Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 19, 2017

Whoaw.....Tok Him mengamuk dah!

Ibrahim: Langkah mayat saya dulu nak hak sama rata

  | November 19, 2017
Perkasa menggesa pejuang cauvinisme kaum tidak gunakan demokrasi untuk menghasut dan menyemarakkan kebencian antara pribumi dan bukan pribumi.
VIDEO INSIDE
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika berucap di Persidangan Agung Tahunan ke-8 Perkasa 2017 di Stadium Titiwangsa
KUALA LUMPUR: Perkasa menentang hak sama rata yang didakwa menjadi sindrom sehingga menular kepada parti politik dalam negara ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali bimbang sekiranya kerajaan memberikan hak kesamarataan itu, ia akan menjejaskan pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak rela agama Islam disamaratakan tarafnya dengan lain-lain agama di Malaysia. Kita tidak redha dasar sosioekonomi pribumi disamaratakan tarafnya dengan bukan pribumi.
“Kita menentang bahasa Melayu disamaratakan tarafnya dengan lain-lain bahasa ibunda di negara ini dan menentang sekolah aliran kebangsaan disamaratakan tarafnya dengan sekolah jenis kebangsaan.
“Sebelum mereka laksanakan, langkah mayat saya dulu sebelum terima kesamarataan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan ke-8 Perkasa di Stadium Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Beliau merujuk Perkara 152 mengenai bahasa Melayu dan Perkara 153 berkaitan hak keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.
Katanya, Perkasa menggesa pejuang cauvinisme kaum tidak menyalahgunakan demokrasi untuk menghasut dan menyemarakkan kebencian antara pribumi dan bukan pribumi.
“Jangan hancurkan Malaysia dan musnahkan pribumi kerana politik cauvinisme tidak mempunyai tempat di negara ini.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa