Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 4, 2012

Hinalah Lagi Rakyat Kelantan Wahai Najib!

Pada saya hanya Rakyat Kelantan yang tak bermaruah saja yang akan undi BN di PRU13 nanti

Makhluk perosak tidak boleh memperbaiki kerosakan. Bagaimana hendak memaafkan mereka?

Kali ini saya menulis lagi tentang PM Najib kerana apa yang beliau perkatakan di Kedah itu amat pelik dan membuat saya begitu berminat untuk memberikan pandangan. Najib memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan oleh BN sehinggakan BN telah kalah dibanyak kawasan dan hilang sokongan 2/3 di Dewan Parlimen. Najib mengakui yang BN telah membuat banyak kesilapan terhadap rakyat sehinggakan rakyat hampir mendamparkan BN dalam pilihanraya yang lalu.


Bagi saya memohon maaf ini tidak ada salahnya dan memang patut BN memohon maaf kepada rakyat kerana telah ‘menipu’ rakyat sebegitu lama. Rakyat hanya dididik untuk menjadi masyarakat yang materialistik dan segala-galanya berkisar kepada wang ringgit. Baru dua hari yang lepas Najib telah melakukan kesalahan lagi dengan menjanjikan rakyat Kelantan yang segala masalah mereka akan selesai jika mengundi BN.


Dimana letaknya kesalahan itu? Letaknya ialah diatas kemampuan BN untuk menunaikan janji-janjinya dan telah terbukti BN hanya berjanji semasa menghampiri pilihanraya dan begitulah sejak 3 dekad yang lalu. Saya sebut dalam posting saya yang lepas yang BN telah membuatkan negeri Kelantan yang dianggap Najib sebagai miskin. Najib memperolok-olokkan rakyat Kelantan kerana dimana-mana Najib bercakap beliau mempermainkan cerita rakyat Kelantan miskin dan memandang rendah terhadap rakyat negeri itu.


Saya terlupa dimana insiden ini berlaku. Dalam ucapannya dihadapan ramai hadirin Najib telah bertanya dengan sindiran kepada hadirin, “negeri mana miskin????”. Beliau bertanya berulang kali dan setiap kali beliau bertanya hadirin pula menjawab, “negeri Kelantan!!!” Ini dilakukan beliau berulang kali sambil semyum dan ketawa melihat rakyat Kelantan miskin dan isu itu dijadikan isu dimana-mana beliau berucap. Sesungguhnya Najib seorang Perdana Menteri yang takbur dan seolah-olah seperti orang yang kufur nikmat.


Najib begitu sombong dengan membawa orang dari negeri lain untuk mentertawakan orang Kelantan kerana kononnya rakyat Kelantan ini miskin. Najib bangga dengan kekayaan negeri atau keluarganya dan beliau bangga melihat negeri Kelantan itu miskin kononnya. Beliau berbangga yang pemimpin persekutuan telah merampas hak royalti minyak rakyat Kelantan yang berbillion-billion itu yang menyebabkan negeri Kelantan mendapat pendapatan yang rendah berbanding dengan banyak negeri yang lain.


Setelah mencuri wang rakyat Kelantan, beliau ke Kelantan dan meminta rakyat Kelantan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya nanti dan menjanjikan rakyat Kelantan yang semuanya masalah akan selesai jika mengundi BN.


Persoalan saya, adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang mengaku bijak dan pandai yang boleh membawa segala transformasi kepada negara. Ini kah sikap baik seorang PM sebuah negara merdeka? Siapa yang membuatkan kerajaan negeri Kelantan miskin kalau tidak Pimpinan Persekutuan? Najib mesti bayar tunggakan royalti minyak sebanyak RM7.4 juta itu dan mari kita tengok negeri mana yang kaya dan mana yang miskin?


Di Kedah Najib bercakap dengan nada yang lain pula. Kali ini Najib membawa watak sedih pula sambil meminta maaf. Najib boleh membawa apa watak sekali pun tetapi janjinya untuk memperbaiki keadaan tidak mungkin dapat dilakukannya. Semasa beliau meminta maaf Najib masih melakukan apa yang dilakukan oleh BN dalam 2008 dan sebelumnya.


Rasuah bercambah-cambah, salahguna kuasa semakin menjadi-jadi, dan berbagai-bagai jenayah sedang bertambah dinegara kita. Jika Najib benar-benar mahukan perbaikpulih keyakinan rakyat, semua RM250 juta kes NFC mesti kembali kepada Perbendaharaan Negara. Dana Modal mesti kembalikan wang rakyat sebanyak RM50 billion yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada Dana Harta. Najib mesti memberikan penerangan kepada rakyat siapakah yang mengambil alih syarikat-syarikat yang ada dalam Dana Harta itu sekarang.


Kalau Najib hendak memberikan keyakinan, rakyat mesti melihat wang yang hampir RM2 billion yang diambil oleh anak seorang bekas PM yang termasyur didunia untuk menyelesaikan perniagaan anaknya. Najib jangan sekali-kali meneruskan penyenaraian Felda kerana ia membawa maut kepada generasi Felda dalam jangkamasa yang tidak lama lagi, walaupun sebahagian dari hasil penyenaraian itu akan diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh.


Najib mesti beritahu berapa billion ringgitkah yang dijanjikan akan mengalir kepada Jabatan di bawah Najib jika penyenaraian itu dilakukan juga dan berapa billion pula yang akan sampai kepada Felda.


Adakah perkara-perkara yang sebahagian saya sebut ini usaha Najib untuk memperbaiki keadaan? Kalau inilah dia program membaikpulihan Najib, maka ia benar-benar satu kejadian yang dinamakan ‘tikus memperbaiki labu’.


Sebenarnya rakyat ramai tidak pernah membuat masalah kepada negara. Yang membuat masalah ialah pemimpin negara, bukan rakyat. Selagi pemimpin-pemimpin negara mempunyai air liur yang cair, selagi itulah masalah tidak akan dapat diselesaikan. Air liur itu sentiasa meleleh apabila melihat wang ringgit kepunyaan rakyat, dan tidak berdaya untuk menahan nafsu untuk mencurinya melalui berbagai cara tindakan rasuah. Itulah sebenarnya yang berlaku dalam isu penyenaraian Felda yang akan saya tulis tidak berapa lama lagi.


Oh ya, satu lagi perkara yang sangat ‘urgent’ untuk diselesaikan oleh Najib ialah untuk memberikan kursus sivik kepada penyokong-penyokong UMNO supaya memberhentikan budaya samseng yang sedang bercambah didalam UMNO sekarang ini. Katakan kepada penyokong-penyokong UMNO itu bahawa menggunakan samseng dalam politik itu adalah satu tindakan yang tidak bertamaddun.


Kalau Najib tidak boleh lakukan saya percaya UMNO semakin hari semakin tidak relevan lagi. Bagaimana hendak menjadi relevan kerana parti itu sudah menjadi mahkluk perosak kepada rakyat yang inginkan kaedah berpolitik yang aman dan damai.


Bagaimana kita hendak memaafkan makhluk perosak kerana habis jahanam tanaman-tanaman kita sejak dua tiga dekad dahulu. Habis hasil mahsul kita oleh kerana makhluk-makhluk perosak ini.


Bagaimanakah makhluk perosak boleh memperbetulkan keadaan? Itu adalah perkara yang tidak menesabah. Ia terpaksa di perbaiki oleh pihak lain, bukannya oleh mereka yang telah merosakan segala-galanya.


Jika yang merosakan diharapkan untuk memperbaiki keadaan maka saya ulangi, ia adalah seperti ‘tikus memperbaiki labu’.


Parti Asyik Serabut Dan Parti Kalut dan Ribut

'Parti Asyik Serabut' Sering Menyusahkan Rakyat - Najib

BALING, 3 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PAS kini menjadi 'Parti Asyik Serabut' yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Katanya beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini Sabtu.

Katanya dalam isu PAS di Kedah di mana dua Exco tidak mahu dilantik semula, kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

Beliau berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalut dan Ribut".

"Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kita (BN) tak pernah lari daripada prinsip perjuangan kita... BN parti yang boleh diharapkan," katanya.

"Bagaimanapun saya lihat kini sudah ada perubahan termasuk di Kedah...angin kencang menjurus kepada perubahan. InsyaAllah kita akan buat perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, March 3, 2012

PRU13: Ini Ramalan Daim

Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)


PRU-13 :Ramalan Tun Daim Zainuddin


Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ada membuat beberapa ramalan melalui wawancara khas dengan akhbar China Press.

Ramalan beliau akan wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”. Ia wujud dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.


 Antara beberapa ramalan lain beliau ialah;
  • Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional-BN dan Pakatan Rakyat-PR, dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.
  • Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.
  • Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.
  • Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
  • PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.
  • BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.
  • Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
  • BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.
  • Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.


Sebelum ini Daim Zainuddin juga pernah secara terbuka membuat ramalan dalam PRU-12 yang BN akan kehilangan beberapa negeri @ menerima kekalahan terburuk dalam sejarah. Adakah ramalannya kali ini menepati seperti 2008!!

Friday, March 2, 2012

Mahfuz - Shabery Cheek: Siapa Pembohong?

Saya kata - Kenapa Shabery Cheek tidak saman jer Mahfuz sekiranya kenyataan itu adalah fitnah?
Menteri: Mahfuz bohong, kebudak-budakan


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa kementeriannya menyediakan dana untuk membiayai program bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Ahmad Shabery (foto) sebaliknya berkata, Mahfuz berbohong dan bersifat kebudak-budakan dengan membuat dakwaan itu dalam sidang medianya pagi ini.

ahmad shabery cheek 041108 02"Mahfuz bohong dan kebudak-budakan. Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling," katanya sinis.

Mahfuz menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Hasan.

Anggota parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, ia bertujuan menarik belia supaya menyokong BN dan sekurang-kurangnya sebahagian dariapada dana itu telah diperuntukkan.

Dalam SMS balas kepada Malaysiakini hari ini, Shabery mendakwa, tuduhan Mahfuz dibuat kerana pemimpin PAS itu takut dengan populariti Hasan Ali.

Ia juga, tambah Shabery, diburukkan lagi dengan kemelut PAS Kedah - negeri Mahfuz - yang tak dapat selesaikan sehingga ke hari ini.

"Cerita bohong mengenai pembiayaan KBS (kementerian beliau dan sukan) timbul dari igauan buruk akibat kemelut ini.

"Saya nafikan sama sekali dakwaan beliau," kata anggota parlimen Kemaman itu.

Malaysiakini sudah menghubungi Dr Hasan bagaimanapun belum ada sebarang respons daripada pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) - yang mendakwa pro-Islam, Melayu dan Raja itu - setakat ini.

Sumber - mk

Pas dakwa KBS taja 2,000 ceramah Hasan Ali
Hasan Ali
KUALA LUMPUR - Pas mendakwa sebuah unit belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 siri ceramah Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat parti itu Januari lalu, dalam masa terdekat ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, unit itu yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.
"Saya difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta. Hasan Ali diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh daerah.
"Saya mahu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan sumber peruntukan itu, kerana cawangan strategi urat saraf itu tidak diiktiraf JPA," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.
Mahfuz turut tidak menolak Barisan Nasional menggunakan Hasan bagi mendekati kumpulan belia sebagai persediaan pilihan raya akan datang.
"Kajian telah menunjukkan, sejak PRU 2008, 65 peratus hingga 75 peratus pengundi muda mula beralih arah kepada pembangkang.
"BN sedar hakikat ini, maka mereka menggunakan Hasan Ali untuk mengubah persepsi golongan muda ini," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.
"Saya nak tengok mereka jawap apa... Apakah programnya, siapa, saya akan dedahkan pada sesi parlimen akan datang.
"Saya juga percaya selepas saya mendedahkan perkara ini, kemungkin siri jelajah itu akan dihenti atau dilakukan secara senyap-senyap," katanya.
Menurut Mahfuz, banyak peruntukan di bawah KBS untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan itu digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.
"Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.
"Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini," katanya.
Beliau turut meminta mempersoalkan, pembatalan Karnival Belia Kreatif 2012 yang dijadualkan pada 10 hingga 12 Febuari lalu.
"Karnival ini telah di iklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?" soalnya.
Selain itu, beliau turut meminta penjelasan menteri berkenaan tentang  kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.
“Saya mendapat maklumat  hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia. KBS memperuntukkan RM2 juta bagi membayar artis K-Pop Super Junior, peruntukkan itu terlalu besar.

"Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam  bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya," katanya.

Bercakaranlah Wahai PAS Sebelum Dikuburkan Di PRU13 Nanti

Amiruddin: Saya tak tersepit, mahu lihat dulu surat

GURUN - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengaku tidak tersepit, apabila diberi kata dua oleh Pas Kawasan Kuala Kedah berhubung isu membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.


Menurutnya, beliau akan meneliti terlebih dahulu surat yang dikatakan dihantar kepadanya oleh Pas kawasan itu sebelum mengulas lanjut.


Amiruddin yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkata, setakat semalam, beliau belum menerima surat dimaksudkan itu.


“Saya dapat tahu mengenai kata dua oleh Phahrolrazi selaku Yang Dipertua Pas kawasan pun menerusi media,” katanya semalam.


Menurutnya, sebelum ini, beliau sudah bertemu dengan Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa termasuk ahli jawatankuasa untuk jelaskan pendiriannya menerima jawatan Exco.


“Mesyuarat itu memaklumkan Pas kawasan berdiri teguh di belakang Phahrolrazi dan meminta saya bersama mereka. Tetapi saya jelaskan kenapa saya tidak boleh bersama dengan pendirian itu, dan ketika itu, alasan saya nampak­nya diterima,” katanya.


Amiruddin berkata, beliau terkejut apabila Phahrolrazi beri kata dua kepadanya menerusi akhbar sedangkan tidak dimaklum secara rasmi.


“Saya sendiri tidak pasti apakah perkara sebenar ingin disampaikan oleh Pas kawasan, lebih baik tunggu surat dan pastikan dahulu apakah keputusan dicapai dalam mesyuarat itu. Saya juga kena teliti hal-hal lain yang berkaitan,” katanya.


Ditanya sama ada kata dua itu berunsurkan ugutan terhadapnya, Amiruddin berkata, perkara itu tidak timbul.


“Saya diajar disiplin dalam Islam, jika ada sesuatu berita, kita hendaklah periksa sama ada benar atau tidak, jangan buat spekulasi. Bimbang kelak jika saya komen sekarang tanpa rujuk surat, isu itu tidak betul pula,” katanya.


Kelmarin, Pas Kuala Kedah memberi kata dua kepada Amiruddin sama ada meletak jawatan sebagai Exco atau berdepan tindakan kerana didakwa melanggar keputusan mesyuarat Pas kawasan 17 Februari lalu.


Phahrolrazi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi tempoh 14 hari untuk menjawab.

Adakah Anda Juga Berperasaan Begini?

Rakyat Malaysia Benci Mamak Akibat Mahathir ?


Sekarang kalau kita lihat, dah banyak masalah dibawa oleh Mahathir. Dahulu orang suka Mahathir. Sekarang dia dilihat seperti orang tua yang gila nak jadi PM semula.
Sekarang ini mana-mana Mamak saya lihat di Malaysia saya rasa malas nak pandang. Penuh rasa benci terhadap Mahathir sehingga terbawa-bawa pada seluruh kaum Mamak di Malaysia.
Namun ini tak berlaku langsung di Singapura. Di sana, semua Melayu dan Mamak masing-masing cukup makan. Walaupun ada yang berkata mereka tertindas di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew, walaubagaimana pun mereka masih kaya dan boleh bershopping di Johor.
Di sini kita dapat lihat di mana apabila semua orang cukup ada duit, maka tak timbul isu nak berbalah antara Mamak dan Melayu.
Masalah di Malaysia ialah, ada kaum Melayu, Mamak dan Arab elit dalam UMNO yang dah makan terlebih. Jadinya yang Melayu kebanyakannya masih merempat dan marah dengan keadaan yang berlangsung sekarang. Sekarang ini Melayu merempat di bumi sendiri. Tapi bila di tanya bagaimana hidup di Malaysia? Macam biasa Melayu akan tipu diri mereka dengan berkata, "Oh, kita hidup OK! No problems!"
Secara jujur saya cakap, saya lebih senang untuk tambah berat badan di Singapura, berbanding di negara sendiri. Nak tahu lebih lanjut kerjalah di Singapura. Berkenaan dengan isu memilih majikan dan menukar majikan itu bukan isu. Itu satu kebiasaan. Orang Singapura sendiri tukar-menukar majikan. Mereka tak macam orang Malaysia, bersikap seperti lembu. Disebat, ditarik dan diherdik pun masih akur. Mereka guna akal.
OKlah, baru-baru ini ada kes Mahathir bersurat-menyurat dengan pemimpin Israel. Saya tak kisah apa jua isi surat itu. Namun, kita tetap kecewa dengan tindakan berkomunikasi itu.
Ini tak adil. Mana mungkin adil. Kita semua rakyat Malaysia dilarang untuk ke Israel, sedangkan pemimpin kita boleh senang-senang berhubungan pula?
Dari ekonomi sampailah ke kes liwat dan ini belum dilibatkan isu protes kaum Mamak di Pulau Pinang yang berkala. Saya sudah meluat dengan kaum ini di Malaysia. Jelas kaum Mamak di Malaysia jauh ketinggalan dengan standard Mamak di Singapura.
Saya menyeru agar kaum Mamak Malaysia mula merantau ke Singapura. Ini penting bagi membuka minda anda semua. Usah kita berbalah antara Melayu dan Mamak lagi. Kenapa di Singapura kita semua boleh bersatu? Kerana cukup makan! Semua badan berisi.
Jadi kita perlu humbankan Mahathir ke Sri Lanka secepat mungkin. Jika tidak kita perlu merantau ke Singapura sampai tahun 2020, malah mungkin lebih atau pun selama-lamanya!

Sebelum Tu, Layan Yang Besar-Besar Dulu

Ini Baru Betul. Setakat Bertekak, Kebenaranya Tak Ke Mana

Timbalan Pengarah JAIP Akan Memfailkan Tindakan Saman Terhadap Ustaz Dr.Badrul Amin!


KUANTAN, 2 Mac - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini mendakwa Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz (foto) kemungkinan besar akan menfailkan tindakan saman terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Ustaz Dr.Badrul Amin Bahronbahawa jabatan itu (JAIP) terlibat dengan konspirasi untuk mengaibkan beliau. 


Tindakan tersebut terpaksa diambil selepas mendapat nasihat daripada beberapa pihak sejak kes ini menjadi kontroversi baru-baru ini. Tindakan saman juga boleh diambil terhadap tokoh agama itu, atas tuduhan mensabotaj JAIP dan menghina sultan. 


Ia berikutan tindakan Dr.Badrul Amin mutakhir ini yang jelas telah mendahului siasatan, sedangkan JAIP hanya menjalankan tugas berdasarkan peruntukan dalam enakmen dan perkara itu telah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang sendiri. 


Menurut kenyataan itu lagi Timbalan Pengarah JAIP sedang membuat pertimbangan untuk menyaman Dr.Badrul Amin dan kesemua mereka yang terlibat memalukan nama jabatan terbabit. 


Sebelum ini PDO ada melaporkan bahawa PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah JAIP berhubung kenyataannya yang dilihat meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik Dr.Badrul dan juga parti itu (Parti Keadilan Rakyat). Tambahan pula kes itu berlaku sehari menjelang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb lalu.

[Sesuatu yang sungguh mengejutkan melihat perkembangan terbaru kes ini. Pihak JAIP berhak mempertahankan agensi terbabit memandangkan begitu banyak dakwaan dan tohmahan yang mereka terima sejak kes ini dihebohkan. Apapun, semua pihak kini keliru dengan perkembangan kes ini. Berbagai-bagai versi dan persepsi yang diwar-warkan oleh berbagai pihak menyebabkan ia semakin panas dan cukup mendebarkan. Apa yang pasti, sama ada ia berlaku atau pun tidak maka biarlah pihak yang berkenaan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Tindakan pihak yang tertuduh mengeluarkan kenyataan demi kenyataan pasti akan mengundang lebih banyak persoalan. Maka itu, eloklah kesemua pihak mengambil sikap berlapang dada dalam hal ini. Jika, tidak bersalah maka sudah pasti tiada masalah yang akan timbul. Namun, jika ada masalah sudah pasti ia akan lebih merumitkan nanti. Justeru, berhati-hatilah buat kenyataan. Jangan sampai orang melihat kita cuba sembunyikan sesuatu].


Sumber - PDO

Dr. MAZA Dan Harusani: Siapa Yang Lebih Berotak

Sultan jadi bayangan Allah?
Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai.

Bahang pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia.

Katanya, betapa beliau tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.

NONEBerkaitan fenomena pilihan raya juga, beberapa hari lalu saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan kenyataan “Raja adalah bayangan Allah di bumi”.

Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu.

Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu – “al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi – bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme Melayu dengan hadis tersebut.

Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Moroko? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?

thailand airport reopen flights king speech tourism 041208 03Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan, bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa Melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini.

‘Negara Pasir Berdengung’

Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Do Re Mi arahan allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan, ataupun mungkin boleh mendekati sahih.

Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif (bermaksud):

“Al-Sultan  bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (Hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/ no 1664.)

Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat.

Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.

Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya.”
azlanSaya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kemudian, di negara Arab, hanyalah negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan.

Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pula tafsiran kita.

Apakah maksud al-Sultan?

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa.


Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apa pun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’.
NONEKemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.

Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik.

Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, perdana menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya.
NONEJika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka, apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Bayangan Allah

Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi.

Ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:

“Khalifah itu dari bermaksud (segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam AS kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya.

“Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka.” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).

Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak!
NONESebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?

Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “al-Sultan bayangan Allah di bumi”, beliau berkata:

“Kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Ya! Demikianlah tugasan penguasa!

Kepentingan politik

Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai a movement towards the separation of religion and government.

Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti.

Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.

NONESultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan.

Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya),  insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu pentafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan Rasul-Nya.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.

Thursday, March 1, 2012

Aku Tak Cayalah. Ini Mesti Malaysiakini Mengarut Ni...

Yang aku pelik tu, sekiranya siRamli tak betul dan dia buat tohmahan semata-mata kenapa dia orang ni tak saman saja. Baru boleh bersihkan nama.
Bekas polis kanan dakwa AG perguna SPRM
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

ramli yusuff asset declare case 120310 04Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu
majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).
 
"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket
berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.