Friday, March 16, 2012

Saya Tertarik Dengan Jawapan Dan Ulasan Anak Muda Ini

Jawapan Hilal Asyraf Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad
Dikirim pada Thursday, March 15 @ 19:23:35 MYT oleh zaminc
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, diizinkan saya mengarang warkah ini. Semoga Allah SWT memandu kita semua ke arah kebenaran, dan sentiasa meletakkan kita agar sentiasa lurus berada di atas jalanNya.

Ini adalah warkah jawapan saya kepada Tun Dr Mahathir yang menyuakan beberapa soalan kepada saya di dalam blognya pada link berikut: http://chedet.cc/blog/?p=718

Sukalah saya mendahulukan terima kasih saya, sebagai seorang rakyat biasa, kerana Tun Dr Mahathir sudi memberikan respon kepada nota saya. Yang nyatanya saya sangka, tidak sampai kepada Tun. Hal ini kerana ramai lagi orang lain memberikan respon kepada ucapan Tun berkenaan Hudud tersebut. Apa-apa hal pun, saya berbesar hati atas keterbukaan Tun ini, dengan izin Allah SWT.

Saya Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak bin Kaprawi. Tahun ini berumur 23 tahun mengikut tahun masihi. Ya benar, saya taraf cucunda Tun, yang nyata usianya sudah menjengah 90 tahun dalam tahun hijrah. Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiy of Yarmouk, Jordan dalam pengkhususan Usuluddin. Jika tiada aral melintang, saya akan menamatkan pengajian saya di semester ini. Saya juga, mengasaskan website ini(LangitIlahi.Com), dan menulis beberapa buah buku.

Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,
Maafkan saya atas intro yang panjang. Kini saya pergi menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Tun di dalam blog Tun. Namun suka saya meminta maaf, jika saya tidak mampu menjawab seringkas yang dipinta. Tetapi saya berusaha keras untuk meringkaskan penulisan saya.
  
Soalan 1 –  Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?
Izinkan saya memperbaiki statement – “punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, Fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama.”

Sebenarnya, ‘punca’ ajaran agama Islam adalah Al-Quran dan Hadith sahaja. Selebihnya, seperti fatwa, ajaran ulama’ atau guru-guru, itu adalah perkara yang terbit dari kefahaman mereka terhadap Al-Quran dan Hadith.

Bila ditanyakan yang mana satukah yang patut diutamakan, maka saya jawab:
Al-Quran dan Hadith. Kedua-duanya diutamakan, pada taraf yang sama. Kerana kewujudan Hadith, yakni sunnah nabawiyah, adalah sebagai ‘penjelasan’ kepada ayat-ayat Al-Quran. Kerana itu Allah SWT berfirman:
“(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?” Surah An-Nahl ayat 44-45.
Begitulah juga dinyatakan di dalam Surah An-Najm ayat 2-4. Surah Al-Hasyr ayat 7.
Dan berkenaan Al-Quran, nyata Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” Surah Al-isra’ ayat 9-10.
Juga wujud penegasan ini dalam banyak tempat yang lain di dalam Al-Quran, contohnya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-2, An-Nisa’ ayat 174-175, Surah Al-Maidah ayat 15-16 dan lain-lain.

Tun Dr Mahathir yang saya harapkan berada dalam rahmat Allah,
Soalan 2 –  Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?
Berkenaan soalan ini, pertamanya izinkan saya jelaskan berkenaan percanggahan hadith dengan Al-Quran. Sesungguhnya Tun yang saya kasihi, apabila Allah SWT telah berfirman di dalam ayat-ayatNya di atas berkenaan Rasulullah SAW itu tindakannya adalah wahyu, maka tiadalah hadith yang sohih, bercanggahan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Sekiranya kita menjumpai ta’arudh(perlanggaran, percanggahan) ini, di antara hadith sohih dengan ayat Al-Quran, maka hendaklah kita kaji semula apakah sebabnya. Dan biasanya, percanggahan itu bukanlah percanggahan. Tetapi antaranya disebabkan:
  1.  Silap dalam periwayatan hadith
  2. Ayat Al-Quran itu sudah di’nasakh’(mansuh)kan hukumnya, tetapi tidak di’nasakh’(mansuh)kan bacaannya.
  3. Atau Rasulullah SAW melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, sebelum ayat Al-Quran turun melarang/membenarkan.
Begitu.
Jadi bila ditanya kepada saya, mana yang patut diutamakan, maka saya akan jawab:
Al-Quran dan hadith. Bersama-sama.

Kalau berlaku pencanggahan antara Al-Quran dan hadith, maka nyatakan hadithnya, dan nyatakan ayat Al-Quran yang mana, kemudian kita periksa mengikut ilmu asbabul nuzul(sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran), dan periwayatan hadith.

Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,
Soalan 3 – Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.
Benar. Dan perlu diketahui bahawa Imam Al-Bukhari(Abu ‘Abdullah Muhammad bin Isma’il Al-Bukhariy) menamakan Kitab Sohih Bukhari itu dengan “Jami’ Musnad As-Sohih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”.  Al-Mukhtasar ini bermaksud “ringkasan”. Imam Al-Bukhari memasukkan sekitar 7,000 hadith ini ke dalam kitab tersebut kerana 7,000 hadith ini mencukupi pada pendapatnya, untuk manusia memahami bagaimana mahu berurusan dengan Islam sebagai cara hidup.

Dan Imam Al-Bukhari sendiri menyatakan: “Aku keluarkan untuk (isi)kitab ini daripada 600,000 hadith, dan aku jadikannya sebagai hujjah antara aku dan Allah SWT.”

Berkata Ibrahim ibn Mu’qol: “Aku mendengar Muhammad bin Ismail berkata: Tiadalah aku masukkan ke dalam kitabku As-Sohih ini melainkan yang sohih. Dan aku tinggalkan(tidak masukkan) banyak hadith sohih yang lain agar tidak menjadi panjang(kitab itu tidak menjadi terlalu tebal)”

Berkata Imam Al-Bukhari: “Tiadalah aku keluarkan(yakni meriwayatkan) di dalam kitab ini melainkan yang sohih, dan apa yang aku tinggalkan dari hadith sohih yang lain ada banyak.”

Kerana itu apabila Imam Al-Bukhari menamakan kitabnya “As-Sohih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”, maka itu menjadi dalil bahawa dia berpendapat hadith-hadith tersebut sudah cukup bagi manusia mengamalkan dan memahami Islam yang sebenar. Tetapi tidaklah dia menutup peluang orang lain untuk meriwayatkan hadith sohih yang lain.

Ini saya dapati dari Kitab Al-Wadhih Fi Manahij Al-Muhaddithin karangan Dr Yaasir Asy-Syimaali.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,
Soalan 4 - Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?
Kalau yang Tun maksudkan di sini adalah ‘sama taraf kesohihan’nya, maka itu bergantung kepada Al-Jarah Wa Ta’dil terhadap hadith tersebut. Menggunakan teknik Jarah Wa Ta’dil ini, maka periwayatan akan dikaji semula untuk melihat kesohihannya. Baik sohih dari segi sanad perawi, mahupun sohih dari segi matan(sebutan hadith) itu.

Tetapi kalau Tun mahu tanya fasal ‘Syarat Sohih Hadith’ yang dikenakan oleh perawi-perawi ini sebelum memasukkan ke dalam kitab mereka, maka telah diakui zaman berzaman bahawa syarat yang dikenakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah paling ketat sekali.Imam Bukhari mengenakan syarat-syarat berikut:
  1. Memenuhi Syarat hadith Sohih yang disepakati Ulama’
  • Sanadnya bersambung.
  • Perawinya adil(soleh, bertaqwa, dipercayai)
  • Perawinya dobit(tidak nyanyuk, tidak lupa)
  • Tidak ada syaz(hadith yang diriwayatkan tidak bertentangan)
  • Tidak terdapat ‘illlah(yakni kecacatan/kesamaran yang menyebabkan hadith itu tidak diterima)
2. Subbut Al-Liqa’ (terbukti perawi itu telah bertemu dengan perawi sebelumnya)
3. Melihat tahap penguasaan murid di sisi syaikhnya(apakah murid yang bagus penguasaannya, atau tidak)
4. Hendaklah perawi itu masyhur sebagai yang tekun menuntut ilmu hadith.(maksudnya, perawi itu memang dikenali sebagai yang rajin menuntut hadith)

Manakala imam-imam yang lain, ada yang membenarkan hadith dho’if wujud di dalam kitabnya. Ini bukanlah hendak menyatakan Imam-imam tersebut kurang mulia atau kurang hebat daripada Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim. Tetapi hendak menyatakan, tujuan penulisan kitab mereka adalah berbeza. Dan perlu diketahui bahawa ulama’-ulama’ yang memasukkan hadith-hadith sedemikian, mereka memasukkannya dengan amanah. Yakni menyatakan para perawinya agar boleh diperiksa orang terkemudian selepas mereka.

Dan untuk isu mana yang lebih patut diambil sebagai rujukan, setakat ini sememangnya ulama’-ulama’ telah menjadikan Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim sebagai rujukan utama. Biasa akan dikatakan – “Perawi ini melepasi syarat asy-syaikhain”. Itu bermakna, perawi itu melepasi syarat yang dikenakan Bukhari dan Muslim.

Namun untuk mengambil hadith-hadith daripada Imam lain, tiada masalah selagi mana ianya memenuhi syarat hadith sohih.

Perkara ini Tun, dibahaskan dengan amat-amat detail dalam ilmu Jarah Wa Ta’dil(kritikan dan pujian) terhadap hadith-hadith, di dalam Kitab Ar-Rijal(kitab yang menceritakan perihal perawi-perawi, sejarah mereka, kedudukan mereka dalam dunia periwayatan hadith) dan sebagainya.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,
Soalan 5 – Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
“Lebih tepat” itu pada saya sangat subjektif. Sebab, tidak semestinya apa yang dicatit itu betul. Dan tak semestinya juga yang diingati itu lebih tepat dari apa yang tercatat.
Sebab itu Tun, dalam isu pengumpulan, pembukuan Al-Quran dan Hadith, adalah amat-amat-amat ketat saringannya.

Bukan semata-mata dia hafal, dia sebut, maka terus dimasukkan ke dalam catitan. Terus dibukukan. Bahkan, jika kita menelaah kitab-kitab Manahij Al-Muhaddithin(Sistem Para Perawi Hadith), kita akan menjumpai perkara seperti jarah wa ta’dil yang menilai sanad dan matan hadith, kitab Ar-Rijal yang menilai perawi-perawi hadith, syarat hadith sohih,  dan sebagainya, yang jelas menunjukkan ini semua disaring penuh ketat dan teliti.

Kalau Tun nak kata ingatan manusia boleh terganggu dengan ‘lupa’ dan sebagainya, saya akan kata, sebab itu wujud sistem Jarah Wa Ta’dil, Kitab Ar-Rijal, Syarat-syarat hadith sohih, dan sebagainya, untuk memastikan apa yang disampaikan itu terjaga.

Sebentar lagi saya akan nyatakan bahawa hadith juga dicatit. Ada juga yang dihafal. Sama seperti Al-Quran. Ada yang tercatat di pelepah kurma, batu dan sebagainya. Ada juga yang tidak ditulis, tetapi dihafal. Namun sistem pengumpulan yang amat ketat itulah yang menjaga dari apa yang tidak sohih itu terlepas.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah SWT,
 Soalan 6 – Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

Sebenarnya Tun, hadith itu ditulis dari zaman Rasulullah SAW lagi. Bukan semata-mata hafalan dan ingatan. Di zaman Rasulullah SAW, antara yang dikhaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi pencatit hadith baginda adalah: ‘Abdullah ibn ‘Amru Radhiallahu’anhuma.

Dinamakan penulisan Hadith ‘Abdullah ibn ‘Amru ini sebagai Sohifah As-Soodiqoh.
Antara lain yang wujud adalah Sohifah ‘Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu.

Dan wujud di dalam Sohih Bukhari dalam Kitabul ‘Ilm bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh agar ditulis pesanan dan ajaran baginda kepada seorang yang berasal dari Yaman.

Dan amat masyhur kita mengetahui bahawa baginda mempunyai penulis surat, dan dihantar surat itu kepada raja-raja di zaman baginda. Ini dinyatakan di dalam Kitab Jaami’ Bayan Al-‘Ilm karangan Ibn Abdul Barr.
Jadi jelas di zaman Rasulullah SAW, hadith-hadith baginda ditulis. Tanpa dinafikan, ada juga yang dihafal.
Kita mendalami ilmu hadith ini dengan memahami bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Allah SWT makna dan lafaz. Manakala hadith adalah maknanya daripada Allah, sedang lafaznya adalah lafaz Rasulullah SAW. Maka, ada sahaja yang meriwayatkannya berdasarkan makna sahaja. Itu pun, semua ini melalui jarah wa ta’dil yang kita nyatakan tadi.

Di zaman Sohabah(para sahabat) pula, wujud tulisan Zaid ibn Thabit RA yang mengumpulkan hadith-hadith berkenaan Fara’idh. Khotib Al-Baghdadi(Abu Bakr Ahmad ibn `Ali ibn Thabit ibn Ahmad ibn Mahdi) juga pernah meriwayatkan daripada Basyir ibn Nuhaik bahawa Basyir berkata: “Aku menulis untuk Abu Hurairah setiap hadith yang aku pelajari daripadanya. Kala aku hendak berpisah dengannya, maka aku membacakan apa yang aku tulis. Kemudian aku nyatakan bahawa ini semua adalah hadith yang aku ambil daripadanya. Abu Hurairah menjawab: Ya.” Khotib Al-Baghdadi, dalam kitabnya, Taqyid Al-Ilm.

Terdapat juga sohifah Jabir ibn Abdullah. Dan para sahabat yang hidup jelas memperturunkan hadith-hadith yang didapati daripada Rasulullah SAW kepada masyarakat di mana mereka hidup.

Dan ini semua tidak mati di situ sahaja. Di Zaman Tabi’in, wujud juga penulisan Hadith, bahkan jadi lebih meluas lagi kerana telah terbukanya banyak wilayah di tangan Islam. Ketika zaman inilah, Khalifah Abdul Aziz ibn Marwan(meninggal pada tahun 85H) mula menyeru agar dikumpulkan hadith secara rasmi. Kemudian usaha ini juga diteruskan oleh Khalifan Umar bin Abdul Aziz di zamannya.

Perkara ini dijelaskan secara detail di dalam kitab-kitab Manahij Al-Muhaddithin. Ini bukanlah maklumat yang boleh kita biarkan begitu sahaja, atau memandangnya dengan sebelah mata semata-mata.
Kemudian, apabila ingin membicarakan perihal Imam Al-Bukhari, bagaimana dia menuntut hadith, dia nyata adalah seorang yang mengembara. 16 tahun dia keluar mengembara bertemu dengan perawi-perawi untuk mengumpulkan hadith-hadith, dalam rangka mengumpulkan yang sohih. Dia bukannya duduk diam di dalam perpustakaan semata-mata, atau menunggu seseorang datang kepadanya menyampaikan buatnya hadith.

Dan sekali lagi saya nyatakan, Imam Al-Bukhari bukannya sekadar dengar, dan terus catit masukkan ke dalam Kitabnya. Dia menyaringnya pula. Ada pula hadith-hadith yang lebih kurang sama, diletakkan sebagai bukti bahawa makna yang dibawa oleh hadith-hadith itu sohih, saling sokong menyokong satu sama lain.
Bahkan, untuk tambah meyakinkan lagi, Imam Al-Bukhari telah memanggil para ulama’ di zamannya untuk menilai Kitab Jami’ Musnad As-Sohih miliknya itu. Antara ulama’ yang menilai adalah ‘Ali ibn Al-Madini, Ahmad ibn Hanbal, Yahya Ibn Mu’in dan lain-lain. Mereka memperkemaskannya lagi dan menjadi saksi bahawa apa yang dikumpulkan itu adalah sohih.

Dan bukanlah Imam Al-Bukhari itu terus mati selepas menyelesaikan kitabnya. Dia masih hidup. Didatangi para ulama’, dan keluar ke negeri demi negeri membawa kitabnya. Sekiranya wujud kesalahan dan kecacatan, semestinya kitabnya telah tertolak lebih awal kala kehidupannya.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi,
Soalan 7 – Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?
Guru saya di dalam bidang Aqidah, bernama ‘Ala Hilat, pernah berkata bahawa Allah SWT menyediakan ayat musytabihat di dalam Al-Quran, sebagai tanda penghormatan Allah SWT kepada akal yang diciptakanNya buat manusia. Ayat musytabihat adalah ruang yang diberikan Allah SWT agar manusia berfikir, menjana pemikirannya sendiri.

Tetapi adalah perlu kita fahami bahawa, tiadalah pemikiran akan timbul sendiri tanpa bantuan. Dan tiadalah pemikiran akan menghala kepada arah yang betul sekiranya tidak mendapat panduan.

Kerana itu, Allah SWT menurunkan ayat-ayat Muhkamat. Yang qat’ie, jelas tidak boleh diubah dan diperbahaskan perlaksanaannya. Hal ini boleh dirujuk dalam Surah Ali Imran ayat 7.
Allah SWT juga beberapa kali menyebut ayat Al-Quran seperti:
“Apakah mereka tidak mendalami/memikirkan Al-Quran?” Surah Muhammad ayat 24.             “Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Surah Rum ayat 21.

Maka tidaklah Islam melarang kita menggunakan akal kita. Tetapi perlulah kita letakkan akal kita atas landasan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam kitabNya, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW daripada hadith yang sohih yang sampai kepada kita.

Jika Islam melarang kita menggunakan akal, maka tiadalah ulama’-ulama’ terdahulu terfikir untuk mengumpulkan Al-Quran dan mengumpulkan hadith. Tiadalah cendekiawan Islam membuat penemuan-penemuan yang menghidupkan ketamadunan dunia.

Tetapi perlulah pada kebebasan berfikir itu, wujud limitnya. Kerana pemikiran manusia itu terbatas.
Sebagaimana limit yang diletakkan kepada kita, agar tidak membicarakan akan dzat Allah SWT.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: “Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang dari kamu, lalu berkata: Siapakah yang telah menciptakan ini ? Siapakah yang telah menciptakan itu ? Hingga syaitan berkata kepadanya: Siapakah yang menciptakan Rabbmu? Jika sudah sampai demikian, maka hendaklah ia berlindung kepada Allah dengan mengucapkan isti’adzah dan berhenti.” Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Kerana jelas, makhluk jika mampu memikirkan bagaimana ‘bentuk’ Tuhannya, adalah satu kecacatan kepada Maha Besarnya Tuhan itu. Tidakkah Tun rasa demikian? Ini salah satu bentuk keterbatasan akal manusia. Tidak mampu menjengah kepada perkara-perkara ghaib. Maka Al-Quran dan hadith memandu. Islam benarkan kita terbang seperti layang-layang, tetapi mestilah bertali agar tidak jadi layang-layang yang lepas pergi begitu sahaja,

Tun.

Maka begitulah saya melihat Islam mendidik kita berfikir, Tun.

Penutup: Inilah jawapan Saya, Tun Dr Mahathir, yang saya kasihi kerana Allah SWT. 

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi.
Pada hemat saya Tun, kalau saya diizinkan memberikan buah pandangan, saya kira lebih afdhol dari Tun memfokuskan soalan ini kepada saya, dan membukanya agar diperbincangkan ulama’ luar dan dalam negara. Saya cadangkan Tun menulis soalan-soalan ini di dalam bahasa Inggeris. Pastinya akan mendapat sambutan dan perhatian ulama’ international. Jika Tun mahu tahu, nama Tun masih disebut-sebut. Ada rakyat Jordan yang menyangka bahawa Tun masih Perdana Menteri kami.

Saya ini, ini sahajalah yang saya mampu beri. Mahu kata pakar, tidak sepakar mana. Saya pun tidak expect Tun akan tanya saya hal sebegini. Sedang ulama’-ulama’ yang lebih pakar, pastinya mungkin ada yang mampu memuaskan hati Tun.

Apa-apa hal pun Tun, inilah jawapan saya. Saya yakin, do’if dan kerdil, ditonton masyarakat Malaysia, kala berhadapan dengan Tun. Nyata, saya hanya cucunda Tun yang berumur 23 tahun, belum lagi menamatkan ijazahnya. Namun saya kekal dengan jawapan saya ini setakat ini. Saya percaya dengan ilmu yang saya perolehi ini, sebagaimana yang saya tulis.

Nota saya yang sebelum ini hanya berniat untuk menyatakan, bagaimana kelirunya masyarakat dengan kata-kata Tun tempoh hari. Saya, berdasarkan ilmu yang sedikit, yang ada pada saya ini, juga penjelasan saya tadi, jelas bahawasanya Hukum Hudud bukan satu ‘rekaan’ ulama’ Fiqah. Ianya memang datang daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bila Tun bicara berkenaan ‘hukum yang keras’ tiada di dalam Al-Quran, saya nyatakan adanya potong tangan di dalam Al-Quran. Berkenaan dengan rejam, wujud di dalam hadith sohih, namun kedudukan rejam ini saya menjumpai pelbagai pandangan. Sebat ada di dalam Al-Quran. Apa-apa hal pun, Tun kemudiannya bicara berkenaan bagaimana ruginya kita jika amal hudud, orang melayu Islam akan tak ada tangan dan sebagainya.

Tun minta tidak dicap sebagai anti-hadith, dan Tun jelas mengakui betapa hadith diperlukan untuk menjelaskan bagaimana untuk bersolat. Maka saya bawakan hadith sohih berkenaan potong tangan, yang jelas tiada diskriminasi. Hatta anak kepada Nabi pun, jika mencuri dan sampai hadnya, maka akan dikenakan hukumannya.

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!” Hadith Riwayat Bukhari.

Inilah penjelasan kepada ayat berkenaan potong tangan yang wujud di dalam Al-Quran pada ayat 38 Surah Al-Maidah. Saya sudah nyatakan di dalam nota saya, saya ‘tidak arif berkenaan bagaimana hudud itu perlu dilaksanakan.’ Tetapi saya amat pasti bahawa, hudud bukan semata-mata rekaan ulama’ fiqah.

Sekiranya orang menyatakan nota saya adalah satu bentuk salah faham kepada bicara Tun, maka semestinya Tun perlu memberikan penjelasan. Sebab apa yang saya nampak, kenyataan Tun tempoh hari mengundang salah faham yang nyata besar. Kerana nyata, Tun diikuti ramai orang. Suara saya, hanya pasir di tengah suara rakyat yang lain. Dan adalah menjadi kegembiraan saya, apabila Tun memberikan respon. Walaupun saya kira, respon Tun sepatutnya berbentuk umum, kerana ada lagi beberapa orang menulis kritikan yang sama, bahkan ada yang lebih keras, kepada Tun.

Jadi, setakat ini sahajalah daripada saya. Terima kasih kerana sudi menyantuni penulisan saya, membaca nota saya yang terdahulu. Sebarang kesilapan, saya minta maaf. Sebarang kecacatan bahasa dalam penulisan saya, mungkin ada yang dianggap kasar, maka saya minta maaf.

Di kesempatan ini, saya sampaikan salam dua sheikh saya, pakar ilmu hadith daripada Yarmouk, bernama Dr Mehmed Thowalbeh dan Dr Sa’id Bawa’anah. Mereka kata, jika Tun ingin bertanya lebih banyak, mereka sedia membantu. Mereka juga mencadangkan sebuah buku untuk ditelaah Tun, bertajuk: Manahij Al-Muhaddithin karangan Ali Qudhoh.

Jika Tun sudi, sampaikan salam saya kepada ‘nenda’ Tun Dr Siti Hasmah. Dan doakan agar saya selamat melayari bahtera perkahwinan, tarikhnya sekitar sebulan Ramadhan tahun ini.

Sekali lagi, terima kasih, dan minta maaf, daripada saya, Hilal Asyraf, ‘cucunda’ Tun yang masih banyak perlu belajar lagi, semestinya.

Semoga Allah redha, dan membuahkan dari penulisan ini manfaat. Bukan sahaja untuk kita berdua, tetapi juga buat masyarakat.
Sekian.

~ seorang hamba,
HilalAsyraf

Wednesday, March 14, 2012

Ramai Rupanya Iblis Berkeliaran Di kalangan Manusia

Polis kesan wanita hantar ibu Dirang SMS ugut
ROSMIZA KASIM
14 Mac 2012
sms
KOTA BHARU - Polis Kelantan telah mengesan individu yang  menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan meminta wang 'tebusan' daripada ibu Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah, kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar selepas diculik awal bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya kini sudah menjalankan siasatan dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor.
Menurutnya, setakat semalam tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan serta gerakan memburu suspek berkenaan giat dijalankan bagi membantu siasatan.
“Kita tidak mengetahui sama ada SMS ini satu mainan atau benar-benar daripada suspek, Ini kerana semua siasatan dilakukan oleh polis Johor. Bagaimanapun, kita akan memberikan segala maklumat diperlukan untuk mengesan individu yang menghantar SMS terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang meminta bantuan polis Kelantan untuk mengesan suspek yang menghantar SMS tersebut.
Sebelum ini, ibu kanak-kanak malang itu, Roselyn Alan menerima SMS ugutan yang meminta beliau menyerahkan RM10,000 di Taman Tengku Anis, Kota Bharu jam 12 tengah hari, jika tidak anaknya akan mati.
Roselyn Alan dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.
Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.
"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.
Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.
Kelmarin, polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.
Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Rehatkan Minda Dan Mata Jap

 
 
 
 
 

Bersahabat Dengan Kafir Harbi

Persoalan:
Adakah dibenarkan seorang Ketua Negara Islam mengadakan hubungan pemerintahan dengan Ketua Negara Kafir Harbi yang menduduki negeri-negeri kaum Muslim yang memusuhi, mengusir atau memerangi kaum Muslim?


Berikut peringatan Allah, yang tertulis di dalam Al Quran menerangkan bahawa:-

"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." (Surah al Maaidah [5]:48)

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik."(Surah al Maaidah [5]:49)

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah." (Surah al Maaidah [5]:50)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al Maaidah [5]:51)

"Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya." (Surah al Maaidah [5]:52)

"Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi." (Surah al Maaidah [5]:53)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." (Surah al Maaidah [5]:54)

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." (Surah al Maaidah [5]:55)

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang." (Surah al Maaidah [5]:56)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Surah al Maaidah [5]:57)

Begitulah peringatan Allah sebagai panduan. Apakah pemimpin ini tidak berasa bersalah mengadakan hubungan dengan negara yang memusuhi Islam?

Ataupun Ketua Negara agama rasmi Islam di Malaysia ini mahu tetap terus mempertahankan undang-undang warisan tinggalan penjajah kafir British iaitu Lord Reid yang menyebabkan agama Islam telah dipisahkan daripada kehidupan seharian, cuma diambil dan dilaksanakan sebahagian sahaja. Amat malang jika umat Islam di situ telah mengetahuinya.

Moga Allah, segerakan, kembalikan Khilafah agar kehidupan Islam dapat dilaksanakan secara keseluruhan.

Ketahuilah bahawa Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan (iaitu negara kafir yang de facto tengah memerangi kaum Muslim), maka Negara Islam (Khilafah) tidak dibolehkan melakukan interaksi apapun kecuali jihad qital (perang) fi sabilillah.

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri." (Surah at Taubah [9]:29)

Tidak diperkenankan membuka hubungan diplomatik, hubungan dagang, atau perjanjian lainnya. Warga Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan tidak memperoleh jaminan keamanan kecuali jika mereka datang ke Negara Islam (Khilafah) untuk mendengarkan Kalamullah dan juga sehingga negara mereka membayar "Jizyah" dengan tunduk patuh, taat kepada Negara Islam (Khilafah).

Namun, ini semuanya akan berlaku dan telah berlaku bila adanya Khilafah. Insya Allah, janji Allah, Khilafah pasti kembali.
[ arrayah.info ]

Kalau Terdesak Pun, Janganlah Perbodohkan Diri Sendiri

Panass...Pemimpin Umno Kata "Ini Adalah Risalah PR"

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menunjukkan risalah pembangkang yang menyokong penuh usaha KWPKB, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan dalam menjayakan Skim Pembiayaan Khas Penjualan Projek Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam yang diusahakan oleh kerajaan selama ini yang dipertikaikan oleh pihak pembangkang di Lobi Parlimen, pada Rabu.
 -fotoBERNAMA

JuRaGan : Biar betul braderr...lu jangan tangkap muat,kalau ada pihak "Bangsat" yang buat risalah ini.Nurul Izah kena laporkan saja pada polis,atau kasi saman.Apa hal pulak PR terpaksa nak buat risalah semata-mata nak sokong kerja "Bodoh" yang mengayakan puak-puak Hampeh Umno/BN ini.



Sumber

Hah Tak Apa. Buat Masa Ini Mereka Tetap Dilindungi!

Dewan Rakyat tolak usul tribunal siasat AG
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar untuk membincangkan cadangan penbuhan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Usul yang difailkan oleh R Sivarasa (PKR-Subang) itu ditolak di dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan kerana tidak khusus dan melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)i).

Peruntukan itu menyatakan bahawa soalan ahli parlimen tidak boleh berdasarkan kepada laporan media.

Sivarasa memfailkan usul berkenaan semalam mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).


- mk

Tuesday, March 13, 2012

Heran Sungguh, Kenapa Rosmah Yang Menjadi Fokus?

Apa yang nak digawatkan, apa-apa fesyen pun itu adalah hak peribadi dia. Antara dia dan Tuhan pun, itu juga hak dia!


Kalau dia menyalahi hukum pun, kita melalak menjaja keburukannya, dia tidak akan dengar bahkan silap haribulan kita pula yang berdosa menjaja keburukan orang.


Bak kata blogger ISA "Kemana segala Mufti dan Alim Ulama yang sepatutnya memberikan teguran"

Sensitif Sangat!. Nak Bergurau Pun Tak Boleh Ke?

Kenyataan berbaur seks menteri kejutkan aktivis
Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.

NONE“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.

NONE











Dihubungi kemudian, Ivy memberitahuMalaysiakini bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima ... ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya.

Tau Takuttttt...!!!!

Dari blog anakanda ISA


Sedangkan hukuman menghina dan mengabaikan perintah Allah Swt takda siapa pun yang takut, lebih takutkan hukuman menghina Raja2.... hahahaha... oooppsss... sori gua terlupa Raja2 tu bayang2 Allah di mukabumi pasal tu tak boleh tegur kot.... hahahaha...
   
Mana Menteri Agama, mana Mashitah Bulu Kening, Mana para Alim Ulama, Mana Mufti Tok Peti, Mana Hasan Akidah, Mana lagi kaki pung pang pung pang yang selama ini melalak siang malam pasal Islam.... mana pi habis kesemuanya pejuang2 Islam.... mana... mana... mana... di mana lu orang semua....!!!! 


Bacalah sepenuhnya ngomelan ISA di sini

Kejadian Anih

5 beranak diserang api misteri
ROSMIZA KASIM
13 Mac 2012
5 beranak diserang api misteri
KOTA BHARU- Lima beranak kini terlalu penat untuk memadam api misteri apabila sekali lagi selepas lebih setahun reda, kebakaran ajaib itu berlaku semula di rumahnya di Kampung Bunga Emas, Penambang, di sini.
Lebih buntu keluarga berkenaan terpaksa bersengkang mata tidak lelap tidur dan bergilir-gilir berjaga hampir empat hari sejak diserang api tersebut kerana bimbang keselamatan diri.
Kira-kira jam 1.40 petang semalam wartawan Sinar Harian berpeluang menyaksikan sendiri api misteri tersebut membakar tudung hijau pemilik rumah tersebut, Zainab Sulaiman, 75,di dalam sebuah bilik selepas disedari cucunya Wan Norfatini Wan Hanafi, 12, setelah terhidu bau asap.
Lali dengan kejadian tersebut, Zainab kini tidak panik, malah dengan tenang mengambil kain basah memadam api terbabit sambil berselawat sebelum ianya menjadi lebih besar.
Sejak kemunculan api terbabit terdapat penduduk kampung dan sanak saudara yang masuk ke dalam rumah untuk melihat secara lebih dekat kebakaran itu pengsan malah ada menangis dengan sendirinya.
Zainab yang tinggal di rumah berkenaan sejak 34 tahun lalu berkata, kemunculan api tersebut disedari cucunya, pada Jumaat lalu kira-kira jam 4.30 petang ketika bersedia untuk menunaikan solat Asar.
“Sebelum ini kami sudah lega kerana lebih setahun kejadian ini tidak berlaku namun, Jumaat lalu saya terkejut apabila api terbabit muncul semula dan membakar almari di ruang tamu rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tidak terhenti di situ sahaja pada hari berikutnya kira-kira 15 kali kebakaran kecil berlaku dan lebih mengejutkan keluarga Zainab apabila api terbabit muncul semula sebanyak 33 kali dua hari lalu seawal jam 7.45 pagi lagi menyebabkan penduduk terpaksa menghubungi bomba sebelum mengawalnya.
Api yang muncul di rumah berkenaan tersebut juga turut membakar beberapa helai baju, songket, tilam, wayar elektrik, perkakas perkahwinan untuk disewa dan kerusi bayi.
Selain itu, terdapat kejadian aneh lain berlaku iaitu beras dicampurkan dengan pewarna kemerahan dan hari ini (semalam) kira-kira jam 1.15 petang jubah kesayangan Zainab dibelinya bulan lalu turut disambar api.
“Sekarang ini, kami sudah buntu walaupun api tersebut dipadamkan ia akan terbakar di tempat lain. Apa-apa pun saya reda dengan ujian ALLAH SWT dan saya tidak putus-putus berdoa supaya kami sekeluarga dilindungi. Bukan kami tidak berikhtiar, pada kejadian pertama kali lalu ada ustaz yang datang membantu dan sembahyang hajat beramai-ramai oleh penduduk kampung termasuk usaha pihak bomba mengajar cara mengawal kebakaran tetapi kali ini ia menghantui kami lagi,” katanya.
Kemunculan api terbabit turut menyebabkan tangan Zainab dan menantunya, Rafeah Zakaria, 39 melecur serta terpaksa makan dalam suasana gelap pada sebelah malam disebabkan wayar elektrik hangus.
Pada penghujung Disember 2010, Sinar Harian melaporkan kejadian seumpama itu berlaku di rumah tersebut sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak untuk mengawal api terbabit daripada terus mengganggu keluarga itu.
Ketika kejadian pertama kali di rumah terbabit Zainab memaklumkan wang RM2,000 hilang daripada simpanan, beras dimasukkan pewarna merah dan budu manakala pakaian digunting.

Terkejut Kera Saya Bila Baca Article ini

Mutalib: Dr Mahathir terlibat secara secara personel dalam sindiket ini?

HASSNAR: Ya. Dr Mahathir terlibat langsung memberi restu kepada Datuk Megat Junid menjalankan projek haram tersebut dan memberi kuasa penuh kepada Megat Junid selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri. Mahathir tidak boleh nafikan penglibatannya. Tanpa restu dia, projek ini tidak berjalan dan saya tidak merengkok dalam tahanan ISA selama 2 bulan dan kediaman terhad selama 2 tahun.
PETUALANG.....Mahathir dan Megat Junid (kiri) adalah pengkhianat kepada negara. Memandangkan Megat Junid sudah meninggal dunia, maka Hassnar mencadangkan agar Mahathir dihukum mati!

Saya cabar Mahathir tangkap saya dan hadapkan saya ke Mahkamah ketika dia berkuasa. Jika kerajaan sekarang mahukan bukti yang jelas dan selesaikan isu ini Mahathirlah yang perlu menjawab semua ini.

Bacalah sepenuhnya di sini

Monday, March 12, 2012

Kenapa Pula Kit Siang Sibuk Dengan Jawatan Shahrizat Di dalam Wanita UMNO?

Lim Kit Siang Persoal Rasional Shahrizat Kekal Jawatan UMNO.


KUALA LUMPUR 12 Mac - Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang mempertikai tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sekadar melepaskan jawatan kabinet semata-mata akan tetapi masih memegang jawatan dalam parti.

Beliau yang juga merupakan Penasihat DAP mendakwa, Shahrizat dilihat tidak bertanggungjawab sepenuhnya dalam berhadapan dengan kes penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) jika sekadar melepaskan portfolio Kerajaan semata-mata.

"Saya melihat dia masih mahu kekal sebagai Ketua Wanita UMNO maka ia tidak akan menyelesaikan skandal itu (NFC)", kata beliau ketika disoal wartawan pada Sidang Parlimen petang tadi. [VIDEO DI SINI]

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelaskan pengumuman Shahrizat selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia semalam hanya sekadar drama bagi menutup kekecohan yang berlaku berkainan skandal NFC melibatkan beliau sekeluarga.

"Sudah tentu, beliau tidak mahu mendengar desakan pembangkang, tetapi saya berpendapat beliau perlu mendengar nasihat rakannya, Ketua UMNO bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggunakan perkataan yang lebih keras berbanding saya," kata beliau.

Ahli Parlimen Bagan itu juga mendakwa Shahrizat sewajarnya melepaskan terus kesemua jawatan yang beliau pegang di dalam Kerajaan mahupun UMNO berkuatkuasa serta merta dan tidak mencari helah menunggu pada 8 April ini jika beliau benar-benar ada rasa tanggungjawab berhadapan dengan skandal tersebut.

Kezaliman Bapak Kepada Segala Yahudi Di Karm al-Zeitoun and al-Adawyah





Banyak lagi gambar kekejaman ini di sini

Takkan Kak Ijat Seorang Saja?

Shahrizat seorang sahajakah yang berhenti? Seorang lagi tu macam mana?

Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya. Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu. Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.

Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu. Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuknya lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat didalam kabinet negara.

Seperti yang saya nyatakan dahulu, jika Shahrizat itu hanya seorang bidan kampung, Salleh tidak mungkin mendapat pinjaman dengan menggunakan wang rakyat dengan semudah itu. Semua keistimewaan-keistimewaan yang didapati oleh ahli keluarga pemimpin ini telah banyak memerah wang dan harta rakyat. Tetapi Shahrizat ini malang sedikit kerana beliau tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sepenuhnya.

Seandainya beliau seorang Perdana Menteri beliau tidak akan terpaksa meletakkan jawatan kerana ada kes-kes yang lebih besar dilakukan oleh pemimpin yang lebih besar dari Sharizat itu tidak diambil tindakan sehingga hari ini. Perbezaan diantara Shahrizat dan yang lain ialah Shahrizat tidak pandai menyorokkan perlakuan beliau dan keluarga beliau.

Jumlah yang melibatkan RM250 juta itu amat besar tetapi jumlah RM1.8 billion yang dipergunakan secara ‘direct’ dari wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak seorang pemimpin besar pada tahun 1998 dahulu tidak diambil tindakan sampai kehari ini. Sebab apa? Sebabnya ia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri semasa itu. Banyak lagi perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini dan ianya masih dilakukan mereka.

Masing-masing saling membantu diantara satu dengan lain untuk menutup ‘barang curi’ masing-masing kerana semuanya melakukan perkara-perkara yang sama. “Lu jaga gua, gua jaga lu’; itulah kaedahnya. Hanya kes Shahrizat ini diketahui oleh Ketua Audit Negara dan pihak pembangkang secara terperinci. Untuk memecahkan kegiatan ala ‘cartel’ dikalangan pimpinan BN inilah merupakan satu usaha yang amat susah kerana mereka mempunyai kuasa yang dipergunakan habis-habisan untuk mempertahankan salahlaku mereka ini.

Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah tidak sifat ‘accountability’ dari pimpinan atasan yang memberikan kelulusan kepada projek biayaan kerajaan NFC ini. Kita hendak juga melihat samada Menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek yang menjijikkan ini dahulu.. Menteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia……ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…

Adakah Menteri ini akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan. Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan yang dilakukan oleh NFC ini.

Menteri ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ketaraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.

Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama Blankert (ejaan nama tak pasti) telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain.

Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara. Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Shahrizat.

Dengan keputusan Shahrizat untuk berhenti itu ia bermakna Shahrizat mengakui kesalahannya. Jika Shahrizat mengaku kesilapan atau kesalahannya maka adalah ‘natural’ menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek NFC ini juga mengambil langkah yang sama, iaitu berhenti sahaja dan mengikut langkah Shahrizat itu. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak mahu menerima asas-asas perlu untuk menempah tempat untuk meletakkan negara kepada kategori negara maju kerana meletakkan jawatan kerana isu ini dianggap sebagai perkara yang tidak munasabah bagi mereka.

Begitulah tingginya etika kepimpinan negara maju dan jika kita mahu mengambil iktibar dari tindakan ahli jemaah kabinet Britain ini, itu merupakan permulaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dengan ketinggian etika kepimpinannya. Kalaulah apa yang dilakukan oleh pimpinan kita itu dilakukan di Britain kerajaan kita sudah lama dikuburkan oleh rakyat. Tetapi untungnya pimpinan rasuah kita ini ialah kerana rakyat telah dididik untuk menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya.

Kerajaan negara-negara maju ini menjadikan etika kepimpinan sebagai elemen terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Ini ialah kerana yang hendak dijaga mereka bukannya jawatan mereka tetapi untung nasib negara mereka pada masa-masa yang akan datang. Tetapi disini pimpinan kita lebih mementingkan kuasa sahaja, tidak kira samada mereka itu berguna kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

Kalau tidak, tidaklah kita terdengar kata-kata seperti, “kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun” kata Najib pada suatu ketika dahulu. Kata-kata ini menonjolkan satu sikap yang amat negatif kepada sistem demokrasi negara. Sikap kuno ini lah yang menyebabkan negara kucar kacir, bukannya oleh sistem demokrasi itu sendiri.

Kepada BN demokrasi itu bermakna, kemenangan hanya hak mutlak BN, bukannya untuk mengikut selera rakyat yang mengundi. BN kini menggunakan kumpulan pengacau pula. Tugasnya hanyalah untuk mengganggu majlis-majlis pihak PR. Itu merupakan tanda-tanda ‘desperation’ yang ada didalam pemikiran pihak BN khususnya UMNO.

Dua malam yang lepas saya menjadi penceramah jemputan bersama dengan TS Khalid Ibrahim di Seri Menanti dimana sekumpulan 20 orang penyokong UMNO mengganggu ceramah dan majlis itu tanpa segan dan silu selama 15 minit.

Berkat kesabaran pihak kami, mereka telah dapat diusir dari majlis itu. Dalam hati saya, tidak dapat saya menghilangkan persepsi dan keyakinan saya yang tindakan itu merupakan tindakan pihak pemerintah yang begitu fakir nilai kepimpinan mereka. Apabila sokongan merosot mereka mengambil tindakan yang tidak beradab dan bersopan.

Dari kumpulan inilah yang bergegar-gegar hendak jadikan negara kita negara maju tetapi tindakan kumpulan ini membayangkan yang kemajuan yang dijanjikan itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Segala pelan transformasi Najib hanya tinggal pelan sahaja. Ia tidak akan kemana…seperti dulu juga.

Aspan Alias