Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 8, 2010

Gelagat Manusia Tak Ada Kerja

Aduii.. macam-macam cara manusia berfikir. Salahkan mereka siarkan video dan gambar itu? Siapa pula yang meletakkan Baginda sebagai Penjenayah?

Dia ni perfikir terbalik... jangan-jangan otak juga terbalik!

Banyak blog yang jadikan n3 peristiwa itu bertujuan memaparkan kebebrokkan dan tindakan melulu polis sehingga tidak menghormati seorang Sultan dan Raja Perempuan kepada sebuah Negeri yang berPerlembagaan di dalam sebuah Negara yang bernama Malaysia.


MSRK lapor blog hina Sultan


KOTA BHARU - Majlis Setia Rakyat Kelantan (MSRK) membuat laporan polis berhubung gambar Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang tersiar di Internet.

Laporan itu di buat di Balai Polis Kota Bharu kira-kira jam 2.30 petang semalam, dengan dihadiri kira-kira 20 ahli MSRK.

Presiden Penaja MSRK, Datuk Azaha Abdul Rani berkata, pihaknya berharap agar satu siasatan dijalankan dengan tegas dan telus terhadap pihak tidak bertanggung jawab itu.

”Pihak berkenaan menyiarkan gambar-gambar insiden penahanan Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan oleh pihak unit Tindakan Khas Polis yang bersenjata lengkap pada 4 Mei lalu semasa baginda hendak berangkat menerima rawatan ke Singapura.

”Gambar yang tersiar dalam Internet itu disiarkan melalui laman web dan blogger ‘Justread’, “ katanya.

Menurutnya, gambar-gambar itu dapat dilihat dan dibaca seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia.

”Pada pandangan saya ia amat memalukan di mata rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kelantan khasnya Kerajaan Malaysia.

”Insiden memaparkan gambar itu juga jelas memberi tanggapan negatif dalam kalangan rakyat seolah-olah Sultan Kelantan macam penjenayah,” katanya.

Azaha berkata, hal itu menjatuhkan martabat dan maruah kesultanan Kelantan.

”Sultan Kelantan adalah sah bertakhta mengikut Perlembagaan, Undang-undang Tubuh Negeri dan Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan.

”Saya mohon supaya siasatan polis dapat dijalankan bagi membawa pihak bertanggungjawab dalam insiden tersebut untuk diambil tindakan menghina dan menjatuhkan maruah Sultan Kelantan,” katanya.

Sumber dari SH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa