tempatan yang miskin, terutama dalam sektor pembinaan dan industri perikanan.

"Majoriti nelayan kini adalah etnik Rohingya. Mereka kuat bekerja dengan upah murah," kata pemilik bot tunda kecil, Jashim Uddin.

Sementara yang lain merungut kebanjiran Rohingya menyebabkan harga makanan dan pengangkutan meningkat. - AFP

Tuesday, August 15, 2017

Selepas 60 tahun merdeka, kita dijajah lagi?

19 ISU TUNJUKKAN KITA DIJAJAH CHINA SELEPAS 60 TAHUN MERDEKA?
oleh Abdul Muein Abadi |  Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Foto IsmaWeb

Tiada siapa mampu nafikan bahawa isu yang paling kencang bertiup menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-60 kali ini ialah ‘penjajahan China’.  Berikut analisis 19 isu yang perlu diberi perhatian.

1. Isu hartanah: persepsi ini agak ketara dikaitkan dengan projek di Johor dan di Melaka.  Demikianlah projek ‘Shenzen Malaysia’, serta skim seperti Malaysia My Second Home (MM2H). Pemberian status pegangan bebas ‘freehold’ kepada warga China dipersoalkan kerana warga tempatan sendiri tidak mampu untuk memiliki aset hartanah.  Keadaan ini juga bakal mengimpak struktur demografi penduduk negara kelak.  Kerajaan Malaysia perlu campur tangan secara agresif dalam menghadapi isu pemilikan hartanah asing ini.

2. Isu Bank China: persepsi bahawa Bank China seperti Export-Import Bank of China (Exim Bank) memiliki peranan besar dalam penentuan beberapa keputusan melibatkan projek infrastruktur di Malaysia di mana syarat pelantikan kontraktor ditetapkan agar memberi kelebihan dan keutamaan hanya kepada para kontraktor China tidak kurang hebatnya.

Rakyat Malaysia juga perlu membayar hutang projek pembangunan yang dibiayai pinjaman Bank China ini.  Sewajarnya dari awal lagi sumber pembiayaan alternatif lain turut dipertimbangkan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) atau pun Bank Pembangunan Islam (IDB).

3. Isu kontraktor China: Malaysia tidak kekurangan pakar dan kemahiran bagi membina infrastruktur berskala besar seperti syarikat Gamuda, IJM, dan sebagainya.  Maka sekali pun kontraktor seperti IJM diberi peluang bekerjasama dengan Beibu Gulf Port Group (China) dalam projek pelabuhan Kuantan, namun pihak kerajaan perlu lebih agresif mengusahakan agar lebih banyak kontraktor Malaysia mendapat peluang dan manfaat berbanding kontraktor China dalam pembinaan aset strategik negara.

4. Isu Nelayan China: pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri telah berulang kali memberi amaran akan penjajahan para nelayan asing (termasuklah dari China) di Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia.  Selain daripada bantahan diplomatik yang lebih signifikan, pemerkasaan aset seperti radar dan kapal peronda perlu diberi keutamaan.

5. Isu Pulau Buatan China: Perkembangan pesat pembinaan pulau-pulau buatan China di Kepulauan Spratly tidak boleh dinafikan memberi impak kepada perkiraan strategik (strategic calculation) Malaysia di Laut China Selatan.  Meski pun tidak berada dalam perairan Malaysia secara langsung, namun kelengkapan ketenteraan yang semakin canggih dan semakin banyak ditempatkan di sana pastinya menggugat kestabilan rantau ini.

6. Isu Sembilan Garis Terpecah: Peta yang diterbitkan China pada 2009 ini jelas menceroboh Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) di mana Garis Keempat menceroboh perairan Bintulu dan Miri di Sarawak manakala Garis Kelima menerobos jauh dari perairan berhampiran Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, dan Kudat, Sabah.

Dialog Konstruktif perlu diteruskan oleh Malaysia agar China memahami bahawa ianya adalah lebih bermanfaat untuk China melindungi kepentingan mereka di Laut China Selatan menerusi kerjasama ketenteraan bilateral dengan negara-negara Asia Tenggara, dan bukannya dengan cara cuba membolot Laut China Selatan.

7. Isu alam sekitar: Dominasi syarikat China dalam projek ECRL menimbulkan persoalan dari segi pemantauan terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan yang terlibat.  Terkini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum bantahan berhubung keperluan laporan penilaian impak alam sekitar (EA) projek ECRL ini terutama sekali hakikat bahawa Banjaran Titiwangsa bakal direntasi dalam projek ini.

8. Isu Tenaga: Edra Energy iaitu aset penjana tenaga milik syarikat 1MDB yang berjaya dibeli syarikat China juga dianggap bakal menjadi pemain industri tenaga yang utama di Malaysia.  Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa TNB masih merupakan aktor yang bertanggungjawab dalam penentuan kadar tenaga (elektrik) dalam negara, namun senario sebegini perlu diperbetulkan kembali demi meraih keyakinan rakyat. Perancangan ke arah mengambil alih Edra kembali ke pangkuan milik kerajaan mahu pun swasta di Malaysia perlu dimulakan.

9. Isu pelabuhan Malaysia: Syarikat China telah memiliki pegangan dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Melaka.  Meskipun pembinaan pelabuhan ini cukup penting bagi meningkatkan kapasiti pelabuhan negara yang setakat ini ditampung Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas sahaja, namun ia tidak seharusnya dilihat eksklusif memanfaatkan China semata-mata sedangkan dalam masa yang sama memencilkan kuasa pasifik lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut sepatutnya diundang kerana kebergantungan yang sama kepada laluan yang sama.

10. Isu automotif: Penjualan pegangan 49.9 peratus Proton kepada Geely dari China masih belum menunjukkan impak signifikan.  Sebaliknya produk Geely iaitu ‘Boyue’ pula yang cuba dipasarkan di Malaysia.  Sepatutnya Proton yang diutamakan untuk diberi akses ke China dan juga negara operasi Geely yang lain di seluruh dunia, di samping mengemukakan perancangan ampuh jangka panjang untuk kemajuan automotif negara.

11. Isu Sosiobudaya: Antara tanda-tanda isu ini tidak boleh dipandang enteng adalah apabila Duta China ke Malaysia Dr. Huang Huikang membuat kenyataan tentang kepentingan kaum Cina di Jalan Petaling.  China turut mengeluarkan kad khas buat orang China di seberang laut.

Meski pun Malaysia tegas dalam isu kewarganegaraan, isyarat perlu diberi kepada Beijing bahawa urusan dalaman negara Malaysia – sekali pun melibatkan mereka yang berketurunan Cina – tidak boleh diizinkan kepada campur tangan China.

12. Isu Bahasa Mandarin: sepatutnya China tidak mengulangi hegemoni kuasa-kuasa Barat yang mengutamakan Bahasa ibunda mereka semata-mata tanpa penghormatan kepada Bahasa ibunda negara-negara lain, terutama sekali negara kecil.  Pemimpin Malaysia pula perlu memberi penekanan pada Bahasa Melayu sebagai Bahasa antarabangsa dan menganjurkan order multipolar bukan hanya dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks Bahasa.

13. Isu akses Maklumat: kebanyakan projek berskala gergasi China di Malaysia sukar untuk dikaji kerana kekurangan akses maklumat terbuka yang boleh dicapai secara atas talian.  Hal ini pastinya membimbangkan kerana terdapat beberapa kes di mana syarikat milik China ini didapati bermasalah dalam pengurusan projek di negara-negara lain seperti China Communication Construction Company (CCCC).

14. Isu aset Ketenteraan: keputusan Malaysia untuk membeli empat kapal laut dari China bagi tujuan ketenteraan turut mengundang pertimbangan yang lebih mendalam.  Hal ini demikian kerana kapal milik tentera China diketahui sering ‘berkonfrontasi’ dengan TLDM di ZEE milik Malaysia seperti yang pernah dialami KD Kedah tidak berapa lama dahulu. Sewajarnya syarikat anak tempatan diberi keutamaan penuh dalam projek aset strategik negara ini.

15. Isu Jentera China: projek pembangunan infrastruktur di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bakal diusahakan oleh jentera-jentera berat dari China. Tiadakah syarikat milik anak tempatan yang boleh diberi peluang bagi menyediakan kemudahan jentera ini?  Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan langkah yang boleh memberi manfaat kepada kontraktor serta jentera yang dioperasikan anak tempatan.

16. Isu Teknologi China: setakat ini boleh dikatakan tiada hitam putih yang jelas diisytiharkan tentang manfaat pemindahan teknologi dari China yang boleh memanfaatkan kapasiti syarikat atau agensi milik awam Malaysia di bawah projek-projek infrastruktur di Malaysia.

17. Isu peluang pekerjaan: projek-projek gergasi China di Malaysia turut membawa bersama para buruh dari tanah China.  Malah baru-baru ini luas tersebar syarat pengambilan kerja yang melibatkan beberapa posisi dalam projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya menerima pekerja yang boleh berbahasa Mandarin sahaja.  Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius isu ini agar diskriminasi sebegini tidak berterusan.

18. Isu Import China: kadar kebergantungan serta hubungan perdagangan yang pesat dengan China turut menimbulkan kebimbangan.  Meski pun China merupakan rakan dagang utama Malaysia, namun potensi untuk berlakunya pengurangan eksport kita ke China serta lambakan import yang memudaratkan dari China tidak boleh dipandang mudah.

Maka Malaysia perlu untuk menambah nilai dalam produk eksport ke China dan dalam masa yang sama mempelbagaikan destinasi import agar kebergantungan kepada import China dapat dioptimumkan.

19. Isu peluang anak negeri: Projek ECRL dikatakan bakal memberi faedah kepada para penduduk di sekurang-kurangnya tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang.  Namun demikian, anak negeri di ketiga-tiga negeri tersebut kurang diberi peluang yang sepatutnya dalam proses pembinaan ECRL ini.

Anak negeri Pantai Timur juga sepatutnya dilibatkan secara lebih intensif dan pada peringkat yang tertinggi dalam pembuatan keputusan berkaitan projek ECRL ini, bukannya hanya sekadar menjadi pemerhati atau mendapat peluang kerja yang ibarat ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata.

* Kita yang hulurkan kepala untuk disembelih!

KLIK BACA: Pemuda Umno takut jemput Mahathir ke Nothing to Hide 0.3

Saturday, August 12, 2017

Kita dah siap bina Pusat Maritim di Batuan Tengah dengan kos RM61.5 juta

Malaysian navy ship berths at Middle Rocks
Straitstimes.com
PUBLISHED AUG 11, 2017, 9:40 PM SGT
KD Perdana 

The KD Perdana berthing on Thursday at Malaysia's new maritime base on Middle Rocks. The base was built after five years at a cost of RM61.5 million (S$19.5 million).
KD PERDANA Merapat di Jeti Operasi Abu Bakar Maritime Base, Batuan Tengah
It is first navy vessel to dock at Malaysia's newest maritime base located 1km from Pedra Branca

Nadirah Rodzi Malaysia Correspondent In Kuala Lumpur

A Malaysian navy ship berthed for the first time at the country's newest maritime base off Johor on Thursday, 10 days after the Sultan of Johor opened the base on the Middle Rocks outcrop.

"Our vessel - KD Perdana - is the first Royal Malaysian Navy ship to berth at the Abu Bakar maritime base in Middle Rocks," Malaysia's navy chief, Admiral Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, told The Straits Times yesterday.

"Although it is not being permanently positioned there, it will still frequent the base and carry out patrols in the area with other vessels to ensure maritime security," he said over the phone.

Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sent his congratulations to the crew of the KD Perdana in a tweet on Thursday.

The rocky outcrop was awarded to Malaysia in 2008 by the International Court of Justice (ICJ), which handed nearby Pedra Branca to Singapore at the same time.

The base, built after five years at a cost of RM61.5 million (S$19.5 million), is located a kilometre away from Pedra Branca, and 14km off Johor's east coast. The base has a 316m-long jetty, a helipad and a lighthouse, and is manned by 17 personnel. It is named after Abu Bakar, the first sultan in the Johor ruling family dating back to the 19th century.
The maritime base on the Middle Rocks was built at a cost of RM61.5 million (S$19.5 million), and has a 316m-long jetty, a helipad and a lighthouse. Singapore's Pedra Branca can be seen in the background.

When opening the maritime base, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar said on his official Facebook page that the facility was "aimed at safeguarding Malaysia's sovereign territory and waters, and for conducting marine scientific research".

Malaysia's coast guard, the base's main operator, said that since 2015, it has detained 11 Vietnamese fishing boats and their 144 crew members, and estimated there were hundreds of other vessels encroaching into Malaysian waters in that area.

KD Perdana is a 47m-long fast- attack craft that can carry a crew of up to 30 men, according to the Malaysian navy website. The vessel was commissioned 45 years ago in Cherbourg, France.

Pedra Branca was in the news in recent months after Malaysia on June 30 filed an application before the ICJ to declare that the waters surrounding the island remain within its territorial waters - a move Singapore said was puzzling, without merit, and one it will oppose.

Related Story
Malaysia opens maritime base near Pedra Branca
First Royal Malaysian Navy ship deployed to Middle Rocks maritime base
Johor Sultan vows to find ways to reclaim Pedra Branca

Friday, May 5, 2017

Luput perjanjian IWH-CREC: Isy......macam-macam pening jadinya!

Luput perjanjian IWH-CREC: Apa status tanah Kem Tentera Sungai Besi?
05 Mei 2017 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar

Kerajaan dan Kementerian Kewangan harus menjelaskan status tanah Kem Tentera Sungai Besi seluas 486 ekar untuk projek 'Bandar Malaysia' yang dibatalkan perjanjian penjualan saham yang telah dimeterai pada 31 Disember 2015 itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan perlu menjelaskan perjanjian sebelum ini telah dibuat di mana persetujuan kerajaan menjual ekuiti 'Bandar Malaysia' dengan pembayaran hanya akan dibayar oleh CREC syarikat dari China pada tahun 2022.

"Pembangunan asal 'Bandar Malaysia' pada awalnya di bawah 1MDB, kemudiannya tanah berkenaan telah dipulangkan semula kepada Kementerian Kewangan.

"Ini telah dibangkitkan oleh bekas menteri kewangan II Datuk Husni Hanadzlah dalam perbahasan Bajet 2017 yang dibentangnya pada 2016 lalu.

"1MDB yang di kepalai oleh PM Najib dengan semua perkara perlu dirujuk kepada beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini tetapi kini kuasa merujuk itu dipindahkan pula kepada Menteri Kewangan menggambar pentadbiran PM Najib telah melakukan perjanjian yang paling 'mangkar' (bodoh) iaitu barangan dijual sekarang dan bayaran hanya akan kita perolehi pada tahun 2022," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mahfuz lagi,berdasarkan pelancaran projek 'Bandar Malaysia' yang telah dilancarkan PM Najib sebelum ini,pastinya pelan pembangunan projek tersebut telah pun diluluskan.

Difahamkan ICSB telah membayar sejumlah RM150 juta sebagai pembida berjaya pada tahun 2015 dengan ICSB akan memiliki sejumlah 60 peratus daripada 'Bandar Malaysia' dengan nilai sejumlah RM7.41 billion, dimana ia telah menilaikan projek 'Bandar Malaysia' seluas 486 ekar tersebut sebanyak RM12.35 billion.

"Adakah tanah tersebut telah dipindah milik kepada konsortium ICSB?

"Adakah 1MDB yang dikuasai oleh PM Najib hanya memberikan 'wakil kuasa' (Power Anttorney) kepada konsortium ICSB?," soalnya.

Menurut Mahfuz jika Kedua-dua keadaan itu berlaku sama ada dipindah milik atau wakil kuasa ianya membolehkan pihak konsortium mencagar (gadai) tanah tersebut kepada bank untuk membolehkan mereka mendapat pinjaman wang bagi pembiayaan projek 'Bandar Malaysia'.

Ini ujarnya pernah berlaku kepada projek pembinaan komplek 7 Briged Kem Tentera Darat Skudai yang dibangunkan di tanah seluas 222.415 hektar melalui penyerahan tanah hak milik kerajaan (land swap) kepada kontraktor.

"Kerajaan telah memindah milik tanah Kem Majidee dan Kem Tebrau seluas 155 hektar kepada kontraktor syarikat Kausar Corporation Sdn Bhd milik Bumiputera Melayu dan kontraktar tersebut kemudiannya telah cagarkan (gadai) tanah tersebut kepada Malaysian Building Society Berhad (MBSB) bagi tujuan mendapatkan pinjaman berjumlah RM465 juta untuk membiayai pembinaan kompleks 7 Briged, Kem Tentera Darat Skudai," terangnya.

Bagaimanapun Mahfuz menjelaskan, projek tersebut terbengkalai hingga sekarang dan kontraktor telah ditamatkan dan tanah tersebut telah menjadi milik MBSB serta tidak diketahui apa status tanah di kedua-dua kem tersebut.

"Sepatutnya dengan logik akal,tanah tersebut di pindah milik selepas projek siap.

"Apakah 'pisang akan berbuah dua kali' kepada tanah di tapak kem Sungai Besi ('Bandar Malaysia') yang sangat strategik akan digadai oleh syarikat dari negara China dan kita telah mengorbankan strategi pertahanan hadapan negara dengan menjual kem dan lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.

"Kerajaan perlu memberi jawapan kepada soalan Husni yang masih tidak dijawab dan persoalan hari ini ekoran pembatalan perjanjian dengan konsortium ICSB yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Cooperation (CREC) yang saya bangkitkan ini," ujarnya.

Pada Rabu TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan Perjanjian Jualan Saham yang dimeterai pada 31 Disember 2015 dengan konsortium ICSB itu kini telah luput kerana IwH-CREC gagal membuat pembayaran.

Hasilnya, perjanjian penjualan saham antara kedua-dua pihak adalah terbatal dan tidak lagi sah berkuatkuasa serta merta.

Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut-sebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.

Tanah prima atau utama seluas 486 ekar di Sungai Besi, atau Bandar Malaysia, telah pun dipindahkan dan diletakkan di bawah kementerian kewangan.

TRX City berkata kerajaan kini memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk menjual tanah berkenaan.
Lokasi kem dan lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang dicadangkan menjadi Bandar Malaysia.

Wednesday, April 26, 2017

Terhutang budi, tergadai body ker apa ni?

China ceroboh Sarawak, mengapa diam, soal PKR

  | April 26, 2017
Pemuda PKR berkata sikap Malaysia seolah-olah tidak menghiraukan kedaulatan Malaysia dicerobohi.
PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri Malaysia selepas laporan beberapa kapal pertahanan China kerap menceroboh perairan Sarawak.

“Hal ini jelas merupakan satu cabaran ke atas kedaulatan negara kita dan Putrajaya sepatutnya mengambil pendirian lebih tegas untuk membantah kehadiran kapal-kapal negara China ini,” kata Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik 2 badan pemikir berpusat di Amerika Syarikat, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa dan Pusat Kajian Lanjutan Pertahanan, yang mendapati Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menceroboh perairan Sarawak.
Menurut laporan itu, 3 kapal milik pasukan itu berada dalam perairan yang dituntut Malaysia dalam tempoh 2 bulan antara Disember 2016 dan Februari tahun ini.
Kapal tersebut dikesan di sekitar Gugusan Beting Raja Jarun and Gugusan Beting Patinggi Ali yang merupakan sebahagian Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia, kira-kira 160 km dari persisiran Sarawak.
Kedua-dua gugusan itu turut dituntut China dan seterunya Taiwan.
Nik Nazmi membandingkan sikap kerajaan kali ini dengan bantahan diplomatik terhadap China pada 2015, selepas kapal CCG memasuki zon tersebut.
“Sejak bantahan pada 2015 itu, dilaporkan sebanyak 11 kapal CCG telah meronda berdekatan perairan Malaysia — seolah-olah langsung tidak menghiraukan bantahan tersebut.
“Jika kita terus berdiam adakah ini bermakna kita terus akur dengan pencerobohan China ke tanahair kita?” soal beliau.
Hubungan ekonomi Malaysia-China sejak kebelakangan ini menjadi perdebatan, di sebalik kontrak berbilion ringgit melibatkan syarikat besar China memajukan infrastruktur seperti kereta api dan pelabuhan.
Pengkritik menyifatkan kebanjiran syarikat gergasi China di Malaysia bakal memberikan kesan buruk kepada syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing.
Nik Nazmi berkata pencerobohan China di perairan Malaysia menunjukkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Ia seakan-akan memberi peluang untuk negara asing seperti China menerobos negara ini termasuk di dalam hal politik dan ekonomi,” katanya sambil merujuk skandal 1MDB.
“Kebergantungan kepada China untuk memperbaiki keadaan ekonomi yang mengalami kerugian berbilion akibat skandal besar juga telah melemahkan pendirian diplomatik negara.”
“Jika Putrajaya terus gagal mengambil pendirian lebih tegas di dalam hal ini maka jelaslah bahawa pentadbiran Najib Razak kini tidak lagi mampu menegakkan kedaulatan negara dan hanya akan terus mengundang campur tangan negara asing.”

Kaitan: Kapal asing lolos perairan Malaysia, ditahan tentera laut Indonesia

Tuesday, April 4, 2017

'Najib sebenarnya jual negara'

04 April 2017 | MALAYSIA DATELINE
Saifuddin Nasution Ismail

Amat malang bagi perdana menteri apabila sanggup memburukkan negeri dalam Persekutuan semata-mata kerana politik peribadi sedangkan dimasa yang sama beliau bertindak 'menjual negara' dengan melaksanakan projek berkos tinggi bertujuan membayar hutang 1MDB yang dipenuhi skandal penyelewengan, kata Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut beliau, adalah sesuatu yang amat memalukan apabila Datuk Seri Najib Razak tidak menilai statistik terlebih dahulu sebelum menuduh ekonomi Pulau Pinang paling teruk di bawah pentadbiran Lim Guan Eng.

"Jika Najib tuduh pelabur luar lari meninggalkan Pulau Pinang, mengapakah ekonomi negeri ini semakin berkembang pesat? Tidakkah Najib tahu bahawa faktor tarikan pelabur asing adalah bergantung pada kedudukan ekonomi semasa, insentif pelaburan, potensi pulangan, tata kelola yang baik, bebas rasuah dan kestabilan politik?" katanya dalam kenyataan.

Jelas Saifuddin, mengikut laporan Malaysia Investment Development Agensi (MIDA) 2016, agensi di bawah Kerajaan Persekutuan ini telah membuktikan bahawa pencapaian ekonomi Pulau Pinang begitu memberangsangkan.

"Sebanyak 106 pelaburan baru dibawa masuk dengan nilai tambah sebanyak RM4.29 bilion. 71 peratus daripada nilai ini adalah pelaburan asing. Kenyataan ini bercanggah bahawa ramai pelabur luar lari dari Pulau Pinang," katanya.

Menurut beliau juga, pencapaian Pulau Pinang kini berada dalam kedudukan nombor empat mengikut nilai pelaburan masuk paling banyak pada tahun lepas.

"Dengan keluasan yang kecil, prestasi Pulau Pinang lebih mapan dan kompetitif berbanding dengan sebahagian besar negeri-negeri yang diperintah oleh Umno-BN seperti Kedah dan Melaka," katanya lagi.

Dalam masa tempoh lima tahun pula katanya, pencapaian sumbangan Pulau Pinang terhadap Keluaran Dalam Kasar Negera (KDNK) begitu memberangsangkan apabila pada tahun 2015, Pulau Pinang menyumbang 6.6% kepada KDNK, berbanding sekitar 5.5% pada tahun 2010.

"Tambahan pula, Pulau Pinang menyumbang 12.8 peratus kepada sektor pembuatan negara pada tahun 2015. Statistik ini diiktiraf oleh Jabatan Perangkaan Negara yang beroperasi di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya.

Definisi luar negara

Sementara itu, Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR berkata, Najib menggunakan hujah-hujah syarikat-syarikat nasional juga terlibat dalam pelaburan di luar negara untuk menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kerajaan Umno-BN cuba menjual negara.

Beliau menjelaskan, 'jual negara' bermaksud apabila kerajaan terpaksa melaksanakan sebuah projek berkos tinggi yang bertujuan untuk membayar hutang sesebuah syarikat yang penuh dengan skandal penyelewengan.

"Kerajaan Umno-BN merancang projek East Cost Railway Line (ECRL) dengan kos RM55 bilion untuk tujuan membayar hutang 1MDB seperti didakwa oleh Sarawak Report. Projek ini dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman kepada bank pembangunan China. Jika projek ini gagal membiayai kos, sudah tentu Kerajaan Persekutuan yang akan datang terpaksa menanggung kos," katanya.

Beliau juga berkata, tindakan Najib menyembunyikan status sebenar tanah projek pembangunan Forest City menunjukkan Najib sebenarnya yang cuba menjual negara.

"Beliau memberi jaminan bahawa tanah projek tersebut adalah 'leasehold' dan mempunyai had tempoh pajakan. Tetapi realitinya, kenyataan ini disangkal oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir apabila beliau sendiri melawat kawasan projek berkenaan dan melihat papan tanda yang memaparkan status 'freehold' atau pegangan bebas! Adakah Najib cuba sembunyikan hakikat bahawa sebahagian tanah di Johor akan dikuasai oleh pelabur asing buat selama-lamanya?" soalnya.

Justeru katanya, lawatan pelaburan Najib ke luar negara sama sekali tidak akan mampu meningkatkan profil Malaysia.

Hal ini ujarnya dibuktikan dengan nilai ringgit yang jatuh dan angka FDI juga masih rendah. Skandal 1MDB yang sedang berhadapan penyiasatan beberapa negara dunia menambah buruk imej negara gara-gara Najib.

"Amat malang Malaysia ini apabila Najib masih memerintah tanpa pedulikan suara rakyat. Amat malang apabila seorang perdana menteri sanggup memburukkan beberapa negeri dalam Persekutuan semata-mata memenuhi kemahuan nafsu politik peribadi beliau," katanya.

Monday, April 3, 2017

Projek ECRL: Kenapa jadi begini?

* Adakah kita diasak kerana kita terdesak?

Projek ECRL serah bulat-bulat kepada negara asing
03 April 2017 | ARIF ATAN
Azam Ismail

Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail menganggap Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang kira-kira 600 kilometer itu mungkin sebagai projek strategik nasional pertama diserahkan sepenuhnya kepada negara asing.

"Bagi saya, amatlah malang Malaysia tidak mempunyai hak untuk menentukan kontraktor pilihan dalam projek di negara sendiri.

"Malah, situasi ini akan menyisihkan syarikat-syarikat tempatan sehingga tidak akan berlaku perpindahan pengetahuan dan teknologi.

"Pada pandangan saya, ini mungkin projek strategik nasional pertama yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara asing untuk dilaksanakan," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan kontraktor bagi ECRL telah ditentukan oleh kerajaan China dan syarikat pembinaan milik negara itu, China Communications Constructions Company (CCCC) yang melaksanakan projek itu.

Najib juga memberitahu, Malaysia telah diberikan syarat-syarat pembiayaan menarik dan sebagai pertukaran pihak China akan mencalonkan kontraktor pilihan mereka dalam membina prasarana bernilai RM55 bilion itu.

Menurut Azan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, kos bagi projek prasarana tersebut juga terlalu tinggi walhal sepatutnya adalah separuh daripada RM55 bilion.

"Pembiayaan dari China adalah berbentuk pinjaman, yang bermaksud pembayar cukai dan generasi akan datang wajib membayar kembali pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada hari ini.

"Di samping itu, projek ini juga tidak lepas daripada isu syarat-syarat pembayaran balik dan berapakah kadar faedahnya yang tidak dijelaskan secara telus oleh kerajaan Umno-BN," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan situasi pada masa ini jelas menunjukkan Malaysia mula dijajah oleh kuasa asing melalui dominasi pekerjaan, pemberian projek dan hutang 1MDB yang sukar dibayar.  

"Dalam hal pekerjaan, projek ECRL ini juga dijangka tidak akan memberi faedah yang besar kepada rakyat kerana China dijangka akan membawa masuk pekerja serta bahan binaan daripada Tanah Besar," ujarnya.

Jelasnya, kerajaan Umno-BN kelihatan terhutang budi apabila seolah-olah berdiam diri kerana tidak mempertahankan hak-hak Malaysia di kawasan Laut China Selatan kesan pinjaman modal dari China.

"Sebelum ini, Malaysia membantah keras kemasukan China di kawasan tuntutan bertindih di Kepulauan Spartly yang menjadi wilayah pertikaian serta perebutan antara negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Brunei, Taiwan, Indonesia dan Filipina. 

"Kerajaan Malaysia juga telah menjual beberapa aset strategik negara seperti Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kepada China untuk mengurangkan hutang 1MDB," tambahnya lagi.

Sementara itu, Sesi Penelitian Awam bagi projek ECRL sedang berlangsung sehingga 6 Jun nanti di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) beralamat di Aras 5, Blok 5, Platinum Sentral dekat KL Sentral.

"Orang awam dijemput untuk meneliti projek ini. Maklumbalas boleh dihantar kepada MRL selewat-lewatnya 5 Jun 2017. Kakitangan MRL akan sedia membantu di lokasi-lokasi berkenaan," dipetik dari Notis Penelitian Awam di akhbar tempatan pada 5 Mac lalu.

Pameran sejak 8 Mac lalu itu turut diadakan di pejabat Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) beralamat di Menara 1 Dutamas, Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas di ibu negara serta 15 pejabat daerah tempatan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Lebih 20 stesen ECRL disenaraikan iaitu di Wakaf Bharu, Kota Bharu, Jelawat dan Tok Bali sebelum memasuki Kampung Raja di Besut, Terengganu diikuti Penarik, Kuala Telemong, Pengkalan Berangan, Dungun, Kerteh, Kemasik dan Chukai.

Lokasi stesen ECRL berikutnya di Pahang meliputi Cherating, Kuantan Port City dan Kota Sultan Alam Shah atau dikenali sebagai Kota SAS di Indera Mahkota serta Kuantan Sentral, Gambang, Maran, Mentakab dan Bentong.

Seterusnya, ECRL akan melalui Selangor di Gombak Utara dan Integrated Transport Terminal (ITT) Gombak berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) Putra Gombak.

Tuesday, March 14, 2017

Hak milik kekal: Ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka tetapi gagal sebaliknya orang asing boleh dapat secara kekal.

Syarat hak milik kekal tanah Forest City bertentangan undang-undang, kata Tun M
14 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Tun Dr Mahathir melawat sendiri Forest City baru-baru ini dan menunjukkan papan tanda hak milik kekal ke atas tanah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak sewajarnya membatalkan syarat “Freehold” ke atas tanah di forest City kerana ia bertentangan dengan dasar negara yang menetapkan semua hak milik tanah baru mestilah "leasehold" – 30, 66, 90 atau 99 tahun.
Mahathir Mohamad

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia yang memohon tanah kecil mereka diberi secara kekal (freehold) tetapi gagal sebaliknya orang asing boleh dapat secara kekal.

"Sepanjang jalan terdapat papan tanda yang dipasang kepada tiang lampu dengan tulisan dalam bahasa kebangsaan “Hartanah Hak Milik Kekal”.

"Tetapi Najib telah mendakwa dengan marah bahawa tanah yang dijual kepada syarikat negara Cina ini hanya sebagai leasehold 99 tahun sahaja. Mungkin Najib tidak tahu. Mungkin tidak lihat papan tanda.

"Najib berjanji selepas 99 tahun kita akan dapat tanah kita (kita orang Malaysia). Tetapi papan tanda kata lain" tulis Dr Mahathir di blognya, mengulas mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Beliau mempersoal sama ada Forest City akan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru atau mempunyai dewan bandaraya sendiri memandangkan hampir 90 peraus penduduknya terdiri daripada warga asing.

"Forest City ini akan diduduki hampir 90% orang asing. Apakah ia akan ditadbir oleh Dewan Bandaraya J.B atau akan punyai dewan bandar sendiri. Apakah bahasa rasminya? Wallahu Wa’allam!

"700,000 penduduknya berhak keluar masuk ke mana-mana di Malaysia, mungkin membeli harta di lain-lain tempat, mungkin juga mengadakan bisnes.

"Mengikut undang-undang Malaysia selepas 12 tahun mereka berhak menjadi warganegara Malaysia dengan hak mengundi. Tidak ada jaminan ini tidak akan berlaku. Bahkan dengan sokongan orang kuat masa boleh dipendekkan.

"Sesungguhnya Malaysia amat pemurah. Siapa sahaja boleh tinggal di sini. Sejak merdeka sudah 700,000 kerakyatan telah diberi kepada orang asing. Benarlah Malaysia ini negara berbilang kaum. Dengan izin Najib ia boleh jadi lebih berbilang kaum," sindirnya.

Menurut Dr Mahathir, beliau difahamkan seorang rakyat asing bernama Peter Sondakh membeli tanah di Malaysia dengan pinjaman 90% dari bank Malaysia.

"Orang Malaysia akan disoal panjang jikalau meminjam, mengeluar atau memasukkan wang RM50,000 atau lebih sebelum dilulus. Ini adalah oleh kerana Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap pembersihan duit yang dicuri atau didapati secara haram," katanya.

Difahamkan, kebanyakan pelanggan datang dari negara Cina menggunakan penerbangan khas dari beberapa bandar Cina ke Senai, Johor.

Walaupun rakyat Malaysia boleh membeli flat yang sedang dibina, tetapi 90% lebih dari pembeli ialah rakyat negara Cina.

Penghuni Forest City boleh tinggal secara lebih kurang kekal di Forest City. Tidak ada syarat melarang mereka dari menjadi warganegara Malaysia setelah tinggal sekian lama.

Oleh kerana Forest City ini adalah dalam Malaysia, tidak ada sekatan bagi penduduknya memasuki mana-mana kawasan di Malaysia. Tetapi mereka perlu visa jika ingin ke Singapura.

Forest City ini pula diberi status bebas cukai. Status bebas cukai Langkawi sudah ditarik balik kerana merugikan Kerajaan. Tetapi mereka yang akan mendiami Forest City, kebanyakannya orang asing akan menikmati status bebas cukai apabila barangan import dari mana-mana termasuklah negara mereka sendiri diimport terus ke Forest City.

"Ya. Memang hebat Forest City ini. Tetapi hari ini dilapor bahawa pengeluaran wang dari negara Cina tidak akan dibenar lagi. Apakah ini akan menghalang rakyat Cina dari membeli flat mewah di Forest City.

"Saya diberitahu bahawa flat di Forest City boleh didapati percuma jika sebuah flat atau hartanah dibeli di negara China. Tidak akan ada bayaran yang perlu dibuat di Malaysia. Syarikat Forest City tidak perlu bayar apa-apa cukai di Malaysia kerana tidak mendapat apa-apa keuntungan di sini," jelasnya.

Saturday, March 11, 2017

Forest City tidak wujud istilah 'menyerahkan' kedaulatan: Inilah alasan Hua Zong

Jangan politikkan isu Forest City
ONG BOON TECK - 11 MAC 2017
APABILA projek pembangunan Forest City yang dijalankan usaha sama antara Malaysia dan China siap kelak, ia pasti akan muncul sebagai sebuah bandar ekonomi hijau yang mampu menarik ramai pelabur asing datang menanam modal di sini.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, beliau berharap tidak ada sesiapa cuba mempolitikkan isu Forest City atau mencetuskan sebarang salah faham.

"Sebaliknya, semua orang perlu memandang secara positif projek mega atas kerjasama antara Malaysia dengan China ini," katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut beliau, projek Forest City adalah projek pembinaan sebuah bandar pintar dengan dibina atas pulau buatan tanah tambak dari laut, oleh itu tidak wujud istilah 'menyerahkan' tanah kepada sesiapa, sebaliknya Malaysia memiliki 'tanah baharu' melalui projek tersebut.

"Projek ini sedang rancak dijalankan dan dijangkakan bukan sahaja menarik minat pelabur-pelabur tempatan, China, Singapura dan Indonesia, malah pemasarannya turut dikembangkan ke Asia Barat dengan mensasarkan matlamatnya sebagai sebuah bandar bertaraf antarabangsa," kata Yin Huah.

Pada tahun lalu, jualan hartanah di sini telah berjaya menarik 120,000 pelabur daripada pelbagai negara, dengan 70 peratusnya adalah pembeli dari China, manakala selebihnya dari negara-negara lain.

Projek itu dijangka siap dalam tempoh 20 tahun membabitkan kos RM100 bilion dengan pelbagai kemudahan termasuk 700,000 unit perumahan, pejabat, pusat beli-belah, pusat hiburan, pusat rekreasi, sekolah antarabangsa, hotel, hospital dan pusat konvensyen.

Terletak berdekatan Pusat Pemeriksaan Tuas, projek Forest City dijangka mampu menarik pelaburan asing berjumlah RM175 bilion (S$59 bilion) dan dapat mewujudkan 220,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Boleh mohon secara manual

Akibat masalah internet, ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengemukakan permohonan pendaftaran anak-anak untuk tahun 1 secara manual.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon, beliau telah mengarahkan semua pengarah jabatan pendidikan negeri di seluruh negara membenarkan ibu bapa atau penjaga berbuat demikian dan tidak semestinya memohon menerusi online seperti ditetapkan sebelum ini.

"Saya memohon maaf kepada ibu bapa atau penjaga kerana menghadapi kesulitan ini. Saya telah memberikan arahan sekiranya masih menghadapi kesulitan memohon secara online, ibu bapa atau penjaga boleh pergi ke sekolah mendapatkan borang dan mendaftar secara manual," katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Kata Sin Woon, punca utama berlaku masalah internet disebabkan laman web untuk permohonan pendaftaran itu masih kurang stabil, manakala masalah internet yang terlalu perlahan turut mendorong ibu bapa atau penjaga terpaksa mendaftar dengan masa cukup lama. 

Kementerian Pendidikan sebelum ini telah menetapkan sistem permohonan atau pendaftaran dibuka secara online mulai 1 Mac lalu hingga 30 April ini.

Tiga sektor utama perlu ramai pekerja

Sektor sokongan perkhidmatan, pendidikan dan pemakanan adalah tiga bidang pekerjaan yang masih memerlukan ramai pekerja walaupun keadaan ekonomi negara berada dalam kedudukan kurang menentu.

Lawan web yang terkenal dengan pencarian jawatan kosong iaitu Jobstreet.com mendapati, buat masa ini ramai syarikat memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 pekerja dalam sokongan perkhidmatan, manakala sektor pendidikan dan pemakanan masing-masing memerlukan 500 jawatan untuk diisi.

Menurut laporan Oriental Daily, selain ketiga-tiga sektor tersebut, sektor yang turut memerlukan pekerja ialah sektor pembuatan dan teknologi bermaklumat.

Di bawah galakan kerajaan, perkembangan sektor pembuatan dan teknologi bermaklumat semakin hari semakin penting, sekali gus mendorong permintaan ke atas tenaga kerja dalam kedua-dua sektor itu turut meningkat.

Dalam bidang pemakanan, jawatan paling dikehendaki ialah tukang masak sehingga sedia menawarkan gaji RM8,000 sebulan kepada tukang masak bertaraf eksekutif.

* Pada aku pulak walau dari mana tanah itu diambil bukan menjadi isu namun kalau diberikan penempatan dalam sungai sekali pun sekiranya di dalam lingkungan sempadan kedaulatan kita, maka itu adalah hak kita. Tidakkah kadaulatan kita terjejas?

Walau apa pun orang luar tak perlulah kepoh, terpulanglah kepada Rakyat Johor

Kalau nak baca: Bagaimana jika orang Arab dan Indonesia kuasai hartanah kita?

Thursday, March 9, 2017

Perisik Korea Utara bergerak aktif di Malaysia: Adakah Egen kita tak terhidu?

Ejen risikan Korea Utara bergerak aktif di Malaysia?
SH - 9 MAC 2017
KUALA LUMPUR - Ketika kerajaan Malaysia dan Korea Utara cuba menyelesaikan isu ketegangan hubungan diplomatik, tumpuan kini terarah kepada kehadiran lebih 1,000 rakyat republik itu di Malaysia.

Ekoran pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam yang menggunakan nama “Kim Chol”, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) telah menimbulkan minat banyak pihak terhadap operasi risikan Pyongyang di Malaysia.

Berselindung di sebalik kerjaya dalam pelbagai bidang, sumber memberitahu Bernama bahawa kehadiran rakyat Korea Utara di negara ini dirancang bagi membentuk rangkaian risikan yang teratur.

Maka tidak sukar untuk memahami mengapa kebanyakan warga Korea Utara terdiri daripada pakar teknologi maklumat (IT) berselindung kerjaya di syarikat-syarikat tempatan di Cyberjaya -- untuk memudahkan mereka mengumpul maklumat dan data secara dalaman.

"Mereka ini bukanlah orang sembarangan kerana telah terlebih dahulu dilatih  khas sebelum dipilih oleh pihak rejim untuk bekerja di luar negara.

"Kehadiran mereka di Malaysia sambil ditaja syarikat tempatan, bukan setakat untuk bekerja tetapi juga menjadi perisik terlatih," kata sumber.

Kumpulan ini juga adalah sebahagian daripada kira-kira 100,000 warga Korea Utara bekerja di luar negara dan menjadi sumber berharga apabila turut mengirim mata wang asing daripada usaha mereka kepada rejim itu.

Malahan dikatakan setiap keluarga Korea Utara di luar negara tertakluk kepada arahan untuk melaporkan diri ke kedutaan setiap bulan dan jika pulang ke negara asal pula mereka akan dikerah mengikuti 'kursus pemulihan" sebelum kembali ke dalam masyarakat.

Difahamkan selain bidang IT, rakyat Korea Utara juga aktif bekerja dalam bidang perlombongan arang batu di Sarawak selain menjadi rakan kongsi dengan rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan.

"Mereka cuba untuk mengeksport barangan Malaysia ke Korea Utara dan juga sebaliknya walaupun tahu ramai pihak menyedari negara mereka dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Menurut sumber, menjadi lumrah majikan membayar terus gaji para pekerja itu kepada kedutaan Korea Utara di sini manakala pekerja asing itu hanya dibayar elaun sara hidup.

"Pihak kedutaan kebiasaannya membawa wang keluar dari Malaysia dalam bentuk tunai kerana mereka tidak boleh membuat transaksi dalam talian berikutan sekatan oleh PBB ke atas Pyongyang.

"Mereka akan membawa beg mengandungi wang melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang menggunakan keistimewaan diplomatik," katanya merujuk kepada tiada tindakan halangan pihak berkuasa lapangan terbang.

Sumber itu juga bertanya, mengapa lebih ramai warga Korea Utara bekerja di dalam sektor IT berbanding sektor lain dan bagaimana republik itu mampu melahirkan pakar-pakar IT yang ramai?

Sumber itu berkata, jawapannya terdapat di sebuah portal berita 'HackRead', beroperasi di Milan, Itali, apabila mendedahkan bahawa wujud satu unit khas berkaitan infrastruktur IT milik rejim Korea Utara yang dikenali sebagai 'Bureau 121', -- yang menempatkan sebuah kumpulan elit terdiri daripada penggodam terlatih untuk melaksanakan tugas pengintipan siber dan jenayah siber.

Melayari portal berita itu, Bernama menemui siri temu bual portal berita itu bersama Profesor Kim Heung Kwang, warga Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan pada 2004.

Berdasarkan petikan, Prof Kim mengaku pernah mengajar subjek Sains Komputer di Korea Utara selama 20 tahun kepada kumpulan elit itu dan tidak hairlanlah mengapa  kumpulan "Bureau 121" sahaja dibenarkan mempunyai akses internet atau meninggalkan negara itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, ejen risikan yang bergerak aktif itu tidak dapat lari daripada pemerhatian pihak berkuasa Malaysia bagi memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Semua perkhidmatan risikan di rantau ini menyedari perkara ini dan sepanjang masa operasi rahsia bagi memantau aktiviti Korea Utara giat dibuat,” katanya. - Bernama

Soalan bengap dari MP di Parlimen: Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) ingin tahu jumlah ejen asing di Malaysia