Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, January 30, 2014

Kesian.......Tak Pasal-Pasal Raja Azmi Jadi Umpatan!

Baguslah tu......kumpullah dosa tak pasal-pasal
Orang bahagia....esok kau derita


Timba dari daun palas
Tiba hari Allah balas


Khamis Januari 30, 2014
Raja Azmi Jawab Tuduhan Terpaksa 'Tanggung' Suami
Raja Azmi
KUALA LUMPUR: Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan jika dia menanggung perbelanjaan suaminya iaitu Mohd Eddie Ghazali.
Raja Azmi, 55, berkata, sebagai isteri dia juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan.
"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang.
"Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran single Antara Melati nyanyian Faliant Ferdiant, di Hotel Berjaya Time Square, di sini pada Rabu.
Foto perkahwinan Raja Azmi dan Eddie.
Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan kononnya dia dikatakan menanggung suaminya yang dikahwininya pada 14 Oktober tahun lalu.
Dia juga berkata tidak pernah mengambil peduli mengenai apa pandangan masyarakat tentang kehidupan rumah tangganya.
"Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami.
"Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia," katanya.
Jelas Raja Azmi, biarpun tidak dilimpahi dengan kemewahan seperti dahulu, namun dia kini lebih bahagia untuk hidup secara sederhana.
Dalam pada itu, Raja Azmi turut menganggap dakwaan negatif seperti itu boleh menguris hati suaminya sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.
Raja Azmi pernah berkahwin dengan jurulatih badminton negara Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20.

Kenapa ramai sangat yang bengong menulis sesedap hati jer?

Ini komen salah seorang rakyat Sabah melepaskan kemarahan
“Inilah generasi baru hasil pembuatan projek IC untuk mengekalkan kuasa Tun Mahathir 20 tahun yang lepas.”
Mamat bernickname Zel Fithry ni saja jer cari pasal!

Komen Zel Fithry timbulkan kemarahan rakyat Sabah
 | January 29, 2014
Rakyat Sabah dan Sarawak memberi komen mengenai hal ini dan meminta tindakan drastik diambil.
KOTA KINABALU: Komen terbuka seorang pengguna Facebook yang dikenali ‘Zel Fithry’ dari Semenanjung mendatangkan ketidakpuashatian kepada penduduk Sabah.
Isu timbul apabila ‘Zel Fithry’ mengumpamakan penduduk Sabah seperti ‘babi’ dan memalukan Malaysia mengenai isu yang mengaibkan seperti pencerobohan Sulu.
Sementara itu, rakyat Sabah dan Sarawak memberi komen mengenai hal ini dan meminta tindakan drastik diambil.
“Buat lebih banyak laporan Polis, semua badan bukan kerajaan (NGO) perlu tampil dan yang penting paksa wakil rakyat turut membuat laporan, tunjukkan bahawa seseorang tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan tanpa asas,” ujar Adrian Kodili
Han Raffee pula berkata, “Inilah generasi baru hasil pembuatan projek IC untuk mengekalkan kuasa Tun Mahathir 20 tahun yang lepas.”
“Tindakan perlu diambil ke atas individu ini dan yang sepertinya kerana boleh merosakkan intergrasi nasional,” tambah Deliz Stanis
Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Kota Belud semalam mengenai penghinaan terbabit.
FMT mencari komen Zel Fithry tetapi didapati akaunnya sudah dipadam.
Tinjauan mendapati semangat ’1Malaysia’ semakin pudar dalam kalangan penduduk Borneo dan Semenanjung disebabkan pelbagai isu.

Rekonsiliasi Nasional: Ikhlas Atau 'Buah Kilas'?

Kita tegok pencak siapa yang paling ampuh!

Kabinet setuju rekonsiliasi nasional dengan Pakatan, Najib garis empat teras
OLEH MD IZWAN JANUARY 29, 2014
Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini.
"Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara," kata Najib dalam satu kenyataan  hari ini.
"Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain," kata Najib.Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara.
Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini.
"Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini," katanya.
Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.
"Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian."
Selain itu, Najib juga berharap cadangan tersebut akan membawa hasil yang positif kepada generasi masa depan negara.
"Kita mesti bekerja ke arah Model Perpaduan Sosial bagi memastikan perpaduan kekal sebagai objektif bersama bagi generasi masa depan negara," katanya.
Bagaimanapun, Najib menegaskan rekonsiliasi nasional tersebut bukanlah sebuah pembentukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan dalam mencapai kesepakatan dalam perkara tertentu.
"Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan apa-apa kerajaan perpaduan.
"Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis," katanya.
Langkah pertama ke arah komitmen rekonsiliasi tersebut akan bermula dengan penubuhan jawatankuasa bi-partisan di Parlimen, kata Najib.
"Kami terbuka untuk berbincang dengan semua parti dan boleh gunakan Parlimen termasuk penubuhan jawatankuasa bi-partisan untuk berbincang mengenai isu melibatkan perpaduan nasional," katanya.
Najib juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyokong rekonsiliasi nasional tersebut.
"Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang lebih kohesif.
"Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam pelayaran ini," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini Najib akan memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.
The Malaysian Insider difahamkan presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
Ahad lalu, Anwar sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional dan Najib memberikan reaksi positif apabila berkata perkara tersebut akan dibawa berbincang ke Kabinet.
Selepas pilihan raya umum ke-13 di mana BN mendapat keputusan paling buruk dalam sejarah, pentadbiran Najib dilihat bergelut menangani hubungan antara kaum dan agama dalam negara dan diburukkan lagi dengan kenaikan harga barang. – 29 Januari, 2014.

Mahathir Beritahu Kenapa Menteri Dan Pemimpin Anak Beranak Menjadi Kaya

Jadi tak heranlah sekarang ini majoriti menteri dan pemimpin serta anak bernak mereka menjadi kaya dan mewah
Pertama mereka memang kejar kekayaan
Kedua mereka seolah faraidkan kekayaan negara
"Berada dalam politik bukan untuk memperkayakan diri tetapi untuk membangunkan negara. Daripada pembangunan itu ada bahagian kita dan pihak lain pula mendapat bahagian mereka," - Mahathir

Walau pun Mahathir bercakap tentang pembahagian 'kek ekonomi' tetapi adakah rakyat mendapat bahagian yang adil?

Dr M: Kejar kekayaan, punca ahli politik tidak jalankan tugas
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
JANUARY 29, 2014
Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyelar pemimpin yang mengejar kekayaan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar sebagai ahli politik.
Mantan perdana menteri itu turut mengingatkan pemimpin hari ini bahawa objektif menceburi bidang politik bukanlah untuk mencari kekayaan tetapi lebih memberikan fokus kepada pembangunan negara.
"Apabila kita miskin, kita biasanya bersatu-padu kerana diri perlu dipertahankan. Sekarang ini negara kita lebih kaya dari dahulu, masing-masing merebut kekayaan dan tidak tertumpu kepada tugas sebenar sebagai ahli politik.
Dr Mahathir berkata ada pemimpin yang mendapat kuasa pentadbiran tetapi menggunakannya demi kepentingan sendiri."Berada dalam politik bukan untuk memperkayakan diri tetapi untuk membangunkan negara. Daripada pembangunan itu ada bahagian kita dan pihak lain pula mendapat bahagian mereka," katanya ketika ditemubual Radio 24 Bernama petang tadi.
Katanya, landskap politik semasa berbeza seperti zaman sebelum kemerdekaan yang lebih menumpukan kepada usaha bersatu-padu di antara kaum.
"Ini menjadi masalah sekarang. Dahulu masa tidak menjadi wakil rakyat, masing-masing tumpu kepada bersatu-padu mencapai kemerdekaan tetapi selepas menjadi wakil rakyat, mereka tidak lagi menuju kepada pembangunan negara.
"Jika kuasa politik digunakan untuk diri sendiri, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran dan cara memajukan negara," katanya.
Dalam wawancara selama 45 minit itu, Dr Mahathir turut mengulas isu pembatalan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura semasa era pemerintahan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, keputusan Abdullah itu melambangkan kelemahan serta menunjukkan kerajaaan gagal meneruskan projek yang dapat memberikan keuntungan kepada rakyat.
"Ia mengurangkan keyakinan kepada pemerintah.
"Apabila pemerintah tidak dapat melaksanakan sesuatu perancangan yang dianggap menguntungkan rakyat maka pandangan rakyat adalah kerajaan lemah dan tidak berpegang kepada janji," katanya.
Dr Mahathir turut ditanya apakah jangkaan kemajuan yang diharapkan menjelang 2020, beliau berkata: "Kita mesti maju dalam semua bidang. Tahap pencapaian ilmu pengetahuan mestilah tinggi, industri, ekonomi dan sosio-budaya mestilah boleh dianggap progresif dan maju. – 29 Januari, 2014.

Mamat Ni Maracau, Perlukan Harun Din Menghalau Hantu!

Mamat ni telah dirasuk hantu kebencian!
Mamat ni dirasuk hantu buruk sangka!
Mamat ni dirasuk hantu perasan baik dan bijak!
Mamat ni dirasuk hantu perkauman!
Mamat ni serapi puaka Perkasa.....

Ketegangan kaum: Anwar diingat tak menangguk di air keruh
FMT Staff  | January 29, 2014
Perutusan Anwar pada 26 Jan itu seolah-olah mengambarkan krisis ketegangan kaum
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berikutan perutusan khas beliau kepada rakyat Malaysia minggu lalu.
Menurut Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman, perutusan Anwar pada 26 Jan itu seolah-olah mengambarkan krisis ketegangan kaum yang melanda negara kini merupakan prasangka yang ditambah dengan kebencian yang tidak berasas yang sengaja dicetuskan untuk menghancurkan keharnonian antara kaum.
“ISMA menyanggah dakwaan  Anwar Ibrahim bahawa tidak wujud konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama persekutuan dan menganggap bahawa beliau cuba mengalih pandangan daripada isu sebenar yang dihadapai oleh umat Islam dan rakyat negara ini.
“Beliau cuba memandang sepi terhadap segala kebimbangan, kerisauan, kegusaran dan rasa terhina orang Melayu dan umat Islam oleh ancaman liberalisme, pluralisme agama dan kesamarataan mutlak yang akan menghakis identiti dan mencabar kedaulatan agama dan bangsa,” kata Abdullah Zaik menerusi satu kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, Anwar tidak sensitif terhadap seruan kebebasan yang telah merosakkan akhlak dan pegangan generasi muda umat Islam yang disifatkannya sebagai melampau.
“Pada masa yang sama, umat Islam juga berdepan dengan ancaman  Kristian Evangalist dan Chauvinist  yang semakin agresif dan biadap menghina pegangan akidah, ibadah dan amalan orang Islam. Bahkan mutakhir ini, sudah terasa ancaman yang menggugat kesatuan Malaysia oleh kegiatan menggunakan sentimen agama Kristian untuk kepentingan politik.
“Tiada siapa dapat menafikan bahawa agenda liberalisme, pluralisme agama, kesamarataan mutlak dan Kristianisasi yang dibawa ke negara ini melalui pelbagai pendekatan dan cara oleh proksi-proksi dan rangkaian tertentu ada hubungan dengan perancangan Yahudi, Freemason dan Evangelis Kristian antarabangsa,” jelas beliau.
Dalam masa yang sama, Abdullah Zaik terus menyelar sifat oportunis Anwar, yang dilihat seperti menangguk di air keruh.
“Anwar tidak perlu mengambil kesempatan daripada suasana kekeruhan yang berlaku untuk tampil dengan imej kononnya seorang negarawan sejati,” tegasnya.
Justeru, ISMA menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak tegas segala unsur-unsur agenda dan budaya asing yang boleh menghancurkan kerukunan dan keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita yang tercinta ini.
“ISMA melihat bahawa konsensus nasional tidak mungkin tercapai tanpa wujud kesetiaan sejati dan tidak berbelah bahagi di kalangan pelbagai kaum di negara ini, terutamanya pemimpin-pemimpin politik, badan-badan agama, NGO, aktivis sosial dan sebagainya kepada negara, prinsip-prinsip perlembagaan dan dasar-dasar nasional serta mementingkan perpaduan nasional dari agenda sendiri.
“Marilah kita seluruh rakyat Malaysia membina kemajuan dan kenegaraan berasaskan nilai dan prinsip kita sendiri dan seterusnya meletakkan kepentingan agenda nasional mengatasi segala ketamakan kelompok,” katanya.

Wednesday, January 29, 2014

Kesian Najib: Memang Najib Sudah Pening

Perihal pemberontakan dalaman parti satu hal
Menteri Lalok dan merapu pun satu hal 
Di sudut lain pula menangkis serangan pembangkang tanpa pertolongan yang diharapkan dari anak buah yang dilantik 
Onar bini pun satu hal yang membengkak juga

PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti
MI - JANUARY 29, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 29, 2014 03:55 PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.
Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.
Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.
Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini.
Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat.
Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”.
Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing.
Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang.
Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi.
Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.
Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik.
Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkata pembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.
Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara.
Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu.
Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif.
Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam.
Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. – 29 Januari, 2014.

PRK Kajang: Dua Statements Yang Boleh Dijadikan Panduan Kepada Orang Politik Yang Suka Melatah......

Kenyataan di atas aku petik dari Facebook TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di SINI
Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya.Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.  
Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.  
Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Ini pula kenyataan dari YDP PAS Kota Melaka yang wajar dijadikan panduan buat pemuda-pemuda PAS yang sibuk nak boikot kempen PRK Kajang itu..

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.  
BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.  
Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . 
Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan.  
Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.  
PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. 
Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri. 
Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.  
Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka
Origin post di sini

Satu Lagi Manusia Penyibuk Yang Tersalah Pentas!

Di kelas yang sama dengan Perkasa, Jati dan Geng Tonggeng Punggung!
Kekadang merapu meraban tak tentu hala
Unsur-unsur agenda dan budaya asing dari mana pulak ni
Nak bercakap takyah melalut. Barulah orang respek dan tak dikatakan bangang!

ISMA: Anwar alih perhatian masalah Islam
mk - 3:44PM Jan 29, 2014


Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) hari ini membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa cuba mengalihkan perhatian daripada ancaman yang dihadapi umat Islam negara ini.

Presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata isu dalam negara sekarang melangkaui krisis ketegangan kaum yang disentuh Anwar dalam perutusan khasnya berkaitan konsensus nasional pada 26 Januari lalu.

Menurutnya, umat Islam kini berhadapan ancaman pendakwah Kristian antarabangsa, pluralisme agama, serta puak pelampau.

"Tiada siapa dapat menafikan bahawa agenda liberalisme, pluralisme agama, kesamarataan mutlak dan Kristianisasi yang dibawa ke negara ini melalui pelbagai pendekatan dan cara oleh proksi-proksi dan rangkaian tertentu ada hubungan dengan perancangan Yahudi, Freemason dan Evangelis Kristian antarabangsa.

"Anwar tidak perlu mengambil kesempatan daripada suasana kekeruhan yang berlaku untuk tampil dengan imej kononnya seorang negarawan sejati," kata Abdullah Zaik dalam kenyataannya.

Menurutnya, konsensus nasional yang dicadangkan Anwar hanya boleh dizahirkan melalui kesetiaan dan perpaduan semua warga.

"ISMA melihat bahwa konsensus nasional tidak mungkin tercapai tanpa wujud kesetiaan sejati dan tidak berbelah bahagi di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

"Justeru, ISMA menyeru semua rakyat Malaysia dari pelbagai agama, bangsa, etnik dan keturunan supaya menolak tegas segala unsur-unsur agenda dan budaya asing yang boleh menghancurkan kerukunan dan keharmonian hidup bermasyarakat di negara kita yang tercinta ini," katanya.

Noh Berpura-Pura Bodoh Atau Memang Bodoh?

“Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh" - Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail 

Bukan aku kata tapi orang UMNO juga yang kata
Menjadi bodoh kerana terlalu gelojoh!

Noh Omar buta sejarah, kata Syed Rosli
FMT Staff  | January 29, 2014
BN tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini.
PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail bertanya adakah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar buta sejarah?
Katanya,   BN sendiri pernah melakukan perkara yang sama seperti dibuat oleh PKR semalam yang mengadakan pilihanraya kecil tanpa disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.
“Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh. Jangan jadi melayu mudah lupa seperti yang selalu Mantan Perdana Menteri kita nyatakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad.
“Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor. Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
“Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.
“Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan.
“Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007. Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997,” jelas Syed Rosli.
Tambahnya lagi, jika BN bimbang akan berlaku pembaziran, BN boleh memilih untuk tidak meletakkan calon dan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar.
Tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan turut  dipertahankan Syed Rosli yang juga Penolong Setiausaha Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan.
Beliau  menyifatkan tindakan Lee itu  sebagai pengorbanan peribadi bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwar-warkan bakal mengambil alih tugas menteri besar dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau yang lantang bersuara mengkritik kerajaan berkata Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini.
“Saya membaca kenyataan Noh Omar mengenai perletakan jawatan Adun Kajang iaitu Lee Chin Cheh yang beliau sifatkan seperti mengkhianati amanah pengundi di situ. Beliau juga menegaskan bahawa masa pilihan raya umum (PRU) yang lepas,banyak janji Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih belum ditunaikan.
“Saya rasa bukan setakat PR tetapi BN juga gagal menunaikan janji dalam manifesto seperti janji untuk menurunkan harga kereta dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya akan diberi RM1,200 tetapi sebaliknya hanya akan memberi RM650 sahaja, ini adalah contoh janji yang ‘dicapatikan’ oleh BN,” katanya menerusi satu kenyataan.
Syed Rosli turut menyoal adakah Noh sendiri menembual pengundi di Kajang sebelum menyatakan bahawa pilihan raya kecil (PRK) di Kajang nanti hanya akan membuang masa mereka.
“Ada tidak Noh Omar bertanya pada pengundi-pengundi Dun Kajang semua ini hanya membuang masa? Jikalau tidak jangan mudah melatah kerana memalukan kami pemimpin akar umbi Umno di Selangor.
“Kita tunggu sahaja pada masa keputusan PRK nanti dan lihat sendiri berapa peratusan pengundi yang keluar mengundi,jikalau ianya dibawah 30 peratus maka ianya benar pengundi tidak sokong PRK tersebut.
“Noh Omar harus faham bahawa semua parti tetap tidak lari dari masalah dalam masing-masing. Sedangkan Umno sendiri pun ada masalah dalaman sendiri jadi Noh Omar perlu faham apa tindakan pimpinan PR lakukan ini mungkin untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya pengundi-pengundi,” tambahnya lagi.
Mengenai PRK Kajang, beliau berkata  jikalau Barisan Nasional masuk bertanding ianya sebenarnya akan merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang yang banyak untuk usahawan tempatan dan para peniaga untuk mencari lebih sedikit pendapatan mereka.
“Sebagai contoh para pengusaha Home Stay akan mendapat tempahan yang banyak dan juga pemandu teksi akan mendapat penumpang yang bertambah sempena PRK nanti, ini adalah sebagai contoh apa PRK boleh diterjemahkan juga sebagai menjana ekonomi setempat,” katanya.
Beliau turut menggesa pimpinan parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan kurang cerdik pada masa akan datang.
“Rakyat Selangor bijak belaka dan mereka tahu menilai mana permata dan mana kaca. Berpolitiklah cara sihat dan profesional jangan malukan kami pemimpin diakar umbi ini dengan kenyataan bodoh dari pimpinan BN, khusunya Umno,” ujarnya.

Awas!! Sinaran Cosmos Akan Memasuki Bumi?

Kita share.......
Sejauh mana kebenarannya tak taulah.....
Ini pun saya share dari geng blogger juga
Apa pun lebih baik tahu dan beringat daripada tak tahu apa-apa

Gempar!!! Sinaran Cosmos Akan Memasuki Bumi
Malam ni pada pkl 12.30-3.30 pagi sinaran cosmos akan memasuki bumi dari marikh. Sila matikan telefon pada waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya. 

Sebarkan dari P5 ATB 2 - maklumat diterima dari ESSCOM menyatakan tsunami kemungkinan akan melanda pantai timur sabah dalam masa 36 jam. Mereka terima dari Jabatan Kajicuaca Sabah. Maklumat lengkap akan menyusul. 

Di Tv3 tadi disiarkan esok diramalkan ribut di Sabah dan Labuan. Brunei juga. Pahang diberi amaran banjir besar lagi kali kedua. 


TERKINI!!Jepun telah memberi amaranTsunami 6-7 S.R dalam masa 36 jam dan semua diarah berjaga-jaga.

 Amaran angin kencang, laut bergelora -http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131226/dn_30/Amaran-angin-kencang-laut-bergelora 


ACEH pukul 5 pagi tadi mendengar suara anjing lagi mengaum seperti suara raksasa untuk yang kedua kalinya dari bawah dasar laut Samudra Pasifik . 

Menurut para ulama, itu suara Dajjal yg berusaha naik ke dunia. 

Oleh kerana itu kita diperintahkan : Sentiasa tidak berhenti mengumandangkan azan dan mendirikn solat. 

MESIR DILANDA SALJI , RIBUAN IKAN TERDAMPAR DI LAHAD DATU dan yang terbaru IKAN LUMBA-LUMBA , KETAM , DAN SEGALA JENIS HAIWAN LAUT LARI KE DARAT DI PELANTAR PERAIRAN TERENGGANU SEHINGGAKAN PEKERJA PELANTAR MELAUNGKAN AZAN ! Dan sekarang ni dikatakan PERALIHAN KUTUB sedang berlaku dan UMAT ISLAM perlu update BEARING KIBLAT masing-masing . 

Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui . Jika ada perubahan kutub maknanya matahari akan berubah arah dan terbit dari sebelah barat . Siapa yang membaca ini, tolong sebarkan. 

Sila hantar kepada rakan anda agar disampaikan berita ini. Jangan dipermainkan, Lillahi Ta'ala . 

Demi Allah ini amanahmu. Kiriman dari kawan saya semoga menjadi peringatan. 
Wallahua’lam....

Saya Setuju Dengan Dr. MAZA: Macamlah Dah Kehabisan Ikhtiar

Kerana kepentingan individu-individu tertentu kegelojohan kuasa
Banyak yang rugi dan susahnya terutama duit rakyat untuk PRK itu

PKR mempermainkan pilihan raya, kata bekas mufti Perlis
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JANUARY 28, 2014
Pilihan raya umum akan hanya jadi mainan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. 


Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.
"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.
"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.
Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."
Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.
"PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay,  pagi tadi.
Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini."
Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.
"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.
Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.
"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya.
Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.
"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding," katanya. - 28 Januari, 2014.

Bodohnyer....Melayu Tulin Ker Ni?

Darah Melayu seratus peratus atau 
Melayu jenis yang pengampu tuu?

Siap dengan parang terbang lagi
Bukankah itu takbur namanya?
Ilmu yang ada untuk tunjuk dan demokah?
Adakah Islam ajar penganutnya takbur dan bongkak begitu?
Bila tersepit...dah tak ngakula pulak!
Kalau nak cari gaduh...gaduhlah sorang-sorang

NGO: Demo kami tiada parang terbang
mk - 2:31PM Jan 28, 2014

Sebuah demonstrasi bagi membantah apa yang digelar sebagai “penghinaan kaum Cina” terhadap agama Islam, raja dan kepimpinan Melayu di Petaling Jaya ditangguhkan pagi ini.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Kesatuan Warisan Pahlawan Melayu (KWPM)” hari ini menjelaskan, langkah itu diambil bagi menghormati saranan perdana menteri supaya tiada provokasi mencetuskan ketegangan dibuat.

Timbalan Pengerusi KWPM Rahim Md Harun memaklumkan, pertubuhan itu juga menghormati saranan polis supaya perhimpunan yang dirancang di Kampung Medan itu tidak diadakan.

Beliau juga melihat, terdapat pihak cuba menggagalkan rancangan mereka dengan menggelar perhimpunan itu sebagai “demonstrasi parang terbang”, seperti disebarkan kepada awam.

"Ada pihak tertentu yang cuba menggagalkan demo hari ini sehingga timbul nama demo parang terbang.

"Sebab (nama) itu saya sendiri dikunjungi SB (Cawangan Khas) dan pegawai polis kerana khabar angin ada kejadian yang tidak diingini akan berlaku di Kampung Medan.

"Justeru itu, saya tidak mahu mengeruhkan suasana menerima saranan perdana menteri dan pihak berkuasa dengan tidak mengadakan demonstrasi hari ini," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Tarikh baru perhimpunan akan diumumkan kemudian.

Rahim menjelaskan, antara isu yang akan dibangkitkan dalam perhimpunan itu, isu seorang guru sekolah Cina yang didakwa mendenda muridnya menjadi lembu, isu larangan bertudung kepada wanita Islam dan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Politik Yang Sentiasa Membuka Ruang Dikritik Dan Dimaki!

Pada aku bukan saja nampak pelik
Tapi menyampah pun ada, marah pun ada
Menyampah sebab seolah menjadikan kepercayaan rakyat seumpama 'sampah'
Marah sebab banyak pihak yang akan susah kerana PRK
Kalau aku mengundi di sana, pastinya aku takkan keluar mengundi walau pun siapa yang bertanding!

Dari PM turun pangkat ke MB pula?
Zabidi Saidi| January 28, 2014

Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan.
PETALING JAYA: Pagi semalam pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan. Begitu juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.
Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan. Petang semalam ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Jadi khabar-khabar angin Anwar akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kajang begitu kuat bertiup.
Pagi ini Khalid mengesahkan Anwar akan jadi calon PKR pada PRK Kajang nanti. Adakah PRK Kajang membazir? Sudah tentu bagi SPR membazir kerana ia terpaksa diadakan walaupun wakil rakyatnya tidak meninggal dunia.
Rakyat Kajang sudah tentu marah kepada PKR kerana menyusahkan mereka kerana mereka kena keluar mengundi semula selepas lapan bulan memilih wakil rakyat mereka. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail PKR tidak boleh disalahkan kerana ia adalah jalan terbaik untuk meletakkan calon MB baru menggantikan Khalid.
Jika Khalid digantikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Besar, sudah tentu Khalid tidak mahu. Maka jalan terbaik terpaksa menurunkan Anwar Ibrahim untuk meredakan pertelingahan di antara Khalid dengan Azmin.
Inilah akibatnya PKR tidak mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan. Jika PKR amal konsep ini, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya jadi menteri besar dan bukannya Khalid Ibrahim.
Sebagai bekas tokoh korporat, Khalid bijak mengurus negeri tetapi sebagai orang politik beliau gagal. Ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong PKR. Khalid dikatakan boneka Elizabeth Wong di mana banyak projek pembangunan di Selangor Elizabeth yang cadang, Khalid terus setuju.
Menurut Syed Rosli lagi, kenapa marah kepada PKR terpaksa membazirkan wang rakyat untuk buat PRK Kajang sedangkan PKR mencontohi BN. Pada tahun 1997, BN sanggup mengadakan PRK Permatang untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Jadi PKR meniru BN mengadakan PRK Kajang untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Soalnya, adakah rakyat Pulau Pinang boleh menjadi Menteri Besar Selangor?
Menurut ADUN Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam perlembagaan Selangor tidak mengatakan hanya rakyat Selangor sahaja yang layak jadi menteri besar.Soalnya, sanggupkah Sultan Selangor beri perkenan kepada Anwar Ibrahim sebagai menteri besar?
Jika Sultan Selangor tidak berkenan, maka krisis Selangor akan menjadi lebih buruk lagi. Atau mungkin Azmin Ali yang terpaksa dilantik sebagai menteri besar yang baru kerana beliau adalah anak Selangor.
Kesanggupan Anwar menjadi calon Menteri Besar Selangor turut dipersoal. Selama ini beliau mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, kenapa tiba-tiba beliau mahu menjadi Menteri Besar Selangor pula?
Adakah kerana cita-citanya nak jadi Perdana Menteri sudah tidak nampak jalan lagi? Majoriti rakyat tetap bersama BN maka Presiden Umno selama-lamanya akan menjadi perdana menteri maka peluang Anwar tidak akan menjadi kenyataan selama-lamanya.
Menyedari hakikat ini, maka baginya lebih baik menjadi Menteri Besar daripada menjadi Perdana Menteri yang mustahil sama sekali. Bukankah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah jadi Menteri Besar?
Atau adakah Anwar mengorbankan dirinya dengan menerima jawatan yang lebih rendah semata-mata untuk menyelamatkan PKR pada PRU ke 14? Beliau nampak jika krisis dalaman PKR tidak selesai maka Selangor akan jadi seperti Kedah. PAS Kedah tewas pada PRU ke 13 kerana perebutan kuasa sesama para pemimpin PAS.
Sama-samalah kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

Artis: Aishah Bekas Calon PAS Jempol Disamun

Aishah disamun di lampu isyarat
Ampang: Penyanyi wanita popular era 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah berusia 48 tahun kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal dilapor memecahkan cermin bahagian penumpang kereta jenis Mercedes Benz milik penyanyi terbabit sebelum melarikan beg tangan mangsa.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran bersama anaknya dilapor memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah.
Katanya, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki kemudian berhenti bersebelahan kereta milik mangsa sebelum pemboncengnya memecahkan cermin penumpang dipercayai menggunakan topi keledar.
“Suspek merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan awal dilakukan pihak berkuasa mendapati penyanyi itu tidak mengecam wajah kedua-dua suspek.
“Malah, polis yang melakukan pemeriksaan di tempat kejadian juga dilaporkan tidak mempunyai petunjuk jelas mengenai kejadian itu apabila semakan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di persimpangan lampu isyarat berkenaan tidak berfungsi,” katanya.
Katanya, pihak berkuasa juga gagal mendapatkan saksi bebas mengecam dua penjenayah terbabit tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.
Difahamkan, penyanyi berkenaan dan anaknya tidak cedera dalam kejadian itu. Beliau berkata, selain wang tunai RM1,000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kredit milik mangsa dilarikan penjenayah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan. - sumber

Ginilah Jadinya Bila C***i Punyai Lidah!

Rupanya bagi mereka Negeri Selangor adalah hak mutlak PKR biar pun punya kerusi paling sikit di kalangan parti-parti dalam PR
Dahlah buat kerja bodoh
Ada hati pulak nak katakan orang lain pula yang gila kuasa
Dia ni lalok ker apa?

Tuesday, January 28, 2014

Tahniah Ziana Bertudung: Aiman Membimbing Ibunya Ke Jalan Yang Lurus

Anak Ziana Zain mahu ibunya berhijab
JAN 28, 2014 HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular Ziana Zain, 46 (gambar) mendedahkan anak sulungnya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor ada memintanya memakai hijab serta menutup aurat. 

Jelas Ziana, Aiman malah turut berpesan kepadanya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, dia perlu memakai hijab sebagai tanda menghormati status sekolah anaknya itu. "Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; '... bila Mama nak pakai tudung’? "Terkejut juga apabila dia suarakan perkara itu. 

Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia faham. 

Namun sempat juga ingatkan yang kita tidak tahu tentang tarikh kematian kita. "Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. 

Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” kongsi Ziana perihal anak sulungnya itu kepada Gua.com.my. 

Dalam masa yang sama, Ziana juga turut berkongsi tentang pengalamannya beberapa kali berada di sekolah anaknya. Jelasnya, ramai juga rakan-rakan anaknya yang seronok bertemu dengannya. 

“Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam,” cerita Ziana lagi. 

Biarpun beberapa kali sudah ditegur oleh anaknya tentang berhijab dan memakai menutup aurat, Ziana tidak pernah memarahi anaknya itu. 

Malah dia bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti.