Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, June 30, 2012

Cuti Peribadi Najib: RM273,799.57 Wang Pembayar Cukai Lebur!

K'jaan pertahan cuti peribadi Najib di Milan
7:27PM Jun 29 2012
Selepas didesak oleh anggota parlimen pembangkang, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat rasmi.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu bagi memastikan keselamatannya terjaga.

Keseluruhan lawatan peribadinya daripada 18 hingga 25 Mei - dua hari di Washington dan lima hari ke Milan dengan transit di Dubai - menelan belanja RM273,799.57 menggunakan wang pembayar cukai, jelas Timbalan Menteri di JPM Liew Vui Keong kepada parlimen malam tadi.
NONERombongan itu disertai polis pengiring, pegawai peribadi, doktor dan pegawai keselamatan. Kesemua perbelanjaan ditanggung kerajaan ekoran itu tugas rasmi mereka, kata Liew (kiri).

"Walaupun YAB perdana menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai perdana Menteri Malaysia. 

"Sehubungan dengan itu, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang berpandangan isu keselamatan YAB perdana menteri harus diketepikan semata-mata kerana beliau sedang bercuti. 

"Atas dasar keselamtan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan kerajaan bagi YAB perdana menteri menggunakan pesawat eksekutif kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi yang dibangkitkan oleh ahli yang berhormat tidak seharusnya timbul," katanya.

Liew menjawab soalan tambahan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang tidak berpuas hati dengan jawapan sebelumnya oleh menteri di JPM Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berhubung perbelanjaan lawatan ke luar negeri Najib. - mk

Kisah Penyamun Tarbus....

Petikan dari blog Anakanda ISA


Tujuan Mahadeath mahukan anaknya berada dalam kabinet Najib Razak sekarang ini adalah kerana untuk menutup segala penyelewengannya selama 22 tahun menjadi PM, dan sebab itulah mamak haramjadah tu takut sangat  barisan nasio-anal kalah nanti.
Anak Beranak Penyamun.

Siang tadi gua melepak dengan seorang businessman veteran cina bernama Jack Ng, beliau bercerita pasal budaya korupsi di Malaysia. Beliau juga menyatakan budaya ini menular sejak zaman mahadeath bersama kawan rapatnya iaitu Daim Zainudin, banyak yang disembangkan...


Sepenuhnya baca di sini

Najib Kata Angin Sudah Baik. Tapi Bila Mahu Berlayar?

Tak kisahlah apa pun arahannya
Perkasam dan Jati masih boleh dijadikan 'Alu'?
Anggota BN Diingat Tidak Keluar Kenyataan Sentuh Sensitiviti Kaum - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada semua anggota Barisan Nasional (BN) supaya tidak menimbulkan sebarang kenyataan menyentuh sensitiviti perkauman.
Beliau yang merupakan Pengerusi BN berkata: “Saya mengingatkan supaya ahli-ahli tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menyentuh perasaan mana-mana kaum, ataupun yang boleh menimbulkan permasalahan antara parti komponen Barisan Nasional.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di ibu pejabat BN di sini, Jumaat.
Peringatan Najib itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara lanjut mengenainya.
Namun baru-baru ini, Ahli Parlimen BN-Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga sehingga mencetuskan kontroversi.
Najib berkata, perkara yang diperbincangkan dalam mesyuarat adalah mengenai program dan aktiviti yang diusahakan oleh BN di seluruh negara.
“Kesan yang menggalakkan apabila saya dan timbalan perdana menteri membuat lawatan ke negeri-negeri sampailah ke peringkat daerah.
“Nampak sokongan lebih memberangsangkan. Ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap BN adalah lebih baik,” katanya.

Friday, June 29, 2012

Rasanya Kalau Di Pakistan Atau Iran Sudah Lama Kena Orang Tua Nih!

Nasiblah di Malaysia ni apa pun tak apa. 
Hina Nabi pun ok
Hina Hukum pun ok
Tapi kalau kutuk Raja atau UMNO tak boleh, Haram....
Ahmad Awang: Cukuplah debat hadis 26 tahun lalu

Tidak perlu lagi debat berhubung isu hadis dengan Dr Kassim Ahmad yang pernah berlangsung 26 tahun lalu kerana sarjana kontroversi itu tidak akan mengubah pendiriannya, kata tokoh ulama Dr Ahmad Awang.

Ahmad yang mengetuai debat Pusat Islam berdebat dengan Dr Kassim pada 1986 itu berkata, mengadakan debat sekali lagi hanya membuang masa memandangkan sehingga hari ini penulis itu masih mempertahankan hujahnya. 
NONE"Tiada sebab (hendak berdebat). Sudah 26 tahun. Orang ramai pun boleh menilai. Dia berdegil dan cuba cari kesempatan sebenarnya. Dia kata keadaan sekarang dah berubah.

"Mungkin maksud dia mengenai Islam liberal yang ada penyokongnya di kalangan intelektual.

"Tak ada maknalah. Buang masa. Saya takkan fikir untuk berdebat semula," kata Ahmad ketika ditanya sama ada beliau bersedian berdebat sekali lagi dengan Dr Kassim berhubung idea-idea dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, perdebatan 26 tahun lalu 'tergantung' kerana pihaknya tidak sempat berhujah kerana Dr Kassim terpaksa pulang awal untuk mengejar penerbangannya ke Pulau Pinang.

"Perbincangan itu tidak habis kerana Kassim suruh kita mendengar dulu hujahan dia. Tapi lepas dia berhujah hampir sejam lebih, masuk pula waktu Asar. Selepas Asar Kassim perlu balik ke Pulau Pinang kerana tiket kapal terbangnya dalam pukul enam lebih.

"Dia berjanji akan datang semula. Tetapi selepas dua, tiga bulan, dia tidak datang sebaliknya buku itu diterbitkan," kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan anggota majlis syura PAS itu.

'Bukan nilai, tapi tolak'
Ditanya tentang arahan Kementerian Dalam Negeri supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyemak semula buku itu, Ahmad berkata perkara itu tidak mungkin kerana ia didakwa jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya sendiri ada salinan buku Hadis: Satu Penilaian Semula sebelum ia diterbitkan. Memang dia menolak hadis. Bukan penilaian semula. Tetapi menolak terus.
NONE"Tapi saya tak tahulah kalau kerajaan ada kepentingan lain (untuk menerbitkan buku)," katanya Ahmad lagi sambil menambah buku itu berbahaya kepada akidah umat Islam. 

"Menteri sekarang ini pun tidak tahu mengenai agama. Sebab itu dia serahkan kepada Jakim.

"Buku itu memang banyak bercanggah. Dia kata hadis tak ada dan sunah itu rekaan ulama. Dia kata, kalau ada pun hadis yang boleh digunakan, hanya dua, tiga hadis sahaja.

Dr Kassim bagaimanapun menjelaskan beliau bukan anti-hadis sebaliknya hanya kritikal kepada sumber Islam kedua itu dan menerima kira-kira 40 hadis yang didakwanya tidak bertentangan dengan al-Quran.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, arahan KDN bagi mengkaji semula pengharaman buku Hadis: Satu Penilaian Semula dibuat pada 20 Jun setelah Dr Kassim menuntut perkara itu tiga bulan sebelumnya.

PRU13: Hanya Sibodoh Yang Akan Mengutip Bangkai Katak!

Pada saya hanya orang tak cukup otak saja yang akan mengutip bangkai untuk di letakkan di bawah tudung saji!

Sebelum baca article di bawah, cuba layan dulu apa kata tukang-tukang komen terhadap article tersebut.
Dan itulah kata hati mereka...

Azaman Halim 

Saya menyangah Dr Aminudin berkata calon Bebas Semenanjung mempunyai kekuatan tersendiri...Kalau diperhatikan dengan teliti asal mereka2 tu semuanya berparti.. tetapi bila mereka derhaka dan khianat pada ketua dan parti mereka di tendang keluar.
Jadi mengikut lojiknya, mereka itu semasa bertanding dulu dan menang atas sokongan penyokong yg berparti bukan nya penyokong bebas.
Contoh si katak yg paling kuat melompat(Brahim) bertanding atas tiket PAS, jadi siapakah yg memenangkan di Brahim tu, kalau bukannya penyokong PAS??. Bila dah menang dia terlupa asal usul dari mana dia mendapat sokongan.. jalan cerita yg sama juga pada wakil Bebas yg lain..
Kalau mengharapkan sokongan NGO, berapa kerat aje yg bolih di raih?? Contoh Si Zulkifli di Kulim Bandar Baru, cuba kita congak dan buat bancian berapa ramai NGO yg ada kat kawasan itu???
Sampai kehari ini kita tak nampak hala tuju yg diperjuangkan olih calon2 Bebas tersebut..
Si Buraq;
saya nasihatkan kepada semua MP bebas ini janganlah bertanding kecuali datuk Eric dan DR Chua Soon kerana mereka ada parti iaitu SAPP kerana saya sangat yakin kalau mereka bertanding mereka akan hilang wang pertaruhan kerana pengundi dikawasan mereka dah menyampah dengan mereka, pada pru 12 mereka menang kerana sebab PKR DAN PAS bukan atas sebab batang tubuh/diri mereka, tak percaya tunggu dan lihat.

Maizun Ijun · Guru at SMK Che Tom, Sungai Petani

Dipersilakan wahai mp2 bebas untuk bertanding.. kita tengok ada x pemilih nakkan org yg x da matlamat dan arah tujuan ni..saya agak x da pun yg berani jadi calon kecuali kat sabah s'wak..
Noriman Saari 

mereka menang atas tiket parti pembangkang...lepas tu mereka keluar parti dan menjadi bebas....adakah rakyat pilih atas kapasiti batang tubuh atau parti yg di wakili...apa perasaan pengundi kawasan mereka apabila skrg ni mereka menjadi bebas tetapi mesra BN dan menghentam PR segenap sudut sedgkn ketika berceramah pilihanraya dulu, menentang BN..mungkin kita terlupa, 3 wakil rakyat dari perak yg melompat jadi bebas yg mesra BN sehingga tertumbang kerajaan PR di perak..kita tgk, adakah mereka akan menjadi calon dan mendapat sokongan rakyat...
Ady Hussain 
wakil bebas yang keluar dari pr selepas pru 12, boleh bertanding semula nanti. Aku tak sabar nak tengok diaorang hilang wang pertaruhan. Zul nordin boleh menang ka, ibrahim ali dah tentu jadi rakyat biasa je lepas pru13 aku rasa.

Ramai calon Bebas bertanding PRU13
29 Jun 2012
CALON bebas adalah kuasa ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang boleh memecahkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kuasa dan pengaruh calon bebas ini bukan calang-calang orang kerana kebanyakannya calon dan ahli Parlimen yang lantang dan berpengaruh di kawasan mereka.

Mengikut perhitungan dan kajian, ramai calon Bebas akan bertanding peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun). Ada antaranya yang bertanding atas tiket calon Bebas seperti Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali manakala tidak kurang juga yang dipecat daripada parti seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali.

Di belakang mereka ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara aktif seperti pertubuhan Perkasa dan juga Jati. Di Parlimen kini terdapat beberapa wakil calon Bebas antaranya Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Seri Zahrin Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar), Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri dan terbukti lantang di Parlimen dan menjalankan tugas dengan berkesan iaitu menyuarakan hak dan kehendak rakyat di kawasannya.

Kalangan mereka mengambil pendekatan yang popular dari segi mengupas isu yang dibangkitkan di Parlimen dan isu semasa di media massa. Mereka mempunyai pengikut yang setia dan kebanyakannya adalah penyokong atas pagar yang tidak menyertai manamana parti.

Sejak akhir-akhir ini istilah “himpun” sangat popular digunakan semua pihak. Jika dikaji secara makna tersurat “himpun” membawa maksud proses mengumpulkan sesuatu atau orang. Dalam makna tersirat “himpun” boleh diterjemahkan sebagai mengumpulkan orang ramai dengan niat dan tujuan yang tertentu khususnya tujuan politik.

Justeru, melalui perhimpunan iaitu perihal berhimpun beramai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat umum. Sementara itu, tidak kurang juga mereka yang akan bertanding atas tiket Bebas yang tidak mempunyai parti sebagai contoh di Pulau Pinang ada tiga atau empat calon Bebas dikatakan yang akan bertanding.

Di Kedah terdapat dua calon yang akan bertanding atas tiket Bebas. Di Selangor mungkin dua atau tiga calon Bebas yang akan bertanding. Begitu jugalah di beberapa negeri lain seperti di
Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan di peringkat Dun dan Parlimen.

Beberapa kawasan juga sangat popular ditandingi calon Bebas seperti di Sibu dan Batang Lupar, Sarawak; di Sungai Petani, Kedah; Gombak, Kapar dan Kota Raja. Kawasan tersebut dikatakan mempunyai pengundi atas pagar yang ramai berbanding dengan kawasan lain.

Kecenderungan mereka yang bertanding atas tiket calon Bebas mungkin disebabkan mereka tidak ada parti tetapi mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat di peringkat akar umbi. Mereka ini juga mungkin aktivis NGO yang berpengaruh di peringkat negeri dan kebangsaan yang memperjuangkan pelbagai masalah rakyat.

Bagaimanapun, ketika pilihan raya, kebanyakan pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Calon individu yang dipilih mestilah mempunyai sesuatu keistimewaan. Sistem ini mudah difahami kerana perwakilan di Parlimen atau di Dun mencerminkan kehendak rakyat di peringkat bawah.

Wakil rakyat seharusnya menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya di peringkat Dun dan Parlimen. Tetapi jangan dipandang enteng dalam PRU13 sudah pasti akan ramai calon Bebas yang bertanding untuk merebut dan memenangi kawasan “panas” tersebut.


* Penulis pengamal media, PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

Mind-blowing Photos

Hari ini tak berapa sihat. Mood blogging pun kurang.
Apa pun yang sudi tu, layanlah gambar-gambar kat bawah ni...
““
““
““
““

““

Thursday, June 28, 2012

Harus Atau Merapu?

Three giant spaceships to attack Earth in 2012?
22.12.2010
UFO encounters became especially frequent in the middle of the 20th century, when it became impossible to disregard incidents of UFO sightings anymore. Special services started establishing special departments for air defense troops, secret laboratories were organized to study the phenomenon. It is not ruled out, that secret services have already had chances to study fragments of alien spaceships or even aliens themselves.
It is about time science should say its word regarding the problem, and it did. SETI (Search for Extraterrestrial Intelligence), an independent non-commercial organization, released a sensational statement.
Three giant spaceships are heading towards Earth. The largest one of them is 240 kilometers wide. Two others are smaller. At present, the objects are beyond the orbit of Pluto.
The spaceships were detected by HAARP search system. The system, based in Alaska, was designed to study the phenomenon of northern lights. According to SETI researchers, the objects are nothing but extraterrestrial spaceships. They will be visible in optical telescopes as soon as they reach Mars's orbit. The US government has been reportedly informed about the event. The ships will reach Earth in December 2012.
The date of the supposed space contact with extraterrestrial civilization brings up thoughts about the Mayan calendar, which ends on December 21, 2012. Is it just a coincidence? Most likely, though, SETI researchers mistake the wish for the reality: fifty years of constant monitoring of space have not yielded any results.
Nevertheless, mankind only begins to explore space. We are just newcomers in this huge and unexplored world. Many believe that there are many other civilizations in space beside our own civilization.
Rumor has it that the Americans classified a lot of information about findings on the Moon. In 1988, a prominent Chinese official, a member of the nation's space program, unveiled pictures of human footprints on the lunar surface. The official stated that he had received the information from a reliable source and accused the Americans of concealing that information. The photos were dated from August 3, 1969 - two weeks after Armstrong and Aldrin stepped onto the surface of the Moon on July 20, 1969. Therefore, the materials of the lunar mission were studied and classified by NASA.
On March 15, 2009, The New York Times produced another sensation. The same Chinese official, Mao Kan, stated that he had obtained over than 1,000 secret NASA photographs depicting not only human footprints, but even a human carcass on the surface of the Moon. Some of the bones in the carcass were missing, the official said. The human corpse must have been dropped on the Moon from an alien spaceship, whereas the extraterrestrials kept some tissue samples for research.
The photos were taken by a lunar probe. The absence of air makes it possible to capture minute details from the lunar orbit. The pictures of the carcass were very clear.
Dr. Ken Johnston, former Manager of the Data and Photo Control Department at NASA's Lunar Receiving Laboratory, said that US astronauts had found and photographed ancient ruins of artificial origin on the Moon. Supposedly, US astronauts had seen large unknown mechanisms on the Moon. The data were classified by the US government.
Is all of that just spam or is it fantastic truth? Will we ever know?
Sumber

Jawab Awe, Jawab....

Thursday, June 28, 2012
DAKWAAN SALAHLAKU TERHADAP DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN
DAKWAAN SALAHLAKU DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN SEMASA MENJAWAT JAWATAN PENOLONG GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menuntut penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berhubung dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salahlaku beliau semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

KEADILAN meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong, yang menjadi pemilik serta pengarah kepada syarikat  SunPrestige Sdn Bhd, syarikat Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.

Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta yang membuktikan beliau mempunyai hubungan dengantSunPrestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM.

Justeru KEADILAN meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan:

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara  kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung Hon Cheong.

Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan RM dari BNM.

Apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung Hon Cheong menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?

Sehubungan itu, KEADILAN memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.

KEADILAN  juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit.

KEADILAN akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.

Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami!

DATO SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Machang



Hudud: Apa Nak Hairan Bukan Islam Tolak, Melayu UMNO Pun Menentang!

Melayu UMNO bersorak bila Non Muslim tolak Hudud!
Apa bezanya mereka?
Guan Eng dihujani soalan hudud dalam wacana DAP

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:19PM Jun 28 2012
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.
NONELim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

'Tak mungkin pujuk non-Muslim terima hudud'
Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan pemimpin BN.

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.
NONE"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.

Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan.

"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan "persepsi palsu" yang didakwanya dibentuk oleh BN.

Lim juga menafikan dakwaan DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.

"Ia (anti-Islam) tidak mungkin berlaku... Apa bukti DAP anti Islam? Sejak DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang, halang maulud (nabi) ka? Fitnah yang berulang-ulang mungkin akan percaya.

Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno


Menurut ahli parlimen Bagan itu, DAP dan PAS sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari sudut "mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan".
Dr Maszlee Malik (2)Bahkan, beliau tidak mahu perbezaan antara kedua-dua parti memecahkan Pakatan Rakyat di samping saling hormat-menghormati dan menyifatkan perbezaan pandangan merupakan satu lumrah.

Sementara itu, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan tinjauannya, ramai aktivis Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) "lebih selesa" dengan DAP berbanding Umno.

Beliau membangkitkan beberapa isu sebelum ini berkaitan Islam antaranya menukar cuti hari Jumaat kepada Ahad di beberapa negeri, meroboh surau dan isu memecat mufti.

"Adakah DAP Pulau Pinang yang buat? Siapa yang anti-Islam?" soal Dr Maszlee yang diiringi jawapan "Umno" dari kira-kira 150 hadirin.

"Ini persepsi.... Persepsi selalu bersalahan dengan fakta. (Jadi) lihat fakta," katanya.

Di samping itu, Dr Maslee juga berkata beliau pelik, mengapa MCA tidak dikatakan sebagai anti-Islam sedangkan pemimpinnya didakwa menghina hudud, haji dan wanita bersalaman dengan lelaki. - mk

MP Bengap Tarik Balik Kenyataannya Kerana MIC Dan PPP. Bukan Kerana Rakyat Malaysia!.

MP Umno tarik balik kenyataan 'gantung' Ambiga
4:06PM Jun 28 2012
Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk  Wan Junaidy Jaafar.

Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan".- mk

KSN Menyedapkan Hati BN?

Adakah majoriti dari 1.4 juta kakitangan awam akan mematuhi gesaan ketua mereka?

Apabila ruang pilihan raya semakin sempit, pegawai kerajaan mula menyokong BN

Oleh Shannon Teoh
June 28, 2012

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Rangkaian kenyataan yang dibuat kakitangan tertinggi kerajaan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) mengukuhkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya umum yang perlu dilakukan dalam masa setahun walaupun kerajaannya dilihat sukar untuk menarik sokongan rakyat.

Ketua Setiausaha yang baru dilantik menggesa kakitangannya untuk setia kepada kerajaan dan menolak “janji kosong” pembangkang serta seorang diplomat menyerang akhbar Kanada kerana mempersoalkan “trek rekod Najib”.

Sejumlah 1.4 juta kakitangan kerajaan merupakan pengundi tradisional BN namun kontroversi berkenaan skim pendapatan terbaru mereka dan serangan daripada pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) terhadap isu pokok mereka telah memberikan kelebihan kepada mereka apabila sokongan sudah mula berubah.

Walaupun populariti perdana menteri di Semenanjung Malaysia menurun empat peratus selepas pertembungan perusuh dan pihak polis semasa perhimpunan Bersih 3.0, kedudukannya masih kekal dengan 65 peratus sedangkan kerajaan masih lagi sukar untuk mencecah 50 peratus penerimaan rakyat.

Penganalisis yang dihubungi The Malaysian Insider berkata dengan pertembungan politik yang semakin hebat, keyakinan kakitangan awam pimpinan politik semakin goyah.

Mereka menjelaskan isu seperti dakwaan RM250 juta pinjaman kerajaan oleh keluarga menteri Kabinet, pinjaman pendidikan tinggi yang membebankan pelajar dengan hutang, dan pembelian RM7 bilion kapal selam Scorpene dikaitkan dengan Najib telah mendapat perhatian tinggi pengundi.

“Walaupun jelas kelebihan berpihak kepada BN, Najib telah melambatkan pilihan raya ke satu tahap di mana beliau mempunyai ruang yang semakin sempit. Kesan terhadap perkara ini adalah 'kegagalan' pentadbirannya untuk menyaksikan taktik baru yang muncul.

“Jadi, (kakitangan awam) acuh tak acuh untuk menerima peringatan daripada pegawai mereka supaya 'membuat pilihan bijak',” kata Ibrahim Suffian yang mengetuai pusat penyelidikan Merdeka Center.

Penganalisis politik bebas seperti Khoo Kay Peng melihat “ strategi yang padu untuk menang komuniti kelas pertengahan” dengan bercakap tentang “kepastian yang wujud dengan kerajaan BN.”

Dengan merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati, yang kini telah menjadi tema untuk sambutan Hari Kemerdekaan, beliau berkata “dengan kedatangan masa sukar, terdapat banyak yang akan mengutamakan mata pencarian mereka dan menjadikan majikan mereka susah harti.”

Ketua Setiausaha Datuk Seri Ali Hamsa berkata kepada penjawat awam mereka “perlu lebih jelas” daripada mempercayai “janji-janji kosong” daripada pembangkang, dan menggesa mereka untuk berkhidmat dengan kerajaan hari ini dalamsatu temuramah khas bersama New Sunday Times.

Setiausaha Menteri Luar Ahmad Rozian Abdul Ghani kemudiannya menyerang akhbar kanada semalam apabila melihatkan Najib sebagai “demokrt palsu”, dan menegaskan perdana menteri itu mempunyai “trek rekod yang membanggakan.”

“Seorang Pengarah di unit kecekapan Pemandu turut melakukan serangan secara terbuka kepada pembangkang semalam kerana tidak meningkatkan negara sebaliknya lebih menjurus kepada mengkritik kerajaan sedia ada.

“Semua pembangkang hanya tahu mengkritik apa yang sedang dibuat dan tidak menambah baik negeri mereka! Apa yang mereka buat?” kata pengarah komunikasi Alex Iskandar Liew di laman Twitter miliknya, dengan turut dihantar kepada @barisannasional dan @NRC11, kelab penyokong perdana menteri.

Pendyarah Sains Politik James Chin, enggan untuk sebarang tindakan bebas parti politik  oleh kakitangan kerajaan namun berkata,”dengan kesaksamaan dalam kerajaan, penjawat awam tidak boleh mngeluarkan sebarang kenyataan politik.”

“Politik perlu diselesaikan oleh orang politik, atau setiausaha akhbar yang bekerja secara kontrak, bukannya dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.

Ketua Setiausaha adalah kakitangan kerajaan tertinggi dan setiausaha adalah kakitangan tertinggi penjawat awam dalam kementerian. Kebanyakannya kakitangan Pemandu, bagaimanapun, di ambil bekerja atas keperluan kontrak 

SiNyanyuk Dengan Pandangan Sengetnya!

UMNO jer boleh saman. Orang lain tak boleh
Hanya dia saja yang betul. Orang lain semuanya salah
Hanya dia saja yang kuat. Orang lain semuanya lemah
Anwar Saman Orang Untuk Tutup Mulut Mereka - Tun Mahathir
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.
Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.
"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Rabu.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.
Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.
Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.
Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea.
Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano.
Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. -BERNAMA

UMNO Cuba Mengelak Tapi.....

UMNO cuba mengelak tapi yang terserlah ialah ramai di kalangan Pemimpinnya berotakkan 'Otak Lembu'
Cakap ikut sedap mulut tanpa fikir langsung akibat dan kemusnahan dari apa yang dituturkannya
UMNO sepatutnya (sekiranya 'bertelurlah') ambil tindakan terhadap malaun bangang nih!
'Kenyataan MP Sri Gading bukan pendirian BN'
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata kenyataan ahli Parlimen Sri Gading mengenai perhimpunan BERSIH dan Datuk S Ambiga adalah bersifat
peribadi dan bukan pendirian parti komponen itu. 
    
NONE"Saya ingin menegaskan bahawa BN mendukung Perlembagaan Malaysia dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan BERSIH tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan semalam.
    
Semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat kelmarin, ahli Parlimen Seri Gading itu mencadangkan penganjur perhimpunan BERSIH, Datuk S Ambiga (atas) digantung sampai mati. 
    
Ini kerana Aziz mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong. 
    
NONESemalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata 
ahli Parlimen DAP akan membuat laporan polis terhadap Mohamad Aziz (kiri) yang mendakwa Ambiga sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Lim dan lapan lagi ahli parlimen parti itu menyuarakan rasa terkejut mereka.

"Ia satu hasutan, rasis dan mengancam. Ianya rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," kata Lim dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen.

"Kita tidak akan membuang masa meminta (Mohamad) menarik balik kenyataannya atau memohon maaf, tiada gunanya," kata Lim lagi.

Lim berkata, kenyataan Mohamad "rasis" kerana orang lain dalam 
jawatankuasa BERSIH termasuk bersama Pengerusi Bersama, Datuk A Samad Said, terlepas daripada kritikan itu.

Lim berkata, imuniti parlimen tidak akan melindungi Mohamad kerana imuniti seumpama itu adalah terhad.

Kassin Ahmad: Rasuah Membarah Zaman Najib

Rupanya Kassim Ni masih lagi merasakan dirinya Presiden parti kepala kerbau lagi!
Masih belum berpijak di bumi nyata...


'Rasuah membarah zaman Najib, berbeza dengan Razak'
WAWANCARA Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat masih dibelenggu masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno, berbeza dengan pentadbiran bapanya Tun Razak Hussein sekitar 1970-an.

Sarjana kontroversi Melayu Dr Kassim Ahmad berkata, rasuah di kalangan pemimpin Umno yang bermula di zaman perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membarah ekoran tiada tindakan tegas membendungnya.
NONE"Mungkin terlampau ramai (terlibat). Jadi kalau diambil tindakan tegas, semua (pemimpin) sekali habis. Jadi dia (Najib) tidak berani. Ini masalah besarlah," kata bekas tokoh gerakan kiri yang menyertai Umno sehingga 1995.

Ketika diwawancaraMalaysiakini di rumahnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim juga berkata, selain kekuatanya yang sering turun padang, pentadbiran Najib juga mengalami masalah keberkesanan fungsi sektor awam yang didakwanya "berat di atas".

"Perkhidmatan awam 1.4 juta (kakitangan), saya tak fikir demikian banyak kita perlu," katanya sambil berkata kira-kira 25 peratus tenaga kerja patut disalurkan ke bidang kritikal lain seperti pertanian.
azlan"Kerap pejabat kerajaan berat ke atas. (Ada) pengarah, timbalan ketua pengarah, pengarah kanan, pengarah kiri, top heavy. Kita boleh buang sebahagian daripada itu, kita boleh kurangkan pembaziran."

Ditanya tentang serangan persepsi terhadap Najib dan anggota keluarganya, Dr Kassim bagaimanapun melihat asakan pembangkang dalam hal itu tidak akan berjaya kerana ia bersandarkan "fitnah" Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau kita bersandar kepada (isu) Altantuya (Shaariibuu), ini berdasarkan (tuduhan) Anwar sendiri. Kalau ikut Najib sendiri, dia dah sumpah di masjid lama dah," kata Dr Kassim lagi.

PAS apa ada?
Bagaimanapun, menurut Dr Kassim, ini diimbangi dengan kelebihannya memperkenalkan pelbagai program tranformasi, termasuk mensasarkan Malaysia sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020, menyelaraskan pembangunan luar bandar dan mempelopori gerakan wasatiah.
azlanDitanya sama ada semua kelemahan itu membolehkan Umno dan BN kehilangan Putrajaya dalam pilihan raya umum depan, Dr Kassim berkata, perkara itu mungkin tidak berlaku ekoran pembangkang juga tidak kuat.

"Dia (BN) dah ditumbangkan dalam beberapa negeri. Di Kelantan pun berapa lama. (Tetapi) PAS itu apa ada? Bukan ada apa sebab Melayu fanatik pada ulama. Feudal ulama ini dua kali lima," katanya.

Bagaimanapun, katanya. sekiranya pembangkang masih mempunyai seorang pemimpin hebat seperti pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam, hasrat mereka itu tidak mustahil boleh menjadi kenyataan.
tunku abdul rahman 290809Menyentuh pentadbiran Razak, selain memastikan amalan rasuah tidak berlaku, Dr Kassim menyifatkan "bapa pembangunan" itu sebagai perdana menteri terbaik ekoran langkahnya melaksanakan banyak perubahan dasar.

"Kudeta pada (perdana menteri pertama) Tunku (Abdul Rahman) dan perubahan banyak dasar," kata Dr Kassim ringkas ketika ditanya apa lagi jasa-jasa Razak kepada negara ini.

Dalam perjalanan politik Dr Kassim, faktor Tunku (kanan) memainkan peranan besar apabila berjaya membuatkannya pulang daripada mengajar di Universiti London bagi mengambil alih Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) daripada Ahmad Boestamam.

"Marah pada Tunku saya balik buat PSRM, ambil alih dari Boestamam," katanya kepada Malaysiakini lagi.

Menangis untuk Razak
Namun, kemarahan pada kerajaan itu mengendur apabila Razak (bawah) dengan keterbukaannya yang cuba membawa masuk PSRM sebagai parti kompononen BN. 

Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya apabila hasrat itu gagal disampaikan kepada Dr Kassim.

"Malangnya, Tun Abdul Razak meninggal dunia awal di London, kerana penyakit leukemia. 
NONE"Apabila saya mendengar berita ini, air mata saya tiba-tiba saja mengalir!" catatnya dalam memoir Mencari Jalan Pulang.Sementara itu, bercakap tentang dua lagi bekas perdana menteri, Dr Kassim beranggapan kepimpinan Dr Mahathir walaupun dikritik hebat tetapi masih mempunyai lebih kebaikan daripada keburukan.

"Takkkanlah dengan 30 peratus keburukan berbanding 70 peratus kebaikan kita hendak salahkan Mahathir," katanya yang menyerahkan sendiri borang Umno kepada Dr Mahathir pada tahun buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semula diterbitkan.

Harapan Umno pada KJ, Saifuddin 

Beliau juga berkata kelebihan perdana menteri paling lama yang "pragmatik" itu apabila mudah dibawa berbincang dan mempunyai pemikiran terbuka, walaupun terhadap musuh.

"Tengoklah dalam buku dia (autobiografi) Doctor in the House, masadepa nak buat itu, Anwar dok tepi dia, sambil dok bincang pasal Anwar. Begitu punya demokratik," kata Dr Kassim mengimbas kembali pemecatan Anwar pada 1998 oleh Dr Mahathir.
NONEManakala Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, pula dianggapnya paling lemah, tidak mempunyai watak atau idea yang tegas.

"Pak Lah ini orang tangkap gambar dia kebanyakannya dia sedang tidur semasa bermesyuarat," katanya.

Bagaimanapun, di sebalik semua kelemahan pemimpin Umno itu, Dr Kassim melihat masih terdapat tokoh-tokoh baru yang masih boleh menyelamatkan parti it.

Antara mereka, katanya, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar atas, Khairy sebelah kiri).

"Tapi mereka harus belajar lagi. Mereka muda lagi. Mereka perlu sekurang-kurangnya sepuluh tahun lagi hendak sampai ke situ," katanya.

Dengan syarat, kata Dr Kassim lagi, ahli Umno perlu dikursuskan berhubung patriotisme Melayu dalam konteks patriotisme Malaysia, sejarah negara ini dan falsafah berdasarkan al-Quran.

Wednesday, June 27, 2012

Bunuh Rakyat: Arahan Langsung Dari Assad?

Assad gives direct order to kill
Publication time: Today at 14:30 Emirate time 

The Alawite army and police were given direct orders from the highest levels to attack villages, kill Muslims or force them to flee, Sky News has been told.

Sky's chief correspondent has been inside Syria to speak to some of the large number of Alawite military and police prisoners being held by the Free Syrian Army opposition force in the north of the country.

According to them, the commanders lied them sending to kill "foreign militants". In fact, the army simply was carrying out random shelling.

"Old people are dying, young people are dying", said one of the prisoners. "It's not a war - it's just random shelling and many people are suffering".

"We had the idea that (opposition forces) were there to terrorize people, to kill children, to kill females and to kill everybody around, but... we noticed that the opposite was what was actually happening", said another prisoner.

Another prisoner described the Free Syrian Army as people with "honor and dignity" who are "fighting for a proper reason".

The prisoners, who appear to be well treated, said the foreign correspondent. But now they face the same dangers as the ordinary Syrians are, because the positions of the Assad regime's army continuing to battle with the "foreign terrorists" are located around, and an occasional bomb or missile may well hit them as well.

Meanwhile, the US intelligence believes that the Syrian opposition is fragmented. And the Assad regime, realizing a threat to its existence, is trying to strengthen their unity. In addition, the Alawites, ruling for decades in Syria, are aware that in the case of fall of the regime they will face revenge for the many bloody crimes, and they are unlikely to survive in Syria.

The head of US National Intelligence James Clapper believes that the Syrian National Council and the Army of Free Syria, which are one of the most prominent opposition groups, do not have a single organization.

There is even an internal struggle over who will lead this organization, said Clapper.

The Iranian secret services are active against the background of an unstable situation.

"The Iranians are concerned about the Assad's state and think about how to help him. They are sending instructors and ammunition - mostly to quell the unrest. Another disturbing phenomenon that we've seen recently, apparently, is the presence of extremists who have infiltrated the opposition groups. The two bombings in Damascus in December ... and then the two additional bombings in Aleppo, both of which were targeted against security and intelligence buildings ... had all the earmarks of an al Qaeda-like attack.  So we believe that al Qaeda in Iraq is extending its reach into Syria", said the head of the US National Intelligence.

Nevertheless, fierce battles are taking place between the Assad regime troops and rebel forces in the suburbs of Damascus since Tuesday, said the activists about the bloodiest clashes in the capital since the beginning of the uprising 16 months ago.

Fire and explosions could be heard on a video released by activists. According to human rights organization Syrian Observatory for Human Rights, clashes occurred near the headquarters of the Republican guard in Quds and suburbs of Al-Hama and Mashr Dumar, located just nine kilometers from Damascus.

According to an activist in Damascus, Samir al-Shami, tanks and armored vehicles are on the streets of suburbs. According to some activists, a tank was blown up.

Rebellion against the rule of President Bashar al-Assad is becoming more violent. Damascus is considered a stronghold of support for Assad, but reports of clashes near the capital are reported more often. - sumber

Uncleseekers Kebal Atau Siapa Di Belakangnya Bukan Persoalan

Blog uncleseekers memang top sekarang ni. Sebelum ini saya sendiri pun tidak pedulikan sangat kecuali bila terasa ingin membaca tentang pengalaman seekersnya.

Tapi semenjak saya terbaca tentang cerita bekas Permaisuri Agong dan Ceritera Istana Johore saya memang kerap menjadi penjenguk blognya.

Pada saya tidak kiralah siapa di belakang uncle ni sama ada UMNO atau memang dia kebal saya tidak peduli. Hakikatnya uncle ni hanyalah menjadi penghias kepada yang ada sahaja kerana maklumat tentang apa yang didedahkan tu boleh di dapati dan dibaca di alam maya dengan mudah. Cuma uncle mempermudahkan lagi.

Beruntung juga bagi pembaca blog kerana apa yang ditelanjangkan oleh uncle memang menjadi taboo untuk blogger lain menyelaknya. hatta saya sendri pun merasa gerun untuk mencampakkan diri ke Mahkamah atau di sebalik jeriji besi. Tapi tidak bagi uncleseekers!

Tahniah dan terima kasih.

Kalau YB Nizar hanya mencuit sikit saja sudah nak ranap satu negeri Johore dengan report polis dan siap dengan demo lagi tapi dek kerana uncle bukan orang politik  dan tidak mendedahkan diri dengan politik maka perkara yang sepanas itu tidak menjadi wap pun. Mungkin juga uncle sememangnya kebal dan beliau mencabar lagi sekiranya tidak puas hati. 

Haaa... uncle memang jantan!

Kerana jantan inilah kalau sebelum ini saya menjadi penjeguk blog bapanya blog Syed Hussin Al Atas tetapi sekarang senarai blog yang saya selalu jenguk adalah blognya uncleseekers juga. Dulu ada juga saya jenguk blog jamil kucing, saja nak tahu cerita di sebalik tenbok batu istana. Tapi tak terdapat banyak maklumat di sana.

Jadi bagi saya dan mungkin juga pembaca blog memang tidak kira siapa di belakang Uncle ni atau kenapa dia tidak dipedulikan oleh orang-orang yang kononnya yang pedulikan Raja, yang penting apa-apa maklumat  yang ditulis uncleseekers boleh dicapai di alam blog.

Syabas dan terima kasih sekali lagi....

Saya bukannya mahu menjadi 'batu api' tetapi sebagai rakyat dan pembaca memang sekadar ingin tahu!

Berkait Dengan Nama Mahathir Lagi!

Itulah sebabnya Mahathir sentiasa di dalam keadaan yang gundah gulana...

Dakwaan “Master Account” Oleh Dato’ Murad Khalid Merujuk Kepada Pegangan Harta Beliau Sendiri

on JUNE 27, 2012 ·

Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.
Dakwaan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato’ Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1999.
Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato’ Murad Khalid sendiri.
Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato’ Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:
1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;
2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;
3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato’ Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan
4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.
Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato’ Murad Khalid mengenai kewujudan “master account” yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.
Saya menasihatkan Dato’ Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato’ Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.
Sebelum perkara ini berlarutan, saya menasihatkan Dato’ Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012