Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, November 30, 2013

Warga Asing, Warga Asing, Warga Asing.....Tak Habis Datang Buat Celaka!

Sabtu November 30, 2013
Suspek Bunuh Nenek 74 Tahun Dipercayai Warga Asing
BATU PAHAT: Suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang nenek berusia 74 tahun dan rompakan kedai runcit miliknya di Jalan Jelawat, Taman Banang, pada Jumaat lepas dipercayai warga asing.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek, yang merupakan seorang lelaki itu berkemungkinan bertindak sendirian dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi.
"Daripada rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh, suspek menunggang basikal dan meninggalkannya di tepi kedai runcit sebelum menuju ke arah belakang.
"Ini mungkin kes jenayah oportunis," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kejohanan badminton Ketua Polis Johor oleh Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim di sini, Sabtu.
ACP Din berkata siasatan sedang dijalankan dan menggesa saksi supaya tampil.
Pada 22 November lalu, mayat Lau Pow Ling ditemui kira-kira pukul 9.00 pagi oleh dua anak lelakinya.
Polis berkata, keluarga Lau bimbang selepas mereka cuba menghubunginya dari pukul 6.30 pagi, tetapi semua panggilan tidak dijawab.
Apabila mereka pergi ke kedai, mereka mendapati mangsa tidak bertindak balas dengan kecederaan di bahagian kepala dalam sebuah bilik di belakang premis itu.
Dia dipercayai telah dipukul dengan kayu besbol.
Terdapat lubang pada bahagian siling kedai dan kaunter di kedai ini telah digeledah

Nampak Macam Penyokong Tegar UMNO, Takkan Adnan Tak Boleh Bantu Orang Tua Ni?

Dalam keadaan ini sentimen politik patut dibuang
Tak kiralah PAS atau UMNO
Yang patut dibantu, bantulah dia terutama kerajaan negeri di mana BN yang memerintah

Mangsa kebakaran tiada pilihan tinggal di pondok

SPR Berubah Pendirian?

Sebelum ini cukup susah untuk mengiktiraf pemantau luar terutama pemantau asing
Wakil dari pembangkang lagilah.....


SPR cadang wakil parti jadi pemantau kempen p'raya
Ahmad Fadli KC
  • 6:19PM Nov 30 2013
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan agar parti-parti politik menghantar wakil calon atau parti sebagai anggota penguatkuasa kempen pilihan raya bagi memantau perjalanan pilihan raya.

Mereka diharapkan akan membantu Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) membuat keputusan dalam isu melibatkan aktiviti kempen dan bahan kempen.

"Parti politik perlu menghantar wakil calon atau parti sebagai anggota PP-KPR bagi memudahkan PP-KPR membuat keputusan ketika berhadapan dengan isu-isu tertentu mengenai aktiviti berkempen dan pemasangan bahan kempen.

"Wakil-wakil parti juga perlu mengikut taklimat yang dibuat oleh SPR," kata Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataannya hari ini mengenai Laporan Mesyuarat Post Mortem Pilihan Raya Umum ke-13. .

Cadangan itu adalah sebahagian daripada laporan post-mortem pilihan raya umum ke-13 yang turut meliputi pilihan raya kecil N01 Besut pada bulan Julai dan N20 Sungai Limau pada 5 November lalu.

Menurut Abdul Ghani, SPR pada masa yang sama telah meningkatkan latihan untuk mengisi Borang 13 ((Penyata Kertas Undi) dan Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi).

Menurut Ghani, ia telah bermula sejak dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Cadangan penambahbaikan ialah SPR akan meningkatkan latih amal dalam pengisian Borang 13 dan Borang 14 dan kajian sedang dibuat bagi mempermudahkan pengisian borang-borang tersebut.

Dalam kebanyakan pilihan raya sebelum ini, Borang 14 sering menjadi pertikaian calon-calon yang bertanding.

Kontroversi timbul apabila sesetengah wakil calon mendakwa mereka tidak diberikan salinan borang itu atau petugas enggan menandatangani borang berkenaan.

Mengulas masalah pemilih yang tinggal serumah tetapi mendapati lokaliti mengundi mereka berbeza antara satu sama lain, Abdul Ghani menggesa pemilih agar memastikan alamat pada kad pengenalan mereka adalah betul dan tepat. 

Begitu juga dengan masalah terlalu banyak pemilih didaftarkan pada alamat yang sama, Abdul Ghani berkata ia berlaku di kawasan setinggan kerana pemilih mahu memudahkan urusan surat-menyurat yang melibatkan posmen.

Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Ghani berkata SPR akan meneliti cadangan membenarkan wakil menerima Sampul Keutamaan bagi pihak pengundi pos yang tiada di rumah kerana bekerja. 
    
Katanya, cadangan itu bertujuan memastikan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos dapat diserahkan kepada setiap pemilih pos dan seterusnya membolehkan mereka untuk mengundi.
    
"Sebelum ini terdapat pemilih pos yang tidak dapat mengundi kerana Sampul Keutamaan tidak dapat diserahkan disebabkan pemilih berkenaan tiada di rumah kerana bekerja. 
    
"Peraturan sedia ada tidak membenarkan Sampul Keutamaan diambil oleh wakil pengundi," katanya.

Post mortem yang diadakan serentak mengikut negeri-negeri itu berakhir Julai lepas dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Ketua Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya, wakil Ketua Tempat Mengundi dan Penyelia Pusat Mengundi serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
    
Abdul Ghani berkata isu membenarkan wakil menerima Sampul Keutamaan itu antara cadangan penambahbaikan yang diterima SPR susulan mesyuarat itu yang bertujuan mengenal pasti kelemahan dan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memastikan pengurusan dan proses pilihan raya dijalankan dengan teratur dan lancar berdasarkan peruntukan undang-undang.
    
Beliau berkata bagi memastikan pengurusan kertas undi pos yang lebih efisien, SPR juga akan menambahbaik prosedur penghantaran dan penerimaan balik karung kertas undi pos yang dibuat oleh kurier polis/tentera bagi mengatasi masalah kelewatan mengembalikan karung kertas undi pos ke pusat pengiraan undi. 
    
"SPR juga telah membuat penyelarasan dengan Pos Malaysia Berhad (PMB) supaya beroperasi pada hari cuti Sabtu dan Ahad untuk tujuan penghantaran kertas-kertas undi pos ke luar negara," katanya. 
    
Sebagai usaha menangani masalah kesesakan di pusat mengundi, terutamanya yang mempunyai banyak saluran, SPR akan menimbang keperluan menjadikan premis-premis yang sesuai di dalam kawasan berkenaan sebagai pusat mengundi, katanya. 
    
"SPR telah menetapkan jumlah maksimum pengundi seramai 3,850 dengan enam saluran mengundi. Saluran pertama seramai 350 pemilih diikuti saluran berikutnya maksimum 700 pemilih," katanya. 
    
Abdul Ghani berkata bagi menangani isu kesukaran mengesahkan status muflis, SPR akan berbincang dengan parti politik bagi mencari kaedah sesuai untuk membolehkan semakan dapat dibuat lebih awal dengan Jabatan Insolvensi. 
    
Katanya, SPR turut memberi perhatian kepada cadangan supaya latihan dan taklimat kepada petugas pilihan raya serta ejen parti dilaksanakan secara lebih berkesan dengan memberi penekanan kepada latihan amali bagi memastikan mereka benar-benar memahami segala prosedur dan istilah pilihan raya bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kecelaruan. 
     
Abdul Ghani berkata SPR juga telah menetapkan pengambilan petugas SPR dalam kalangan penjawat awam pada masa akan datang, berdasarkan gred tertentu bagi memudahkan kefahaman mengenai proses pilihan raya dan kepimpinan dalam kalangan petugas berkenaan. 
    
Katanya SPR juga disaran memperbaiki kelemahan prosedur mengumumkan keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap pusat penjumlahan rasmi undi bagi mengelak masalah kelewatan mengumumkan keputusan yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan kemungkinan berlaku ketegangan antara penyokong-penyokong parti. 
    
Mengenai dakwat kekal, Abdul Ghani berkata SPR telah membuat penambahbaikan dalam kandungan bahan dakwat, kaedah penyimpanan, kaedah penandaan pada jari daripada dicalit kepada dicelup, serta menyediakan panduan tatacara penggunaan kepada kerani pengundian sebagai langkah menggelak sebarang cubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab. 
    
"Penambahbaikan itu telah dilaksanakan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu dan Sungai Limau, Kedah," katanya.
    
Berhubung isu berbeza lokaliti walaupun tinggal dalam satu rumah, Abdul Ghani berkata penetapan lokaliti adalah berdasar kepada alamat pada kad pengenalan pemohon yang seterusnya akan menentukan alamat pusat mengundi bagi pemohon berkaitan. 
    
"Oleh yang demikian seseorang pemilih hendaklah memastikan agar alamat yang digunakan pada kad pengenalan hendaklah betul dan tepat," katanya. 
    
Menjelaskan isu ramai pemilih didaftar dalam satu alamat, sepertimana kes yang berlaku di Kg Sungai Pusu, Gombak dan Pandamaran di Klang, Abdul Ghani berkata hasil siasatan SPR mendapati perkara itu berlaku kerana ada sebilangan pemilih yang menggunakan satu alamat yang sama sebagai alamat surat-menyurat.
    
Perkara itu, katanya sering berlaku di kawasan-kawasan penempatan setinggan dengan alasan alamat surat-menyurat yang digunakan adalah lebih mudah diakses oleh posmen.

Pengantin Yang Menarik Di Mata Dan Menyejukkan Jiwa

GAMBAR PERKAHWINAN KEDUA USTAZ SYED ABDUL KADIR SYED HUSSIN AL JOOFRE DENGAN SALIMA AF

Tahniah diucapkan untuk anda berdua

Sumber gambar dari blog Omak Kau 

Agak-Agak Apa Yang Tak Kena Dengan siTua Kutuk Ni?

Datuk saudara durjana

Friday, November 29, 2013

Kementerian Pertahanan Thailand diserbu

BANGKOK - THAILAND. Kira-kira 1,500 penunjuk perasaan anti-kerajaan terdiri daripada kumpulan Baju Kuning semakin garang apabila nekad berhimpun dalam perkarangan ibu pejabat Tentera Diraja Thai di sini, pagi tadi.

Protes mendesak penggulingan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra itu dilihat terus meruncing susulan tindakan berani mereka yang tidak menghiraukan amaran tentera.

Media melaporkan, ribuan peserta tunjuk perasaan itu juga bertindak memanjat pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil membawa bendera dan meniup wisel.

“Kami mahu tahu pendirian tentera,” jerit seorang penunjuk perasaan. Memetik laporan Reuters, di daerah lain, kira-kira 1,000 orang berkumpul di luar ibu pejabat parti pemerintah Yingluck, sambil menjerit “Keluar!, keluar!".

Bagaimanapun keadaan reda selepas mereka bersurai secara aman. Sementara itu, pemimpin protes mega Suthep Thaugsuban berkata, beliau sanggup mati kerana negara.

Sebelum ini, Thaugsuban, 64, sering dilihat memakai sut dan tali leher selaku Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Eksekutif Kanan Parti Demokrat.

Kini, beliau menjauhkan dirinya daripada parti itu untuk menjadi seorang pejuang jalanan.

“Saya berikrar menggulingkan Yingluck dengan mengambil alih setiap kementerian kerajaannya  melalui perarakan mega. Jika kami tidak berjaya, maka saya sanggup mati dalam medan pertempuran.

"Rakyat akan berhenti hanya apabila kuasa negara berada di tangan mereka. Tidak ada rundingan lagi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula meluahkan kebimbangan terhadap protes itu.

Beliau menggesa semua pihak supaya menyelesaikan krisis tersebut melalui rundingan.

“Semua pihak perlu menahan diri daripada menggunakan keganasan dan menunjukkan rasa hormat sepenuhnya terhadap kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia,” katanya. - sumber

Peminat Setia Seolah Ditololkan!

Kerana ada yang keras kepala perkara yang baik menjadi kerus
Kalau tidak berdendam, isu ini pasti boleh diselesaikan dengan baik!
Bolesepak yang rugi

Isu makin parah
Oleh Wan Fakhrul Bakar

Wakil FAM mungkin tarik diri daripada Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara

Kuala Lumpur: Isu pelantikan Tan Sri Annuar Musa menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara ‘semakin parah’ kerana wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang turut dilantik kemungkinan besar menarik diri daripada menyertai jawatankuasa berkenaan.

FAM terpaksa bertindak demikian kerana penyertaannya ke dalam jawatankuasa itu dikhuatiri melanggar peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 


juga seolah-olah mengiktiraf individu yang dikenakan tindakan penggantungan daripada aktiviti bola sepak oleh FAM. 

Menurut sumber rapat dengan AFC, penyertaan FAM dalam jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah salah kerana ia turut dianggotai individu yang masih dalam penggantungan daripada aktiviti bola sepak oleh badan induk bola sepak negara itu sendiri.

Tak boleh letak

“Pada dasarnya FAM tidak boleh meletakkan wakilnya dalam jawatankuasa berkenaan.

“Jika wakil badan induk itu tidak menarik diri, FAM seolah-olah menyokong tindakan jawatankuasa berkenaan yang menyenaraikan Annuar yang masih menjalani penggantungan sehingga Oktober tahun depan,” katanya semalam. 


Beliau bagaimanapun berkata, apa pun semuanya terpulang kepada cadangan atau arahan yang akan dikemukakan Jabatan Undang-Undang AFC kepada FAM dalam beberapa hari lagi.

Profesor Ni Dah Tersampuk Ker?

Dia lupakah apa itu UMNO
Dia jahilkah siapa dia di dalam BN?
Yang penting sanggupkah UMNO meninggalkan rakan sebantalnya di dalam BN?
Beranikah UMNO menyanggah parti-parti kapir di dalam BN tu?
Di kala siBintang porno hina Hukum pun UMNO bisu!

Pas, Umno perlu gabung jika mahu laksana hudud

Zaid Ni Islam Atau Melayu?

Zaid dah keliru yang dia tu Islam ke apa
Dia lupa yang Hukum yang diturunkan Allah untuk Umat Islam lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia ciptaan Lord Reid yang diagungkan oleh UMNO itu

Mana lebih hipokrit di sisi Tuhanmu antara manusia yang menyatakan Hukum Allah kepada Umatnya berbanding dengan manusia yang mengaku Islam tetapi berbuat apa saja mengikut nafsunya berpandukan tafsiran otaknya tanpa merujuk kepada Nas?

Patutlah sehingga sekarang dia tidak bergelar 'Haji Zaid'!

Zaid: Pemimpin hipokrit halang Muslim berjudi
mk - 12:31PM Nov 29 2013
Langkah menghalang umat Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan negara ini, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

"Melarang orang Islam daripada berjudi bertentangan dengan perlembagaan. Tanggungjawab kerajaan bukan menjadikan orang Melayu lebih alim atau lebih beragama," katanya

NONEMenulis di Twitter semalam, Zaid (kiri) juga berkata, larangan itu, sekali gus menunjukkan sikap pemimpin Islam yang hipokrit.

"Mereka berpura-pura alim dengan mencegah khalwat atau pembelian (nombor ekor) 4 digit. Saya suka membeli Sports Toto apabila hasilnya digunakan membantu sukan dan kebajikan. 

"Kemudian pemimpin-pemimpin Islam memutuskan bermurah hati kepada Vincent," sindirnya.

Beliau dipercayai merujuk kepada Vincent Tan, ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang antaranya terkenal dengan perniagaan perjudian.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama 24 jam di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

NONEKetua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kanan) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, lapor Bernama.

Kerajaan Melaka juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan memberikan kuasa lebih besar kepada pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian.

Ekoran itu, Zaid menyindir, sekiranya Melaka serius ingin memeriksa orang Islam yang berjudi, mereka harus pergi ke kasino-kasino terkenal seperti di Melbourne, Vegas atau London.

"Jangan hukum pembeli 4 digit seperti saya," katanya lagi.

Sampai Bilakah Malaysia Akan Melayani Ego Mahathir?

Apakah rakyat Malaysia perlu hidup melarat demi melayan ego Dr Mahathir?
ANALISIS BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
NOVEMBER 29, 2013
Sering kali ramai yang bertanya, apakah negara ini diuruskan untuk kesejahteraan rakyatnya atau untuk melayan ego kepada seorang bekas perdana menteri yang tidak habis-habis mencampuri urusan negara walaupun sudah 10 tahun bersara?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberikan amaran kepada kerajaan, memansuhkan sistem Permit Import (AP) kereta akan menyebabkan riwayat dua kenderaan nasional Proton dan Perodua tamat.
Kenyataan beliau hadir selepas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang berkhidmat dalam Kabinetnya menggesa kerajaan memansuhkan sistem AP agar rakyat Malaysia dapat membeli kereta dengan lebih murah.
Menulis di blognya, Dr Mahathir berkata, tanpa sistem AP, kenderaan import akan membanjiri pasaran tempatan menyebabkan Proton dan Perodua gagal untuk bersaing."Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," kata Daim.
“Orang Melayu dan Bumiputera lain tidak akan berjaya masuk ke dalam perniagaan automotif tanpa sistem AP kerana mereka tidak biasa dengan pasaran,” kata Dr Mahathir.
Tidakkah Dr Mahathir berfikir bagaimana pula dengan ramai rakyat Malaysia disenaraihitamkan oleh institusi kewangan kerana tidak mampu untuk membayar hutang kenderaan yang mahal?
Baru-baru ini dalam satu Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Setiausaha Penasihat Syariah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Nazri Chik, berkata sehingga Mac 2013, angka hutang isi rumah meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.
Katanya, pinjaman terkumpul bagi pembelian harta kediaman dan kenderaan iaitu 64 peratus adalah bahagian terbesar pinjaman isi rumah.
Ertinya, pinjaman untuk membeli kenderaan antara penyumbang kepada hutang isi rumah rakyat Malaysia kerana harga kereta di negara ini merupakan yang kedua tertinggi di dunia seperti dinyatakan dalam kajian sebuah laman web berpengaruh berpengkalan di Amerika Syarikat (AS)www.jalopnik.com.
Akhbar perniagaan The Edge melaporkan pada September, kajian Jalopnikmendapati Malaysia berada di tangga kedua selepas Singapura bagi 10 negara yang mempunyai harga kereta termahal di dunia.
Apakah rakyat Malaysia perlu diseksa membayar harga mahal untuk membeli kenderaan hanya kerana untuk menyelamatkan Proton dan Perodua?
Di atas rasional apa harga Proton di negara luar jauh lebih murah berbanding di negara ini?
Sudah pasti kerana jika harga terlalu mahal, ia pasti tidak akan dibeli oleh rakyat di negara jiran seperti di United Kingdom, Indonesia dan negara-negara Arab.
Mengapakah rasional yang sama tidak dapat digunakan dalam negara ini?
Kerana pasaran di Malaysia terlalu kecil untuk mengeluarkan kenderaan dengan jumlah besar untuk mengurangkan kos pengeluaran.
Jumlah pengeluaran yang kecil menyebabkan kos pengeluaran menjadi lebih mahal berbanding jumlah pengeluaran lebih besar.
Mengapa kita perlu mempunyai kenderaan nasional walaupun pasaran dalam negara terlalu kecil?
Kerana untuk memuaskan hati seorang pemimpin yang mahukan segala-galanya walaupun beliau mengetahui Malaysia masih belum bersedia.
Hanya kerana mahu memberikan AP kenderaan kepada beberapa tokoh korporat Melayu dan Bumiputera, majoriti rakyat Malaysia terpaksa membayar hutang isi rumah yang tinggi setiap bulan.
Hanya kerana orang Melayu dan Bumiputera tidak biasa dengan pasaran automatif, majoriti rakyat disenaraihitamkan oleh institusi kewangan kerana tidak mampu membayar hutang kenderaan.
Sudah sampai masa bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pilihan.
Sama ada untuk melayan ego Dr Mahathir atau menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memberikan beliau peluang untuk memerintah bagi penggal kedua.
Jika orang Melayu dan Bumiputera terlalu lemah dan tidak biasa dengan perniagaan automotif, masih banyak sektor perniagaan yang boleh menjadikan mereka kaya.
Sektor pertanian umpamanya. Itulah asal-usul kepada majoriti orang Melayu.

Tahukah anda menjual hasil pertanian juga boleh menyebabkan perniagaan anda berkembang ke peringkat antarabangsa? – 29 November, 2013.

Aku Rasa Biasa Tengok Orang Tua Ni.......

Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun
NOV 28, 2013  FOTO ZAMANI MOHD ZAIN







TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau. - sumber

Kenapa Harus Dipertikaikan?

Wardina: Jangan pertikai pelantikan saya

Agak-Agak Korang Berani Tak Berak Kat Sini?

Tandas paling ekstrem di dunia
London: Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.
Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.
Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.
Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.
TANDAS paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing setinggi 2,600 meter dari paras laut.
Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.
Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.
Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu. - Agensi

Pada Logiknya Tidak Akan Berlaku Di Tempat Kita

Ali 'Tinja' Beri Amaran Pulaak!

Gelaran yang sepadan bila sibangka melucah di depan rumah orang

PANAS!! Amaran dari Ali Tinju buat Azmin.. "Berhenti ganggu Rosmah.. Kalau tidak...
Setelah sunyi seketika, Pasukan Elit Senaman Punggung tiba-tiba kini  muncul kembali memeriahkan arena politik negara.. 

Mungkin tujuannya hanya untuk mengingatkan Najib yang mereka masih ujud lagi.. jadi.. sendiri mau ingatlah.. he.. he.. he..

Jika sebelum PRU13 lalu sekumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ini melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" .. kalau dah lupa sila baca di SINI 

Kemunculan mereka kali ini bukan untuk mengancam Ambiga dengan senaman punggung mereka tetapi demi Rosmah Mansor mereka kembali dengan agenda yang sama...

Ali Tinju beri amaran adakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan rumah Azmin

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Ali Baharom memberi amaran akan mengadakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali jika terus 'menganggu' Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohd Ali yang juga dikenali Ali Tinju meminta Azmin memohon maaf secara terbuka sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar kerana ia memalukan Rosmah dan Perdana Menteri.

“Saya sebenarnya sudah SMS kepada Azmin suruh dia bertaubat dan jangan ganggu isteri PM tetapi dia tak jawab. Azmin hanya bertanyakan kepada media siapa Ali Tinju?

“Kalau dia belum kenal Ali Tinju dia patut tanya Pengerusi Bersih (Ambiga) . Jika dia tidak berbuat demikian kami tidak menolak kemungkinan mengadakan tarian siri kedua menonggeng akan bermula. Saya cuma nasihatkan dia supaya jangan biadap,” katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.

Ali Tinju juga mengingatkan Azmin supaya menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat di Gombak dan memberi perhatian kepada kebajikan penduduk negeri Selangor.

“PVTM dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu Azmin bersemuka dengan Rosmah bagi mendapatkan penjelasan daripada mempertikaikannya di dalam media.

“Malah kami (NGO-NGO) bersedia mengaturkan pertemuan Azmin dengan Rosmah sekiranya dia (Azmin) berani. Jika tidak saya Ali Tinju dan rakan-rakan tidak teragak-agak mengambil tindakan tertentu kepadanya,” jelasnya sambil menambah Rosmah banyak berjasa kepada negara termasuk menubuhkan PERMATA.

Sementara itu, Basir juga mahu Azmin menumpukan isu kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melebihi gaji PM kerana ia jelas membazir daripada mempertikaikan hal ehwal Rosmah. ~ Astro Awani

Aku ingatkan depa dah insaf.. tapi tak insaf lagi rupanya... sudah-sudahlah buat kerja yang memalukan bangsa tu..

Dulu tuntut dit dan tanah lepas senaman tu.. baca SINI .. sekarang nak tuntut apa pulak agaknya? 

Jangan lupa baca juga di SINISINI dan SINI

Bawa dari blog Anak Sungai Derhaka

Thursday, November 28, 2013

Ngeri: Mayat paras pinggul hingga tengkuk

Oleh Alias Abd Rani
Saratok: Hanya bahagian pinggul hingga paras tengkuk dipercayai sebahagian daripada mayat Andrian Thomas, 32, yang dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas dibaham buaya ketika memukat di Sungai Seblak, Roban ditemui pada jam 9 pagi tadi.
Mayat warga Rumah Panjang Empayak di Roban terbabit ditemui tidak jauh dari lokasi kehilangannya di Lubuk Emplaie selepas penduduk menggunakan khidmat pawang buaya Indet Sanabong, 49, pada jam 5 petang semalam.
Andrian dilaporkan hilang selepas keluar memukat di sungai berkenaan pada jam 12 tengah hari Jumaat lalu.
Kehilangannya hanya disedari pada jam 3 petang selepas bapanya, Thomas Mang, 56, terserempak perahu masih diikat pada pokok namun kelibatnya langsung tidak kelihatan.
Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat Andrian menemui jalan buntu sebelum penduduk berpakat menggunakan khidmat Indet sebagai jalan terakhir.
Susulan penemuan mayat itu, penduduk segera menghubungi polis.

Anwar Tak Pernah Serik-Serik Kena Kencing!

Dua ‘Trojan Horse’ hancurkan PKR Sabah

November 28, 2013
Dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
KOTA KINABALU: Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN,  Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.
Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr  Mohd Salleh Said.
Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.
Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.
Kemenangan Jelani adalah kemenangan Umno di Matunggong! Begitulah tanggapan umum di Kota Marudu. Semasa berkempen, Jelani dikatakan secara sulit memberitahu ahli-ahli Umno bahawa kerusi Matunggong akan dihadiahkan kepada Umno jika dia menang.
Rata-rata di Sabah berpendapat, kehancuran PKR Sabah berpunca daripada dua trojan horse yang ditaja Umno. Sejak dari awal telah diramal mereka akan mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu. Terbukti ia telah mula berjaya bila Jelani membawa 11 orang ketua cabang keluar untuk memberi sokongan kepada BN.
Persoalan mereka, kenapa Musli masih belum mendedahkan diri? Apakah beliau masih memainkan peranannya?

Hambek Kau, Barangan Kilang Pun Anak Naik Jugalah!

Tarif elektrik dijangka naik dua digit tahun depan

Tidak Ada Salahnya Tapi Menimbulkan Kecurigaan

'Ini pertemuan Kelantan-Pusat, bukan PAS-Umno'
mk - 2:55PM Nov 28 2013
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini merupakan urusan kerajaan negeri dan Pusat dan bukannya Umno-PAS.

Exco penerangan Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagaimana dijelaskan oleh menteri besar, ia adalah pertemuan muhibah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat. 

NONE"Ia bukan antara Umno dan PAS," kata Mohamed Fadzli (kanan) yang turut serta dalam lawatan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamed Fadzli juga berkata, pertemuan itu antaranya membincangkan "agenda rakyat", antaranya berhubung masalah perumah, lebuh raya, kemudahan asas dan pusat pengajian tinggi.

Perbincangan utama, menurutnya lagi, melibatkan perlaksanaan undang-undang Islam di Kelantan.

"Ia adalah pertemuan yang baik untuk faedah rakyat Kelantan," katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan.

"Fokusnya adalah untuk mencari kaedah bagaimana rakyat Kelantan juga dapat menikmati hak mereka walaupun diperintah oleh kerajaan yang berbeza dengan persekutuan kerana ia diperuntuk dan dibenarkan oleh oleh perlembagaan."

Sambil menyifatkan pertemuan itu mendapat respons baik daripada perdana menteri, Mohamed Fadzli juga menjelaskan, ia hasil cetusan idea Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Tarik Tali FAM-KBS: Apakah Pengakhiranya?

Artikel 22 AFC kata tak boleh
Oleh Helmi Talkah
Kuala Lumpur: Biarpun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkeras mempertahankan pelantikan Tan Sri Annuar Musa menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara, hakikatnya ia tidak selari dengan peraturan ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ini kerana menurut Artikel 22 Kod Disiplin AFC berkaitan individu yang menjalani penggantungan, seseorang itu mungkin akan dilarang daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan bola sepak merangkumi pentadbiran, sukan dan lain-lain. 

Bagaimanapun, pengumuman rasmi sama ada Annuar dibolehkan atau tidak menganggotai jawatankuasa itu hanya akan diketahui sehari dua lagi selepas AFC menyerahkan keputusannya kepada FAM. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu jawapan daripada AFC dan selepas menerimanya beliau akan membuat sidang akhbar untuk mengumumkannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata keputusan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melantik Annuar menganggotai jawatankuasa itu adalah haknya sebagai menteri.

“Saya tiada apa-apa untuk komen, lebih baik saya diam saja. Itu hak beliau sebagai menteri untuk melantik anggota dalam jawatankuasa itu.