Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Thursday, November 23, 2017

Benarkah wanita bertudung ini, suspek dalam pengeboman kuil?

Thailand tahan wanita bertudung, suspek pengeboman kuil Bangkok
Astro Awani, Agensi | Diterjemahkan oleh: Hamzah Hamid
Diterbitkan pada November 23, 2017 06:07 MYT
Wanna Suansan kembali ke Thailand dari sebuah negara luar pada Rabu dan ditangkap oleh Polis Thailand bagi menjawab pertuduhan terhadapnya. --fotoBERNAMA

BANGKOK: Polis Thailand pada Rabu menahan seorang wanita yang dikehendaki kerana menjadi suspek insiden pengeboman sebuah kuil pada tahun 2015 di Bangkok hingga mengorbankan 20 orang termasuk pelancong asing, lapor Reuters.

Insiden letupan di Kuil Erawan yang popular dalam kalangan pelancong di tengah-tengah bandar raya Bangkok itu, sebelum ini dilaporkan mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan kumpulan minoriti Muslim Uighur dari Xinjiang, wilayah barat China.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan yang antara lain membunuh lima warga China dan dua dari Hong Kong serta mencederakan lebih daripada 120 orang tersebut.

Suspek wanita Thailand itu, Wanna Suansan, 29, telah ditahan di lapangan terbang Bangkok, kata Timbalan Ketua Polis, Srivara Ransibrahmanakul.

Bagaimanapun, Srivara enggan mendedahkan dari mana wanita itu datang.

Wanna berdepan pelbagai dakwaan termasuk merancang pembunuhan dan memiliki senjata serta bahan letupan. Dia adalah antara 17 orang yang dikehendaki kerana terkait dengan pengeboman itu.

Dua lelaki Uighur yang turut didakwa melakukan serangan bom itu kini masih dalam perbicaraan di Thailand. Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Pasukan penyiasat berkata, pada tahun 2015, Wanna menyewakan sebuah bilik di Bangkok kepada salah seorang lelaki itu. Wanna telah meninggalkan Thailand sejurus serangan itu berlaku.

Polis tidak menyifatkan serangan itu sebagai aktiviti 'keganasan', sebaliknya mengaitkan insiden berkenaan sebagai tindak balas terhadap usaha pihak berkuasa membanteras rangkaian sindiket penyeludupan manusia.

Seorang saudara Wanna berkata, kepulangan Wanna ke Thailand adalah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Tuesday, November 14, 2017

The Star pula cari penyakit!

Shafie tuntut The Star mohon maaf
mk      Hari ini, 9:33 am
Peguam kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal telah menghantar notis tuntutan kepada Star Media Group Berhad berkenaan satu laporan khas yang diterbitkan akhbar The Star pada 29 Oktober lalu.

Shafie mendakwa artikel bertajuk "MACC sifting through the flow of RM48 million cash" itu bersifat fitnah.

Notis tuntutan yang dihantar firma guaman Law Practice of Rafique semalam mendakwa laporan itu menjatuhkan reputasi Shafie, sedangkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai.

"Artikel itu membuat beberapa dakwaan yang membimbangkan, mengarut dan bernada fitnah," kata notis tersebut yang dilihat Malaysiakini.

Surat itu menyatakan yang maklumat dalam artikel itu "dalam siasatan" dan hanya boleh didedahkan jika bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu didakwa di mahkamah.

"Jelas yang artikel yang dipersoalkan ini mencemarkan reputasi Sahfie, yang bukan sahaja seorang anggota parlimen, tetapi pernah menjadi menteri kanan dalam kabinet (Datuk Seri) Najib Abdul Razak dan sekarang tokoh utama dalam landskap politik Sabah melalui Parti Warisan Sabah, parti baru yang hari demi hari mendapat sokongan," kata surat itu lagi.

Kata surat itu, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan sebaliknya, dan walaupun SPRM telah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan di media, The Star tetap menerbitkan artikel itu dengan memetik sumber dalaman SPRM.

Dengan menerbitkan artikel itu, The Star dan SPRM telah menjejaskan proses undang-undang dan menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap Shafie dan merosakkan imejnya di mata umum, kata surat itu lagi.

"Justeru anda dituntut untuk membuat permohonan maaf terbuka kepada anak guam kami pada 19 November ini, di muka depan akhbar Sunday Star dan memaklumkan kepada kami sumber maklumat anda.

"Tindakan undang-undang akan diambil jika (The Star) gagal berbuat demikian," kata surat itu lagi.

Salinan notis tuntutan itu dihantar kepada peguam Star Media Group, firma guaman Shear Delamore.

Shafie ditahan pada 19 Oktober lalu, dalam siasatan SPRM berhubung kes penyelewengan dana projek pembangunan luar bandar antara 2009 hingga 2015.

Selain Shafie, beberapa pemimpin Umno termasuk adiknya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal, serta beberapa pemimpin WARISAN, turut ditahan.

Friday, November 10, 2017

Bugis: Kenapa Jusuf Kalla pula yang melenting?

Tun Mahathir akui terima kemudahan, isu Bugis bukan dituju pada Jusuf Kalla
BERNAMA  -  November 10, 2017 8:29 am 
Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) semalam mengakui masih menikmati beberapa kemudahan yang disediakan kerajaan untuk bekas perdana menteri selepas beliau berundur daripada jawatan itu, 14 tahun lepas

Menurutnya, kemudahan seperti pembantu rumah dan kakitangan di Yayasan Kepimpinan Perdana dikekalkan cuma mereka dihantar menggantikan pekerja lama dengan khidmat mereka masih dibayar kerajaan.

Mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bahawa kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau sedia menyenaraikan perjawatan yang ditarik balik termasuk yang tiada kaitan dengan kerajaan dan mendakwa pihak yang menawarkan perjawatan itu kepadanya dipaksa menarik jawatan yang diberikan.

Menurut JPM, sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr Mahathir, dengan kesemua perjawatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam.

Dr Mahathir, yang ditemui pemberita selepas sesi dialog kepimpinan dalam era digital di masa depan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, dalam pada itu, bertegas untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya berkaitan Bugis termasuk terhadap desakan yang dibuat Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang merujuk kepada etnik tersebut mahupun pihak Jusuf.

Mengenai tindakan polis membuka dua kertas siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya itu, Dr Mahathir berkata polis hanya menjalankan tugas mereka dan sedia disiasat jika dipanggil.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Okt 2003.

Baca juga: Dr M mengadu kakitangannya ditukar

K'jaan tak pernah tarik kemudahan bekas PM, termasuk Dr M

Thursday, November 9, 2017

Tindakan manusia bermaruah

Tariq Ramadan ambil cuti selepas tuduhan salah laku seksual
TMI · Diterbitkan pada 8 Nov 2017 9:27AM
Profesor Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford, Tariq Ramadan kini berdepan penyiasatan terhadap dua dakwaan rogol dan salah laku seksual. – Gambar EPA, 8 November, 2017.

ILMUAN Islam, Tariq Ramadan mengambil cuti daripada tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Oxford di England susulan beberapa dakwaan terlibat dalam jenayah rogol dan salah laku seksual, kata universiti itu.

Tariq sebelum ini menafikan dua tuduhan rogol yang dilemparkan oleh wanita Perancis, dan kemudian dakwaan dalam media di Switzerland mengenai salah laku seksual terhadap gadis remaja pada 1980-an dan 1990-an.

"Dengan persetujuan bersama, dan berkuatkuasa serta merta, Tariq Ramadan, Profesor Pengajian Islam Kontemporari, telah mengambil cuti daripada Universiti Oxford," kata universiti itu dalam satu kenyataan.

Tugas-tugas beliau akan diserahkan kepada orang lain dan beliau tidak akan hadir ke kampus, tambah kenyataan itu.

Menurut Oxford, tuduhan-tuduhan tersebut menimbulkan "tekanan yang memuncak dan boleh difahami" dan ia lebih memikirkan tentang "kesejahteraan pelajar dan kakitangan".

"Persetujuan bercuti tidak bermakna tanggapan atau pengakuan salah, dan membolehkan Profesor Ramadan menangani tuduhan sangat serius terhadapnya, yang semuanya beliau nafikan," kata kenyataan itu.

Tariq, 55, dengan tegas menyifatkan dakwaan sebagai "kempen fitnah oleh musuh-musuh saya" dan mempertikaikannya di mahkamah.

Ahli akademik itu menyambut baik kenyataan Oxford yang katanya "mempertahankan prinsip tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahan tanpa memperkecilkan dakwaan terhadap saya".

Dua wanita yang mendakwa dirogol berkata mereka pada mulanya bertemu Tariq untuk mendapatkan nasihat agama.

Aktivis wanita, Henda Ayari memberitahu akhbar Le Parisien dia "rasa macam hendak mati" ketika diserang di sebuah hotel di Paris pada 2012.

Seorang lagi wanita kurang upaya yang identitinya dirahsiakan mendakwa Tariq memukul dan merogolnya beberapa kali di sebuah hotel di Lyon pada 2009.

Peguam Tariq mendesak siasatan kemungkinan pengadu-pengadu ini berkomplot untuk membuat tuduhan berat itu. – AFP, 8 November, 2017.

Wednesday, November 1, 2017

Kalau tak reti baik diam, tak pasal-pasal kena lepok!

WEDNESDAY, NOVEMBER 01, 2017
Che Ibrahim Mohamed sekolahkan Idris Ahmad
Naib Pengerusi Amanah Kelantan Ust Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak perlu mendahului proses mahkamah dengan mendesak Ambiga atau Husam dan Rafizi tampil memberi keterangan ke atas dakwaan SR.

 "Kes saman ini masih di peringkat pengurusan kes, pihak defendan baru saja memasukkan pernyataan pembelaan ke atas pernyataan tuntutan yang telah difailkan oleh Hj Hadi ke atas pengarang SR.

 "Selepas selesai pengurusan kes, mahkamah akan meminta kedua dua pihak menyenaraikan saksi saksi yang akan dikemukakan dalam perbicaraan ini dan memasukkan pernyataan saksi masing masing.

 "Terserahlah kepada Hj Hadi untuk sapina mana mana saksi untuk menyokong tuntutannya, manakala pihak SR pula di ketika ini akan mengemukakan saksi saksi untuk mempertahankan dakwaannya."

 Mengulas lanjut, Ust Che Ibrahim berkata, samada Ambiga, Husam, Rafizi atau siapa saja yang akan disapinakan oleh SR untuk memberi keterangan di Mahkamah, hanya peguam Pas yang boleh menyoal balas saksi saksi tersebut untuk membuktikan dakwaan SR itulah adalah fitnah, bukannya mendesak saksi saksi memberi keterangan dan penjelasan di luar mahkamah.

 Beliau menasihatkan Pas supaya tidak membuat penghakiman mendahului keputusan mahkamah atau menjalankan prosiding perbicaraan mengikut tatacara sendiri yang sekadar semakin menampakkan kebodohan sendiri.

 Ust Ibrahim dipercayai mengulas kenyataan Naib presiden PAS Idris Ahmad yang menggesa Datuk Ambiga Sreenevasan memohon maaf kepada PAS selepas editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa beliau sumber dakwaan pemimpin PAS menerima dana daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 “Kalau betul dia kena minta maaf,” kata Idris kepada pemberita di Parlimen hari ini.

 “Sebagai peguam dan pejuang integriti, kebenaran dan pilihan raya bersih kenapa tiba-tiba jadi macam ini? Kredibiliti Sarawak Report boleh dipersoalkan…Apa tujuan dia? Fungsi dia?” katanya di sini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

Tuesday, September 26, 2017

Utusan Malaysia ni tak serik-serik cari pasal!

MB tuntut Utusan tarik laporan 'Azmin benar pesta arak'
mk   -   Hari ini, 3:50 petang

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, pejabat menteri besar Selangor berkata laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
"Kami mencabar Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berkata demikian.

"Menteri Besar menuntut penarikan balik tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia," petik kenyataan itu.
Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama "Azmin benar pesta arak" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas".

Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa "Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017" mahu diadakan di negeri ini.

Ia memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.

Satu laporan lain memetik pemimpin PAS dan sebuah NGO Melayu yang membidas Azmin.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dipetik sebagai berkata, arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa Azmin pada sidang akhbar semalam, memaklumkan bahawa sebarang majlis memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Beliau tidak akan melangkaui pihak berkuasa tempatan dalam hal ini. Sebagai menteri besar adalah kewajipan beliau untuk menegakkan dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur negara.

"Pendirian kerajaan negeri adalah sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja kita perlu menghormati hak kaum dan agama lain tetapi kita juga harus melindungi hak mereka," petik kenyataan itu.

Azmin kini berada di India atas urusan rasmi negeri.

Thursday, August 24, 2017

Apeker bengong buat fitnah macam ni?: Dr M jawab mesej tular itu

Tun M masuk ICU? Ini gambar beliau di rumah
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 21:57 MYT
Berita yang tersebar di media sosial mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dimasukkan ke ICU adalah tidak benar. -Pegawai peribadi Tun M

KUALA LUMPUR: Berita yang tersebar di media sosial mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke ICU adalah tidak benar.

Bercakap kepada Astro AWANI, pegawai peribadi beliau mengesahkan Dr Mahathir sedang makan di rumah.

Sementara itu, PPBM melalui akaun Facebooknya malam ini menafikan berita yang tersebar tentang bekas perdana menteri itu.

"Kami ingin memaklumkan bahawa sebaran mesej dibawah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali," tulis kenyataan itu.

Parti Pribumi BERSATU Malaysia
on Tuesday
Kami ingin memaklumkan bahawa sebaran mesej dibawah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Sekian. Terima kasih.
/Unit Media PPBM
----
BREAKING NEWS : Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya sebentar tadi. Menurut sumber, Tun Dr Mahathir telah diserang sesak nafas sewaktu beliau dalam perjalanan menghadiri majlis bersama pemimpin di Puchong sebentar tadi.
----

324


'Ramai mahu saya mati' 
Alya Azhar dan Shakira Buang -  Hari ini, 12:48 tengahari 
"Memang ramai yang berharap saya mati," kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Ditanya mengenai pandangannya selepas mesej palsu berkaitan keadaan kesihatannya tersebar bekas perdana menteri itu berkata, beliau kini sihat.

"Adakah kamu nampak saya macam orang baru sembuh daripada penyakit serius?" katanya kepada media di Putrajaya hari ini. 

Menurut Dr Mahathir ramai orang berfikiran begitu - mahu beliau meninggal dunia segera.

"Mereka berharap saya mati sebab saya pengacau dan berbahaya kepada seluruh negara," katanya.

Pada 22 Ogos lalu sebahagian penyokong pembangkang gempar apabila menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp kononnya Dr Mahathir dikejarkan ke hospital. 

Menurut mesej itu, Dr Mahathir terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Putrajaya kerana sesak nafas walaupun ketika itu dalam perjalanan untuk menghadiri program parti di Puchong. 

Bagaimanapun BERSATU kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan mesej tular itu

Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu kini menjadi pemimpin pembangkang dan sedang berusaha untuk menumbangkan Umno dan sekutunya dari tampuk kuasa. 

Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Najib Razak terpalit dengan gejala rasuah, tetapi perdana menteri menafikan dakwaan itu. 

Beliau sejak beberapa bulan kebelakangan ini sering membuat penampilan di pentas pembangkang dan dijangka menghadiri forum pelaburan China di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Khamis ini.

Tuesday, August 22, 2017

Siar berita palsu: Media pro-BN berdepan tindakan saman

Siar berita palsu Exco P.Pinang: Media pro-BN berdepan tindakan saman
Pada 21 Ogos 2017

GEORGE TOWN, 21 OGOS: Beberapa media kawalan Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan tindakan undang-undang ekoran penyiaran berita palsu kononnya empat akaun milik Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh telah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Phee dalam kenyataannya berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya RSN Rayer supaya menghantar notis undang-undang kepada media tersebut demi membersihkan nama dan melindungi keselamatan keluarganya.

“Saya dan pihak keluarga amat terperanjat dan marah dengan laporan palsu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, begitu juga akhbar berbahasa Cina; Sin Chew Jit Poh dan Guan Ming Daily kononnya sejumlah RM2 juta dalam empat akaun bank saya telah dibekukan SPRM.

“Saya tidak memiliki RM2 juta seperti yang dilaporkan dalam akaun-akaun bank tersebut. Saya akan memfailkan saman terhadap media kawalan BN ini yang dilihat mahu memusnahkan reputasi dan integriti saya termasuk imej bersih kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang,” kata beliau.

Adun Sungai Puyu itu turut melahirkan rasa hairan dari mana maklumat-maklumat palsu tersebut diperolehi.

“Adakah mereka mendapatkannya dari SPRM atau adakah mereka mencipta pembohongan itu untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang?

“SPRM perlu bersih dan mengeluarkan kenyataan sama ada wujusdnya maklumat bocor dan jika ada, ia perlu diambil tindakan tegas,” katannya.

Tindakan media kawalan BN itu katanya jelas satu lagi percubaan konspirasi politik terhadap dirinya dan kerajaan negeri.

“Saya ingin mengulangi bahawa saya bersih dan bebas dari rasuah. Saya tidak pernah mengambil wang dari kilang haram penapisan karbon di Sungai Lembu; dan saya mahupun keluarga tidak mempunyai sebarang kepentingan kepada kilang mahupun pemiliknya,” tegas Phee. -  sumber

Thursday, June 22, 2017

Pemimpin parti Islam bermulut busuk yang pengecut!

Razman mohon maaf kaitkan Amanah dengan komunis
21 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Razman Zakaria

Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya mengaitkan penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Permohonan maaf itu dibuat beberapa jam selepas Amanah melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak.

Hanipa mewakili Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, yang wajah mereka terdapat dalam poster yang dikongsikan Razman di Facebooknya.

Razman yang memaparkan poster bertajuk "sejarah yang berulang" dengan membandingkan penubuhan Amanah yang didakwa Proksi DAP dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan PKM.
Posting Razman Zakaria

Turut dipaparkan ialah wajah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru Razman diberi masa 14 hari untuk membuat permohonan maaf.

Razman juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam kes tahun 2015 itu, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya.

Ia ekoran sebuah rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP yang dilihat cuba menjatuhkan dan memburukkan imej serta nama baik bekas Menteri Besar Perak itu.

Thursday, June 1, 2017

Ganti setan di bulan Ramadhankah?

Di bulan Ramadhan Syaitan dan Iblis dirantai

* YDP PAS Gombak lagi.......

Cukup bagus dan elok benar PAS kumpulkan manusia-manusia yang berotak begini di dalam partinya yang sekarang telah berubah arah dan haluan.

Kalau tuduhannya tak masuk dek akal, maka penuduhnya pula tidak berakal!

DAP cabar Salehhuddin tunjuk bukti atau mohon maaf
WARTAWAN SINAR HARIAN 1 JUN 2017
Shukri (tengah) bersama peguam, Farhan Haziq Mohamed (kanan), Setiausaha DAP Cawangan Taman Maya, Lim Yi Wei selepas membuat laporan polis, semalam.

PETALING JAYA - DAP mencabar Yang Dipertua Pas Gombak, Salehhuddin Nasir untuk mengemukakan bukti kukuh mengenai penganjuran parti arak dan onani seperti mana kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook  miliknya baru-baru ini.

Setiausaha Organisasi Dapsy Subang, Shukri Mokhtar berkata, pemimpin Pas itu diberikan tempoh masa selama 48 jam untuk mengemukakan bukti atau membuat permohonan secara terbuka sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Hari ini kami membuat satu laporan  polis terhadap kenyataannya yang kami anggap amat keterlaluan. Kami kecewa dengan keadaan yang berlaku kerana Ramadan bermula dengan perbuatan fitnah.

“Sepatutnya di bulan penuh mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk melakukan perkara yang lebih membawa kepada kebaikan,” katanya pada sidang media, semalam.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahlinya terutama pimpinan supaya mengawasi setiap tulisan mereka di laman sosial.

Menurutnya, ia sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan parti itu.

Pada masa sama,  Shukri melihat tindakan Salehhuddin seolah-olah sedang mengapi-apilan perpaduan antara orang Islam dengan bukan Islam.

“Perkara seperti ini adalah sesuatu yang tidak matang malah tidak membawa kesejahteraan kepada negara.

“DAP sering menjadi mangsa fitnah, dan disebabkan itu beliau perlu mengemukakan bukti atau permohonan maaf,” ujarnya.

* Satu lagi sifat setan (dengki/dendam kesumat?): PAS ‘meluat’ tengok pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

Sunday, May 7, 2017

Bukan nak bela sapa-sapa kerana fakta tetap fakta, cuma manusia berkepentingan yang menipu!

Peniaga Cina paling ramai diambil tindakan oleh MBPP di Pulau Pinang

MAJLIS Bandaran Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan statistik tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak berkuasa itu terhadap peniaga dan penjaja atas pelbagai kesalahan di Pulau Pinang dari bulan Januari 2017 hingga April 2017 berdasarkan pecahan kaum.

Jumlah peniaga dan penjaja berbangsa cina yang diambil tindakan sepanjang tempoh itu ialah sebanyak 158, sekaligus merupakan bangsa paling ramai diambil tindakan, diikuti 103 bangsa Melayu, 31 India dan lain-lain bangsa sebanyak 13.
Data ini secara tidak langsung menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya MBPP hanya mengambil tindakan terhadap penjaja Melayu namun membiarkan sahaja penjaja berbangsa Cina melakukan kesalahan di Pulau Pinang.

Antara kesalahan-kesalahan berkaitan yang disenaraikan dalam penguatkuasaan itu ialah, 

1. Penjaja tanpa lesen
2. Kebersihan Premis Makanan
3. Perobohan binaan tambahan
4. Halangan
5. Hotel tanpa lesen
6. Pusat hiburan tanpa lesen

Data ini tentu sekali tidak akan dikeluarkan oleh media-media pengampu BN (sebut Barang Naik) seperti TV3, dan Utusan Malaysia.

Ini kerana media-media pengampu ini akan terus memainkan sentimen bangsa berulang-ulang kali supaya orang-orang Melayu menjadi marah kepada pentadbiran Pulau Pinang yang dipimpin oleh parti komponen Pakatan Harapan iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP).


"Jika kamu sebarkan penipuan berulang-ulang kali, akhirnya orang akan fikir bahawa penipuan itu sesuatu yang benar," — Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi German — 1933 hingga 1945

- sumber

Tuesday, April 18, 2017

Aku pun tertipu gak: Alahai Sang Kelembai, rupanya ko ciplak dari Raja Putar Alam!

Pada 11 April lalu aku ada publishkan N3 tentang tuduhan ini betajuk Kantoi: Husam terima dedak Genting. Sebenarnya aku CnP dari status FB milik Zaharin yang menyatakan duit itu bukan hasil judi.

Tak tau pulak yang Hantu Kelembai ni suka juga ciplak walau pun fitnah. Petut ler baru-baru ni kena cekup SKMM juga kerana status FBnya


Alahai PAS, Bila Dah Terdesak Najis Pun Dicapai
18 Apr 2017
Husam beri amaran saman penulis blog dakwa terima duit judi 

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat perjudian untuk kegunaan Pas sewaktu masih berada dalam parti itu. 

Dakwaan itu dibuat seorang penulis blog Zaharin Mohd Yasin yang menulis di Facebooknya pada 10 April lalu. 

Sehubungan itu Husam melalui peguamnya Faiz Fadzil menghantar notis menuntut Zaharin memohon maaf di Facebooknya dan menarik balik dakwaan itu. 

"Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Zaharin untuk tarik balik dan buat permohonan maaf. Tak perlu melalui media cukup di Facebooknya," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini. 
Adun Salor itu juga berkata beliau tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya yang disebut Zaharin Tan Sri Lim Goh Tong. 

Dakwaan itu asalnya dibuat penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini berada di luar negara kemudian ditulis oleh Zaharin dengan sedikit pengubahsuaian. 

"Zaharin mengulangi tuduhan yang dikemukakan oleh RPK yang membangkitkan isu saya menerima wang daripada Genting kemudian Zaharin mengulangi dalam bentuk sedikit pengubahsuaian bahawa duit itu bukan duit haram. 

"Kedua-dua tuduhan RPK dan Zaharin ini adalah tidak benar. Saya tak pernah jumpa Genting dan Tan Sri Goh sepanjang hayat beliau dan tidak pernah menerima satu sen duit daripada Genting sama ada untuk diri saya atau untuk Pas. Jadi tuduhan ini telah diviralkan facebookers Pas khususnya," jelasnya yang juga bekas naib presiden Pas. 

Bagaimanapun beliau tidak membuat tuntutan yang sama ke atas RPK kerana penulis blog itu berada di luar negara dan berstatus bankrap. 

"Saya akan buat demikain (tuntutan maaf) kepada RPK jika beliau balik ke Malaysia dan bebas daripada status bankrapsi. Kalau dia bankrap dan ada luar negara adalah sia-sia kita failkan saman. Fail saman ini ke atas Zaharin adalah bagi membuktikan tuduhan beliau adalah tidak benar," katanya. -MD 


ULASAN GB 

Saya pelik dengan facebookers PAS yang menyebarluaskantuduhan dan fitnah dari RPK dan Zaharin.

Nampaknya begitu terdesaknya penyokong PAS sehingga menjadikan beberapa orang yang mempunyai integriti yang dipersoalkan seperti RPK, Zaharin dan Ridhuan Tee sebagai rujukan muktabar mereka sekarang ini. 

Betullah kata-kata seorang anak raja, bila dah terdesak, najis pun dicapainya... huhu... 

Dicatat oleh Green Boc di 7:30 PG

Monday, April 17, 2017

Terima duit judi: Husam ancam saman Zaharin Yasin

Husam beri amaran saman penulis blog dakwa terima duit judi
17 April 2017 | HAZAYANI ZAKARIA
Husam Musa

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat perjudian untuk kegunaan Pas sewaktu masih berada dalam parti itu.

Dakwaan itu dibuat seorang penulis blog Zaharin Mohd Yasin yang menulis di Facebooknya pada 10 April lalu.

Sehubungan itu Husam melalui peguamnya Faiz Fadzil menghantar notis menuntut Zaharin memohon maaf di Facebooknya dan menarik balik dakwaan itu.

"Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Zaharin untuk tarik balik dan buat permohonan maaf. Tak perlu melalui media cukup di Facebooknya," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.

Adun Salor itu juga berkata beliau tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya yang disebut Zaharin Tan Sri Lim Goh Tong.

Dakwaan itu asalnya dibuat penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini berada di luar negara kemudian ditulis oleh Zaharin dengan sedikit pengubahsuaian.

"Zaharin mengulangi tuduhan yang dikemukakan oleh RPK yang membangkitkan isu saya menerima wang daripada Genting kemudian Zaharin mengulangi dalam bentuk sedikit pengubahsuaian bahawa duit itu bukan duit haram.

"Kedua-dua tuduhan RPK dan Zaharin ini adalah tidak benar. Saya tak pernah jumpa Genting dan Tan Sri Goh sepanjang hayat beliau dan tidak pernah menerima satu sen duit daripada Genting sama ada untuk diri saya atau untuk Pas. Jadi tuduhan ini telah diviralkan facebookers Pas khususnya," jelasnya yang juga bekas naib presiden Pas.

Bagaimanapun beliau tidak membuat tuntutan yang sama ke atas RPK kerana penulis blog itu berada di luar negara dan berstatus bankrap.

"Saya akan buat demikain (tuntutan maaf) kepada RPK jika beliau balik ke Malaysia dan bebas daripada status bankrapsi. Kalau dia bankrap dan ada luar negara adalah sia-sia kita failkan saman. Fail saman ini ke atas Zaharin adalah bagi membuktikan tuduhan beliau adalah tidak benar," katanya.

Saturday, April 1, 2017

Ini lawak mengarut!

‘Jamal, kita jumpa di mahkamah’ –Teresa Kok
Pada 31 Mac 2017
KUALA LUMPUR, 31 MAC: Segala fitnah jahat Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos kononnya sebanyak RM2 juta di bawah program Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) diselewengkan adalah taktik kotor menjelang pilihanraya untuk menjatuhkan reputasi DAP.

Ekoran fitnah itu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini diserbu beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serbuan itu berhubung dakwaan penyelewengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah program YAWAS.

Menurut Teresa, pihaknya tidak gentar kerana telah mengikuti segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

“Berdasarkan laporan media, Jamal menuduh saya mengeluarkan sebanyak RM2 juta dari akaun bank SMUE. Ini lawak mengarut!

“Adakah dia fikir pegawai kerajaan Selangor terlalu bodoh untuk benarkan saya buat demikian?” soalnya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kata Teresa, peguamnya Sankara Nair telah pun mengeluarkan surat tuntutan kepada Jamal Yunos dua minggu lalu tetapi tidak dibalas.

“Jadi, Jamal, kita jumpa di mahkamah!” tegas Teresa.

SMUE merupakan skim khairat kematian yang disediakan kerajaan Selangor.

Teresa berkata, pejabatnya telah pun membuat pengagihan bantuan itu sebanyak RM2,500 kepada waris ahli keluarga yang meninggal dunia.

“Tuduhan jahat Jamal Yunos jelas merupakan taktik kotor untuk memfitnah saya dan rakan-rakan yang lain menjelang Pilihan Raya Umum ke 14,” katanya lagi. - sumber

Wednesday, March 15, 2017

Dah kekeringan modal atau nak tutup isu Forest City?

Akhbar milik Umno didakwa fitnah kerajaan P Pinang beri diskaun warga asing beli tanah
15 Mac 2017 | MALAYSIA DATELINE
Jagdeep Singh Deo - Foto Buletin Mutiara

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa sebuah akhbar arus perdana terus memfitnah mereka dengan menyatakan bahawa kerajaan negeri menyediakan diskaun kepada warga asing yang mahu membeli hartanah di negeri itu.

Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, artikel bertajuk “Warga asing diberi diskaun membeli hartanah di Pulau Pinang” yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin lalu tidak tepat serta berbaur fitnah.

Beliau seperti dilaporkan Roketkini menjelaskan, tidak ada perbincangan dilakukan antara kerajaan negeri dan pemaju berhubung pemberian diskaun kepada warga asing yang ingin memiliki hartanah di negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, pihak pemaju hanya mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbangkan semula harga siling (had) hartanah yang boleh dibeli warga asing berikutan keadaan ekonomi yang tidak memuaskan.

“Pihak pemaju minta untuk mengurangkan harga siling bagi rumah berstrata kepada RM800,000. Sebelum ini harga siling bagi rumah bertanah adalah RM2 juta, manakala bagi rumah jenis berstrata RM1 juta.

“Levi sebanyak tiga peratus di atas harga jualan (rumah) juga minta dikurangkan tapi belum ada keputusan muktamad dibuat kerana kami perlu meneliti alasan dan justifikasi pihak berkepentingan terlebih dahulu,” katanya seperti dipetik Roketkini.

Sementara itu, Jagdeep yang juga Adun Datuk Keramat menempelak kenyataan seorang pemimpin Gerakan yang dilaporkan dalam akhbar sama, mendakwa kerajaan negeri tidak membina cukup rumah mampu milik untuk penduduk negeri itu.

Sedangkan, menurut Jagdeep, kerajaan negeri membina lebih banyak rumah mampu milik, rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah untuk penduduk Pulau Pinang berbanding Gerakan-Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negeri berkenaan sebelum 2008.

“Dia (pemimpin Gerakan itu) kata kita (kerajaan negeri) abaikan rakyat biasa dengan tidak membina rumah-rumah mampu milik yang mencukupi di Pulau Pinang.

“Saya nak cabar dia, bolehkah dia nafikan kerajaan negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 telah membina, sedang membina dan akan membina 60,000 unit pelbagai jenis rumah mampu milik daripada harga RM42,000 hingga RM300,000?

“Dalam tempoh yang sama, sehingga tahun sudah (2016), kerajaan negeri telah membina secara fizikal 20,000 rumah kos rendah dan kos sederhana rendah,” ujarnya.

Dalam tempoh 2000 hingga 2007, menurutnya, hanya 5,000 unit rumah pelbagai jenis dibina oleh Gerakan-BN di Pulau Pinang.

* Alaa.....apa nak kepoh, kalau tak benar saman jerlah. Lagi pun dalam bab fitnah ni depa selalu kalah di Mahkamah

Monday, March 13, 2017

Fitnah penyelewengan dana: Teresa Kok sedia saman Jamal

Difitnah seleweng dana YAWAS, Teresa Kok sedia saman Jamal
Pada 12 Mac 2017
oleh RoketKini
KUALA LUMPUR, 12 MAC: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menjadi mangsa terbaru siri fitnah yang kini semakin diperhebat oleh konco-konco UMNO Barisan Nasional.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus baru-baru ini menuduh Teresa sebagai kononnya menyeleweng wang ehsan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Malah, laporan portal berita BNBCC pada 9 Mac lalu bertajuk ‘Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS’ turut sengaja memutar belit fakta dengan tidak membentangkan penerangan sebenar beliau.

Kesal dengan apa yang berlaku, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata sedang mempertimbangkan tindakan mahkamah terhadap Jamal dan beberapa portal atas talian yang menyebarkan fitnah ke atasnya.

Menurutnya, YAWAS merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menguruskan semua tabung kebajikan termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Kuasa pemberian wang ehsan di bawah SMUE, katanya, diberi kepada Adun Pakatan Rakyat di Selangor dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan.

“Tujuan ia diperluas ke Kuala Lumpur adalah kerana ramai warga Selangor bermastautin di Kuala Lumpur. Lebih mudah bagi waris untuk membuat permohonan di pusat khidmat Ahli Parlimen,” jelasnya.

Teresa berkata, setiap wakil rakyat diberi satu kad ATM dengan akaun bank khas oleh Pejabat Daerah. Setiap akaun itu pula diperuntukkan sebanyak RM10,000 sebagai permulaan.

Pegawai di pejabat wakil rakyat bertanggungjawab menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak RM1,000 untuk diberi kepada setiap keluarga si mati yang memohon dana SMUE.

“Selepas ia habis, staf pegawai akan hantar semua dokumen pemohon kepada Pejabat Daerah untuk rekod agar RM10,000 dapat ditambah dan diagihkan kepada pemohon.”

Menurutnya, semua rekod pemberian wang ehsan kepada waris si mati yang merupakan warga Selangor telah disimpan baik oleh pejabat Daerah.

“Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ehsan. Pejabat Daerah Petaling mempunyai semua rekod penerima wang SMUE.

“Tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan Jamal terhadap saya dan rakan-rakan parti pembangkang memang menunjukkan beliau telah bankrap dari segi idea dan isu politik terhadap kami,” ujarnya. – Roketkini.com

Tags : Ahli Parlimen Seputeh, datuk jamal yunus, kerajaan negeri selangor, ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, naib pengerusi DAP, SMUE, teresa kok, YAWAS