Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Tuesday, June 30, 2015

Pesawat tentera Indonesia terhempas, 30 maut

mk - 4:00PM - 30 Jun 2015
Pesawat pengangkut tentera Indonesia dilapor terhempas di kawasan perumahan dan hotel di Medan, Sumatera, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang.

Pegawai pasukan pencari dan penyelamat republik itu Hisar Turnip memberitahu Reuters bahawa operasi masih berjalan dan angkanya mungkin akan bertambah daripada masa ke semasa.
Jurucakap tentera Fuad Basya berkata terdapat 12 anggota, termasuk juruterbang, berada dalam pesawat jenis C-130 Hercules itu.
Ketika laporan ini ditulis, baru lima mayat ditemui.

Saluran televisyen tempatan menyiarkan kejadian kebakaran yang menyaksikan asap hitam memenuhi kawasan nahas.

Menurut Jaringan Keselamatan Penerbangan, sudah 10 nahas maut melibatkan pesawat tentera dan polis dicatat dalam tempoh sepuluh tahun ini.

Tabek: Adik PM pula yang lebih merasai denyut nadi rakyat!

PM buat tak reti dengan tekanan demi tekanan mencekik rakyat dengan pelbagai kenaikan harga

Adik PM kata rakyat kini tertekan
mk - 6:40PM - 29 Jun 2015

Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak berkata beliau bimbang kerana masyarakat Malaysia kini tertekan kerana tidak mendapat maklumat yang benar berhubung isu yang dihadapi negara.

Lebih buruk lagi, keadaan ini malah menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat, katanya dalam satu tulisan di Instagram.

Dalam tulisan itu, Nazir turut memuatkan gambar dan tajuk sebuah buku motivasi tulisan Michelle M Paiva yang menekankan peri penting kebenaran, bertajuk 'Truth, Next Exit'.

“Institusi kita perlu membawa kita ke sana dengan cepat. Rakyat Malaysia tidak mendapat kebenaran – yang memecah belah dan menekan.

“Apabila timbul kebenaran, kita boleh mencari penyelesaian,” katanya di laman tersebut.

Beliau turut menjawab soalan pengunjungnya, sama ada rakyat Malaysia perlu keluar di susur lebuhraya di hadapan, seperti digambarkan dalam foto yang dikongsi Nazir.

“Di hadapan sana jalan menuju masyarakat Orwellian!,” jawabnya.

Jawapannya itu merujuk kepada latar dalam novel popular '1984' karya George Orwell berhubung kawalan kerajaan totalitarian ke atas masyarakatnya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sekiranya Nazri merujuk kepada pentadbiran abangnya, Datuk Seri Najib Razak.

Namun Nazir sememangnya kritikal ke atas 1MDB, projek yang dicetuskan perdana menteri itu.

Giliran Muhyiddin Tidur Tak Lena

Monday, 29 June 2015

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak masih dibelenggu dengan isu 1MDB yang nyata telah menghakis sokongan rakyat terhadapnya, tindakannya lebih awal mengumumkan penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan sekurang-kurangnya dapat membuatkannya tidur dengan lebih lena selepas ini.

Dengan menangguhkan tarikh pemilihan itu yang didakwa mendapat sokongan akar umbi, Najib secara tersiratnya memberi isyarat bahawa tidak ada sebab beliau harus berundur atau mengalah kepada tekanan yang mahukannya meletakkan jawatan.

Tidurnya bersama Rosmah Mansor pasti lebih lena sambil dibuai mimpi indah yang mengasyikkan.

Berkenaan isu 1MDB, selain masih menunggu laporan audit dan hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, beberapa perkara yang berlaku kebelakangan ini juga membuatkan Najib mempunyai helah untuk mengelirukan rakyat berkaitan syarikat pelaburan yang bermasalah dan sarat dengan hutang itu.

Penangkapan Xavier Justo di Thailand atas dakwaan menjual maklumat dan email yang sudah diuli berkenaan urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi telah dijadikan senjata paling ampuh untuk mengelirukan rakyat seolah-olah semua keburukan berkaitan syarikat pelaburan itu, termasuk yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, tiada asasnya lagi.

Hakikatnya, kaitan penangkapan Justo hanyalah berkaitan urusniaga dengan PetroSaudi saja, itu pun belum dapat dipastikan sejauh mana berubahnya maklumat yang sudah diuli itu memandangkan siasatan masih dijalankan, tetapi ia tidak mengubah sama sekali hutangnya berjumlah RM42 bilion, pembelian IPP dengan harga tinggi, bayaran faedah antara RM2.4 hingga RM2.7 bilion setahun dan sebagainya lagi.

Namun, isu penangkapan itu telah juga diuli untuk lebih menyucikan Najib berbanding keadaansebenar syarikat pelaburan itu yang umpama "bala" kepada rakyat negara ini.

Mengambil kesempatan daripada penangkapan Justo juga, Najib cuba mencantikkan lagi nama 1MDB dengan menggunakan hujah sumbangannya kepada pembangunan masjid Kampung Baru berjumlah RM20 juta kononnya syarikat itu turut memainkan peranan kepada pembangunan Islam di negara ini.

Selain sumbangan RM20 juta itu terlalu kecil berbanding hutangnya RM42 bilion, fakta yang cuba diketepikan ialah apa saja konteks pembangunan dan peningkatan syiar Islam memang menjadi tanggungjawab kerajaan tiada kira sama ada wujud 1MDB atau sebaliknya.

Selama ini beratus masjid dan surau dibina atau dibaik pulih walaupun sebelum wujudnya 1MDB lagi.

Ternampak di sini bahawa usaha mengelirukan rakyat agar menerima 1MDB sebagai sesuatu yang baik sedang dan akan terus diusahakan, manakala fakta-fakta kebenaran mengenainya akan cuba  diselubungkan.

Kejayaan mengumpul sokongan daripada pimpinan UMNO bahagian-bahagian dan kemudian menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan dan membiarkan rakyat dalam kekeliruan, sambil tidur dengan lena, Najib kini boleh memberi tumpuan khusus kepada pilihanraya umum ke 14 akan datang.

Kecuali Tun Mahathir mempunyai senjata lain yang lebih tajam, Najib dengan ini agak selesa untuk bertahan sekurang-kurangnya sehingga tarikh pilihanraya akan datang diumumkan.

Sebaliknya, yang mungkin sering terganggu dan tidur tidak lena sekarang ialah Muhyiddin Yassin yang sebenarnya sudah terlepas peluang untuk mengambil alih tempat Najib berikutan sikap terlalu berhati-hati dan tidak cukup beraninya selama ini.

Bersama serangan Tun Mahathir terhadap Najib, momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib ialah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan lalu.

Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.

Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah pun berakhir sekarang ini.

Pengumuman Najib menangguhkan pemilihan sehingga selepas pilihanraya umum membuatkan Muhyiddin dan anggota kabinet lain yang selama ini kritikal mengenai 1MDB tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur kepada apa saja langkah Najib sehinggalah tarikh pilihanraya umum nanti.

Najib juga pastinya akan menggunakan pilihanraya umum nanti untuk memilih penyokong dan mereka yang setia kepada saja sebagai calon pilihanraya bagi memudahkan menghadapi pemilihan UMNO selepas itu.

Muhyiddin pula, sementara tidurnya tidak berapa lena ketika ini, harapannya hanya akan bersinar semula jika keputusan pilihanraya ke 14 nanti jauh lebih buruk daripada kemenangan 133 dalam pilihanraya 2013 lalu.

Mungkin beliau perlu banyak berdoa agar kemenangan tipis dengan perbezaan satu atau dua kerusi saja yang mampu dicapai BN dalam pilihanraya ke 14 akan datang ini.

Ini kerana jika BN kecundang kepada Pakatan Rakyat pula, hanya kerusi Presiden UMNO tanpa jawatan Perdana Menteri yang tinggal untuknya. (SH 296/2015)

Monday, June 29, 2015

Kartun ker apa ni?

Dalam PAS, MSU boleh over-rule keputusan Muktamar ke?

'Usul putus dengan DAP dimuktamad lepas raya'
mk - 7:00PM - 29 Jun 2015

Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
    
Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.
    
"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.
    
"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur  hari ini.
    
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.
    
"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.
    
Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan MARA supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh MARA Inc.

Tembak di Thaiand libatkan rakyat Malaysia: Seorang mati, seorang parah

Maklumat yang saya dapat adalah kerana kes perselisihan perniagaan mercun
Mangsa adalah penduduk Rantau Panjang
Kejadian berlaku jam 5:30 pagi tadi di Pengkalan Paun
Mangsa Ashraf Zamri (meninggal)
 
 

PAS: Pengumuman dari detikdaily

Diumumkan:PAS Bukan Lagi Mertabatkan Islam, Bala Bakal Menimpa Mereka

ramziredang

"Enam tahun yang lalu saya pernah menulis artikel bersiri, "PAS Menuju Kehancuran", sementara artikel ada gerakan jatuhkan husam pula hanya disiar setengah jam sebelum ditarik balik dari paparan umum di tranungkite dot net. Kini enam tahun berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat menilai betapa hancurnya PAS sekarang. Yang tak rasa ianya hancur hanya orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja. 

Kenapa saya memilih tajuk 'PAS bukan lagi mertabatkan Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya. Banyaknya perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan umat.

Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang yang mulia, ikhlas, amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda sangat terpuji. Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam 

Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam" 

Akhlaq berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku. Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Kerana ianya adalah kulit utama bagi gambaran isi kemuliaan islam itu sendiri. Umpama sebiji buah, andai kita ingin menarik orang merasa isinya, maka kulit luarnya hendaklah segar, tidak buruk, serta dapat meyakinkan orang untuk merasa bahawa isinya tentu manis sekali. 

Kemuliaan akhlak ini jugalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk diamalkan oleh para sahabat dan para pewarisnya. Kerana itu kita dapat mendengar berbagai cerita hebat tentang perangai para sahabat. Ianya juga diwarisi juga kepada para tabiin dan para ulama. 

Hari ini sesuatu yang kita asyik dengar, yang orang cuba kaitkan dengan Rasulullah saw adalah, "ulama pewaris nabi". Apa yang ulama ini warisi? 

Sifat sombong? ujub? riak? sumaah? mungkir janji? suka memfitnah?. Tidak. 

Untuk mengesahkan seseorang ulama itu adalah pewaris Nabi, maka dia patut juga mewarisi akhlak terpuji Rasulullah saw. Jika ia tidak mewarisi sifat terpuji Rasulullah saw, maka dia bukan ulama pewaris Nabi. 

Jika dia suka memfitnah maka dia adalah ulama fitnah. Jika dia suka bercakap menipu maka dia ulama penipu. 

Jangan sesekali sifat sifat buruk ulama ini kita gabungkan dengan perkataan 'ulama pewaris nabi' kerana kelak kita sendiri membawa fitnah kepada Rasulullah saw. Dan pengakhirannya adalah neraka. Ulama pewaris nabi mestilah mewarisi sifat sifat mulia Rasulullah saw. 

Saidina Ali r.a. berkata: 'Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:  'Suatu zaman akan datang dimana dimana Islam hanya tinggal nama saja. 

Dan Al-Qur'an tinggal tulisan saja. Masjid-masjid akan penuh dengan  penghuninya tetapi kosong dari orang-orang dapat petunjuk. Ulama-Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk dibawah kolongan langit dan mereka akan membuat fitnah dan kemudian fitnah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri.'.......(Baihaqi, Misykat hal, 38) 

Dan mari kita renungi surah al hujurat: surah al hujurat ini juga digelar surah 'akhlak' oleh para ulama tafsir terdahulu. 

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; janganlah pula panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat:11)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu) Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujurat:12) 

Bacalah kembali apa yang saya tuliskan dan bandingkanlah dengan keadaan PAS dan pemimpinnya, apakah sesuai dengan hadis atau ayat yang disertakan di atas? Apakah ianya tidak cukup menjadi isyarat apa yang Rasulullah saw nyatakan dan juga sebagaimana firman Allah swt? 

Sekalipun ada yang dilantik sebagai timbalan ulama Ke'dunia'an, sekalipun kononnya yang memerintah PAS sekarang semuanya adalah dari golongan ulama keduniaan, belum tentu ia mereka pewaris nabi. Kerana mereka semua ulama akhir zaman. Kalau tanya mereka sendiripun mereka dapat mengesahkan sekarang adalah 'akhir zaman' seperti mana semua tanda tanda yang Rasullah saw beritahu semuanya sudah muncul. Jadi kalau dah akhir zaman, maka sesuailah di akhir zaman ini sukarnya untuk mencari ulama pewaris nabi.

Jangan kata hendak mertabatkan Islam. hudud pun jadi mainan politik ulama keduniaan. Modal untuk mengejar jawatan
 .................................................................... 

FASA 2. (SETELAH AGENDA SULIT MEREKA FASA 1 TELAH SELESAI) 

Tidak mustahil selepas ini akan ada usrah usrah, kuliah kuliah atau apa sahaja yang dapat menyeru pengikut meraka untuk taat kepada mereka dan tidak lari meninggalkan mereka. 

Mungkin akan ada baiah. Mungkin kafir mengkafir akan timbul kembali. Tetapi kafir mengkafir dalam keadaan 'berlapik'. Takfiri ini tidak akan ditujukan lagi kepada 'ORANG YANG TIDAK SEJAHAT FIRAUN' tetapi kepada ahli yang hendak meninggalkan parti.(KERANA FASA KE 2 INI MEMERLUKAN AHLI TAAT SEPENUH HATI, BARU AGENDA MEREKA DAPAT DIJALANKAN) 

(nota:saya tidak tahu samada firaun dan taghut mana satu yang jahat, kerana dulu pemimpin PAS selalu sebut satu golongan itu taghut, tetapi sekarang golongan itu disebut 'tidak sejahat firaun')

Tapi itu semua tidak menghairankan kita kerana mereka semua adalah pedagang dan matawang mereka adalah ayat quran dan hadis. Dengan menjadikan quran dan hadis sebagai matawang mereka,
dari situ mereka membeli kedudukan mereka dan pangkat jawatan mereka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

« يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِى يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَىَّ يَجْتَرِئُونَ فَبِى حَلَفْتُ لأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا ».

“Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, percakapan mereka lebih manis dari gula sedangkan hati mereka adalah hati serigala (tamakkan harta dan kedudukan). Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (HR. Tirmidzi) - detikdaily

Skandal Mara - cabaran buat Najib, pukulan kepada Shafie Apdal

12:30PM Jun 28 2015
oleh Shahbudin Husin

SUARA LANTANG: Rakyat negara ini sekali lagi dikejutkan apabila skandal pembelian sebuah apartment di Melbourne, Australia oleh sebuah anak syarikat Mara iaitu Mara Inc., terdedah kepada umum. Skandal ini didedahkan oleh akhbar The Age yang membuat penyiasatan selama lapan bulan lalu mendapati apartment  Dudley Internatinal House tersebut dibeli dengan harga RM13.7 juta lebih mahal yang kemudian didakwa dipulangkan dalam bentuk rasuah kepada kepada beberapa pihak di dalam negara. 

The Age secara terbuka mendedahkan antara mereka yang terbabit dengan rasuah itu ialah Pengerusi  Mara Inc. Datuk Mohamad Lan Alani, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Halim Abd Rahim serta beberapa yang lain. 

Secara umumnya skandal ini memburukkan lagi nama kerajaan di mata dunia kerana ia berlaku di luar negara dan didedahkan pula oleh akhbar asing. Sudah tentu pandangan buruk antarabangsa terhadap negara tidak dapat diketepikan. 

Di dalam negara pula, skandal ini menimbulkan lebih banyak kemarahan kerana mereka yang terlibat itu terang-terang mengkhianati rakyat memandangkan Mara itu sendiri adalah hasil singkatan yang membawa maksud cukup murni iaitu Majlis Amanah Rakyat. 

Mara secara khususnya ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dalam peningkatan bidang keusahawanan dan pendidikan agar mereka mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. Dalam kes apartment yang dibeli di Melbourne yang dikaitkan dengan unsur rasuah sebanyak RM13.7 juta itu, ia adalah khusus untuk kegunaan para pelajar tajaan Mara yang belajar di Universiti Monash, Australia. 

Bagi rakyat, kemarahan mereka ialah bagaimanakah mereka yang terlibat itu sanggup mengkhianati kepercayaan atas nama amanah rakyat dan pembelian yang berkaitan bidang pendidikan generasi muda pula? 

Setelah rakyat begitu banyak berbual dan memperkatakan tentang isu 1MDB dan FGV sejak kebelakangan ini, timbulnya skandal Mara ini secara langsung menambahkan lagi imej buruk kerajaan di mata rakyat. 

Rakyat menjadi hairan, mengapakah skandal demi skandal terus berlaku di negara ini? Apakah faktor penguatkuasaan kita begitu lemah sehingga sesiapa saja tidak takut melakukan kesalahan? 

Apakah juga skandal demi skandal dari pelbagai peringkat dan agensi  ini berlaku kerana orang peringkat rendah melakukannya lantaran melihat rasuah, penyelewengan serta kecurangan di peringkat atasan juga terus berleluasa?

Walaupun isu Mara ini sedang disiasat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga sudah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat, imej kerajaan yang dipimpinnya nyata sudah pun tercalar. 

Jika dalam isu 1MDB, nama Perdana Menteri dikaitkan atas kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, manakala dalam isu FGV pula kerana Felda terletak dibawah naungannya, tetapi dalam skandal Mara ini nama Datuk Seri Najib dikaitkan kerana Majlis Tindakan Ekonomi Negara atau MTEN yang dipengerusikannya adalah pemutus akhir yang meluluskan pembelian apartmen tersebut. 

Meskipun Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa telah membetulkan kenyataannya sebelum ini dengan mengatakan MTEN sebenarnya sudah menolak pembelian itu pada peringkat awal tetapi hanya meluluskannya setelah dirayu oleh Mara dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, persoalannya tentu tambah melebar lagi. 

Ia menjadikan semua ingin tahu, kenapa Mara dan kementerian membuat rayuan sedangkan ia sudah ditolak sebelumnya? Mengapa pula MTEN akhirnya mengalah dengan rayuan yang dikemukakan itu? 

Persoalan ini berangkali memerlukan jawapan atau penjelasan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Mara ketika itu,  Datuk Seri Idris Jusoh yang sekarang menjadi Menteri Pelajaran Kedua. 

Sejak pendedahan mengenai skandal Mara ini meletus dan menjadi perbualan ramai, Datuk Seri Shafie dan Datuk Seri Idris belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan atau ditanya wartawan mengenainya. Yang ke depan sekarang hanyalah Tan Sri Annuar Musa, tetapi beliau hanya dilantik menjadi Pengerusi Mara pada penghujung 2013 sedangkan proses pembeliannya bermula pada 2012 dan dimuktamadkan pada April 2013. 

Mara serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah perlu tampil dengan penjelasan, apakah mereka sedar harga apartment tersebut dicadangkan pembeliaannya dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran? 

Yang keduanya, adakah cadangan pembelian dan harga yang dikemukakan oleh Mara Inc itu sudah dilakukan semakan oleh Mara dan juga kementerian terbabit? 

Terutama kepada Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini agak kritikal terhadap Perdana Menteri dalam isu 1MDB, timbulnya skandal Mara ini tentu saja merupakan pukulan kepada dirinya. Bukan saja kerana kementeriannya turut terlibat meluluskan pembelian itu, tetapi juga disebabkan Pengerusi Mara Inc, Datuk Mohamad Lan Alani yang merupakan Pengerusi Mara inc. dan salah seorang yang didakwa terlibat itu datangnya daripada UMNO Bahagian Semporna yang kini sedang diketuainya. 

Sudah kedengaran daripada kalangan pro Datuk Seri Najib yang mengatakan ini merupakan "karma" kepada dirinya sambil mahukannya segera tampil dengan keberanian memberi penjelasan sebagaimana sikapnya mahukan kebenaran dalam isu 1MDB sebelum ini. Lalu, janganlah berlengah lagi menunjukkan  kewibawaan dan ketelusan sebagai pemimpin.

Penundaan oleh pemimpin yang takut?

Penundaan oleh pemimpin yang takut berhadapan ahli parti mereka
08:30PM Jun 28 2015
oleh Cynic View

KOMEN: Keputusan berbeza Umno untuk menunda pemilihan parti sehingga pilihan raya umum akan datang (yang mesti dianjurkan setidak-tidaknya pertengahan 2018) menceritakan sesuatu.
Ya, perlembagaan parti itu membenarkannya. Dan ya, dua bekas presiden parti dan perdana menteri pernah melakukan perkara yang sama. Tetapi ianya tetap tidak menjadikannya betul atau wajar buat sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.
Tiga puluh satu daripada 190 bahagian pastinya berfikir bahawa pemilihan parti, untuk melantik pemuda, wanita, puteri dan pegawai jawatankuasa pusat, termasuklah naib presiden, timbalan presiden dan presiden, seharusnya diteruskan. Maka terserlahnya dilema Umno.
Sebagai parti demokrasi, seperti yang diperakui oleh ketua parti Najib Razak apabila beliau mengumumkan keputusan itu pada malam Jumaat, Umno seharusnya menerima pembangkang yang sihat. Sebuah parti pak turut akan menjurus kepada kehancuran.
Jika seseorang berasa yakin dengan polisi, hala tuju, pengendalian dan kepimpinan, tiada sebab ahli atau perwakilan tidak akan memberi sokongan. Justeru, pemilihan parti biasa adalah satu cara untuk pemimpin yang cekap, bertanggungjawab dan akauntabiliti untuk mendapatkan mandat baru.
Jika anda sudah melakukan kerja yang baik dan prosesnya bersih dan betul, anda menang. Tetapi jika anda gagal dalam tugas anda atau tidak cekap, selamat maju jaya.
Tetapi ahli politik tetaplah ahli politik, mereka akan menggunakan semua helah yang anda untuk memanjangkan usia kuasa mereka.
Taktik yang popular adalah merencana kompromi, contohnya mencadangkan tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi, untuk mengekalkan kedudukan seseorang dalam parti (dan dengan melanjutkan dalam kerajaan). Apalah ertinya seorang pemimpin tanpa sokongan dan mandat akar umbi untuk memerintah?
Maka, ianya ternyata pemimpin tertinggi parti sekarang telah diberikan kontrak lanjutan. Penangguhan daripada berhadapan penilaian ahli parti sehingga selepas PRU14. Tetapi anda tidak akan dapat menjangka. Lagipun, ini Umno. Walaupun anda buat yang terbaik untuk parti, Raja dan negara, anda mungkin akan diminta untuk meletak jawatan selepas tempoh anda tamat. Ianya telah berlaku sebelum ini, paling terkini selepas pilihan raya umum 2008.
Keputusan itu memberi tanggapan bahawa pemimpin parti tidak mempunyai banyak pilihan dan sedang berada atas tanah yang rapuh. Apa yang akan difikirkan oleh ahli parti biasa apabila pemimpin mereka tidak berani untuk mendapatkan mandat baru daripada ahli mereka? Ia memberi kredibiliti kepada khabar angin bahawa penentang pemimpin senior parti akan dicantas untuk mengekalkan kuasa pemimpin tertinggi.
Mereka yang meminta perubahan, dengan mengintai pemilihan yang dijadualkan tahun hadapan, telah dikepung, permaidani telah ditarik dari kaki mereka. Antara sekarang dan pilihan raya umum akan datang, mereka dijangka akan patuh, berdiri di belakang kepimpinan atau dicantas. Ketua-ketua di 31 bahagian yang tidak bersetuju untuk menunda pemilihan parti berada dalam kedudukan tidak selamat. Penaung mereka juga sedang diperhatikan.
Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
Menariknya, orang nombor dua Umno Muhyiddin Yassin telah berkata pada November lalu, ketika melancarkan perhimpunan bersama sayap parti pemuda, wanita dan puteri:
“Jika Umno ingin menjadi parti masa hadapan, imej Umno haruslah menepati jiwa anak muda Melayu, profesional Melayu dan kesemua generasi muda di kawasan bandar dan pedalaman.
“Mereka adalah masa depan parti kita.”
Beliau turut mencadangkan kepada Umno supaya menimbangkan pemilihan parti dilaksanakan seperti termaktub dalam perlembagaan parti, dan tidak ditunda sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.
“Saya percaya Umno tidak akan berpecah jika pemilihan dijalankan. Pemimpin Umno mestilah cukup matang untuk menghadapinya. Saya secara peribadi akan berdiri bersama presiden kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memastikan perubahan dan peremajaan parti akan tercapai,” Daily Express melaporkan beliau sebagai berkata.
Seseorang tidak dapat berhenti membayangkan apa yang akan dikatakan Muhyiddin sekarang apabila pemilihan telah pun ditunda. Adakah beliau menyokong keputusan itu?

Sunday, June 28, 2015

Selepas ketiadaan Fadhil Noor dan Nik Aziz semuanya punah!

Rupanya selama ini mereka hanya takut kena kuntau kat Nik Aziz saja
Belum sempat kuburnya tumbuh rumpat, macam-macam hal berlaku dan dilakukan

Isy sekarang ni........macam-macam najis keluar dari mulut Tuang Presedeng  ni.........
Adakah ini lambang resah gelisah?
Ni pulak siku dan lutut Mat Indera Sipejuang

Jika Penentang Hudud Dikatakan Anjing... Apa Yang Hendak Dipanggil Kepada Ulama' Su' Kaki Fitnah dan Penipu

Mungkin Tuang Presideng PAS Tuang Guru Hajai Hadi punya Pandangan beliau dengan mengatakan orang Mempertikaikan cara beliau membawa Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah sebagai Penentang Hukum Hudud... tak apa beb itu pandang beliau jadi biarkan pandangan tersebut bersama beliau. Kerana jika sudah Pandangan beliau terhadap orang yang mempertikai Cara dan Kaedah beliau membawa RUU lebih kepada Penentang Hudud... ok lah kita hormat Pandangan yang Mengaitkan Penentang Hukum Allah SWT sebagai Anjing dan Serigala.

Cuma nak bertanya kepada Tuang Presideng PAS merangkap Naib Ketua Ulama' Sedunia , bagaimana ya jika ada yang beranggapan bahawa Tuang Presideng adalah seorang Ulama' yang Kaki Fitnah dan Penipu... berdasarkan kepada Tuduhan Tanpa Bukti Tuang Presideng yang mengatakan bahawa Calon PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah Pengedar Dadah jenis Pil Kuda. Juga bagaimana jika ada yang beranggapan bahawa Tuang Presideng adalah Kaki Penipu bila mempercayai UMNO konon nya akan Menyokong RUU berkaitan Hudud.

Jika Tuduhan Tuan Presideng berdasarkan kepada Pandangan dan Penilaian Tuang Presideng terhadap orang yang mempertikaikan Cara Tuang Presideng membawa RUU tersebut ke Parlimen sebagai Penentang Hudud serta menyamakan ianya seperti Anjing dan Serigala menyalak Bukit, bagaimana pula Anggapan dan Penilaian dimata orang lain bahawa Tuang Presideng sebenarnya  adalah seorang Ulama' Su (Ulama' Jahat) yang ada dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW didalam Hadis Baginda berdasarkan Tindak Tanduk  serta Percakapan Tuang Presideng yang Berbelit.

Tak kan hanya Tuang Presideng sahaja yang boleh membuat Pandangan dan Penilaian terhadap orang lain, manakala orang lain pula Diharamkan untuk membuat Pandangan dan Penilaian terhadap Tuang Presideng atas sebab Tuang Presideng adalah seorang Ulama' merangkap Naib Ketua Ulama' Sedunia. Wahhhh banyak Cantik Muka Tuang Presideng ya... Tuang Presideng buat dibolehkan dan Halal Wal Toyibah manakala orang lain tidak boleh membuat Pandangan dan Penilaian terhadap Tuang Presideng maka jadi Haram Wal Jadah... wahhhh hebattttt tu.

Sudah-sudah lah Tuang Presideng.... cukup-cukup lah Menipu dan Memperbodohkan Ahli PAS... mungkin Tuang Presideng berjaya Menipu dan Memperbodohkan sebahagian Ahli PAS namun tidak mungkin Tuang Presideng mampu dan boleh Menipu dan Memperbodohkan Seluruh Ahli PAS yang ada. Kerana Ahli PAS sebahagian besar adalah terdiri dari yang Cerdik Pandai dan bukan nya seperti Ahli UMNO yang dikatakan telah berpuluh tahun Cerdik Pandai Tak Masuk UMNO. Jangan nantikan Tuang Presideng dikenang sebagai Ulama' SU'. 

Biarkan lah Anak Bapak dan Anak Hantu Tuang Presideng membina Tapak Politik dia orang dengan sendiri, jangan kerana mereka Taung Presideng menjadi lebih TERUK lagi Perangai dari Pemimpin UMNO. Belajar lah Tuang Presideng mempunyai Muka dan Perasaan Malu kerana Malu juga jika tak silap gua adalah sebahagian dari IMAN. Politik hari ini adalah Politik Maklumat Dihujung Jari... yang mana segala Perbuatan dan Percakapan Ahli Politik boleh Diulang Tayang, hentikan lah membuat Ulasan yang Berbelit-belit macam Belitan Serban Tuang Presideng kat Kepala tu. 

Ok ya Tuang Presideng... rasa nya gua pun dah Penat lah Melayan Kerenah Tuang Presideng yang Tak Sedar Diri ni... apa-apa pun gua Ucapkan Selamat Berpuasa untuk hari ini dan Selamat Berbuka Puasa bila sampai waktu Berbuka nanti, tumpang tanya sikit hari ni Berbuka kat mana Tuang Presideng. Jika ada Kelapangan pergi lah lawat Mangsa-Mangsa Banjir yang masih lagi Duduk dalam Kemah di Negeri Kelantan tu... jangan nanti dikatakan orang cakap Pung Pang Pung Pang berkaitan Islam tetapi Umat Islam masih lagi Merempat seperti Pelarian dalam Kemah.

Assalammualaikum Tuang Presideng !.

hemmmmm..... tuang presideng ni memang lah jenis bodoh berpolitik... berlagak nak mampos... dan sombong tolol... kah kah kah !.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 3:59:00 PTG

Lautan bergelora dijangka melanda para pemimpin PAS, kata penganalisa

08:30PM Jun 27 2015
oleh Alyaa Alhadjri

ANALISIS: PAS mungkin tidak akan menghalang mana-mana ahlinya yang ingin bertukar parti tetapi pemerhati meramalkan ribut besar bakal melanda dan memberi amaran bahawa ianya akan menjadi perjalanan tidak lancar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Penganalisa politik Khoo Kay Peng memberitahu Theantdaily bahawa ianya benar dalam kes ahli PAS yang tinggalkan parti untuk sertai DAP, berbanding parti baru yang dijangka akan dibentuk oleh pemimpin progresif PAS.
“Sentiasa terdapat risiko buat mereka ...secara struktur dan ideologi sebagai parti, ianya memerlukan lebih dari sekadar menurunkan beberapa calon Melayu untuk DAP bagi meraih sokongan Melayu.
“Kempen DAP secara keseluruhannya mestilah diubah,” kata Khoo dalam respon terhadap laporan terkini mengenai beberapa ahli akar umbi PAS yang meninggalkan parti dan menyertai bekas sekutu Pakatan Rakyat mereka.
Khoo menyatakan bahawa walaupun DAP sering mengekalkan pendirian berbilang bangsa
dalam isu-isu negara, tetapi kebanyakan ahli dan penyokong teras mereka masih datang daripada generasi tua Cina yang mana pandangan mereka mungkin tidak mencerminkan ideologi parti.

“Dalam kes Dyana Sofya, salah satu sebab beliau tewas di Teluk Intan adalah kerana beliau seorang Melayu. Terdapat banyak aktiviti yang beliau tidak dapat sertai. Seperti yang dianjurkan di tokong-tokong.
“Malah saya juga tidak dapat sertai dalam sesetengah aktiviti (tempatan) kerana saya bukanlah berpendidikan Cina,” kata Khoo dalam merujuk calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, yang tewas kepada presiden Gerakan Mah Siew Keong.
Realiti ini, dakwa beliau, mungkin mengundang risiko kepada ahli-ahli Melayu muda yang menyertai DAP dengan harapan ditawarkan kerusi untuk bertanding pada PRU14.
“Ahli-ahli muda yang menyertai DAP kerana ditawarkan kerusi bukanlah perkara baru. (Ahli Parlimen Serdang) Ong Kian Ming, (ADUN Damansara) Yeo Bee Yin, (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua...kesemua mereka telah ditawarkan kerusi ketika mereka sertai parti.
“Ianya tidak akan membawa cara baru berpolitik untuk DAP,” dakwa Khoo.
Sementara itu, Khoo turut menyatakan bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin benar dalam amaran beliau untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin progresif - dikenali sebagai G18 - yang mempunyai rancangan untuk menubuhkan parti politik baru.
“Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya,” kata Abdul Hadi dalam sepucuk surat terbuka kepada ahli-ahli PAS minggu lalu.
Haron DinHaron Din
Mursyidul Am PAS Haron Din pada 26 Jun telah dilaporkan megeluarkan amaran yang hampir serupa, menyamakan ahli yang keluar parti sebagai kambing liar yang berisiko diterkam oleh serigala.
“Jika parti baru dapat menarik kira-kira 20% ahli PAS sekarang, saya merasakan ia adalah pencapaian hebat,” kata Khoo, menambah bahawa parti-parti seperti PAS dipacu berdasarkan ideologi berbanding personaliti atau pemimpin individu.
The Malaysian Insider pada 23 Jun memetik bekas pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad sebagai berkata bahawa fokus G18 adalah membawa organisasi bukan kerajaan Muslim bersama untuk mencipta platform baru kepada politik progresif Islam.
Dzulkefly, yang juga setiausaha G18 buat masa ini, turut berkata bahawa platform baru ini turut akan bekerja dengan PKR dan DAP - dua parti yang bertegang urat dengan PAS.
Sementara itu, penganalisa politik Dr Wong Chin Huat memberitahu Theantdaily bahawa keputusan golongan pragmatis PAS untuk menyertai parti sedia ada atau sebuah parti baru seharusnya mengambil kira tiga faktor penting - penarik yang lebih buat pengundi, kekuatan jentera yang lebih besar dan bagasi yang kurang.
“Jawapannya bergantung kepada ke mana anda berharap untuk lari. Jika anda berada di negeri atau wilayah seperti Johor di mana PAS mempunyai jentera yang lemah sementara DAP bukan saja mempunyai jentera yang kuat bahkan mempunyai pangkalan pilihanraya yang kuat, sudah tentu DAP adalah pilihan lebih baik,” kata beliau.
Wong turut menyatakan bahawa DAP juga akan lebih bersedia untuk menyerahkan kerusi untuk menampilkan wajah Melayu baru di kawasan berbilang kaum kerana mereka tidak mempunyai ramai pemimpin Melayu. 
“Golongan pragmatis PAS mungkin berhadapan lebih rintangan dalam PKR kerana terdapat lebih ramai pemimpin Melayu.
“Bagi parti baru yang berpotensi ditubuhkan iaitu G18, mereka tidak boleh meminta banyak kerusi daripada DAP dan PKR, justeru kerusi yang boleh dimenangi mungkin akan menjadi milik 18 yang menonjol ini berbanding daripada sekutu muda,” kata beliau.
Buat masa ini, dengan perbincangan mengenai keperluan penstrukturan semula politik, pentadbiran sekarang PAS, DAP dan PKR negeri mestilah berjalan seperti biasa.
Diketuai oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali, pemimpin daripada tiga parti dijangka bakal bertemu pada 28 Jun untuk membincangkan kerjasama masa depan dalam pentadbiran negeri.

Gerakan Harapan Baharu mula langkah dari Johor

UPDATED: Jun 27, 2015 10:12pm
Suhaizan Kayat berkata, ia akan mensasarkan negeri Johor sebagai tapak pertama untuk meraih sokongan rakyat. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 28 Jun:
Gerakan Harapan Baharu yang terdiri daripada mereka yang gagal dalam pemilihan Muktamar PAS lalu bakal memulakan langkah dari Selatan tanah air.
Walaupun belum memuktamadkan penubuhan sebuah parti politik baru, Penolong Setiausahanya, Suhaizan Kayat berkata, ia akan mensasarkan negeri Johor sebagai tapak pertama untuk meraih sokongan rakyat.
Malah katanya, Gerakan Harapan Baharu akan lebih menumpukan perhatian bagi mencari dokongan dari kumpulan Melayu pertengahan dan juga bukan Muslim.
“Isu tubuh parti baru itu kita belum putuskan lagi, masih dalam perbincangan. Tetapi usaha untuk menubuhkan itu memang ada.
“Kita melihat apa yang ada pada hari ini, maknanya bila ada sedikit masalah dalam PAS dan kita rasa ada ruang yang perlu dipenuhi, jadi kita nak mengisi ruang kekosongan yang ada,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Gerakan Harapan Baru sebelum ini menggelarkan diri mereka sebagai G18 yang mana anggota kumpulan ini terdiri daripada mereka yang gagal dalam pemilihan parti PAS.
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Jawatankuasa Bertindak G18 yang kini merupakan nadi kepada Gerakan Harapan Baharu, Dr Dzulkefly Ahmad, beliau menafikan bahawa kumpulan ahli PAS yang progresif ini akan membentuk sebuah parti politik dalam masa terdekat.
Jelasnya, kajian melibatkan keinginan dan suara rakyat sedang dijalankan bagi memastikan tindakan mereka selari dengan apa yang diperlukan mereka.
“Kita bergerak dengan menggunakan kempen ‘Harapan Baharu’ bagi mendapatkan maklum balas dari rakyat.
“Kami nak tahu apa yang mereka inginkan, mereka perlukan, dan sekiranya apa yang mereka inginkan adalah satu parti politik baru, maka kami akan respon kepada keperluan itu,” jelasnya kepada The Rakyat Post.
Beliau dalam masa yang sama menepis dakwaan sesetengah pihak yang mana melihat penubuhan G18 yang sebelum ini adalah ekoran kekecewaan kegagalan dalam pemilihan parti.
Menurutnya, apa yang dilaksanakan kumpulan progresif ini adalah sesuatu yang profesional.
“Kami akan bergerak berdasarkan bukti dan fakta yang dikutip, kami nak jadi profesional, tak mahu syok sendiri. Kita bukannya buat begini (tubuhkan gerakan) kerana kita kalah dan kecewa, bukan sebab itu.
“Misi dan matlamat kami sekarang adalah untuk tahu apa yang rakyat mahu, kami nak memahami denyut nadi rakyat,” tambah beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Sementara itu, bagi Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad, beliau memberi masa buat PAS membuktikan keberkesanan dan kemampuan kepimpinan parti yang baru dilantik ini.
Dan sekiranya barisan kepimpinan baru PAS yang kini didominasi golongan ulama gagal dalam melaksanakan keperluan dan matlamat parti, maka penubuhan parti baru sebagai alternatif kepada PAS dilihat sebagai perlu.
“Sekiranya kepimpinan PAS yang baru gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik, maka kami tiada pilihan untuk mewujudkan parti baru.
“(Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah) Nik Amar minta 100 hari untuk buktikan kepimpinan, kalau gagal kami akan tubuhkan,” katanya sambil menjelaskan perkara yang perlu dipenuhi kepimpinan baru antaranya ialah membuktikan PAS sebagai parti untuk semua.
Menurut beliau, PAS perlu lebih terbuka dan juga bekerjasama dengan pihak yang menentang kezaliman bagi memastikan parti itu akan terus kekal relevan.
Bagaimanapun, Khalid yang juga tergolong dalam kumpulan G18 itu tidak menolak akan meneruskan ideologi yang sama seperti PAS iaitu berteraskan Islam.
Jelasnya, pihak beliau juga tidak menolak akan bekerjasama dengan PAS sekiranya tertubuh parti baru.
“Kerjasama itu mungkin, tetapi kami tidak akan bergaduh dengan PAS. Kerjasama bersama PKR dan DAP itu juga mungkin, lihat kepada keperluan kerjasama untuk menumbangkan UMNO dan BN,” katanya.

Angan yang membawa aib diri

Berhenti memalukan diri, pesan Zuraida kepada Khalid Ibrahim

 | June 27, 2015
Ahli Parlimen Ampang mendakwa bekas MB Selangor itu gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.
zuraida,Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu untuk memalukan dirinya dengan menawarkan diri untuk kembali memegang jawatan Menteri Besar.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan Khalid tidak sepatutnya bertindak sedemikian.
Hal ini kerana, beliau sendiri gagal dalam pentadbirannya yang lalu seperti perjanjian air Selangor.
“Rakyat Selangor masih ingat isu Lebuhraya Kinrara-Damansara ( KIDEX) dan kes penyelesaian di luar mahkamah dengan Bank Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambah Zuraida lagi, adalah lebih baik agar Khalid belajar untuk berkhidmat di dalam kawasannya terlebih dahulu.
“Tugasnya adalah untuk rakyat, maka jagalah Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dengan baik dan berhenti bermimpi tentang menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.
Zuraida yang juga Ketua Wanita Keadilan, turut menyatakan sejak Azmin Ali mengambil alih Selangor sebagai Menteri Besar, negeri ini telah berkembang dan makmur dengan ketara berbanding sebelum ini.
“Walaupun masih ada ketegangan kaum dan agama, namun telah ditangani dengan baik dan cara yang memuaskan.
“Oleh itu, tidak ada ruang bahawa Khalid mempunyai peluang dalam mengambil alih Selangor semula,” kata beliau lagi.