Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, October 31, 2015

Hanya yang bengong saja katakan bas ekspres tidak ada destinasi!

AMANAH: Mana ada bas ekspres tak ada destinasi
Shakira Buang - 

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.
Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.
“Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan,” tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.
Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.
Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju.
“Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi.
“Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju,” kata Salahudin.
Cadangan DAP gurauan biasa
Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.
Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.
"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya.
"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.
Sementara itu, mengulas dakwaan DAP mungkin bertanding di lapan kawasan PAS di Selangor, Salahudin berkata ia hanyalah gurauan biasa.
Malah, beliau berkata kenyataan tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ini kerana Pakatan Harapan setakat ini belum membincangkan isu kerusi yang akan ditandingi mereka.
“Kenyataan DAP itu hanyalah reaksi terhadap tindakan PAS yang nak bertanding di semua kerusi DAP dan saya anggap ia hanyalah gurauan biasa.
“Di peringkat Pakatan Harapan kita masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang. Kita pun tak bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi,” tegas Salahudin.

Old school: Hahaa........tektik adu-domba yang dah berkarat

Takkanlah DAP baru acah dah ketaq lutut?

DAP tak percaya rakan Pakatan sendiri?

UMNO-PAS: Lagi laluan di buka, jejambat bersambung!

Perkasa cadang Umno-PAS selesai isu menerusi Majlis Ukhuwah Islamiah Negara 
Published: 30 October 2015 8:48 PM
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara dicadangkan bagi membolehkan Umno dan PAS cari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Muin) bagi membolehkan Umno dan PAS mencari penyelesaian berhubung isu berkaitan Islam dan institusi raja.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata Muin boleh menjadi badan gabungan Umno-PAS untuk membincangkan isu berkaitan tanpa libatkan politik, sebaliknya lebih ke arah kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Perkasa sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kepentingan politik mahu Muin menjadi tempat buat Umno dan PAS berbincang menangani beberapa isu berkaitan Islam dan institusi raja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Khas Perkasa Parlimen Kuala Terengganu, hari ini.
Ibrahim berkata dalam menyelesaikan isu Islam dan institusi raja, kedua-dua parti perlu ada ruang yang membolehkan mereka duduk bersama menyelesaikan masalah demi kepentingan orang Melayu serta Islam.
Katanya cadangan penubuhan Muin dikemukakan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiga minggu lepas, dan parti itu bersedia mengkajinya. – Bernama, 30 Oktober, 2015.

Salahkah DAP masuk kawasan PAS bila Hadi istiharkan akan letak calon di kawasan DAP?

Iskandar ni mimpi ke ape?

Dia lupa buat-buqat lupa apa yang telah Hadi istiharkan sebelum ini?
Dan yang terbaru ini apa?

Pas Selangor akan pastikan tiada pertandingan tiga penjuru

 | October 30, 2015
Pertandingan tiga penjuru akan menguntungkan BN sedangkan BN merupakan musuh utama Pas.
Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor
SHAH ALAM: Pas Selangor akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) untuk mengelak kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).
Janji itu diberikan ekoran kenyataan DAP yang mahu bertanding di lapan kawasan milik Pas.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana musuh utama Pas ialah BN.
“Kita melihat bahawa pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan BN
“Kita tidak mahu beri keuntungan kepada BN sebab BN adalah musuh kita. Kalau bertanding tiga penjuru itu akan mengakibatkan keuntungan kepada BN, sudah tentu Pas tidak akan bertanding tiga penjuru” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pembentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada Jumaat.
Katanya, Pas bagaimanapun tidak akan membenarkan DAP untuk merampas kerusi yang sudah dimilikinya sekiranya parti itu tetap berhasrat untuk bertanding di kawasan mereka.
“Saya tidak tahu (kenapa DAP isytihar untuk bertanding di kerusi Pas), sebelum ini kita pun ada dengar bahawa ada ura-ura bahawa mereka (DAP) akan masuk dalam kawasan Pas, ini bukan kali pertama sebelum ini pun ada kenyataan yang sama.
“Jadi pendirian kita akan terus bertanding di situ, tidak ada masalah.”, katanya

Pulaak: Ada saja halangan supaya rakyat sentiasa kabur

Nur Jazlan tak setuju debat Arul-Pua, rumitkan siasatan 1MDB
Published: 31 October 2015 2:54 PM
Datuk Nur Jazlan Mohamed (kanan), dilihat di sini bersama Tony Pua ketika masih mengetuai PAC, berkata presiden 1MDB tidak sepatutnya menyahut cabaran debat oleh Pua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak bersetuju debat secara langsung antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, dan berkaya ia hanya merumitkan lagi siasatan terhadap syarikat sarat hutang itu.
Nur Jazlan turut menyelar kedua-dua mereka sambil menyifatkan idea debat itu "keanak-anakan".
"Apa yang diberitahu dalam PAC seharusnya adalah antara jawatankuasa sehingga perkara itu dibawa ke Parlimen," kata Nur Jazlan, kini timbalan menteri dalam negeri.
Ahli PAC dipilih Parlimen dan sekiranya debat ini secara langsung, jadi apa maksud PAC mengadakan siasatan ini," soalnya.
Pua sebelum ini mencabar Arul membenarkannya bertanya secara langsung bagi menjelaskan segala masalah yang masih belum terungkai mengenai syarikat itu, memandangkan presiden 1MDB itu sebelum ini gagal menjawab segala dakwaan dilemparkan terhadapnya.
Menurut Pua, rakyat Malaysia tidak mungkin dapat mengetahui kebenaran walaupun Arul giat meneruskan kempen perhubungan awamnya dengan memberi jawapan yang dikitar semula.
Arul sebelum ini menyahut cabaran Pua mengadakan debat secara langsung di televisyen mengenai syarikat pelaburan milik negara itu, tetapi mahukan ahli Parlimen DAP itu terlebih dulu meletak jawatan sebagai ahli PAC.
Arul berkata, peletakan jawatan itu perlu bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat syarikat sarat hutang itu dan bagi mengelakkan konflik kepentingan.
Bagaimanapun, Arul hari ini menarik balik syaratnya dan bersedia berdebat dengan Pua tanpa perlu meletakkan jawatan sebagai ahli PAC. – 31 Oktober, 2015.

Tergagap Pimpinan nak jawab soalan-soalan ni

9 soalan Umno Semporna


Ketika berita penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno semakin hangat diperkatakan, salah satu bahagian parti itu yang terlibat secara langsung dalam isu berkenaan hari ini tampil mengemukakan sembilan soalan secara terbuka.
Kenyataan dikeluarkan Umno bahagian Semporna itu juga mengingatkan pucuk pimpinan parti berkenaan bahawa tokoh yang dilihat kritikal terhadap Datuk Seri Najib Razak itu mempunyai penyokong tegar di seluruh negara.
"Tujuh pemimpin yang disebut-sebut itu - terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - bukan hanya mempunyai penyokong tegar di kawasan yang mereka wakili malah ada di seluruh negara.
"Perlu diingatkan bahawa setiap undi dan kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan berkenaan.
Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
  • Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
  • Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
  • Adakah 1MDB ini milik Umno?
  • Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
  • Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
  • Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
  • Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
  • Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
  • Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai tujuh pemimpin misteri Umno yang sedang dipantau untuk diambil tindakan disiplin.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata langkah itu akan diambil selepas proses berkaitan selesai dibuat.
Katanya Umno "sudah penat melayan anggota parti yang mengeluarkan kenyataan tidak sesuai kepada orang umum".
Bersuara demi rakyat
Umno Semporna diketuai oleh Mohd Shafie yang juga salah seorang daripada pemimpin kanan yang dipercayai sedang dipantau ibu pejabat parti ketika ini.
Beliau dan Muhyiddin adalah antara tokoh yang pernah membangkitkan persoalan mengenai cara Najib mengendalikan beberapa isu negara, termasuk agensi pelaburan tajaan kerajaan 1MDB.
Menurut kenyataan Umno Semporna, Mohd Shafie adalah salah seorang pemimpin yang bertanggungjawab membawa Umno ke Sabah.
Dengan rekod "cemerlang dalam memikul tanggungjawabnya" sebagai wakil rakyat dan pernah berkhidmat sebagai menteri di tujuh kementerian, mereka mempertikaikan kewajaran Mohd Shafie disingkirkan hanya kerana "bersuara demi kepentingan rakyat".
"Ahli Jawatankuasa Umn Semporna amat kecewa dengan khabar angin yang mengatakan terdapat usaha menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno serta Mohd Shafie selaku naib presiden.
"Ketika ini Umno berdepan masalah kemerosotan keyakinan rakyat terhadap parti dan ia dapat dibuktikan dengan keputusan dua 2 pilihan raya umum lalu apabila buat pertama kali dalam sejarah, parti kalah undi popular kepada pembangkang.
Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin serta bekas pemimpin Umno yang banyak berjasa dapat mengembalikan keyakinan rakyat?" katanya.
Menurut Umno Semporna lagi, sehingga kini Muhyiddin dan Mohd Shafie tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh perdana menteri melakukan penyelewengan.
Sebaliknya, kata mereka, kedua-dua pemimpin itu secara konsisten mengeluarkan kenyataan supaya 1MDB serta kementerian kewangan perlu telus dan jujur membuat penjelasan kepada rakyat.
"Jika terdapat salah laku atau penyelewangan, mereka yang telibat perlu dibawa ke muka pengadilan tanpa takut atau pilih kasih. Bukankah ia selaras dengan kenyataan perdana menteri?" kata kenyataan itu.
Ketika ini, kata Umno Semporna, golongan muda dahagakan pemimpin berani menyatakan kebenaran dan bukan tokoh bersuara dengan bongkak, retorik serta mengampu "seperti yang berlaku sekarang".
Malah lebih teruk, katanya, ada pihak mencabar pemimpin tertentu keluar dari Umno atau BN jika tidak menyokong perdana menteri.

SPRM dijangka caj 4 lagi pegawai TLDM‎

Msg. dari penjara: Sama-samalah kita ambil iktibar

MESEJ DARI PENJARA

Pegawai penjara Pokok Sena Tuan osniezal 65

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong² radio & di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah² yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut & dibiarkan tergantung sampai mati. Harap² dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara² yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali & tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir & ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka & hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun² sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam.  Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari & kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin solat, tak kira agama, menunggu dengan tenang & sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat² terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samsul, ‘Ada sesetengah banduan puas hati & beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata² terakhir seorang banduan untuk anak²nya, yang masih Samsul ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai T-shirt putih & seluar solatnya. Ada yang memilih kot & tali leher. Ada yang pakai kasut kulit berharga RM300. Mati penuh bergaya, kata banduan itu dengan jenaka,’ cerita Samsul.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah & doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samsul, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira² 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samsul, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit & banduan akan diturunkan & diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering ingatkan pembantu² saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh ketua saya dahulu,’ kata Samsul.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samsul. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai² murni kepada anak² mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala²nya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah
berkaitan dengan dadah.

Kongsilah sbb ini penting untuk mendidik anak² kita ..

Sipendek akal buat telahan dan tuduhan melulu.......

Menantu Hadi hanya buat telahan sendiri kata Phahrolrazi
Friday, October 30, 2015
Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.

“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya. - sumber

Friday, October 30, 2015

Ngada-ngada: Masuklah ke mana pun, kan demokrasi membolehkan?

Sape nak marah.......adat bertanding.
Cuma kalau pengundi marah.......terimalah padahnya!

PAS: Jangan marah kalau kami masuk kawasan DAP
Jimadie Shah Othman -  
Kawasan mereka mungkin akan dirobek DAP dalam pilihan raya umum lalu, tetapi wakil-wakil rakyat PAS berkaitan tidak melihat perkara itu sebagai ancaman yang nyata.
Malah, ketika dihubungi, mereka yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun mungkin berdepan jalan sukar pertembungan tiga penjuru dengan BN.
“Semua parti ada hak bertanding. Masuk pilihan raya untuk bertanding, bukan bersanding.
“Mereka (DAP) yang mulakan. Jangan marah kalau lepas ini kita (PAS) bertanding di tempat mereka pula,” kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abd Rani Osman.
Meru antara kawasan yang berada dalam perkiraan DAP sekarang ini selain Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua (gambar) hari ini mengumumkan perkara itu atas kepercayaan mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang, walaupun dalam pertembungan tiga penjuru.
Beliau bagaimanapun berkata keputusan lanjut akan diputuskan setelah perbincangan Pakatan Harapan Selangor, melibatkan DAP, PKR dan parti serpihan PAS Parti Amanah Nasional (AMANAH).
Sementara itu, mengulas keyakinan DAP di kawasan mereka, Rani ketika dihubungi Malaysiakini hanya mengibaratkannya dengan pertandingan bola sepak.
“Contohnya Selangor lawan Johor. Penyokong Selangor kata boleh menang 3-2, penyokong Johor kata boleh menang 1-0. Tunggulah masa permainan tamat baru tahu,” kata Rani.
Beliau bagaimanapun mengingatkan tentang kekuatan PAS di tempat itu yang berjaya merampas Meru dalam tsunami politik 2004.
'Kami tahu strategi mereka'
Sementara itu, ADUN Chempaka Datuk Iskandar Samad (gambar) pula mengingatkan tindakan DAP itu hanya akan menguntungkan musuh politik mereka bersama.
“Jika berlaku perpecahan undi yang untung adalah Umno-BN. Bagaimanapun kami dah tahu strategi mereka (DAP).
“Kami telah terima laporan tentang perpindahan pengundi ke DUN PAS. Tetapi kami tetap yakin akan dapat pertahankan kerusi-kerusi kami,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula hanya memberikan reaksi ringkas ketika dihubungi.
“(Ini) negara demokrasi. Biar rakyat tentukan,” katanya kepadaMalaysiakini.
Manakala wakil Taman Templar Zaidy Abdul Talib pula berkata yakin mempertahankan kawasannya walaupun diasak DAP, bekas sekutu politik mereka.
“Sebagai ADUN Taman Templer saya akan pastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
“Sehingga hari ini saya optimis yang rakyat memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya dan juga PAS. Saya syukur dan terima kasih untuk itu,” katanya.
DAP dan PAS sebelum ini bersekutu dalam Pakatan Harapan tetapi hubungan itu tidak dapat kekal lama setelah perbalahan berterusan, terutamanya dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sisi Hodoh Polis lagi.......

Syed Azlan mati kerana kekerasan polis

 | October 30, 2015
Hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia yang mendapati mangsa mati kerana hentakan senjata tumpul di dada dan kecederaan lain di badan ketika dalam tahanan polis.
Pengerusi-EAIC,-Datuk-Yaakob-Md-Sam
PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa Malaysia (EAIC) mengesahkan kematian seorang tahanan, Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November 2013 mempunyai kaitan dengan kekerasan pihak polis.
Pengerusi EAIC, Datuk Yaakob Md Sam dalam kenyataan berkata, kematian Syed Mohd Azlan akibat trauma hentakan senjata tumpul ke atas dada si mati.
Beliau berkata, siasata juga mendapati si mati mengalami 61 kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai dipukul ketika ditahan dan disoal siasat oleh anggota polis.
“Kecederaan yang dialami si mati konsisten dengan kecederaan mempertahankan diri daripada kekerasan fizikal yang digunakan oleh polis ke atasnya,” katanya yang mengumumkan hasil dapatan siasatan itu.
Yaakob berkata, siasatan juga mendapati terdapat gangguan bahan bukti oleh anggota polis seperti membersihkan tempat kejadian sebelum dilawati, melupuskan tikar getah dan karpet yang mempunyai kesan darah si mati dan perlakuan menyembunyikan saksi tangkapan terhadap si mati.
Katanya, pihaknya mendapati anggota polis menggunakan gari persendirian yang bukan dibekalkan PDRM untuk mengari si mati yang menyumbangkan kepada kecederaan di pergelangan tangan di mati.
Yaakob berkata, pihaknya telah mengesyorkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes itu yang telah melakukan jenayah sehingga membawa kematian.
Syed Mohd Azlan ditahan ditahan pada 3 November 2013 di bilik sewanya di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan menggunakan senjata api.
Dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Penawar pada hari yang sama ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Husam dan Wala'un Ulamak: Gelanggang silat mula dibuka

# Aku pakai 'wala'un Ulamak' sebab aku tahu di dalam PAS pun bukan semua ahlinya wala' membabi buta

BUKTI PAS BUKAN LAGI SEBUAH PARTI POLITIK YG DEMOKRATIK DAN MENGHARGAI TEGURAN..........

Luham Prejudis

Jemputan Dato Wan Mutalib selaku Pengerusi Luham untuk saya bersemuka - sangat saya alu-kan. Saya bersetuju berjumpa Luham.

2. Serentak menghulurkan jemputan terbuka, Luham telah membuat pelbagai komen yang agak berat sebelah dan memihak serta excuse yang tidak munasabah.

3. Menjelang perjumpaan - Luham perlu menjelaskan lebih lanjut tujuan perjumpaan, format, tajuk dan tata caranya. Pembantu saya akan menghubungi Dato Wan InsyaAllah.

4. Adakah perjumpaan nanti adalah semi perbicaraan?
Jika ia semi perbicaraan, Luham tidak sesuai kerana Pengerusinya telah bernada prejudis kepada saya, termasuk tajuk posting itu sendiri : 'Itu Sikap Yang Tidak Betanggung Jawab - Wan Mutalib'.
Jika ia untuk mencari duduk perkara, Luham boleh meneliti lima surat terbuka saya (asalnya sebahagian adalah tertutup) dan boleh mengambil inisiatif melakukan investigation awal dengan bertanyakan pihak yang bertanggung jawab.
Badan sehebat Luham tentunya mempunyai standing yang dihormati. Lagi pun semua pihak mesti accountable kepada parti, termasuk organ parti. Serentak dengan itu, pihak bertanggung jawab mesti juga bersifat telus. Lagi pun, kata Luham, pendengaran hendaklah dari kedua belah pihak.

Apa pula perlunya excuse : 'rekodnya adalah rahsia pentadbiran negeri' .
Sebagai bekas Exco Kerajaan Terengganu dan peguam senior, saya yakin Pengerusi Luham arif perbezaan antara minit mesyuarat yang diklaskan dan maklumat dari mesyuarat yang bersifat kepentingan awam yang boleh didedahkan oleh pihak terlibat.
Jika awal-awal lagi Luham meletakkan dirinya terpenjara, saya ragu ada manafaat apa-apa dari perjumpaan kita.

5. Sehubungan semua surat saya, apa sikap Luham jika wujud salah urus di mana-mana pihak?

6. Apakah Luham bersedia menjadi orang tengah membetulkannya?
Saya mengulangi soalan saya yang saya sifatkan dari hati sanubari saya, apa pendirian Luham terhadap isu penebangan hutan simpan secara tebang habis dan pemusnahan alam. Soalan lanjut seperti telah saya terterakan tiap satunya dalam surat saya sebelum ini???

7. Dalam konteks kelulusan tebang habis, saya fokuskan kepada keputusan-keputusan terbaru - current decision. Tuan lah yang memulakan mempersoalkan kenapa dulu saya tidak menegur yang memaksa saya mendedahkan sedikit dari lintasan lalu. Itu pun dengan penuh hemat dan jimat.

8. Ada sekurang-kurang lima surat saya kepada Kerajaan Kelantan.
Surat pertama saya ialah mengenai tuduhan saya telah mendapat konsensi balak laluan Lebuhraya KB-KK di Ulu Sat yang telah diviralkan.
Apa sikap Luham terhadap fitnah yang (mungkin) dilakukan oleh ahli PAS sendiri (saya boleh membantu Luham menyiasat) yang telah memfitnah Adun Pas???

Pada waktu itu, saya tengah uzur. Mungkin tuan tidak menyedarinya di waktu itu, hingga tiada sesiapa yang menghulurkan simpati kepada saya. Itu tidak penting tetapi dibangkitkan sekadar menunjukkan kejamnya mereka ini.

Sebelum dan menjelang Muktamar Pas, saya serta ramai lagi rakan yang lain telah difitnah bertubi-tubi.
Apa sikap Luham? Apa perkhidmatan guaman yang boleh diberikan oleh Luham pada saya?
Kalau tidak silap saya, Luham juga bermaksud melindungi hak asasi manusia.
Fitnah adalah gangguan ke atas hak peribadi manusia dan lebih lagi, hak sebagai ahli Parti Islam.

Saya menuntut Luham meneliti perkara ini dan bertindak membela pihak yang teraniaya, termasuk saya.
Sekadar satu contoh, dua anggota Jawatan Kuasa Pas Pusat sekarang pernah memfitnah saya menerusi FB mereka, bahawa saya adalah dalang di sebalik tindakan dua Adun Selangor. Mereka kini adalah AJK Pas Pusat. Adakah Luham berani?

9. Terkini, Al Fadhil Ustaz Zaharudin Muhammad, bekas Ahli Majlis Syura sedang meracau.
Apa tindakan dan nasihat Luham?
Bukankah beliau adalah menantu Presiden kita? Walaupun tindakan menantu tidak semestinya terkait dengan mertuanya, tetapi bukankah tindakannya itu boleh memburukkan imej parti dan di luar akhlak mulia.

10. Adakah Luham berpendirian, sesuatu Kerajaan itu tidak boleh ditegur?
Adakah menyembunyikan perbuatan yang merugikan adalah lebih menguntungkan kerajaan dan parti dalam jangka panjang?

11. Maaf kan saya dengan jawapan ini. Saya lebih banyak menyebut Luham dari Dato Wan kerana saya dapat mencium surat Dato mungkin dikarang oleh orang lain bagi pihak Dato. Saya percaya, jika ia karangan Dato, gayanya lebih anggun.

12. Ayat dalam para terakhir : 'Saya bersedia untuk merintis jalan bagi mengatur perjumpaan...' menunjukkan jemputan kepada saya masih dalam peringkat percubaan.

13. Apa pun, saya bersedia InsyaAllah.

14. Pada masa yang sama, saya menunggu tindakan Luham dalam isu-isu yang telah saya bangkitkan.
Salam Juma'at. Semoga keadilan, kesaksamaan dan kebenaran dapat menjadi tujuan kita bersama.

Saya sudahi dengan WalhamduliLlah, 'ala kulli hal.
Husam Musa
17 Muharram 1437/30 Oktober 2015

Ehh.......lain pulak nada Noh Omar ni?

Kalau dah pengecut tu macam alasan dan helahnya!

Arul Kanda tidak perlu letak syarat – Noh Omar

 | October 30, 2015
Tiada bezanya status Tony Pua sebagai ahli PAC tetapi yang penting rakyat tahu perkara yang sebenar tentang 1MDB.
noha-omar_tony-pua_arul-kanda_1mdb_600
PETALING JAYA: Debat terbuka antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua perlu dilakukan tanpa syarat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, permintaan Arul yang mahu Pua meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dianggap sebagai tidak perlu.
“Debat terbuka itu perlu dilakukan tanpa syarat walaupun Arul Kanda ada mengemukan syarat supaya Tony melepaskan jawatan sebagai ahli PAC. Tiada bezanya status dia sebagai ahli PAC tetapi yang penting rakyat tahu perkara yang sebenar tentang 1MDB,” katanya yang dipetik daripada sebuah laman portal.
Beliau berkata demikian mengulas cabaran Arul kepada Tony untuk berdebat selepas Tony banyak kali mengkritik syarikat pelaburan strategik negara yang dilanda kontroversi itu.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang kagum dengan usaha berterusan Arul memulihkan kepercayaan rakyat terhadap 1MDB.
“Saya menyokong penuh jawapan daripada Arul yang menerima cabaran daripada Tony untuk berdebat secara terbuka tentang 1MDB,” ujarnya.

Jenis budak kurang ajar!

Konon Hadi pentingkan sopan tapi menantunya jadi hantu!

Husam Vs Zaharudin : I Dont Think So!
Posted on Thursday, October 29 @ 14:48:28 MYT by paktam
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya melihat serangan Ustaz Zaharuddin terhadap Dato Husam agak kasar dan melebihi apa yang sepatutnya sebagai seorang yang jauh lebih muda terhadap seorang yang lebih tua. Orang akan nampak itu budak kurang ajar.

2) Mungkin Ustaz Zaharuddin sudah nekad bahawa biar kurang ajar dengan orang tua itu daripada membiarkannya merosakkan PAS Kelantan dan pentadbiran kerajaan negerinya.


3) Dato Husam pula mengambil jalan istiqamah mengkritik kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS, sehingga membuatkan beberapa pemimpin PAS tidak senang. Saya tidak pasti apakah faktor yang membuatkan mereka tidak senang.


4) Serangan Ustaz Zaharuddin turut mengaitkan kejatuhan Kedah bersebab Pharorazi ke atas kerja buat Dato Husam ke atas kerajaan PAS Kelantan pada pandangan saya agak tidak kena. Mungkin Beliau ada sumber keyakinan yang berbeza dengan saya.

5) Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah bukan kerana kritikan Pahrorazi. Bagi saya Pahrorazi bukan mengkritik, tetapi membuat satu pakatan untuk menjatuhkan MB ketika itu, kerana ada projek yang dimintanya tidak dilulus oleh MB tersebut. Mereka menyerang prebiadi MB itu sebagai garang, cengei, keras kepala dan sebagainya. Jesteru itu, sukar untuk pemimpin PAS menjawab isu garang, cengei dan keras kepala itu.

6) Berbeza dengan Dato Husam, dia tidak menyerang peribadi sesiapa. Dia mengkritik kerajaan PAS dengan beberapa isu, yang sepatutnya pemimpin PAS Kelantan berupaya menjawabnya dengan baik dan telus. Kegagalan menjawab akan memburukkan persepsi terhadap kerajaan Negeri dan PAS Kelantan khususnya.

7) Oleh itu saya rasa Dato Husam Kelantan tidak sama dengan Pahrorazi Kedah yang cuba dikaitkan dengan cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri. Be rational, Ustaz. Jangan disebab kebencian kepada seseorang, kita berusaha besarkan kesilapan kecilnya.

8 ) Manakala Dato Husam pula memberi respon mengaitkan Ustaz Zaharudin dengan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu. Maka dengan itu terhapuslah tuduhan-tuduhan mengenai adanya pengundi hantu, ketidak adilan persempadanan semula, SPR berat sebelah sehingga kerajaan PAS Terengganu jatuh. Semuanya kerana Ustaz Zaharuddin seorang!.

9) Umno sedang memulihkan kekuatannya. Pembangkang pula asyik hentam sesama sendiri. Saya yakin PRU14 ini BN akan menang lagi, dan PAS akan menyalahkan PAN dan PH, manakala PAN dan PH akan menyalahkan PAS. Najib akan isap vape bersama Rosmah dan menghembus asap ke muka kalian semua.
Sekian.

UMNO dah kucar haya........nada dan tingkah berbeza

Sumber dedahkan Muhyiddin bakal digantung sebelum perhimpunan agung Umno 
OLEH MD IZWAN
Published: 30 October 2015 7:12 AM
Susulan kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) mengenai masa depan beberapa pemimpin Umno, sumber berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bakal digantung keahlian Umno sebelum parti itu berhimpun Disember ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2015.

Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.
Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.
Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.
Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.
"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.
"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.
"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.
"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain," katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.
Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.
"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.
"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.
Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar, kanan)
menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.
"Kita tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada gunting dalam lipatan dalam Umno.
"Kita tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa dalam Parlimen,” kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.
Rabu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat sebarang keputusan.
"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.
Selain Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan itu.
"Tengku Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu," kata Aziz.
Aziz berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan kestabilan kepada parti.
Bagaimanapun Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7 pemimpin itu.
"Pertama, kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.
Sementara Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan kepada parti Melayu itu.
Hamidi sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar mahu menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.
"Adakan saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.
"Rasanya akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang lain," katanya.
Pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang dimaksudkan Ku Nan.
"Saya tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun setiausaha agung adalah kawan baik saya.
"Ada orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu," kata Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.
Najib ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Beliau merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam Umno. – 30 Oktober, 2015

Saya akan pertahankan Muhyiddin - Nazri Aziz

Astro Awani |  Oktober 30, 2015 12:07 MYT   

Saya akan pertahankan Muhyiddin - Nazri Aziz
Nazri berkata berkata UMNO harus berjiwa besar untuk membenarkan perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahlinya. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tetinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berikrar akan melakukan apa saja untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu sehingga pemilihan akan datang, lapor Malaysiakini.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dilaporkan berkata UMNO harus berjiwa besar untuk membenarkan perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahlinya.


"Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung.


"Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza," Nazri dipetik sebagai berkata.


Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Muhyiddin harus dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang.


"Biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah," katanya.


Bagaimanapun Nazri mengakui beliau tidak mengetahui mengenai dakwaan Muhyiddin bakal dikenakan tindakan dalam masa terdekat.

Sementara itu portal The Malaysian Insider melaporkan UMNO akan menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung parti itu pada Disember depan.

Ia ekoran serangan berterusan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.