Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 24, 2010

Perkara Yang Menyentuh Hatiku Minggu Ini

Pada saya seorang Ketua Agama dan Ketua Negeri yang bagaimana lagi yang diinginkan? Kami Rakyat Kelantan bersyukur kerana Allah campakkan Tuanku untuk menjadi Raja dan Pemimpin kami, rakyat marhaen di sini. Di bumi Kelantan Darul Naim ini.

Dengan kenaikan Tuanku ke Tahta Kerajaan Negeri Kelantan, kami yakin ubur Agama Islam dan Alqur'an akan lebih bersinar di negeri ini. Kami harap Tuankulah menyemarakkan ubur itu sehinggakan sinarnya menyerikan seluruh negara.

Kami bangga Tuanku!

Walau hakikatnya kita harus terima. Dari segi pelaksanaan mungkin tidak semudah yang dihajati dan impikan. Tetapi hasrat dan tekad serta keikhlasan adalah inti kepada segala tindakan. Usaha dan doa pula adalah penentu kejayaan.

Insya Allah Tuanku akan dilindungi dan diberkati Allah selagi Tuanku berusaha dan ikhlas denganNya. Rakyat akan berdiri teguh dan bersama-sama berdoa semoga Allah berkati dan sempurnakan hajat Tuanku.

Allahu Akbar!

DOAKANLAH KEBAIKAN KE ATAS SULTAN MUHAMMAD KE-V

Alhamdulillah, akhirnya kebenaran berjaya juga mengatasi kebatilan.

Firman Allah, mafhumnya: Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: Ayat 42)

Firman Allah lagi, mafhumnya: Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (Surah al-Isra’: Ayat 81)

Insya’Allah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V akan berusaha sedaya-upaya Baginda untuk melaksanakan amanah memerintah negeri Kelantan Darul Naim sebaik mungkin di antara lainnya dengan berdasarkan kepada panduan-panduan berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

2. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. (Surah al-Nahli: Ayat 90)

3. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Hujurat: Ayat 9)

4. Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia membuat kesengsaraan kepada mereka maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia menunjukkan kasih sayang kepada mereka, baik ucapan ataupun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu. (Riwayat Muslim)

5. Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu ialah orang-orang yang kamu mencintai mereka dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci kamu, juga yang kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu. (Riwayat Muslim)

6. Barangsiapa yang diserahi oleh Allah akan sesuatu kekuasaan dari beberapa urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian orang itu menutup diri (tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakiran orang-orang yang di bawah kekuasaannya maka Allah juga akan menutup diri (yakni tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakirannya sendiri pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sama-samalah kita semua mendoakan kebaikan, pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang kita kasihi.

Allahu Akbar.

Dari The Kelantan Insider

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa