Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 31, 2017

Tunggang (langgang) agama

Abdullahjones     hari ini, 11:08 tengahari
ULASAN | Jika kamu memang jenis tidak boleh membaca tulisan tentang agama tanpa menyangka yang penulis itu perasan alim, macam tahu semua, seperti dia saja yang bagus dan jenis holier than thou maka kamu boleh berhenti membaca sekarang. Kerana penulis ini memang semua jenis yang di atas.

Ini bagi mengelak kamu daripada berdosa. Seperti yang dikatakan di atas tadi, saya tahu bila kamu berdosa atau tidak.

Semasa mula-mula menulis dulu, saya meletakan dua syarat dan satu daripadanya ialah bahawa saya tidak akan menulis mengenai orang yang mahu beragama.

Sesiapa saja yang berusaha untuk beragama adalah baik pada pandangan saya, maka adalah tidak wajar bagi saya untuk mencari kesalahan selama mana mereka sedang dalam usaha untuk menuju tuhan.

Kemudian muncul segala macam rancangan TV yang mengaku berusaha meningkatkan iman penonton sambil memajukan syiar islam ikut kepala otak penerbit dan penaja rancangan agama.

Maka saya pun tak boleh tahan. Saya pun ingkar syarat yang telah saya tetapkan.

Ustaz, ustazah swafoto

Rancangan agama yang baik di TV berakhir pada tahun-tahun 1980-an. Sesudah itu wang adalah segalanya, termasuk dalam rencana memartabatkan agama.

Kita fikir agama itu perlukan kita untuk maju, walhal kitalah yang memerlukan agama.

Hari ini muncul ustaz dan ustazah selfie - satu kumpulan manusia yang menyangka mereka sedang berbakti kepada masyarakat dengan pendekatan agama melalui jalan popular.

Selang dua minit mengemas kini akaun media sosial dengan foto atau berita mengenai usaha agama mereka. Yang lelaki dengan gaya sadonya, manakala yang perempuan dengan gaya patah tengkoknya. Kononnya manja demi agama.

Diadakan pertanding mencari pendakwah dengan hadiah wang dan jaminan populariti. Dan dalam benak mereka yang benak, meraka berasakan bahawa letihlah para malaikat menulis kebaikan laksana hujan yang mereka kerjakan demi kelangsungan agama.

Suatu masa dulu, saya amat tidak setuju apabila kumpulan al-Aqram sering mengembat-gemburkan berita satu-satu penyanyi atau pelakon menyertai kumpulan mereka.

Berlumba kejar populariti

Namun apabila diberitahu bahawa kadang-kadang dengan datangnya kumpulan penghibur ini kepada agama sedikit sebanyak ia memberi perangsang kepada orang banyak berubah kepada lebih baik, maka saya sedikit malu dengan keangkuhan sendiri.

Tambahan pula kata mereka yang menasihati saya, dengan masuknya Saidina Umar - selebriti pada zamannya - maka agama dan orang yang beragama waktu itu mendapat sedikit jolokan semangat. Maka saya pun akur bahawa orang terkenal yang pulang kepada fitrah adalah suatu kebaikan.

Selebriti yang kembali kepada agama dan diam di dalamnya dengan menekuni ajaran semestinya diberi hormat.
Berlainan pula pada waktu ini. Orang agama yang taat pula berlumba-lumba mengejar populariti.

Yang lebih malang adalah mereka yang dulunya dihormati kerana ilmunya turut terjebak. Menjadi pengadil rancangan lumba jadi dai misalnya.

Maka duduklah mereka di hadapan ribuan penonton jadi juri kepada budak-budak yang tahu agama. Yang bernyanyi, bersajak, bergurindam memikat penonton dengan harapan untuk menang. Lelaki dan perempuan semua serupa.

Tutur katanya berbau kebaikan, gaya mereka pula menempah marah Tuhan Maha Esa.

Lirik lagu sudah kena khatan

Tidak ada malukah lagi para agamawan ini kepada ilmu mereka? Belajar agama ke tahap paling tinggi hanya untuk menjadi dungu yang diperkuda oleh TV?

Kemudian daripada itu muncul pula selebriti yang kembali ke pangkal jalan memberi kuliah di masjid-masjid dengan mengulang-ulang kisah jahat mereka sebelum bertaubat.

Segala dosa lalu yang diperbuat dan diulang cerita berkali-kali akan merosakkan diri sendiri. Ianya akan menjadi bongkak yang semakin hari akan membarah.

Yang dulunya penyanyi akan tanpa malu kepada Tuhan mula bernyanyi di masjid-masjid dengan lirik lagu popular mereka yang dikhatankan supaya jadi lebih bersih - kononnya.
Semua orang adalah pendosa dan yang paling baik antara manusia ialah insan yang 'kembali', tidak mengulangi serta tidak saban hari menceritakan betapa dulu saya begini saya begitu.

Apabila diminta atau menawarkan diri untuk memberi kuliah, sayugianya mereka menceritakan kebesaran Tuhan dan memberi berita gembira perihal akhirat yang tiada hujung. Bukan menceritakan kejahatan masa lampau sambil membesarkan diri.

Lepas pilihan raya dilupakan

Menjelang pilihan raya nanti, akan berbondong-bondonglah penyanyi dan pelakon terjun ke dalam politik dan yang cenderung dalam beragama tentu akan menaiki kuda agama.

Partai yang berteraskan agama pula tanpa ada malu akan menobatkan mereka sebagai pejuang agama sejati demi satu undi. Mereka diarak ke merata negeri memberi ceramah, dan selalunya pelakon dan penyanyi yang giat dalam politik ini adalah mereka yang sudah tidak mempunyai banyak tempat dalam arena perdana populariti.

Yang agama masuk partai agama, yang menangguk di air keruh akan berenang dalam kancah sekular. Hanyasanya kerana takut lapar.

Setelah selesai pilihan raya, maka mereka pun dilupakan. baik daripada kumpulan politik agama atau pun yang tidak. Terkontang-kantinglah mereka kelaparan.

Dan biasanya yang beragama akan mencuri peluang untuk dijemput memberi kuliah di masjid-masjid. Berulang kembalilah kita mendengar betapa mereka ini dulunya jahat begitu dan begini.

Agama tidak memerlukan kumpulan motor besar untuk maju. Juga tidak perlukan gitar solo untuk menarik ramai orang ke masjid.

Setelah menemui jalan hidayah, berusahalah menjadi muslim yang baik tanpa ada lagi pergantungan kepada makhluk. berusaha dan serahkan diri kamu bulat-bulat kepada Tuhan.

Jangan takut lapar kerana segala jenis rezeki yang memang hak kamu pasti tidak akan sampai ke mulut orang lain. Itu janji tuhan.

* ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan penyair yang sederhana. Juga seorang jurugambar amatur serta seorang ninja dalam latihan.

Tuesday, August 29, 2017

Penyakit berjngkit dah menular dalam PKR juga?

Mesyuarat Biro Politik PKR, 'pertempuran' dijangka meletus
Lu Wei Hoong     28 Ogs 2017, 11:56 malam
Biro politik PKR akan mengadakan mesyuarat mingguannya di ibu pejabat parti itu. Bagaimanapun mesyuarat jam 3 petang itu dijangka panas dengan perbincangan sama ada mahu meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.

Mesyuarat tersebut disahkan oleh kumpulan pro-PAS dan anti-PAS kepada Malaysiakini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat majlis presiden gabungan itu malam ini, memberitahu akan mendapatkan penjelasan tentang hal ini.

Bagaimanapun, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka tidak akan melakukan lebih daripada memberikan kata-kata nasihat untuk perkara berkaitan urusan dalaman PKR.

Pertempuran sebenar akan terjadi esok hari apabila pihak yang setuju rundingan dengan PAS dijangka akan menyerang naib presiden PKR Rafizi Ramli.

Kumpulan ini memang telah retak hubungannya dengan Rafizi, malah marah dengan MP Pandan itu kerana menyukarkan keadaan dengan menuntut diadakan kongres khas untuk mengundi sama ada PKR perlu terus berunding dengan PAS.

Esei Rafizi lawan FB Latheefa

Setelah Rafizi mengeluarkan esei beliau sepanjang 2000 patah perkataan yang menentang rundingan berterusan dengan PAS, ahli majlis tertinggi PKR Latheefa Koya melemparkan kemarahan beliau terhadapnya.

Rafizi telah menamakan mereka yang bersetuju dengan rundingan PAS dan mengambil pendekatan pragmatik.

“Sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media. Ini namanya tindakan bacul," kata beliau dalam posting Facebook merujuk kepada Rafizi.

Beliau juga membayangkan Rafizi sebagai agen Umno.

Rafizi sememangnya sudah agak lama tidak hadir mesyuarat biro politik PKR disebabkan tidak bersetuju dengan sesetengah pemimpin termasuklah Latheefa.

Tidak jelas jika Rafizi akan memutuskan untuk muncul dalam mesyuarat besok.

Rafizi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas beliau semasa penulisan berita ini dibuat.

Tuntuan mendisiplinkan Rafizi

Bagaimanapun, dengan atau tanpa kehadiran Rafizi, kumpulan pro rundingan berhasrat untuk menuntut pertanggungjawabannya.

"Saya tidak setuju dengan apa yang dilakukan Rafizi untuk pengetahuan umum dan ia seharusnya dibataskan sebagai urusan dalaman parti.

"Walaupun beliau seorang naib presiden, beliau lemah dalam hal disiplin. Beliau tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.

"Dia fikir dia hero dan mahu menjadi hero," kata sumber yang bersetuju berunding dengan PAS dan akan hadir dalam mesyuarat besok.

Sumber berkata mesyuarat juga akan membincangkan tuntutan akar umbi parti untuk mengadakan kongres khas.

Namun, satu lagi sumber berasingan, yang mahu rundingan dengan PAS ditamatkan dan akan hadir ke mesyuarat besok berkata kumpulan anti rundingan bersedia untuk membentangkan pendapat mereka.

Minggu lalu, anggota parlimen Selayang William Leong meletakkan jawatan daripada biro politik PKR sebagai bantahan manakala akar umbi PKR Kelantan enggan menuruti pemimpin mereka yang dilihat sangat rapat dengan PAS.

* Agak-agak dalam PRU nanti rakyat akan percaya lagikah kepada sebuah parti yang macam ni?

Hahaa......PAS dah berjaya menjadi agen UMNO purandakan antara parti-parti dalam PH. Ingatkan para pemimpin dalam PH ni jenis cerdik semuanya tapi rupa-rupanya ramai lagi yang bangang!

Nampaknya panjang lagilah umur UMNO/BN. Itulah sebabnya Najib kata PRU boleh diadakan pada bila-bila masa saja

Mayat dah jadi abu dan dah disemadikan, gila apa bimbangkan mayat kena curi?

Kubur Michael Jackson kosong, ibu bimbang mayat dicuri
Astro Gempak |  Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 14:28 MYT
Kubur legenda raja pop dunia Michael Jackson yang terletak tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong

KUBUR legenda raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.

Memetik laporan Aceshowbiz, pihak keluarga Michael Jackson memang sengaja merahsiakan makam pelantun hit "Beat It" itu.

Ibunya, Katherine, mendedahkan mayat Michael Jackson tidak ada di dalam peti mayat saat dikebumikan pada tahun 2009.

Menurut sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka mayat Michael Jackson dikebumikan di Forest Lawn.

"Semua orang sangka Michael Jackson dikebumi di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak."

Keluarga merahsiakannya atas alasan keselamatan dan untuk mengabulkan permintaan Michael.

"Tapi Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya," katanya.

Menurut sumber yang sama, Katherine bimbang mayat Michael dicuri.

"Keluarga bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri mayat Michael," katanya lagi.

Abu Michael Jackson dipercayai ditanam di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai berita ini.

Michael Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas dijumpai tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Sumber: Aceshowbiz

Padah amal politik munafik!

Monday, August 28, 2017
PKR celaru kerana amal politik munafik
Anwar perlu bendung politik munafik dalam PKR

Rakyat yang benci dan muak dengan kerenah Najib Razak dan kesal dengan kezaliman polisi dan dasar pemerintahannya yang menyeksakan rakyat, lalu nekad mahu melihat kerajaan kleptokrasi ini tumbang tentu kecewa apabila membaca catatan dan ulasan mengenai perkembangan parti PKR nan kini sedang dilanda krisis.

Kenyataan terbaharu Rafizi Ramli yang mendedahkan senario dalam parti cap Mata itu sungguh membimbangkan. Ia bukan sahaja mengelisahkan ahli dan penyokong parti itu sahaja, tetapi terbias kepada parti Pakatan Harapan, kerana PKR masih lagi sebahagian Pakatan Harapan. 
Perkembangan masam dalam PKR itu menjadikan semangat rakyat yang meluap-luap yang bergerak untuk menjatuhkan kerajaan UBN sedikit terganjat dan boleh membantutkan langkah menumpulkan nafsu.

Beberapa fakta menggerunkan didedahkan kemudian diikuti dengan cadangan penyelesaian dibuat Rafizi menimbulkan pro kontra di kalangan ahli dan penyokong. Kedua-dua pihak dalam PKR sedang mengasah parang dan akan melakukan perang perdana menjelang Piraum. Sedih.

Bila kita membaca dan menganalisa apa yang berlaku itu jelas ia adalah pertembungan dari segi mengurus parti dan mencari strategi untuk menang. Pandangan berbeza itulah menjadikan PKR tidak sepadu sehingga jadi retak yang bakal menunggu belah.

Mungkin cadangan-cadangan sebagai solusi kepada problem itu baik dan boleh diterima. Cadangan Rafizi agar diadakan kongres khas supaya masalah dihadapi ditentukan ahli juga bagus. Begitu juga yang beranggapan ia perlu diselesaikan tanpa diheret ke dalam kongres dan diselesaikan secara anak beranak, juga baik. 

Sepatutnya apa-apa isu diselesaikan dalam bilik secara anak beranak, tetapi kalau ia sudah mendepani jalan buntu yang berlekok-lekok konsesus dalam kongres tidak dapat dielakkan.

Semua saranan itu ke arah kedamaian dan kebaikan bagi mengelakkan berlaku perpecahan yang boleh dieksploitasikan oleh musuh. Sesungguhnya PKR tidak mempunyai tenaga dan kudrat untuk berpecah buah kali kedua. Perpecahan pertama kali disebabkan pertembungan fahaman dan aliran pemikiran dalam parti itu sepatutnya diambil iktibar dan pengajaran. Barang kali para pemimpin PKR melupai akan sejarah keretakan besar yang menimpa parti berkenaan.

Ada juga yang berpendapat tindakan Rafizi mendedahkan pekung dalam PKR itu bagus, atas keyakinan Rafizi dilihat sosok berintegriti. Dianggap apa dibuat Rafizi itu baik kerana berterus terang. Sebaliknya tidak semua menerima perkara itu sebagai baik. Atas maslahat politik ia perlu difikir dua kali. Memang berterus terang adalah sebaik-baiknya tetapi mungkin bukan dalam ehwal siasah.

Kalaupun diadakan kongres dan keputusan dibuat, sejauh mana "kepala ketumbukan" di kedua pihak dalam PKR itu sedia akur dengan keputusan kongres. Belum tentu kongres menamatkan masalah dan menemukan konsensus terbaik. 

Sebelum ini pun keadaan dalam PKR bercelaru. Keputusan-keputusan yang dicapai dan dibuat oleh Biro Politiknya, badan ekesekutif tertinggi dilanggar begitu sahaja, macam motorsikal mat rempit langgar tikus basah dijalanan. 

Saya tidak fikir kongres itu dapat menyelesaikan masalah dalam PKR, walaupun ia adalah mekanisme terbaik dan berpelembagaan. Yang penting semua pihak kena meletakan kepentingan parti di hadapan dan tidak menjadikan kuasa dan kewangan sebagai matlamat. Apabila kewangan dijadikan kuasa untuk bertindak di sinilah salah dan kacaunya. Begitu juga apabila timbul keraguan di antara satu sama lain maka tumbuhlah bunga-bunga kebenncian dan perbalahan. 

Apa yang perlu difokus kini ialah melawan UBN bukan berlawan sesama sendiri. Membentuk parti dalam parti tidak baik. Menjadikan kewangan (material) sebagai kuasa lagi tidak baik. Saya tengok ada elemen itu dalam PKR sekarang ini.

Katakan dalam kongres nanti ahli bersetuju mencapai keputusan agar PKR tidak mengadakan hubungan dengan Pas dan hanya membulatkan pakatan dengan PH sahaja? Apakah jaminan boleh diberikan keputusan itu akan diakuri? Politik itu bersifat seni serba mungkin yang halal mengikut politik diamalkan kini. Politik mempunyai berbagai dimensi dan pemainnya terdedah kepada sifat talam dua muka.

Politik bersifat munafik di mana-mana sahaja. Bermesyuarat bukan memuktamdkan masalah tetapi hanya mencari sedikit masa renggang untuk mendinginkan kepala. 

Sebagai contoh lihat apa yang berlaku di Kelantan. Satu masa biro politik PKR sudah membuat keputusan agar semua lantikan politik dalam kerajaan Kelantan ditamatkan pada 31 Julai. Apa jadi, saat pemegang jawatan hendak bertindak mengakuri keputusan itu tiba-tiba ia dimansuhkan pula. Di manakah wibawa dan maruah PKR dalam hal ini. Ertinya ketetapan diambil tidak muktamad. Politik PKR macam chameleon... atau Pok Ko.

Dalam tilikan saya kenapa kecelaruan berlaku dalam PKR ini disebabkan dua perkara besar. Pertama kerana berebut kedudukan kerana dengan kedudukan mahu mengaut kuasa yang kemudian dengan kuasa dianggap menjadi raja apabila semua orang datang menyembah dan meminta dan boleh membuat arahan dan veto. Fenomena ini berlaku setelah parti itu mempunyai kerajaan di Selangor. Kuasa wang digunakan satu pihak untuk menindas pihak lain. 

Kedua, berlaku kuasa bertindih, dan tindihan kuasa dalam PKR. Dalam kasus ini kuasa ketua umum begitu besar sekali sehinggakan ia mengatasi kuasa eksekutif parti. Pemimpin jadi celaru apabila ini berlaku di mana apabila ketua umum berpendapat lain dengan keputusan Biro Politik. Keputusan dicapai dalam mesyuarat adalah kalanya terubah apabila ketua umum memberi pandangan berbeza atas maslahat tertentu. 

Sikap ketua umum saya lihat tidak konsisten atau ada main kayu dua dan kayu tiga dalam arahan-arahan sulitnya dari Sungai Buloh. Arahan berbeza kepada satu kumpulan dengan kumpulan lain, sebagai teknik telah menimbulkan masalah dan konflit. Kebijaksanaan ini (kelicitan) membahayakan.

Dalam kes dihadapi PKR sekarang ini, perbalahan besar kerana kegagalkan PKR mengkonsensuskan mengenai hubungan dengan Pas. Satu pihak diketuai Azmin Ali mahu bekerjasama dengan Pas khasnya dalam konteks Selangor kerana ia boleh menjamin kedudukan MB Selangor itu, dan satu pihak yang menyokong Rafizi mahu melupai Pas kerana Pas telah menjadi liabiliti. Kedua-duanya ada hujah masing-masing. 

Sebenarnya pertentangan ini mudah sahaja diselesaikan kalau ia benar-benar diingini. Caranya, Anwar Ibrahim perlu mengeluarkan satu deklarasi jelas mengenai kedudukan dan hubungan PKR dengan Pas. Deklarasi itu hendaklah dipublishkan kepada semua pemimpin PKR dan ia dibuat dalam satu kertas sahaja. Jangan ada dua atau tidak surat dari Sungai Buloh mengenai hal itu.

Selagi Anwar tidak bersuara mengenai perkara ini, walaupun parti telah membuat keputusan, akan tetap ada tindakan berbeza dari ahli parti berkenaan. Dan apabila deklarasi Anwar itu jelas dan kalau dia sendiri nanti akan menafikannya -- tidak akur kerana ditekan dan sebagainya oleh kuasa wang dalam PKR, maka dia sendiri akan berhadapan dengan sokongan dan menyebabkan hilang kepercayaan umum terhadapnya. Saat itu nanti politiknya akan hanya tinggal rangka.

Pokok pangkalnya sama ada PKR akan terus dengan Pas, atau tidak terletak kemas dalam tangan Anwar. Dalam masalah ini Anwar belum membuat kenyataan berhubung kolaborasi PKR - Pas dan membiarkan sahaja isu ini diselesai oleh budak-budaknya. Kenapa? Kehadiran Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Abdul Hadi Awang dilihat mewakili Anwar. Jelas.

Nasihat kepada Anwar beliau tidak boleh membiarkan anak buahnya bercemperaian begitu kerana lama kelamaan dia sendiri akan kehilangan sokongan dan wibawanya juga akan beransur luntur. Politik secara munafik hanya halal untuk dimainkan dengan golongan munafik juga. Rakyat dan penyokong sekalian bukan dari munafikun. [wm.kl. 9:34 am 28/08/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 9:38:00 AM 

Monday, August 28, 2017

Benarkah PH akan hilang undi Melayu?

Pakatan Harapan bakal hilang undi Melayu?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 28 OGOS 2017
Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM

SHAH ALAM - Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami defisit undi Melayu pada PRU14 nanti.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ketiadaan Pas dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu, menjadi antara punca undi Melayu tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kini orang Melayu Pas sudah tidak akan mengundi Pakatan, maka perolehan undi dari orang Melayu terhadap Pakatan akan susut dan defisit.

Katanya, Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Pas lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Katanya, walaupun Pas telah keluar dari Pakatan, namun di Dewan Rakyat, Pas memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang dan menafikan desas-desus bahawa partinya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.

* Benarkah Melayu masih lagi bodoh walau pun dihimpit dengan kenaikan harga barang dan sara hidup di bawah BN yang secara terang disokong PAS walau pun tak mengaku?

Benarkah PAS berada di pihak pembangkang dengan apa yang ditunjukkan gelagat pasu bunganya di Parlimen?
Selepas 5 tahun baru akar umbi UMNO sedar dan baru buat laporan kepada SPRM babitan Noh Omar dalam Isu 30 ekar tanah?
Tapi tak apalah, sekurang-kurang mereka nampak dan bertindak

Guano agak tindakan SPRM, adakah benar-benar garang sebagaimana yang diperlihatkan akhir-akhir ini?

Lepas 5 tahun, ahli Umno adukan Noh pada SPRM
Zulaikha Zulkifli      Hari ini, 2:03 tengahari
Seorang pemimpin akar umbi Umno membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu-isu pentadbiran Tan Sri Noh Omar semasa menjadi menteri pertanian dan industri asas tani.

Dua laporan itu berkaitan pembelian 30 ekar tanah di Tanjung Karang yang didakwa bawah harga pasaran serta tender benih padi bernilai RM164.8 juta yang dikatakan diberi kepada pembekal tidak layak.

Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail membuat laporan itu di SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi tadi.

"Sebelum ini ADUN Sekinchan (Ng Suee Lim) ada mendedahkan mengenai isu pembelian tanah pada 2012 tapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan.

"Dengan aduan ini saya minta SPRM dapat lakukan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Noh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Syed Rosli berkata, beliau turut memberi dokumen berkaitan dua isu tersebut bagi menyokong laporannya. Dokumen itu tidak didedahkan kepada pemberita.

Sementara itu, ditanya mengapa selepas lima tahun baru beliau membuat laporan kepada SPRM, Syed Rosli berkata memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, beliau mahu seorang pemimpin BN yang bersih mentadbir Selangor.

"Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Tan Sri Noh Omar ini dan selama ini pun dia hentam kerajaan negeri, tuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan tapi beliau juga ada skandal yang perlu disiasat oleh SPRM," dakwanya Syed Rosli.

Malaysiakini juga menghantar pesanan WhatsApp bagi mendapatkan respon Noh berhubung dakwaan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada pengerusi perhubungan Umno Selangor itu.

Ng lima tahun lalu mendakwa Noh terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang.

Pengarah syarikat Pristine Agrofood Chu Bak Tec berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan berkenaan dan beliau hanya merupakan pemilik tanah.

Isu itu ditimbulkan dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN). Wakil BN Sulaiman Abdul Razak berkata Noh mendapat tanah itu sebelum menjadi anggota parlimen lagi.

Beliau juga berkata tiada sebarang salah laku dalam isu itu.

Dalam isu tender padi, dua orang petani tampil membuat laporan polis pada Oktober 2012 kerana mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihannya bagi tahun 2013 hingga 2014.

Noh bagaimanapun berkata isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata".

Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang.

Syed Rosli terkena sebagai seorang pemimpin akar umbi Umno yang lantang terhadap kepimpinan partinya dan pernah mencetuskan kontroversi mahu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil.

Ketua AMK Kelantan dipecat, bagaimana pula dengan Azmin Ali?

Ketua Pemuda PKR Kelantan dipecat
Amin Iskandar
Dikemaskini 2 jam yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2017 12:16PM

Ketua Pemuda Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran dipecat awal pagi ini dan akan digantikan menurut Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. – Gambar fail The Malaysian Insight , 27 Ogos, 2017.

PERGOLAKAN dalaman PKR semakin hebat apabila Ketua Pemuda Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran dipecat melalui mesej di aplikasi WhatsApp hari ini.

Hafidz menerima mesej itu daripada Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pagi ini.

"Salam hormat, saya menerima WhatsApp dari YB Nik Nazmi Nik Ahmad pada jam 9.08 pagi ini yang memecat saya serta merta daripada jawatan ketua AMK Kelantan.

"Saya akan menyatakan pendirian dan memberi maklum balas dalam tempoh terdekat," tulis Hafidz melalui akaun Facebooknya hari ini.

Perkara itu disahkan Nik Nazmi kepada The Malaysian Insight.

"Ketua AMK Kelantan digantikan," kata Nik Nazmi ketika dihubungi.

"Penukaran ketua Pemuda PKR Kelantan ini adalah hasil susulan daripada pertemuan Pemuda Pusat dan Kelantan yang turut dihadiri timbalan saya Dr Afif Bahardin."

Menurut Nik Nazmi, beliau sudah memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir.

"Pengumuman nama ketua baharu akan dilakukan dalam jangkamasa terdekat," kata Nik Nazmi yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Pertembungan dalaman PKR semakin memuncak apabila Naib Presiden Rafizi Ramli mengatakan kongres khas perlu dibentuk segera untuk menyelesaikan isu kerjasama antara PAS dan kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata perbezaan mengenai perkara itu (sama ada untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengekalkan penguasaan terhadap Selangor) memecahbelahkan parti itu dan kini menyebabkan kekeliruan di kalangan penyokong akar umbi. – 28 Ogos, 2017.

PKR nafi berunding dengan PAS
  | August 28, 2017
Tetapi Saifuddin Nasution enggan mengulas lanjut dakwaan Azmin Ali berjumpa pemimpin PAS mewakili partinya.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan dengan keras partinya ada mengadakan perbincangan dengan PAS, susulan pendedahan Datuk Seri Azmin Ali pada Sabtu lepas yang mendakwa PKR menyetujui rundingannya dengan parti itu.
Saifuddin berkata perbincangan pembahagian kerusi buat masa ini hanyalah melibatkan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, Amanah dan PPBM.
“Pertemuan itu pertemuan dibuat pimpinan tertentu dalam PKR. Tetapi tidak sampai berunding kerusi. Saya cuma mengesahkan tidak ada perbincangan kerusi antara PKR dan PAS lagi.
“Perbincangan kerusi hanya berlaku dalam parti PH. Saya terlibat sepenuhnya. Sekarang hampir setiap hari kita buat mesyuarat. Kalau ada pimpinan tertentu bertemu PAS, itu saya tak nak komen, mereka boleh komen sendiri,” katanya kepada FMT.
Pada Sabtu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
“Mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya bukan inisiatif peribadi saya. Rundingan itu keputusan PKR. Saya mewakili parti,” kata Azmin, yang menyifatkan perbincangan dengan PAS sebagai “tidak rasmi” dan hanya melibatkan PKR dan PAS.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan keluar daripada Biro Politik PKR, badan tertinggi yang memutuskan hala tuju parti itu.
Dua minggu lepas, Azmin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kedua-dua parti itu pada Mei lalu secara rasmi menamatkan kerjasama selama 2 dekad, selepas PAS menuduh PKR melanggar syarat “tahaluf siyasi”.
Saifuddin hari ini enggan mengulas lanjut dakwaan Azmin beliau berjumpa pemimpin PAS mewakili partinya.
Sebaliknya, beliau berkata Azmin boleh berjumpa sesiapa sahaja dengan jawatan yang ada dalam PKR.
“Dia timbalan presiden, maknanya pada kedudukan itu, boleh jumpa dengan siapa pun,” katanya.
Kongres khas
Saifuddin berkata PKR boleh mengadakan kongres khas memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PAS, seperti mana dilakukan PAS ketika memutuskan hubungan dengan PKR.
“Apabila PAS memutuskan dengan PKR, PAS memang buat keputusan itu melalui Muktamar PAS.
“Kalau ada perbincangan dalam PKR seumpamanya di pihak PKR, mungkin kongres parti boleh dibuat,” katanya.
Saifuddin menjelaskan, di bawah perlembagaan PKR, kongres khas boleh dipanggil oleh presiden, dua pertiga daripada ahli pimpinan pusat, atau 1/3 daripada perwakilan cabang.
Semalam, Naib Presiden Rafizi Ramli mencadangkan PKR mengadakan kongres khas memutuskan sama ada akar umbi mahu terus berunding dengan PAS atau tidak.
Rafizi mengakui wujud 2 kelompok bertentangan dalam parti itu mengenai cara menangani PAS.
Katanya, ia sudah berlaku sejak pertengahan 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Menurut Rafizi, antara pemimpin yang menyokong berunding dengan PAS ialah Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Xavier Jeyakumar, Dr Shaharuddin Badaruddin, Zuraida Kamaruddin, R Sivarasa, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Fahmi Fadzil.
Pemimpin yang tidak bersetuju berunding dengan PAS, menurut Rafizi, ialah Saifuddin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datin Tan Yew Kew, Syed Ibrahim Syed Noh, Datuk Johari Abdul dan William Leong.
Leong baru-baru ini melepaskan jawatannya dalam Biro Politik PKR kerana tidak bersetuju sebarang rundingan dengan PAS.

Santai: I'm selling in Kedai Lalat now......

Sunday, August 27, 2017

Semua itu adalah wayang belaka

Sunday, 27 August 2017
SEMUANYA TAK BOLEH PAKAI!!

Satu pihak bercakap tiada lagi sebarang rundingan, tetapi satu pihak yang lain seolah-olah merasakan mereka sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor.

Mana satu nak diikut?

Atau adakah Pas sekarang sudah terbelah dua?

Untuk kesekian kalinya, diingatkan kepada PKR khususnya dan Pakatan Harapan amnya, mereka tidak perlu lagi membuang masa  terus melayan karenah dan telatah Pas dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Baik yang mengatakan sedia berunding, pintu rundingan telah tertutup atau memberi gambaran sama-sama ingin mempertahankan Selangor atau apa saja kenyataan lainnya, semuanya tak boleh pakai. Ia palsu belaka.

Selalunya begitulah, setiap kali ada kenyataan daripada pemimpin tertentu Pas bahawa mereka sedia berunding, ia kemudian akan dibalas oleh satu pihak lagi yang mengatakan tiada lagi kerjasama perlu diadakan.

Bila satu pihak mengatakan tiada lagi rundingan, muncullah pula kenyataan lain yang seolah-olah Pas tetap ingin bersama, terbuka kepada perundingan atau setidak-tidaknya mahu bersama dalam mempertahankan kerajaan negeri Selangor.

Sebenarnya, semua itu adalah wayang belaka.
Ia hanyalah kenyataan yang mahu melengah-lengahkan kesepakatan dan menjadikan Pakatan Harapan tidak bersedia sepenuhnya menghadapi PRU 14.

Kalau pun ada yang berbeza pandangan, selagi Hadi Awang lebih cintakan Najib Razak daripada kebenaran, tiada apa yang dapat pemimpin Pas lain lakukan. Mereka pula tentu saja tidak sedia meninggalkan Pas.

Jadi, akhirnya mereka akhirnya akan tetap wala' kepada Hadi dan Pas. Buang masa saja melayan mereka.

Lebih penting bagi PKR dan Pakatan Harapan ialah terus bergerak ke hadapan dan meyakinkan pengundi bahawa UMNO dan Pas atau Pas dan UMNO adalah gabungan yang satu.

Mengundi atau memilih salah satu daripadanya, yang kekal berkuasa nanti tetap seorang kleptokrat yang akan memusnahkan segala impian rakyat Malaysia untuk membina kehidupan masa depan yang lebih baik lagi. (ShahbudinHusin 27/08/2017)

Anda mungkin juga meminati:
PAS MESTI DIBUANG SEGERA DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Posted by Shahbudin Husin at 23:03 

Parti Yingluck akan kekal

Parti Yingluck akan kekal walaupun hadapi halangan
Diterbitkan pada Ogos 27, 2017 18:45 MYT
Adakah 'kehilangan' Yingluck menandakan berakhirnya cengkaman keluarga Shinawatra dalam politik Thailand? - Gambar fail

BANGKOK: Apakah kehilangan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra secara tiba-tiba untuk mengikut jejak abangnya, Thaksin yang hidup dalam buangan mengikut spekulasi oleh media menandakan berakhirnya cengkaman Shinawatra ke atas politik Thailand?

Yingluck, adik kepada Thaksin tidak hadir di mahkamah pada Jumaat untuk mendengar keputusan yang boleh menyebabkannya merengkuk dalam penjara sehingga sepuluh tahun, mencetuskan spekulasi bahawa beliau telah lari meninggalkan negara itu.

Tiada siapapun di Thailand yang dapat jawapan yang pasti tentang keberadaan Yingluck sekarang, walaupun sumber-sumber berkata beliau berada di Dubai kerana abangnya yang hidup dalam buangan mempunyai rumah di kota Asia Barat itu.

Walaupun ramai percaya bahawa cengkaman keluarga itu ke atas politik Thailand telah berakhir selepas lebih satu dekad dan kegagalan Yingluck untuk hadir di mahkamah, nasib yang sama mungkin menimpa Parti Pheu Thailand, iaitu pentas politik Shinawatra yang telah lama menguasai senario politik di negara itu.

"Bagi mereka yang mendukung ideologi politik Parti Thai Rak Thai dan kemudian Parti Kuasa Rakyat dan seterusnya Parti Pheu Thai, perjuangan akan diteruskan," kata seorang ahli akademik dan penganalisis politik Kotom Areeya kepada Bernama.

Beliau berkata istilah 'berakhir' mungkin bermakna tiada seorangpun dari keluarga Shinawatra berani untuk menjadi Perdana Menteri tetapi perjuangan bagi Parti Pheu Thai akan diteruskan dalam kalangan penyokong setia dan tegarnya, yang biasanya dirujuk sebagai penyokong "Baju Merah".

Bagi parti yang amat popular di kalangan penduduk luar bandar terutama di utara dan timurlaut Thailand, pergolakan politik yang menyusuri dua hari lepas tidak akan menjejaskan sokongan mereka dengan kebanyakan mereka akan meneruskan perjuangan walaupun pemimpinnya memilih untuk tinggal di luar negara, kata ahli akademik itu.

Beliau mengingatkan semua pihak di negara itu supaya tidak mengenepikan parti Pheu Thai ataupun keluarga Shinawatra untuk kebangkitan kembali walaupun apa yang berlaku kepada Thaksin dan boleh menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa tawar hati untuk menyertai politik.

"Adalah terlalu cepat untuk menyatakan semuanya telah berakhir (untuk keluarga Shinawatra)," menurut Kotom dan menambah tidak seperti abangnya yang masih menguasai beberapa pergerakan politik di negara itu walaupun tinggal dalam buangan, nasib Yingluck berbeza.

Pandangannya bahawa penyokong parti Pheu Thai akan berdiri teguh di belakang parti walaupun menghadapi satu lagi rintangan turut dikongsi oleh pemimpin Barisan Bersatu bagi Demokrasi Menentang Diktator (UDD), yang telah lama dikaitkan dengan kumpulan baju Merah.

"Sesetengah pihak kecewa tetapi ia tidak seharusnya bimbang dan sudah tentu ia tidak akan menjejaskan populariti parti Pheu Thai'. Ini kerana perjuangan ini berlaku dalam satu sistem yang menyaksikan kedaulatan undang-undang tidak wujud," kata ketua penasihat UDD, Tida Thavornseth kepada media tempatan.

Walaupun sesetengah penyokong kecewa dengan tindakan Yingluck, kebanyakan mereka memahami sebab di sebalik keputusan itu, kata beliau dan percaya bekas Perdana Menteri itu akan meraih lebih banyak simpati selepas ini.

Menurut pemimpin itu, esok membawa lembaran baharu kerana bab bagi Thaksin dan Yingluck telah ditutup.

Ramalannya mengenai kegetiran masa depan parti PheuThai menjelma ketika satu sumber tertinggi memberitahu media tempatan bahawa para pemimpin kanan Pheu Thai tergesa-gesa mengatur pertemuan di Bangkok apabila berita mengenai ketidakhadiran Yingluck di mahkamah dan melarikan diri dari negara itu mula tersebar.

Sumber itu berkata, mereka bersetuju bahawa tindakannya melarikan diri meletakkan parti itu menghadapi tekanan dengan memberi kesan kepada popularitinya dan menekankan tentang perlunya mencari penyelesaian untuk mendapatkan kembali kepercayaan daripada penyokong. - sumber

Tatau nak gelak atau nak kata apa daa.....

Sekali kata gitu, sekali kata gini
Pemimpin ini kata gitu, yang lain pula kata gini......

Kenapa Hadi sendiri tak jawab. Kenapa orang lain yang tidak dinamakan dalam laporan diam membisu?

Tapi aku rasa lantak dialah nak berunding dan berpakat dengan sape pun sebab PAS memang tidak ada kena mengena lagi dengan Pakatan Harapan, namun yang membuat kita geli gelemannya ialah tindak tanduk Azmin/PKR yang seolah memperlecehkan rakan PH.

Azmin: Rundingan PKR-PAS tak libatkan HARAPAN

Kalau memang inilah kemahuan PKR, lebih baik PKR belah saja dari PH dan bergabung dengan PAS/Sejahtera

Rakyat tidak pening dan senang buat keputusan untuk memilih dalam PRU14 nanti

PAS ikrar pertahan Selangor
mk  -  Hari ini, 6:30 petang
BN tidak akan dibiarkan berkuasa semula di Selangor dan PAS akan mempertahankan kerajaan di negeri tersebut, kata salah seorang pemimpin tertingginya hari ini.

Langkah itu, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, akan dilakukan beberapa parti yang akan bersama PAS untuk memberi sokongan.

“Mana-mana negeri yang telah kita menangi, kita akan bertanding dan mempertahankan kemenangan," katanya malam kelmarin seperti dipetik Harakahdaily.

Bagaimanapun timbalan presiden PAS itu tidak menamakan parti yang dimaksudkannya atau memperincikan langkah yang akan diambil mereka untuk mempertahankan Selangor daripada BN.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas akhbar Singapura, Straits Times, melaporkan Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu.

Akhbar itu menyatakan kedua-dua pemimpin terbabit sering berbual melalui telefon selepas Abdul Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Pakatan berkenaan, dakwa Straits Times, dibuat untuk menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - negeri yang kini dikuasai PKR, DAP dan Parti Amanah Nagara (AMANAH).

PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP serta AMANAH. Bagaimanapun wakil mereka dalam kerajaan negeri kekal sehingga kini.

Komen Tuan Ibrahim itu juga dibuat tiga hari selepas Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan kesediaan mereka bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada PRU ke-14 dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN)," kata Sallehen Mukhyi.

Untuk rekod, dua daripada anggota komponen HARAPAN - AMANAH dan DAP - ialah seteru utama PAS, manakala dua parti lagi melengkapkan gabungan itu ialah PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

* Berkaitan: Berjayakah pakatan Umno, PAS tawan Selangor?

Tuduh main politik: Rahim jawab Idris Ahmad

Bukankah mahkamah sudah selesaikan kes mata lebam, soal Rahim Noor
Amin IskandarNoel Achariam
Diterbitkan pada 26 Aug 2017 11:00AM
Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempersoalkan kenapa PAS mengungkit lagi kes mata lebam Anwar Ibrahim sedangkan kes itu sudah pun selesai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2017.

BEKAS ketua polis negara Abdul Rahim Noor mempersoalkan kenapa PAS mengungkit-ungkit lagi kes mata lebam Anwar Ibrahim kerana kes itu sudah melalui proses pengadilan di mahkamah dan sudah pun selesai.

Tegas Rahim, kenyataannya berhubung insiden Memali baru-baru ini bukanlah berniat untuk mencampuri urusan politik negara tetapi semata-mata berdasarkan fakta.

"Mengapa PAS timbulkan kes mata lebam? Bukankah perkara ini sudah diselesaikan di mahkamah?

"Kes Memali pun tidak dibawa ke mahkamah," kata Rahim dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight di Petaling Jaya pada Jumaat.

Rahim membidas Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang meminta bekas ketua polis negara itu supaya “tutup mulut” dan tidak menyalahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai punca kejadian di Memali.

Dalam perang mulut itu, Idris mengungkit kes mata lebam Anwar setelah dipukul oleh Rahim semasa bekas timbalan perdana menteri itu dalam tahanan polis. Anwar dipecat dari kerajaan dan Umno pada 2 September, 1998 dan ditahan polis pada 20 September berikutnya.

Rahim disabitkan tuduhan di mahkamah dan dihukum penjara dua bulan berserta denda RM2,000 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman pada April 2001.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, Rahim berkali-kali menegaskan beliau bukan orang politik dan bukan juga hendak main politik apabila bercakap mengenai peristiwa Memali, sebaliknya hanya berkongsi pandangan berdasarkan maklumat yang ada pada pasukan keselamatan.

"Kalau nak jadi ahli politik, selepas pencen lagi saya sudah masuk mana-mana parti politik, baik parti yang memerintah atau parti yang baru muncul atau parti yang sudah lama jadi pembangkang.

“Jawapan saya seterang-terangnya hanyalah berdasarkan fakta. Kalau ada pihak ingat saya nak campur politik, saya tiada kuasa untuk menahan (persepsi mereka)," kata Rahim.

Rahim turut membetulkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kononnya beliau cuba menamakan saksi bagi suruhanjaya siasatan diraja itu, kalau nanti ia ditubuhkan oleh kerajaan.

"Saya hanya cerita latar belakang tragedi Memali.

"Saya tak kata siapa harus jadi saksi," kata bekas ketua polis negara dari 1994 hingga 1999 itu.

Takiyuddin dalam kenyataannya mengatakan Rahim "mempamerkan sikap cuba campur tangan" dalam urusan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat peristiwa Memali.

Peristiwa Memali ini kembali hangat selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Ogos lalu menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian 32 tahun lalu itu, sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Dalam insiden pada 19 November 1985 itu, guru agama Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh bersama 13 pengikut yang mempertahankannya daripada ditahan polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Empat anggota polis turut terbunuh. – 26 Ogos, 2017.