Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, December 31, 2016

Orang Tua ni serius dan lebih garang nampaknya

Tun Mahathir sedia ke mahkamah buktikan salah laku Najib
31 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia dihadapkan ke mahkamaah bagi membuktikan kesalahan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia didakwa di mahkamah untuk membuktikan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana kewangan milik Kerajaan.

Bagaimanapun katanya, beliau percaya pendakwaan terhadapnya tidak akan dibuat walaupun dirinya sebelum ini dipanggil polis untuk memberikan kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

“Saya sudah tiga kali disoal dan dipanggil polis. Saya minta kalau mahu tanya, tanyalah di mahkamah dan dakwa saya di mahkamah.

“Saya ada cukup bukti mengatakan bahawa Najib itu pencuri duit,” katanya seperti dipetik Selangorkini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Sengsara Rakyat, di Dataran Morib malam tadi.

Mahathir sebelum ini dipanggil untuk diambil kenyataannya berhubung tulisan yang didakwa menghasut di blognya, “chedet.cc” kerana mengkritik pentadbiran Najib Razak.

Beliau juga pernah diambil keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin, ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Jun lalu.

Bagaimanapun Mahathir mendakwa, segala kritikan dan dakwaannya terhadap perdana menteri tidak akan berlanjutan ke mahkamah.

“Biasanya kalau kita dakwa seseorang itu mencuri di hadapan orang ramai, tentunya dia ambil saman malu kepada orang buat dakwaan itu kalau dia tak mencuri.

“Tapi beratus orang kata Najib curi duit, dia tak saman sesiapa pun sebab dia memang mencurilah dia tak berani saman,” katanya.

Tungku ...?

31 DECEMBER 2016

Ini Bukan Tunku Tapi 
Bhai/DeeDee semua...

Mamat blur wal bengap nama Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ni memang paling kuat halusinasinya... cukup banyak dia ni bawak citer fabrikasi... Hahaha..

Kenapa la bodoh sangat DAP bawak masuk dia ni dalam parti DAP... Kan dah mendapat... hahaha... Padan muka DAP... ingat dapat bawak masuk mangkuk ni dah kira hebat leteww... tapi sekarang ni sudah kena dajai... hahaha

Yer lar nak buat camana... Mangkuk ni pun dah nyanyuk... dan makin kuat dengar suara-suara bisikan kat tepi telinga dier... hahaha... bersurahkan benda yang tak ujud...

Hahaha...

Yang wartawan pun satu bangangnya.. dok layan statement mangkuk ayun yang kuat halusinasinya ni... Huhu... abislar...

Ader paham ka???

Banzai...

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/12/ini-bukan-tunku-tapi-tungku.html#ixzz4UOvF9mvc

Baca juga: DI MANA MUFTI PERAK?

Kawasan Ulu Kelantan mula dinaiki air dan penduduk mula berpindah

Banjir di Kuala Krai dan Jeli, 501 orang dipindah
31 Disember 2016 | BERNAMA

83 keluarga dipindahkan di daerah Jeli manakala 37 keluarga di Kuala Krai

Seramai 501 orang daripada 120 keluarga dari daerah Jeli dan Kuala Krai dipindahkan ke enam pusat pemindahan banjir sehingga tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Zainuddin Husin berkata mereka dipindahkan secara berperingkat sejak pukul 8 pagi apabila kawasan kediaman mereka yang terletak di lokasi rendah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter akibat hujan lebat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 83 keluarga dipindahkan di daerah Jeli manakala 37 keluarga di Kuala Krai.

"Di Jeli, 15 keluarga (58 orang) ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, 53 keluarga (208 orang) di Dewan Kesedar Jeli dan 15 keluarga (50 orang) di Sekolah Kebangsaan Jeli 1.

"Daerah Kuala Krai mencatatkan pemindahan mangsa banjir seramai 37 keluarga dengan 25 keluarga (125 orang) ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, lapan keluarga (40 orang) di Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh dan empat keluarga (20 orang) di Dewan Belia Kampung Bedal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainuddin berkata jumlah mangsa dan pusat pemindahan dijangka meningkat dari semasa ke semasa berikutan hujan yang berterusan, bagaimanapun jalan-jalan utama di kawasan terbabit masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Bagus, bagus......biarkan mereka lemas dalam perigi buta!

Bertanding kerana Amanah sudah ganti Pas
NOR AZIHAN MD GHAZALI - 31 DISEMBER 2016
Ir Izham Hashim Ir Izham Hashim

SHAH ALAM -  Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor bertegas untuk bertanding pada semua kerusi Pas pada PRU akan datang.

Pengerusinya, Ir Izham Hashim dalam satu kenyataan semalam berkata, secara dasarnya Amanah sudah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan di Selangor.

“Sebagaimana yang disebut oleh Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Khalid Abdul Samad bahawa Amanah sedang menimbang untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen, jauh kurang daripada kerusi yang ditandingi Pas pada PRU13 yang lalu.

“Keputusan itu dibuat selepas kami mengambil kira aspek kemampuan dan “winnability” Amanah serta pembahagian kerusi kepada Bersatu yang juga akan bertanding buat kali pertama nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkenaan kerusi yang akan ditandingi Amanah seperti yang dilaporkan akhbar ini 28 Disember lalu.

Pada masa sama, Izham mengingatkan Iskandar memberi tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan Pas dalam Gagasan Sejahtera.

“Iskandar jangan jadi seperti ‘orang yang tinggal di dalam perigi buta’ dengan buat-buat tak tahu kepada perkembangan isu semasa.

“Isu curi kerusi ni bukan kerja Amanah tetapi yang pasti Pas sudah bertanding di tujuh kerusi PKR dalam PRU lalu walaupun selepas perjanjian bersama. Jadi siapa sebenarnya yang tidak amanah?,” soalnya.

Katanya, Iskandar dan Pas seharusnya memberi fokus kepada usaha untuk menumbangkan Umno/BN demi menyelamatkan rakyat dan negara.

“Apa saja usaha ke arah itu kami Pakatan Harapan-Bersatu sedia bekerjasama pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Menyentuh isu kerusi PKR yang dikatakan akan ditandingi oleh Amanah, Izham berkata, itu merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa dan mungkin akan berlaku perubahan atau pertukaran kerusi sesama komponen parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu.

“Bagaimanapun semua akan diputuskan bersama dalam mesyuarat Pakatan Harapan-Bersatu," katanya.

6 Pegawai terlibat dalam siasatan SRC dipindahkan dan Amanah tuntut penjelasan

6 pegawai SPRM terlibat dalam siasatan SRC dipindahkan
mk - Hari ini, 10:48 pagi
Enam pegawai kanan di Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

Difahamkan enam pegawai berkenaan dalam pasukan penyiasat itu, termasuk timbalan ketua bahagian itu, Tan Kang Sai.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk mengendalikan kes-kes berprofil tinggi serta kes-kes yang melibatkan rasuah lebih RM1 juta.

Dua pegawai dari pasukan itu telah dipindahkan pada bulan Oktober, manakala selebihnya, termasuk Tan, dipindahkan bulan ini. Kekosongan jawatan mereka yang dipindahkan dari unit khas itu, tidak diisi.

Difahamkan empat daripada mereka telah dipindahkan ke bahagian siasatan SPRM, manakala yang lain dipindahkan ke SPRM negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

AMANAH tuntut penjelasan SPRM laporan dakwa BOK dikecilkan
mk - Hari ini, 12:44 tengahari
  
Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan yang mendakwa Bahagian Operasi Khas (BOK) - yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi termasuk skandal 1MDB - telah dikecilkan.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menggesa satu kenyataan rasmi dari suruhanjaya itu untuk menjelaskan mengapa bahagian ini dilaporkan telah dikecilkan.

Sedangkan, katanya dalam satu kenyataan, keperluan untuk ianya diperkasakan sangat mendesak mutakhir ini, dengan pendedahan perkembangan dan penemuan baru mengenai skandal 1MDB yang menuntut siasatan kes itu dibuka semula.

Malaysiakini yang memetik sumber yang biasa dengan perkembangan itu, telah melaporkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab menyiasat beberapa besar sebelum ini dikatakan sedang dikecilkan atau berdepan dengan penyusunan semula.

Bahagian tersebut ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.

Ia tidak diketahui sama ada langkah yang dikatakan itu, telah dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya baru SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu.

Antara kes disiasat bahagian itu termasuk SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.

Kes-kes lain yang dalam siasatannya ialah pembelian hartanah hotel oleh Felda di London dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.

Sementara itu, Salahuddin berkata AMANAH "kecewa teramat sangat" jika laporan berkenaan pengecilan BOK itu benar.

"Diharapkan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad dapat menjelaskan perkara ini bagi memastikan badan ini terus dilihat berwibawa dan berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi SPRM, termasuk Dzulkifli bagi mendapatkan komen mengenai perkara itu tetapi masih belum menerima respons.

Tahun lepas, SPRM dilaporkan telah menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selama dua jam setengah berkaitan RM42 juta wang SRC dan 'derma' RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, bagaimanapun, membersihkan Najib daripada sebarang salah laku awal tahun ini.

* Hehe......PAS pula terbisu?

Keringnya Mata Air Zughar dan Danau Thabariyah. Apa maknanya?

Akan keringnya Mata Air Zughar dan Danau Thabariyah

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam usai melakukan shalat, beliau duduk diatas mimbar sambil tersenyum seraya berkata, “Hendaklah tiap-tiap orang tetap berada di tempat sholatnya.” Kemudian beliau melanjutkan, “Tahukah kamu, mengapa saya kumpulkan kamu?.” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih mengerti.” Beliau bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kalian karena senang atau benci. Aku kumpulkan kalian karena Tamim Ad Dari, seorang penganut Nasrani, telah berbaiat masuk Islam dan dia bercerita kepadaku tentang suatu masalah yang sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian mengenai Masih Ad Dajjal. 

Ia bercerita bahwa ia pernah naik perahu bersama tiga puluh orang yang terdiri atas orang-orang yang berpenyakit kulit dan lepra. Lalu mereka dihempas ombak selama sebulan di laut, kemudian mereka mencari perlindungan ke sebuah pulau di tengah lautan hingga sampai di daerah terbenamnya matahari. Lantas mereka menggunakan sampan kecil dan memasuki pulau tersebut. 

Di sana mereka berjumpa dengan seekor binatang yang bulunya sangat lebathingga tidak kelihatan mana bagian depannya dan mana bagian belakangnya, karena lebat bulunya. Mereka berkata kepada binatang itu, “Celakalah kamu! Siapakah kamu?” Binatang itu menjawab, “Aku adalah Al Jassasah.” Mereka bertanya , “Apakah Al Jassasah itu?” Dia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam biara ini, karena ia sangat merindukan berita kalian.” Kata Tamim, “Ketika binatang itu menyebut seseorang, kami menjauhinya, karena kami takut binatang itu adalah setan. 

Lalu kami berangkat cepat-cepat hingga kami memasuki biara tersebut, tiba-tiba di sana ada seorang laki-laki yang sangat besar tubuhnya dan tegap, kedua tangannya dibelenggu ke kuduknya, anatar kedua lututnya dan mata kakinya dirantai dengan besi. Kami bertanya, “Siapakah Engkau ini?” Dia menjawab, “Kalian telah dapat menguak beritaku, karena itu beritahukanlah kepadaku siapakah sebenarnya kalian ini?” 

Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang dari Arab. Kami naik perahu dan kami terkatung-katung di laut dipermainkan ombak selama satu bulan, kemudian kami mencari tempat berlindung ke pulaumu ini dengan menaiki sampan kecil yang ada di sini lantas kami masuk pulau ini, dan kami bertemu seekor binatang yang bulunya sangat lebat hingga tidak kelihatan mana qabulnya dan mana duburnya karena lebat bulunya. 

Lalu kami bertanya, “Celakalah kamu ! Siapakah kamu?” Dia menjawab, “Aku adalah Al Jassasah.” Kami bertanya, “Apakah Al Jassasah itu?” Dia menjawab, “Pergilah kepada lelaki ini di dalam biara, karena ia merindukan berita kalian.” Lalu kami bergegas menemui dan meninggalkan dia, dan kami merasa tidak aman jangan-jangan dia itu setan.” Dia (lelaki itu) berkata, “Tolong kabarkan kepada kami tentang desa Nakhl Baisan.” Kami menjawab, “Tentang apanya?” Dia berkata, “Tentang kurmanya, apakah berbuah?” Kami menjawab, “Ya.” Dia berkata, “Ketahuilah, sesungguhnya pohon-pohon kurmanya akan tidak berbuah lagi.” Dan dia bertanya lagi, “Tolong beritahukan kepadaku tentang danau Ath Thabariyah.” 

Kami bertanya, “tentang apanya?” Dia bertanya, “Apakah ada airnya?” Kami menjawab, “Airnya banyak sekali.” Dia berkata, “Ketahuilah sesungguhnya airnya akan habis.” Selanjutnya dia berkata lagi, “Kabarkan kepadaku tentang negeri ‘Ain Zughar.” Kami bertanya, “Tentang apanya?” Dia menjawab, “Apakah sumbernya masih mengeluarkan air yang dapat digunakan penduduknya untuk menyiram tanamannya?” Kami menjawab, “Airnya banyak sekali, dan penduduknya menggunakannya untuk menyiram tanaman mereka.” Dia berkata lagi, “Tolong beritahukan kepadaku tentang Nabi orang ummi, apakah yang dilakukannya?” Kami menjawab, “Beliau telah hijrah meninggalkan Mekkah ke Yastrib” Dia bertanya, “Apakah orang-orang Arab memeranginya?” Kami menjawab, “Ya.” Dia bertanya lagi, “Apakah yang dilakukannya terhadap mereka?” 

Lalu kami beritahukan bahwa beliau menolong orang-orang Arab yang mengikuti beliau dan mereka mematuhi beliau. Dia bertanya, “Apakah benar demikian?” Kami menjawab, “Benar.” Dia berkata, “Ketahuilah bahwasannya lebih baik bagi mereka untuk mematuhinya. Dan perlu saya beritahukan kepada kalian bahwa saya adalah Al Masih (Ad Dajjal), dan saya akan diizinkan keluar, yang nantinya saya akan berkelana di muka bumi, maka tidak ada satupun desa melainkan saya singgahi selama empat puluh malam kecuali Mekkah dan Thaybah, karena kedua kota ini diharamkan atas saya. 

Setiap saya hendak memasuki salah satunya, saya dihadang oleh seorang malaikat yang menghunus pedang. Dan pada tiap-tiap lorongnya ada malaikat yang menjaganya.” 

Fatimah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda sembari mencocokkan (memasukkan) tongkat kecilnya ke mimbar,” “Inilah Thaybah, inilah Thaybah, inilah Thaybah, yakni Madinah. Ingatlah bukankah aku telah memberitahukan kepadamu mengenai hal itu?” Orang-orang menjawab, “Ya.” Selanjutnya beliau bersabda, “Saya heran terhadap cerita Tamim yang sesuai dengan apa yang telah saya ceritakan kepada kalian, juga tentang kota Madinah dan Mekkah. Ketahuilah bahwa dia bearada di laut Syam atau laut Yaman. Oh tidak, tetapi dia akan dating dari arah Timur… dari arah Timur… dari arah Timur…” Dan beliau berisyarat dengan tangan beliau menunjuk kea rah Timur. Fatimah berkata, “Maka saya hafal ini dari Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam.” (HR. Muslim, dari Fatimah binti Qais, Abu Hurayrah, ‘A`isyah, dan Jabir, Fathul Bari 13:328).
Letak Kota Baisan

Orang yang berada di dalam Biara tersebut pertama kali bertanya tentang Kurma di daerah Baisan. Baisan merupakan sebuah kota di Palestina di al-Ghaur utara, ia berada dekat Sungai Jalut yang mengalir di perkebunan Ibnu Amir. Wisnu Sasongko mengatakan dalam Armageddon bahwa Israel sering menjadikan Baisan sebagai target sasaran sehingga hancur leburlah perkebunan kurma yang ada di sana. Apakah ini merupakan isyarat bahwa pohon kurma di Baisan sudah tidak lagi berbuah?
 
Letak danau Thabariyah

Danau Thabariyah atau lebih dikenal dengan nama Laut Galilee/ Galilea atau dalam bahasa Ibrani disebut Kinnerot  atau Genesaret. Danau Thabariyah terletak di dataran tinggi Golan sebelah timur dari Palestina. Sekarang danau tersebut dikuasai oleh kaum Yahudi. Sejak tahun 2000, Danau Thabariyah telah mengalami kekeringan dengan sangat cepat dan drastis, bahkan saluran-saluran air yang mengalir dari danau ini, khususnya di sekitar Jordania tersisa seperti solokan-solokan kecil saja. Menurut beberapa ahli dan peneliti, Danau Thabariyah akan mengering dalam waktu kurang dari 100 tahun saja. Bahkan sebagian di antara mereka mengatakan bahwa danau ini akan mengering dalam waktu kurang dari 50 tahun.

Bila anda membuka google dan menelusuri kata “Tiberias”, maka anda akan menemukan keterangan Wikipedia sebagai berikut:

Artinya : Laut Galilea, juga Kinneret, Danau Genesaret, atau Danau Tiberias), adalah danau air tawar terbesar di Israel, dan ia adalah sekitar 53 km (33 mil) lingkar, sekitar 21 km (13 mil) panjang, dan 13 km (8,1 mil) lebar. Danau ini memiliki luas wilayah 166 km2 (64sq mil), dan kedalaman maksimum sekitar 43 m (141 kaki).

Air dari Danau Tiberias merupakan sumber utama air bersih bagi bangsa Yahudi dan pemerintah Zionis Israel. Dewasa ini pemerintah Israel sangat khawatir karena keberadaan air Danau Tiberias sudah kian menepis. Jika kita click http://www.savethekinneret.com kita akan temukan peringatan dari pemerintah Israel kepada segenap warganya sebagai berikut:

Artinya: Danau Kinneret, waduk utama air bersih Israel kian mengering! Bertahun-tahun curah hujandi bawah rata-rata telah menyebabkan level air berada di "garis hitam," dimana air tidak bakal dapat dipompa lagi tanpa menyebabkan kerusakan parah pada pasokan air secara keseluruhan. Meskipun ada rencana untuk membangun pabrik desalinasi, ia tidak akan beroperasi selama beberapa tahun, sehingga menjadi tugas kita bersama untuk menghemat air!

Mungkin bagi sebagian orang informasi ini dianggap tidak penting bahkan tidak menjadi urusannya. Tapi bagi setiap muslim-mukmin yang peduli dengan tanda-tanda Akhir Jaman informasi ini sangat berharga dan sangat serius.
Perhatikan Airnya yang Semakin Surut
 
 
Baca juga di sini

Yaqut berkata, “Orang terpercaya bercerita kepadaku bahwa Zughar berada di ujung sebuah danau yang berbau busuk pada sebuah lembah di sana. Jarak antara mata air itu dengan Baitul Maqdis sepanjang perjalanan tiga malam, daerah tersebut ada di sisi kota Hijaz, dan mereka memiliki perkebunan di sana [Lihat Mu’jamul Buldaan (III/142-143), dan kitab an-Nihaayah fii Ghariibil Hadiits (II/304)].

Mata Air Zughar sendiri masih menyambung dengan Danau Thabariyah, terletak di sebelah selatan danau tersebut, masuk ke dalam wilayah Syiria. Mata air ini menjadi tumpuan utama bagi penduduk Syiria dan Palestina dalam mengairi perkebunan mereka. Keringnya Danau Thabariyah pasti akan diiringi oleh keringnya Zughar. Atau bisa jadi sebaliknya, Zughar yang lebih dahulu kering lalu disusul dengan keringnya Danau Thabariyah. - sumber

3 video: Jambatan tertinggi di dunia - China





Friday, December 30, 2016

Dok dalam perigi buta pun ada hati nak komen orang?

Amanah nasihat Iskandar tinggalkan 'perigi buta', Pas sebenarnya curi kerusi PKR
 | MALAYSIA DATELINE
Izham Hashim
Amanah Selangor menasihati Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Samad agar lebih mencermin diri sendiri sebelum menuduh Amanah mahu 'mencuri kerusi' yang ditandingi PKR sedangkan urusan pembahagian kerusi pilihan raya antara parti-parti Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diputuskan menerusi rundingan.
"Nasihat saya kepada Iskandar supaya jangan jadi seperti 'orang yang tinggal di dalam perigi buta', yang buat-buat tak tahu kepada perkembangan semasa.
"Isu curi kerusi ni bukan kerja Amanah tetapi yang pasti ialah Pas apabila bertanding di tujuh kerusi PKR dalam pilihan raya umum (PRU) yang lepas walaupun  selepas perjanjian bersama. Jadi siapa yang sebenarnya yang tidak amanah?" soal Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim.
Izham merujuk kepada kenyataan Iskandar yang juga Naib Presiden Pas berhubung kerusi yang akan ditandingi Amanah sebagaimana tersiar di dalam Sinar Harian bertarikh 28 Disember.
Dalam kenyataan medianya lewat petang semalam, Izham juga mengingatkan Iskandar bahawa Amanah kini menggantikan Pas di dalam Pakatan Harapan (PH) dan pada asasnya akan bertanding di semua kerusi ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu.
"Sebagaimana yang disebutkan oleh YB Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Amanah sedang menimbang untuk bertanding di 40 kerusi parlimen, jauh kurang daripada kerusi yang ditandingi Pas pada PRU 13 yang lalu selepas kami mengambil kira aspek kemampuan dan 'winnability' (boleh menang) Amanah serta pembahagian kerusi kepada PPBM yang juga akan bertanding buat kali pertama," jelas beliau.
Menyentuh isu kerusi PKR yang dikatakan akan ditandingi oleh Amanah, Izham berkata ia merujuk kepada perubahan lanskap politik semasa dan mungkin akan berlaku perubahan atau pertukaran kerusi sesama komponen parti di dalam PH-PPBM.
"Tetapi itu semua akan diputuskan bersama di mesyuarat kami dalam PH-PPBM. Iskandar tidak perlu risau perkara ini dan dia boleh beri tumpuan kepada pembahagian kerusi sesama rakan-rakan Pas dalam Gagasan Sejahtera," ujarnya sinis.
Beliau turut mengingatkan Iskandar bahawa nama Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah adalah nama yang termaktub di dalam perlembagaan parti serta telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Iskandar dan para pemimpin Pas seringkali merujuk Amanah sebagai Pan termasuk dalam kenyataan medianya baru-baru ini.
"Apa yang pasti Amanah akan sentiasa menyebut nama Parti Islam Se-Malaysia sebagai Pas sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan parti mereka, walaupun kami berpandangan banyak juga tindakan Pas mutakhir ini yang tidak menggambarkan Islam sebagai "rahmatan lil 'alamin" (rahmat kepada sakalian alam)," ujarnya.
Izham turut menyeru Iskandar dan Pas supaya memberi fokus kepada usaha menumbangkan Umno/BN demi menyelamatkan rakyat dan negara dan tidak terjerumus dalam hal titik bengek yang tidak menguntungkan barisan pembangkang.
"Apa saja usaha ke arah itu kami di PH-PPBM sedia bekerjasama bila-bila masa," katanya.

FGV - Peter Sondakh: Ini komen Zaharin Mohd. Yasin

Saya ditanya oleh seorang kawan, juga seorang wartawan kanan berbahasa Inggeris yang bertanyakan siapa ganti Isa Samad di Felda dan FGV. 

Saya jawab mudah, pertama Felda dan PGV bukan emak bapak Isa Samad yang punya dan harta warisan dia, Felda dan FGV ada BoD atau Lembaga Pengarah sebarang keputusan mengikut kehendak undang-undang tubuh Felda dan FGV.
Kedua Isa Samad bukan kuasa tertinggi dalam membuat keputusan.. Setiap kertas mesyuarat mesti mendapat arahan atau kelulusan Menteri yang menjaga Felda dan FGV setiap keputusan dasar ada resolusi dari Lembaga Felda dan BoD FGV.
Pembelian ladang yang kecuh di Indoneia ialah disebabkan pemilik asal Peter Sondakh ada hubungan peribadi dengan Najib Razak. Tetapi semua orang tahu Peter Sondakh juga melabur dalam harta tanah khasnya perhotelan di Langkawi dan Kuala Lumpur.
Ketiga pembelian harga tinggi itu.. Menjadi kecuh ialah kerana pelobi.. Ini adalah perkara biasa dalam pedagangan. Ada satu pihak ambil kesempatan atas kerugian Felda atau FGV untok MBO@Management BuyOut dengan meminta Kerajaan bagi pinjaman mudah Rm4Billion. Khabarny ada BANK yang bersedia menguruskan dan jika berjaya fees yang kena bayar,, juta2 RM juga.. Itu sebab ada komen dari seorang adik.. Soal nak menyamun tak kira adik beradik.
Keempat pembelian Ladang di Indonesia ialah hendak berlumba sama dengan ladang di Indonesia dengan tenaga buruh yang rendah dan mudah, berbeza di Malaysia.. Itu kita sama-sama tahu. lagi pun jika ada pemulauan minyak sawit dari tekanan antarabangsa dalam isu human right atau alam sekitar, kelapa sawit dari Ladang di Indonesia tidak akan terjejas.
Kesimpulannya pandangan masa depan perlu di lihat keuntongan dalam berbagai perkara. Dan tidak ada keperluan Isa Abd Samad hendak ditukar atau diganti orang lain jadi Pengerusi Felda atau FGV.
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Dis 30,2016.

Wajarkah ikon politik kunci mulut?

‘Dr M, Wan Azizah - ikon politik, tak harus kunci mulut’
mk - Hari ini, 11:28 tengahari
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah "ikon politik" dan tidak seharusnya dilarang daripada meluahkan pendapat mereka, kata ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Akhramsyah Sanusi.

Beliau mengulas pandangan seorang penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia yang mahu pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan untuk belajar tidak menyuarakan perbezaan pendapat mereka di khalayak umum supaya tidak menjejaskan pakatan politik mereka.

“Para pemimpin seperti Dr Mahathir dan Wan Azizah bukanlah sahaja memimpin parti politik, tetapi mereka juga di kalangan ikon politik negara kita.

“Mahathir khususnya berhujah dengan bersandarkan sejarah kejayaannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri selain diiktiraf dunia sebagai pejuang nasib rakyat negara-negara dunia ketiga!

“Rakyat Malaysia sepatutnya gembira dan menerima kesediaan para ikon kepimpinan kita berkongsi pendapat sebagai pemangkin perbincangan di kalangan masyarakat tentang halatuju pembangunan negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata ahli akademik tidak harus menyarankan para pemimpin agar diam daripada melontarkan hujah dalam negara demokrasi semata-mata kerana kepentingan politik.

Ini, menurut Akhramsyah akan memburukkan lagi budaya takut di negara ini dan hanya akan membantu rasuah, katanya.

“Saya harap lontaran pendapat oleh yang berilmu Dr Kamarul (Zaman Yusoff ) bukanlah menggambarkan sudah berputik perasaan ketakutan di institusi-institusi pendidikan tinggi terhadap perbincangan terbuka di kalangan masyarakat hasil usaha kepimpinan Umno menakut-nakutkan golongan akademik,” katanya.

Menurutnya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dan akhirnya akan membentuk dasar yang terbaik untuk rakyat.

Wan Azizah tidak bersetuju dengan pendapat Mahathir yang melabel pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebagai rasuah politik dan tidak sah.

Nampaknya dah mula main kasar ni!

Wartawan Sinar Harian diugut bom
SAPINAH AB GHANI - 30 DISEMBER 2016
Mohd Zailani Abd Rahman

KOTA BHARU - Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) memandang serius terhadap ugutan bom yang diterima salah seorang wartawan Sinar Harian kira- kira jam 5.51 petang semalam.

Presidennya, Mohd Zailani Abd Rahman berkata, Kemudi berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa terhadap mana- mana pihak dipercayai melakukan ugutan berkenaan dan membawa mereka kemuka pengadilan.

“Wartawan wanita berkenaan menerima panggilan telefon lewat petang semalam daripada nombor telefon sama yang didakwa menelefon bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan untuk mengebom kedua-dua bangunan berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: LTSIP gempar terima panggilan palsu]

“Satu laporan polis telah dibuat wartawan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira jam 9 malam tadi. Kita harap tindakan tegas akan diambil bagi mengelak kejadian ugutan kepada wartawan khususnya mereka yang melaporkan berita  jenayah terus menular,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zailani berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi umum mengetahui tugas wartawan adalah melaporkan apa jua kejadian dan berita secara profesional tanpa mana-mana pengaruh atau fahaman tertentu.

Mengulas lanjut, Mohd Zailani berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai berpunca daripada laporan kejadian ugutan bom di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu yang dibuat wartawan berusia 36 tahun itu pada 28 Disember lalu.

Dalam pada itu, Mohd Zailani berkata, kes-kes ugutan bom di bangunan kerajaan dan awam sebelum ini juga perlu ditangani pihak berkuasa agar tidak berlarutan sekali gus mengancam keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan melalui telefon.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, terdapat tiga kes panggilan bom palsu direkodkan berlaku di negeri ini iaitu dua melibatkan Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan satu kes melibatkan LTSIP.

Rabu lalu, Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan LTSIP gempar apabila menerima panggilan ugutan bom dan sehingga kini siasatan masih dijalankan.

Sementara pada 29 November lalu, kompleks mahkamah sama turut diancam letupan bom melalui panggilan telefon yang diterima di bilik gerakan polis daripada seorang lelaki, pada jam 8.47 pagi.

Ooo.....baru kita faham, patutlah dia diam

Patutlah PM Najib diam tentang 1MDB
SUBKY LATIF | 28 Disember 2016.
RIUH sedunia orang menyoal Perdana Menteri Najib tentang skandal 1MDB yang langsung di bawah tanggungjawabnya.
     
Bertubi-tubi ia dibangkitkan di Parlimen sejak beberapa sesi yang lalu. Banyak pegawai penting melepaskan jawatan atau diminta melepaskan jawatan justerunya antaranya Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Ungku Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
    
Ada juga beberapa orang anggota Jawatan Kuasa Kewangan Negara tidak dapat meneruskan penyiasatan atas isu itu kerana dijadikan Timbalan Menteri. Macam-macam soal dibangkitkan mengenainya. Semua soalan itu macam masuk ke telinga kuali.
     
Perdana Menteri buat dak aja, membisu seribu bahasa. Banyak juga isu lain yang dituding kepadanya dibiarkannya saja tak berjawaab, tetapi kadang-kadang ada disentuhnya di tempat lain semasa bercakap di perhimpunan Umno misalnya.
     
Tetapi tentang 1MDB ini didiamkanya. Paling akhir bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin membangitkannya dalam rencana di akhbar. Teguran Daim itu satu tohmah yang tajam terhadapnya walau idak menyebut namanya.
     
Itupun diam juga. Budak-budak menteri dilepaskan mengulas komen Tun Daim itu. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan yang terlibat terus dengan syarikat pelaburan kerajaan itu yang jadi milik terus kementerian kewangan sepatutnya  menjelaskaan yang amat dimusykilkan itu.
     
Tetapi dia membisu. Jika dia menemui ajal sebelum kes ini diselesaikan, maka kita tidak akan dapat penjelasan dari saksi utama.
     
Dia tidaklah dilahir bisu, idak boleh bercakap. Dia petah dan banyak juga bercakap tetapi tentang IMDB langsung kelu.
    
Mengapa agaknya? Mungkin orang fikir lazimnya dia tidak mudah menjawab dalam apa masalah jua yang disasarkan kepadanya.
    
Dalam sesi Parlimen yang terbaru tiga orang bekas anggota kabinetnya, TS Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Husni membangkitkan perkara !MDB itu. Amat menarik semua orang atas luahan mereka.
    
Maka tiada siapa yang menjawab takwil yang dibangkitkan. Tiba-tiba berdatang amaran Tan Sri speaker terhadap ketiga bekas menteri itu. Mereka dikatakan mungkin sudah melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan semasa hendak memegang jawatan itu. 1MDB itu adalah rahsia di bawah OSA. Barang siapa membocorkan barang rahsia itu boleh dikenakan tindakan.
     
Maka ketiga-tiga lebai malang itu dipanggil mata-mata untuk memberi keterangan. Tentulah mereka diancam oleh masalah mengapa mereka idak boleh dikenakan tindakan jika didapati nanti mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia.
     
Dengan amaran Speaker dan siasatan yang polis buat itu, fahamlah kita mengapa PM Najib tidak menjawab semua perkara yang dibangkitkan tentang 1MDB.
    
Apa sebabnya?
    
Perdana Menteri mestilah menjadi contoh tidak melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan. Berat hukumannya jika disabitkan mahkamah. Sebagai pegawai nombor satu atau MO1 Perdana Menteri menyimpan rahsia  serapat-rapatnya.  Biarlah orang lain melanggar sumpah itu, tetapi bukan Perdana Menteri. Pantang Tok Pawang memecah timba.
     
Apa lagi dapatan Ketua Audit Negara atas siasatan 1MDB  itu sudah dimasukkan dalam OSA.
    
Logiknya bukan Perdana Menteri sengaja tidak mahu jawab dan beri penjelasan tetapi dia dihalang oleh sumpah memegang jawatan  dan tidak mahu melanggar OSA.
     
Baru kita faham patutlah dia diam.

Yemen: Perang regional atau sektarian?

MEMAHAMI PERANG YEMEN: APA SEBENARNYA BERLAKU?
Posted on December 28, 2016
Syed Hussein Al Houthi pejuang pembebasan Yemen

Ada yang meminta saya menganalisa perang yang tengah berlangsung di Yaman (Yemen). Berbeza dengan Syria, pergolakan di Yaman kurang mendapat perhatian. 

Tak ramai yang nak berhashtag #SaveYemen atau #SanaaBerdarah walaupun lagi 3 bulan akan genap 2 tahun perang ini berlangsung dan jumlah korban telah pun mencecah 10,000 nyawa. 

Di samping mengebom orang awam Yaman menggunakan pesawat F15 buatan Amerika Syarikat, Arab Saudi juga mengenakan sekatan laut ke atas Yaman dan menyebabkan orang Yaman mati kebuluran.
Tak ramai yang mahu mengambil perhatian pasal krisis kemanusiaan di Yaman, kerana kita diwawarkan dengan naratif popular yang mengatakan bahawa perang tersebut ialah perang sektarian di antara Sunni dan Syiah. Naratif popular berbunyi: pemberontak Syiah Houthi yang ditaja Iran telah menggulingkan kerajaan Sunni di Yaman, jadi Saudi bercampur tangan untuk membela nasib umat Sunni. Justeru itu, kalau pendapat kita bercanggah dengan naratif ini, bersedialah untuk dicop “Syiah” atau “pro-Syiah”.

Sektarianisme membuat kita menidakkan kemanusiaan rakyat Yaman, seolah-olah kita kata “biarlah mereka mati, Syiah je pun”.

Konflik ini berpunca daripada tindakan sekumpulan pemberontak bernama Houthi (atau Ansar Allah) yang terdiri daripada penganut ajaran Syiah Zaidiyyah (Syiah 5 Imam). Pada September 2014, militia Houthi telah menggulingkan kerajaan Abd Rabbuh Mansur Hadi (Sunni) dengan kerjasama bekas presiden Ali Abdullah Saleh (Zaidiyyah). Hadi melarikan diri ke Aden. Seterusnya, Saudi menyatakan sokongan kepada Hadi dan mengisytiharkan perang ke atas Houthi bermula Mac 2015. Saudi disokong oleh negara-negara Teluk (GCC) yang lain termasuk Qatar, dan paling penting sekali ialah Amerika yang telah untung berbilion-bilion dengan menjadi pembekal senjata api kepada Saudi.

King Salman penerus Empayar Saudi Ibn Saud penganut  Wahhabism


Perang Yaman bukan perang sektarian. Pertama, Saudi dan Qatar bukan wakil Sunni. Kedua, Syiah di Yemen bukan ‘pemberontak’ dan Sunni di Yaman bukan ‘kerajaan’ dan tiada sesiapa menindas sesiapa. Seramai 45% rakyat Yaman ialah penganut Syiah Zaidiyyah manakala 53% ialah Sunni Syafiʿi. Syiah Zaidiyyah (akidah dan fekahnya jauh berbeza dengan Syiah Imamiyah atau Syiah 12 Imam) dan Sunni Syafiʿi telah pun hidup secara damai di bumi Yaman lebih dari seribu tahun, kenapa boleh tiba-tiba terjadi kebencian sektarian?

Ketiga, hubungan Hadi, Saleh dan Houthi tidak menggambarkan konflik sektarian. Hadi merupakan timbalan kepada Saleh selama 18 tahun (1994-2012) sebelum menggantikan Saleh yang turun akibat demonstrasi rakyat membantah kerajaan Saleh yang telah memerintah selama 33 tahun. Ketika perang saudara Yaman berlaku pada tahun 1994, Hadi telah menyokong Saleh dan dengan itu Hadi dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Naib Presiden.
Untuk memahami sebarang konflik geopolitik, adalah penting untuk kita memahami konteksnya terlebih dahulu. Selepas kita memahami konteks, kita akan sedar apa yang berlaku di Yaman ialah perang regional, bukan perang sektarian. Sentimen kabilah juga memainkan peranan, namun dalam kabilah yang sama terdapat Syiah dan Sunni, jadi sektarianisme bukan punca konflik. Puncanya ialah regionalisme di mana penduduk Yaman selatan menganggap kerajaan pusat di Sanaa (Yaman utara) telah meminggirkan mereka dari segi sosioekonomi, dan persepsi itu membawa kepada gerakan pemisahan dan konflik berpanjangan. Gerakan Houthi hanya sebahagian daripada cerita Yaman yang rumit.

Yaman yang kita kenali hari ini ialah sebuah negara yang wujud selepas penggabungan Yaman Utara dan Yaman Selatan pada tahun 1990. Yaman Utara mempunyai sejarah sebagai mukim penganut Zaidiyyah dan mereka telah mendirikan pemerintahan keimaman dari tahun 897 hingga tahun 1962 (namun di dalam sempadan Yaman Utara juga terdapat Sunni). 

Berbeza dengan pegangan Syiah Imamiyah, imam Zaidiyyah tak semestinya dipilih dari golongan Ahlul Bayt. Imam terakhir, Muhammad Al-Badr telah digulingkan pada tahun 1962 dan digantikan dengan pemerintahan republik. Perang saudara menyusul dan melanjut sehingga tahun 1970 di mana golongan tentera mengalahkan kerajaan Imam Zaidiyyah. Ironiknya, Saudi telah menyokong Imam Zaidiyyah dalam perang tersebut kerana golongan tentera disokong oleh Gamal Abdel Nasser dari Mesir iaitu musuh ketat Saudi.

Yaman Selatan pula merupakan jajahan British di bawah nama Aden Protectorate dari 1839 hingga 1967. Masyarakat Yaman Selatan berpegang kepada mazhab Syafiʿi dan hidup berkabilah. Ramai keturunan Arab di Nusantara adalah berasal dari situ, terutamanya dari Hadramawt (seperti Al-Attas, Al-Bar, Al-Haddad). 

Selepas Aden merdeka pada tahun 1967, Yaman Selatan dikuasai parti berideologi komunis dan menjadi sebuah negara satelit kepada Soviet Russia. Kenapa Russia mahu mengawal Yaman Selatan pada ketika itu? Ingat teori “pelabuhan air suam”. Disebabkan pemerintahan komunis, ramai Sunni telah berpindah ke Yaman Utara di bawah naungan Zaidiyyah.
Apabila rejim Soviet runtuh dengan ketamatan Perang Dingin, Yaman Selatan yang kehilangan payung Soviet telah diserap ke dalam Yaman Utara menjadi negara Yaman yang bersatu. Namun Yaman bersatu gagal menjadi negara yang stabil. Perang saudara meletus pada tahun 1994 kerana orang Selatan menganggap kepentingan mereka dipinggirkan oleh kerajaan pusat yang mementingkan orang Utara. Hadi mendapat sokongan di Aden bukan kerana dia Sunni, tetapi kerana dia ialah anak jati Selatan.

Gerakan Houthi yang diasaskan oleh Hussein al-Houthi pada tahun 2004 memberontak terhadap kerajaan Saleh yang dianggap pro-Saudi dan pro-Amerika, bukan kerana ada sektarianisme Sunni-Syiah di Yaman. Ia pernah berperang dengan kerajaan Saleh selama 6 kali, jadi adakah berlaku perang saudara di kalangan Zaidiyyah? 

Pelepasan kuasa Saleh atas desakan rakyat pada tahun 2012 (Sunni dan Syiah sama-sama protes terhadap Saleh) tidak berjaya memenuhi tuntutan Houthi. Jadi, Houthi sekali lagi melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pusat.
Pada masa yang sama Houthi juga berperang dengan kumpulan Islah yang diketuai Sheikh Abdullah al-Ahmar dari kabilah Hashid yang juga merupakan Zaidiyyah. Selain Houthi, juga terdapat gerakan pemisah lain seperti Al-Hirak (Southern Movement) yang aktif sejak 2007. Gerakan kumpulan-kumpulan seperti ini jarang dihighlight dalam laporan media arus utama, kerana ia akan menggagalkan pembentukan naratif “Sunni vs. Syiah”.

Siapa yang sebenarnya untung daripada sentimen sektarian? Tidak lain ISIS dan Al-Qaeda. Al-Qaeda beroperasi di bawah Ansar Al-Sharia telah mengkafirkan Zaidiyyah, menyerang dan mengebom masjid-masjid Zaidiyyah di mana Sunni juga solat bersama. Mengambil kesempatan ke atas keadaan huru hara, Ansar Al-Sharia dapat menguasai kawasan Selatan.

Tidak dinafikan Iran dan Saudi juga cuba memanipulasi kerumitan konteks Yaman untuk kepentingan masing-masing. Untuk sementara waktu, peranan Iran sangat terhad dalam Perang Yaman, tidak seperti di Syria. Keutamaan Iran ialah untuk mewujudkan kawasan Bulan Sabit Syiah (Shia Crescent) yang menyambungkan Iran, Iraq, Syria dan Lubnan. Yaman terlalu jauh dan tidak strategik bagi Iran. Boleh rujuk kajian Thomas Juneau dari Universiti Ottawa berjudul ‘Iran’s Policy towards the Houthis in Yemen: a Limited Return in a Modest Investment’.

Tujuan Saudi pula lebih kepada pengukuhan keabsahan rejim Banu As-Saud. Campur tangan di Yaman sama seperti campur tangan di Bahrain di mana Saudi dan GCC membanteras demonstrasi rakyat yang majoritinya Syiah. Saudi risau dengan kebangkitan politik orang Syiah yang akan menggugat keutuhan wilayah Saudi di mana ia juga mempunyai kawasan yang bermajoriti Syiah di wilayah timur, dan di situlah kawasan simpanan minyak Saudi.

Pendek kata, tanpa memahami konteks negara-negara Timur Tengah, kita akan mudah terpedaya dengan dakyah/propaganda sesetengah pihak dan gagal memahami punca masalah. Yaman mempunyai persamaan dengan Syria di mana kegagalan membentuk negara bangsa yang jitu telah menjadikan negara terdedah kepada perpecahan dan manipulasi kuasa-kuasa asing.

Bacaan Lanjut:

Stephen W. Day (2012), Regionalism and Rebellion in Yemen: A Troubled National Union
Noel Brehony (2013), Yemen Divided: The Story of a Failed State in South Arabia
Uzi Rabi (2015), Yemen: Revolution, Civil War and Unification - sumber

Siapa Sondakh Kepada Najib?

THURSDAY, DECEMBER 29, 2016
Eagle High: Siapa Sondakh Kepada Najib?

A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

PADA mulanya saya tidak bercadang menambah apa-apa lagi kepada apa yang telah saya tulis mengenai urusan jual-beli luar biasa yang membabitkan Felda/FGV dan Rajawali Group sejak tahun lalu.

Kalau pembaca berminat boleh rujuk tampalan bertajuk “FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh” pada 13 Jun 2015 di pautan ini.

Berkenaan silap mata korporat memindahkan pembelian 37 peratus saham ladang Eagle High (helang tinggi) daripada Felda Global Ventures (FGV) kepada sebuah anak syarikat Felda lain bernama FIC Properties Sdn Bhd, saya rasa komen Pengerusi CIMB, (Datuk Seri) Mohd Nazir Abdul Razak, lebih daripada memadai.

Sebagai orang korporat dan adik Perdana Menteri sendiri, saya yakin kebimbangan beliau adalah berasas. Nazir mahu Felda memberi justifikasi mengapa ia membayar harga yang rata-rata dianggap terlalu tinggi dan tidak mencerminkan realiti pasaran serta potensi aset.

FeIda membayar AS$505.4 juta (kira-kira RM2.3 bilion) atau tiga kali lebih mahal daripada harga purata 2015. Saya yakin tidak ada siapa pun akan menentang pembelian oleh Felda jika harganya berpatutan, selari dengan pasaran dan telus.
Peter Sondakh: Sahamnya naik tapi FGV turun

Anehnya, boleh kata semua urusan jual-beli oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia yang membabitkan Kumpulan Rajawali dan taukenya, Peter Sondakh, diselubungi misteri dan keluarbiasaan.

Misteri Rajawali

Banyak cerita saya dengar, termasuk daripada pembahas blog ini, yang memberi maklumat atas dasar sulit & persendirian mengenai pertalian di antara Najib dengan Sondakh.

Ada sesetengah maklumat itu memang saya pun tidak berani menyiarkannya sekali pun tanpa label P&C kerana terlalu peribadi dan sukar disahkan.

Cuma yang hendak saya tambah kali ini adalah beberapa kebetulan yang sedikit sebanyak menyokong khabar-khabar angin dan kisah misteri yang melibatkan perhubungan Najib-Sondakh.

Fakta-fakta yang akan saya sebutkan di bawah adalah maklumat awam. Sesiapa pun yang berminat dan tekun boleh memperolehnya di domain awam.

Antaranya:

1. Kalau Najib berketurunan Bugis yang buminya Sulawesi, Sondakh pula dilahirkan di Manado, Sulawesi.

2. Jikalau Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, Sondakh pun dilahirkan pada 23 Julai 1953 juga.

3. Najib beragama Islam dan sering mempamerkan keislamannya di khalayak ramai manakala Sondakh dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai pengamal setia agama Kristian.

4. Kebugisan Najib menjadi mutakhir dengan penganugerahan gelaran tertinggi Bugis “I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil” pada tahun 2005.

5. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009, tidak lama selepas itu Sondakh mendapat anugerah gelaran Tan Sri (kehormat) dan muncul sebagai penasihat Najib mengenai Indonesia.

6. Antara kepakaran Sondakh, menurut laporan akhbar The Star pada 23 Jun 2015 adalah menjual-beli syarikat dan membangun semula syarikat yang rugi.

7. Catatan Wikipedia bahasa Indonesia pula berkata, bintang Sondakh menjadi terang apabila berjaya merapati gerakan Orde Baru (New Order) pimpinan Allahyarham Presiden Suharto.

8. Urus niaga terawalnya dengan GLC Malaysia adalah penjualan saham miliknya dalam firma telekomunikasi, Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia (TM) pada tahun 2005 dengan harga AS$400 juta (nilai hari ini kira-kira RM1.8 bilion) dan sekali gus menjadikannya antara orang terkaya di Indonesia.

9. Tidak lama selepas penjualan kepada TM, Sondakh mula membeli aset-aset di Malaysia, termasuk aset milik Khazanah Nasional Berhad. Ini sangat menarik – dia jual asetnya di Indonesia kepada Khazanah (melalui TM) dan beli aset-aset Khazanah di Malaysia.

10. Timbul tanda tanya apakah Sondakh lebih menghargai aset-aset Khazanah di Malaysia daripada asetnya sendiri di Indonesia? Apakah penjualan Eagle High kepada Felda juga cara beliau menukar aset mentah yang belum produktif di Indonesia dengan aset matang dan teruji di Malaysia?

11. Antara aset Malaysia milik Sondakh termasuklah Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Four Seasons Resort Langkawi, Pusat Konvensyen Langkawi dan Hotel  St Regis, Langkawi. Hampir  semua aset ini sama ada dibeli daripada Khazanah atau dibangunkan bersama Khazanah dengan kesemua atau sebahagian modalnya diperoleh dari pasaran tempatan.

12. Apakah Sondakh terlibat membantu Najib dengan apa cara jua dalam menangani skandal 1MDB/SRC, khususnya berkaitan misteri "kehilangan" orang yang terbabit langsung dengan skandal itu seperti Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin?

13. Akhir sekali, apakah urus niaga Felda-Rajawali ini ulang tayang kepada skim cepat kaya dan pengumpulan tabung pilihan raya seperti yang berlaku kepada 1MDB dan FGV sebelum PRU 2013?

Kesimpulannya, sebarang penghalusan mengenai urus niaga yang melibatkan Sondakh dan Malaysia tidak lengkap tanpa mendalami apa yang tersurat dan tersirat dalam perhubungan di antara Najib, keluarganya dan Peter Sondakh.

Wallahuaklam.

Posted by A KADIR JASIN at 6:25 AM