Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 17, 2010

"Apakah Dosaku?"

Kenapa agaknya Tuhan campakkan terlalu banyak Syaitan yang menyerupai manusia ke 'Tempat Kita?"
Apakah dosa Bayi ini sehingga dibuang dan digigit binatang?
Kenapa tidak diletakkan saja di tangga@pintu rumah orang atau surau?
Semoga Allah laknat 'Pelaku' ini

TAPAH: Bayi lelaki yang ditemui dekat Sungkai petang kelmarin mempunyai kesan luka di telinga kiri dan jari tangan kiri dipercayai akibat gigitan binatang.

Bayi dibuang digigit binatang
pix_gal0
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Abdullah Arshad, berkata bayi seberat 1.9 kilogram itu kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh selepas mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Sungkai dan Hospital Slim River selepas ditemui.

“Bayi lelaki dipercayai berketurunan Melayu itu berada dalam keadaan stabil.
“Sampel darah bayi berkenaan sudah diambil untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan polis sudah menubuhkan pasukan untuk mengesan ibu dan waris bayi terbabit, " katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kira-kira jam 5.40 petang kelmarin, seorang remaja perempuan menemui bayi yang masih bertali pusat yang dianggarkan berusia dua hari itu ditinggalkan di bawah jambatan Sungai Liar, berhampiran Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai, dekat sini.

Sumber dari sini

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa