Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, January 31, 2013

Lagi, Lagi Musa!

Kebal sangatkah Musa ni?
Kali ini kisah Musa Aman dan anak saudara pula
Yang parahnya dah jadi isu diplomatik
Nampaknya Musa dah tak aman lagi

Betulkah Musa ni orang Sabah?
Kenapa rosakkan imej Malaysia?
Manila dakwa Musa sekat deportasi suspek dikehendaki

9:53AM Jan 31 2013

Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas telah mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah menyekat penghantaran pulang orang yang paling dikehendaki di negara itu.

NONEManuel Karingal Amalilio (kiri) - individu yang dikehendaki polis  Filipina kerana didakwa menipu lebih 15,000 orang, membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) -  dikatakan anak saudara Musa tetapi polis Malaysia telah menafikannya.

Menurut laporan yang disiarkan dalam ABS-CBNNews.com -  lamanweb berita konglomerat media Filipina ABS-CBN Jumaat lepas -  Roxas memberitahu sebuah saluran TV tempatan bahawa Musa telah menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) daripada membawa Amalillo kembali ke Filipina.

"Tidak jelas mengapa pihak berkuasa Malaysia menyekat Amalilio daripada berlepas," Roxas dipetik sebagai berkata.

Beliau menambah bahawa pegawai penguatkuasa Filipina telah membawa semua dokumen yang diperlukan bersama mereka, termasuk sijil kelahiran dan pasport Filipina Amalilio, untuk membuktikan suspek penipuan itu adalah warganegara Filipina.

NONE"Kami mempunyai dokumentasi lengkap Amalilio sebagai Filipina," kata Roxas (kanan).

Amalilio, yang memiliki Futures Group, dilaporkan mendakwa sebagai warganegara Malaysia dan menggunakan nama alias Mohammad Suffian Saaid.

Roxas berkata itu mungkin menjadi punca konflik tersebut.

Menurut laporan berita itu, Amalilio ditangkap oleh polis imigresen Malaysia pada 22 Januari kerana menggunakan pasport Malaysia dan kad pengenalan palsu.

Roxas berkata, Jabatan Hal Ehwal Luar, khususnya duta ke Malaysia, Ed Malay, sedang berusaha keras untuk membawa Amalilio pulang ke negara itu untuk menghadapi beberapa tuduhan terhadapnya.

Deportasi disekat pada saat akhir


NONESementara itu, Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima  memberitahu media bahawa Filipina telah melakukan segala-galanya untuk membawa balik Amalilio, kerana semua dokumen suspek penipuan itu lengkap dan disahkan.

Akhbar harian Filipina, The Philippine Star juga memetik De Lima (kiri) sebagai berkata bahawa pegawai Malaysia - seorang daripadanya dikenalpasti olehnya sebagai Musa - telah campurtangan dan menyekat deportasi Amalilio Khamis lepas.

"Penerbangan (Amalilio) telah disekat oleh seorang pesuruhjaya polis Malaysia atas arahan pihak atasan." - mk

Kecuh Lagi.....

Inilah yang berlaku bila 'kera di hutan disusukan'...
Kecoh peserta protes IC merah dihalang masuk JPN
Susan Loone
  • 12:13PM Jan 31 2013
Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut.

Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road.

NONEKumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk 
warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN.

Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu.

"Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran.

Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!"

Ancaman ditangkap 

Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka.

Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar).

NONETerdapat juga beberapa individu dengan IC hijau menyertai 
perhimpunan tersebut.

Selepas pemimpin Pakatan berunding dengan pihak polis, kumpulan itu dibenarkan memasuki ke bangunan tersebut.

Mereka duduk di lobi dan menunggu untuk tindakan selanjutnya dari JPN.

Terdahulu, perarakan sejauhj 100 meter tidak mengganggu aliran trafik kerana polis dan anggota unit rondaan sukarela membantu mengawal lalulintas.

Mereka membawa sepanduk dengan slogan 'duduk' dan 'bantah' serta melaungkan "Hidup rakyat".

Sudah Letih Atau Tertusuk Jarum Barat?

Syria’s opposition chief says ready for talks with the regime

By AL ARABIYA WITH AGENCIES
Wednesday 30 Jan. 2013
Syria’s opposition chief Moaz al-Khatib said on Wednesday he is ready for dialogue with officials of President Bashar al-Assad’s regime, subject to conditions including that detainees are released.

“I announce I am ready for direct discussions with representatives of the Syrian regime in Cairo, Tunis or Istanbul,” Khatib said via his Facebook page, citing as another condition that passports for exiled citizens be renewed.
Khatib’s announcement came amid international warning that Syria might fall into the hands of radical Islamists if no solution to the crisis is reached.

U.N.-Arab League mediator Lakhdar Brahimi told the U.N. Security Council Tuesday that Syrian President Bashar al-Assad may be able to hold to power for now but warned that Syria is “breaking up before everyone’s eyes.”

“The Syrian regime’s legitimacy has been seriously, probably irreparably, damaged,” Brahimi told the 15-nation council behind closed doors, council diplomats present at the meeting told Reuters.

Brahimi added that he had “no progress” to report in his efforts to establish talks on a political transition in the country where 22 months of conflict have left more than 60,000 dead.

France’s foreign minister had warned that Syria risks falling into the hands of Islamist militant groups if supporters of the Syrian opposition do not do more to help it in a 22-month-old revolt against President Bashar al-Assad.

Addressing the opening of a conference in Paris with senior members of the Syrian National Coalition, Laurent Fabius said the meeting must focus on making the opposition politically and militarily cohesive to encourage international assistance.

“Facing the collapse of a state and society, it is Islamist groups that risk gaining ground if we do not act as we should,” he said. “We cannot let a revolution that started as a peaceful and democratic protest degenerate into a conflict of militias.”

Western concern over the growing strength of jihadist militants fighting autonomously in the disorganized ranks of anti-Assad rebel forces is rising. This has hindered international aid to the moderate Syrian National Coalition opposition and may push it more into the arms of conservative Muslim backers, diplomatic sources say.

France said last week there was no sign Assad was about to be overthrown, reversing previous statements that he could not hold out long, while Jordan’s King Abdullah said the authoritarian Syrian leader would consolidate his grip for now.

The European Union is set to review its arms embargo on Syria at the end of February.

Terharu: Kisah Di Medan Perang Syria

Hebat, memang hebat cinta antara mereka
Cinta suami isteri tidak sanggup berpisah
Demi cinta negara dan kebebasan mereka sanggup korbankan kebahagian suami isteri di dunia yang lebih aman

Kisah Cinta Suci Mujahideen Syria Yang Menarik, Sungguh Hebat

Kisah  Cinta Suci Mujahideen  Syria Yang Menarik: Dua orang pejuang jihad Syria ini iaitu Mahmoud Al-Halabi dan isterinya Nour Al-Hasan merupakan antara pasangan yang sama-sama berjuang di medan jihad menentang rejim Basyar.

Sebelum berkahwin, Mahmoud Al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri Syria. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah saloon wanita di wilayah Halab.

Mahmoud kini merupakan mujahidin barisan hadapan di Hayyu Sheikh Saed. Beliau sebelum ini pernah dipaksa keluar daripada Syria dan bersama-sama mujahidin di Libya. Disana beliau banyak mempelajari skill peperangan dengan mujahidin Libya
Beliau kemudiaanya pulang ke Syria untuk bersama-sama kebangkitan rakyat Syria menjatuhkan Basyar Asad. Manakala Nour Al-Hasan pula sebelum ini merupakan anak kepada salah seorang pimpinan Parti Baath.

Nour pernah membuat satu akaun Facebook yang tidak dikenali dan menjadi aktivis sosial media. Beliau juga menggerakkan protes dan menyebarkan berita berkenaan kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan rejim.

Selepas ayah dan abang Nour mengetahui berkenaan berita tersebut, Nour dibelasah sehingga cedera teruk dan terpaksa dibawa ke hospital. Berita tentang beliau menjadi perbualan ke seluruh kota, dan Mahmoud mengetahui tentang berita tersebut.

Nour dan Mahmoud menyertai gerak kerja protes menjatuhkan rejim dan kemudiaanya menyertai pasukan mujahidin mengangkat senjata menghadapi tentera rejim.

Mereka menyertai Briged Jabhah An-Nusrah dan merupakan mujahidin barisan hadapan dalam menghadapi rejim. Nour menjadi snipper yang handal setelah diajar oleh Mahmoud berkenaan penggunaan senjata dan sebagainya.

Mahmoud dan Nour berkahwin pada Julai 2012 dan menjadi pasangan suami isteri yang tangkas di barisan hadapan mujahidin menentang tentera rejim.

Cinta mereka bukan hanya sekadar melafazkan kata-kata cinta tetapi dibuktikan dengan kesediaan untuk sanggup bersama di medan juang. Semoga Allah memelihara mereka berdua. - sumber

Ariel Sharon: Cukup Lama Allah Menyeksanya Di Dunia

7 Tahun menjadi bangkai bernyawa
BatulMaqdis– Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar disahkan tidak mampu pulih semula.

Pun begitu, dia masih dilihat mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.

Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.

“Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.

“Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan,” kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.

Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.

Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.

Untuk rekod, pada tahun 1956, Ariel Sharon pernah bersumpah;

“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” -Mynewshub

Wednesday, January 30, 2013

Saya Tersengih Sorang-Sorang Membaca Article Ni...

Alahai KM yang punya fikiran tahap Badot

Cabaran Ali Rustam Dedah Tahap Politiknya Setakat Lutut

Di antara pemimpin Umno yang membuat ulasan terhadap tindakan Dewan Syura Ulama PAS yang memecat seorang ahlinya yang dilantik menganggotai dewan berkenaan, iaini bekas TP PAS, (dikenalai sebagai 'orang itu' (OI) ) ulasan dari Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustamlah yang saya rasakan paling dangkal dan 'songeh' sekali.
Ali Rustam: Politik rendah
Kalau Najib Razak dan Mahathir Mohamad cuba membelitkan dengan menuduhkan pemecatan 'orang itu' kerana OI mengikutnya (Najib) pergi ke Gaza agak ada juga mutunya walaupun sangkaan itu berniat jahat dan melset kerana majlis syura membuat keputusan itu lebih awal sebelum 'orang itu'  pergi ke Gaza.

Namun ulasan Ali terhadap insiden itu dengan mencabar PAS memecat orang itu sesuatu yang lucu dan memalukan serta menjatuhkan maruah dan martabat politik. Lebih dungu dan 'budak' lagi apabila beliau mengatakan Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak berani memecat 'orang itu' kerana pengaruh 'orang itu' lebih hebat dari Nik Aziz dan Abdul Hadi. Hahaha...

Saya tertanya-tanya bagaimana orang Melaka boleh menyanjungi Ketua Menteri yang gagap itu sehingga lebih 130,000 hadir ke rumah kenduri anaknya kalau itulah standard kualiti ulasan politiknya.

Ali menyifatkan PAS tidak berani memecat orang itu kerana bimbang kehilangan pengaruhnya yang banyak. Waduh...waduh waduh si Mulan....  Dengan mesen pengiraan apa Ali menghitung pengaruh orang itu. Apakah dia belajar menghitung dengan sipembakar jambatan, Rais Yatim yang membuat hitungan ke atas peserta Bersih yang jauh beribu-ribu batu pembohongan dari kebenarannya itu?

Untuk pengetahuan Ali kalau pengaruh orang itu besar sudah pasti dia tidak akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PAS. Pasti orang itu akan mendapat undi terbanyak dan kekal jawatan itu. Tetapi kenapa dia kalah dan mendapat undi paling rendah dari tiga orang calon? Apakah ini pun tidak dapat difikirkan? Jangan sesekali cuba memaniskan buah jadam yang sudah diketahui pahit., nanti kaki ditindih traler. Jangan...

Mungkin sebab sudah lupus sifir jugalah maka Ali sudah membuat perkiraan untuk lari bertanding di parlimen dalam pilihan raya akan datang. Mungkin dia sudah menyedari pengaruh dan sokongannya sudah menurun sejak ke belakangan ini. Khabarnya dengan penyertaan anak Tun Ghafar Baba, Tamrin ke dalam PAS Umno Melaka dalam keadaan terumbang ambing. Sambutan terhadap ceramah Tamrin ribuan. Mungkin kerana itu Ali merasai yang tongkang politiknya bakal pecah maka itu dia merapu dan cuba meluruskan kegagapannya.

Beliau tidak perlu cabar Nik Aziz dan Abdul Hadi memecat orang itu, tetapi beliau kena minta orang itu keluar dari PAS. Suruh dia keluar PAS bawa bersama anak semua bini, tikar bantal, tuku dan lekalnya sekali. Ajak semuuuaaaaa penyokongya dari seluruh negara bersamanya dan menyertai Umno.

Politik waras akan mengira demikian bukannya seperti apa yang Ali fikirkan. Itu yang patut Ali lakukan dan bukan suruh PAS pecat dia. Nilai dan daya fikir politik Ali juga hanya setakat lutut saja. Apakah dia tidak faham apabila majlis syura menggugurkan kedudukan orang itu sebagai anggota syura ulama itu ia adalah simbolik kepada pemecatan. Kalau orang itu masih ada air muka, dia perlu hantar surat meninggalkan PAS kelmarin juga sebelum Ali mencabar Nik Aziz dan Abdul Hadi. Orang cerdik tidak payah dikeluarkan rotan, cukup berdeham saja dia sudah tahu dan akan melarikan diri.

Sekerdil-kerdil kucing pun kalau kita menjeling dia tahu kita benci ia akan mengelak membawa diri, sanggup tinggalkan tulang dan belulang yang sedang dikekahnya. Janganlah kita hidup ini lebih hina dari kucing kurap. Sia-sia ilmu yang kita panggung atas kepala.

Sedihnya kalau ahli politik Melayu tidak dapat berfikir mengenai perkara-perkara mudah dan 'semesek' begini. Kalau kita ada prinsip, ada maruah diri, tidak payah ahli datang membawa karak dan obor berhimpun didepan rumah kita desak kita letak jawatan baru hendak lakukan sesuatu. Bertindaklah sendiri. Berbau saja kentut orang tidak suka ke kita, kita perlu bertindak sama ada tutup hidng dengan kopiah atau pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan ruang.

Saya pernah menasihat orang itu agar berundur diri melepaskan jawatan ahli parlimen dipegangnya apabila dia pernah 'disumpah' oleh Nik Aziz Aziz agar tidak duduk buat sampah dalam PAS. Nik Aziz pernah minta dia keluar meninggalkan PAS kerana usahanya hendak bergabung dengan Umno dengan mengharapkan akan dapat kerusi menteri. Orang itu sebenarnya tergilakan hendak menjadi menteri kabinet. Terliur sangat apabila asyik mendengar keseronokan jadi menteri dari Zahid Hamidi kerana naik kapal terbang dapat duduk first class.

Ketika ini kalau dia ada air muka, seorang yang kononnya berprinsip dan berwibawa dia perlu meletak jawatan dan keluar dari PAS. Sepatutnya selepas satu masa dia bersalam dan mencium tangan Nik Aziz dia perlu menyerahkan surat perletakan jawatan dengan terhormat tanpa prejudis. Tetapi apakah dia sanggup berbuat demikian, tidak. Mengapa, kerana RM7,000 hingga RM13,000 sebulan elaun sebagai MP siapa nak bagi. Rakyat Bachok baik.

Maka jelas orang itu tidak ada maruah dan air muka sangat kontradik sebagai seorang yang dianggap ilmuan.

Kepada Ali Rustam yang mempercayai bahawa orang itu mempunyai pengaruh besar, mintalah orang itu keluar dari PAS. Dan Ali sementara masih ada kuasa di Melaka tawarkan mana-mana kerusi untuk orang itu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Atas keyakinan yang Ali rasakan itu insyaAllah Umno akan menang besar dengan ada pertolongan orang itu yang bersama Umno. Dan lepas menang di Melaka nanti bagilah porfolio Menteri Agama dan Wakaf kepadanya bersama sebuah jet eksekutif. [wm.kl.5:46 pm 30/01/13]

Berebut Untuk Menjuarai Kes Sugumaran La Pulak!

MIC pulak nak tunjuk prihatin kepada rakyat keturunan India
PM pun tumpanglah sekaki - 'Rakyat diutamakan'
Memang bila dah dekat Pilihanraya ni semua pihak cuba menjadi wira
Sebelun ni mana ada mana-mana pihak dari kerajaan yang bersuara
He...hee... biasalah kan?
PM Minta Laporan Forensik Kematian Sugumaran Dihantar Ke Kabinet
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta laporan forensik kematian seorang pengawal keselamatan C.Sugumaran supaya dihantar ke Kabinet.
Beliau mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk berbuat demikian selepas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel membangkitkan isu itu di Kabinet.
Pengarah Strategik MIC, S. Vell Paari berkata, post-mortem kedua akan dilakukan ke atas pengawal keselamatan yang meninggal dunia selepas didakwa dipukul polis dan orang awam selepas mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada Rabu lalu.
Post-mortem pertama menunjukkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung.
Vell Paari berkata Pemuda MIC akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membantu keluarga tersebut untuk melantik ahli patologi bebas yang akan melakukan post-mortem kedua.
"Kami mahu berunding dengan mereka kerana tidak mahu mereka menuduh kami menyembunyikan apa saja," katanya pada Rabu.
Di Putrajaya, satu delegasi yang diketuai Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramaniam menyerahkam memorandum kepada Menteri Dalam Negeri meminta satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Sugumaran.

Dia Ni Boleh Caye Ker?

Nanti dah kena ugut dan kena sogok akan terus diam
Kalau diam tu kira ok gak, tapi kalau diputar-belitkan cerita, macam mana?
Mahfuz masih berusaha temui Deepak
Zulaikha Zulkifli
  • 8:07PM Jan 30 2013
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan bertemu dengan Deepak Jaikishan pada 6 Februari bagi membincangkan mengenai hasrat ahli perniagaan itu untuk mendapatkan jaminan imuniti daripada tindakan undang-undang berhubung pendedahannya.

Mahfuz bagaimanapun berkata, pertemuan yang akan dibuat di ibu pejabat PAS itu masih lagi belum dimaklumkan  kepada Deepak.

"Sebelum ini saya nyatakan kesediaan untuk bertemu Deepak dan memohon sesuatu daripada Pakatan Rakyat berkaitan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan maklumat yang beliau ada. 

"Saya bersedia untuk mendengar terlebih dahulu sebelum memberi komitmen. Adalah wajar bertemu Deepak dulu. Saya bersedia nak dengar. Imuniti itu satu benda yang besar.

"Jadi nak tau apa maklumat dia ada sampai boleh beri imuniti pada beliau," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. 

MP Pokok Sena itu berkata, pertemuan itu akan turut ditemani peguam yang akan menasihatkan tindakan lanjut.

"Pertemuan itu disini pada jam 11 pagi. Saya akan minta pegawai saya untuk hubungi Deepak selepas ini untuk maklum pada beliau. Saya harap beliau datang dengan persiapan rapi untuk jaminan imuniti pada beliau. 

"Saya tak janjikan tapi akan bawa bersama rakan-rakan penasihat undang-undang untuk bersama menilai dan kemudian akan berbincang sejauh mana tindakan lanjut yang boleh diberikan. 

"Yang penting sebagai rakyat msia Deepak perlu tampil untuk membongkar, mendedahkan semua maklumat yang ada dan dedah semua perlakuan jenayah yang dilakukan sesiapa, sekalipun pemimpin negara Malaysia. Kesediannya sangat dialu-alukan untuk masa depan negara," kata Mahfuz lagi.

Usaha untuk menemui Deepak itu diumumkan Mahfuz sejak 18 Januari lalu namun masih belum berhasil sehingga kini.

Betullah Tuu... Tapi Janganlah Ambil Kesempatan

Setakat mana bersihnya daftar kita?
Memang tidak ada yang boleh diperakui bersih seratus peratus
Janganlah pula mengambil kesempatan pada kelemahan kita sebagai manusia

Takkan tak perasan pemilih yang didaftarkan dengan alamat karut marut?
Atau sehingga 20 orang pada satu alamat?
Bila ditanya atau dipertikaikan,
Mulalah menjawab dengan angkuh dan berbelit-belit

SPR: Tiada Negara Dalam Dunia Boleh Jamin Daftar Pengundi Bersih 100%
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa supaya peristiwa yang berlaku di Sabah sehingga mengakibatkan tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak dikaitkan dengan integriti SPR hari ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jaminan kepada daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan dipastikan dibuat secara telus dan lebih ‘bersih’.
“Apa yang berlaku pada 1990 jangan dibandingkan dengan sekarang, itu (RCI) pun sedang berjalan dan kita tak tahu keputusannya. Yakinlah daftar pemilih Malaysia ini adalah bersih, kalau tak bersih, kamu boleh periksa sendiri dan beritahu SPR,” kata Abdul Aziz.
Belia berkata, pihak SPR sedaya upaya akan menjadikan daftar pengundi dikemaskini setiap hari, namun tidak menolak kemungkinan ia tidak mampu dibersihkan seratus peratus kerana perkara itu adalah mustahil.
“Dalam dunia ini, walaupun di negara maju mana sekalipun, tiada daftar pengundi 100% bersih. Kamu beritahu saya. Biar saya tanya dia macam mana dia buat (daftar pengundi bersih).
“Kalau hari ini kita dah bersihkan, minggu depan ada 10 orang meninggal, ia akan dikiradirty, lucut kewarganegaraan juga dirty, dari semasa ke semasa, setiap hari kita bersihkan daftar pemilih mengikut undang-undang untuk pastikan ia bersih,” tambah beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Portal PRU 13 Online, Gerbang Informasi Pilihan Raya di Putrajaya pada Rabu.
Sehubungan itu, bagi menjadikan daftar pengundi lebih bersih dan telus, SPR turut menggesa semua pemilih atau pengundi bekerjasama dengan SPR mengemaskini maklumat masing-masing.
“Kalau tak bersih, sama–sama kita kena bersihkan, yang alamat salah, kena tukar alamat di JPN dan beritahu SPR. Masih sah dan bukan pengundi hantu kalau tinggal di tempat lain, alamat di tempat lain. Setakat ini daftar pemilih Malaysia adalah bersih. Boleh periksa sistem kita, sistem kita rigid,” katanya lagi.
Setakat ini 13.3 juta pengundi telah didaftarkan sebagai pengundi bagi PRU-13, tambahan kepada 2.6 juta berbanding Pilihan Raya Umum ke-12.
Walaubagaimanapun tambahnya, peningkatan jumlah tersebut tidak perlu dipertikaikan memandangkan PRU-12 sebelum ini adalah pada tahun 2008.
“Ini satu benda yang positif, ramai dah sedar dan mendaftarkan diri untuk mengundi. Dulu 2008 sekarang 2013. Nilai matawang pun dah berbeza. Selain itu ada beberapa faktor lain seperti bilangan pengundi, kategori pengundi yang berbeza. Pengundi biasa dan pengundi awal juga meningkat. Malah petugas-petugas SPR pun meningkat kepada 240 ribu orang,” kata Abdul Aziz.

Rasanya Ini Kita Patut Tahu......

Bawa balik dari rumah C++
JAN 30, 2013
Terbocornya Maklumat Ketenteraan Negara
Bhai... Kecoh dalam akhbar hari nih pasai Angkatan Tentera Malaysia sedang dalam proses untuk mendapatkan 4 transponder satelit bagi kemudahan komunikasi ATM... Dari satu segi ... Gua memang stuju ATM memanfaatkan kemudahan satelit untuk tujuan komunikasi...

Yer la... Dulu pon kiter guna gak kemudahan satelit untuk komunikasi bagi ATM nih... Kiter ader guna kemudahan dari Inmarsat.. Cumanyer... Satu jer yang masih kiter bertelagah sejak dari dulu... Iaitu masalah berkaitan enkripsi (encryption). Gua pernah bagi presentation berkaitan enkripsi nih kat Mindef dulu.. Siap buat demo lagi camana nak bypass enkripsi... Dan tunjukkan aper yang enkripsi terbaik boleh buat...

Kiter menggunakan peralatan enkripsi yang dibuat oleh negara Eropah... Tapi sistem tue agak terbuka... Dan seperti mana lu orang sumer tau... Sistem Echelon milik US boleh pantau semua itu walaupun dienkripsi sebaik mungkin... Sistem Echelon nih jugak Israel ader akses.... Dan Singapura sebagai sekutu US yang kuat mesti senang ada akses...

So ... Soalan sebenar yang gua nak bangkitkan nih aderlah... Usaha ATM nak memanfaatkan transponder satelit tue pada gua akan membahayakan lagi keselamatan negara... Sebabnya... Transponder itu disewa dari operator satelit swasta... Biasa satelit komunikasi macam MEASAT 3 ader beberapa unit transponder ... 16 unit atau 32 unit... Satu transponder berfungsi untuk satu tugasan sahaja... Kalu uplink... Uplink la dier... Dier tak asynchronous...

Biler ATM sewa transponder tue... Hehehe... Peluang untuk musuh curi dengar (eavesdropping) adalah tinggi... Tambah lagi kalu kita sewa transponder dari syarikat asing.. Kenapa ATM tak manfaatkan sahaja kepakaran satelit tempatan yang boleh membangunkan satu satelit komunikasi murah berasaskan teknology Low Earth Orbit (LEO) yang mampu dibina, dilancarkan dan dikendalikan sendiri pada harga kurang dari RM50 juta... Dimana ianya juga boleh beroperasi selama 15 tahun....

Berbanding dengan menumpang sewa transponder komunikasi pada satelit swasta yang beroperasi pada kedudukan Geosynchronous Earth Orbit (GEO) yang memang la murah sedikit kosnya tetapi keselamatan maklumat tidak dapat dijamin. Macam MEASAT 3... Kalu lu ader duit lu boleh sewa transponder dari diorang pada kadar yang rendah... Tapi lu boleh percaya ka keselamatannya... Kalu ader orang boleh bayar untuk pintas maklumat keselamatan ATM nih amacam???

Gua sungguh tak paham... Dari segi keselamatan... Tindakan ATM nih seumpama menyerahkan keselamatan negara kepada entiti swasta... Bahaya wei.... Biasanyer angkatan tentera negara lain sanggup ader sendiri satelit... Dan takkan menyewa transponder... Sebab risiko keselamatan...

Oh yer... Harga kemudahan satelit yang gua bagitau tue aderlah harga biasa dalam pasaran... Tapi ATM yang terkenal dengan pembelian pada harga berkali ganda mesti akan bagitau kos untuk sewa transponder tue selama 15 tahun menjadi sekurang-kurangnya RM5 billion.... Hahahaha... Lawak siot... Walhal harga sebenarnya murah jer.... Hahahaha

Pelesit Atau Hanturaya?

Dalam keadaan kecoh isu gadai negara demi undi pun masih dibuat juga?
Kenapa ke keningau?
Adakah Pejabat Odit hanya ada di situ?
Tolonglah buat secara terang supaya tidak timbul persoalan
Kerja pun senang, otak tak tertekan
Walau pun ikut arahan, janganlah menempah malang!
Janganlah jadi Pelesit, rakyat bimbang....
PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut
Zulaikha Zulkifli
  • 2:24PM Jan 30 2013
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

NONEBeliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Beliau mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.

Mahfuz yang membacakan kandungan surat berkenaan berkata, kad pengenalan dan Mykid tersebut diarahkan untuk dihantar ke situ kerana juruaudit terbabit didakwa berada di lokasi tersebut untuk mengemaskini status dokumen berkenaan.

Dalam sidang medianya hari ini, Mahfuz juga mendakwa surat berkenaan juga menyebut bahawa dokumen berkenaan seterusnya akan dihantar ke JPN Putrajaya.

"Saya nak tahu sejauh mana dan berapa jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut ini. Kerajaan perlu umumkan kerana mereka sudah pun kumpul (kad pengenalan dan Mykid).

"Saya juga nak minta penjelasan bila dan di mana ia dilupuskan," kata MP Pokok Sena itu lagi.

Eewaah... Berutungnya Dia, Belum Lagi Janda Dah Ramai Nak Meminang!

Itulah tuah malang badan Nasha
Belum lagi bercerai
Dah ramai memasang badan
Macam memujuk supaya lari dari rumah.... he..hee...

Masa depan Nasha jadi spekulasi
1:46PM Jan 30 2013
Spekulasi mengenai masa depan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, yang digugurkan dari majlis syura ulama parti itu, terus menjadi tumpuan laporan media hari ini.

Antaranya akhbar Sinar Harian yang memetik kenyataan mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak akan menghalang sekiranya Nasharudin memilih untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasal. Saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini (pula) kerana parti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu.

Akhbar berkenaan turut memetik kenyataan pengerusi ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahaya yangh mengalu-alukan sekiranya Nasharudin menyertai Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (ILMU) yang diketuainya.

"Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai ILMU, meskipun masih lagi menjadi ahli PAS. ILMU merupakan NGO yang pro-Umno dan bukan sepenuhnya dengan Umno," katanya kepada akhbar itu.

Satu lagi tulisan di akhbar itu menimbulkan teka-teki mengenai kawasan yang akan ditandingi Nasharudin selepas ini, memandangkan MP Bachok itu tidak lagi tersenarai sebagai calon PAS.

Rencana yang disiarkan di halaman kedua itu mempersoalkan sama ada Nasharudin akan bertanding di Negeri Sembilan.

"Jika ya, di manakah kerusi yang akan diperuntukkan kepadanya oleh Umno? Adakah di kampung kelahirannya di Rembau yang sekarang diwakili Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin? Ataupun beliau akan bertanding di kerusi DUN Rantau yang kini disandang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan?

"Melihat pada keakraban Nasha dan gunanya bagi hubungan diplomatik dengan pemimpin dan juga ulama Timur Tengah, tidak berbaloi rasanya jika beliau dipencilkan hanya di peringkat negeri" rencana itu dipetik. - mk

Video: Lubang Jerlus Yang Menelan Beberapa Bangunan Di China

Bidikan AK47

Saya berada di Seremban pada 28 Januari lalu. Berjumpa dengan seorang kawan. Pada pagar yang menyempadani padang berdepan dengan sekolah KGV Seremban, ada kain pemindang. Ia menghebahkan perihal tokoh komentari politik- Tunku Abdul Aziz akan berucap diatas tajuk politik semasa. 

Oleh kerana saya sedang memandu, saya tidak pasti sama ada lain2 penceramah menyertai Tunku Aziz. Saya rasa ianya sessi bersama Tunku Aziz sahaja kerana hanya kelihatan wajah Tunku itu pada kain pemidang tersebut.

Tunku Aziz ialah bekas naib presiden DAP. DAP memandang tinggi Tunku Aziz. Sejak meninggalkan DAP, Tunku Aziz bertugas sebagai algojo bagi pihak UMNO. Kerjanya 24 jam menghentam DAP. DAP tidak pernah mencercanya semenjak berpisah. Hanya ahli DAP yang tak seberapa seperti saya sahaja yang rasa perlu menyanggah tindakan Tunku Aziz.

Saya bertanya kawan saya, apakah acara, apakah majlis dan apakah gerangan  nya yang memerlukan kehadhiran Tunku Aziz di Seremban untuk mengadakan sesi penceritaan kepada penduduk Negeri Sembilan? Adakah garuda hendak menyerang Negeri Sembilan. 

Adakah musuh datang menyerang? Todak melanda di pantai Port Dickson? Adakah Negeri Sembilan diancam musuh dan kelak menjadi padang jarak padang terkukur?  Kerana itukah maka, bersegera setengah rakyat negeri Sembilan mendapatkan bantuan dari Tunku Aziz yang bijaksana lagi terbilang?

Tidaklah sampai demikian, jelas kawan saya. Kawan saya memberitahu bahawa Tunku Aziz telah datang ke Pokan Soghomban untuk memberitahu pendengar ceramahnya, bahawa DAP telah berjumpa dengan anak Tuanku Negeri Sembilan melamarnya menyertai perjuangan DAP.  

Cis bedebah sungguh DAP ini! Apa gerangan DAP ini? Geruda? Naga? Tentera Siam? Mojopahit? Musuh dari benua Keling? Beritahu hamba, supaya dengan keris lok sepuluh naga sri cini akan hamba amukkan!

Anak Tuanku yang dimaksudkan ialah Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Muhriz. Semua orang tahu (sekurang kurang nya mereka yang membaca) Tunku Zain seorang anak raja yang mempunyai fikiran progresif- tidak semestinya menyokong politik parti pembangkang. 

Dia mengetuai suatu NGO yang bernama IDEAS yang diperlakukan sebagai forum menyibar pemikiran2 yang baik dan perdebatan yang sihat mengenai pelbagai isiu social dan politik. Ini ada raja yang cerdik.

Nyatalah dari segi pemikiran, ini bukan seorang anak raja yang pengecut dan apatah lagi menerima kenyataan bahawa berdebat bukan budaya Melayu. Tunku Zain adalah seorang anak Raja yang berkelulusan dari London School of Economics(LSE) dan pernah berkhidmat di Palace of Westminster atau Parlimen British.

Kepada mereka yang berminat dan faham- Palace of Westminster dahulu nya istana Raja2 England yang dijadikan bangunan2 parlimen. Bukan sahaja raja bahkan rumah raja pun mengiktiraf reality politik.

Tapi Tunku Aziz nampaknya hairan mengapa anak raja mahu berpolitik? Dengan DAP pula. Tunku Aziz tidak suka DAP, tapi ramai juga yang menyokong DAP.

Tidak menjadi kesalahan lansung jika anak Raja Melayu mahu menyertai politik. Mustahil perkara begini menjadi suatu kepelikan kepada Tunku Aziz dan pihak2 yang menaungi Tunku Aziz. Jadi, mengapa kencenderungan Tunku Zain dipersoalkan? 

Kerana dia tidak memilih UMNO? 3.7 juta Melayu menolak UMNO pada tahun 2008. Hanya 2 juta Melayu yang menyokong calun UMNO. Jika Tunku Zain menyokong bukan UMNO bererti dia berada pada pihak yang majority.

Ertinya, Tunku Zain bukanlah seorang yang tidak mempunyai ilmu lansung mengenai politik. Sesiapa yang pernah berjumpa dengan Tunku Zain akan mengkagumi kepetahan dia bercakap mengenai pelbagai isiu. Mereka juga akan menghargai keintelektualan anak Raja ini dan ketajaman fikiran nya. Ini seorang anak raja yang boleh berjalan sambil mengunyah chewing gum.

Jadi apa isiu yang menggegarkan dunia? Tidak ada undang2 yang kata, DAP tidak boleh berjumpa dengan anak raja. Raja Melayu itu bangsanya Melayu- rakyatnya semua bangsa. Cina, India dan Melayu masih rakyat setia kepada raja Melayu.tidak menjadi kesalahan DAP berjumpa dengan Tunku Zain dan melamarnya menyertai perjuangan DAP.

Perjumpaan itu bukan suatu isu. Fakta bahawa lamaran itu tidak membawa hasil pun bukan isu nya. 

Sesiapa bebas menterjemah penolakan lamaran DAP tersebut. Bahkan puak2 UMNO dan Tunku Aziz sendiri bebas untuk merumuskan, anak raja tidak suka kepada politik DAP. 

Tapi tidak ada siapa pun yang boleh menyalahkan perjumpaan tersebut. DAP dan Tunku Zain bebas untuk berjumpa satu sama lain. Lagi pun mustahil Tunku Zain berjumpa dengan pemimpin DAP untuk melakukan sesuatu yang membeloti negara atau sesuatu yang treasonable seperti memberi dan menjual kad pengenalan. Bukan begitu?

Ketika dalam DAP, Tunku Aziz telah ditanya sama ada dia kenal dengan Tunku Zain. Tunku Aziz jawab dia rapat dengan keluarga Raja Negeri Sembilan. Maka dia bersetuju untuk membolehkan perjumpaan antara Tunku Zain dan pemimpin DAP.

Tunku Aziz seorang yang pandai dan tentulah mengetahui tujuan perjumpaan tersebut. Dalam kamus peguam- dia tentu ada actual knowledge yakni dia diberitahu secara lansung mengenai tujuan perjumpaan tersebut. Atau dia mempunyai imputed knowledge yakni dia dapat mengagak tujuan perjumpaan tersebut. 

Dia pun mencadangkan perjumpaan pertama diadakan di rumahnya sendiri pada suatu jamuan makan. Tapi berubah venue, dan pertemuan pertama diadakan di sebuah kelab di Kula Lumpur.

Ertinya, Tunku Aziz sendiri sudah pasti melihat tujuan pertemuan demikian sebagai suatu projek yang feasible dan menguntungkan DAP jika berjaya. Kalau tidak masakan Tunku Aziz mahu mengatur pertemuan tersebut?

Tapi dalam ceramah politiknya, Tunku Aziz memilih untuk mendedahkan isi kandungan perjumpaan tersebut. Tentulah ini tidak manis. Ia menunjukkan sikap berdendam Tunku Aziz terhadap DAP. Atau pun, ia memperlihatkan sikap kesemulajdian orang yang bernama Tunku Aziz- seorang yang tidak boleh dipercayai langsung.

Kenapa pertemuan tersebut dan lamaran DAP menjadi isu besar? Ceramah dan cakap Tunku Aziz mencadangkan bahawa hanya suatu kumpulan yang khusus sahaja yang boleh berjumpa dengan mana2 warga istana?

DAP yang selama ini digambarkan sebagai anti Melayu dan anti Raja Melayu patut mendapat pujian.kesediaan DAP bertemu anak raja menandakan bahawa DAP menerima reality sejarah, social dan budaya negeri ini, khususnya yang melibatkan orang Melayu. 

DAP mengiktiraf peranan dan kedudukan Raja2 Melayu dan merasakan perlu nya, Raja2 Melayu difaktorkan dalam politik nya. Kerana itulah maka DAP bertemu dengan Tunku Zain untuk berbincang dan menceritakan scenario politik negara. Saya rasa ini langkah yang amat stratejik. 

Kalaulah Tunku Zain menyertai perjuangan DAP- ia sudah tentu menjadi game changer. Puak UMNO tidak lagi boleh menuduh DAP anti Melayu, anti Islam dan anti Raja2 Melayu.

Tidak ada siapa pula yang patut sangsi dengan kesediaan Tunku Zain bertemu dengan pemimpin DAP. Dia juga sedia dan telah berjumpa dengan pemimpin parti2 lain. 

Mengapa kita merasakan bahawa berjumpa dengan DAP suatu kesalahan, tapi berjumpa dengan UMNO misalnya suatu yang wajar? 

UMNO bukan pemilik keatas diri Tunku Zain.

Saya melihat Tunku Zain telah memberi jawapan ringkas mengenai apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz. Dia merasa hairan mengapa kemungkinan dia memasuki gelanggang politik dipertikaikan sedangkan ramai anggota keluarga istana telah pun menyertai politik dan meninggalkan pengaruh besar keatas politik tanah air?

Mungkinkah ada yang merasa cemas kerana kemungkinan Tunku Zain memilih wadah politik yang tidak konventional?

Tetapi saya rasa pukulan yang paling berbisa ialah sindiran Tunku Zain kepada Tunku Aziz kerana mendedahkan butiran perbincangan yang private dan peribadi. Mustahil itu perlakuan seorang yang mempunyai akhlak dan lakuperangai yang tinggi. Lama kelamaan, keperibadian Tunku Aziz makin terserlah.