Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, May 31, 2014

Siapa Yang Bohong Ni?

'Wang tebusan dibayar untuk bebas mangsa culik'
 mk - 31 May 2014
Sejumlah besar 'wang tebusan' telah dibayar untuk membebaskan dua tebusan wanita yang diculik dari sebuah pusat peranginan di Sabah, demikian mengikut laporan Reuters.

Ini bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa tiada wang tebusan dibayar untuk membebaskan pelancong China Gao Huayun dan pekerja hotel keturunan Filipina Marcy Dayawan.

Kedua mereka diculik oleh lelaki bersenjata dari kumpulan Abu Sayyaf dari 'Singamata Adventures and Reef Resort' di Semporna 2 April lalu.

"Sumber polis Filipina bagaimanapun memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar untuk membebaskan wanita itu. Jarang sekali Abu Sayyaf membebaskan tebusan yang mereka culik tanpa membayar wang tebusan," kata laporan hari ini.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan sebarang maklumat terperinci mengenai wang tebusan tersebut seperti jumlahnya dan sumber yang membayarnya.

Kumpulan pengganas Islam itu sebelum ini meminta 500 juta Peso (RM36.8 juta) untuk membebaskan Gao tetapi tidak meminta sebarang wang tebusan untuk Dayawan.

Tahun lalu, Abu Sayaaf dibayar PHP4 juta (RM294,000) untuk membebaskan warga Australia Warren Rodwell. Pada mulanya mereka menuntut wang tebusan sebanyak PHR7 juta (RM515,000).

Keputusan Awal PRK T. Intan: 7.39pm: DAP - 19,529 BN - 19,288 Majoriti - 241.

Keputusan awal: DAP, BN berentap
Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi.

Ini lebih rendah daripada sasaran DAP sebanyak 70 peratus, yang diharapkan parti itu akan memberi kemenangan kepada calon muka barunya, Dyana Sofya Mohd Daud yang berdepan dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Pada 2013, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan ialah 80.4 peratus.

DAP menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka memulakan proses penjumlahan rasmi pada jam 6.30 petang di Dewan SM Abdul Rahman Talib.

LAPORAN LANGSUNG

7.39pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,529
BN - 19,288
Majoriti - 241.

Lebih 97 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.37pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,508
BN - 19,219
Majoriti - 289


7.33pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19, 279
BN - 18,581
Majoriti - 698.

Kira-kira 95 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.29pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19, 202
BN - 18,379
Majoriti - 823. 


7.28pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 18,769
BN - 18,069
Majoriti - 700.


7.26pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 18,172
BN - 17,501
Majoriti - 671.


7.24pm: 
Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,536
BN - 17,138
Majoriti - 398.

Lebih 90 peratus undi sudah dijumlahkan.


7.21pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,314
BN - 17,044
Majoriti - 270


7.20pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 17,112
BN - 16,900
Majoriti - 212


7.19pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,722
BN - 16,569
Majoriti - 153


7.18pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,303
BN - 15,800
Majoriti - 503


7.16pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 16,117
BN - 15,538
Majoriti - 579.

Lebih 80 peratus undi sudah dijumlahkan


7.14pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,980
BN - 15,151
Majoriti - 829. 


7.13pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,796
BN - 14,805
Majoriti - 991


7.11pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 15,000
BN - 14,163
Majoriti - 1,289

7.09pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 14,635
BN - 13,349
Majoriti - 1,287

70 peratus dari keseluruhan undi sudah dijumlahkan.

7.07pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 14,426
BN - 13,135
Majoriti - 1,291

7.06pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 13,781
BN - 12,743
Majoriti - 1,038

7.01pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 13,054
BN - 11, 843
Majoriti - 1,211

6.58pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,736
BN - 11, 015
Majoriti - 1,721

6.56pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,407
BN - 10,518
Majoriti - 1,889

6.54pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,368
BN - 10,279
Majoriti - 2,087

6.53pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 12,081
BN - 9,936
Majoriti - 2,145

6.51pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 11,791
BN - 9707
Majoriti - 2,087

6.50pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 11,362
BN - 9, 451
Majoriti- 1,911

6.48: Keputusan tidak rasmi

DAP - 10,368
BN - 8,571
Majoriti - 1,797

6.46pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 10,000
BN - 8,287
Majoriti: 1,713

6.40pm: SMK Abdul Rahman Talib - Suasana di luar pusat penjumlahan masih tenang dan para petugas dilihat membawa masih peti undi ke dalam dewan.

Kawasan berkenaan dikawal ketat oleh anggota polis. Turut kelihatan, Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

6.39pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 9,264
BN – 7,987
Majoriti - 1,277

6.36pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 8,060
BN - 6,932
UNdi rosak - 176
Majoriti - 1,128
Undi dijumlahkan: 15,168 (41.16%)

6.31pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 7,216
BN - 6,495
Undi rosak - 168
Majoriti - 721
Undi dijumlahkan: 13,879 (37.66%)

6.28pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 6,435
BN - 5,716
Undi rosak - 142
Majoriti - 719

Lebih 30 peratus daripada undi sudah dijumlahkan

6.22pm: Keputusan tidak rasmi:
DAP - 5,424
BN - 4,884
Undi Rosak - 112
Majoriti - 540
Undi dikira: 10,420 (28.27%)

6.20pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 5,078
BN - 4,495
Undi Rosak - 107
Majoriti: 583

6.15pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 4,604
BN - 4,005
Undi Rosak - 102

6.05pm: Keputusan tidak rasmi

BN - 572
DAP - 463

6pm: Keputusan tidak rasmi

BN - 473
DAP - 413

Pengundian tamat, 66.5 peratus keluar mengundi

TELUK INTAN Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

Pencalonan Dyana, seorang calon wanita Melayu muda yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mencetuskan minat luar biasa di kalangan pengamat politik tempatan.

Mah Siew Keong, seorang ahli politik veteran yang pernah menjadi MP selama dua penggal, melakukan percubaan kali ketiga untuk merampas kembali kerusi Teluk Intan yang terlepas dari tangan beliau pada tahun 2008.

Jika menang, Mah selaku presiden Gerakan akan memberi nafas kepada parti itu yang kelihatan terpinggir dari politik nasional sejak kalah pada tahun 2008.

Jika kalah, ia adalah kekalahan 'hattrick' buat anak kelahiran Teluk Intan ini.

Seah Leong Peng dari DAP menewaskan Mah pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,313 undi namun kerusi itu kembali kosong pada 1 Mei lalu dengan kematian Seah akibat kanser.

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.


Sebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.
   
Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

    
Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.
    
Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

    
Beliau juga menjangkakan keputusan PRK Parlimen Teluk Intan dapat diumumkan seawal pukul 9 malam.
    
Sementara itu, cuaca di Teluk Intan cerah di sebelah pagi, dan diramalkan hujan sebelah petang, menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.
    
Malaysiakini akan menyajikan kepada anda laporan secara langsung sepanjang proses pengundian hari ini.

GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG

5.30pm: Menurut SPR, seramai 39,850 atau 66.5 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini.

Peratusan itu adalah lebih rendah daripada yang diharapkan oleh DAP. Sejumlah 80.4 peratus keluar mengundi dalam PRU13.

5pm: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan proses pengundian tamat. Semua 35 pusat pengundian ditutup.

SPR sedang memuktamadkan peratusan mengundi dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, parti itu menjangka jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 70 peratus.

4.38pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan mencapai tahap 38,158 orang atau 63.67 peratus menjelang jam 4pm.

Jumlah keluar mengundi paling besar untuk kawasan parlimen ini direkodkan pada 2013, dengan 48,649 pengundi (80.4%)

Penyandangan kerusi tersebut, Seah memenangi kerusi tersebut dengan 56.32% undi (dengan majoriti 15%).

3.45pm: SK Kg Bahagia - Dengan tempoh mengundi tinggal kira-kira satu jam sahaja lagi, penyokong-penyokong BN masih lagi bersorak-sorak dan mengejek penyokong DAP.

Kedua-dua kumpulan berkenaan hanya dipisahkan kira-kira lima meter sahaja dari mereka.

Mereka mengulangi sorakan "Abang polis baik", "DAP komunis", dan "Lim Kit Siang bodoh" berulang kali.

3.40pm Menurut SPR, seramai 58.36 peratus atau 34,974 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab setakat jam 3 petang.

3.30pm: MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengesahkan kenderaan yang dinaiki Dyana diketuk dengan satu tiang bendera ketika kereta tersebut melalui sekumpulan penyokong BN.

Kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kerosakan.

"Selain daripada itu, mereka hanya menyorak dan mengejek,” katanya.

2.57pm: Kg Bahagia – MP Batu Kawan, Kasthuri Patto mendakwa kereta yang dinaiki Dyana menjadi sasaran serangan oleh para penyokong BN yang menggunakan bendera parti untuk mengetuk kenderaan tersebut.

"Kereta calon dipukul dengan bendera BN di Kampung Bahagia. Jerita 'barua DAP' dan 'pengkhianat' kedengara,” tulisnya di Twitter.


Parti DAP melalui akaun rasmi Twitter turut melaporkan insiden sama, dengan menyertakan gambar penyokong BN cuba menyentuh satu kenderaan menggunakan bendera BN yang dipasang pada galah panjang.

Pusat pengundian Kampung Bahagia, yang menjadi tumpuan para penyokong hari ini, mempunyai tujuh saluran dengan lebih 3,000 pengundi.

Ia merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu (90 peratus). Selebihnya, 5 peratus pengundi Cina dan 4 peratus India.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di kesemua tujuh saluran, namun dengna majoriti yang kecil.

Secara keseluruhannya, ia meraih lebih 1,900 undi daripada tujuh saluran berbanding 1,100 undi yang diraih DAP.

2.30pm: Menurut SPR, jumlah yang keluar mengundi setakat jam 2 petang adalah 52.21 peratus atau 31,286 pengundi.

2pm: Ketua polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kekecohan yang berlaku di dua kawasan mengundi pada pagi ini terkawal.


Laporan Bernama menyebut, beliau berkata kekecohan berlaku
disebabkan keghairahan kedua-dua penyokong parti melakukan provokasi untuk meraih undi di saat-saat akhir.

Salah satu kejadian itu berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia dan satu lagi di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

"Kekecohan yang berlaku berjaya dikawal anggota yang bertugas," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

2pm: Kampung Bahagia, tiada sebarang insiden berlaku ketika Dyana melawat pusat pengundia di Kampung Bahagia.

Bagaimanapun, kumpulan Pemuda BN masih lagi melaungkan slogan dan bertekak dengan kumpulan dari kem DAP walau rembang petang semakin membahang.

Antara yang dikesan di kalangan kumpulan Pemuda BN itu ialah MP Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mengibar satu bendera sambil dijulang oleh para penyokongnya.

Beliau dilihat mengibar bendera itu ke arah kumpulan penyokong DAP.

Sementara itu, satu gambar didakwa menunjukkan Tajuddin berada di dalam satu kawasan pusat pengundian menjadi tumpuan di laman sosial.

Pengguna laman sosial mempersoalkan perkara itu kerana Tajuddin dilihat tidak memakai pas SPR untuk membolehkan beliau berada dalam kawasan pusat pengundian.

Gambar itu juga menunjukkan Tajuddin memakai baju dengan lambang BN.

MP DAP Ong Kiang Ming di Twitter menyebut, semakannya menunjukkan Tajuddin adalah pengundi kawasan Pasir Salak.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi Tajuddin.

1.30pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi setakat jam 1pm adalah 46.65 peratus atau 27,955 penugundi.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sehingga tengah hari ini saluran-saluran mengundi melibatkan pengundi muda mencatatkan jumlah pengundi yang agak rendah.

Dalam kenyataannya, yang disiarkan saluran TV3 melalui program berita ringkas Buletin 1.30 berkata, beliau menjangka pengundi-pengundi ini akan keluar mengundi di sebelah petang.

"Orang muda ini lewat sikit. Diorang mungkin tidur lewat malam tadi," katanya.

1.10pm: SPR menyebut, 40.13 peratus atau 24,050 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka setakat tengahari, lapor Bernama.

12.30 tengahari: Pusat media - Calon BN Datuk Mah Siew Keong mendakwa Malaysiakini tidak melaporkan dengan tepat kenyataannya mengenai pengundi luar kawasan di Teluk Intan.


"Anda perlu melihat konteks keseluruhan ucapan," kata Mah, merujuk kepada satu laporan semalam di mana beliau menggesa pengundi tempatan supaya tidak membiarkan pengundi luar kawasan menentukan nasib Teluk Intan.

"Saya tidak kata mereka orang luar, mereka juga adalah anak-anak tempatan di sini," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya berkata mereka harus berunding dengan ibu bapa mereka sebelum membuat keputusan.


Mah, yang melawat semua daerah mengundi pagi ini, berkata jumlah keluar mengundi di kawasan Pasir Bedamar, kubu kuat DAP adalah sangat tinggi, tetapi beliau meramalkan jumlah keluar mengundi keseluruhannya juga akan tinggi apabila proses pengundian selesai.

"Masih terdapat banyak kereta datang dari Kuala Lumpur dan Selangor. Dan juga ramai yang bekerja separuh hari di estet hari ini. Lebih ramai yang akan mengundi pada sebelah petang," katanya.


11.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan (lihat video) yang berlaku di Kampung Bahagia adalah "tidak serius" kerana ia tidak membabit "fizikal".
Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Aziz juga mengatakan bahawa seramai 13,754 pengundi telah mengundi sehingga jam 10 pagi dan 23 peratus sudah keluar mengundi setakat ini.

Katanya, kadar pengundian ialah 10 peratus setiap satu jam.

11.10 pagi: Kampung Kerentina - Seorang pekerja kempen BN menghalang wartawan Malaysiakini daripada mengambil buku kecil dan risalah percuma dari kaunter parti itu di luar tempat mengundi itu.

"Anda dari Malaysiakini, anda putar (cerita) sepanjang masa dan anda tidak boleh ambil ini," katanya.

Apabila wartawan menyebut yang ianya diedar percuma, lelaki itu menjawab: "Ya ia percuma tetapi kamu tak boleh ambil."

Risalah itu memaparkan gambar Dyana dan Lim Kit Siang, dan menuduh mereka sebagai pengkhianat manakala muka depan buku kecil itu menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tidak diketahui kandungannya.


Sementara itu, Menteri besar Perak tiba dan berjabat tangan dengan pekerja kempen.

Pada masa yang sama, penyokong PAS membawa poster Dyana dan menggesa orang ramai mengundinya. Seorang wanita berpakaian seragam Puteri Umno menjawab: "Kak, dia tak sokong hudud".

11.12 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratusan pengundian pada jam 10 pagi ialah 22.95 peratus.

10.45 pagi: Jalan Padang Tembak - lalulintas mulai sesak di sepanjang Jalan Padang Tembak, jalan utama menuju ke bandar di mana terletaknya beberapa sekolah yang dijadikan pusat mengundi.


Walaupun kebanyakan kereta menggunakan nombor plat Perak dan KL, tetapi kelihatan juga beberapa kenderaan dari Johor dan Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya dua buah sekolah dan pusat mengundi terletak di sepanjang jalan ini.

Di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Samad, terdapat dua adik beradik pengundi dari luar kawasan.

"Saya tak pasti sama ada undi saya akan membawa sebarang perubahan, tetapi saya mahu lebih suara pembangkang di Parlimen," kata Khor, 31, seorang akauntan.

Katanya, kenyataan calon BN Datuk Mah Siew Keong mengenai pengundi luar kawasan telah menimbulkan kemarahan warta maya dan  menurutnya Mah tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu.

Ditanya sama ada warga maya yang berang itu akan balik mengundi, beliau berkata, ramai daripada mereka telah pun menukar alamat mengundi mereka keluar dari Teluk Intan.

Katanya, tarikh mengundi jatuh pada cuti sekolah, jadi beliau membawa anak-anaknya untuk menziarah ibunya.

10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak membalas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.
 
Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.

10.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Di pusat mengundi bandar di Jalan Batak Rabit Utara, BN dan penyokongnya hampir tiada kelihatan di situ.


Appanah Butchiah , 77, bersama isterinya berkata mereka akan mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong, yang mereka rasa dapat membawa pembangunan ke Teluk Intan.

"BN telah membantu golongan miskin, mereka membantu saya juga, saya miskin," kata beliau.

Katanya, beliau tahu orang mendapat hamper, tetapi dia tidak berjaya mendapatkannya

Jalan Batak Rabit Utara adalah daerah mengundi yang besar, dengan 75 peratus Cina, 15 peratus India dan 10 peratus Melayu. Dalam PRU13 DAP memperolehi 76 peratus undi di sini.

10.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Salah satu daripada bas yang diatur oleh DAP tiba dari Kuala Lumpur dengan kira-kira 10 pengundi.


Kad yang bertulis 'Jom Balik Undi, Vote Wisely, Vote for the future of our country diletakkan di bahagian dalam bas itu.

Tiada seorang pun daripada mereka yang mahu ditemubual pihak akhbar di luar kawasan sekolah.

10.00 pagi: SMK Sultan Azlan Shah - Dua wartawan portal bertekak dengan seorang pegawai SPR, yang meminta pihak akhbar supaya keluar dari kawasan sekolah.

Pegawai wanita itu, yang namanya tidak dikenali, mendakwa sekumpulan enam petugas media telah "mengganggu" pengundi.


Wartawan, yang berdiri di hadapan koridor, menjelaskan bahawa mereka hanya menunggu lawatan Dyana.

Berikutan itu, seorang anggota polis datang bercakap dengan pegawai SPR berkenaan, dan pihak media akhirnya dibenarkan menunggu di situ.

Sebelum itu, beberapa jurugambar mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekolah.

10.00 pagi: SK Kampung Bahagia - Penyokong BN dan DAP dipisahkan hanya lima meter dari satu sama lain oleh dua buah kenderaan pacuan empat ronda.

Penyokong BN berang apabila penyokong DAP menggantung kangkung dengan wang kertas RM1 di hujung galah.

"Hoi! Kangkung tu turunkan! DAP celaka!" jerit sebahagian penyokong BN ke arah penyokong DAP.

10.00 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratus pengundian pada jam 9 pagi ialah 11.81 peratus atau 7,080 orang.

Maklumat itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan di Teluk Intan.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.


Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum"dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

9.40 pagi: SJK (C ) Chong Min - Suasana di pusat mengundi kawasan bandar yang menjadi kubu kuat DAP ini tenang, di mana kebanyakan mereka yang mengundi pada sebelah pagi adalah golongan pengundi pertengahan umur dan warga emas.


Pengundi muda tidak ramai kelihatan setakat ini.

Ketua cawangan DAP Bagan, Kaw Nang Hua, 53, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan rakan-rakannya secara sukarelawan memandu membawa pengundi di luar kawasan balik mengundi.

"Saya tinggal di perkampungan nelayan Sabak Bernam, saya memandu membawa beberapa pengundi Teluk Intan yang tinggal di sana, balik mengundi," katanya.

9.15 pagi: SRK Perempuan Methodist, Jalan Cangkat Jong - ADUN Pasir Berdamar, Terence Naidu tiba untuk mengundi bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang memakai sepasang baju kurung berwarna merah jambu dengan corak sulaman songket dan berselendang hitam.


Terence merupakan seorang pengundi saluran 3 di pusat mengundi dengan 1920 orang pengundi ini.

Diusik sebab memilih warna merah jambu yang sinonim dengan Puteri Umno, Dyana tersenyum menjawab, "Oh, ini bukan tentang warna, ini materialnya songket".

9.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Semua pegawai lelaki SPR kelihatan memakai songkok hitam berlilit reben berwarna perak semasa menjalankan tugas mereka, sebagai tanda berkabung berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah.

Salah seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan, berkata kira-kira 100 orang daripada mereka memakai songkok tersebut sepanjang hari pengundian.


Sementara itu, Mah dan isterinya Yeoh Pooi Hoon tiba dan membuang undi mereka di sini.

Kira-kira 30 jurugambar bersesak semasa mengambil gambar Mah mengundi, sehingga memaksa anggota polis bergegas untuk mengawal kumpulan.

9.00 pagi: Pasir Bedamar - SJK(C) Phooi - Pengundi tiba untuk membuang undi. Terdapat enam saluran di pusat mengundi ini.

Dyana kelihatan bersama Lim Kit Siang, dan bergambar dengan mereka yang telah selesai mengundi.

Di SK Sultan Abdul Aziz - Keadaan tenang dengan sekitar 20
penyokong BN masih cuba pada saat-saat terakhir memujuk pengundi menyokong Mah.

Seorang wanita berpakaian baju-T BN kelihatan cuba untuk menawarkan botol air mineral kepada pengundi.

Mereka juga membawa plakard 'I love BN'.

Penyokong DAP adalah hampir tidak dilihat di sini buat masa sekarang.

Seramai 4,070 pengundi akan mengundi di sini di Taman Seri Setia, di mana mendiang MP DAP Seah Leong Peng memperolehi 63.6 peratus undi dalam PRU13.

Terdapat 36 peratus pengundi Melayu, 45 peratus Cina dan 19 peratus India di daerah ini.

Pengundi Joselin Chan memberitahu Malaysiakini walaupun BN berkempen menawarkan pembangunan di bandar itu dan jawatan menteri untuk Mah jika dia menang, namun pendiriannya tidak berubah.

"Saya akan mengundi untuk masa hadapan. Saya tidak suka politik perkauman," katanya.

8.50 pagi: SRK Perempuan Methodist - Pengundian berjalan lancar dengan kira-kira 15 orang beratur untuk memeriksa nama mereka dalam daftar SPR dan nombor saluran di kaunter semakan SPR.

Lima meter dari situ, seorang pengundi wanita warga emas tiba dengan kereta Proton Saga dan dibantu untuk naik ke atas kerusi roda oleh petugas SPR.

Beliau kemudian ditolak ke pusat mengundi oleh petugas ke pusat mengundi selepas menyemak namanya di kaunter.


Seorang petugas media dari The Rakyat Post, Ahmad Fazlan Shah

juga baru selesai mengundi di SRK St Anthony dan tiba untuk bertugas di sini dengan jari telunjuk kiri yang telah dicelup dakwat kekal.

8.45 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Pengundi kelihatan beratur untuk memeriksa saluran mengundi mereka, manakala yang lainnya sudahpun selesai mengundi.

Polis trafik bertugas di setiap persimpangan jalan di sekitar sekolah berkenaan.

Tiada kelihatan penyokong parti politik di kawasan luar, begitu juga keadaannya di sekolah rendah Cina SJKC Chong Min di seberang jalan, kerana pihak berkuasa telah meletakkan notis bahawa tiada kempen dibenarkan.

8.15 pagi: SJKC San Min - Langit cerah berawan pagi ini. Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud tiba di sekolah tersebut yang menjadi salah satu daripada tempat mengundi di Pasir Bedamar, bersama dengan pemimpin yang lain.

Dyana bukan pengundi di situ, maka anak kelahiran Ipoh itu dijangka mengunjungi tempat-tempat mengundi lain dalam di Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Sementara itu, calon BN kelahiran Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan tiba di SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi pada pukul 9 pagi.

7.30 pagi: Ini adalah pilihan raya kecil (PRK) keenam selepas PRU13, dan PRK kawasan parlimen kedua selepas Bukit Gelugor minggu lalu.

Mah telah berkempen atas tema isu-isu tempatan seperti perkhidmatan majlis tempatan, manakala Dyana bertumpu kepada isu-isu nasional seperti kos hidup dan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Pengundi berdaftar di Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.

PRU13 menyaksikan 80.4 peratus keluar pengundi, yang tertinggi pernah dicatatkan di kawasan ini. - mk