Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 24, 2010

Mahathir, Umpamakan Kambing Dan Ayam

Kalau mengikutkan hati memang dah malas nak sentuh benda ini. Tapi kerana saya jenis manusia yang gatal tangan serta masih belum nyanyok dan perkara-perkara yang diungkitnya telah berlaku di depan mata maka tersentuhlah jua.

Hakikatnya Melayu sudah lama hilang kuasa sejak mula-mula Tun ini naik jadi PM lagi. Siapakah Tun ini sebanarnya? Melayu tulinkah dia? Bila dia naik, siapakah orang-orang di sekelilingnya dan dipercayainya?

Bila pula Cina/MCA dan India/MIC takutkan kekuasaan Melayu/UMNO?

Boleh dikatakan semua kehendak mereka UMNO penuhi walau pun tidak seratus peratus. Kalau tidak di dalam terang di dalam gelap pun jadi.

Pada satu ketika Najib dan Kim Sai gaduh. Yang kena tangkap siapa? Bukankah Melayu dan Pembangkang?

Koperasi Melayu bankrap, Melayu hilang wang. Koperasic Cina bankrap, dibayar ringgit ke ringgit.

Tembak lembu Melayu, hangus buta. Bunuh Babi Cina kenapa dibayar?

Di zaman siapakah yang berkuasa ketika perkara-perkara ini terjadi?

Nak kata dia nyanyok, masih boleh menulis. Tapi mungkin pelupa kot?

Bukan Melayu saja mudah lupa, India pun sama rupanya!

Jadi kesimpulanya : Kambing mengata Ayam tidak berkasut. Ayam mengata Kambing 'Telur' di luar (bogel)

Melayu Hilang Kuasa


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, lapor Umno-online.

Menurut Mahathir, apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri Pakatan Rakyat.

“Kita lihat Nizar (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya kepada Umno-online.

Mantan perdana menteri itu mengatakan, walaupun Nizar mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Menurutnya, menjadi perdana menteri Malaysia tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam - jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.

Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapa, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.

Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.

Saya ambil dari sini

3 comments:

  1. sebenonye dema dah takut... sebab kalu UM*O tumbang dema akan masuk lokap... sejarah akan tercatat bekas pm masuk lokap... itu sebenonya... bukan nak bela melayu sangat pun.. dah takut le tu... dema dah boleh congak silap2 duduk lokap lepaih ni. Insyaallah kita akan tengok sapa yang lari sampai puteh tapak kaki lepaih ni... ramai kot..

    ReplyDelete
  2. yang sebenarnya ada orang dah mula takut sebab kejatuhan umgok dah dekat. kalau umgok jatuh.. alamat ramai yang masuk lokap... tapi yang signifikannya akan ada bekas pm negara yang akan turut masuk lokap.. jadi kata-kata itu sebenarnya menggambarkan ketakutan orang itu sebab dia dah nampak apa yang akan berlaku dalam sedikit masa lagi... Insyaallah kita akan dapat lihat sarkas yang hebat ada yang lari ada yang terkencing dalam seluar ada yang jadi gila dan macam2 lagi drama yang bakal terlihat. orang itu amat tahu dan sedar akan dosa, kezaliman dan kejahatan yang telah beliau lakukan semasa ada kuasa dulu. ketakutan itulah yang menghatui dia sekarang... bukannya nak jaga melayu sangat tapi sudah tercium kesengsaraan dan balasan yang bakal menyusul jika ungok tumbang... Marilah kita tingkatkan doa dan munajat kita kepada Allah semoga umgok ini tumbang dan kezaliman dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
  3. Malangnya UMNO telah gugur orang ini?

    wakakakak!! Bukan mamak kutty ni ke yang gugurkan anwar dengan tuduhan fitnah paling hebat abad ini??

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa