Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 19, 2017

Senyum petang dengar Mat Saleh dendangkan lagu Melayu - video inside

 Monday, 17 April 2017 
Video: Tentera Amerika Nyanyi Lagu “Assalamualaikum Ustazah”

KUCHING: Sebuah video menarik tiba-tiba tular di media sosial hari ini, memaparkan sekumpulan tentera Amerika menyanyikan lagu melayu ‘Assalamualaikum Ustazah’ di suatu lokasi di Sarawak.

Ramai yang tertarik dengan video itu, bukan sahaja kerana lagu yang menarik tetapi yang jelas sekumpulan tentera laut Amerika tersebut berjaya membuat persembahan yang baik dan menghiburkan.

“Siapa sangka orang Amerika juga minat dan mampu menyanyikan lagu melayu dengan baik,” kata seorang netizen

Menurut sumber, mereka merupakan tentera laut Amerika sedang mengadakan latihan untuk satu persembahan yang akan berlangsung di pustaka negeri di Kuching pada 19 April ini.

Kumpulan yang diberi nama The US Pacific Fleet’s band Pipeline akan membuat persembahan pada satu program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Amerika.

‘Assalamualaikum Ustazah’ merupakan lagu nyanyian kumpulan Khalifah yang baru dikeluarkan pada 2016. - Sarawakiana

Related Pots:

Khalifah Hubungi Mat Salleh Dendang Lagu 'Assalamualaikum Ustazah'

1 comment:

  1. senyum le puas2 dengan kehadiran tentera zionis yg memporak perandakan dunia kini di malaysia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa